اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Perbanyak selawat kepada Rasulullah
Perbanyak selawat kepada Rasulullah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang
dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunahku.” (Diriwayatkan
oleh Malik bin Anas)
Perbanyak selawat kepada Rasulullah
Rabiulawal adalah bulan yang bersejarah bagi kehidupan Baginda
SAW dan seluruh umat Islam.
Nabi Muhammad SAW cukup istimewa, bahkan sudah diisyaratkan 30
generasi sebelum kelahirannya lagi iaitu ketika Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail
AS membina Kaabah dengan berdoa seperti disebutkan dalam Surah al-Baqarah, ayat
129 yang bermaksud: “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul
daripada kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat
(firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat
kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (daripada syirik dan
maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Keistimewaan Nabi Muhammad SAW juga diceritakan Nabi Isa AS
kira-kira 600 tahun sebelum kelahiran Baginda SAW. Nabi Isa menceritakan
baginda diutuskan Allah SWT adalah untuk membenarkan apa jua ayat dan hukum
hakam yang terdapat dalam kitab Taurat serta sebagai pemberi khabar gembira
mengenai ketibaan seorang rasul selepas baginda bernama Ahmad.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga
peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israel,
sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab
yang diturunkan sebelumku iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira
dengan kedatangan seorang rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama:
Ahmad...” (Surah Saff, ayat 6)
Allah SWT turut memperkenalkan Nabi Muhammad SAW di dalam
al-Quran sebagai sesuatu yang unik dari sudut sahsiah dan keperibadiannya.
Antaranya di dalam Surah at-Taubah, ayat 128 yang bermaksud:
“Sesungguhnya datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi
kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
orang-orang yang beriman.”
Lebih hebat lagi, Allah SWT mengutuskan Baginda SAW menjadi
nabi dan rasul bukan saja kepada orang Arab dan Quraisy, bahkan menjadi rahmat
dan memberi kasih sayangnya ke seluruh alam.
Rasulullah SAW lahir di tengah-tengah masyarakat Arab yang
tidak beriman kepada Allah SWT. Walaupun tidak berpeluang menemui dan menatap
wajah Rasulullah SAW, kita perlu yakin dan beriman terhadap kebenaran yang
dibawa oleh Baginda.
Setiap sunah termasuk perbuatan, tutur kata dan sifat Baginda
perlu sentiasa dicontohi dalam menjalani kehidupan ini. Sungguh bertuah diri
kita walaupun tidak meminta, namun Allah SWT mentakdirkan kita menjadi sebahagian
daripada umat Nabi SAW.
Sehubungan itu, sebagai umatnya, kita perlu sentiasa
mengingati Baginda dalam hati dengan memperbanyakkan selawat, memuji serta
berusaha beramal dengan sunahnya.
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah














No comments:
Post a Comment