أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ADAKAH SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA DALAM BULAN RAMADHAN?
Sering disebut pada bulan ramadhan, syaitan, jin dan ifrit dirantai, ditambat
atau dibelenggu. Akan tetapi pada bulan ramadhan juga ada orang ternampak jin,
ada juga orang melakukan maksiat, mengundang dosa besar, ada yang bergaduh
sehingga berbunuh-bunuhan sedangkan sedangkan semua itu kerja syaitan.
Bagaimanakah ia boleh berlaku, sedangkan semua makhluk halus dipenjarakan?
Mohon Dato' huraikan. Terima kasih - ADNAN ABDUL AZIZ, Batu Gajah. JAWAPAN OLEH
DATO' DR. HARON DIN: Mungkin saudara
merujuk atau mendengar kupasan penceramah tentang hadis rasulullah s.a.w
perihal berkaitan. Hadis tersebut (mafhumnya) Daripada Abu Hurairah katanya
rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:- " Apabila datang ramadhan
dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu
segala syaitan." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) Hadis tersebut ada dua
lapis maksudnya. Pertama makna pada zahir, keduanya makna pada majaaz (kiasan).
Hadis tersebut pada zahirnya bermaksud pada bulan ramadhan pintu syurga terbuka
untuk dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa jika benar seseorang itu berpuasa
seperti yang dituntut syarak. Dia akan memperoleh syurga meskipun belum berlaku
lagi kiamat, kerana syurga itu sudah didapati di alam kubur. Itu merupakan
syurga sementara sehingga memasuki syurga yang sebenar pada hari akhirat. Jika
pintu syurga sudah terbuka dan pintu neraka tertutup, maka mudahlah semua orang
masuk syurga. Tiada orang akan masuk neraka kerana pintunya sudah tertutup.
Apakah ini makna hadis ini? Apakah pada bulan ramadhan tidak mati orang kafir,
munafiq, musyrik, zindik dan sebagainya? Sudah tentu juga orang Islam yang
berpuasa ada yang mati, tetapi dia hanya berpuasa sedangkan maksiat-maksiat
lainnya tidak dihentikan. Apakah semua mereka ini masuk syurga juga kerana
neraka tertutup? Sudah tentulah jawapannya tidak. Yang ditentukan ke neraka
tetap ke neraka dan yang bakal memperolehi syurga akan memasuki syurga. Oleh
itu, hadis yang saya sebutkan di atas makna yang kedua, iaitu makna majaazi
atau kiasan. Dalam ungkapan hadis itu juga menyebutkan tentang 'dibelenggu
syaitan' dalam erti kata lain syaitan diikat. Makana dari segi hakikinya memang
terjadi sungguh bahawa syaitan-syaitan itu dibelenggu dan dipenjarakan. Mengikut hadis, perkara ini berlaku hanya
keatas syaitan dan tidak disebut apakah jin, qarin, iblis, ifrit dan lain-lain.
Makhluk-makhluk ini tidak dirantai. Ertinya ada kalangan makhluk halus yang
dirantai, ada yang tidak. Yang tidak dirantai itulah yang terus mempengaruhi
alam manusia, menzahirkan dirinya kepada manusia dan merangsang manusia
melakukan perbagai kejahatan. Puasa menjadi ibadat khusus dimana mukmin
dituntut menahan nafsunya daripada melakukan sesuatu yang dilarang. Orang-orang
yang benar-benar menahan dirinya dengan tidak melakukan apa-apa yang dilarang
Allah, yang hanya melakukan apa jua untuk mentaati Allah dengan sepenuh
keikhlasan, mereka inilah seolah-olah tidak tidak memberi peluang langsung
kepada nafsunya untuk melakukan kejahatan.
Nafsu biasanya dikuasai oleh syaitan. Kerana kehebatan mukmin mengawal
nafsunya, semua perbuatan dijuruskan ke arah kebaikan. Maka seolah-olah syaitan
terbelenggu dan tidak mampu berbuat apa-apa. Apapun makna hadis tersebut, kita
ambillah yang mudah difahami iaitu syaitan adalah musuh manusia. Firman Allah
(mafhumnya):- "Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku (yang
beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada
orang-orang yang menentang kebenaran) Sesungguhnya syaitan itu sentiasa
menghasut diantara mereka (yang mukmin dan yang menentang) Sesungguhnya syaitan
itu dalah musuh yang amat nyata bagi manusia" Surah al Isyrak ayat 53)
Firman Allah (mafhumnya) :- "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,
maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) Sebenarnya dia
hanyalah mengajak golongannya menjadi dari penduduk neraka"(Surah al
Faathir ayat 6) Syaitan adalah musuh manusia sejak daripada Adam a.s lagi dan
mereka boleh melihat manusia sebaliknya manusia tidak boleh melihat mereka pada
kebiasaannya. Maka tentulah mudah bagi mereka menghadapi manusia, menyesat
serta menjauhkan mereka dari jalan Allah. Oleh kerana itu Allah Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang membantu manusia dengan berbagai pertolongan seperti firman
Allah (mafhumnya) :- " ...dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan
belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali
sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya diantara
kamu) " (Surah an Nisa ayat 83) Firman Allah (mafhumnya):-"Wahai
orang-orang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Dan sesiapa
yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa
menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara keji dan perbuatan yang
mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya keatas
kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih daripada dosa
selama-lamanya. Akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (
menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi
Maha Mengetahui " (Surah an Nur ayat 21) Maka salah satu daripada cara
Allah menolong hamba-hambaNya iaitu dengan mensyariatkan ramadhan, benar-benar
berpuasa serta selamat daripada godaan syaitan. Allah membantu manusia dengan
memberikan ruang kepada mereka berpuasa sehingga syaitan tidak berdaya
menghampiri mereka. Wallahua'lam. Sumber:petikan sama dalam beberapa blog
perawatan Islam. Dicatat oleh Md Zaini Zainal di 6:41 PM
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ADAKAH SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA DALAM BULAN RAMADHAN
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment