01 May 2020

Untuk Mendapat Malam Lailatul Qadar

        
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
 اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
    
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat                         (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ اللهَ  
jantung gifIstighfar dari Kerdipan Mataku                     أسْتَغْفِرُاللهَ)   اللهَ)
Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku                  اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ)  الله 
Tahlil ‎Degupan Jantungku                             لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ ) 
Takbir  Hela Turun Naik Nafasku                    (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎  اللهَ        
اَلْحَمْدُ ِللهِ   syukur kepadaMU  YA اللهَ                 اللهَ    ALLAH اللهَ       
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ .... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ           ALLAH   اللهَ            
                                                                                 
                                                                                                                                       

Doa Untuk Mendapat Malam Lailatul Qadar

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Doa untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar | Kesempatan dan peluang dipanjangkan hayat pada bulan Ramadhan ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk memanfaatkan bulan mulia ini dengan memperbanyakkan istighfar, solat taubat dan doa kepada Allah سبحانه وتعالى bagi mengharap diampuni salah dan dosa disamping sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbaiki kesilapan diri agar dianugerahi malam al-Qadar.
Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah :~
Doa untuk dapat malam lailatul qadar.SQ
Doa untuk mendapat malam Lailatul Qadar di atas dianjurkan agar dibaca berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha seseorang itu.
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.
.
Umat Islam juga dianjurkan untuk sentiasa istiqamah dan menggunakan sebaik mungkin peluang pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan agar meraih kelebihan besar bulan mulia ini terutama di malam al-Qadar yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah سبحانه وتعالى dalam surah al-Qadr.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى  :~

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah Al-Qadr: Ayat 3)
.
Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya. Dan doa Aisyah adalah doa yang terbaik, kerana doa ini diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ buat isterinya tercinta Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr radhiallahu ‘anha. Oleh kerana itu, doa ini dianjurkan untuk dibaca berulang-ulang.
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Saiditina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar. Kata Aisyah, “Wahai Rasulullah sekiranya aku mendapat lailatul qadar, apakah yang patut ku baca? Lalu Baginda bersabda : Katakanlah Wahai Aisyah dengan mengatakan, “Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, ampunilah aku. Dengan kemurahan dan belas kasihan, ampunilah aku”.
.
.
.
Walaupun telah dianugerah dan meraih Lalilatul Qadar atau Malam Al-Qadar (Malam Kemuliaan) pada Ramadhan ini kita haruslah terus beristiqamah dan menggunakan sebaik mungkin melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى dengan penuh ketaatan dan sentiasa meningkatkan diri dengan ketaqwaan terhadap Allah سبحانه وتعالى.
.
والله أعلم بالصواب
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه






Rahsia Tarikh ‘Al-Qadar’ (Lailatul Qadar)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Lailatul Qadar
.

Malam ‘Al-Qadar’ atau Lailatul Qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan 1000 bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى  dalam surah al-Qadr:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣

“Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam al-qadar itu? Malam Lailatul Qadar  adalah lebih baik dari 1000 bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 3)
.
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1000 bulan.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut telah diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebutkan sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
 .
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang ke-20 Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah ﷺ daripada Ibnu Umar: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar  hendaklah pada malam ke-27.”
Sebuah lagi hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan Ramadhan.
Jelas daripada kedua-dua hadis di atas bahawa Lailatul Qadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari bulan Ramadhan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini.
 .
Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.
Allah سبحانه وتعالى sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadhan.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan ‘solat wusta’ dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
# Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita berhenti melakukan apa jua bentuk maksiat.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan kedatangan Hari Kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.
 .
Walau bagaimanapun berkaitan dengan Malam Al-Qadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:
# Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah سبحانه وتعالى.
# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang-benderang walau pun berada dalam kegelapan.
# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
# Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.
 .
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah سبحانه وتعالى, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadhan, InsyaAllah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
  1. Batiniah Puasa (Klik Di Sini)
  2. 23 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Di Bulan Ramadhan (Klik Di Sini)
  3. Puasa Tiada Nilai Jika Hanya Perut Tahan Lapar (Klik Di Sini)
.

 وَالسَّلاَمْ






7 Keistimewaan Lailatul Qadar

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

images (1)-crop
.

Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢ 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
.
.
7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~
.

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah  tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah سبحانه وتعالى berfirman;

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.

3. Malam Penuh Keberkatan

.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
.
.

5. Malam Kesejahteraan

.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah سبحانه وتعالى;

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).
.
.

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.
.

7. Dosa Diampunkan

.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
.
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”
Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
  1. Mengesan Malam Lailatul Qadar  (Klik Di Sini)
  2. Qiamullail Lailatul Qadar Dan Amalannya  (Klik Di Sini)


Menuju Lailatul Qadar



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 
Lailatul-Qadr
.

Rasulullah ﷺ bersabda:
 Carilah ia (Malam Al-Qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 
.

وَالسَّلاَمْ




Anugerah Malam Al-Qadar

ـــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Malam Lailatul-Qadar
.
Khutbah Jumaat: Anugerah Lailatul Qadar
.
kj lailatul qadr 1
.

.
Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dalam Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan ini untuk membaiki dan meningkatkan prestasi akhlak supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan puasa kita kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: Anugerah Malam Al-Qadar.
.
Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, maka mimbar menyeru, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran yang berharga ini bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannya.
.
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam al-Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Di antaranya firman Allah SWT:
kj lailatul qadr 2
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur’an) ini pada Malam Laitatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
.
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadilatnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
kj lailatul qadr 3
Mafhumnya: “Cari malam Lailatul al-Qadr di malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

.
Sepuluh malam akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Pada sepuluh malam yang terakhir inilah terdapat malam Al-Qadar atau Lailatul Qadar yang begitu istimewa sekali fadhilatnya. Dan amalan pada malam itu lebih baik dari seribu bulan. Ia juga merupakan malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperolehinya dan rugilah siapa yang melepaskannya.
.
Pelbagai hikmah dari anugerah malam al-Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna sekiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun 4 bulan. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah.
Firman Allah SWT melalui surah al-Dukhan ayat 3-6:
kj lailatul qadr 4
Maksudnya  Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara-perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan Lailatul Qadar? Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa langkah kepada umatnya agar berusaha sedaya upaya mendapatkan Lailatul Qadar ini. Menurut Imam Bukhari dan Muslim bahawa Saidatina ‘Aisyah meriwayatkan:
kj lailatul qadr 5
Maksudnya: “Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah ) dan uzlah dari isteri-isterinya. 

.
Orang yang beribadah pada 10 malam yang terakhir akan bebas dari api neraka berdasarkan hadis-hadis sahih. Walau bagaimanapun umat Islam dituntut melakukan ibadat sepanjang malam di bulan Ramadhan dengan bermunajat kepada Allah SWT agar dihapuskan segala dosa, di samping berdoa untuk mendapatkan kesejahteraan hidup, rezeki yang berkat, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik kerana pada malam lailatul Qadar tiada hijab untuk Allah menerimanya.
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Mengambil kesempatan sempena dengan kedatangan aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, mimbar menyeru semua umat Islam sebelum dan semasa pulang ke kampung supaya mengambil langkah berikut:
.
    1. Memastikan keadaan rumah selamat untuk ditinggalkan dengan memastikan semua suis telah ditutup dan juga memastikan rumah berkunci dengan rapi.
    2. Mengisi borang balik kampung yang telah disediakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi makluman pihak polis.
    3. Memaklumkan kepada jiran dan membatalkan penghantaran surat khabar.
    4. Memeriksa kenderaan supaya dalam keadaan selamat untuk tempoh perjalanan yang jauh.
    5. Membaca doa sebelum memulakan perjalanan.
    6. Berehat sebentar sekiranya penat atau mengantuk juga mengikut peraturan lalu lintas.
    7. Memandu secara berhemah dan sabar  serta bertolak ansur dengan pengguna jalan raya. Hindarkan sikap negatif seperti terburu-buru, panas baran dan bertengkar dalam kenderaan.
    8. Bersyukur setelah selamat sampai ke destinasi.
.
Ingatlah kepulangan kita amat-amat ditunggu untuk sama-sama menyambutnya dengan kegembiraan dan bukan dengan tangisan. Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya pada tahun 2012 jumlah kemalangan yang berlaku sebanyak 17, 937 kes, menunjukkan kadar yang yang berlaku amat membimbangkan. Amatlah diharapkan supaya tragedi seperti ini tidak berlaku pada idulfitri pada kali ini.
.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru sekali lagi agar para jemaah sekalian untuk memperkemaskan lagi amal ibadah dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran di bulan Ramadhan yang mulia ini yang masih berbaki 6 hari lagi. Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira ketika melakukan ibadah:
Pertama: Menghayati malam malam terakhir di bulan Ramadhan dengan beribadah penuh khusyuk dan penuh penghayatan.
Kedua: Meninggalkan sementara keseronokan dunia dengan beriktikaf di masjid sambil beribadat sepuas-puasnya.
Ketiga: Beriman dan yakin bahawa malam Lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Keempat: Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam al-Qadar, hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahqaaf ayat 13-14:
kj lailatul qadr 6
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetapkan pendirian, maka tidaklah mereka takut, dan tidak akan berdukacita. Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.
 .
kj korban 6
.

.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Anugerah Malam Al-Qadar
(02 Ogos 2013 / 24 Ramadhan 1434H)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Mengesan Malam Lailatul Qadar 2014/1435H

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.
Bila Lailatul Qadar?
Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 27 atau 29 Ramadhan?
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.
.
Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.
.
.

Menjangka Lailatul Qadar

.
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.”   (Riwayat Bukhari)
Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”
.
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.
Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.”  Dan mereka turut berkata:  “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”
.

Tarikh Sebenar Lailatul Qadar ?

.
Maka berpandukan jadual di atas ahli Sufi berpendapat tahun ini (2014 / 1435H), ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 27 Ramadhan, manakala Fathul Wahhab pula menjangkakan ‘Lailatul Qadar’ berlaku pada malam 29 Ramadhan. Ini berdasarkan puasa pertama tahun ini jatuh pada hari Ahad.
.
Sheikh Abu Hassan menyatakan beliau sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh, setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa pertama jatuh pada hari Ahad, seperti tahun ini (1435H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 29 Ramadhan.
.
.

Malaikat Turun Membawa Berkat

.
Pada malam al-Qadr, Allah سبحانه وتعالى menyuruh Jibril turun ke bumi. Lalu turun Jibril dengan perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau. Lalu dipacakkan di atas Kaabah.
Malaikat mempunyai 600 sayap, setengahnya tidak dibuka kedua-dua sayapnya, melainkan pada malam al-Qadar. Ketika dibukakan kedua-dua sayapnya itu, ia boleh mencapai hingga sampai dari timur ke barat (Masyrik ke Maghrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad.
Lalu, mereka memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada Lailatul Qadar beribadat kerana mencari keredaan Allah سبحانه وتعالى. Begitu juga kepada orang yang duduk beribadat, solat, berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin serta mengucap amin doa orang mukmin hingga terbit fajar Subuh.
Ketika terbit fajar malaikat Jibril pun menyeru kepada para malaikat: “Ar-Rahil! Ar-Rahil!” (Pulanglah! Pulanglah!).

Kepulangan mereka ke Arasy inilah yang menjadikan suasana pagi berikutnya kelihatan redup dan nyaman walaupun matahari kekal menyinarkan cahayanya.
.
Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.
.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.
.
.

Anugerah Lailatul Qadar

.
1.   Kelebihan malam al-Qadar tidak dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.
2.  Fadhilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanjang Ramadhannya.
3.  Kehadiran Lailatul Qadar disambut dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang dilimpahi kenikmatan syurga.
4.  Pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
.
.

Saat Makbul Doa

.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
  1. Masa berlalunya separuh malam.
  2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
.
.
.

Bertemu Lailatul Qadar

.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:

للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى

“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
.
.

Amalan Malam Lailatul Qadar

.
Bagi mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila  ‘klik di sini’ …
.
.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
.
Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



Petua Dan Cara Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Petua dan cara Imam Ghazali mencari malam Lailatul Qadar | Dalam melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil daripada 10 malam terakhir Ramadhan.
.
Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

.
Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:
.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.
.
Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?
.
Contohnya;
Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam yang ke dua puluh embilan. Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :
.

Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar

Jangkaan malam lailatul qadar SQ
.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
.
ALLAH سبحانه وتعالى  berfirman,

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥

“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)
.
Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
.
Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah  apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).”  (Muttafaqun alaih)
.
Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH سبحانه وتعالى, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.
.
Dengan tegas Rasulullah ﷺ bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi ﷺ sabdanya: “Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah سبحانه وتعالى , nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Bukhari r.a.).
.
.

Tanda Malam Al-Qadar

.
Di antara tanda malam Al-Qadar adalah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
.

والله أعلم بالصواب

.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


                                       


ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Related image               
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ                                                       

                                                                                                                                                                                                            


اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                         والله أعلم بالـصـواب  
                        Moga Bermanfaat
                            
                ..................................................................       
.......................................................................................................
        .......................................................................................................................
                          ‏ اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎     
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.

100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
        100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
            100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
         100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
             100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
                100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
                 100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
                           اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
                                   لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ                            
                                      لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
                            اَلْحَمْدُ ِللهِ  syukur kepadaMU  YA اللهَ    
                              آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
                       Zikirullah

                                   

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                                                                                



ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  






















ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             

Menjangka Lailatul Qadar

                                             
                                             
       اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                والله أعلم بالـصـواب  
                       Moga Bermanfaat.
                             
...........................................................................................................





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH


No comments: