05 February 2020

Sihir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim


Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Sihir




Jenis jenis sihir




Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
* Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma
Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.
Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 )
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.
Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-
* Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.
Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.
* Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah
Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.
Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )
Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.
Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir
Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-
1. Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
2. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
3. Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
4. Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang
dipelajari atau ditunututnya.
5. Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
6. Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
7. Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
1. Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.
2. Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.
3. Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.
4. Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
5. Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.
6. Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

Continue  reading page  of 


SIHIR PEMBENCI

Mengapa masih banyak kejadian sihir memisah@membenci dizaman serba moden ini? Mengapa ingin merebut sesaorang yg dah dimiliki oleh orang lain? Mengapa tak senang hati jika melihat sebuah pasangan lain berbahagia? Mengapa menghalang jodoh yg sudah dipilih sendiri oleh anak kita? Mengapa masih tak berpuashati jika ipar duai kita berbahagia dan berada didalam keharmonian rumahtangga? Mengapa isteri sanggup mengupah bomoh mensihir suami dan bakal isteri kedua@ketiga agak jodoh mereka terhalang?

Kebanyakkan penyihir tak sedar yang mereka telah membuat sihir, mengapa? Tentunya akibat dari orang diminta bantuannya dari kalangan orang yg berperawakan alim ataupun yg menggunakan bacaan AlQuran (kekadang sebahagian sebahagian), atau biasanya tidak menyangka perbuatan atau kehendak memisahkan hubungan orang yang dituju itu adalah salah satu dari persihiran yang berat.

Biasanya sipenyihir ini tidak menyangka langsuang bahawa mereka telah termasuk golongan ahli sihir dan menjadi tuan kepada jin jin sihir yg dihantar tok moh, kerana tujuan mereka hanya agar perhubungan orang yang disihir terputus, itu sahaja, sedangkan kesan sebenarnya amat buruk kerana kebanyakkan orang yang disihir akan menderita berpuluh tahun hingga ada yang menemui ajal angkara perbuatan yg hanya bertujuan asalnya untuk memisahkan perhubungan mereka dengan pasangannya.

Perbuatan ini sering dilakukan oleh ibubapa yang tidak menyukai calon isteri@suami anak mereka lalu diusahakan agar mereka berpisah dengan berjumpa pak pak haji, pak imam, pak-pak kiai yg menjalankan usaha perobatan juga atau yg lebih hebat sanggup berjumpa bomoh, pawang, tok batin, sami dll.

Ada juga dilakukan oleh sesaorang yang sangat meminati sesaorang yg lain walau orang yg dituju itu telah berpunya, lantas diusahakan agar orang yg diminati itu dibenci oleh pasangannya atau orang itu melupakan tanggungjawabnya kepada pasangannya dan keluarganya.

Ada juga dilakukan oleh isteri agar suaminya yang telah berura-ura ingin menambah isteri agar hubungan suami dengan wanita atau bakal isteri barunya berpisah.... juga ada diantaranya suami yg cuba memisahkan hubungan isteri dengan ‘kekasih gelap’ dll.

Ada juga dikalangan ahli keluarga sendiri yang tidak suka melihat adik beradiknya atau saudara maranya berbahagia hingga tidak lagi mesra dengan keluarga atau hingga jarang beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain dan mengganggap mereka telah dicucukhidung oleh pasangannya lantas melakukan usaha agar perhubungan mereka suami isteri terputus...

Oleh kerana tujuan mereka berjumpa orang arif yang boleh mengusahakan dan mencapai hajat mereka itu hanya untuk memisahkan orang yg dituju dengan pasangannya, tidak bertujuan langsung untuk menyakiti ataupun membunuh orang yang dituju atau pasangannya itu, tentulah mereka tidak menyangka langsung yang mereka telah melakukan sihir yang amat berat.

Bagaimanapun ada juga kes dimana perhubungan yang terjadi tadi disebabkan oleh 'sihir pengasih' yang dilakukan oleh bakal pasangan, jika ini penyebabnya dan mereka berjumpa yang arif dalam melerai sihir tersebut, itu bukanlah sihir tetapi usaha memutus sihir, cuma yang menjadi masaalah ialah orang yang arif tersebut kebanyakkannya juga didampingi atau dibantu jin(kebanyakkannya jin islam) dalam usahanya itu, keadaan ini pula yang menyebabkan sihir tanpa sengaja pula...

Perlu diingat, perbuatan mengubah persepsi atau hati sesaorang ini(membenci pasangannya) adalah sihir yang menggunakan hidmat jin jin yang bukan seekor-dua jumlahnya malah kekadang mencapai ribuan atau jutaan ekor, dan selagi jin jin ini tidak dapat memenuhi hajat ‘tuannya’ iaitu sipengupah iaitu sehingga orang yang dituju masih lagi ber pasangan dengan pasangannya tadi, selagi itulah jin jin ini terus mengacau dan menyihir, dan kebanyakkannya juga walau orang yang dituju telah berpisah dengan pasangannya, jin jin sihir akan terus terusan juga menyakiti orang yang dituju atau pasangannya hingga mati... dan dengan sebab yang demikian, sipenyihir itu walaupun dia hanya mengusahakan ‘perpisahan” orang yang dituju itu sekali dilu dulu, dia secara automatik menjadi ahli sihir yang berterusan selagi jin jin sihir tadi terus menyakiti mangsa sihir pemisah ini.

Orang yang telah melakukan sihir ini walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun, tetap dikategorikan sebagai ahli sihir dan dosanya tidak terampun walaupun dia terus menerus beribadah dan meminta keampunan Allah, bukan sebab Allah tidak mengampunkan, sesungguhnya Allah maha pengampun, tetapi disebabkan kerja kerja sihir masih berterusan, iaitu kalau Allah ampunkanpun dosa sihir yg lepas, tetapi oleh kerana jin sihir terus menyakiti mangsanya, dianggap sihir masih terus-terusan berlaku, dan dia dikira terus menerus menyihir..........beratkan?

Dan dosa orang yang menyihir amat berat, ya amat berat sehingga setelah kematian nanti, biasanya roh sipenyihir ini tidak diterimapun masuk ke alam barzakh iaitu tergantung gantung (gentayangan) kerana ia termasuk golongan roh orang yang berhutang.... hutang kejahatan!!!!!
Banyak kes sihir pemisah yang teruk merujuk pada aku, ya amat berat kerana biasanya melibatkan jumlah jutaan jin jin yang sentiasa datang dan terus bertambah dari masa kesemasa walaupun banyak yang telah dihapuskan, bukan sebab terusan dihantar tetapi ‘arahan memisah’ tidak terhenti.........seolah olah orang yang disihir tersebut membawa sepanduk arahan dari penyihir yang ditujukan padanya.........

Pening nak mehaminya? Memang memeningkan! Tapi perawat lagi pening sebab kes sebegini terutama jika yang membuatnya(penyihir) adalah ibu mertua atau ipar duar atau ahli keluarga yg masih sentiasa ada hubungan kekeluargaan... tak kan putus dan terus menerus.........
Apa jalan terbaik? Menjauhi orang yang menyihir tersebut? Sejauh mana?????????????
Bolehkah ini dijadikan petunjuk jalan penyelesaian?????::::::-------

JANGAN DUDUK DISARANG ULAR KALAU TIDAK MAHU DIPATUK ULAR
JANGAN DUDUK DISARANG KERENGGA KALAU TAK MAU DIGIGIT KERENGGA

Dari awal : JANGAN MENERUSKAN HUBUNGAN JIKA PERHUBUNGAN TERSEBUT TERLALU BANYAK TENTANGAN

APAKAN DAYA CINTA ITU BUTA....

Continue reading  chapter 


SIHIR : PELERAI SIHIR

PELEPAS SIHIR


SIHIR DAN RAWATANNYATerlalu banyak kes kes sihir berlaku didunia ini sejak zaman dahulu lagi. Asal saja perlakuan atau tugasan yg dilakukan untuk mengubah persepsi sesaorang, tingkahlaku sesaorang, kesihatan sesaorang dll yg menggunakan khidmat jin jin tak kira jin dampingan sendiri, jin saka atau mengupah bomoh semuanya digelar sihir

Sihir pengasih
Sihir penunduk
Sihir penyeri
Sihir pelaris
Sihir pendinding
Sihir pemusnah
Sihir penyemboh
Sihir pembenci dan lain lain

Mengapa aku anggap perkara diatas adalah sihir? Senang je, jawabnya hampir semua perkerjaan tersebut dilakukan oleh jin samada disedari atau tidak. Mungkin ramai yg marah dengan kenyataan aku ni, tak pe, aku minta maaf terlebih dahulu jika ia menyinggung perasaan, mengguris hati, mengurangkan income dll... bukan niat nak kondem ilmu ilmu tu semua, tapi aku hanya menulis atas kesedaran dan berdasarkan pengalaman setelah puas menghancurkan kes kes sihir yg pelbagai tadi.

ADAKAH SEMUA KERJA KERJA SIHIR DISEDARI OLEH PELAKUNYA?


Kebanyakkan pelaku sihir tidak menyedari yg mereka telah ter melakukan sihir. Tapi kalau kes tak sengaja ni amat mudah untuk dirawat. Kalau kes sengaja amatlah payah merawatnya.

Sihir yang tidak disedari adalah seperti contoh ini...

Ayat Pengasih:
-Kita baca baca sesuatu ayat AlQuran yg dipelajari untuk semata mata bertujuan pengasih dan hembuskan pada individu yg kita minati.... dan individu tersebut secara tak sedar atau sedar telah mengasihi kita akibat dari ‘usaha’ kita itu... apa yg sebenarnya berlaku sehingga sesaorang yg kekadang amat membenci kita tiba tiba berubah menjadi amat suka setelah kita baca bacakan ayat pengasih tersebut? Sebenarnya disinilah peranan jin telah bermula, dan sipengamal ayat tersebut didampingi jin pengasih tsb tanpa disedari, bila digunakan ayat tersebut, jin tersebut akan pergi terutama memasuki tubuh individu yg dituju, menguasai hatinya untuk ‘suka & kasih’ pada sipembaca ayat tsb.... inilah sihir... dan jin tersebut akan terus terusan berada ditubuh simangsa itu.

Bagaimanapun jika ayat AlQuran tersebut dibaca walau berulangkalipun semata mata kerana Allah, dan kemudiannya berdoa agar Allah sampaikan hajat kita, bermakna bukan ayat tersebut yg menunaikan hajat kita tetapi Allah yg maha berkuasa. Yang ini bukan sihir kerana tiadanya bantuan jin kerana minta direct dengan Allah. Sukar membezakannya? Niat dan cara je bezanya. Yg pertama niat baca untuk pengasih (percaya ayat itu mampu jadi pengasih) tetapi yg kedua niat baca kerana Allah, tetapi berdoa meminta dari Allah agar dikasihi.

Seri muka, pelaris, penunduk dan sebagainya juga menggunakan pendekatan yg sama seperti diatas walaupun si pengamal tidak mengetahui yg mereka menggunakan khidmat jin dalam amalan mereka. Malah sipengamal tidak akan merasa bersalah atau merasa dirinya ahli sihir kerana kebanyakkan amalan yg dilakukan adalah menggunakan ayat suci AlQuran atau hanya bait bait puisi mudah. Tetapi kes sebegini tidaklah sehingga menginayai orang lain kerana kesan sihirnya hanya sementara.

Diantara kes sihir yg tak sengaja tetapi kesannya amat buruk ialah kes kes yg mana sesaorang tersebut mempunyai jin dampingan tak kira jin dari saka atau dari ilmu yg diamalkan atau dipelajari. Jin jin dampingan ini seolah olah begitu prihatin atas keinginan dan kehendak si tuannya tersebut walaupun si tuannya tadi tidak menyedari langsung mereka mempunyai jin dampingan itu.

Katalah si tuan (walaupun tak diketahui dia adalah tuan si jin) terasa ingin memiliki sesaorang, ingin menyakitkan sesaorang, terlalu marah pada sesaorang, ingin mendampingi sesaorang, ingin mengubati sesaorang dan lain lain yg meluap luap, jin jin dampingan ini tanpa disuruh akan pergi terus kepada orang yg diingini@dituju dan menguasai hatinya, menguasai jiwanya, menyakiti tubuhnya dll bergantung kesesuaian apa yang dihajati oleh ‘tuannya’ itu.

Jika keadaan ini berlaku, jin suruhan yg tak disuruh ini akan melakukan kerja kerja sihir tak sengaja ini sehingga menyebabkan si yang dituju@yg dihajati ini terkesan seperti merasai kerinduan yg melampau, kesakitan, penghormatan kepada “tuan” si jin tadi dll bergantung apa yg dihajati oleh si’tuan’. Bila dirawat oleh perawat, kerapkali jin jin tadi membuka rahsia siapa tuannya itu sedangkan sebenarnya si’tuan’ tersebut tak mengetahui langsung keujudan si jin suruhan itu.

Malah kes kes sebegini pula, walau asalnya jin yg bertuan tanpa diminta itu hanya seekor atau beberapa ekor, tetapi oleh kerana keinginan golongan jin ialah mengacau manusia, maka hadirlah jin jin lain yg tak berkenaan bersama sama jin tadi membuat tugasan yg sama malah selalunya berbilang bangsa dan agama...itulah jahatnya jin walaupun agamanya islam....

Oleh itu bebaskan diri kita dari jin jin dampingan walau macamana ‘menyerupa warak nya’ mereka tak kira dari ilmu yg dituntut atau dari saka....



SIHIR YG DISENGAJAKAN

Ramai yg menganggap sihir hanya dilakukan jika sesaorang berjumpa bomoh atau pawang yang terang terang mengaku menggunakan jin sebagai perantara atau dapat dilihat kaedah yg dilakukan dengan jelas menggunaan penyembahan dan pemujaan. Memang tidak dinafikan ianya sihir terutama jika dilakukan oleh tok sami, bomoh hitam atau orang asli, tapi ramai yg mengganggap selain itu (dengan jumpa ustaz, pak haji, atau buat sendiri) bukan sihir namanya walhal ianya sihir juga sebab adanya bantuan dari golongan jin.

Ada kala sesaorang contohnya ibubapa, isteri, suami dll tidak merestui perhubungan anaknya dengan teman lelaki/wanita, atau si isteri tak suka perhubungan suaminya dengan wanita lain (yg diketahuinya) atau si suami tidak suka isterinya berkasih kasihan dengan lelaki lain lalu meminta khidmat tak kira ustaz ke, pak haji ke, bomoh ke atau sapa sapa dan berbagai kaedah digunakan seperti meniup sesuatu bacaan pada gula, garam, air dll lalu diberi pada orang yg dibenci tadi yg dicampur pada makanan dan minumannya dan jadilah mereka benci membenci dgn pasangannya yg tak direstu itu. Kaedah ini nampaknya tidak melanggar syariat atau hukum langsung terutama jika yg dijumpanya pak ustaz atau pak haji yang menggunakan bacaan ayat auci AlQuran. Persoalannya adakah itu juga sihir? Jawabnya tentulah sihir yg selalunya yg dituju tersebut akan menderita seumur hidup jika tidak dirawat sehingga sembuh... bukan saja ia jadi membenci pasangannya itu, malah mengalami kesakitan ditubuh, kemurungan, gangguan fikiran dan sebagainya.

Bagaimanapun jika sesaorang tersebut berniat mengubat orang yg dituju angkara persihiran dengan berjumpa bomoh, ustaz, perawat dll semata mata bertujuan memulihkan orang tersebut yg mungkin disihir kerana kecintaan yg melampau dan sebagainya lalu dibacakan ayat ayat AlQuran tadi pada air dll untuk menghapuskan jin sihir yg ada ditubuh orang tersebut, itu bukanlah sihir namanya.

Ada juga kes kes yg bertujuan menganayai orang lain terutama musuh dengan meletakkan “barang’ yg telah dituliskan wafaq, atau ayat Quran yg diniatkan untuk mengenakan sesaorang tak kira apa caranya samada dibaling atas rumah si musuh, atau ditanam dirumah musuh atau diletak dikawasan laluan simusuh, atau dihempap dengan satu beban yg berat maka jika orang yg dituju tersebut menderita atau terkesan akibat perbuatan tersebut, itu menunjukkan sihir telah berlaku.


SUKARNYA MERAWAT KES KES SIHIR

Merawat kes kes sihir amat jauh sukarnya berbanding merawat kes kes gangguan jin akibat kerasukan seperti histeria dan kes tersampuk yg berpunca dari jin jin luar (bukan saka dan dampingan) Ini kerana kes kes histeria dan tersamuk, bilangan jin yg mengacau amat terhad bergantung tempat atau kawasan kejadian. Bagi kes saka pula ia agak sukar tapi masih agak mudah kerana sekiranya perawat mampu mengalahkan semua sekali jin jin saka dari susur galur keturunan pesakit, biasanya pesakit akan sembuh sepenuhnya. Jin jin luar jarang mengambil bahagian dalam mengacau sipesakit akibat gangguan saka ini.

Bagi kes sihir terutama yang melibatkan penggunaan bomoh yg banyak bantuan dari kalangan jin jin (biasanya kes kes bomoh yg boleh memuja roh dan jin jin) yg biasanya dari kalangan bomoh bukan islam seperti bomoh sakai, orang asli pendalaman spt kadazan dan maouri (NZ), sami sami budha, sami hindu, orang asli setempat, red indian dan lain lain yg tentunya mampu memuja jin jin dari jenis jenis jin yg tinggi kastanya seperti azazil dan iblis dan mengarah jin jin ini mengikut kemahuan sipengupah, tentulah terlalu amat sukar merawatnya malah kebanyakkan pesakit akan menderita hingga keakhir hayat terutama kerana perawat yg dijumpainya tidak mempunyai kemahiran menangani kes sebegini. Kalau tahap jin jin kasta tinggi ini pun sukar dirawat, bagaimana pula jika perantara yg digunakan ialah dari kalangan roh jahat? Mustahil bukan?

MENGAPA KES SIHIR YG MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH TERSEBUT SUKAR DIRAWAT?

Ada beberapa sebab... yg pertama ialah jika mereka menggunakan khidmat roh (roh manusia yg tak diterima alam barzakh-roh gentayangan).... roh ini tidak terkalahkan oleh rawatan biasa seperti zasst, ruqyah, mandian mandian dll kerana roh tidak boleh mati dan jauh amat kuat dari segala golongan jin. Jika perawat hanya mampu menggunakan ruqyah atau zasst atau mandian bunga atau limau, jangan haraplah roh tersebut boleh keluar dari tubuh pesakit. Lagi pula kalau jin pembantu perawat (bagi perawat yg ada khidmat jin dalam pengobatannya) yg cuba membantu, jin tersebut yg kene belasah dengan roh tadi..

Yang kedua... disebabkan jin sihir dari kalangan jin yg tinggi darjatnya seperti jenis azazil, iblis, ifrit malah jin islam....Kebanyakkan jenis jenis jin ini tidak terkesan dengan bacaan ayat ruqyah ataupun zassttt dan kaedah mandian bunga/limau

Yang ketiga...disebabkan penggunaan jin yang ramai bilangannya... biasanya dari jenis dewa yg rajin datang beramai ramai untuk bersama menyakiti sipesakit..... contohnya macam kita diserang kerengga sedangkan kita berada hampir dengan sarangnya... kerengga sama degilnya seperti jin jin yg sanggup bermati matian untuk menyampaikan hajat ‘tuan’nya...


MERAWAT SIHIR

Banyakkan kes kes sihir akan melibatkan kesengsaraan yg berpanjangan puluhan tahun malah ada yang sampai membawa maut... menderitanya pesakit akibat sihir hanya mereka dan Allah yg tahu. Kebanyakkan kita hanya mendengar keluhan mereka kerana kes sihir tak nampak dek mata kita betapa sengsara dan menderitanya mereka, siap ramai yg mengejek sipesakit dengan kata kata yang menyakitkan hati seperti mengada ngada, saja sebab malas bekerja, ko ni kene sebab malas beribadah dan sebagainya. Ya, kebanyakkan kita yg sihat atau yg masih terselamat dari menjadi mangsa sihir amat mudah membuat cemuhan kepada mereka, sebab kita belum kena atau tak kena... tapi adakah kita pasti akan terselamat dari menjadi mangsa sihir selama lamanya??? Belum pasti beb, belum pasti!!!

Merawat kes kes sihir yg tak sengaja seperti akibat perbuatan jin dampingan dan saka tanpa disuruh agak mudah. Kaedah kaedah rawatan biasa yang menggunakan khadam keris, khadam alat alat lain, minyak minyak yg dibacakan, air yg dibacakan, penggunaan mentera mentera dan jampi jampi, penggunaan bacaan bacaan ayat suci selalunya mampu merawat sihir ini.

Bagaimanapun ada juga jin sihir yg agak liat yg hanya mampu dikeluarkan hanya dengan seruan azan, bacaan bacaan ruqyah syariah yg kerap digunakan oleh golongan ustaz perawat. Bagaimanapun kalau setakat menghalau jin sihir tersebut yang pastinya amat patuh pada arahan tuannya, keberkesanan rawatan ini juga amat terhad kerana jin yg dihalau akan mengacau kembali dengan amat cepat.

Ada juga ustaz perawat ataupun bukan golongan pak ustaz mampu menangkap dan mengurung jin jin sihir ini dan membuangnya secara kekal, dan kaedah ini berkesan terutama jika jin tersebut dalam jumlah yang kecil dan tiada rakan rakan jin tadi mengganti tempat mengacau sipesakit.

Bagaimana pula jika sihir dilakukan dengan sengaja dibantu pula bomoh bomoh power yang menggunakan khidmat jin jin yang tinggi kastanya atau menggunakan khidmat roh jahat (roh gentayangan) apakan kaedah rawatan seperti diatas mampu mengatasi gangguan tersebut? Jawabnya boleh juga tapi amat payah dan percentage kesembuhan tak sampai sepuluh peratus. Mengapa?

Tentulah jawapannya jin sihir tersebut tidak terkesan langsung dengan kaedah itu. Kalau ada kesan pun tahap minima seperti kepanasan atau kesakitan. Perlu diingat, jin ni pun ada akal dan pandai, so dia pun tau kelemahan perawat, dari situ digunakan untuk melapaskan diri. Contohnya jika perawat yg suka mengislamkan jin, tak kira apa jenis jin pun semuanya nak diislamkan walau pun hanya tipuan, maka dia pura pura memeluk islam dan pura pura keluar sedangkan sebenarnya dia Cuma berpura pura dan sembunyi balik ditubuh pesakit.

Merawat sihir menjadi lebih sukar jika jumlah jin jin ditubuh pesakit mencecah ribuan ekor disetiap salur darah. Walaupun jenis jin tersebut yg paling rendah taraf dan kekuatannya seperti golongan dewa, kalau banyak sangat tentulah perawat tak mampu mengatasinya. Dikeluarkan 10, ada ribu ribu lagi, tu belum kira yg stanby dan yg bakal joint mengacau. Jika jumpa kes sebegini, mampukah perawat yg hanya guna air yg dibacakan atau bacaan bacaan ruqyah mengatasinya? Pastinya tidak mampu. Tu yg banyak kes walau dah berbelas tahun atau berpuluh tahun dirawat guna kaedah islamik tetapi berkurang pun tidak. Tapi bila mereka minta izin jumpa bomoh atau perawat bukan islam (sami) tidak pula mereka mengizinkan, bagai bagai kata amaran dikeluarkan seperti syirik dll sedangkan permasaalahannya mereka tak mampu memberi alternatif lain.

Perlu diingat, pesakit jumpa perawat dengan harapan siperawat mampu menghilangkan atau sekurang kurangnya mengurangkan kesakitan yg ditanggung. Kalau tak mampu, beritau terus terang dan beri alternatif lain dengan nasihat keagamaan agar akidah sipesakit walau berubat dengan sami tetap dengan kalimah tauhid. Adakah berubat dengan sami buddha contohnya akidah sesaorang boleh terpesong? Tentulah tidak, kerana kaedahnya aje yg berbeza, tapi tetap mengharapkan kesembuhan dari Allah tuhan sekelian Alam. Tak kiralah sami tu guna bantuan jin ke apa ke, yg penting semboh dan pesakit mampu buat amal kebajikan setelah semboh nanti. Kalau jumpa perawat islampun belum tentu pasti mereka tidak dibantu jin(islam). Ini buah fikiran aku aje......

Ada juga pesakit yg dah lama menderita dan berubat dengan perawat islam tapi tak sembuh tapi mereka berubat dengan bomoh atau perawat lain(sami dll) terus sembuh! Mengapa? Tentulah jawapannya ilmu Allah itu terlalu amat luasnya, dan Allah telah memberi kaedah pengubatan yg lebih efficient kepada mereka. Dan biasanya mereka lebih mudah menundukkan jin jin yg mengacau tersebut berbanding perawat islam.

MENGAPA SIHIR BERULANG ULANG?Sebenarnya sihir bukannya berulang ulang, biasanya penyihir buat sekali sahaja, tetapi walau hanya seekor jin yg diarahkan, jin jin lain secara sukarela berduyun duyun membantu, jika kesemua jin ini dihapuskan atau ditangkap perawat, rakan rakan jin ini akan mengganti tempat dan menyihir juga, bila dihapuskan juga mereka, kawan kawan mereka yg lain pula mengganti tempat... dan seterusnya... penat beb menangani masaalah sihir ni.... kalau buat sepenuh masapun biasanya mengambil tempoh sebulan juga baru sembuh sepenuhnya, itupun dengan syarat dah tak de jin yg berani mengacau takut mati juga dihapuskan perawat (ni atas pengalaman aku sendirilah)

Itu kalau perawat tu mampu membunuh jin dalam dan luar tubuh, kalau hanya mampu menangkap beberapa ekor sedangkan jumlahnya jutaan ekor terutama kalau melibatkan jin dari golongan dewa yg datangnya berduyun duyun, sampai bila pun tak habis, betul tak? Hehe


NASIHAT KEPADA PERAWAT TERUTAMA PERAWAT ISLAM

Terlebih dahulu aku minta maaf jika ada diantara tulisan aku diatas menyinggung atau mengguris hati, aku hanya menulis ikut fikiran aku aje dan sedikit atas pengalaman aku yg juga dah lama berkecimpung dalam bidang perawatan mistik ni walaupun secara sukarela dan sambilan. Aku pun bukan pandai sangat nak mengajar, tapi ialah, sebagai orang islam, apa salahnya aku beri pendapat, betul tak?

Mengapa perawat islam selalu diperlekehkan? Malah jin jin selau hanya mentertawakan? Mudah aje jawabnya, sebab kita masih lemah, amat lemah terutama dengan tipudaya jin jin ini. Kita tidak meningkatkan taraf kemahiran kita untuk mengalahkan jin, dan hanya berada ditakuk lama iaitu hanya dengan ayat ayat ruqyah sedangkan jin jin banyak yg dah hafal juga ayat ayat ruqyah tersebut. So kita perlu menambah ilmu kita, tambah kekuatan kita dari segi mental dan fizikal, tambah kekuatan kebatinan dan roh kita, tambah senjata senjata ghaib yg tak terfikirkan oleh jin jin sehingga kalau boleh sebut aja nama kita, jin pun dah lari, kalau selama ni tak mampu bunuh jin, timba ilmu, cari cari cari dan cari, sampai mampu membunuh malah menghancurleburkan mereka sekaligus dengan jumlah yg ramai!!! Lagi advance, hingga boleh guna teknologi seperti peluru berpandu yg hanya duduk disatu tempat tapi peluru menerjah kebeberapa sarang jin jin sihir yang jauh, masaalahnya boleh ke? Nak belajar kat mana? Apa kaedahnya?.......

jawabnya mudah saja, minta direct pada Allah, terus terusan meminta jangan malas dan segan, sambil teruskan ibadah kita seikhlas ikhlasnya hanya kepada DIA, bukan kerana untuk merawat, bukan untuk mendapat ganjaran syurga, neraka, bukan juga untuk pendinding dll... ikhlas saja..... dan terusan berdoa..... banyakkan baca dan amalkan surah AlMutaffifin moga Allah membuka perbendaharaan ilmunya kepada kita.........

DAN SENJATA YANG PALING AMPUH UNTUK MENGHANCURKAN APA JENIS JIN PUN, BESAR MANA, RAMAI MANA APA DARJATNYA SEKALIPUN IALAH LAILLAHAILLALLAH , ALLAHUAKBAR DAN ALLAH ALLAH ALLAH......... siapa bisa menandingi Allah?


No comments: