01 May 2020

Ramadhan Yang Berbaki, Ubati Penyakit Hati

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Ramadhan Yang Berbaki, Ubati Penyakit Hati                                                                                              

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ramadhan.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi berbaki sebelum kita meninggalkan Ramadhan, bulan tarbiyyah dan ibadah yang penuh berkat. Hari-hari yang tersisa ini seharusnya diambil kesempatan sepenuhnya untuk kita menggandakan ibadah bagi menjadikan kita benar-benar manusia bertakwa sebagaimana matlamat Ramadhan yang digariskan al-Quran dan sunnah.
Malan-malam terakhir yang menjanjikan seribu kebaikan juga seolah-olah tidak dihiraukan lantaran begitu galak berdebat di ruang-ruang media tentang aneka isu yang hakikatnya terdedah kepada tohmah dan fitnah.
Sebahagian daripada manusia tidak memperdulikan seruan agama walaupun pada bulan Ramadhan. Melihatkan suasana perdebatan di dalam ruang-ruang media sosial hari ini, seakan-akan manusia sudah lupakan Tuhan bahkan tidak lagi mempedulikan keberkatan Ramadhan.
Kecanggihan pelbagai peralatan IT seperti telefon pintar dengan dibantu perisian masa kini seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, dan blog turut membantu sesuatu maklumat sampai dengan hanya menggunakan hujung jari tanpa memerlukan kudrat dan wang ringgit dalam masa yang singkat.
.
Benarlah telahan Nabi ﷺ bahawa umat kini berada pada zaman fitnah yang besar sehingga diwasiatkan berkali-kali dalam banyak hadis keperluan untuk umat tetap tegar berpegang prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
Kita membaca firman Allah سبحانه وتعالى mengenai kewujudan syaitan dalam kalangan jin dan manusia. Sesetengah daripada umat manusia tetap tidak mampu untuk meninggalkan keburukan walaupun dalam keadaan syaitan telah dirantai. Syaitan diikat ataupun tidak, mereka tetap berada dalam keadaan yang sama dengan akhlak yang tidak baik tanpa perubahan.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَـٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَـٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ﴿١١﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuhkan itu) lebih baik dari mereka (yang mencemuh); dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dicemuhkan itu) lebih baik dari wanita (yang mencemuh); dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah ia beriman dan sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Hujurat 49; Ayat 11)
.
Betapa ramai dari mereka yang berpenyakit dalam hatinya walaupun berada dalam bulan Ramadhan, mereka masih tidak mampu menghidupkan hatinya dengan kebaikan. Dia berada dalam bahaya dan mesti berusaha merawat dirinya dengan rawatan yang betul.
Allah سبحانه وتعالى memerintahkan kepada setiap yang mengaku beriman supaya sentiasa menyelidiki sesuatu berita yang datang dan tidak tergesa-gesa dalam membuat kesimpulan sebelum dipastikan kesahihan berita tersebut agar tidak terjerumus ke dalam kancah perbuatan atau tindakan yang menimbulkan dosa sehingga menatijahkan penyesalan akibat keputusannya yang tidak adil atau merugikan pihak lain.
Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam al-Quran melalui surah Al-Hujurat :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَـٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَـٰدِمِينَ ﴿٦﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang fasiq membawa suatu berita, maka selidikilah dengan teliti (tabayyun) kebenarannya, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.” (Surah Al Hujurat, Ayat 6)
.
Tabayyun ialah prinsip dan akhlak orang beriman yang merujuk kepada amalan meneliti dan menyelidiki sesuatu berita yang menuntut umat bersangka baik dan tidak mudah menjatuh hukum atau kesimpulan sebagaimana yang disebut dalam ayat berikut:
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al Hujurat, Ayat 12)
.
Keadaan ini seumpama hadis Rasulullah ﷺ ketika Baginda ﷺ menaiki mimbar. Pada anak tangga yang pertama Nabi ﷺ menyebut: ‘amin’, begitulah pada anak tangga kedua dan ketiga. Lalu sahabat bertanya tentang perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ sebelum itu. Rasulullah ﷺ menerangkan bahawa Jibril ‘Alaihissalam datang kepadanya ketika dia menaiki mimbar. Antara yang disebut oleh Jibril; “Celakalah, rugilah (di dunia dan akhirat) sesiapa yang diberi kesempatan untuk bersama Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya.” Malaikat Jibril berkata kepadaku: “Katakanlah Aamiiin.” Lalu aku pun mengucapkan: “Aamiiin.”
Bermaksud, sesiapa yang berada pada bulan Ramadhan, tetapi dirinya masih tidak terdorong untuk melakukan kebaikan, wajiblah dia mengetahui bahawa dia sedang sakit. Dia perlulah berusaha untuk melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى sebelum dirinya terhalang dan tertutup daripada bertaubat dan beramal soleh.
.
Justeru dalam berhadapan dengan zaman fitnah dengan bantuan teknologi maklumat yang begitu canggih masa kini, umat seharusnya lebih berhati-hati dan mengamalkan prinsip tabayyun sebelum menyebarkan mahupun berkongsi satu-satu berita.
Dalam senario masa kini tatkala begitu banyak lambakan maklumat hingga menjadikan kita keliru antara benar atau salah, adalah lebih baik kita kembali kepada prinsip Islam supaya kita tidak mudah menjatuhkan sebarang kesimpulan apatah lagi untuk menyebarkan maklumat yang boleh jadi fitnah yang memudaratkan.
Apa yang lebih digeruni, sekiranya kita jatuh muflis di akhirat lantaran menjadi agen penyebar fitnah mahupun mudah membuat tuduhan dan tohmah tanpa tabayyun sebagaimana hadis Nabi ﷺ.
Rasulullah ﷺ bertanya kepada para sahabat: Adakah kamu semua mengetahui siapa itu orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di sisi kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan harta benda”. Rasulullah  bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa, dan zakat, dan dia juga datang dengan (dosa) mencaci maki orang, menuduh (memfitnah) orang, memakan harta orang (dengan jalan yang salah), menumpahkan darah orang (bukan dengan jalan syarak), memukul orang (dan sebagainya). Maka diberikan pahala-pahalanya kepada orang sekian dan pahala-pahalanya kepada orang sekian (kerana perbuatan buruknya terhadap orang lain) sebelum diselesaikan urusannya, akan diambil dosa-dosa mereka (iaitu orang-orang yang diperlakukan perbuatan buruk di dunia), kemudian dosa-dosa itu dilemparkan ke atas orang tadi, kemudian dia dihumbankan ke neraka.” (Hadis Riwayat Muslim).
.
Mudah-mudahan Ramadhan yang berbaki ini dapat mengembalikan kita kepada penghayatan makna takwa yang diungkapkan berulang-kali oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai manifestasi kejayaan berpuasa. Sayangi saudara semuslim dengan saling ingat-mengingat ke arah kebaikan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan lagi dilimpahi rahmat pahala yang belum pasti ditemui lagi di tahun-tahun mendatang.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

   

ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  






















ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             
Ramadhan Yang Berbaki, Ubati Penyakit Hati                                             
                                             
       اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                والله أعلم بالـصـواب  
                       Moga Bermanfaat.
                             
...........................................................................................................





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH

No comments: