01 March 2020

Rahsia Di Sebalik Wuduk (Air Sembahyang)

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Rahsia Di Sebalik Wuduk (Air Sembahyang)                                                          بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
.
Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada anggota wuduk.
.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyari’atkan sejak 15 abad yang lalu.
.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wuduk
Muka = 84
Tangan =  95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Jumlah keseluruhan = 493!
.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!!  Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5 kali sehari…
.
Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga, tapak tangan atau tapak kaki terdapat titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan. Dan yang istemewanya titik2 di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.
.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak kaki & tangan… apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.
Di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan merah dan jari kaku.
.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan utama! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
.
Terdapat 125 titik akupuntur di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad. Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk …
.
.
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya.
.
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
.
.
Tingkat Pertama Wuduk
Ketika kamu mengambil wuduk, selain membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
.
Itulah punca mengapa orang lain berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, kerana mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuah parabola.
.
Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan mengfokuskannya dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Bagi menyembuhkan orang sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser yang melalui technology moden menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW.
.
Baginda SAW memberinya sebuah petunjuk kunci bahawa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan berlalu pergi. Wuduk dapat melepaskan energy dan membakar (penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa’atkannya.
.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”

Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan; “Pergilah ambil wuduk.”
.
Semoga rahsia wuduk ini memberi manfaat kepada semua mukmin yang sentiasa mengekalkan wuduknya.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.

RAHSIA WUDHUK DARI SEGI KESIHATAN (SAINS)



Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk… 


HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS


Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.

Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."


Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).


Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.


Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....


Rahsia Wudhu
Di dalam Kitab Hakikat Insan, di dalam Bab Hakikat Solat ada membicarakan berkenaan hakikat wudhu'. Sila  saudara berdua rujuk isi kandungan kitab tersebut.  Itulah rahsia wudhu' sebenarnya! Cuma di sini aku ingin membuat sedikit tambahan untuk lebih memberi kefahaman kepada saudara berdua dan untuk diri aku sendiri!
Wudhu' pada yang satu adalah penyucian diri daripada kenajisan badaniah dan moral; dan pada yang lain adalah pemisahan daripada diri (Al-wudhu' infisal wa'sh-shalaat ittishal).

Wudhu' adalah pemisahan dan solat adalah pelekatan (penyatuan). Inilah hakikat wudhu'. Bagaimana caranya? Ia adalah penyatuan aliran di dalam zikir nafas untuk dihantar kepada maqam-maqamnya yang tertentu kepada anggota yang disucikan. Kalau nak diterangkan di dalam penulisan ini, aku rasa tidak bertepatan dengan kesesuaiannya. InsyaAllah akan aku khabarkannya kemudian nanti secara nyata!

Sebab apa kita perlu berwudhu'? Ini adalah kerana tubuh kita (jasad) menanggung roh! Ada puak sembahyang dengan tidak berwudhu', ini tidak betul caranya. Ini dusta! Kecualilah wudhu' pertamanya tidak batal,  bolehlah wudhu'nya digunakan. Ini nak kena faham. Bagaimana sembahyang dengan tidak berwudhu', sedangkan jasad menanggung roh! Kalau dah badan kita kotor, macam mana roh hendak dikenali dengan nyatanya???

Seperti di dalam suatu Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Adalah haram bagi mereka yang tidak bersuci, menyentuh Al-Qur'an."

Apa yang aku nak maksudkan Al-Qur'an di sini ialah,  tubuh kita inilah yang dikatakan Al-Qur'an Al-Azziim!  Dari Alif hinggalah kepada akhir Ya, meliputi tubuh kita yang zahir dan batin ini. Inilah yang dikatakan Al-Qur'an yang sebenarnya. Al-Qur'an yang hidup dan berkata-kata dengan sendirinya! Mutakallimun wahdah!

Wudhu' ini boleh kita ibaratkan kepada dua pecahan :

1. Zikirullah - adalah sabun kepada penyucian najis yang zahir dan batin. Membuang daki-daki junub yang menghijab tubuh badan kita daripada ma'rifat kepada Allah Ta'ala.

2. Air (ma'al hayat) - adalah pelentur sabun yang membuang kekotoran daki junub yang melekat pada tubuh badan kita. Membuang segala kesyirikan yang menjadikan hijab selama ini.

Kadang-kadang kita cerita bab-bab yang tinggi di dalam ilmu hakikat, namun dalam pada itu cara nak mandi junub hakikat pun tak reti-reti. Ini adalah penting,  kerana adalah tidak sah ibadah kita yang tidak suci mandian junubnya! Ini nak kena ambil perhatian!

Di dalam konteks penyucian diri ini, keutamaan  pembersihan diri adalah yang paling-paling afdhal!
Kalaulah dah jasad menjadi kotor, bagaimana rohani yang suci boleh diketemukan???

Di bawah ini aku catitkan hurufnya Al-Qur-an dan kenyataannya pada sifat Nabi.

Alif - Jantung Muhammad

Ba' - Dahi Muhammad

Ta' - Rambut Muhammad

Sa' - Kening Kedua Muhammad

Jim - Hidung Muhammad

Ha' - Mata Kanan Muhammad

Kho' - Mata Kiri Muhammad

Dhal - Bibir Atas Muhammad

Dzhal - Bibir Bawah Muhammad

Ro' - Darah Muhammad

Zai - Daging Muhammad

Sin - Tapak Tangan Kiri Muhammad

Shin - Tapak Tangan Kanan Muhammad

Shod - Peha Kanan Muhammad

Dhod - Peha Kiri Muhammad

Tho - Siku Kanan Muhammad

Dzho - Siku Kiri Muhammad

Ain - Tengkuk Muhammad

Ghain - Kerongkong Muhammad

Fa' - Leher Muhammad

Khof - Telinga Kanan Muhammad

Khaf - Telinga Kiri Muhammad

Lam - Hati Muhammad

Mim - Ubun-ubun Muhammad

Nun - Buah Di Dalam Daging Muhammad

Wau - Tulang Muhammad

Ha' - Dada Muhammad

Lam Alif - Kaki Kiri Muhammad

Hamzah - Kaki Kanan Muhammad

Ya - Utusan Muhammad

Adakah saudara berdua sudah mengetahui hakikat  penyucian diri ini secara hakikat???

Dan bagaimanakah cara mandi junub hakikat???

Wudhu' adalah penyucian diri yang zahir dan batin.  Kalau kita dapat melaluinya proses penyucian ini
secara hakikat, akan berlakulah perubahan pada bau,  rasa dan warna!

Jadi, tak payahlah lagi nak pakai minyak attar sebagai aroma di badan sebagai untuk menghilangkan bau, warna dan rasa!

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

02 Mei 2020 / 09 Ramadhan 1441


                      

ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  























ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             
Rahsia Di Sebalik Wuduk (Air Sembahyang)                                             
                                             
    اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                     والله أعلم بالـصـواب  
                             Moga Bermanfaat.
             
...........................................................................................................





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH





No comments: