30 June 2020

Lokasi Menarik Dalam Malaysia Dengan Bajet RM500

                                                                             
        اَلله
   لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
   لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
   لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
   لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
   لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
             ( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   
         
         اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎  
           لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Related image          



ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  الله  
                             
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ     
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat                         (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ اللهَ  
jantung gif
Istighfar dari Kerdipan Mataku                     أسْتَغْفِرُاللهَ)   اللهَ)
Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku                  اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ)  الله 
Tahlil ‎Degupan Jantungku                             لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ ) 
Takbir  Hela Turun Naik Nafasku                    (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎  اللهَ        
اَلْحَمْدُ ِللهِ   syukur kepadaMU  YA اللهَ                 اللهَ    ALLAH اللهَ      
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   🔺
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)   
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)HasBunaLah HuWa NekMal WaKill 
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ) La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim 
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
اَلْحَمْدُ ِللهِ Related image 
syukur kepadaMU  YA اللهَ   

 Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
       
                                    
   
 والله أعلم بالـصـواب  
  آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

........................................................................

                                                                                           
                                                          Lokasi Menarik Dalam Malaysia Dengan Bajet RM500                                   
                                                                                                                                                    

---

Lokasi Menarik Dalam Malaysia Korang Boleh Enjoy Dengan Bajet RM500

UPDATED 22 MAR 2019 – BY HAFIZ

Musim cuti sekolah penggal pertama untuk 2019 dah tiba! Cuti mula 23 Mac sampai 31 Mac (22 Mac hingga 30 Mac untuk Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) so korang nak jalan-jalan bawak anak atau makan angin dengan saudara-mara dan kawan korang kat dalam Malaysia.

Untuk dapatkan minimumkan perbelanjaan, korang cuma letak bajet dalam RM500 tanpa guna agensi pelancongan. Kat sini kami sediakan lokasi-lokasi yang korang boleh pergi dengan bajet tu sekali dengan estimation yang mungkin terlibat. (Disclaimer: artikel ini takde kena-mengena dengan backpacking, okey!)
 



Pantai Sasaran ni orang dok gelar ‘Salt Flat Malaysia’ sebab kat sini korang boleh ambik gambar dengan ‘mirror effect’ yang cantik. Kalau korang check review kat TripAdvisor, memang ramai yang puas hati pergi ke Pantai Sasaran ni. 


Kos perjalanan: Kalau korang dari area KL, memang ringan sikit untuk poket sebab cuma perlukan kurang RM100 untuk trip pergi dan balik untuk minyak dan tol. Kos korang bertambah kalau korang dari Johor contohnya, tapi itu pun tak lebih RM200.

Kos makanan: Disebabkan ni tempat tumpuan pelancong dan tepi pantai, korang boleh expect banyak restoran dan gerai tepi jalan yang jual seafood. Untuk belanja makan, korang perlukan lebih kurang RM200 untuk 4 orang, 3 kali makan sehari untuk 3 hari. Of course, kalau bajet sempit, korang boleh je skip breakfast dan cuma makan tengah hari dan makan malam.

Kos penginapan: Paling murah sekali kalau korang tidur kat hotel bajet (kurang RM60 seorang). Villa dan resort pulak boleh cecah sampai RM150 so bergantung kepada jumlah kepala yang pergi dan jumlah hari, korang boleh je tidur mewah sikit kat situ.


POI (point of interest) berhampiran: Muzium Sejarah Kuala Selangor dan Rumah Api Altingsburg terletak lebih kurang 15 km dari Pantai Sasaran. 
 

2.EnerZ Extreme Park, Subang Jaya, Selangor




Tempat dengan keluasan 80,000 kaki persegi ni adalah taman trampolin terbesar Asia yang pasti korang, keluarga dan kawan-kawan boleh enjoy. Rate kat sini dikira ikut jam dan jadi murah untuk jam seterusnya. Berdasarkan review, orang ramai puas hati dengan harga yang dicaj sebab faksiliti diorang yang korang boleh enjoy memang banyak!

Kos perjalanan: Memang murah sangat kalau korang dari area Selangor atau KL. Kalau korang duduk kat Shah Alam contohnya dan tak nak bawak kereta, korang boleh naik komuter dari stesen Shah Alam ke stesen Subang Jaya, lepas tu ambil teksi atau guna Grab dan MyCar. 

Aktiviti lain yang korang boleh buat: Selain main trampolin, korang boleh ber-wall climbing, panjat tali (Skyrope) atau main dodgeball (perlu deposit dan ramai peserta). Korang jugak boleh hadap cabaran yang diorang sediakan macam Ninja Warrior, Meltdown atau Gladiator.

Korang boleh check pricing diorang kat sini.
 

3.Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan




Walaupun pantai ni tak sesuai untuk mandi-mandi (korang cuma boleh main kat gigi air sebab ni pantai laut dalam), tempat ni jadi pilihan mak ayah untuk bawak anak mereka main layang-layang, makan angin atau makan seafood. Review orang ramai kata pantai ni memang jadi port dating dan ada banyak kerusi santai disediakan kalau korang nak duduk rileks.

Kos perjalanan: Orang yang duduk Kelantan memang untuk sebab jaraknya cuma 1.5 km dari Kota Bharu. Untuk orang dari luar Kelantan, kos perjalanan boleh cecah RM200 untuk pergi dan balik. Kalau nak saving lagi, korang tempah tiket penerbangan awal dan turun di airport Kota Bharu. Dari situ korang boleh pergi ke pantai ni dengan teksi.

Kos penginapan: Rate hotel bajet kasi sini hampir sama dengan yang kat KL atau Selangor iaitu kurang RM70 seorang untuk satu malam. Hotel-hotel mewah pulak boleh cecah RM150 satu kepala so kalau korang ada bajet lebih, dapat hotel RM100 sekepala untuk satu malam pun okey.

Kos makanan: Kat sini memang banyak restoran dan gerai tepi jalan yang jual seafood. Nak kata mahal sangat tu, tak jugak tapi boleh cecah RM50 jugak sekali makan (3 orang). Kalau korang ada kawan yang memang asal Kelantan, memang kami syorkan korang bawak dia sekali so dia boleh tunjukkan restoran yang murah dan korang pun tak nampak macam orang luar sangat. 

POI berhampiran: Tempat yang korang pasti kena lawat dengan pantai ni adalah Min Fireflies Garden. Dikategorikan sebagai eco park, korang boleh tengok lebah dan api-api (bila keadaan gelap). Korang jugak boleh berkayak kat sini.

Selain tu, Muzium Kraftangan dan Pasar Siti Khadijah jugak dekat dengan Pantai Cahaya Bulan ni. 
 

4.Pulau Sembilan, Lumut, Perak




Ingat kat luar negara je ada fenomena ni, rupanya kat Malaysia pun ada jugak. Fenomena ni berpunca dari alga (tumbuhan laut) dan plankton. Masyarakat sekeliling pulak panggil fenomena ni ‘Blue Tears’. 

Kos perjalanan: Paling murah sekali kalau korang ambil bas dari KL ke Lumut, cuma RM25 untuk satu trip dan yang paling best, korang akan turun dekat sangat dengan jeti. Dari jeti tu, korang kena ambil bot ke Pulau Sembilan. 

Kos penginapan: Paling murah hotel kat sini yang boleh korang rapat adalah dalam lingkungan RM50 - RM70 satu malam. Kalau ada bajet lebih, banyak pilihan hotel dengan rate RM100 dan ke atas.

Kos makanan: Berdasarkan review, ramai orang puas hati dengan restoran-restoran yang ada dekat sini sebab harga diorang tak mahal sangat tapi tak terlalu murah. Kalau sorang makan kena RM30 - RM40 tu memang biasa sebab seafood kan. Macam biasa, korang boleh kurangkan perbelanjaan kurang dengan kurangkan makan seafood sebab takkan nak makan seafood dari pagi sampai malam ye tak.

POI berhampiran: Ada taman tema air dekat sini (Frenzy Water Park), karaoke dan pastinya aktiviti menyelam. Kalau korang ada duit lebih, kami memang cadangkan korang pergi menyelam sebelum duit korang habis main air kat taman tema air atau karaoke.
 

5.Colmar Tropicale, Bentong, Pahang




Tempat ni adalah lokasi yang best kalau korang nak rasa macam pergi oversea. Korang boleh pakai kimono (pakaian tradisional rakyat Jepun) di Japanese Village, makan-makan di restoran bermotifkan Perancis dan main dengan arnab kat Ladang Arnab. Kat sini jugak korang boleh memanah atau main paintball dan Taman Dinosour terletak dekat dengan tempat memanah.

Kos perjalanan: Colmar Tropicale ni cuma 59 km dari KL, so kos pengangkutan cuma dalam RM50 pergi dan balik. Diorang ada sediakan servis bas ‘shuttle’ dari Berjaya Times Square 4 kali sehari dan berharga RM60 untuk dewasa untuk 1 trip. 

Kos makanan: Ada banyak restoran berhampiran dan tak semuanya murah so korang kena pandai pilih restoran. Baca review restoran kat sini dulu kalau korang betul-betul nak bajet. Kalau korang tak kisah, RM100 pun dah cukup untuk tiga orang untuk makan tiga kali sehari.

Kos penginapan: Kebanyakan hotel kat sini rate dia memang memang mahal, hampir caj lebih RM100 untuk satu malam. Kalau korang nak yang caj kurang RM100 satu malam, korang kena ambil masa sikit untuk ke hotel yang jaraknya 10 hingga 20 km dari Colmar Tropicale.
 

6.Earth Lodge Ulu Muda, Kedah




Hutan ni seluas 160,000 hektar dan jauhnya dari bandar terdekat adalah 14 km. Memang sesuai sangat untuk bawak keluarga enjoy keindahan alam jauh dari pencemaran di kota. Kitorang jugak kena bagitau yang lokasi ni dapat review 5 bintang! 

Untuk masuk kawasan dia, korang kena naik bot dan korang akan nampak banyak burung dan hidupan liar kat tepi sungai masa naik bot tu nanti. Akan ada pemandu pelancong yang akan guide korang untuk jungle treking dan masuk gua. 

Untuk pencinta alam, tempat ni memang heaven. Peminat fauna cam peminat burung dan binatang liar lain, korang jugak akan puas hati. Kalau korang bernasib baik, mungkin korang boleh terjumpa gajah liar 2 atau 3 ekor!

Kos perjalanan: Kalau korang dari KL, sekurang-kurang RM200 untuk pergi dan balik. Kalau korang nak naik bas, tiket cuma RM35 sekepala untuk satu trip. Untuk perjalanan jauh macam ni, better naik kenderaan sendiri dan kongsi kos perjalanan tu dengan orang lain.

Kos penginapan: Penempatan kat Earth Lodge ni selesa tapi elektrik terhad, tak ada internet dan aircond. Kalau korang boleh tahan, Kos penginapan kat sini memang murah. Kalau korang nak akses internet atau tidur yang lebih selesa, korang kena ulang alik ke bandar terdekat dan cari hostel yang kebanyakkan cuma caj RM50 satu malam.

Kos makanan: Berdasarkan review, makanan yang boleh korang dapatkan kat Earth Lodge ni memang semuanya sedap-sedap belako dan harganya murah. So tak ada sebab kenapa korang nak cari makan kat tempat lain yang kemungkinan besar tak semurah di Earth Lodge ni.
 

8.Hounon Ridge Farmstay & Camping, Ranau, Sabah




Tengok gambar kat atas tu, mesti korang ingat gambar tu diambik kat New Zealand. 

Ini satu lagi tempat terbaik yang dapat review 4 bintang. Kalau korang nak bercuti kat sini, korang ada pilihan untuk bermalam kat rumah inap yang ada atau korang boleh pasang khemah kalau korang tahan sejuk. Tak kisah yg mana korang pilih, korang akan nampak pemandangan yang cantik bila korang bangun nanti.

Kos pengangkutan: Tiket penerbangan untuk round trip berharga dalam linkungan RM330 sekepala kalau korang turun di Kota Kinabalu. Dari airport, korang kena hadap 2 jam perjalanan dan kos ni korang boleh kongsi dengan orang lain. 

Kos penginapan: Kami cadangkan korang cari guna AirBnb untuk dapatkan rate terbaik. Berdasarkan research kami, paling murah korang boleh adalah RM50 satu malam. So untuk dua malam kos korang adalah RM100. Macam kami cakap awal tadi, korang boleh camping so dengan cara macam tu korang boleh kurangkan kos penginapan.

Kos makanan: Restoran kat sini tawarkan harga yang kompetitif, so korang kena pandai cari. Untuk dua orang, kos makan boleh cecah RM100 satu hari. Kalau korang camping, kami cadangkan korang beli je bahan mentah kat bandar terdekat lepas tu masak sendiri. 

POI berhampiran: Dekat dengan Hounon Ridge ni ada ladang lembu Desa Dairy Farm, Kinabalu Park dan Arnab Village. Nak lagi best, korang boleh pergi dan panjat Gunung Kinabalu, tapi kos korang akan bertambah lah.
 

Gunakan waktu cuti korang sepenuhnya!


So macam mana, adakah korang dah decide mana nak pergi musim cuti ni? Ingat tau, kos korang akan berkurangan lagi kalau korang kongsi dengan kawan atau saudara-mara korang.



Kalau korang teringin nak keluar bercuti kat luar Malaysia pulak, korang boleh rujuk list kami yang lagi satu ni. Selain tu, kalau korang memang kaki jalan dan nak dapatkan pulangan lepas habiskan petrol korang, korang boleh check dan buat perbandingan mengenai kad kredit petrol yang pastinya memudahkan perjalanan korang nanti. Macam-macam ganjaran boleh dapat.

Korang ada lokasi menarik lain yang korang rasa orang Malaysia patut tau? Kalau ada, boleh share di bahagian komen! Jom kita bercuti sama-sama!
 
Teruskan Pembacaan...
Share this Article---

                                                                                             
                                                                                          

                                                                                            

Lokasi Menarik Dalam Malaysia Dengan Bajet RM500 






Moga Bermanfaat


 ..................................................................       
.......................................................................................................
        .......................................................................................................................
    






No comments: