27 February 2020

Solat Sunat Aidilfitri & Panduan Takbir Raya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Panduan Takbir Raya dan Solat Sunat Aidilfitri

solat sunat rayaBagaimana takbir raya dan mengerjakan solat sunat Aidilfitri?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat Aidilfitri dan melaungkan takbir raya.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Pengenalan

Hari raya dalam Islam adalah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.
Kemuncak sambutan hari raya adalah solat sunat hari raya pada paginya.
Hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut melaksanakannya. Solat sunat hari raya dilaksanakan secara berjamaah dan menjadi syiar untuk agama Islam.
Waktu bagi solat sunat raya aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.
Di pagi hari raya disunatkan kita mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.
Lafaz niat mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah:
lafaz niat mandi sunat aidilfitri
 Nawaitul ghusla li idilfitri sunnatan lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku mandi sunat hari raya Aidilfitri kerana Allah Taala.
Apabila sampai di masjid, sebelum duduk, laksanakan solat sunat tahiyyatul masjid.

Lafaz Takbir Hari Raya

Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya hingga imam bertakbiratulihram untuk solat sunat hari raya.
Lafaz takbir raya adalah seperti berikut:
lafaz takbir raya
Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa
Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu
walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah
sadaqa wa’dah
wanashara ‘abdah
wa a’azza jundahu
wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Maksudnya:
Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar,
Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan Allah yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.
Allah itu Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala kepujian kepunyaan Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidak kami sembah melainkan kepada-Nya. Kami dengan penuh keikhlasan melaksanakan agama-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah Yang Maha Esa. Dia membenarkan janji-janjiNya, menolong hambaNya dan menguatkan tenteraNya dan menghancurkan kumpulan-kumpulan musuh.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar dan untuk-Nya segala pujian.

Lafaz Niat Solat Sunat Raya

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, mulakan solat dengan lafaz niat:
lafaz niat solat sunat aidilfitri
 Usolli sunnatan li idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Jumlah Rakaat

Jumlah rakaat bagi solat sunat Aidilfitri adalah dua rakaat sahaja.

Cara Mengerjakannya

Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan takbiratulihram.
2.Membaca doa Iftitah.
doa iftitah
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
3.Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).
Bacaan tasbih diantara takbir adalah seperti berikut:
 Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim 
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
4.Membaca surah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.
5.Membaca ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain)
6.Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.


Rakaat Kedua
1.  Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2.Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir lima kali dan tasbih empat kali).
3.Membaca surah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.
4.Membaca surah daripada surah al-Quran seperti surah al-Ghasyiyah (atau surah yang lain).
5.Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
6.Memberi salam.
Sesudah salam, akan dibacakan dua khutbah oleh Khatib. Para jemaah hendaklah mendengar dengan penuh perhatian dan diam.

Penutup: Marilah Berhari Raya Seperti Orang Beriman

Pada pagi hari raya, orang yang beriman akan mandi dan memakai pakaian yang serba baharu atau yang bersih dan indah.
Mereka akan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat  handai dan saudara sesama Islam.
Mereka akan mengucapkan Salam Aidilfitri sambil berbalas-balas senyuman, ucapan tahniah dan sama-sama menyatakan rasa syukur kepada Allah atas petunjuk dan hidayah-Nya sehingga mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.

No comments:

Post a Comment