أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Rahsia Gunung Qof
Ikhsan T I T I A N S A L I K I N
Rasulullah SAW bersabda :
Semua alam-alam yang diperkatakan
sehingga ini berada di dalam ruang angkasa al-Kursi al-A’dzam (al-Kursi
Yang Agung), yang menjadi batas terakhir Alam Syahadah. Alam selepas
al-Kursi Yang Agung ini adalah Alam Ghaib yang dinamakan Alam Misal.
Sumber : Kitab-kitab al-hadith Qudsi dan sumber-sumber ilmu Tasauf.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Rahsia Gunung Qof
Rahsia Gunung Qof - 1
Ikhsan T I T I A N S A L I K I N
Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya di balik gunung Qof
terdapat sebidang tanah putih yang tiada tumbuhannya. Luas tanah itu
seperti luas dunia tujuh kali, disitu penuh sesak dengan malaikat.
Sehingga andaikata sebuah jarum dijatuhkan dari atas niscaya terjatuh
diatas salah satu dari mereka.
Tiap-tiap tangan mereka memegang bendera yang panjangnya empat puluh farsakh. Tiap bendera tulisannya.
“Laailaahaillallaah-Muhamammadur Rasulullah”.
Tiap-tiap malam jum’ah, mereka
berkumpul dikeliling gunung itu untuk merendahkan diri kepada Allah,
dan memohon keselamatan buat umat Muhammad SAW.
Jika fajar subuh sudah terbit, mereka
berdo’a : Ya Allah, ampunilah orang yang mandi hari Jum’ah dan yang
datang menghadiri Jum’ah. Mereka berdo’a dengan suara tangis dan keras.
Lalu Allah berfirman : Hai Malaikatku ! Apa yang kalian kehendaki ?
Mereka menjawab : Kami berkehendak, engkau mau mengampuni dosa umat Muhammad SAW. Aku telah mengampuni mereka, jawab Allah SWT.
Bukit Qaf yang dicipta oleh Allah dari
jamrud yang hijau (sehingga warnanya berpengaruh terhadap warna biru
langit dunia yang sering dan selalu kita saksikan) adalah bukit yang
mengelilingi ke segenap penjuru pada urat bumi agar bumi tidak bergerak
bergoncang dan ia dijaga oleh satu malaikat yang besar, kekar dan kuat.
Pada suatu hari Saidina Iskandar
Zul-Qarnain naik ke atas bukit Qaf dan bertanya: “Hai Jabal Qaaf, di
bawahmu ada sejumlah bukit-bukit kecil, coba ceritakan kepadaku
kekuasaan Allah yang demikian itu”, jawab bukit Qaaf: “Di balik saya
ada bumi yang berjarak 500 tahun perjalanan ditambah pula oleh Allah
yang memiliki kekuasaan yang sangat besar yakni 500 buah bukit yang
dijadikan dari air yang dibekukan, bukan es atau salju. Dengan air yang
dibekukan dimaksudkan sebagai daya tahan terhadap lapisan-lapisan bumi
agar tidak habis hancur terbakar oleh kedahsyatan ganasnya api neraka
yang ada di bawah lapisan bumi yang terbawah”. “Dan dipancangkan-Nya di
bumi itu gunung menjadi pasaknya agar kamu tidak berguncang” (Luqman:
10). “Dan bersegeralah untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu serta
mendapatkan surga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi
orang-orang yang bertaqwa” (Ali Imran: 133).
Seluas langit dan bumi memberikan arti
dua kali lipat. Langit berpasangan dengan bumi, matahari dengan bulan,
siang dengan malam. “Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala
sesuatu berpasangan” (Yasin: 36). Kita dipastikan mengerti maksud
berpasangan itu bagaimana. Tentunya luas, panjang, lebar dan besarnya
adalah sama. Kalau tidak sama, orang jawa menyebutnya “Gitang”
(pincang). “Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi
seperti itu pula” (al-Thalaq: 12).
Sewaktu Saidina Abdullah bin Salam
bertanya kepada Nabi Saw.: “Dengan apa bumi ini bisa tenang?”, jawab
Nabi Saw.: “Dengan beberapa gunung“, pertanyaan berikutnya: “Dengan apa
gunung-gunung itu dikokohkan?”, jawab Nabi Saw.: “Dengan gunung Qaf
yang dibuat dari zamrud hijau dan birunya langit“, setelah itu ditanya
lagi: “Berapa jarak tingginya dari bumi ke langit dunia?”, jawab Nabi
Saw.: “500 tahun perjalanan“. Pertanyaan selanjutnya tentang jarak
antara perjalanan kiri dan kanannya (utara-selatan) dari titik tengah?
jawab Nabi Saw.: “200 tahun perjalanan” dan ketika ditanyakan tentang
penghuni bumi yang berlapis tujuh itu. Nabi Saw. menyebutkan: “Penghuni
lapisan ketujuh adalah para malaikat, penghuni lapisan keenam adalah
Iblis beserta bala tentaranya, penghuni lapisan kelima adalah setan,
penghuni lapisan keempat adalah ular, penghuni lapisan ketiga adalah
kalajengking, penghuni lapisan kedua adalah jin, dan penghuni lapisan
pertama adalah manusia“. Allah berfirman: “Dan di bumi terdapat
bagian-bagian yang mendampingi” (al-Ra’d: 4).
Berkaitan dengan ayat ini, Nabi Saw.
selanjutnya menerangkan bahwa di belakang gunung Qaf ada +70 bumi dari
misik (kasturi), +70 bumi dari emas, +70 bumi dari besi, +70 bumi dari
Anbar, +70 bumi dari kapur. Di belakang ini semua terdapat alam
malaikat. Tidak ada satu manusia-pun yang mengetahui jumlah para
malaikat ini kecuali Allah, dan mereka bertasbih dengan kalimat: “La
Ilaha Illallah Muhammadun Rasulullah”.
Dalam masalah bumi ini, Saidnuna Ibnu
Abbas Ra. mengatakan: “Bahwasanya tiap-tiap bumi, sebagian dari padanya
seperti bumi kita ini dan di dalamnya terdapat alam seperti alam kita”.
Nabi Saw. bersabda: “Hai Aisyah! di
alam yang tidak nampak ini, terdapat hujan, mendung, matahari dan
bulan. Tidak ada yang mengetahui kecuali kekasih Allah dan orang-orang
yang baik“.
kita bincang daripada permulaan alam..jangan baca jak..tetapi BINCANG
Alam keseluruhannya dinamakan alam
kejadian atau alam makhluk atau segala sesuatu yang Allah ciptakan
daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya. Makhluk
kejadian Allah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat alam.
1: Alam Syahadah
2: Alam Misal
3: Alam Arwah.
Alam Syahadah adalah benda dalam erti
kata yang luas. Jangan menyangka sesuatu yang jauh dan tidak dapat
dipandang dengan mata kasar itu sebagai bukan benda. Jika bintang
merupakan benda yang paling jauh kelihatan pada pandangan kita, yang
lebih jauh daripada bintang dan tidak dapat dipandang juga termasuk
dalam kumpulan kebendaan. Benda atau jisim boleh dibahagikan kepada
tiga kategori:
1: Jisim yang boleh dilihat dan dipegang
2: Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent)
3: Jisim halus yang ghaib.
Ketiga-tiga jenis jisim tersebut boleh
didapati di dalam Alam Syahadah. Alam Syahadah pula boleh dibahagikan
kepada empat peringkat alam.
1: Alam Langit Dunia
2: Alam Bumi
3: Alam Langit-langit
4: Alam al-Kursi Yang Agung.
ALAM LANGIT DUNIA
Satu bahagian kecil daripada alam ini
ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya makhluk yang berbangsa
manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan planet-planet yang lain
berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan Sistem Matahari.
Pada mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi pusat kepada
alam. Penemuan kemudiannya menunjukkan matahari hanyalah sebiji bintang
di antara jutaan bintang-bintang. Apabila ilmu astronomi semakin maju
manusia menemui maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat
banyak membentuk satu galaxy. Ahli astronomi membuat anggaran terdapat
kira-kira satu ratus ribu juta bintang dalam galaxy yang ada planet
bumi. Bintang-bintang berpusing mengelilingi satu pusat yang dipanggil
Pusat Sistem Galaxy. Ahli astronomi membuat kiraan dan mendapati
matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk mengelilingi Pusat
Sistem Galaxy satu pusingan.
Di samping galaxy yang terkandung
planet bumi terdapat pula galaxy-galaxy lain. Bintang-bintang bagi
setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaxy masing-masing. Ada ahli
astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat kira-kira 10 ribu
juta galaxy semuanya.
Ukuran di antara bintang-bintang dan
galaxy-galaxy tidak lagi diukur dengan kiraan batu atau kilometer,
tetapi digunakan sukatan tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju 186,000
batu satu saat. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak matahari
kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 juta tahun cahaya.
Tiap galaxy bergerak dengan kelajuan
yang berbeza. Galaxy yang dekat dengan kita lambat pergerakannya
sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Pada jarak
tertentu galaxy tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju
daripada cahaya lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin
lagi cahaya tersebut sampai ke bumi. Hasil kiraan ahli astronomi
mendapati jarak di mana galaxy membawa cahaya bersama-samanya ialah
tidak kurang daripada 13 ribu juta tahun cahaya. Inilah perbatasan ahli
astronomi yang dapat dicapai melalui bantuan teleskop yang paling
canggih. Kesemua galaxy tersebut berada di dalam satu alam yang bulat
dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke dalamnya.
Hasil penemuan melalui teleskop
melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan galaxy-galaxy selepas
batas teleskop. Timbullah istilah Group, Metagalaxy, Teragalaxy dan
sebagainya, sehingga sampai kepada yang tanpa batas (infinity).
Teori-teori tersebut adalah bersifat
mungkin dan agak-agak sahaja. Walaupun bersifat mungkin dan agak-agak
tetapi bila disandarkan kepada sains dan teknologi manusia umum dapat
menerimanya sebagai kebenaran. Malangnya teori yang dibuat oleh ahli
agama berdasarkan kitab ilmu alam yang paling jitu yang ‘ditulis’
sendiri oleh Pencipta alam, tidak dapat diterima umum kerana tidak
saintifik. Sains siapa yang lebih hebat di antara sains yang
menghidupkan orang ‘mati’ dengan memasukkan darah dan memindahkan organ
dengan sains yang membangkitkan orang yang di dalam kubur hanya dengan
berkata, :”Bangunlah kamu dengan izin Allah”. Sesungguhnya sains
“Dengan izin Allah” tidak dapat dicabar dan tidak mungkin dicabar oleh
sains manusia buat selama-lamanya. Oleh itu apabila sains manusia
mengaku kalah berpindahlah kepada sains “dengan izin Allah”. Pasti
keterangan yang lebih lanjut dan jelas dapat diperolehi.
Ahli agama yang mendapat sains “Dengan
izin Allah” dinamakan ahli al-hak, ertinya pakar yang sebenarnya. Ada
juga kalangan masyarakat menamakan mereka sebagai manusia kebenaran
atau orang kebenaran. Malangnya pula manusia kebenaran ini dianggap
sebagai orang yang ‘betul bendul’. Tertutuplah rahsianya sebagai ahli
sains yang hakiki dan tidak adalah orang yang bertanyakan perkara sains
kepadanya.
Penghulu kepada sekalian ahli al-hak,
Nabi Muhamamd .s.a.w, telah menjelajah ke seluruh alam maya sehingga ke
puncak yang paling tinggi, yang tidak ada lagi alam kejadian selepas
itu. Baginda s.a.w menceritakan apa yang baginda saksikan. Cerita yang
dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pedoman bagi ahli al-hak yang
lain untuk mencungkil rahsia alam maya, seterusnya membina teori alam
maya berdasarkan keterangan Rasulullah s.a.w dan penyaksian mereka
sendiri. Bertaburanlah maklumat tentang alam maya yang telah
dikeluarkan oleh manusia-manusia kebenaran yang tidak pernah
mempelajari sains dan tidak tahu istilah-istilah sains. Mereka
menggunakan istilah mereka sendiri. Timbullah teori bumi berada di atas
tanduk lembu. Lembu pula berada di atas belakang ikan nun. Lembu
memakan rumput yang tumbuh di atas belakang ikan. Apabila lembu
bergerak berlakulah kegoncangan di atas bumi. Mendengar teori yang
demikian orang terus menutup telinga, tidak masuk akal, Israiliyat dan
karut. Padahal teori itu dikeluarkan oleh seorang yang diperakui
ilmunya oleh Rasulullah s.a.w kerana baginda sendiri mendoakan agar
mengurniakannya ilmu dan kefahaman. Beliau adalah Ibnu Abbas r.a.
Apabila ahli nujum membuat teori
mengenai bintang 12, di antara 12 bintang tersebut ada dua bintang yang
dinamakan lembu dan ikan. Ada pengaruh mempengaruhi di antara bintang
lembu dengan bintang ikan dan juga bintang-bintang lain kepada penduduk
di atas muka bumi. Teori ahli nujum tersebut diterima dengan penuh
yakin sehingga boleh dikatakan semua orang tahu bintangnya
masing-masing. Mereka boleh percaya kepada bintang lembu dan ikan yang
dikatakan oleh ahli nujum tetapi menolak perkataan ahli kasyaf yang
dapat menyaksikan apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita kembali kepada Alam Langit Dunia.
Kita mulai dari satu planet yang bernama bumi di mana kita tinggal di
atasnya. Planet yang kita tinggal ini dinamakan bumi kerana kita
mendiaminya. Jika kita mendiami bulan maka bulanlah bumi kita. Jika
kita mendiami matahari maka mataharilah bumi kita. Jadi, maksud bumi
adalah relatif. Yang menjadi identiti bumi ialah ia berada di dalam
satu kerangka. Bagi planet bumi kita banjaran gunung-gunung menjadi
kerangka. Gunung di atas bulan menjadi kerangka bulan.
Apabila planet bumi yang kecil ini
berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi berjuta-juta bintang ia
dinamakan galaxy. Terdapat banyak galaxy sehingga sampai kepada satu
peringkat semua galaxy tersebut berada di dalam satu kerangka. Seperti
di planet bumi kerangka galaxy juga dinamakan gunung. Ia diistilahkan
sebagai Gunung Qaf. Gunung Qaf merupakan satu alam yang luas yang
terdapat di dalamnya banyak galaxy. Di samping Gunung Qaf yang planet
bumi ada di dalamnya terdapat enam Gunung Qaf yang lain. Jumlah Gunung
Qaf semuanya adalah tujuh. Tujuh Gunung Qaf itu berada atau
terapung-apung di dalam ruang angkasa yang luas yang dikelilingi oleh
satu bulatan yang dinamakan Langit Dunia atau Langit Rendah atau Langit
Pertama.
Apabila planet bumi sudah menjadi
terlalu kecil dibandingkan dengan kewujudan yang lain, konsep bumi itu
pun berubah. Pada peringkat ini satu alam di dalam satu Gunung Qaf
dinamakan satu bumi. Tujuh Gunung Qaf menjadi tujuh bumi. Terdapat
tujuh bumi yang dilengkungi oleh Langit Dunia. Seluruh alam di dalam
Langit Dunia ini dinamakan Alam al-Mulk. Jika istilah Alam al-Mulk
dirasakan tidak sesuai maka boleh juga digunakan istilah Universe.
Begitulah keadaan Universe yang digambarkan oleh ahli al-hak
berdasarkan penyaksian mata hati mereka.
Langit Dunia, iaitu langit pertama
merupakan permulaan Alam Malakut Bawah yang dinamakan juga Alam
Barzakh, tempat roh yang meninggalkan jasad berhenti sementara menunggu
ditiup sangkakala. Langit Dunia dengan segala isinya menjadi satu alam
kecil terapung di dalam ruang angkasa alam Langit Kedua. Begitulah
keadaannya sehinggalah sampai ke alam Langit Ketujuh.
Selepas Langit Ketujuh terdapat satu
tingkat Alam Ghaib, bukan lagi Alam Syahadah. Alam Ghaib ini terdiri
daripada benda juga Cuma ia ghaib daripada pancaindera. Bahagian
pertama daripada Alam Ghaib ini dinamakan Sidratul Muntaha. Sidrat
bermakna pokok bidara dan muntaha bermakna yang penghabisan. Sidratul
Muntaha bermakna pokok bidara yang penghabisan. Ia merupakan satu
tingkat alam yang menjadi perbatasan, tempat berhenti perjalanan dan
ilmu makhluk yang dari alam atas dengan alam bawah. Apa sahaja yang
datang dari bawah terhenti di Sidratul Muntaha dan apa sahaja yang
turun dari atas juga terhenti di Sidratul Muntaha. Hanya yang mendapat
keizinan dapat menyeberangi perbatasan ini.
Peristiwa mikraj menceritakan,
“Kemudian baginda s.a.w sampai ke langit ke tujuh…tiba-tiba didapatinya
Nabi Ibrahim a.s…Kemudian aku (Nabi Muhamamd s.a.w diangkat ke Sidratul
Muntaha. Tiba-tiba kelihatan buahnya seperti tempayan dan daunnya
seperti telinga gajah”.
Pada planet bumi kita ada pulau-pulau
seperti tempayan dan semenanjung seperti telinga gajah. Alam Sidratul
Muntaha juga mempunyai ciri-ciri yang demikian.
Pada bahagian tengah Sidratul Muntaha
terdapatlah Baitul Makmur yang menjadi pusat pentadbiran alam bawah. Di
bahagian atas Sidratul Muntaha terdapat satu lagi bahagian Alam Ghaib
yang dinamakan al-Kursi berbentuk empat persegi. Seluruh alam maya yang
diperkatakan hingga kini berada di dalam ruang alam al-Kursi yang ghaib
ini. Al-Kursi pula menjadi alam yang kecil di dalam ruang alam Arasy
ar-Rahman, yang masih lagi di dalam peringkat Alam Ghaib. Di bawah
daripada Arasy ar-Rahman terdapat satu kumpulan syurga tujuh tingkat:
Darul Jalal, Darussalam, Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatul
Na’im, Jannatul Firdaus dan Jannatul ‘Adn.
Di kanan Arasy ar-Rahman terdapat pula
sempadan yang memisahkan alam yang di atasnya dengan alam yang di
bawahnya, dinamakan Sidratul Muntaha kedua. Arasy ar-Rahman dan
Sidratul Muntaha kedua berada di dalam ruang angkasa bulatan Alam
Syahadah semula yang dinamakan al-Mastawa. Al-Mastawa bukan lagi Alam
Ghaib tetapi alam nyata. Pada keliling permukaan al-Mastawa terdapat
Loh Mahfuz yang padanya al-Qalam menulis perintah Allah.
Al-Mastawa dengan segala isi
kandungannya berada dalam satu bulatan alam yang juga Alam Syahadah,
yang dinamakan Bumi Rendah atau Bumi Pertama. Alam Bumi Pertama ini
dikelilingi oleh tiga lapisan alam. Lapisan pertama dinamakan Alam
Laut. Lapisan Kedua dinamakan Alam Angin. Lapisan ketiga dinamakan Alam
Kegelapan. Semuanya berada di dalam ruang angkasa Bumi Kedua. Bumi
Kedua berada di dalam ruang angkasa Bumi Ketiga dan Begitulah
seterusnya hingga ke Bumi Ketujuh.
Semua peringkat alam sehingga alam Bumi
Ketujuh berada di dalam ruang angkasa bulatan alam yang dinamakan Alam
Gunung Kemurkaan. Alam Gunung Kemurkaan berada di dalam bulatan alam
yang dinamakan Alam Lautan Kegelapan. Di dalam Alam Lautan Kegelapan di
bawah Alam Gunung Kemurkaan terdapat an-Nar atau neraka. Ada tujuh
tingkat neraka: Jahannam, Sa’ir, Luzi, Huthamah, Jahim, Saqar dan
Hawiyah.
Alam Lautan Kegelapan dikelilingi oleh
lapisan alam yang dinamakan Alam Kegelapan. Di dalamnya terdapat
Sijjin, penjara tempat disimpan roh-roh dan catatan amalan orang-orang
kafir. Mengelilingi Alam Kegelapan ialah Alam Gunung Pendakian. Alam
Gunung Pendakian dengan segala isinya berada di dalam kerangka yang
dinamakan juga Gunung Qaf. Semua peringkat alam yang diperkatakan
hingga kini termasuklah Gunung Qaf terakhir ini diistilahkan sebagai
Alam Bumi. Ia masih di dalam peringkat Alam Malakut Bawah atau Alam
Barzakh.
ALAM LANGIT-LANGIT
Alam Bumi bergerak pada satu lakaran
mengelilingi satu pusat yang dinamakan Kalbu Langit-langit. Selepas
lakaran pusingan Alam Bumi ada pula tujuh lakaran lain, menjadikan
lapan lakaran semuanya. Pada lakaran pertama hanya Alam Bumi berpusing
mengelilingi Kalbu Langit-langit. Pada lakaran kedua terdapat 70,000
bulatan alam-alam mengelilingi Kalbu Langit-langit. Begitu juga pada
lakaran ketiga sehingga lakaran ke lapan. Bulatan alam pada tujuh
lakaran selepas lakaran Alam Bumi tersebut dinamakan Alam Langit-langit
tujuh lapis. Alam Langit-langit ini sangat indah dan menjadi syurga
Barzakh yang sekarang didiami oleh para malaikat. Ini adalah kumpulan
syurga yang kedua, jua mempunyai tujuh tingkat dan memakai nama yang
sama seperti syurga kumpulan pertama.
Selepas lakaran pusingan Alam
Langit-langit ada satu lagi lakaran yang ke sembilan. Pada lakaran yang
ke sembilan ini terdapat dua belas buah bulatan alam yang juga
mengelilingi Kalbu Langit-langit. Alam yang dua belas ini dinamakan
Buruj Alam Atas. Dan diberi nama mengikut lambang malaikat yang
memerintah pada setiap alam tersebut: biri-biri, lembu, kembar dua,
ketam, singa, gadis, neraka, busur panah, kambing, timba dan ikan.
Begitulah nama 12 Buruj Alam Atas.
Sebenarnya terdapat juga Buruj Alam
Bawah, iaitu bintang-bintang tertentu dalam Langit Dunia yang menjadi
tempat pengawalan malaikat, menjaga supaya tidak ada syaitan yang dapat
naik ke atas untuk mencuri maklumat dari alam atas. Mana-mana syaitan
cuba menceroboh akan dipanah dengan panah api. Buruj Alam Atas pula
bukanlah bintang tetapi adalah 12 buah alam yang sangat luas.
Planet bumi tempat kita tinggal ini
apabila ia berpusing satu pusingan pada paksinya terjadilah satu hari.
Apabila ia berpusing satu pusingan mengelilingi matahari terjadilah
satu tahun matahari. Alam Bumi yang besar di dalam Alam Barzakh itu
apabila berpusing satu pusingan di atas paksinya satu hari Alam Bumi
yang dinamakan Hari Allah, bersamaan dengan satu ribu tahun matahari.
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).
Ukuran kelajuan pada peringkat ini
bukan lagi kelajuan cahaya tetapi kelajuan malaikat, nur yang jauh
lebih seni daripada sebarang cahaya yang diketahui.
“”Malaikat dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu tahun”. (Surah al-Ma’arij, ayat 4).
Satu hari perjalanan malaikat bersamaan lima puluh ribu tahun matahari.
Kalbu Langit-langit memancarkan nur
keseluruh alam-alam di sekelilingnya. Nur yang dipancarkan itu adalah
ilmu Allah. Malaikat katibun menerima pancaran tersebut dan menulisnya
di Loh Mahfuz dalam Alam Bumi.
AL-KURSI YANG AGUNG
Rahsia Gunung Qof - 2
Alam Syahadah yang berbataskan al-Kursi
Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang angkasa Alam
Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah), yang
sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w memberi
gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang
tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk
cincin di atas padang pasir luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya
seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas pula. Lebihnya
al-Arasy daripada al-Kursi seperti lebihnya padang pasir yang luas
daripada sebentuk cincin tersebut”.
Di bawah al-Arasy al-Majid terdapat
pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada makhluk alam
atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. Al-Arasy
al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat
gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga
kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu
syurga yang tidak binasa bila berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus
Atas menjadi sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah.
Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya terkandung Alam Barzakh, sudah
termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas.
Al-Arasy al-Majid mengelilingi satu
pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi oleh al-Arasy al-Majid
ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid merupakan
salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat
satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid.
Jadi, terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam
tersebut dinamakan alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan
menguasai Arasy-arasy tersebut.
Al-Arasy al-Majid sama dengan
Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang
dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini
berada di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis
sehingga 70,000 lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan
Hijab Nur Putih. Kemudian ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang
lain, hinggalah kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mengandungi
70,000 lapisan Hijab. Peringkat terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan,
yang juga terdiri daripada 70,000 lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan
berakhir dengan lapisan Hijab yang dinamakan Hijab Hamparan Emas.
Alam-alam bermula daripada al-Arasy
al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan syurga yang
dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti
syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan
orang-orang yang beriman yang baik-baik.
Di atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat.
Seluruh alam yang dinyatakan sehingga
ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy al-Karim
(al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal.
Manusia yang berada dalam Alam Syahadah
di planet bumi, lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan alam jasad,
hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja. Akal fikirannya
sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Tetapi bagi
seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam
Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati
Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti
Alam Syahadah juga. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi
nyata dan boleh berinteraksi dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam
ghaib itu maka kerusi tersebut boleh diduduki. Jika ada buah-buahan di
sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan. Begitu juga air yang ada
di sana.
Jisim tipis dalam Alam Misal dipanggil
an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat murni. Ia juga
merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam Syahadah.
Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti air dan
ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih
indah dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.
3: ALAM ARWAH
Peringkat terakhir Alam Misal ialah
al-Arasy al-Karim, selepasnya bermula pula Alam Arwah (Alam Roh). Pada
Alam Arwah terdapat juga alam-alam Hijab. Seluruh al-Arasy al-Karim
bersama-sama segala isi kandungannya berada di dalam bulatan sejenis
Alam Hijab yang lebih ghaib dan lebih seni. Ada beberapa peringkat Alam
Hijab dalam Alam Arwah. Setiap peringkat ada 7,000 lapis Hijab. Lapisan
pertama daripada Alam Hijab itu dinamakan Hijab Permata.
Hadis mengenai mikraj menceritakan,
“Hingga aku sampai pada Hamparan Emas. Kemudian aku maju lagi bersama
malaikat wakil Hijab Hamparan Emas terus ke Hijab Permata, lalu
mengetuk-ngetuknya. Berkata malaikat di belakang Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia
menjawab, ‘Tuan punya Hijab Hamparan Emas dan ini Muhammad Rasul Rabbil
‘Izzati’. Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Ia pun menghulurkan
tangannya dari bawah Hijab dan meletakkan daku di hadapannya. Begitulah
keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain hingga aku melampaui
70,000 Hijab, tebal tiap-tiap Hijab 500 tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat
itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia
mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’
Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul
al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia
mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku
dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang
lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara
satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
Semua lapisan Alam Hijab bermula
selepas al-Arasy al-Karim merupakan syurga-syurga yang dipanggil secara
tunggal dengan nama Darul Khulud, negeri yang abadi. Ia juga
mengandungi tujuh tingkat dengan tujuh nama seperti syurga-syurga yang
lain. Jannatul ‘And merupakan syurga yang paling tinggi, paling besar
dan paling indah. Di dalamnya ada Syajaratul Thubi, pokok thubi, yang
terdapat padanya satu syurga yang menjadi induk bagi semua syurga,
dinamakan Darul Qarar, negeri ketetapan.
Di atas Jannatul ‘And adalah al-Arasy
al-‘Adzim, arasy yang besar. Ia dinamakan juga al-Arasy al-Muhith,
arasy yang meliputi, maksudnya meliputi seluruh alam makhluk. Al-Arasy
al-‘Adzim merupakan bulatan terakhir atau kerangka yang paling luar
bagi seluruh alam kejadian, alam makhluk atau apa sahaja yang Allah
ciptakan. Al-Arasy al-‘Adzim mengandungi 70 juta lapisan kulit-kulit
yang di antara satu kulit dengan kulit yang lain terdapat ruang
angkasa. Al-Arasy al-‘Adzim dijadikan daripada nuur, jisim yang
bersifat nurani, lagi seni dan tinggi. Hadis menceritakan tentang nuur
al-Arasy al-’Adzim, “Diliputi pada tiap-tiap hari oleh seribu warna
dari nuur”. “(Diliputi) 70,000 warna dari nuur, tiada dapat dipandang
kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau
dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah
merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari
bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari)
dan lebih kurang lagi”.
Meskipun nuur al-Arasy al-‘Adzim itu
sangat kuat namun, orang yang mencapai makam yang tinggi pada sisi
Allah dapat mendekatinya tanpa terjadi apa-apa dan mendapatinya suatu
jisim alam yang sangat indah, tiada bandingannya.
Di bawah al-Arasy al-‘Adzim ada pula
Loh Mahfuz yang kedua. Catatan yang tertulis di sini diambil oleh
malaikat dan diturunkan kepada Kalbu Alam yang kemudian memancarkannya
kepada Alam-alam Arasy, termasuklah al-Arasy al-Majid. Dari al-Arasy
al-Majid ia diturunkan pula kepada Kalbu Langit-langit yang kemudiannya
dipancarkan kepada Alam Langit-langit termasuklah Alam bumi di dalam
Alam Barzakh. Begitulah salah satu cara perintah Tuhan turun
seperingkat demi peringkat hingga sampai kepada masing-masing yang
telah ditentukan.
Di bahagian atas al-Arasy al-‘Adzim
yang paling luar dan paling tinggi terdapat satu alam yang besar dan
indah dinamakan Qubah. Ia merupakan tempat yang paling tinggi dalam
seluruh alam makhluk. Qubah ini merupakan syurga yang lebih indah
daripada syurga-syurga yang lain. Ia juga terdiri daripada tujuh
peringkat syurga seperti syurga-syurga yang lain.
Di dalam alam Qubah yang besar ini,
pada bahagian yang paling atas, terdapat satu Qubah yang lebih kecil
yang terdiri dari Permata Putih, berupa seperti sebuah mahligai yang
besar terapung di ruang angkasa Qubah besar. Qubah Permata Putih ini
merupakan tempat terakhir perjalanan mikraj Rasulullah s.a.w.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran
alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran
alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana
bagi Qubah besar.
Apabila dilihat kepada keseluruhan alam
makhluk maka bahagian yang ada Qubah itu diisyaratkan sebagai bahagian
atas. Jika dibandingkan dengan sebiji buah maka Qubah itu adalah umpama
tampuk yang menentukannya sebagai bahagian atas dan lawannya sebagai
bahagian bawah.
Hingga kepada al-Arasy al-‘Adzim yang
terdiri daripada 70 juta lapisan dengan Qubah di bahagian atasnya, maka
tamatlah perbicaraan mengenai Alam Malakut Atas dan berakhir juga ilmu
manusia tentang alam. Al-Arasy al-‘Adzim itulah kerangka alam. Ia
adalah sebesar-besar makhluk. Seluruh alam atau kejadian yang Tuhan
jadikan berada di dalamnya. Sekaliannya dinamakan Alam sahaja, atau
dinamakan juga Alam Kejadian atau Alam Makhluk atau A’yan Luar atau
al-Mumkinat (segala yang mungkin) atau Alam Yang Baharu atau Yang
Selain Allah. Semuanya menggambarkan apa yang termasuk di dalam kalimah
“KUN” (jadilah kamu).
Jisim dalam Alam Arwah bersifat latif
atau halus atau murni atau terlebih ghaib. Insan yang tinggi makamnya
pada sisi Allah memasuki alam yang terlebih ghaib ini dan mendapati
alam ini sama seperti Alam Syahadah juga, berjisim dan berbentuk benda
dalam bebagai-bagai keadaan yang boleh disaksikan dan dirasa. Jadi,
seluruh alam, iaitu Alam Syahadah, Alam Misal dan Alam Arwah merupakan
alam benda yang jika diizinkan boleh disaksikan samada dengan
pancaindera ataupun dengan hati. Hati insan bersifat nurani, sama
seperti sifat Alam Malakut. Kekuatan pancaran nuurnya boleh menembusi
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk menyaksikan dan
memperolehi makrifat tentang Alam Makhluk atau Alam Kejadian.
“Orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur dari Tuhannya”. (Surah az-Zumar, ayat 22).
“Allah jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Perumpamaan nuur-Nya seperti sebuah
lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita. Pelita itu berada di
dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan. Dinyalakan dari
pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan
bukan dari barat. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan
sendirinya biarpun tidak disentuh api”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Nuur di atas nuur”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
PENUTUP
Bagaimana ahli al-kasyaf menyaksikan
alam yang begitu luas dan jauh? Adakah dia perlu menaiki sejenis
kenderaan dan terbang ke seluruh alam maya untuk menyaksikannya? Nabi
Muhamamd s.a.w telah menaiki boraq dan mengembara ke seluruh alam di
bawah bumbung Langit Dunia (Langit Pertama). Kemudian baginda s.a.w
mikraj menggunakan tangga yang dihulurkan dari alam atas seumpama lif
yang dibawa turun dari tingkat atas. Tetapi boraq hanya untuk kegunaan
nabi-nabi tidak bagi manusia biasa, walaupun seorang yang kasyaf.
Namun, Allah s.w.t mempunyai caranya sendiri untuk memperlihatkan alam
ciptaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Cuba kamu pandang kepada sebuah
bangunan. Kamu dapat melihat bangunan tersebut kerana ada cahaya dari
sumber cahaya iaitu matahari. Cahaya matahari menerpa ke arah bangunan
itu lalu membawa seluruh bangunan tersebut kepada mata kamu. Mata kamu
juga bercahaya sebagai persediaan untuk menerima pancaran cahaya
matahari yang datang. Jika mata kamu terpejam atau berselaput tidak
mungkin cahaya matahari boleh memasukinya. Pertemuan cahaya matahari
dari atas dengan cahaya mata di bawah melahirkan gambar pada belakang
bola mata kamu. Gambar yang tertera pada skrin bola mata kamu itu dalam
keadaan terbalik. Otak berperanan membetulkannya kembali. Otak boleh
berfungsi sebagai kesan aktiviti akal. Akallah yang melihat bangunan
tersebut. Seluruh bangunan yang begitu besar boleh masuk ke dalam akal
kamu.
Andainya kamu berada di tempat yang
tinggi dan pandangan kamu cukup kuat maka kamu boleh melihat seluruh
planet bumi berada di dalam akal kamu. Akal kamu menjadi seperti satu
ruang angkasa yang luas yang memuatkan planet bumi. Jika kamu berada
pada tempat yang lebih tinggi dan pandangan kamu lebih kuat kamu akan
dapat menyaksikan seluruh Alam Syahadah. Begitulah keadaannya hingga
kamu dapat melihat seluruh Alam Misal dan Alam Arwah. Jadilah diri kamu
seolah-olah satu ruang angkasa yang di dalamnya terapung-apung seluruh
alam makhluk.
Jika kamu memandang kepada sebuah
bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu bukan kamu yang
pergi kepadanya. Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Begitu juga
keadaan ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya
namun dia dapat menyaksikan seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh
terjadi kerana Allah jualah nuur bagi langit dan bumi. Nuur-Nya juga
memancar di dalam kalbu orang mukmin. Nuur di atas nuur. Nuur dari alam
atas membawa turun seluruh alam kejadian dan dapat ditangkap oleh nuur
di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi, kalbu orang mukmin itu
meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke mana-mana.
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”.
“Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku”.
Urusan Tuhan, inilah makam terakhir
seorang hamba. Tidak ada apa-apa lagi padanya melainkan urusan Tuhan.
Apabila dia sudah larut di dalam urusan Tuhan maka urusan Tuhanlah yang
memperjalankannya ke seluruh alam maya hingga terdampar ke Sidratul
Muntaha. Seterusnya memanjat ke Qubah yang menjadi puncak segala alam
kejadian. Tidak ada apa-apa lagi kecuali: “ALLAH, RABBIL ‘IZZATI!’
Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment