أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Nabi Adam a.s.
Nabi Adam a.s.
Nabi Adam A.S. merupakan nabi (utusan Allah) dan juga
manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan
darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan
ada pula yang enggan.
Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi
telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah
Allah.
Ringkasan riwayat hidup
Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi, langit,
malaikat-malaikatnya; Allah maha mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan
menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.
Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan
kehendak-Nya menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah
menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian
mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang
dilakukan oleh mereka tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"”[al-Quran 2:30]
Allah berfirman pada penghujung Ayat 30 Surah Al-Baqarah
untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
“Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya"”[al-Quran 2:30]
Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari
segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah
disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan
berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna:
Rencana utama: Penciptaan Adam
Kesombongan Iblis
Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah
itu, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya
lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah
disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanah
dan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak
layak untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun
telah diperintah oleh Allah.
Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan
melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya
dari syurga dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan
laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu, dia
telah dijamin sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia
hanya bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga hari
kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa berterima kasih
dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya mengancam akan
menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari syurga, dan akan datang
kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka
meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya menempuh jalan yang sesat.
Kemudian, Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu sambil
melaknatnya. Allah berkata bahawa Iblis tidak akan berjaya menyesatkan
hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.
Pengetahuan Adam mengenai nama-nama bendaSunting
Allah hendak menghilangkan pandangan serong para malaikat
terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmah-Nya yang menyatakan
Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkan kepada Adam nama-nama benda yang
berada di alam semesta, kemudian ditunjukkan benda-benda itu di hadapan para
malaikat lalu mencabar malaikat menyebut nama itu untuk kalahkan Adam. Para
malaikat tidak berdaya menyahut cabaran Allah untuk menyebut nama-nama benda
yang berada di depan mereka dan mengaku ketidaktahuaan mereka dengan mengatakan
yang mereka tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan
ajarkan mereka.
Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahu
nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahu oleh Adam,
berfirmanlah Allah kepada mereka bahawa Dia sahaja yang mengetahui rahsia
langit dan bumi serta mengetahui apa yang zahir dan tersembunyi.
Adam menghuni Syurga
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya
diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan
rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan
keturunannya. Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah
satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur
sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya.
Lalu baginda disoal oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk
yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai
dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa
namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa
Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam
menjawab:"Untuk mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi
keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau
bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah
didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di
dalamnya sepuas hatimu dan nafsumu. Kamu tidak akan mengalami atau merasa
lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi
janganlah engkau makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka
dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu
dan musuh isterimu,ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari
syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini."
Iblis mulai bertindakSunting
Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh
Allah dari Syurga akibat keengganannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati
dan hasad dengki terhadap Adam yang menjadi penyebab sehinggakan dia dikutuk
dan dilaknat selama-lamanya serta tersingkir dari singgahsana kebesarannya.
Iblis mula menunjukkan rancangan untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang sedang
hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Dia menyatakan kepada mereka bahawa dia adalah kawan
mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan
kebahagiaan mereka. Pelbagai cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis
untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa dia betul-betul jujur dalam
nasihat dan memberi petunjuk kepada mereka. Dia membisikkan kepada mereka
bahawa larangan Tuhan kepada mereka memakan buah yang diberi nama buah Kuldi
yang ditunjukkan itu adalah kerana dengan memakan buah kuldi itu mereka akan
menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal. Diulang-ulangi pujukkan itu
dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang itu dan indah nian
bentuk buahnya serta lazat rasanya. Akhirnya termakanlah pujuk rayu yang halus
itu oleh Adam dan Hawa dan melanggari larangan Tuhan.
Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang
bermaksud:
"Tidakkah Aku mencegah kamu daripada mendekati pohon
itu dan memakan buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu
adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah mereka
bahawa mereka telah melanggari perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan
suatu kesalahan serta dosa besar. Maka mereka menyesal dan berkatalah mereka:
"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami
sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis.
Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi
bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."kata adam
Adam dan Hawa diturunkan ke BumiSunting
Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta
mengampunkan perbuatan yang mereka telah dilakukan. Hal ini demikian telah
melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian mereka
terhadap peringatan Tuhan mengenai Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa
pujukan dan rayunya yang manis namun beracun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima
pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh
Iblis dan akan berusaha agar tidak mengulangi pelanggaran yang telah dilakukan
serta menimbulkan murka serta teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka
berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan pujukan Iblis yang
dilaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar kerana
perbuatan mereka melanggar perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran
Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga
tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa reda Allah serta rahmatnya akan
tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah
menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak
terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya
bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk diterokaiya, akan dikuasai kepada
manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih
pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada
mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu
yang telah ditentukan."
Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru
yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak
akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan
suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat
serta tabiat mereka yang berbeza-beza serta warna kulit dan kecerdasan
otaknya.Umat manusia akan hidup berkelompok dan menjadi suku-suku serta
bangsa-bangsa yang mana salah satu akan menjadi musuh yang lain saling
bunuh-membunuh, aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga Allah
mengutuskan nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya untuk memimpin hamba-hamba-Nya ke
jalan yang lurus dan penuh damai , kasih sayang di antara sesama manusia untuk
menuju jalan yang diredhai-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
Tinggi Nabi Adam
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
“ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan
Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman:
Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat
yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu
adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan
mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ
اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia
yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh
hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang
hingga sekarang
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab
sahaja]: 5075 ”
[1]
Kisah Adam dalam Al-Quran
Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di
antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 sebagai berikut :
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
Mereka berkata:"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu
orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau." Tuhan
berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama benda-benda,
kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar."
Mereka menjawab:"Mahasuci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain apa yang telah engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Allah berfirman:"Hai Adam beritahukanlah kepada
mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka
nama-nama benda itu Allah berfirman:"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu,
bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa
yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25
Pengajaran yang terdapat dari kisah AdamSunting
Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam
perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya
kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh
makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala
diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi
khalifah-Nya di bumi sehinggakan mereka seakan-akan keberatan dan
bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan makhluk lain daripada
mereka yang sudah taat, rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagung-
agungkankan nama-Nya.
Bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan
berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa
kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Seperti mana yang
telah terjadi pada diri Nabi Adam walaupun baginda telah menjadi manusia yang
sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak
terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah lupa dan
mengingkari perintah Allah kepadanya mengenai pohon terlarang itu dan mengenai
Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga
terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang
dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan
maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat
dan ampunan Tuhan asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak
akan mengulanginya . Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa
yang dilakukan oleh hamba-Nya kecuali syirik sekalipun dosa besar asalkan
diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan bongkak selalu membawa kepada kerugian
dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan
kedudukannya sebagai seorang ketua malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga
dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya sehingga
hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya
sehingga dia menganggap dan memandang rendah Nabi Adam dan menolak untuk sujud
menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT.
Continue
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Nabi Adam a.s. اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
No comments:
Post a Comment