أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Nabi Nuh As-Ulul Azmi - 5 ()
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Nabi Nuh As-Ulul Azmi - 5 ()
Ulul Azmi - 5 (Nabi Nuh As)
Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah
Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya
adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.
سُوۡرَةُ نُوح
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ
قَوۡمِهِۦۤ أَنۡ أَنذِرۡ قَوۡمَكَ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَهُمۡ عَذَابٌ
أَلِيمٌ۬ (١) قَالَ يَـٰقَوۡمِ إِنِّى لَكُمۡ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ (٢)
أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ (٣) يَغۡفِرۡ لَكُم
مِّن ذُنُوبِكُمۡ وَيُؤَخِّرۡكُمۡ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ مُّسَمًّىۚ إِنَّ
أَجَلَ ٱللَّهِ إِذَا جَآءَ لَا يُؤَخَّرُۖ لَوۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
(٤) قَالَ رَبِّ إِنِّى دَعَوۡتُ قَوۡمِى لَيۡلاً۬ وَنَهَارً۬ا (٥)
فَلَمۡ يَزِدۡهُمۡ دُعَآءِىٓ إِلَّا فِرَارً۬ا (٦) وَإِنِّى ڪُلَّمَا
دَعَوۡتُهُمۡ لِتَغۡفِرَ لَهُمۡ جَعَلُوٓاْ أَصَـٰبِعَهُمۡ فِىٓ
ءَاذَانِہِمۡ وَٱسۡتَغۡشَوۡاْ ثِيَابَہُمۡ وَأَصَرُّواْ وَٱسۡتَكۡبَرُواْ
ٱسۡتِكۡبَارً۬ا (٧) ثُمَّ إِنِّى دَعَوۡتُہُمۡ جِهَارً۬ا (٨) ثُمَّ
إِنِّىٓ أَعۡلَنتُ لَهُمۡ وَأَسۡرَرۡتُ لَهُمۡ إِسۡرَارً۬ا (٩) فَقُلۡتُ
ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُ ۥ كَانَ غَفَّارً۬ا
(١٠) يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم
مِّدۡرَارً۬ا (١١) وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل
لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا (١٢) مَّا لَكُمۡ
لَا تَرۡجُونَ لِلَّهِ وَقَارً۬ا (١٣) وَقَدۡ خَلَقَكُمۡ أَطۡوَارًا
(١٤) أَلَمۡ تَرَوۡاْ كَيۡفَ خَلَقَ ٱللَّهُ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬
طِبَاقً۬ا (١٥) وَجَعَلَ ٱلۡقَمَرَ فِيہِنَّ نُورً۬ا وَجَعَلَ ٱلشَّمۡسَ
سِرَاجً۬ا (١٦) وَٱللَّهُ أَنۢبَتَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ نَبَاتً۬ا (١٧)
ثُمَّ يُعِيدُكُمۡ فِيہَا وَيُخۡرِجُڪُمۡ إِخۡرَاجً۬ا (١٨) وَٱللَّهُ
جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ بِسَاطً۬ا (١٩) لِّتَسۡلُكُواْ مِنۡہَا
سُبُلاً۬ فِجَاجً۬ا (٢٠) قَالَ نُوحٌ۬ رَّبِّ إِنَّہُمۡ عَصَوۡنِى
وَٱتَّبَعُواْ مَن لَّمۡ يَزِدۡهُ مَالُهُ ۥ وَوَلَدُهُ ۥۤ إِلَّا
خَسَارً۬ا (٢١) وَمَكَرُواْ مَكۡرً۬ا ڪُبَّارً۬ا (٢٢) وَقَالُواْ لَا
تَذَرُنَّ ءَالِهَتَكُمۡ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّ۬ا وَلَا سُوَاعً۬ا وَلَا
يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسۡرً۬ا (٢٣) وَقَدۡ أَضَلُّواْ كَثِيرً۬اۖ وَلَا
تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا ضَلَـٰلاً۬ (٢٤) مِّمَّا
خَطِيٓـَٔـٰتِہِمۡ أُغۡرِقُواْ فَأُدۡخِلُواْ نَارً۬ا فَلَمۡ يَجِدُواْ
لَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ أَنصَارً۬ا (٢٥) وَقَالَ نُوحٌ۬ رَّبِّ لَا
تَذَرۡ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ دَيَّارًا (٢٦) إِنَّكَ إِن
تَذَرۡهُمۡ يُضِلُّواْ عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوٓاْ إِلَّا فَاجِرً۬ا
ڪَفَّارً۬ا (٢٧) رَّبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ
بَيۡتِىَ مُؤۡمِنً۬ا وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ
ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارَۢا (٢٨)
Nooh
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi
Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): Berikanlah peringatan
dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak
terperi sakitnya. (1)
Dia pun (menyeru mereka dengan)
berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai
pemberi ingatan dan amaran yang nyata; (2)
Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertakwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku; (3)
Supaya Allah mengampunkan bagi kamu
sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak
terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah
beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah
ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan;
kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman). (4)
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh
berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru
kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); (5)
Maka seruanku itu tidak memberikan
mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan
diri (dari kebenaran). (6)
Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali
menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka,
mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing dan
berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan
berlaku sombong takbur dengan melampau. (7)
Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang; (8)
Selain dari itu, aku (berulang-ulang)
menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang dan menyeru
mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan. (9)
Sehingga aku berkata (kepada mereka):
Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha
Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11)
Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan
banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi
kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai
(yang mengalir di dalamnya). (12)
Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya). (13)
Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? (14)
Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, (15)
Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang), (16)
Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup
dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang
sungguh-sungguh sempurna, (17)
Kemudian Dia mengembalikan kamu ke
dalam bumi (sesudah mati) dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah
dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan
pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya? (18)
Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan. (19) Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya. (20)
Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata:
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku dan
mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak
menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak). (21)
Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku). (22)
Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut
dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan
kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa` dan Yaghuth dan Ya`uuq,
serta Nasr. (23)
Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah
menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian)
janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu
melainkan kesesatan jua. (24)
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan
mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian
(pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam Neraka; maka mereka tidak akan
beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan
pertolongan). (25)
Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan)
berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari
orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! (26)
Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan
mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan
mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi
kufur ingkar. (27)
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan
bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan
keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang
beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau
tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan! / (28)
Al-A'raf 59~64
Sesungguhnya Kami
telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah dia: Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi
kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa
azab hari yang besar (hari kiamat) (59)
Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (60)
Nabi
Nuh menjawab: Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi
aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (61)
(Tugasku)
menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh)
Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui
(melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (62)
Adakah
kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu,
untuk memberi peringatan kepada kamu dan supaya kamu bertakwa dan juga
supaya kamu beroleh rahmat?. (63)
Mereka
terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang
bersamanya di dalam bahtera dan Kami karamkan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta
(mata hatinya daripada melihat kebenaran) (64)
لَقَدۡ
أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ
ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ
عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ۬ (٥٩) قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِۦۤ إِنَّا لَنَرَٮٰكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦٠) قَالَ يَـٰقَوۡمِ لَيۡسَ بِى ضَلَـٰلَةٌ۬ وَلَـٰكِنِّى رَسُولٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦١) أُبَلِّغُكُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّى وَأَنصَحُ لَكُمۡ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٦٢) أَوَعَجِبۡتُمۡ
أَن جَآءَكُمۡ ذِكۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ عَلَىٰ رَجُلٍ۬ مِّنكُمۡ
لِيُنذِرَكُمۡ وَلِتَتَّقُواْ وَلَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٦٣) فَكَذَّبُوهُ
فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥ فِى ٱلۡفُلۡكِ وَأَغۡرَقۡنَا
ٱلَّذِينَ ڪَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآۚ إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ قَوۡمًا
عَمِينَ (٦٤)
Al-Shuara 105~ 125
(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.) (105)
Ketika saudara mereka Nabi Nuh, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. (106)
Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. (107)
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. (108)
Dan
aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku
sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah
Tuhan sekalian alam. (109)
Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. (110)
Mereka
menjawab: Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata
diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?
(111)
Nabi Nuh berkata: Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka? (112)
Sebenarnya
hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu
menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian). (113)
Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku). (114)
Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua iaitu tidak kira hina mulia). (115)
Mereka
(mengugut dengan) berkata: Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada
menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari
orang-orang yang direjam! (116)
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. (117)
Oleh
itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang
menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah
daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku (118)
Maka
Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam
bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk). (119)
Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera). (120)
Sesungguhnya
pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu
beriman. (121)
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (122)
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (١٠٥) إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ (١٠٦) إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ۬ (١٠٧) فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ (١٠٨) وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٠٩) فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ (١١٠) ۞ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلۡأَرۡذَلُونَ (١١١) قَالَ وَمَا عِلۡمِى بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١١٢) إِنۡ حِسَابُہُمۡ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّىۖ لَوۡ تَشۡعُرُونَ (١١٣) وَمَآ أَنَا۟ بِطَارِدِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١١٤) إِنۡ أَنَا۟ إِلَّا نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١١٥) قَالُواْ لَٮِٕن لَّمۡ تَنتَهِ يَـٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمَرۡجُومِينَ (١١٦) قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِى كَذَّبُونِ (١١٧) فَٱفۡتَحۡ بَيۡنِى وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحً۬ا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١١٨) فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَمَن مَّعَهُ ۥ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ (١١٩) ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ ٱلۡبَاقِينَ (١٢٠) إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ۖ وَمَا ڪَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (١٢١) وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ (١٢٢)
Al-Mumenoon 23~30
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu
berkatalah dia: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya)
tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu
mahu bertakwa kepadaNya?. (23)
Maka
ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri): Orang ini
hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia bertujuan hendak melebihkan
dirinya daripada kamu dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan
seorang Rasul) tentulah Dia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami
tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek
kami yang telah lalu. (24)
Dia
tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh
itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa. (25)
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku. (26)
Lalu
Kami wahyukan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan serta
kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);
kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air
memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),
maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan
(jantan dan betina) dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu)
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara
mereka (disebabkan kekufurannya) dan janganlah engkau merayu kepadaku
untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan
ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas. (27)
Kemudian
apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas
bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan)
berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami
daripada orang-orang yang zalim. (28)
Dan
berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat
turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat. (29)
Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar)
dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami). (30)
وَلَقَدۡ
أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ
ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ
(٢٣) فَقَالَ
ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَـٰذَآ إِلَّا
بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡڪُمۡ وَلَوۡ شَآءَ
ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓٮِٕكَةً۬ مَّا سَمِعۡنَا بِہَـٰذَا فِىٓ
ءَابَآٮِٕنَا ٱلۡأَوَّلِينَ (٢٤) إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٌ۬ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٍ۬ (٢٥) قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِى بِمَا ڪَذَّبُونِ (٢٦) فَأَوۡحَيۡنَآ
إِلَيۡهِ أَنِ ٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا فَإِذَا
جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُۙ فَٱسۡلُكۡ فِيہَا مِن ڪُلٍّ۬
زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ وَأَهۡلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيۡهِ ٱلۡقَوۡلُ
مِنۡهُمۡۖ وَلَا تُخَـٰطِبۡنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْۖ إِنَّہُم
مُّغۡرَقُونَ (٢٧) فَإِذَا
ٱسۡتَوَيۡتَ أَنتَ وَمَن مَّعَكَ عَلَى ٱلۡفُلۡكِ فَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ
لِلَّهِ ٱلَّذِى نَجَّٮٰنَا مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٢٨) وَقُل رَّبِّ أَنزِلۡنِى مُنزَلاً۬ مُّبَارَكً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡمُنزِلِينَ (٢٩) إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ وَإِن كُنَّا لَمُبۡتَلِينَ (٣٠)
Hud 25~49
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu dia memberitahu
kaumnya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi
amaran yang nyata kepada kamu. (25)
Iaitu
janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang
(jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak
terperi sakitnya pada hari pembalasan. (26)
Maka
berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu
(wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami dan kami
tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang
miskin hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak memandang kamu
(semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami
menganggap kamu orang-orang pendusta. (27)
Nabi
Nuh berkata: Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata
dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari
sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan
kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu
nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu
tidak suka kepadanya? (28)
Dan
(ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta
benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan
upahku melainkan dari Allah semata-mata dan aku tidak akan menghalau
orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana
sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka
akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu
semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui. (29)
Dan
lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika
aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan
Allah? (30)
Dan
aku tidak pernah berkata kepada kamu: Di sisiku ada perbendaharaan
Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib
dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat dan aku juga tidak
berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu,
bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih
mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku
jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang
zalim. (31)
Mereka
berkata: Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah
kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan
bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau
janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar.
(32)
Nabi
Nuh menjawab: Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya
itu kepada kamu jika Dia kehendaki dan kamu tidak sekali-kali akan
dapat melemahkan kuasa Allah! (33)
Dan
tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati
kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil);
Dialah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali. (34)
(Mereka
terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh
sengaja mengada-adakan secara dusta: Bahawa Tuhan mengurniakan pangkat
Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: Kalau
aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa
perbuatanku itu dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu
menuduhku. (35)
Dan
(setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak
akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia
beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka
sentiasa lakukan. (36)
Dan
buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan
wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu
kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka
akan ditenggelamkan (dengan taufan). (37)
Dan
Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya
melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi
Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat
bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana
keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38)
Maka
kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang
menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang
kekal pada hari akhirat kelak. (39)
(Nabi
Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk
membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang
menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah
dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina)
dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab
atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan
tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya,
melainkan sedikit sahaja. (40)
Dan
(ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang
beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah
bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (41)
(Mereka
semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak
yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil
anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai
anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan
orang-orang yang kafir. (42)
Anaknya
menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat
menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata:
Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab
Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta
ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak
yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
(43)
Dan
(setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit
dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah
dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah
perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas
gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa):
Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44)
Dan
Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu
adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum
dengan seadil-adilnya. (45)
Allah
berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu
(kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);
sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau
memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.
(46)
Nabi
Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi
rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.
(47)
Allah
berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan
berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan
(dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan
beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan
dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48)
(Kisah
Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak
mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya
kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di
akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦۤ إِنِّى لَكُمۡ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ (٢٥) أَن لَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّا ٱللَّهَۖ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ أَلِيمٍ۬ (٢٦) فَقَالَ
ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا نَرَٮٰكَ إِلَّا
بَشَرً۬ا مِّثۡلَنَا وَمَا نَرَٮٰكَ ٱتَّبَعَكَ إِلَّا ٱلَّذِينَ هُمۡ
أَرَاذِلُنَا بَادِىَ ٱلرَّأۡىِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن
فَضۡلِۭ بَلۡ نَظُنُّكُمۡ كَـٰذِبِينَ (٢٧) قَالَ
يَـٰقَوۡمِ أَرَءَيۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّى
وَءَاتَٮٰنِى رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِهِۦ فَعُمِّيَتۡ عَلَيۡكُمۡ
أَنُلۡزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمۡ لَهَا كَـٰرِهُونَ (٢٨) وَيَـٰقَوۡمِ
لَآ أَسۡـَٔلُڪُمۡ عَلَيۡهِ مَالاًۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَى
ٱللَّهِۚ وَمَآ أَنَا۟ بِطَارِدِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْۚ إِنَّهُم
مُّلَـٰقُواْ رَبِّہِمۡ وَلَـٰكِنِّىٓ أَرَٮٰكُمۡ قَوۡمً۬ا تَجۡهَلُونَ
(٢٩) وَيَـٰقَوۡمِ مَن يَنصُرُنِى مِنَ ٱللَّهِ إِن طَرَدتُّہُمۡۚ أَفَلَا تَذَڪَّرُونَ (٣٠) وَلَآ
أَقُولُ لَكُمۡ عِندِى خَزَآٮِٕنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ
وَلَآ أَقُولُ إِنِّى مَلَكٌ۬ وَلَآ أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزۡدَرِىٓ
أَعۡيُنُكُمۡ لَن يُؤۡتِيَہُمُ ٱللَّهُ خَيۡرًاۖ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا
فِىٓ أَنفُسِهِمۡۖ إِنِّىٓ إِذً۬ا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٣١) قَالُواْ يَـٰنُوحُ قَدۡ جَـٰدَلۡتَنَا فَأَڪۡثَرۡتَ جِدَٲلَنَا فَأۡتِنَا بِمَا تَعِدُنَآ إِن ڪُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٣٢) قَالَ إِنَّمَا يَأۡتِيكُم بِهِ ٱللَّهُ إِن شَآءَ وَمَآ أَنتُم بِمُعۡجِزِينَ (٣٣) وَلَا
يَنفَعُكُمۡ نُصۡحِىٓ إِنۡ أَرَدتُّ أَنۡ أَنصَحَ لَكُمۡ إِن كَانَ
ٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يُغۡوِيَكُمۡۚ هُوَ رَبُّكُمۡ وَإِلَيۡهِ
تُرۡجَعُونَ (٣٤) أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَٮٰهُۖ قُلۡ إِنِ ٱفۡتَرَيۡتُهُ ۥ فَعَلَىَّ إِجۡرَامِى وَأَنَا۟ بَرِىٓءٌ۬ مِّمَّا تُجۡرِمُونَ (٣٥) وَأُوحِىَ
إِلَىٰ نُوحٍ أَنَّهُ ۥ لَن يُؤۡمِنَ مِن قَوۡمِكَ إِلَّا مَن قَدۡ
ءَامَنَ فَلَا تَبۡتَٮِٕسۡ بِمَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٣٦) وَٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا وَلَا تُخَـٰطِبۡنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْۚ إِنَّہُم مُّغۡرَقُونَ (٣٧) وَيَصۡنَعُ
ٱلۡفُلۡكَ وَڪُلَّمَا مَرَّ عَلَيۡهِ مَلَأٌ۬ مِّن قَوۡمِهِۦ سَخِرُواْ
مِنۡهُۚ قَالَ إِن تَسۡخَرُواْ مِنَّا فَإِنَّا نَسۡخَرُ مِنكُمۡ كَمَا
تَسۡخَرُونَ (٣٨) فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ مَن يَأۡتِيهِ عَذَابٌ۬ يُخۡزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيۡهِ عَذَابٌ۬ مُّقِيمٌ (٣٩) حَتَّىٰٓ
إِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ قُلۡنَا ٱحۡمِلۡ فِيہَا مِن
ڪُلٍّ۬ زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ وَأَهۡلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيۡهِ
ٱلۡقَوۡلُ وَمَنۡ ءَامَنَۚ وَمَآ ءَامَنَ مَعَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلٌ۬
(٤٠) ۞ وَقَالَ ٱرۡڪَبُواْ فِيہَا بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَٮٰهَآۚ إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٤١) وَهِىَ
تَجۡرِى بِهِمۡ فِى مَوۡجٍ۬ كَٱلۡجِبَالِ وَنَادَىٰ نُوحٌ ٱبۡنَهُ ۥ
وَڪَانَ فِى مَعۡزِلٍ۬ يَـٰبُنَىَّ ٱرۡڪَب مَّعَنَا وَلَا تَكُن مَّعَ
ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٤٢) قَالَ
سَـَٔاوِىٓ إِلَىٰ جَبَلٍ۬ يَعۡصِمُنِى مِنَ ٱلۡمَآءِۚ قَالَ لَا
عَاصِمَ ٱلۡيَوۡمَ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ إِلَّا مَن رَّحِمَۚ وَحَالَ
بَيۡنَہُمَا ٱلۡمَوۡجُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُغۡرَقِينَ (٤٣) وَقِيلَ
يَـٰٓأَرۡضُ ٱبۡلَعِى مَآءَكِ وَيَـٰسَمَآءُ أَقۡلِعِى وَغِيضَ
ٱلۡمَآءُ وَقُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ وَٱسۡتَوَتۡ عَلَى ٱلۡجُودِىِّۖ وَقِيلَ
بُعۡدً۬ا لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤٤) وَنَادَىٰ
نُوحٌ۬ رَّبَّهُ ۥ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبۡنِى مِنۡ أَهۡلِى وَإِنَّ
وَعۡدَكَ ٱلۡحَقُّ وَأَنتَ أَحۡكَمُ ٱلۡحَـٰكِمِينَ (٤٥) قَالَ
يَـٰنُوحُ إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَۖ إِنَّهُ ۥ عَمَلٌ غَيۡرُ
صَـٰلِحٍ۬ۖ فَلَا تَسۡـَٔلۡنِ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۖ إِنِّىٓ
أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ (٤٦) قَالَ
رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنۡ أَسۡـَٔلَكَ مَا لَيۡسَ لِى بِهِۦ
عِلۡمٌ۬ۖ وَإِلَّا تَغۡفِرۡ لِى وَتَرۡحَمۡنِىٓ أَڪُن مِّنَ
ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٤٧) قِيلَ
يَـٰنُوحُ ٱهۡبِطۡ بِسَلَـٰمٍ۬ مِّنَّا وَبَرَكَـٰتٍ عَلَيۡكَ وَعَلَىٰٓ
أُمَمٍ۬ مِّمَّن مَّعَكَۚ وَأُمَمٌ۬ سَنُمَتِّعُهُمۡ ثُمَّ يَمَسُّهُم
مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٤٨) تِلۡكَ
مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيہَآ إِلَيۡكَۖ مَا كُنتَ تَعۡلَمُهَآ
أَنتَ وَلَا قَوۡمُكَ مِن قَبۡلِ هَـٰذَاۖ فَٱصۡبِرۡۖ إِنَّ
ٱلۡعَـٰقِبَةَ لِلۡمُتَّقِينَ (٤٩)
Al-Qamar 9~13
Sebelum
mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka
mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan
berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada
menjalankan dakwah agama). (9)
Lalu
dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini
dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku
(terhadap mereka)! (10)
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. (11)
Dan
Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu
bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara
yang telah ditetapkan. (12)
Dan
Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas
(bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku; (13)
Yang
belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan
yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi
orang-orang yang kufur ingkar! (14)
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda
yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan
insaf? (15)
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. (16)
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi
peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil
peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (17)
كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٍ۬ فَكَذَّبُواْ عَبۡدَنَا وَقَالُواْ مَجۡنُونٌ۬ وَٱزۡدُجِرَ (٩) فَدَعَا رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَغۡلُوبٌ۬ فَٱنتَصِرۡ (١٠) فَفَتَحۡنَآ أَبۡوَٲبَ ٱلسَّمَآءِ بِمَآءٍ۬ مُّنۡہَمِرٍ۬ (١١) وَفَجَّرۡنَا ٱلۡأَرۡضَ عُيُونً۬ا فَٱلۡتَقَى ٱلۡمَآءُ عَلَىٰٓ أَمۡرٍ۬ قَدۡ قُدِرَ (١٢) وَحَمَلۡنَـٰهُ عَلَىٰ ذَاتِ أَلۡوَٲحٍ۬ وَدُسُرٍ۬ (١٣) تَجۡرِى بِأَعۡيُنِنَا جَزَآءً۬ لِّمَن كَانَ كُفِرَ (١٤) وَلَقَد تَّرَكۡنَـٰهَآ ءَايَةً۬ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ۬ (١٥) فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ (١٦) وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ۬ (١٧)
As-Shaffat 75~82
Dan
demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon
pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa
permohonan. (75)
Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar. (76)
Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar). (77)
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (78)
Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam! (79)
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik. (80)
Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (81)
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya). (82)
وَلَقَدۡ نَادَٮٰنَا نُوحٌ۬ فَلَنِعۡمَ ٱلۡمُجِيبُونَ (٧٥) وَنَجَّيۡنَـٰهُ وَأَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ (٧٦) وَجَعَلۡنَا ذُرِّيَّتَهُ ۥ هُمُ ٱلۡبَاقِينَ (٧٧) وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ (٧٨) سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٧٩) إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٨٠) إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٨١) ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأَخَرِينَ (٨٢)
Al-Ankabbot 14,15
Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka
tinggallah dia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh
tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan
zalim (dengan kufur derhaka). (14)
Maka
dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut
bersama dalam bahtera dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang
membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada
sekalian makhluk. (15)
وَلَقَدۡ
أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ
إِلَّا خَمۡسِينَ عَامً۬ا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ
(١٤) فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَأَصۡحَـٰبَ ٱلسَّفِينَةِ وَجَعَلۡنَـٰهَآ ءَايَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ (١٥)
Al-Haaqqa 11,12
Sesungguhnya
Kami, ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan
gunung-ganang), telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang)
kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). (11)
(Kami
lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran
bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga
(orang-orang) yang mahu menerima pengajaran. (12)
إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلۡمَآءُ حَمَلۡنَـٰكُمۡ فِى ٱلۡجَارِيَةِ (١١) لِنَجۡعَلَهَا لَكُمۡ تَذۡكِرَةً۬ وَتَعِيَہَآ أُذُنٌ۬ وَٲعِيَةٌ۬ (١٢)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment