05 February 2020

Khadam jin.



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎

الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


AL-AFKAR #13: HUKUM BERAMAL UNTUK MENDAPATKAN KHADAM AYAT

Details
Uploaded by Mohamad Razif
https://muftiwp.gov.my/images/KHADAM.png
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan khadam ayat dan bolehkah mengamalkannya?
Jawapan:
Khadam dari sudut istilahnya dalam konteks ini adalah pembantu manusia dalam kalangan jin. (Rujuk Fatawa al-‘Ulama’ fi ‘Ilaj al-Sihr wa al-Massi wa al-‘Ayn wa al-Janni, m. 112).
Khadam ayat ini terkenal dalam kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Ia merujuk kepada pendamping atau penjaga yang diperoleh setelah mengamalkan ayat-ayat al-Qur’an tertentu dengan kaedah yang khusus. Kadangkala, ia tidak hadir dengan pengamalan ayat al-Qur’an tetapi cukup dengan amalan kebatinan. Antara yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu adalah khadam ayat al-Kursi.
Walaubagaimanapun, khadam yang difahami sebagai khadam ayat ini bukanlah orang suruhan tetapi ianya lebih kepada pendamping atau penjaga seperti rijal al-ghaib. Rijal al-ghaib ini biasanya akan hadir dan mendakwa diri sebagai wali-wali, atau orang soleh. Dalam hal berkenaan rijal al-ghaib, Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari menyebutkan:
والحق : أن هؤلاء من أتباع الشياطين ، وأن رجال الغيب هم الجن لأن الإنس لا يكون دائما محتجبا عن أبصار الإنس يحتجب احيانا فمن ظن أنهم من الإنس فمن غلطه وجهله.
“…yang benarnya mereka (yang menyamar sebagai wali-wali) itu adalah pengikut para syaitan. Dan sesungguhnya rijal al-ghaib adalah jin kerana jika ianya manusia, tidaklah ia sentiasa terhijab daripada pandangan manusia. Manusia terhijab kadangkala (tetapi tidak bermakna dia tidak boleh dilihat). Barangsiapa yang menyangka rijal al-ghaib itu dalam kalangan manusia adalah kesilapannya dan kejahilannya.” (Syarah Fiqh al-Akbar, m. 421).
Firman Allah SWT
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾ وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ 
Maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak mempedulikan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Ibnu Qayyim Al Jauzi menyatakan bahawa: Al-Quran adalah jalan bagi hati seseorang mendapat ketenangan. Justeru, sesiapa yang berpaling dari ajaran sebenar Al Quran atau menggunakan ayat Al Quran dari tujuan asal ia diturunkan, maka Allah akan jadikan baginya seekor syaitan yang menjadi Qarin. Qarin inilah yang akan berkhidmat kepada pengamalnya. Lalu timbul tanggapan bahawa malaikat yang menjaga ayat tersebut telah menjadi penolongnya. Inilah tipudaya dalam amalan-amalan kebatinan seperti ilmu ghaib, ilmu kebal, ilmu khadam ayat dan seumpamanya. (Tafsir al-Qayyim, 1/490)
Ada juga sebahagian pawang atau bomoh yang mendakwa bahawa khadam ayat itu adalah malaikat, bukan jin atau syaitan. Kami melihat dakwaan ini jauh tersasar kerana:
  • Tugas malaikat adalah menjalankan apa jua perintah Allah SWT kepadanya, bukan perintah manusia. Firman Allah SWT:
لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 
Maksudnya: “…mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(Surah al-Tahrim: 6)
  • Malaikat mendampingi dan mendoakan orang yang beriman dan bertaqwa, bukannya mereka yang melakukan syirik. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
الْمَلاَئِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلاَّهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ‏
Maksudnya: “Para Malaikat akan selalu berselawat kepada salah seorang di antara kalian selama ia berada di masjid dimana ia melakukan solat, hal ini selama wudhu’nya belum batal. (para Malaikat) berkata: ‘Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 445)
Berdasarkan hujah-hujah di atas, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum beramal bagi mendapatkan khadam ayat adalah haram dan membawa kepada kesyirikan. Firman Allah SWT:
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jinn: 6)
Al-Qur’an dibaca dan diamalkan juga sebagai tujuan rawatan tetapi yang menyembuhkan tetaplah Allah SWT. Ianya tidak memerlukan kepada apa-apa perantara yang terdiri daripada apa jua makhluk. Cukuplah Allah SWT yang Maha Mendengar, jua Maha Penyembuh. Semoga Al-Qur’an akan semakin mendekatkan kita kepada-Nya dan bukan sebaliknya. Wallahua’lam.

Khadam Ayat Al-Quran

1. Benarkah boleh memanggil khadam ayat keluar dari al-Quran? Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih mengenai perkara ini?
2. Benarkah khadam ayat itu wujud? Ada yg mengatakan khadam ayat ini bukan malaikat, manusia yg telah meninggal atau jin tetapi ia adalah makhluk khusus yang menjaga ayat dipanggil khadam ayat.Bukankah khadam ayat al-Quran itu adalah malaikat?
JAWAPAN
Sepanjang pengetahuan dan pencarian kami , tidak ada dalil yang mengatakan bahawa setiap ayat dan surah dalam al-Quran itu mempunyai “khadam” yang boleh dipanggil-panggil dan diperintahkan untuk melakukan sesuatu.
Apa yang jelas , jika pun perbuatan tersebut benar-benar berlaku dan terjadi , ianya adalah satu bentuk pengeliruan yang dilakukan oleh golongan tertentu untuk mengaburi mata kita agar mempercayai bahawa bentuk perubatan yang dilakukan adalah menepati sunnah dan mengikut landasan syarak…Kemungkinan khadam yang dimaksudkan itu adalah jin atau syaitan yang memang bertungkus lumus untuk menyesatkan umat manusia….Allahu A’alam…
Kita wajib memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah swt secara terus tanpa perantaraan dari kalangan khadam atau jin dan sebagainya….
 khadam Jin





‎...KHADAM...

Apabila anda menuntut sesuatu ilmu...maka

antaranya...ada 5 sumber bagaimana anda

boleh mendapatkan khadam...iaitu...



1.Khadam Amalan...



Iaitu..amalan itu menggunakan khadam...

atau memanggil khadam...



2.Khadam Alat...



Iaitu...amalan itu tak menggunakan khadam

tapi ada barang pada aliran perguruan ter-

sebut yang dijaga khadam...



Contohnya...semua pengamal diberikan senj-

ata...gelang...kalung dan sebagainya di-

mana barang tersebut ada khadam yang menja-

ganya...



3.Khadam Guru...



Iaitu....amalan itu tak guna khadam...dan

tak ada barangan khadam...tapi guru ada

khadam...yang kemudiannya diturunkan kep-

ada muridnya...samada secara sengaja atau

tidak...



4.Jin Saka...



Amalan tak ada khadam...tak ada barangan

berkhadam...dan guru juga tak ada khadam

tapi anda ada jin saka...tak kira dari

keturunan...barangan berkhadam...sihir

atau sebagainya...



Maka jin saka itu datang kepada anda dan

menyamar...atau menempatkan dirinya seba-

gai khadam kepada anda...



Itu sebabnya...ada guru tak guna khadam

tapi muridnya pula berkhadam...



5.Jin Ilmu Bebas...



Iaitu...ada kalangan jin bebas yang sent-

iasa mencari peluang untuk berdamping de-

ngan manusia...



Maka ia mengambil kesempatan dengan menda-

tangi manusia yang mahu atau mencari kha-

dam.



Jin ini mungkin bergerak sendirian...atau

bekas peliharaan orang yang sudah meninggal

dunia...atau ia jin yang berjaya dibuang

oleh perawat...atau oleh tuannya...dan seba-

gainya...



Dan ia mungkin juga bergerak secara berke-

luarga...berkumpulan...atau dalam satu per-

tubuhan besar yang bergerak sejak zaman ber-

zaman...dan sebagainya...( perhatikan tajuk

12 cara dapat saka..ia juga sama dengan mak-

sud..12 cara dapat khadam...)



ASAL USUL KHADAM...



1. Malaikat...



2. Dewa Dewi...



3. Jin...



4. Roh manusia yang sudah meninggal...teruta-

manya roh para Nabi...Wali...orang-orang saleh

...roh guru..roh keluarga yang sudah meninggal

dan sebagainya...



5. Rijalul ghoib...



6. Khadam ayat...



7. Khadam barangan antik...barang aneh...senj-

ata...tangkal dan sebagainya...



8. Khadam yang datang dari alam ghoib atas se-

suatu sebab...



9. Penjaga gunung...



10. Penjaga busut...



11. Penjaga Laut...



12. Penjaga hutan...



13. Penjaga batu...



14. Penjaga harta...



15. Penjaga gua...



16. penjaga rumah...



17. Penjaga kubur...



...dan sebagainya...



Perhatikan...semua istilah di atas adalah me-

rujuk kepada jin semata-mata...iaitu jin Islam

...jin Munafik...Jin kafir dan sebagainya...



Kalau ia jin Islam yang menjadi khadam manusia

maka ia biasanya jin fasik...atau Munafik...



Perhatikan...apabila anda merasa...



1...merasa beruntung atau bertuah...



2...merasa berani atau selamat...



3...merasa kuat atau yakin...



4...merasa hebat...



5...merasa ada pelindung atau penolong...



...dan sebagainya...semata-mata kerana ada khadam

maka yang demikian itu menunjukkan pergantungan

hati anda kepada kekuasaan ghoib selain daripada

kekuasaan Tuhan...dan jatuh syirik...



Apabila seseorang itu mati dalam keadaan sedemik-

ian...tanpa rahmat pertolongan Tuhan...ia akan

mati dalam keadaan tiada iman...atau tercabut iman-

nya...Walohu a'lam.



Perhatikan ayat-ayat khadam di bawah...



1...cari khadam...



2...dapat khadam...



3...tangkap khadam...



4...tarik khadam...



5...buang khadam...



6...ada khadam...



7...ikat khadam...



8...kurung khadam...



9...tambah khadam...



10...dijaga khadam...



11...disembunyikan khadam...



12...hantar khadam...



13...ditolong khadam...



14...dititipkan khadam...



15...dimasukkan khadam...



16...diberi oleh khadam...



17...khadam kuat...atau khadam lemah...



18...khadam silat...



19...khadam kebal...



20...khadam terbang...



21...khadam perubatan...



22...khadam sakit atau khadam gila...



23...khadam perantara...



24...diambil khadam...



25...panggil khadam...



26...diserang khadam...



27...khadam suci...



28...khadam jahat...



29...khadam susuk...



...dan sebagainya...maka semua istilah kepada kha-

dam di atas...adalah merujuk kepada jin...dan tak

ada makhluk selainnya...



SUMBER MUDAH DAPAT KHADAM...



Iaitu mengumpul atau membeli barang antik...barang

perhiasan lama...seperti cincin...gelang...batu...

patung...dan sebagainya...juga senjata-senjata la-

ma di kaki-kaki lima tau kedai-kedai antik...



Apabila anda membeli atau terbeli barangan berkha-

dam...maka bererti anda membawa khadam pulang ke-

rumah anda...dan mengumpul khadam dalam rumah anda.



Perlu diperhatikan...bahawa tak semua 'khadam beli'

ini lemah...dan tak semestinya ia akan buat hal se-

rta merta...( tapi ada yang juga sampai rumah saha-

ja...terus tak tentu hal buat kacau...terutama ke-

pada golongan kanak-kanak dan kaum wanita...)



Namun pada sebahagiannya...dalam jangka masa penja-

ng...ia kan mendatangkan masalah pada anda...kelu-

arga nada...atau anak cucu cicit anda...



Ia mungkin berupa penyakit..rasukan...masalah jiwa

...masalah rezeki...masalah rumahtangga...masalah

anak-anak...dan sebagainya...



Anda mungkin ada pendinding...tapi keluarga anda?

...dan keturunan anda?...



Satu perkara lain...sebahagian khadam barangan itu

apabila tak dijaga lagi sebagaimana biasanya...

atau tak dihormati sebagaimaan sepatutnya...atau

mungkin dibuang sesuka hati...termasuk oleh kanak-

kanak...tak mustahil ia mengundang kemarahan dan

serangan...atau gangguan khadam...



Perkara lain pula...kalau anda terbeli barangan ber-

khadam yang biasa atau pernah diberi makan asap...

darah atau sebagainya...maka tak mustahil...khadam

itu akan menuntutnya daripada anda...termasuk darah

anda...atau keluarga anda...



Maka antaranya yang boleh berlaku...adalah kematian

yang tak mempunyai sebarang sebab munasabah...atau

kehilangan atau kekurangan darah dalam keadaan yang

menimbulkan persoalan...



KHADAM SELAMAT ?



Biasa dikatakan...bahaya cari khadam tak tentu pa-

sal...melainkan pada orang yang pakar...atau guru-

guru...



Sebaliknya...berbanding 'khadam beli kaki lima at-

au kedai'...lebih banyak khadam yang berbahaya di-

perolehi secara berguru...



Ia kerana khadam-khadam dari sumber ini adalah jin-

jin yang terpilih...iaitu jin yang berilmu tinggi

...lasak...pintar putar belit...pakar psikologi

dan biasanya telah terbukti dengan pengalaman pulu-

han tahun...ratusan tahun..atau mungkin ribuan tah-

un 'mengendalikan' manusia...



Dari sumber ini juga paling banyak ditemui jin-jin

Munafik...iaitu jin yang menyalahgunakan ayat-ayat

Qur'an...dan memperagakan hukum agama dengan tujuan

memperdayakan...atau dengan sengaja memesongkan aki-

dah manusia...



Setakat yang saya ketahui..jarang sekali golongan

jin ini merepek tak tentu pasal...sebaliknya apa-

saja kata-katanya hampir pasti ada isi dan strate-

ginya...



Kalau tersilap langkah...anda yang datang dengan

penuh azam untuk menyingkirkannya..malah sebalik-

nya mungkin menganggap jin itu 'orang baik-baik

dan mulia'...



KESIMPULAN...



1.Setiap manusia yang mendampingi...memelihara...

dijaga...berkawan atau sebagainya dengan khadam

...tak kira dari mana pun asal usulnya khadam ter-

sebut...dan bagaimana pun caranya... bererti ia

berdamping dengan jin...



2.Tak akan ada jin Islam yang benar Islamnya akan

menjadi khadam kepada manusia...kerana dengan itu

ia kan mendedahkan manusia tersebut kepada syirik.



Maka tak akan ada jin Islam yang menjadi khadam...

atau sebaliknya menjadikan mausia itu khadam...

melainkan...ia adalah jin Islam fasik...atau Muna-

fik...



3.Mungkin susah...mungkin mudah nak cari khadam...

tapi nak buang...biasanya tak mudah...



...lebih baik beringat...seperti kata orang...ingat

diri...tapi ingat juga keluarga dan anak cucu cicit.



Jangan kerana diri kita seorang..keluarga dan ketur-

unan turut menanggung padahnya...



Wallohu a'lam







 HUKUM BERKHADAM KEPADA JIN
Selalu dipersoalkan orang apakah hukumnya jika seseorang itu menggunakan jin sebagai khadam. Jawapannya, manusia memang boleh menggunakan jin sebagai khadam, malah ini banyak berlaku, baik di negara kita Malaysia maupun di negara-negara Afrika dan sebagainya. Mereka menggunakan jin untuk tujuan jahat seperti menghancurkan orang, menyerang mereka dan sebagainya.

Sebenarnya, mengapakah jin itu boleh menuruti dan mematuihi arahan dan perintah manusia? Ini berlaku kerana manusia menggunakan azimat, pujaan, dan jampi serapah yang boleh membawa kepada syirik dan kufur, sehingga jin kafir bersedia melayani semata-mata agar manusia yang kufur bertambah kufur dan yang beriman akan menjadi kafir.

Ibn Taimiyah di dalam kitabnya "Majmuul fatawa" berkata:
Mana-mana orang yang boleh mengarahkan jin mematuhi perintah Allah dan Rasulnya, beribadat kepada Allah, dan mematuhi Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah sesuatu kemulian yang dikurniakan Allah kepada wali-walinya dan juga bagi para khalifah Rasul dan penggantinya ".

Sekiranya jin itu digunakan untuk tujuan yang harus samalah dengan menyuruh manusia kepada perkara yang harus.Samalah juga jika kita mengarahkan mereka kepada perkara yang wajib.Keadaan ini samalah seperti seorang raja yang memerintahkan rakyat melakukan perkara-perkara yang mesti dan yang harus. Sebagaimana juga para nabi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka, seperti Nabi Allah Sulaiman, Nabi Yusuf, Ibrahim, Musa, Isa, dan Nabi Muhammad SAW.

Tetapi jika mereka diarahkan untuk melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya, sama ada berbentuk syirik, membunuh orang yang tidak berdosa, menyiksa orang, sehingga merosakkan otaknya sampai mereka lupa, amalan ini adalah dosa di sisi Allah SWT.

Samalah juga jika menolong seseorang supaya kufur maka ia menjadi kafir dan jika seseorang membantu menganjurkan maksiat maka ia juga dikira melakukan maksiat.

Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya. Kesemuanya ini adalah satu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira haji Syarie.

Kesimpulannya:
i.  Kalau boleh diperintah jin agar ia mematuhi Allah, mengerjakan ibadat dan sebagainya maka itu adalah kurniaan Allah kepada seseorang.

ii.  Menggunakan jin dalam perkara-perkara yang dikehendaki oleh Allah seperti menyuruh mereka bekerja dalam pembinaan dan sebagainya. Nabi Sulaiman selalu memerintahkan jin melakukan bermacam-macam urusan dan kerja, termasuk menyelam dalam laut dan mengangkat batu. Ini adalah anugerah Allah kepada baginda dan juga kepada Nabi-nabi yang lain dan begitu pula wali-wali Allah.

iii.  Menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti menyiksa dan membunuh manusia, menyebabkan manusia itu lupa diri, dan apa pun yang bisa menyusahkan orang maka hukumnya berdosa, maksiat, dan berdosa besar.

22/10/2017 – KHADAM JIN ILMU PERAWAT KETAKUTAN BILA TUANNYA MELARIKAN DIRI

Appointment pada ahad petang dengan pesakit belasan tahun yang di dakwa bapanya, si anak mendakwa dirinya malaikat dan Imam Mahdi. Dan ada masa si anak (pesakit) mengatakan akan membunuh semua orang dalam rumahnya. Ini yang merisaukan si bapa.

Setelah menyelesaikan kes sihir dari Guru Agama terhadap anak-anak tirinya yang juga guru AL Quran, saya memberitahu bapa pesakit agar datang pada petang ahad agar masa rehat saya mencukupi , rehat dari kepenatan merawat sihir Guru Agama selama 5 jam, iaitu pagi sabtu dari 10 am sehingga 1.30 tengahari dan bersambung pada malamnya dengan di bantu pelajar saya seramai 11 orang dalamasa 2 jam.

Pesakit berumur 17 tahun dan mengatakan (mendakwa) anak gadis depan rumah yang menyihirnya. Saya bertanya ada belajar apa-apa tak , Silat atau menghafal apa-apa ruqyah. Kata abangnya yang ikut serta, dia ada ikut Selempang Merah. Kata si adiknya pula (Pesakit) , itu hanya latihan silat bukan ada amalan apa-apa.

Pesakit saya terapi dalam 15 minit dan tiada apa-apa yang bangkit dan terkesan pada dirinya. Usai si anak, si ibu pula menceritakan beliau ada pergi belajar mengurut di Puncak Alam dan di ijazahkan dengan bersalam oleh gurunya. Dia keberatan kerana ingat pesan saya namun bersalam juga yang akhirnya membawa padah. Dia menunjukkan gambar guru Urut Saraf nya bersama isteri, berjanggut panjang dan kelihatan alim sekali. Namun selepas itu , setelah sekian lama SAKA nya di buang oleh saya juga, rasa bersaka tu datang semula selepas bersalam dengan Guru Urut itu.

Saya menyatakan Ilmu Berkhadam ni baik ilmu silat atau ilmu perubatan, sekali kamu dah berbaiah dengan bersalam atau apa jua kaedah yang memeterai perjanjian kamu dan guru, makanya kamu sudah mengambil khadam2 jin itu dan jin2 itu sedia berkhidmat bila2 masa ikut niat kamu. Sekali pun kamu tak amal apa-apa amalan yang di beri. Padah menanti bila kamu beramal soleh dan cuba mendekati Tuhanmu dengan mengikuti jalan yang lurus.

Tiba-tiba si ibu bersuara “ Kalau tak tahu apa-apa jangan cakap” katanya dalam nada dan suara yang berlainan.

“Apa yang aku tak tahu? Engkau ingat ko siapa? Engkau kenal aku siapa?

Tanya aku dalam nada keras kerana aku tahu bukan si ibu yang berseuara malah jin2 dalam badannya.
Oleh kerana dia menunjukkan jari kepadaku memberi amaran, maka aku cengkam tangannya dan terus dia melolong sakit.

“Engkau ingat aku siapa? Baik engkau berambus sebelum aku kerja kan engkau cukup2”

“Aku takut…..tuan aku sedang memerhati tu” katanya. “Siapa tuanmu?” tanyaku.

“ Tu …yang kat Puncak Alam” katanya.

“Baik engkau keluar, kalau tidak dengan engkau, dengan tuan engkau aku kerjakan” aku pula memberi amaran.

“ Tuan aku sudah lari……..aku mahu kemana ? katanya yang dalam ketakutan.

Wahhh…..agaknya tuannya sempat google kot siapa agaknya Haji Wan Zul Al Qubra ni hehehe. Sekejapan melarikan diri membuatkan khadamnya ketakutan di tinggalkan seorang diri.

“Baik….kalau begitu kamu pergi ke Mekah. Duduk di sana bertaubat dan belajar agama. Jangan buat kerja mungkar ini lagi” kataku.

“Baik..baik katanya. Tolong keluarkan aku”.

Khadam ilmu perawat ni tak ramai. Mungkin baharu lagi, jadi jin2 tu belum beranak pinak lagi. So dengan anggota yang sedikit, tak berani langsung nak berlawan atau melawan . maka surrender awal-awal adalah langkah terbaik, Ko tak sakit dan aku pun tak penat.

Sebelum ni ada kes si ibu bila baca posting yang saya share pasal ada perawat tunjukkan gambar Habib Umar kepada Jin namun takde apa sangat pun. Jin tu masih meroyan dan tiada tanda-tanda akan pergi. Si ibu ini ada masalah anaknya yang di rasuk Jin Asyik. Beberapa kali minta saya tengokkan semasa di Mekah. Jadi semasa Jin Asyik tu merasuk semula, di tunjukkan gambar profile saya tu. Pucat lesi anaknya ibarat bagai luruh jantung nya ketakutan. Terdiam terkedu dan mungkin terus sedar bila jin tu terus lari melihat wajah “tampan” yang di tunjukkan kepadanya heheh. Mungkin jin tu rasa tak mampu nak melawan ketampanan wajah itu kah kah kah. Melawak sikit ye……nanti ada yang kato den ujub, sombong, takabur…………………….LANTAK KORANG LAH.


Pokoknya…ambo nak kobarkan, ambo tiado masalah nak berhadapan dengan sapo2 atau dengan jin mano2 pun. Ini “kepakaran” ambo anugerah Tuhan untuk ambo jalankan tugas dakwah ambo. Bila ado yang pertikaikan faham ambo, ambo akan minta si dia tunjukkan bukti kebenaran faham dia pula. Mana redha Tuhan dengan Jalan mu itu??? Mana anugerah Allah SWT dan Baginda Junjungan untuk mu bagi menunjukkan CINTA KAMU kepada ALLAH DAN RASUL mendapat balasan. Cinta mu tidak bertepuk sebelah tangan. Jangan jadi MAT PERASAN@MAT OVER sudah.








Dari Mohd Hafizee Mohd Arop @hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan RM100 hingga RM300, sebuah laman web kini dikesan cuba mempromosi ajaran khurafat kepada sesiapa saja yang berkeinginan untuk memiliki ilmu kebatinan seperti ilmu tujuh silat ghaib, kebal, berjalan atas air, ilmu khadam dan beberapa ilmu lain tanpa perlu melalui proses pertapaan dan latihan selama bertahun-tahun.



Setiap ilmu yang ingin dipelajari mempunyai harga yang sudah ditetapkan, asalkan pelanggan sanggup membayarnya dan segala ilmu yang dihajati akan diperturunkan, tetapi peliknya hanya melalui panggilan telefon pada waktu tertentu di samping menyediakan bahan termasuk kemenyan, limau nipis dan air telaga.


Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh untuk mendapatkan ilmu yang ditawarkan laman web itu. Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari, berkata orang ramai usah terpedaya dengan ilmu ditawarkan laman web terbabit kerana ia boleh memesongkan akidah.

Katanya, meminta pertolongan atau berdamping dengan khadam hukumnya haram di sisi syarak dan bertentangan ajaran Islam.

“Tindakan seseorang itu kononnya jika ilmu itu ingin berjaya perlu mendirikan solat dan berzikir satu tindakan untuk mengaburi mata orang ramai termasuk menghalalkan helah mereka sedangkan itu bertentangan dengan Islam.

“Solat dan zikir ialah cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, bukan satu cara untuk berdampingan dengan khadam sedangkan manusia tidak layak memohon pertolongan daripada jin kerana itu akan menambahkan kesombongan mereka,” katanya mengulas mengenai ilmu ditawarkan laman web terbabit. Selain pelbagai ilmu kebatinan, laman web itu turut menawarkan pelbagai barangan yang dikatakan mempunyai khasiat tersendiri seperti geliga lipan yang ditawarkan dengan harga RM10 juta, keris berdiri (RM80,000), minyak pengasih (RM450), minyak pengasih lidah jin yang dikatakan hanya ada sembilan botol di dunia ini yang dihantar melalui alam bunian oleh jin (RM300), minyak air mata bunian untuk penunduk dan pengasih (RM300), minyak harimau putih yang dikatakan mampu menggerunkan musuh pemakainya (RM250) dan beberapa koleksi barangan tembaga dan koleksi senjata lama pada harga yang tertera pada laman web itu.

Penganjur laman web itu ketika dihubungi Harian Metro berkata, bukan semua individu yang ingin ilmu yang dihajati akan berjaya kerana ia bergantung kepada keazaman seseorang.

“Seseorang yang mahu memiliki ilmu kebatinan ini perlu menghadapi beberapa peringkat ujian yang akan diuji khadam digelar Penghulu Lengkia selama tujuh hari. Hanya mereka yang berjaya melepasi ujian selama seminggu itu akan dikurniakan ilmu yang diinginkan.

“Lebih penting, individu itu perlu menjaga solat dan mengamalkan zikir Asma’ Husna sepanjang proses pembelajaran itu bagi memastikan ia berjaya,” katanya.

Mengulas kenyataan itu, Abdul Malek berkata, manusia sebaik-baik ciptaan dan lebih sempurna daripada jin. Justeru manusia hendaklah memohon bantuan dan pertolongan hanya daripada Allah dan tidak ada pihak lain yang layak.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Silat Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah ketika dihubungi berkata, tiada istilah belajar silat secara ghaib kerana ilmu itu perlu dipelajari secara fizikal untuk satu tempoh tertentu sebelum individu berkenaan mahir dalam sesuatu disiplin ilmu itu.

“Saya berpendapat ilmu kebatinan atau pengisian silat secara ghaib ini mustahil dan tidak mungkin akan berlaku tanpa pembabitan pihak ketiga atau menggunakan khidmat jin bagi tujuan tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju, berkata mereka yang menggunakan laman web itu untuk mendapatkan sebarang ilmu bertentangan dengan etika persilatan dan bimbang jika orang ramai berpendapat ia berkaitan dengan dunia persilatan.


“Sedangkan Nabi Muhammad yang bersifat maksum cedera ketika Perang Badar, apatah lagi kita manusia biasa yang sering melakukan dosa dan maksiat boleh memiliki ilmu seperti itu,” katanya.

Istilah 'khadam ayat' boleh dikatakan popular di kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Pada hakikatnya istilah khadam ayat ini dirujuk kepada amalan berguru atau menuntut ilmu dengan membaca ayat-ayat tertentu al-Quran yang disertai dengan kaedah-kaedah khusus, di mana akhirnya orang yang berkenaan didatangi oleh makhluk yang dipanggil sebagai 'khadam ayat'.
Khadam Ayat
Gambar hiasan.

Amalan ini juga ada kalanya boleh dituntut tanpa melibatkan ayat-ayat al-Quran, surah-surah pendek al-Quran seperti Al-Fatihah, al-Mu'awwizat dan sebagainya, tetapi akhirnya amalan kebatinan yang dituntut itu akan berakhir dengan kehadiran makhluk yang dipanggil sebagai 'khadam ayat'.

Mereka yang mempelajari ilmu ini kebanyakannya tidak pasti siapakah yang dinamakan 'khadam ayat' yang datang tadi, lalu akhirnya terlibat dengan pelbagai kegiatan amalan kebatinan, ketika melakukan rawatan, tilikan, untuk mengatasi masalah rumah tangga, cinta dan sebagainya.

Menurut sebahagian pengamal, khadam ayat bukan terdiri daripada golongan manusia, jin atau malaikat. Ia merupakan 'khadam' kepada ayat yang dibaca dan diamalkan menurut kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti menurut apa yang telah diajar oleh guru yang berkenaan.

Ayat Kursi

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis tentang kelebihan ayat al-Kursi. Menurut sebuah hadis riwayat daripada Qatadah katanya, Rasulullah bersabda: "Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda: "Barang siapa membaca ayat al-Kursi dan akhir surah al-Baqarah ketika kesusahan nescaya Allah menolongnya."

Terdapat banyak hadis menerangkan tentang kelebihan ayat ini dalam tujuan mengelakkan diri, keluarga, rumah tangga, harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia, terutamanya pencuri.

Antara hadis yang menyebutkan hal yang demikian ialah, hadis daripada Abu Hurairah. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: "Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya iaitu ayat al-Kursi."

Atas pemahaman tentang fadilat ayat al-Kursi inilah maka ada golongan tertentu, terdiri daripada mereka yang mengamalkan amalan kebatinan, mengamalkan apa yang difahami sebagai 'khadam ayat Kursi' dalam amalan kebatinannya.

Setelah membaca ayat al-Kursi dalam kekerapan dan tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain, dia akan didatangi oleh makhluk yang dipercayai sebagai 'khadam ayat al-Kursi'.

Ia datang dengan jubah hijau, menghulurkan tangan, bertanyakan apa yang dihajati oleh pengamal. Dipesan oleh guru yang mengajari amalan tersebut agar makhluk itu taat menurut perintahnya.

Menurut mereka lagi, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga boleh digunakan untuk tujuan mengubati penyakit. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain.

Ketika pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah di mana dalam keadaan tertentu ia akan menjelmakan diri menyerupai pengamal ilmu berkenaan, khadam itu dikatakan hanya digunakan untuk menangani sakit yang teruk ataupun masalah-masalah besar.

Memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau yang tajam, yang hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar lagi berat, walaupun demikian ia juga boleh digunakan untuk tujuan jahat, kerana khadam ayat begitu taat menurut kata pengamalnya.

Kerana itu maka orang yang mengamalkan kaedah ini mesti terdiri daripada mereka yang ikhlas lagi berilmu, ditakuti ilmu yang dimiliki itu disalahgunakan, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Seorang yang lain, telah melibatkan diri dengan rawatan tradisional lebih daripada 25 tahun, menyatakan khadam ayat kadang-kadang datang kepadanya dalam keadaan berkain pelekat dan berbaju selengkapnya.

Selain memberitahu perkara-perkara ghaib kepadanya, ia kadang-kadang memberitahu maklumat-maklumat tertentu melalui anaknya, yang berumur 10 tahun, yang ketika itu sedang tidur.

Seorang pengamal rawatan tradisional yang tinggal di Perlis menegaskan orang yang menurun diresapi oleh jin-jin, termasuk iblis dan syaitan, tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia.

Ketika menurun, jin-jin datang bersatu dengan roh yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.

Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih menguasai angin badan dalam tubuh maka ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri iaitu menurun. Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasukan.

Menurut pemahaman Melayu, khadam bererti hamba, ataupun orang suruhan yang sentiasa taat kepada tuannya.

Menurut pengamal yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan orang suruhan, seperti yang difahami oleh umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan orang suruhannya.

Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin kafir ataupun jin Islam.

Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada makhluk halus belaan atau sahabat, kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka dalam keadaan apa sekalipun sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau sebagainya.

Menurutnya lagi, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah yang termasuk dalam golongan makhluk ghaib.

Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali, yang dikenali sebagai rijalul ghaib, yang juga dikenali sebagai khadam roh.

Khadam bukan jin Islam, terdiri daripada wali Allah. Makhluk yang tidak berdosa yang asalnya adalah manusia yang ghaib begitu sahaja apabila mati dan tidak mempunyai kubur.

Beliau mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah yang tidak boleh dikaji.

Dijelaskan juga bahawa makhluk yang dinamakan khadam itu telah wujud sejak zaman Rasulullah, begitu juga lelaki yang tersebut dalam surah al-Kahf, termasuk anjing Qitmir yang termasuk dalam golongan rijalul ghaib.

Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu, yang dibaca selepas setiap kali sembahyang fardu selama 40 hari.

Doa-doa tersebut dikenali sebagai kepala doa akasyah, doa akasyah, pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.

Tidak lama setelah mengamalkan ayat-ayat di atas, dia bermimpi melihat bulan pada malam berikutnya, dia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah.

Mimpi ini diikuti oleh mimpi-mimpi lain yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bermula dari hari itu dia sering didampingi oleh khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan lain-lainnya.

Ketika melakukan rawatan, ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang datang memerlukan pertolongannya, responden berkenaan akan memanggil khadam yang mendampinginya tadi. Perkataan tok syeikh digunakan untuk merujuk kepadanya.

Untuk tujuan rawatan, mula-mula responden akan bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian dia memanggil tok syeikh untuk meminta pertolongan.

Khadam berkenaan dikatakan dapat mengetahui sama ada sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat saka, santau, gangguan makhluk halus tidak bertuan ataupun sakit kecacatan fizikal yang berpunca daripada kemalangan, keracunan makanan dan sebagainya.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai khadam ayat dan sebenarnya banyak lagi keterangan yang berlainan berkaitan dengan apa yang difahami sebagai khadam ayat dalam kehidupan orang Melayu.

Allah menjadikan tiga jenis makhluk utama, iaitu malaikat, jin dan manusia. Tidak tersebut daripada mana-mana sumber tentang adanya makhluk selain daripada tiga jenis makhluk ini.

Ketika ditanya tentang makhluk berjubah hijau yang datang menghulurkan tangan, pengamal tersebut memberitahu bahawa hal tersebut berlaku ketika dalam keadaan sedar, bukan ketika dia nyenyak tidur atau dalam keadaan separuh sedar.

Pengamal yang sama menyatakan bahawa khadam ayat boleh disuruh menjaga diri, keluarga, harta benda dan lain-lain tujuan.

Apa yang kurang digemari oleh responden, pada mulanya ialah makhluk ini terlalu kerap menjelmakan diri menyerupai dirinya menyebabkan isterinya takut.

Hal demikian sama berlaku seperti yang diakui oleh responden yang membela jin, yang dinamakan sebagai hantu raya.

Tidak ada perjanjian antara orang yang mempunyai khadam ayat dengan makhluk yang menjelma itu bukan merupakan hujah kuat membuktikan makhluk ini sebenarnya khadam ayat, bukan jin.

Individu kedua yang bersahabat dengan rijalul ghaib mendakwa bahawa dia juga tidak ada membuat perjanjian.

Apa yang dilakukan ialah membaca Al-Fatihah sebanyak tiga kali yang disedekahkan kepada rijalul ghaib sebelum dia memanggilnya datang. Makhluk ini amat suka disedekahkan dengan Al-Fatihah.

Tidak kira apa alasan yang diberi sama ada kerana makhluk itu memang taat, seperti yang diminta oleh orang yang terlibat pada mula ia menjelmakan diri atau lain-lain alasan, sifat taat untuk melakukan kejahatan tetap tidak boleh dijadikan hujah membuktikan bahawa makhluk tersebut adalah khadam ayat, bukan jin yang terdiri daripada iblis atau syaitan.

Umar Sulaiman (1985:59-60) menyatakan bahawa syaitan tidak semestinya datang menipu manusia menyuruh manusia meninggalkan perkara-perkara yang baik dan menyuruh melakukan perbuatan jahat.

Sekiranya ia berbuat demikian, manusia akan menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah daripada syaitan.

Sebaliknya, makhluk itu akan melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan, mengelakkan dirinya daripada diketahui siapakah dirinya yang sebenar menyebabkan manusia beranggapan bahawa syaitan itu adalah wali Allah lalu menganggap perbuatan yang salah itu baik.

Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menyebutkan tentang adanya golongan syaitan yang dipanggil oleh manusia sebagai rijalul ghaib.

Ada orang yang pernah bercakap dengannya dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sehingga mereka menyangka bahawa makhluk tersebut adalah wali-wali Allah.

Mereka pada hakikatnya adalah teman-teman kaum musyrikin daripada golongan jin.

Mereka dinamakan 'rijal' seperti yang tersebut dalam firman Allah (al-Jinn: 6): "Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki (rijal) di antara jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan."

Wallahu a'lam.


ILMU QADAM / Khodam / Pendamping


Video Misteri Nusantara Tv3 dan MHI

  
Assalammualaikum. Bila disebut qadam sudah pastinya ramai yang menggambarkan sebagaimana yang telah anda fahami, begitu banyak persoalan yang timbul seperti adakah ianya akan membuat akan sukar untuk meninggal? Adakah ianya syirik? Adakah ianya akan mengganggu anak bini? adakah ia akan membuat anda susah? Dan pelbagai-bagi soalan yang menggambarkan seolah-olahnya Qadam atau orang iringan ini tidak baik, jahat, iblis , saka, hantu dan sebaginya. Jika kesemua perkara diatas berlaku pada orang yang memiliki Qadam atau orang iringan sudah pastinya saya sendiri tidak berminat untuk memilikinya.
Untuk makluman anda Qadam ini terdiri dari 2 jenis, pertamanya dari unsur "Anmadil" dan yang keduanya dari unsur "Hainan" . Golongan Anmadil adalah dari golongan yang baik-baik, mereka ini adalah dari Agama Islam , menjalani perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Manakala golongan Hainan adalah dari golongan yang melakukan kejahatan dan kebinasaan, mereka ini melakukan perkara-perkara yang dilarang dari Allah.
Sekarang mungkin anda sudah mula fahami tentang persoalan yang bermain difikiran. Jadi jelaslah sekarang Anmadil (Baik) dan Hainan (Jahat). Jadi serinya anda mengambil Qadam Hainan sebagi dampingan sudah pastinya anda akan mendapat susah dan anda akan diganggu seluruhnya. Manakala sekiranya Qadam dari Anmadil dijadikan dampingan insallah anda akan didorang juga melakukan kebaikan serta melakukan perkara-perkara yang baik.

Terdapat Pelbagai Qadam serta fungsinya
a) Qadam Pemurah Rezeki
* Membantu melancarkan berkaitan kerezekian, sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, perniagaan dan lain-lain.

b) Qadam Penjaga Diri pendinding
* Membantu dalam membentengkan diri dari terkena gangguan Nyata dan Ghaib! seperti gelas pecah apabila minuman diisi racun.

c) Qadam Pemanis dan pemikat
* Menaikkan keserian dan pemanis wajah bagi tujuan perniagaan, pasangan bercinta, pasangan berkahwin dan lain-lain.

d) Qadam penggerun
* Amat sesuai bagi mereka yang menjalankan pekerjaan seperti penguat kuasa, mengarah pekerja supaya mendengar arahan atau nasihat. Segala kata-kata dihormati dan dipatuhi

e) Qadam Persilatan
* Didatangi ilmu persilatan sewaktu kecemasan, walau anda jahil berkaitan silat.

f) Qadam Guru Agama
* Membimbing anda didalam hal-hal keagamaan sebagai contoh , mengingatkan anda waktu solat (kejut waktu subuh) , menghalang anda dari melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kerosakan seperti perjudian, maksiat dan lain-lain.
g) Tidak semestinya hanya Fungsi diatas. Anda boleh maklum untuk fungsi yang lain juga.

JUMLAH ORANG IRINGAN
FUNGSI
1
1 fungsi
1
6 fungsi
2
1 fungsi
10
6 fungsi
20
6 fungsi
100
6 fungsi

Sekiranya anda memilih tanda KOD 1QADAM1 ianya bermaksud, Satu Qadam melakukan 1 tugasan kerja, Tugasan kerja tersebut anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda, sekiranya anda menjalani perniagaan , anda boleh memilih Fungsi pemurah rezeki. Kebanyakan orang memilih kod 1QADAM6 , ianya bermaksud 1 Qadam melakukan 6 tugasan iaitu Pemurah Rezeki, Penjaga Diri pendinding, Pemanis dan pemikat, Qadam penggerun, Qadam Persilatan dan Qadam Guru Agama.

Jumlah orang iringan memainkan peranan penting dalam melaksana setiap tugasan, Jika Seorang Qadam diarahkan untuk melakukan 5 kerja pasti berbeza dengan 10 orang Qadam melakukan 5 kerja. Anda faham maksud saya? Perbezaan dari segi masa yang diambil dalam menyelesaikan setiap tugas. Untuk permulaan saya cadangkan 1 qadam 6 fungsi, cuba dulu rasa dan tengok, adakah sudah mencukupi atau perlu ditambah.

Kebanyakan manusia sering memanggil Qadam, tetapi kami memanggilnya "Orang iringan". Apabila selesai proses dampingan orang iringan ini akan dikenalkan kepada anda serba sedikit tentang latar belakangnya, Seperti umur, agama, nama dan sifatnya. Untuk makluman, sebenarnya tidak salah untuk kita berdamping atau bersahabat dengan Orang-orang iringan ini kerana, mereka juga mahluk ciptaan Tuhan, Meraka juga menyembah cuma mereka ini dialam yang berbeza. Konsepnya begini,
"Saya meminta pertolongan dari pihak polis untuk menjaga keselamatan rumah saya takut-takut ada berlaku kecurian"
"Saya meminta pertolongan dari Qadam untuk menjaga keselamatan rumah saya takut-takut ada berlaku kecurian"
Di atas adalah situasi yang sama,cuma bezanya pertolongan itu diminta dari alam yang berbeza. Cuma apa yang saya ingin nasihatkan disini, walau apa juga situasi ingatlah setiap perkara datangnya dari ALLAH yang maha kuasa, pegangan ini harus ditanam atau dipahat kedalam hati anda. Supaya setiap perlakuan anda mendapat safaat dan keredhaan allah. Insallah.
"SETIAP PERKARA YANG TERJADI ITU ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH,TIADA KUASA LAIN SELAIN ALLAH"

Kebanyakan mereka yang mengambil dampingan, mereka boleh melihat, bercakap, mendengar dan merasai kehadiran Qadam ini. Kebiasaanya, sewaktu hari pertama penerimaan anda tidak mampu merasainya, dalam masa seminggu anda akan tahu akan kewujudannya, Qadam akan beritahu kewujudannya dengan berbagai cara sebagai cantoh:
1. Di waktu malam kita akan terdengar orang memberi salam dan mengetuk pintu rumah.Dan bila kita buka pintu, tiada siapa disana.Bila berlaku keadaan begini sila buka pintu dan jemput dia masuk walaupun kita tidak nampak.2. Terdengar orang berjalan-jalan didalam rumah.
3. Ternampak kelibat yang lalu dikawasan dalam rumah.
4. Didatangi dalam mimpi
5. Berbisik ke telinga atau hati (gerakan hati meraka yang mengambil Qadam lebih peka dari biasa)

Namun Qadam tidak akan membuat Tuannya berada dalam ketakutan.Cuma sekadar ingin memberitahu akan kewujudannya bersama Tuannya. Untuk makluman Qadam ini tidak boleh mengganggu keluarga,anak-anak dan orang lain, INI QADAM/PENDAMPING BUKAN SAKA.Sekiranya suatu masa anda tidak memerlukannya lagi, anda tidak perlu mencari bomoh untuk membuangnya.Cukup sekadar bercakap dengan qadam tersebut menyuruh ia pergi.Dan ia akan pergi. Qadam yang akan didampingkan adalah dari golongan Anmadil Rijalul Ghaib.
Qadam akan cuba berhubung dengan Tuannya dengan berbagai cara, sebagai contoh
1. Berbisik terus ketelinga
2. Berbisik terus ke hati (GERAK HATI)
3. Berjumpa melalui mimpi
4. Ular besar melintasi jalan raya tujuan seakan-akan menghalang.
5. Dan lain-lain cara

1

CARANYA

1) Sila masukkan Fidiah terlebih dahulu kedalam Akaun yang tertera dibawah, mengikut jumlah Qadam dan fungsinya kemudian call atau whatsapp saya Nama, Nama ibu, Tarikh lahir dan Gambar. Saya akan mengenal pasti Qadam yang sesuai di berikan dengan anda nanti

2 )Anda dikehendaki menyediakan:
a) Segelas air masak
b) 2 biji tamar
c) Tempat yang tiada gangguan
d) Berwuduk
e) Tasbih
f) Sejadah

   3) Kemudian hubungi0194331945jam 9.30-12.00 mlm untuk jampi jarak jauh sekali gus menghantar
       Qadam tersebut kepada anda.

4) Saya akan beri arahan selanjutnya melalui perbualan telifon.
PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai beberapa soalan anda boleh terus hubungi saya di
019-4331945
admin@jejakpanglima.com

Keris 'berdiri' bukan sebab khadam, jin

Mansur menunjukkan sebahagian koleksi keris lama disimpan dan ada antaranya dapat ditegakkan.
A
A


MARANG - "Keris bangun berdiri sendiri bukan disebabkan khadam atau jin yang menjaganya," kata pengumpul keris lama, Mansur Mohamad, 70, dari Rusila di sini.
Mansur yang sudah berpengalaman lebih dua dekad mengumpul senjata warisan Melayu itu berkata, sebaliknya keris dapat ditegakkan kerana hasil pembuatan yang betul dan teliti sehingga senjata itu dapat diseimbangkan dengan cara berdiri.
Katanya, bukan sahaja keris, malah parang dan senjata besi lain juga dapat ditegakkan sekiranya pembuatannya betul dan tidak mengalami sebarang kecacatan semasa proses tempaan senjata itu dilakukan.
“Namun, proses untuk menegakkan keris atau senjata besi tersebut kadang-kadang menjadi, kadang-kala tidak menjadi. Semua itu perlukan kemahiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Rusila, hari ini.
Mengenai khadam pula, Mansur berkata, keris tidak memiliki kuasa kekebalan hanya disebabkan besi yang ditempa, sebaliknya kelebihan itu disebabkan jin yang dimasukkan ke dalam keris berkenaan.
"Bagaimanapun ia hanya diamalkan pada zaman dahulu, perbuatan itu adalah satu keperluan kepada pemilik keris bertujuan menjaga keselamatan termasuk ketika berlawan dengan musuh pada zaman itu.
"Pada hari ini, penggunaan keris dan jampi serapah memasukkan jin telah menjadi perbuatan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar dan ia lebih menjurus kepada perbuatan khurafat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika keris berkhadam itu masih disimpan, senjata besi itu berupaya untuk merasuk ke dalam tubuh manusia sekiranya keris itu tidak dijaga dengan baik oleh pemilik atau waris.
"Tetapi khadam dalam keris ini boleh dibuang dengan izin ALLAH dengan menggunakan cara tertentu dan ramai juga individu yang mampu melakukannya," katanya yang turut mempunyai kemahiran itu.

Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................
Khadam jin.


Siapa keturunan jin
Bagaimana jin bolih cinta dgn manusia?
Siapa karin ?
Jin pendamping?
Bagaimana jin boleh singgah dalam badan?
Apa itu bunian, makhluk halus dan spesisnya?
Siapa pula malaikat?

Apa beza malaikat dan jin??
Beza saka dan pusaka
Bomoh pawang

Bab alam ghaib ini payah dan panjang bahasnya.
Kenapa dirasuk??
Kenapa bila solat ade gangguan??

No comments:

Post a Comment