BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
11 November 2019
Investigasi Solat Fardhu
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat Fardhu
✅adalah hadiah cinta dari Allah
kepada hambaNya sebagai tanda ingatan.
✅ Ia difardhukan lima kali sehari semalam selepas bilangannya dikurangkan dari lima puluh waktu.
✅Namun fadhilatnya walaupun hanya lima kali tetapi menyamai dengan lima puluh waktu.
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat: Part 2
✅Hamba yang sangat fakir dan berhajat kepada Tuannya
✅dalam segala gerak geri nya tiada sepatutnya melupainya walau sekelip mata.
✅Namun dengan fitrah kejadian
insan yang serba lemah dan sering
lupa
✅maka Allah memfardhukan lima waktu solat agar mereka tiada lalai dan lupa pada Nya.
✅Hal ini kerana wujud insan itu berasal dari Rahim Cinta Allah,
✅maka tiada layak dan patut mereka melupai kekasihnya.
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat: Part 3
✅Di atas sifat Al Latif Nya
✅Allah menganugerahkan ibadah solat dengan dikurangkan jumlahnya dan diberikan kelapangan waktu
untuk melaksanakannya.
✅Solat subuh
sebagai tanda kesyukuran dengan terbitnya sinar mentari dan sebagai ganti kealpaan yang disebabkan oleh tidur di malamnya
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat: Part 4
✅Solat Zohor
di pertengahan siang hari agar
insan tiada lalai dari mengingatiNya
✅disebabkan oleh urusan dunianya.
✅Solat Asar pula agar pekerjaan hambaNya di siang hari ditutup dengan ingatan padaNya.
✅Oleh kerana itulah bilangan rakaat Zohor dan Asar adalah sama
✅ia adalah isyarat agar apapun
urusan yang dilakukan hendaklah dalam rangka mengingati Allah dan mencintai Nya.
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat: Part 5
✅Solat Maghrib
Allah mewajibkan solat pada permulaan malam agar insan tiada melupainya dalam rehatnya.
✅Dia yang menjadikan malam sebagai waktu rehat dan pada kebiasaannya waktu rehat ini akan menyebabkan insan lebih mudah lupa
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat : Part 6
✅Puncak kerehatan insan ialah tidurnya, ia juga adalah suatu terapi untuk kekal sehat.
✅Tidur adalah satu nikmat yang sangat berharga, namun telah menjadi Sunnatullah di dunia ini setiap nikmat pasti di sebaliknya adalah musibah.
✅Ia adalah musibah kerana apabila insan tidur maka ia akan lalai kepada Allah
✅melainkan Nabi Muhammad s.a.w, walaupun tidur tetapi hatinya tetap ingat kepada Allah
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat : Part 7
✅Solat Isyak
agar insan dapat kembalikan hatinya setelah terlalai antara maghrib dan Isyak
✅dia tidur dalam keadaan hatinya ingat pada Allah
✅Seterusnya apabila dia bangkit dari tidur, ia kembali mengenang nikmat Allah mbolehkannya tidur
✅ dia juga memohon keampunan kepadanya kerana kelalaiannya.
✅Solat Subuh
difardhukan untuk menampung kelalaiannya ketika tidur dan sebagai persediaan untuk hari baru dengan neng ingati Allah.
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat: Part 8
✅Maka fahamlah kita mengapa Allah berfirman :-
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
✅Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan selain Ku, maka sembahlah akan Daku dan dirikan lah solat untuk mengingati Ku.
✅Mengingati Allah bukan sekadar ingatan dalam bentuk sebutan lidah dan perbuatan semata-mata
✅tetapi dengan melihat segala apa yang berlaku adalah milik Nya semata-mata iaitu lah inti Tauhid.
والله ورسوله أعلم بالصواب
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Solat : Part 9 : Penutup
عَلـِمَ وُجُوْدَ الضَّعْفِ مِنْكَ فَقَلَّلَ أعْدَادَهَا وَعَلِمَ اِحْتِيَاجَكَ إلى فَضْلِهِ فَكَثِّرْ إمْدَادَهَا
✅Dia mengetahui kelemahan yang ada padamu maka Dia mengurangkan jumlahnya, juga kerana Dia mengetahui akan keberhajatanmu kepada kelebihannya maka dia menggandakan ganjarannya.
✅Insan dan sifat lemah berpisah tiada, kerana ia adalah sifat semulajadinya.
✅bagi mereka yang dikurniakan sedikit kefahaman tentang hakikat ini akan memahaminya
✅ia adalah rahsia ketuhanan yang tiada sayugia disebarkan melainkan kepada ahlinya.
✅Dalam hal ini Allah berfirman :
يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا (28)
✅Sesungguhnya Allah menghendaki untuk memberikan keringanan kepada kamu dan Dia sengaja menciptakan insan itu dalam keadaan serba lemah. (An Nisa': 28)
✅Sesungguhnya makrifat kepada Allah itu berada di antara tasbih dan tanzih, dalam tanzih ada tasbih dan dalam tasbih ada tanzih.
✅Tanpa kelemahan ini tiada akan ada segala yang ada dan tiada mengenal kita akan bau syariat Nya
Cintai Allah Rindui Rasul
T.me/bahtera2020tazkirahmotivasi
No comments:
Post a Comment