Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Cara Solat Sunat Isyraq (Lengkap & Mudah Difahami)
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat isyraq.
Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah.
Apa yang menarik:
Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.
Isi kandungan panduan ini:
Pengenalan
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan Solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat.
Rasulullah SAW menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:
Sesiapa yang melakukan Solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah SAW “Secara sempurna, sempurna, sempurna”— Riwayat Tirmizi
Waktu Mengerjakan Solat Ini
Solat Sunat Isyraq dilakukan ketika matahari tinggi kira-kira segalah iaitu selepas waktu yang diharamkan solat.
Kira-kira antara jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi iaitu selepas matahari naik kira-kira tiga meter.
Tempoh solat ini adalah sangat singkat.
(Lebih kurang 12 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha)
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.
Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Bilangan Rakaat
Bilangan rakaat solat ini adalah dua rakaat sahaja.
Niat Solat Sunat Isyraq
Usolli sunnatal isyraqi rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala
Cara Mengerjakan Solat Sunat Ini
Tunaikan dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.
Rakaat Pertama
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun atau surah lain daripada al-Quran.
Maksudnya:
Teruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Rakaat Kedua
Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan diikuti surah al-Ikhlas atau surah lain daripada al-Quran.
Maksudnya:
Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Doa Solat Sunat Isyraq
Sesudah salam, bacalah doa sebagaimana berikut:
Maksudnya:
Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.
Penutup
Selepas selesai waktu solat ini dan telah masuknya waktu dhuha, kita boleh mengerjakan Solat Sunat Dhuha pula.
Solat Sunat Dhuha terkenal sebagai amalan pembuka rezeki dan membuatkan hati kita tenang sepanjang hari.
Diharapkan panduan ini dapat membantu anda belajar solat sunat isyraq dengan mudah.
🕋🇲🇾🇲🇾💛💜💚💚⛰💜🖤💌💝❣💞💟🌎⤵️🕌
No comments:
Post a Comment