25 February 2020

Solat Istikharah (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH






Solat Istikharah (Panduan Lengkap)

solat istikharahBagaimana cara solat istikharah?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat istikharah.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami. Doa istikharah juga turut disediakan.
Apa yang menarik:
Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Pengenalan

Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada Allah.
Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.
Contohnya, apabila seseorang itu mencari kerja dan mendapat dua tawaran pekerjaan secara serentak, yang mana kedua-duanya dirasakan adalah bagus.
Oleh kerana keliru dalam menentukan kerja mana yang patut diterima, maka disunatkan untuk melakukan solat sunat istikharah.
Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti bab pemilihan jodoh, tawaran melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:
Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa” 
— Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim
Solat sunat Istikharah dilakukan dengan mengharapkan supaya keputusan yang diambil nanti mendapat pedoman daripada Allah SWT.
Solat Istikharah hanya wajar dilakukan untuk perkara atau pekerjaan yang menepati syariat Islam.
Solat yang dilakukan ke atas perkara yang nyata bercanggah dengan agama sudah tentu tidak dipimpin oleh Allah SWT.

Waktu Sesuai Solat Sunat Istikharah

Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.
Apabila tidak dapat, boleh dilakukan pada waktu selain waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya.
InsyaAllah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul

Lafaz Niat Solat Istikharah

lafa niat solat istikharah
 Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala 
Niat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


Jumlah Rakaat

Solat istikharah boleh dikerjakan 2 rakaat  atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam.


Cara Mengerjakan Solat Istikharah

Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Kafirun.
surah al-kafirun
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas.
surah al-ikhlas
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Bacaan Dalam Sujud Akhir

Ketika sujud akhir di rakaat kedua (sebelum tahiyat akhir), bacalah sebanyak 40 kali:
bacaan dalam sujud solat istikharah
 Subhanaka laa i’lma lana illa ma a’lamtana, innaka anta a’limul hakim (40x) 
Maksudnya:
Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Selepas salam, bacalah surah Al-Fatihah dan wirid-wirid.
Perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah.

Doa Istikharah Yang Boleh Dibaca

Rasulullah SAW kerap mengajar doa ini sebagaimana Baginda mengajar ayat-ayat al-Quran (Rekod Imam Al-Bukhari)
Doa ini boleh dibaca dalam bahasa arab dan bahasa melayu.
Jika sukar, berdoa sahaja dalam bahasa melayu. InsyaaAllah Allah Maha Memahami doa setiap hambaNya.
doa istikharah
Doa dalam ejaan rumi:
Allahumma inni astakhiruka bi ilmika, wa asta’diruka bi qudratika wa as aluka min fadlikal a’zim, fainnaka takdiru wala akdiru wa ta’lamu wala a’lamu, wa anta a’llamamul rhuyub, Allahumma in kunta ta’lamu anna haza amra hairun li fi zi ni wa ma a’shi wa a’kibati amri faqdirhu li wa yassirhu li, summa barikli fih, wa inkunta ta’lamu anna haza syarru li fi ziini wa ma a’shi wa a’kibati amri fasrifhu anni fasrifni anhu waqdirlal haira haishu kana summar dhinii bih.
Doa Istikharah Bahasa Melayu:
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
(Rekod Imam al-Bukhari)
Selesai berdoa, mintalah apa-apa yang baik dilaksanakan menurut tujuan kita melaksanakan solat sunat istikharah ini.
Sebarang keputusan yang kuat mendatangi hati kita, itulah keputusan yang kita akan pilih.

Tanda Istikharah Terjawab

Bagaimana istikharah kita terjawab?
Bermohonlah kepada Allah dengan penuh keyakinan agar diberi petunjuk melalui mimpigerak hati (rasa lebih cenderung & kuat) dan dipermudahkan urusan yang mana baik.

Penutup: Istikharah Simbolik Pergantungan Kita kepada Allah

Mengerjakan solat istikharah adalah simbolik pergantungan kita kepada Allah.
Menunjukkan bahawa kita ni adalah hamba Allah yang lemah, yang sangat memerlukan pimpinanNya.
Jadi mohonlah kepada Allah agar diberikan petunjuk dan dipermudahkan urusan.
Dan setelah keputusan dibuat, yakinlah kepada Allah setiap apa yang terjadi selepas ini adalah pasti yang terbaik untuk kehidupan kita, InsyaaAllah.
Semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment