27 February 2020

Solat Sunat Aidiladha (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Cara Solat Sunat Aidiladha (Panduan Lengkap)

solat sunat aidiladha
Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat Aidiladha.
Dalam artikel ini, anda akan dibimbing secara mudah dan jelas. Panduan ini ditulis lengkap dengan amalan lain yang disunatkan pada hari raya Aidiladha.
Artikel ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.
Jika anda berminat dengan panduan ini, mari kita mulakan..

Pengenalan

Solat sunat Aidiladha dianjurkan supaya dikerjakan setiap tahun pada 10 Zulhijjah.
Hukum mengerjakannya adalah sunat muakkad, bermaksud sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.
Solat sunat ini hendaklah dilaksanakan secara berjemaah dan selepasnya dibacakan dua khutbah oleh khatib (pembaca khutbah).
Waktu bagi solat sunat Aidiladha adalah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu Zohor.
Cara melaksanakan solat sunat Aidiladha adalah sama sebagaimana solat sunat Aidilfitri, cuma perbezaannya adalah dari segi niat.
Solat sunat ini biasanya dilakukan lebih awal berbanding solat sunat Aidilfitri kerana selepas solat, jemaah bersegera melakukan ibadat korban.

Niat Mandi Sunat Hari Raya

Dipagi hari raya disunatkan untuk kita mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.
Lafaz niat mandi hari raya Aidiladha adalah:
niat mandi sunat raya
 Nawaitul ghusla li i-dil adha sunnatan lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku mandi sunat hari raya Aidiladha kerana Allah Taala.

Melaungkan Takbir Hari Raya

Apabila sampai di masjid, sebelum duduk, laksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Ketika menanti bermulanya solat sunat hari raya, perbanyakkan takbir iaitu lafaznya:
takbir raya
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar,
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi Allah sahajalah kepujian.

Setiap dua tiga kali diulang takbir di atas, diucapkan pula takbir sebagaimana berikut oleh individu mengetuai takbir:
lafaz takbir raya
Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa
Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu
walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah
sadaqa wa’dah
wanashara ‘abdah
wa a’azza jundahu
wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’

Maksudnya:
Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar,
Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan Allah yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.
Allah itu Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala kepujian kepunyaan Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidak kami sembah melainkan kepada-Nya. Kami dengan penuh keikhlasan melaksanakan agama-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah Yang Maha Esa. Dia membenarkan janji-janjiNya, menolong hambaNya dan menguatkan tenteraNya dan menghancurkan kumpulan-kumpulan musuh.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar dan untuk-Nya segala pujian.
Pada hari raya Aidiladha, sunat bertakbir bermula maghrib pada malam hari raya sehingga imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya Adha.
Sunat juga bertakbir setiap kali selepas solat fardu zohor bermula hari raya sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah.

Niat Solat Sunat Aidiladha

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidiladha, mulakan solat dengan lafaz niat.
Lafaz niat untuk makmum adalah:
niat solat sunat aidiladha
  Usolli sunnatan li idil-adha rak’ataini makmuman lillahi taala  
Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Ini

Rakaat Pertama

1.Sesudah mengangkat takbir (takbiratul ihram), bertakbirlah 7 kali dengan mengangkat tangan sama sebagaimana takbiratul ihram dan menyebut “Allahu Akbar”.
2.Di antara takbir, hendaklah kita membaca tasbih berikut:
 Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim 
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
3.Bacalah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.
4.Seterusnya, melaksanakan rakaat pertama sebagaimana rakaat pertama solat sunat yang lain.


Rakaat Kedua

5.Pada rakaat kedua, sesudah bangkit daripada sujud kedua rakaat pertama, bertakbirlah 5 kali dengan mengangkat tangan sama sebagaimana takbiratul ihram dan menyebut “Allahu Akbar”.
6.Diantara takbir, bacalah tasbih berikut (seperti yang dilakukan dalam rakaat pertama)
 Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim 
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
7.Bacalah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.
8.Seterusnya, melaksanakan rakaat kedua sebagaimana rakaat pertama solat sunat yang lain.
Sesudah salam, dibacakan dua khutbah oleh khatib.
Para jemaah hendaklah diam dan mendengar dengan penuh perhatian.

Penutup: Aidiladha Hari Yang Istimewa

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Kita disunatkan untuk melaksanakan ibadat korban.
Ibadah korban merupakan salah satu daripada syiar-syiar Islam yang perlu dihidupkan oleh setiap umat Islam.
Tambahan pula, korban merupakan sunat kifayah yang mana apabila salah seorang daripada ahli keluarga melaksanakannya maka kesemua keluarga tersebut mendapat pahala sunat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Semoga panduan ini membantu anda.

No comments:

Post a Comment