Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Panduan Solat Taraweh (Rumi)
Bagaimana cara mengerjakan Solat Tarawih?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Sunat Tarawih.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami oleh semua orang.
Apa yang menarik:
Panduan cara Solat Sunat Tarawih ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.
Isi Kandungan Panduan Ini:
1. Pengenalan
2. Waktu Solat Tarawih
3. Jumlah rakaat
4. Niat Solat Tarawih
·
·
Solat
Tarawih Bersendirian
·
Solat
Tarawih Berjemaah
5. Rukun solat dan; surah yang boleh dibaca
6. Wirid dan; Doa selepas solat
7. Solat Witir: penutup kepada Solat sunat tarawih
9. Doa Qunut (malam 16
terakhir
Pengenalan Tarawih
Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya
Waktu Untuk Mengerjakan Solat Tarawih
Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas solat sunat ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.
Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.
Jumlah Rakaat
Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan.
Malah baginda menggalakkan umatnya bersolat tanpa batasan.
Secara umumnya, umat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat.
Selepas itu, solat sunat tarawih akan diakhiri dengan solat witir.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir.
Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Lafaz Niat Solat Tarawih
Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.
Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.
Solat Tarawih Bersendirian
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Rukun Solat & Surah Yang Boleh Dibaca
Rukun Solat
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain.
Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Pemilihan Surah
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.
Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.
Namun sebagai panduan, saya mencadang surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah:
- Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
- Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
- Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
- Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali (satu salam bagi setiap 2 rakaat), maka bacaan ditanda dengan nombor 1 hingga 4 mewakili susunan solat.
Nota
Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
Doa tersebut adalah:
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Solat Sunat Witir
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Jika kita solat berjemaah di masjid, sebelum solat sunat witir dimulakan, bilal akan memberitahu para jemaah dengan lafaz:
Maksudnya:
Didirikan solat witir diberikan oleh Allah ganjaran pahala
Lafaz niat Solat Witir
Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
Untuk pemahaman yang lebih lanjut mengenai solat sunat witir, saya sarankan agar anda melihat panduan mengerjakan solat witir ini.
Wirid & Doa Selepas Selesai Solat
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.
Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Selesai zikir, kita boleh membaca doa.
Doa adalah bebas.
Di bawah adalah cadangan doa untuk dibaca untuk solat sunat tarawih.
Sehabis bacaan doa ini, baca surah al-fatihah.
Seterusnya disambung dengan bacaan doa yang kedua:
Dengan itu, selesailah solat sunat tarawih untuk malam tersebut.
Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia.
Membaca Doa Qunut
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat yang akhir solat sunat witir sesudah bangkit daripada rukuk.
Lafaznya sama sebagaimana lafaz doa Qunut solat fardhu Subuh.
Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,Wa’aa finii fiiman ‘aafait,Watawallanii fiiman tawal-laiit,Wabaariklii fiimaa a’thait,Waqinii syarramaa qadhait,Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,Wainnahu laayadzilu man walait,Walaa ya’izzu man ‘aadait,Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Penutup: semoga Ramadan ini menjadi bulan terbaik kepada kita untuk beribadah
Ramadhan adalah tetamu yang agung.
Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun.
Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita ambil dan hargai.
Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa itu.
Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di bulan Ramadahan.
Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment