اَلله
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ) 🔺
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ) ( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ) Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ) La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
Hina Jata Negara: Biadap dan kurang Ajar Tiada maaf bagimu Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
------
Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
Sampai begitu bencinya pengkhianat ini tanpa peduli batasan atau had kesabaran orang lain, seolah-olah menganggap kebebasan bersuara itu sampai membolehkan menghina kedaulatan dan maruah negara.
- Nasional
Hina Jata Negara: Suatu tindakan biadab
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera mengantung penjualan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ oleh Kean Wong yang jelas menghina negara.
Secara khusus, Jata Negara telah diubah dengan cara yang memperolok dan memperlekeh hingga menampakkannya secara jahat, keji dan hina serta direndahkan martabatnya. Perbuatan sedemikian terhadap lambang rasmi negara adalah satu kesalahan yang sangat serius.
Bahkan penerbitan buku ini dilihat berunsur provokatif, mempertikai, menyanggah dan cubaan menghasut serta menimbulkan ketidaktenteraman awam. Ia juga dilihat mengandungi unsur-unsur melampau yang mesti dicegah pihak berkuasa.
Pemeliharaan Jata Negara daripada sebarang salah guna termaktub dalam Akta 414 Seksyen 3(1)(a) yang memperuntukkan larangan mengguna apa-apa nama atau lambang atau apa-apa tiruan serupa mengenainya bagi maksud perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profession.
Seharusnya, seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghormati dan memelihara penghormatan dan kedaulatan negara, sementelahan, tarikh sambutan kemerdekaan yang semakin hampir, di samping tahun 2020 merupakan ulangtahun ke-50 Rukun Negara.
PAS mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat individu-individu utama dalam penghasilan buku ini dan mengambil tindakan selaras undang-undang kerana jelas motif lukisan pada muka depan buku menghina lambang kedaulatan negara.
“Islam Memimpin Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Jun 2020 | 7 Zulkaedah 1441 – HARAKAHDAILY 29/6/2020
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Jun 2020 | 7 Zulkaedah 1441 – HARAKAHDAILY 29/6/2020
Hina Jata Negara, tidak boleh dimaafkan
KUALA LUMPUR: Penghinaan kepada Jata Negara sebagai lambang rasmi kedaulatan negara adalah sikap yang biadap dan melampaui batas yang tidak boleh dimaafkan.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya menghormati lambang-lambang negara.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya menghormati lambang-lambang negara.
“Sebagaimana Jalur Gemilang, Lagu Kebangsaan Bunga Kebangsaan, Jata Negara dan apa-apa yang berkaitan dengannya,” katanya kepada HarakahDaily.
Jelasnya, Jata Negara yang diperkenalkan sejak tahun 1895 ini mempunyai makna tersendiri kepada negara dan bukan hanya ‘cebisan murahan’ yang boleh dihina sesuka hati.
Malah katanya, menurut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000.00 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk Jata Negara secara tidak wajar.
Demikian itu katanya, kulit sebuah buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ suntingan oleh Kean Wong ini secara jelas dan nyata cuba menghina serta merendahkan lambang rasmi negara ini.
Dalam pada itu, katanya perbuatan tersebut adalah satu cubaan pihak tertentu yang mahu menganggu gugat keharmonian negara ini.
Sementara itu, Abdul Latiff menyatakan sokongan kepada tindakan pantas pihak polis untuk menyiasat perkara ini.
“Saya menyokong tindakan pantas pihak polis yang akan memanggil pihak-pihak terlibat dalam masa terdekat.
“Tindakan yang paling tegas perlu di ambil sesegera mungkin bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap isu ini,” ujarnya.
Semalam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap perkara itu setelah menerima banyak laporan daripada pelbagai pihak dan akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku berkenaan.- HARAKAHDAILY 30/6/2020
Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
Kult sebuah buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia menjadi tular baru-baru ini susulan mengandungi imej yang menyerupai jata negara.
Buku suntingan Kean Wong yang secara terang-terangan mempermainkan jata negara memaparkan imej mirip seorang kanak-kanak tanpa pakaian di atas bulan dan bintang serta dua ekor harimau yang berdiri di atas seekor buaya.
Sama ada disengajakan atau tidak,
Tindakan ini langsung tidak boleh diterima kerana ianya memberi gambaran martabat jata negara dipermainkan sesuka hati selain daripada menghina lambang rasmi kedaulatan negara.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Aysyraf Wajdi Dusuki ketika mengulas mengenai kulit tersebut menggesa Kementerian Dalam Negeri menggesa siasatan dilakukan terhadap pihak penulis, penyunting dan penerbit sama ada wujudnya motif menghina negara selain daripada menggantung penerbitan dan pengedarannya.
Menurut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 boleh dikenakan bagi kesalahan penggunaan lambang negara.
Akan tetapi salah seorang peguam menjelaskan hukuman mengikut Akta Hasutan 1948 adalah lebih sesuai kerana isu ini adalah berkaitan dengan penghinaan kepada kerajaan dengan mencemarkan kemuliaan Jata Negara.
Akta Hasutan 1948 lebih tepat kerana di bawah akta ini, kesalahannya adalah kepada mena-mana orang yang:
- melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apaapa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut;
- menyebut apa-apa perkataan menghasut;
- mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
- mengimport apa-apa penerbitan menghasut.
Kononnya mengidealisasikan Wawasan 2020 dalam era Malaysia moden, buku ini mempersoalkan mengenai ketidaktentuan masa hadapan negara.
Dalam sinopsis di laman Carousell, Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia diulas sebagai sebuah buku yang meraikan polisi perdebatan dasar berdasarkan fakta dan bukti yang turut meneliti sentraliti Sabah dan Sarawak dalam idea Malaysia yang berjaya, fahaman federalisme yang menjengkelkan, ekonomi yang dilanda perang erdagangan dan keadaan darurat iklim serta kehebatan kaum dan agama politik.
Sumber: Malaysia Gazette,
Laporan Polis: Pemuda UMNO, MCA, MIC, PAS Bersolidariti Kecam Penghinaan Terhadap Jata Negara
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO bersama-sama Pemuda MCA, MIC dan juga PAS hari ini bersolidariti tampil membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghina Jata Negara.
Kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menjelaskan tindakan ini merupakan satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia terhadap Jata Negara yang yang telah dihina.
“Jata Negara merupakan lambang kedaulatan negara. Ini bukan soal agama, soal bangsa dan apa-apa yang berkaitan dengan ini tetapi ia merupakan isu yang sensitif yang kita sebagai rakyat Malaysia kena faham bahawa ini sudah melampau.
“Kalau kita tengok sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) inilah elemen-elemen yang cuba dimasukkan untuk ‘destabilize’ negara kita… hari ini ada yang tidak menyokong kerajaan tapi sebagai sebuah negara demokrasi tidak apa… tetapi bila penghinaan terhadap logo yang menunjukkan lambang kedaulatan negara kita dibuat maka ini sudah melampau,” tegasnya semasa sidang media di hadapan Balai Polis Dang Wangi, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Nizham meminta kerajaan hari ini mengambil tindakan yang tegas terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga agensi-agensi berkaitan terhadap mereka yang menghina lambang Jata Negara.
Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata perkara ini menggugat dan mencabar negara dan ia sengaja dicipta untuk menghadapi PRU-15 yang akan datang.
“Saya harap pihak KDN menyiasat lebih ‘detail’ lagi, seperti mana yang kita maklum buku ini diterbitkan sebelum 2019… kita masih lagi menunggu jawapan rasmi dari pihak KDN.
“Adakah ini ada kelulusan dari KDN atau tidak atau buku ini hanya dijual di luar negara saja?” soalnya.
Jelas Azri lagi, maklumat awal yang didapati bahawa buku ini dijual di dalam talian seperti Lazada, Shopee dan sudah pasti sudah ada di pasaran Malaysia.
“Kami semua mendesak pihak KDN untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghentikan propaganda yang menghasut rakyat untuk membenci dan menghina Jata Negara khususnya kerajaan Malaysia hari ini,” katanya.
Sementara itu Exco Pemuda PAS Pusat, Fauzuddin Mohd Zai menegaskan bahawa ini adalah percubaan awal untuk memberikan ancaman kepada negara kerana Jata Negara adalah kedaulatan kepada negara.
“Kita percaya ini hanya permulaan dan akan datang lagi serangan lebih dahsyat daripada ini kepada kedaulatan negara kita.
“‘Enough is enough’ setakat ini saja mereka boleh melampaui batas… kerana kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari parti pembangkang atau kerajaan untuk kita bersama-sama dan jangan biarkan lagi ‘bajingan-bajingan’ ini menghina dan juga mencabar kedaulatan negara.
“Sekiranya mereka ‘langgar’ lampu merah dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan lebih besar dari ICERD dan sekiranya mereka melampaui batas lebih yang berlaku pada hari ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Setiausaha Pemuda MIC, Theeageesh Ganesan mengharapkan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap penulis buku yang menghina Jata Negara.
“Kami menyokong dan mengharap pihak PDRM mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melakukannya.
“Kami seru Pemuda MIC di seluruh negeri untuk membuat laporan polis dan kami akan terus bersama dengan Pemuda BN dan PAS bertindak untuk apa-apa yang sepatutnya hendak buat,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books di pautan [https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3961434060565004&id=597490066959437] yang mengiklankan sebuah buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” (ISBN : 9789672165811) disunting oleh penulis, Kean Wong yang mana mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.
Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya. – UMNO Online

Polis panggil pihak penerbitan buku hina Jata Negara
KUALA LUMPUR:Polis Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung penerbitan buku tulisan Kean Wong yang didakwa menghina Jata Negara.
Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis berhubung pengubahsuaian Jata Negara berkenaan.
Ujarnya seperti dipetik dari laporan Harian Metro hari ini, pihaknya akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku yang bertajuk ‘Rebirth :Reformasi, Resitance, And Hope In New Malaysia.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan)2016, Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1)Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya seperti dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Terdahulu, muka hadapan buku tulisan Kean Wong yang didakwa mengubahsuai Jata Negara telah menimbulkan kegusaran dan kemarahan rakyat.
Susulan itu, hari ini beberapa laporan polis telah dibuat oleh parti-parti politik antaranya pemuda PAS, MIC, Umno, MCA termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan arahan menggesa semua ahli pemuda PAS supaya membuat laporan polis di seluruh negara berhubung perkara itu.- HARAKAHDAILY 29/6/2020
kongsikan ini:
Hina Jata, mana maruah negara?
Pengkhianat anggap kebebasan bersuara boleh hina negara
JIKA ada negara lain mempersoalkan hukuman “buang negara” sebagai suatu yang zalim, kita tanya kepada mereka bagaimana jika wajah ibubapa kamu diconteng-conteng oleh orang lain?
Jika jawapannya “berdiam diri”, maka di mana letaknya maruah dan harga diri kamu?
Begitu jugalah dengan isu terbaru penghinaan terhadap Jata Negara, siap dengan bukunya sekali.
Sampai begitu bencinya pengkhianat ini tanpa peduli batasan atau had kesabaran orang lain, seolah-olah menganggap kebebasan bersuara itu sampai membolehkan menghina kedaulatan dan maruah negara.
Peliknya, sama ada dia sedar atau tidak, dia menumpang hidup di negara ini.
“Menumpang hidup” di sini bermaksud kita sebagai rakyat tertakluk kepada akta undang-undang negara ini.
Kita bukannya pemilik mutlak sehingga membolehkan kita melakukan apa sahaja, boleh maki hamun sesiapa sahaja, boleh perlekeh apa sahaja dan boleh hina apa sahaja.
Rakyat yang berakhlak adalah rakyat yang tahu had sempadan bagi dirinya sepanjang ia hidup di negara yang berdaulat.
Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang mempunyai raja sebagai ketua negara dan mempunyai lambang-lambang serta simbol-simbol kedaulatannya yang tersendiri, termasuk Jata Negara.
Semua negara mempunyai Jata Negara masing-masing dan tersendiri.
Ianya sebagai simbol kedaulatan negara itu. Menghinanya sama seperti menghina maruah seluruh rakyat Malaysia.
Hukuman keras mesti dikenakan dan jika tidak, akan ada lagi yang berani menghina maruah dan kedaulatan negara pada masa akan datang.
Maruah negara sekarang ini sudah ada yang berani merobek-robeknya.
Sebelum ini kita lihat bagaimana bendera atau jalur gemilang dihina, kemudian Yang di-Pertuan Agong dengan gambar lucah dan menghinakan, dan pelbagai lagi.
Hina al-Quran sudah, hina Nabi SAW sudah, hina agama Islam sudah berkali-kali, dan hari ini Jata Negara.
Mana perginya maruah negara?
Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Media MUAFAKAT
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.
Hina Jata Negara: Tiada maaf bagimu
TIADA maaf kepada penghina Jata Negara. Itu kata Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi terhadap permohonan maaf pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin.
Menurut Asyraf Wajdi, lafaz maaf tidak begitu mudah untuk diterima selepas lambang kedaulatan Negara dihina sebegitu rupa.
“Kami membaca kenyataan Chong Ton Sin yang dilaporkan Malaysiakini pagi ini bahawa pihaknya tiada niat untuk menghina lambang negara Jata Negara.
“Kata beliau, “walaupun kami tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf”.
“Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ini bukan soal “sesiapa rasa kurang senang”. Malah tidak semudah itu lafaz maaf boleh diterima setelah penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara diperlakukan sebegitu rupa,” kata Asyraf Wajdi.
Menurutnya, martabat dan maruah negara seperti Jata Negara tidak sesekali boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya.
Malahan undang-undang jelas memperuntukkan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2016, yang mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
“Prinsip Undang-undang ada menyebut ‘Ignorantia Juris Non Excusat’ (Ignorance of the Law is No Excuse) bermaksud kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan.
“Justeru, Pemuda UMNO Malaysia tetap berpendirian bahawa tindakan tegas harus diambil kepada pihak yang didapati bersalah melakukan penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara termasuklah Jata Negara,” kata Asyraf Wajdi.
Penerbit buku kontroversi Rebirth hari ini memohon maaf berhubung gambar hadapan buku tersebut yang mirip Jata Negara.
Gantung penerbitan, edaran buku hina Jata Negara - Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menggantung penerbitan dan pengedaran buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia' yang didakwa menghina Jata Negara.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut meminta KDN menyiasat penulis, penyunting dan penerbit buku terbabit jika wujud motif biadab serta menghina lambang rasmi negara.
"Perbuatan ini jelas menggambarkan betapa penulis buku seolah-olah merendah-rendahkan martabat Jata Negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan di Facebook (FB), hari ini.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip jata negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.
Asyraf Wajdi berkata, imej dipaparkan pada buku itu menggambarkan ada pihak tidak peduli dengan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016.
"Nampaknya akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini," katanya.
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin berkata, pihaknya tidak berniat untuk menghina sesiapa atau apa-apa.
Menurutnya, bagaimanapun tanpa sengaja kulit buku itu telah menyingung perasaan orang ramai dan dia meminta maaf.
“Pada masa depan kita akan lebih sensitif,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. -SM
0 Comments
Jata Negara bukan untuk ‘diusik’ – Prof Dr Teo
KUALA LUMPUR: Hukum sahaja tidak mencukupi dalam isu pengubahsuaian simbol kebangsaan sewenang-sewenangnya, termasuk dalam isu terbaharu, pengubahsuaian Jata Negara, tegas Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.
Beliau berkata, kes sama seperti ini terlalu kerap berlaku, umpama tiada iktibar langsung diambil daripada hukuman terhadap kes sama yang berlaku sebelum ini.
“Dahulu kita dapat lihat bagaimana bendera kita dikibarkan dengan rekabentuk lain dan lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa selain bahasa rasmi, selepas itu siaran rasmi sebuah kementerian pula dikeluarkan dalam bahasa lain.
“Persoalannya di mana iktibar sehingga berlaku kes lain secara berterusan, yang memburukkan lagi keadaan, ia dilakukan kelompok sama, ini tidak baik, sangat-sangat tidak baik untuk perpaduan negara.
“Sesuatu perlu dilakukan di sini, mengapa ia berlaku berterusan dan frekuensinya kerap?” katanya ketika menjadi tetamu dalam talian di program BernamaTV: ‘Malaysia Petang Ini’ hari ini.
Sebelum ini tular dalam media sosial, sebuah buku menggunakan visual mirip Jata Negara, memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang.
Sebelum ini tular dalam media sosial, sebuah buku menggunakan visual mirip Jata Negara, memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang.
Juga imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.
Penerbit buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ itu, Chong Ton Sin, dilapor berkata bahawa pihaknya tidak berniat untuk menghina Jata Negara serta ia berlaku secara tidak sengaja.
Teo berkata tidak salah sekiranya mana-mana pihak mahu meluahkan rasa kecewa namun jangan sewenang-wenangnya jadikan simbol kebangsaan sebagai mangsa.
“Rasa tidak puas hati, kecewa, harus bertepatan dan tidak harus bersifat sewenang-wenangnya. Setiap tulisan dalam buku itu, kritikannya begitu tajam, teguran begitu keras, saya kira ini sudah cukup, rasa tidak puas hati tidak boleh tertumpah kepada Jata Negara yang tidak berdosa.
“Sudah tiba waktunya kita perlu pandai mengawal emosi, mungkin kita dah pandai dari segi intelektual tapi tidak pandai dari segi emosi,” katanya.
Jelas beliau, Jata Negara dan simbol kebangsaan yang lain tidak boleh diusik atas apa sebab sekalipun.
“Ia sesuatu yang kudus, mesti dihormati dan diletak di persada setinggi mungkin sebab ia mewakili negara, pada lambangnya ada kedaulatan negara. Bagi saya tak boleh langsung diusik walaupun untuk tujuan kreativiti,” katanya. – BERNAMA
Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
Jata Negara Malaysia dihina: Pereka grafik anggap menggelupur panas punggung
Pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin mengganggap pihak yang mempersoal kulit buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ sebagai menggelabah.
Dia yang sebelum ini terkenal selepas melukis karikatur Najib dalam bentuk badut menerusi Facebook pada 2016 turut menganggap rasa tidak puas hati itu didorong sikap rasis.
“Dengan design kulit buku dan karya parodi pun nak menggelabah, menggelupur panas bontot dan melalak macam budak kecik.
“Lembik betul. Apa boleh buat, rasis dan macai memang lembik dan senang gelabah.
“Satu design kulit buku yang merupakan karya parodi lambang Jata Negara pun puak konservatif nak besar-besarkan jadi isu perkauman sebab buku itu diterbitkan masa zaman PH (Pakatan Harapan) dan editornya keturunan Cina,” ujarnya di Facebook hari ini.
Sejak semalam tular di media sosial kulit buku suntingan Kean Wong yang memaparkan logo mirip Jata Negara Malaysia dengan imej sepasang harimau berwajah manusia. Dua ekor harimau pada Jata Negara Malaysia merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan.
Reka bentuk buku terbitan Gerakbudaya itu juga menyaksikan seekor buaya mengelilingi bahagian kepala wanita yang ditutup rambutnya. Kesemua imej berupa harimau, buaya dan penutup kepala ‘perempuan’ itu diwarnakan merah terang.
Turut mengundang kontroversi imej bayi telanjang dengan wajah berada di dalam bintang pecah empat belas sedang duduk di atas bulan sabit.
Bintang bersama-sama anak bulan pada lambang rasmi kerajaan Malaysia merupakan lambang agama Islam sebagai agama rasmi negara yang terdiri daripada 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Fahmi, 42, menganggap sentimen rasis dieksploitasi demi mengalih perhatian.
“Seperti biasa sentimen perkauman diperalat sebagai modal dan dibakar untuk alih perhatian. Dengan karya parodi pun nak menggelabah. Siap suruh pihak berkuasa ambik tindakan,” tempelaknya.
Dia juga berkongsikan reka bentuk kulit buku terbitan ZI Publications yang pernah diterbitkan pada 2011.
“Tak kecoh pun dulu?” soalnya lagi.
Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.
Hina Jata Negara: Biadap dan kurang Ajar Tiada maaf bagimu
Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
Moga Bermanfaat
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
Jangan terima maaf penghina Jata Negara, mereka mahu lebur identiti Malaysia
Persatuan yang racun semangat patriotisme mesti diharamkan