BismillahHirahmanirRahim...
الحمد لله syukur kepada الله
Everything happening with الله permission :
#Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله..
Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih
LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
Kerjaya
sebagai ejen hartanah semakin mendapat perhatian kebelakangan ini. Jika
dibanding 5 tahun lepas, pertambahan ejen hartanah dan perunding
hartanah amat drastik sekali.
Agensi hartanah yang baru juga
tumbuh bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan. Terutamanya di
bandar-bandar yang mempunyai transaksi jual beli hartanah yang tinggi.
Ada
beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satunya
LPPEH mewajibkan setiap perunding hartanah perlu didaftar di LPPEH.
Pada waktu tu hanya 20 orang perunding hartanah dibenarkan di bawah pengawasan 1 orang ejen hartanah.
Apa Beza Ejen Hartanah Dengan Perunding Hartanah ?
Secara
ringkas Ejen Hartanah adalah pemilik lesen sesebuah agensi hartanah.
Bahasa undang-undangnya, ejen hartanah adalah orang yang diberi kuasa or
authorise to practice oleh LPPEH.
Menurut Akta 242 iaitu
Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Hartanah hanya ejen
hartanah berdaftar sahaja yang boleh menguruskan transaksi jual, beli
dan sewa hartanah.
Dengan itu setiap ejen hartanah boleh melantik perunding hartanah bagi membantu dalam transaksi jual, beli dan sewa. Mengikut circular
LPPEH yang terkini, ejen hartanah boleh melantik 50 orang perunding
hartanah. Dan setiap perunding ini ada diberi REN Tag oleh LPPEH.
Miliki Azam Yang Tinggi
Boleh dikatakan semua orang teringin menjadi perunding hartanah kerana mempunyai pendapatan yang tinggi.
Tapi
apa yang perlu anda tahu, boleh dikatakan setiap kali pengambilan
perunding hartanah yang baru, hanya 10%-20% sahaja yang berjaya kekal.
Selebihnya lari tah ke mana.
Oleh itu anda perlu mempunyai azam
yang kuat bagi menceburi bidang perunding hartanah ini. Benar potensi
pendapatan yang besar, tapi cabaran juga tinggi mengunung.
Mana tak mencabarnya, anda perlu menguruskan transaksi ratusan ribu malah ada juga sampai jutaan ringgit.
Tanpa azam yang tinggi, semestinya banyak alasan yang boleh dicipta untuk mengagalkan anda menjadi perunding hartanah.
Dapatkan Info Kerjaya Dari Kawan
Sebelum
anda terjun dalam bidang ni, pastikan anda sudah bertanya kepada
kawan-kawan yang sudah menjadi perunding hartanah. Kalau tak de kenalan
rapat yang jadi perunding hartanah, boleh cari kenalan di facebook.
Dapatkan info yang sepatutnya dari mereka.
Dengan info-info tersebut, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran secara kasar kerjaya sebagai perunding hartanah.
Pilih Agensi Hartanah Berdaftar
Agensi hartanah adalah syarikat yang didaftarkan menggunakan lesen ejen hartanah berdaftar.
Permilihan
agensi hartanah adalah elemen penting bagi memastikan usaha anda
menjadi perunding hartanah tidak sia-sia. Antara perkara yang perlu
dipertimbangkan ialah :
Dekat Dengan Rumah
Secara
peribadi saya akan cadangkan anda mencari agensi hartanah yang dekat
dengan rumah. Sebenarnya anda tidak perlu pergi ke agensi setiap hari,
tapi nanti akan ada perjumpaan mingguan atau bulanan yang perlu anda
hadir.
Selain itu anda akan pergi ke pejabat agensi hartanah
apabila anda sudah membuat banyak jualan. Anda perlu hantar dokumen,
proses claim komisen, perjumpaan dengan team leader dan macam-macam
lagi.
Latihan & Pengajaran Berterusan
Saya yakin anda
tidak mempunyai pengalaman sebagai perunding hartanah. Jadi amat penting
mencari agensi hartanah yang mempunyai sistem pengajaran dan latihan
yang berterusan. Bak kata orang, dari zero menjadi hero.
Tiada
pengalaman bukan halangan untuk anda menjadi perunding hartanah yang
berjaya. Inyallah dengan pengajaran dan bimbingan anda boleh menjadi
perunding hartanah yang berjaya.
Paling penting anda sudah
bersedia mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Ilmu berkaitan jual beli
rumah, undang-undang hartanah, produk pembiayaan bank, peguam dan
macam-macam lagi.
Bagi REN Tag
Ejen hartanah perlu ada authorise to practice
untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ejen hartanah. Begitu juga
perunding hartanah perlukan REN Tag sebagai lesen untuk berniaga.
LPPEH menetapkan setiap perunding hartanah perlu mendaftar sebagai perunding hartanah di LPPEH dan seterusnya diberikan REN Tag.
Apabila dah dapat REN Tag, dah boleh buat sales letup-letup sampai jutaan ringgit.
Untuk
pengetahuan anda juga, oleh kerana ruang untuk menjadi perunding
hartanah adalah terhad, ada agensi yang tidak menyediakan REN Tag kepada
perunding hartanah yang baru.
Sehubungan dengan itu, anda
dinasihatkan mencari agensi hartanah yang menyediakan REN Tag. Nanti nak
buat sales juta-juta tak perlu risau lagi.
Di iReal Property Sdn
Bhd (iRealty), menyediakan REN Tag kepada perunding hartanah yang baru
adalah perkara wajib. Setiap perunding hartanah di iRealty akan
didaftarkan di LPPEH dan seterusnya mendapat REN Tag. REN Tag Perunding Hartanah iRealty yang baru diterima pada 15 Januari 2019iRealty
mempunyai 6 lesen ejen hartanah dan ini bermakna irealty boleh melantik
sebanyak 300 perunding hartanah. Sehingga hari ini, iRealty memerlukan
seramai 100 perunding hartanah baru bagi mengisi kekosongan yang ada.
Sekiranya anda berminat menjadi Perunding Hartanah iRealty, layari Jom Jadi Perunding Hartanah iRealty.
Untuk makluman anda juga, REN Tag ini perlu diperbaharui setiap tahun.
Sokongan Berpasukan @ Team Leader
Kebanyakan agensi hartanah mengunakan sistem team leader. Di mana perunding hartanah baru akan dibimbing secara dekat oleh team leader atau team manager.
Ini akan memudahkan perunding hartanah yang baru bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan perunding hartanah.
Ada juga team leader yang turun padang bersama perunding hartanah bagi menunjukan cara-cara menguruskan jual-beli rumah.
Sijil Kursus Perunding Hartanah
Kursus ini juga dikenali sebagai Negotiator Certification Course (NCC). Kursus ini dijalankan selama 2 hari dan setiap perunding hartanah wajib hadir. Kos kursus ini adalah RM600.
Peserta
yang hadir akan diberikan sijil kehadiran dan dengan sijil tersebut
anda boleh memohon untuk menjadi perunding hartanah di mana-mana agensi
berdaftar.
Pihak LPPEH telah melantik beberapa organisasi yang
boleh menganjurkan kursus ini seperti Persatuan Perunding Hartanah
Muslim Malaysia (PEHAM), MIEA dan macam-macam lagi.
Boleh Jadi Perunding Hartanah Secara Part Time ?
Soalan ni ada soalan feveret yang ditanya pada setiap masa.
Kalau ikut undang-undang Akta 242, perunding hartanah mesti bekerja sepenuh masa.
Tapi
ada juga agensi hartanah yang memberi peluang kepada perunding hartanah
untuk berkerja part time dulu. Kalau dah sesuai baru jadi perunding
hartanah sepenuh masa.
So kalau nak buat part time, just cari agensi hartanah yang boleh terima perunding hartanah part time.
Kesimpulan
Kerjaya
sebagai perunding hartanah ini mempunyai peluang yang amat besar.
Selain mempunyai pendapatan yang tinggi, pendapatan perunding hartanah
juga tanpa ada hadnya. Sky is the limit.
Cuma perunding hartanah
tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan. Pendapatan hanya
bergantung pada hasil jualan. Lagi tinggi jualan, pendapatan juga
tinggi. Tiada jualan, tiada gaji.
Tapi dengan strategi dan perancangan yang baik, insyallah pendapatan lebih tinggi dan konsisten.
2 Comments
Nor Aziah Anuar
on said
Assalam..
saya berminat untuk menjadi REN di agensi tuan. Adakah masih ada
kekosongan? Maklum balas daripada pihak tuan diucapkan terima kasih. Reply
Nor Aziah Anuar
on saidMuhazrol Muhamad
on saidBolhe hubungi Admin kami melalui link berikut: http://www.wasap.irealty.my/aisyah