اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Inilah 8 Petua Orang Lama Untuk Halau Semut Dalam Bekas Gula
Berkesan, bukan?
semut-semut keluar.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Inilah 8 Petua Orang Lama Untuk Halau Semut Dalam Bekas Gula
“Stres betul aku tengok semut-semut ni. Dia boleh pulak
masuk dalam bekas gula aku yang bertutup rapat ni. Dahlah gulanya baru je aku
beli. Takkan nak buang, membazirlah… Apa petua halau semut dalam bekas gula ni
ya?”
Memang terkejut dan geram bila tengok bekas gula dah
dimasuki semut. Hairan pun ada juga. Kadangkala, pek gula yang baru dibeli dan
dibuka pun boleh dimasuki semut.
BOLEHKAH MAKAN GULA YANG DIMASUKI SEMUT?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan,
gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut
itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan
jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak
memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berda rah. Malah sesetengah budaya
mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak
boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah
diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba
beberapa petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
8 PETUA HALAU SEMUT DALAM BEKAS GULA ANDA
Berikut adalah petua halau semut yang boleh anda cuba di
rumah.
1. CENGKIH / KULIT KAYU MANIS
Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling
popular dan lazim dipraktikkan adalah dengan menggunakan cengkih. Cuma letakkan
beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut tadi.
Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan menghalau semut.
Tapi, jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau
tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.
Kedua-dua rempah ini bukan saja menghalau semut, tetapi
turut memberi aroma yang enak kepada gula anda. Tapi, jangan risau kerana ia
tidak mengubah rasa gula tersebut.
Gambar di bawah ini contoh yang telah dilakukan oleh Puan
Azura Abd Jalil melalui laman sosial beliau. Berkesan, bukan?
2. JEMUR TENGAH PANAS
2. JEMUR TENGAH PANAS
Seterusnya, anda boleh menjemurkan gula tersebut di bawah
matahari terik. Untuk memudahkan, pindahkan gula di dalam dulang atau loyang.
Kemudian, jemurkan sekejap.
Kalau takut terlupa sebab letak di luar, letakkan di tepi
tingkap yang dimasuki cahaya matahari.
3. LETAK BEKAS GULA TEPI DAPUR GAS
Satu lagi cara yang hampir sama dengan menjemur adalah
dengan meletakkan bekas gula tadi berhampiran dengan dapur gas yang dinyalakan.
Lebih elok kalau gula dipindahkan ke dalam pinggan kaca atau bekas logam.
Sambil-sambil masak nanti, bekas akan menjadi panas dan
semut pun akan lari. Tapi, jangan pula letak direct atas api ya, tak baik dibu
nuh semut-semut itu. Lagipun, kalau semut ma ti dalam bekas gula, bertambah
susah kita nak keluarkannya nanti.
4. PISAU
Petua halau semut dalam bekas gula yang seterusnya ini
mungkin kedengaran pelik. Tapi, buat yang pernah mencuba tentu tahu
keberkesanannya. Seperti yang dikongsikan oleh Puan LiaJane San ini.
Caranya, pacakkan pisau ke dalam bekas gula dan biarkan
sekejap. Nanti, semut-semut akan keluar sendiri. Menurut beliau, petua ini
didapati daripada majalah. Memang nampak kelakar dan mesti ada yang rasa
was-was. Tapi, ia memang berkesan.
5. ASAM KEPING / GELUGUR
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas gula.
Jangan risau kerana bau asam gelugur pun tidak akan menukar rasa atau warna
gula.
6. CILI KERING
Selalunya kita dengar petua ini untuk halau kutu beras,
bukan? Tak sangka ia boleh digunakan untuk menghalau semut juga.
Ambil beberapa tangkai cili kering dan letak dalam bekas
gula. Kalau nak potong kasar pun boleh. Tutupkan dengan longgar supaya semut
boleh keluar. Jangan risau, tak ada rasa pedas yang tertinggal pada gulanya.
7. TEKNIK RENDAM DALAM AIR
Ini satu lagi teknik orang lama yang mungkin jarang kita
dengar. Ia adalah perkongsian daripada Puan Zura Yusoff. Menurut beliau, cara
ini memang amat mudah tapi cukup efektif.
Cuma masukkan bekas gula tadi dalam bekas yang berisi air.
Guna air paip saja. Kemudian, tunggu sebentar dan biarkan penutup terbuka untuk
semut-semut keluar.
8. SEJUKKAN DALAM PETI AIS
Akhir sekali, dan cara yang paling senang anda boleh buat
adalah meletakkan bekas gula di dalam peti sejuk. Letakkan bekas gula di bahagian
sejuk beku atau freezer dan biarkan bekas terbuka sedikit.
Tinggalkan semalaman atau beberapa jam. Semut akan hilang.
Kalau semut asyik hurung bekas gula anda, simpankan terus di dalam peti sejuk.
Mudah-mudahan selesai masalah.
SELAMAT MENCUBA!
Walaupun kebanyakannya petua orang lama, tapi tetap efektif.
Kalau tak cuba, tak tahu.
Apapun, lakukan seawal mungkin sebaik saja anda perasan
bekas gula anda dimasuki semut. Jangan tunggu semutnya terlalu banyak baru nak
halau kerana dikhuatiri memudaratkan keshatan pula.
Sumber : pertuaibu
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah
No comments:
Post a Comment