10 May 2020

WIRID DAN ZIKIR JENIS-JENIS ISTIGHFAR

لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
 اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
    
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat                         (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ اللهَ  
jantung gifIstighfar dari Kerdipan Mataku                     أسْتَغْفِرُاللهَ)   اللهَ)
Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku                  اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ)  الله 
Tahlil ‎Degupan Jantungku                             لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ ) 
Takbir  Hela Turun Naik Nafasku                    (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎  اللهَ        
اَلْحَمْدُ ِللهِ   syukur kepadaMU  YA اللهَ                 اللهَ    ALLAH اللهَ       
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ .... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ           ALLAH   اللهَ            
                                                                                 
  1.                                                             WIRID DAN ZIKIR  JENIS-JENIS ISTIGHFAR                                                                           



WIRID DAN ZIKIR
JENIS-JENIS ISTIGHFAR

a)Astaghfirullah
 (Saya memohon ampun kepada Allah)

b)Astaghfirullahal’adzhim
 (Saya mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung)

c. Astaghfirullahal’adzhim wa atuubu ilaih
 (Saya mohon ampun kpd Allah yang Maha Agung dan bertaubat kepadaNya)

d. Astaghfirullahal’adzhim minkulli dzanbin wa atuubu ilaih
 (Saya mohon ampun kpd Allah yang Maha Agung dari segala dosa dan bertaubat kpd-Nya)”.

e. Astaghfirullahal’adzhim alladzii laa ila ha illa huwal hayyuul qayyuum wa atuubu ilaih
(Saya mohon ampun kpd Allah yang Maha Agung yg tiada Tuhan selain Dia yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri dan saya bertaubat kepada-Nya)

f)Allahummaghfiratuka awsa’u min dzunuubi wa rahmatuka arjaa min ‘amalii
(Wahai Tuhanku, ampunan Engkau sesungguhnya lebih luas dari dosa2ku, dan rahmat Engkau lebih kuharapkan dari amalku sendiri)

g)Rabbighfirlii wa tub ‘alayya innaka antatawwaabur rahiim
(Wahai Tuhanku, ampunilah kiranya aku bersalah dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha menerima taubat lagi maha pengasih)

h)Allahumma annta Rabbi Laa ilaaha illa anta khalaqtanii wa anna abduka wa ana ‘aala ahdika wa wa’dika – Mastatho’tu A-‘uudzubika minsyarrimaa shona’tu abuu-ulaka bini’matika ‘alayya wa abuu-‘u bidzambii faghfirlii fainnahu Laa yaghfirudz-dzunuu-ba illa ant.

Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak kusembah kecuali hanya Engkau sendiri. Telah Engkau jadikan aku dan aku ini adalah hamba-Mu, dan aku ini sntiasa di dlm genggaman dan ketetapan-Mu. Tidak adalah kesanggupan sedikit juapun padaku, aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan2 apa yang telah kulakukan. Aku menyedari akan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku tahu pula akan dosaku, maka ampunilah kiranya aku, kerana sesungguhnya tiadalah yang mengampuni dosaku itu hanya Engkau.”

Kalimat istighfar pada point ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar). Itulah beberapa bentuk kalimat istighfar namun masih banyak lagi yang lainnya.

****************************************

MAMPUKAH MEMBUAT 1000 KEBAIKAN SEHARI?

Rasulullah saw. pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?"

Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?"

Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan."

 (HR. Muslim)

******************************************
AMALAN ZIKIR UNTUK TENANGKAN HATI YANG GELISAH

1) Astaghfirullahal'azhim - lafaz 100x
Aku mohon ampin pada Allah yg Maha Agung - sebut di hati1

Lepas tu

2)Innalillah hiwainna ilaihi roojiun lafaz 100x
Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya kita kembali - sebut di hati

Lepas tu

3)Laa hawlawala quwwata ila billah - lafaz 100x
Tiada daya n tiada kekuatanku melainkan dgn pertolonganMu - sebut di hati.

Lepas tu

4) Hasbunallah wa ni'mal wakil - lafaz 100x
Cukuplah Allah sbgai pelindungku - sebut dlm hati 100x

Lepas tu,

5) zikirkan Asma husna : Ya Rahman - sebut 100x
Sebut di hati : Wahai yg maha pemurah

Pastu ulang2 lagi hingga hati tenang

******************************************

ZIKIR PAGI & PETANG : Apa yang perlu dibaca?

1. SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI 100x
(Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya)

Fadhilat :
Pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dan itu.[1]” (HR. Muslim)

2. TIGA SURAH PENDEK
surah QUL HUWALLAHU AHAD 3x
surah QUL A’UDZU BIRABBINNAAS 3x
surah QUL A’UDZU BIROBBIL FALAQ 3X

Fadhilat :
" maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.[4]” (HR. Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai dengan sanad yang hasan)

3. BISMILLAHI AL-LADZI LAA YADHURUU MA’A ISMIHI SYAI`UN FIL ARDHI WALAA FIS SAMAA`, WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM 3X
(Dengan menyebut nama Allah yang tidaklah sesuatu yang ada di bumi dan di langit akan celaka dengan nama-Nya, dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui)

Fadhilat :
niscaya tidak akan dicelakakan oleh sesuatu apapun.[7]” (HR. Imam Ahmad, At-Tirmizi, dan Ibnu Majah.

4. LAA ILAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIKA LAHU. LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ALA KULLI SYAI`IN QODIR 10x
(Tiada sembahan yang haq selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya bagi-Nya. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Fadhilat :
Baca 10x di waktu pagi hari, maka akan dituliskan baginya seratus kebaikan dan akan dihapuskan darinya seratus kesalahan, dan baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh budak, serta pada hari itu ia akan dijaga oleh Allah sampai sore. Dan barangsiapa mengucapkan seperti itu pada waktu petang hari maka ia akan mendapatkan hal spt itu juga.[16]” (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya dengan sanad yang hasan)

5. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR 100X

Fadhilat :
# sama pahala spt membebaskan seratus budak.
# seperti bersedekah 100 ekor kuda untuk fiisabilillah di jalan Allah.
# seperti bersedekah 100 unta di jalan Allah.
# pahalanya memenuhi di antara langit dan bumi.
(HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)

6. SELAWAT NABI (sebanyak yg mampu)
100x setiap hari,
Allah akan memenuhi 100 hajatnya, 70 hajat di AKHIRAT, 30 hajat di DUNIA.

500x setiap hari,
maka ia takkan fakir selama-lamanya, banyak rezekinya, terpenuhi hajatnya dan hilang kesusahannya.

Setiap 1 selawat pula,
# Mendapatkan 10 selawat dari Allah
# Diangkat 10 derajat
# Dihapus darinya sepuluh keburukan.
# Ditulis baginya sepuluh kebaikan
# Mendapat syafaat dari Rasulullah SAW

7. ISTIGHFAR (sebanyak yg mampu)
”Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.”
(HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sanadnya. )


******************************************
WIRID SELEPAS SOLAT FARDHU

Diringkaskan dari kitab ‘hidayatus salikin’, selepas solat bacalah:

1. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZHIM (3KALI)
*dosa-dosa akan diampunkan

2. ASTAGHFIRUL LAH HAL A’ZIM ALLAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM WA A TU BU ILAIH (1X)

3. ALLAHUMMA AJIRNA MINANNAR (3KALI)

4. AL FATIHAH HINGGA HABIS (1X)

5. SUBHAANALLAH (33X)
*100X pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.

6. ALHAMDULILLAH (33X)
*100X pahalanya seperti bersedekah 100 kuda untuk fisabilillah.

7. ALLAHUAKBAR (34X)
*100x pahalanya seperti mengorbankan 100 unta

8. SUBHAANALLAH WABIHAM DIHI
*10X ditunaikan segala permintaan
*100X pahala di ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan.

9. LAA ILAA HA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYAARIIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHULHAMDU WA HUWA 'ALA KULLI SYAI’ING QADIR.  (10X)
*Maka akan dituliskan baginya 100 kebaikan, dimaafkan 100 kejahatan, dinaikkan baginya 100 derjad dalam surga dan dia dipelihara disepanjang hari itu dari godaan syetan dan dari perbuatan-perbuatan yang tidak baik dan diberi pahala seperti memerdekakan 10 hamba sahaya.

10. WA HASBUNAALLAHU WA NIKMAL WAKIIL. WA LAA HAWLAWALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIM.

11. LAA ILAA HA ILLALLAH
*Bacalah 10x kerana kalimah ini akarnya tertancap jauh ke dalam bumi dan cabang-cabangnya menjulang ke langit.
Akan mendapat pahala seperti memerdekakan hamba.
*100x pahalanya seperti antara bumi dan langit penuh tanda kasih sayang pada Allah swt

12. QUL HUWOLLAH HU AHAD HINGGA HABIS (3KALI)
*pahala seperti membaca seluruh Al-Quran.

******************************************

FADHILAT ZIKIR LAILAHAILLALAAH

Jika kamu terlanjur melakukan suatu keburukan, hendaklah mengerjakan kebaikan sebagai kifarahnya agar keburukan itu dapat dihapuskan. Jadi, bacalah laailaahaillallaah kerana ia lebih afdhal.

Jika 7 lapis langit dan 7 lapis bumi ditimbang dengan kalimat laailaahaillallaah, maka timbangan kalimat itu akan lebih berat.

Akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku bagi orang yang mengucapkan kalimah laailaahaillallaah.
*Barangsiapa yang mengucapkan kalimah laailaahaillallaah dengan ikhlas maka akan dimasukkan ke alam syurga ( ikhlas yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram dan yakin pada kalimah itu)

Tiada seorang hamba yang mengucapkan laailaahaillallaah melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu terus menuju arasy, kecuali orang yang terlibat dalam dosa besar.

Kalimat laailaahaillallaah mempunyai tempat disamping arasy yang tak terhingga luasnya dan Allahuakbar adalah cahaya yang mengisi seluruh bumi dan langit.

Kalimah laailaahaillallaah anak kunci syurga.

Ahli laailaahaillallaah tidak akan berduka cita di dalm kubur dan padang mahsyar.

Ada sebuah tiang nur dihadapan arasy Illahi, manakala seorang hamba mengucapkan laailaahaillallaah maka tiang itu bergoyang-goyang, kamudian Allah swt menyuruh tiang itu berhenti tapi tiang itu berkata, bagaimana aku akan berhenti sedangkan yang mengucapkan kalimat itu belum lagi diampunkan, maka Allah swt berfirman : “sesungguhnya Aku telah mengampuninya.”, lalu tiang itupun berhenti.

Barangsiapa mengucapkan laailaahaillallaah 100 kali, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah swt didalam keadaan yang mukanya bercahaya seperti bulan purnama.

******************************************

ASAL KISAH SUBHANALLAH 33X, ALHAMDULILLAH 33X, ALLAHUAKBAR 33X DINAMAKAN ZIKIR FATIMAH

Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.ha. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w, merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.”
(Riwayat Abu Hurairah)

WANITA PILIHAN UNTUK LELALI PILIHAN

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda,“Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu?Semoga Allah menggembirakanmu”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Jadi, selepas solat dan sebelum tidur jangan tinggalkan Zikir Fatimah ni ye.

******************************************

KISAH HEBATNYA ISTIGHFAR

InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa beristighfar kepadaNya.

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). Hari sudah larut malam dan Imam Ahmad ingin tidur di dalam sebuah masjid. Tapi penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kejadian itu. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja di rumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.

Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”

Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, Tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.”
(HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

Ternyata kelebihan Istighfar begitu besar. Jadi ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

No comments:
Post a Comment


ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Related image               
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ                                                       

                                                                                                                                                                                                            


اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                         والله أعلم بالـصـواب  
                        Moga Bermanfaat
                            
                ..................................................................       
.......................................................................................................
        .......................................................................................................................
                          ‏ اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎     
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.

100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
        100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
            100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
         100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
             100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
                100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
                 100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
                           اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
                                   لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ                            
                                      لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
                            اَلْحَمْدُ ِللهِ  syukur kepadaMU  YA اللهَ    
                              آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
                       Zikirullah
                     

                           Related image
                                        

No comments: