25 February 2020

Solat Sunat Tawaf (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh







Subhanallah 100X
Alhamdulillah 100X
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  (الله أكبر),

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH


Solat Sunat Tawaf (Panduan Lengkap)

solat sunat ihram
Bagaimana cara mengerjakan solat sunat tawaf?
Apakah doa yang mustajab dibaca semasa solat ini?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat tawaf secara langkah demi langkah dengan mudah.
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Pengenalan

Untuk mereka yang mengerjakan haji atau umrah, disunatkan solat sunat tawaf selepas tawaf tujuh kali di Kaabah.
Solat dilakukan di sisi Kaabah, sebaik-baiknya di maqam Ibrahim dan Hijir Ismail.
Daripada Amru bin Dinar katanya, aku mendengar Umar r.a berkata:
Nabi SAW sampai (ke Mekah), lalu Baginda tawaf di Baitullah tujuh kali dan solat di belakang maqam Ibrahim dua rakaat, kemudian Baginda keluar ke Safa, dan sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah SAW contoh yang baik.”
— Riwayat Bukhari

Niat Solat Sunat Tawaf

Niat solat ini adalah seperti berikut:
niat
 Usolli sunnatal tawwafi rak’ataini lillahi taala 
Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Ini

Rakaat Pertama

  1. Dimulai dengan lafaz takbiratul ihram berserta niat
  2. Membaca doa iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-kafirun atau ayat atau surah daripada al-Quran.
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

  1. Takbir intiqalat
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Membaca surah
  4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  5. Memberi salam.

Doa Solat Sunat Tawaf

Selesai solat, bacalah doa di bawah pancur emas dan sebaik-baiknya di Multazam.
Doa tersebut adalah:
doa
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhan Yang Memiliki rumah al-‘Atiq (Yang Maha Memberi Kemerdekaan), berilah kemerdekaan (kelepasan) kepada kami, ayah dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami daripada neraka. Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebaikan, Maha Pemurah, Memiliki Kemulian, Kelebihan dan Anugerah, Kurniaan dan Ihsan.
Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami dalam segala kesudahan pekerjaan kami, dan peliharalah kami daripada kehinaan dunia dan seksa akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan putera daripada hambaMu. Aku berdiri memohon di bawah pintuMu (Multazam) dan merendah diri di sisiMu. Aku memohon rahmatMu dan aku sangat takut akan azab nerakaMu. Ya Tuhan yang berkekalan kebaikan, Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya ditinggikan sebutan namaku, dihapuskan dosaku dan diperbaiki urusanku. Aku mohon disucikan hatiku, dan diberi cahaya pada kuburku. Ampunilah dosaku dan aku memohon kepadaMu kedudukan yang tinggi (kelak) di syurga.

Nota

Seseorang yang melaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah.
Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haram di Makkah.
Adalah lebih afdal sekiranya Solat ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.
Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.
Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismail atau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.

No comments:

Post a Comment