29 June 2020

9 Jenis Pendapatan Kena Cukai dan 5 Fakta Cukai Pendapatan

                                                                             
        اَلله
   لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
             ( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   
         
         اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎  
           لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Related image          



ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  الله  
                             
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ     
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat                         (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ اللهَ  
jantung gif
Istighfar dari Kerdipan Mataku                     أسْتَغْفِرُاللهَ)   اللهَ)
Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku                  اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ)  الله 
Tahlil ‎Degupan Jantungku                             لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ ) 
Takbir  Hela Turun Naik Nafasku                    (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎  اللهَ        
اَلْحَمْدُ ِللهِ   syukur kepadaMU  YA اللهَ                 اللهَ    ALLAH اللهَ      
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   🔺
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)HasBunaLah HuWa NekMal WaKill 
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ) La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim 
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
اَلْحَمْدُ ِللهِ Related image 
syukur kepadaMU  YA اللهَ   

 Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
       
                                    
   
 والله أعلم بالـصـواب  
  آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

........................................................................

                                                                                           
                                                           9 Jenis Pendapatan Kena Cukai   dan 5 Fakta Cukai Pendapatan                              
                                                                                                                                                    

---

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!

UPDATED 30 APR 2020 – BY EHSAN



Rasanya tak perlu lagi admin jelaskan apa tu cukai pendapatan. Tapi, sikitlah pencerahan untuk korang yang tak tahu tu - cukai pendapatan dikenakan kepada individu dan syarikat atas segala pendapatan yang dijana dan bergantung kepada jenis sumber pendapatan. 

Ok… tu sedikit sebanyak pasal cukai dan individu yang layak kena cukai, tapi korang tahu tak apa pulak jenis pendapatan yang kerajaan cukai? Tak tahu? Tengok senarai bawah ni: 


Jenis pendapatan yang dikenakan cukai


1. Perniagaan atau Profesion

Semua jenis perniagaan atau profesion yang ada terima kemasukan wang ke dalam akaun bank. Untuk korang yang jadi Youtubersinstafamousinfluencers atau buat paid review produk tu, admin nasihatkan untuk pergi isytihar pendapatan dan daftar je perniagaan korang. Kalau banyak duit masuk dalam akaun peribadi, nanti bank pun kejar korang tau! Tak pasal-pasal LHDN kejar sampai rumah. Sebelum ada yang report, baik korang daftar cepat! Kang tetibe kena denda pulak!


Sumber imej: Silver Mouse

Sumber imej: Silver Mouse

2. Penggajian 

Kebiasaannya, majikan bukakan fail untuk bayar gaji pekerja. Bagi pekerja yang terima gaji dan layak dipotong cukai beserta ada alternatif PCB (potongan cukai berjadual). Seperti contoh bawah ni:
  • Gaji, bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain (tunai atau sesuatu yang boleh ditukar kepada tunai).
  • Manfaat Berupa Barangan daripada majikan (kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain).
  • Nilai Tempat Kediaman yang disediakan oleh majikan.
  • Caruman oleh majikan untuk pekerja ke tabung pencen atau kewangan yang tidak diluluskan.
  • Pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

Potongan Cukai Bulanan (PCB)

  • Satu mekanisma bayaran cukai pendapatan pekerja.
  • Bayaran pendahuluan cukai pendapatan pekerja.
  • Bukan cukai muktamad pekerja.
  • Dikira berdasarkan Jadual PCB dan kaedah pengiraan berkomputer (e-PCB, Kalkulator PCB, Perisian PCBdan sistem pembayaran gaji berkomputer).


3. Dividen dan Faedah

Kalau korang ada terima dividen yang dikira sebagai pendapatan, korang boleh dikenakan cukai atas sebab dividen yang diperoleh. Tapi ada je dividen atau faedah yang dikecualikan cukai macam Tabung Haji, ASB atau Unit Amanah. Cukai ke atas faedah pulak dikenakan bila majikan ada beri pinjaman kepada pekerja.


Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


4. Diskaun

Pendapatan yang korang terima tu bukan dalam bentuk cash tapi benefit-in-kind. Contohnya kita terima diskaun pembelian mesin basuh daripada syarikat tersebut sebab kita pekerja di situ. Jumlah diskaun yang diterima layak dikenakan cukai jugak tau! 


5. Sewa

Apa sahaja jenis pendapatan daripada hasil menyewakan kediaman, tanah, kenderaan mahu pun barang yang digunakan seseorang dan kita terima wang ringgit sebagai pulangannya. 


6. Royalti

Bayaran tertentu yang mungkin boleh diterima banyak kali disebabkan oleh sesebuah hasil. Contohnya, royalti kepada pengarang, penyanyi atas setiap naskhah karya mereka yang terjual. Tapi royalti dapat pengecualian cukai kalau:


Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


7. Premium

Wang yang diberikan sebagai hadiah dan ganjaran seperti percutian, baucar, telefon, wang tunai, laptop ataupun rumah. Bayaran cukai boleh dikenakan.


8. Pencen

Bayaran yang diterima apabila pernah berkhidmat dengan badan kerajaan sehingga tempoh umur pencen. Tapi ada pengecualian cukai macam bawah ni:


Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


9. Anuiti

Sejenis bayaran yang diterima secara tetap dan berulang-ulang yang dibayar oleh sesebuah syarikat untuk tempoh tertentu. Mereka yang melanggan produk anuiti adalah untuk bersara dengan tenang sambil menerima wang secara konsisten, tanpa perlu bekerja pada tempoh tertentu. Hayat anuiti dibayar kepada pewaris sepanjang hidupnya dan akan terhenti kalau meninggal dunia. 

5 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu

UPDATED 15 MAR 2019 – BY HAFIZ

Korang yang dah pernah buat pemfailan cukai pendapatan mesti tahu yang tarikh tutup untuk pemfailan cukai pendapatan tahun sebelumnya adalah pada 30 April setiap tahun. Korang yang tak pernah buat pemfailan pulak mestilah dah pandai Google cara macam mana nak buat pemfailan secara online di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kan? Kalau tak reti boleh tengok kat sini.
 
Tapi, ada beberapa details kecil dan besar yang korang mungkin miss, sebab perkara-perkara tu terlalu kecil ia tidak diwar-warkan dan korang terlepas pandang ataupun perkara tu besar dan masuk berita tapi korang pulak jenis tak baca atau tengok berita. Har har. Takpe, kali ni kitorang akan cite pasal details tu sume dan macam mana korang boleh take 
advantage.

1. LHDN dah tak cetak dan pos Borang Nyata

Ini bermakna LHDN menggalakkan pembayar cukai supaya gunakan kemudahan sistem e-Filing yang dah disediakan. So, kalau mak ayah atau ada sedara korang yang tak berapa nak reti dengan sistem online ni, korang kene ajar sikit kat diorang macam mana nak guna sistem e-Filing tu. Lagipun sistem e-Filing ni lagi mudah, cepat dan selamat (bak kata LHDN).




Lagi best, langkah oleh LHDN ni jugak adalah sebagai salah satu inisiatif untuk kempen Go Green. Dalam konteks ni, mengurangkan penggunaan kertas. Very thoughtful!

 
Korang boleh baca dengan lebih lanjut mengenai perkara ni kat sini.
 
Banjaran Pendapatan BercukaiPengiraan (RM)Kadar Cukai 2016 & 2017 (%)Kadar Cukai 206 & 2017 (RM)Kadar Cukai 2018 (%)Kadar Cukai 2018 (RM)
0 - 5,0005,000 pertama0000

5,001 - 20,000
5,000 pertama
1
0
1
0
15,000 berikutnya150150

20,001 - 35,000
20,000 pertama
5
150
3
150
15,000 berikutnya750450

35,001 - 50,000
35,000 pertama
10
900
8
600
15,000 berikutnya1,5001,200

50,001 - 70,000
50,000 pertama
16
2,400
14
1,800
20,000 berikutnya3,2002,800

70,001 - 100,000
70,000 pertama
21
5,600
21
4,600
30,000 berikutnya6,3006,300

100,001 - 250,000
100,000 pertama
24
11,900
24
10,900
150,000 berikutnya36,00036,000

250,001 - 400,000
250,000 pertama
24.5
47,900
24.5
84,650
150,000 berikutnya36,75050,000

400,001 - 600,000
400,000 pertama
25
84,650
25
83,650
200,000 berikutnya50,00050,000

600,001 - 1,000,000
600,000 pertama
26
134,650
26
133,650
400,000 berikutnya104,000104,000

1,000,001 ke atas
1,000,000
28
238,650
28
237,500
setiap ringgit berikutnya............

Nampak tak perbezaannya? Contohnya untuk mereka yang di banjaran pendapatan bercukai RM20,001-RM35,000, kadar cukai yang korang kena bayar pada 2017 adalah 5% tapi hanya 3% pada 2018. Mungkin ada yang menganggap pengurangan tu kecil tapi pada mereka yang tak raih juta-juta setiap tahun, ia amat bermakna! So tepuklah sikit sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin.


 

3. Kerajaan tawar penyelesaian untuk korang yang ada akaun bank luar negara tapi tak mengaku ada

 
Eleh jangan buat tak tahu. Even kalau korang takde akaun bank luar negara, kita mesti ada dengar atau baca berita mengenai diorang-diorang yang ada akaun bank luar negara. Konteks akaun bank luar negara kat sini adalah korang ada pendapatan yang dijana dalam negara, tapi korang simpan hasil pendapatan tu dalam akaun bank luar negara supaya korang tak payah declare. So nak jadikan cite, kerajaan tahu pasal isu ni dan instead diorang dedahkan salah laku ni kepada umum, kerajaan tawar satu program untuk pelaku-pelaku untuk membuat pengakuan melalui Program Pengakuan Khas Sukarela (PKPS).



Ketika ini, LHDN kata diorang dalam proses hantar surat dan e-mel kepada lebih 7 juta pembayar cukai berdaftar untuk menjelaskan program PKPS ni, kot-kot ada yang nak buat pengakuan atau penjelasan mengenai akaun bank luar negara mereka. Bukan takat tu, PKPS jugak alu-alukan pengakuan mengenai pendapatan yang diraih dari dalam Malaysia.
 
All in all, PKPS adalah salah satu inisiatif kerajaan yang korang boleh take advantage. Jangan cakap kami tak habaq.

4. Denda sehingga 300% nilai cukai yang korang elak untuk bayar

 
Please lah jadi seorang rakyat yang bertanggungjawab dan setelkan bayaran cukai pendapatan korang. Kalau kerajaan dapat tahu korang mengelat dari bayar, korang boleh didenda sehingga 300% nilai cukai yang terkurang lapor tu.



Ada banyak lagi kesalahan-kesalahan lain yang boleh dikenakan denda dan penjara atau dua-dua sekali. Contohnya macam kalau korang tak simpan rekod berkenaan cukai pendapatan korang, korang boleh kena denda diantara RM300 hingga RM10,000 maksimum atau penjara atau kedua-duanya sekali. Kat sini kitorang listkan jugak kesalahan-kesalahan yang berkenaan so korang alert dan elakkan dari buat. Of course, paling penting, jangan elak bayar cukai!

 
JENIS KESALAHANPERUNTUKAN DI BAWAH ACP 1967JUMLAH DENDA (RM)
Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan112(1)200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai112(1)200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan113(1)(a)1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/orang lain113(1)(b)1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Sengaja mengelak cukai/membantu orang lain mengelak cukai114(1)1,000 hingga 20,000 / penjara / kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
Membantu/menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai114(1A)2,000 hingga 20,000 / penjara / kedua-duanya
Meninggalkan negara tanpa membayar cukai115(1)200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Mengganggu/menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas1161,000 hingga 10,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak menyimpan rekod119A300 hingga 10,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM120(1)200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan120(1)200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
 

5. Korang boleh claim macam-macam pelepasan cukai kalau korang layak


Sebagai contoh, kalau korang bagi duit kat mak ayah korang bulan-bulan, korang boleh claim pelepasan cukai untuk kategori tersebut. Walaupun ada limit terhadap jumlah yang korang boleh claim, tapi ianya sangat membantu sebab banyak sangat perbelanjaan yang korang boleh claim untuk pelepasan cukai! Yang penting korang simpan resit atau kenyataan bank mengenai perbelanjaan tu sume.
 
List penuh pelepasan cukai 2018:
 
BIL.JENIS POTONGAN INDIVIDUAMAUN (RM)
1Individu atau saudara tanggungan9,000
2Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan
ATAU
Ibu dan bapa
Terhad RM1,500 bagi seorang ibu
Terhad RM1,500 bagi seorang bapa
5,000 (terhad)
ATAU
3,000(terhad)
3Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya6,000 (terhad)
4Individu kurang upaya6,000
5Yuran pengajian (sendiri)
(1) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (terhad)
6Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)6,000 (terhad)
7Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak).(Terhad RM500)6,000 (terhad)
8gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500 (terhad)
9Pembelian peralatan pemnyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (potongan dibenarkan setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (terhad)
10Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar1,000 (terhad)
11Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)(Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 20186,000 (terhad)
12Suami / isteri / bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (terhad)
13Suami / isteri kurang upaya3,500
14Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,000
15Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
16Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannnya di Malaysia, atau;
(ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau identur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan.
8,000
17Anak kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
6,000
8,000
18Insurans nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji6,000 (terhad)
19Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa Mulai Tahun Taksiran 202 hingga tahun taksiran 20213,000 (terhad)
20Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji3,000 (terhad)
21Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)250 (terhad)

Kalau korang nak tahu macam mana nak dapatkan lebih banyak pelepasan cukai boleh rujuk kat sini.
 

Jalankan tanggungjawab korang!




Nasihat kami, sebagai rakyat Malaysia dewasa, berkerjaya, berpendapatan tetap dan terurus, kita kena jalankan tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai. Tak kira cukai apa pun, semuanya penting untuk pertumbuhan negara yang kita tengah duduk sekarang ni.



Agak-agak ada yang rasa nak elak bayar cukai tu, korang bagi diorang baca tang denda 300% kali ganda tu. Mintak simpang dik. Boleh muflis kalau elak cukai ni. Selalunya siap masuk suratkhabar tau. Malu apatah lagi.
 
So kalau korang rasa artikel ni berguna untuk korang dan korang tau ada sedara-mara atau kawan-kawan yang masih lagi buat taktau dengan cukai pendapatan ni, korang boleh share artikel ni kepada diorang.
 
Sementara tu, kalau korang nak beli insurans kereta atau renew roadtax korang secara online, korang tekan sini. Dah kata kan kat awal artikel tadi, zaman sekarang semua online beroooo!

Maklumat lanjut korang layari laman web rasmi ni: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia---

                                                                                             
                                                                   9 Jenis Pendapatan Kena Cukai   dan 5 Fakta Cukai Pendapatan                        

                                                                                            









Moga Bermanfaat


 ..................................................................       
.......................................................................................................
        .......................................................................................................................
    






No comments:

Post a Comment