Tips apabila kehilangan handphone daripada sukarelawan pencegahan dadah Dan jenayah Malaysia(SPDJM) cawangan johor baharu
jika handhpone hilang..Tahukah Anda!!!
Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.
Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.
Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identityyang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.
Lihat bagaimana ia berfungsi !!
1. Dail *#06# pada telefon mudah alih anda.
2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.
3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.
4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah.
Nama anda: ________________
Alamat: __________________
Model telefon: _____________
Buatan: _____________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _
Tarikh hilang: _______________
IMEI No: ___________________
5. Tidak perlu pergi ke balai polis.
6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.
SEBARKAN MESEJ INI IANYA SANGAT MEMBANTU...
Handphone Hilang: Cara Mengesan Lokasi Telefon Bimbit Anda
Hampir setiap orang pernah melalui pengalaman kehilangan handphone tidak kiralah terjatuh, dicuri atau terlupa tempat dimana handphone tersebut disimpan.
Tahukah anda bahawa terdapat cara untuk mengesan lokasi jika handpone anda hilang?
Sebelum anda membuat keputusan untuk ‘mendermakan’ handphone hilang tersebut dan membeli handphone baru, cuba dahulu cara ini.
Jika handphone hilang jangan terus ‘call’
Jangan, jangan dan jangan buat panggilan pada handphone tersebut KECUALILAH anda pasti handphone tersebut hanya hilang dalam rumah sahaja. Dalam erti kata lain anda lupa dimana handphone tersebut diletakkan.
Terdapat kebarangkalian besar telefon anda diambil, dijumpai dan disimpan oleh individu yang tidak bertanggunjawab atau secara ringkasnya, dicuri.
Jika anda membuat panggilan, si pencuri akan mematikan handphone anda seterusnya menutup peluang anda untuk menjejaki lokasi handphone tersebut.
Cara mengesan lokasi handphone
Terdapat dua cara: ‘Android Device Manager‘ untuk pengguna telefon Android dan ‘Find my iPhone‘ untuk pengguna iPhone.
Untuk Android: Gunakan ‘Android Device Manager’
Jika anda pernah menggunakan handphone anda untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play anda boleh menggunakan aplikasi ini.
Pergi ke halaman Android Device Manager – Google dan masukkan akaun google anda. Akaun google tersebut mestilah sama seperti akaun yang anda gunakan untuk handphone anda.
Jika handphone anda tidak dimatikan dan masih mempunyai sambungan internet, Android Device Manager akan memberikan lokasi kedudukan handphone tersebut.
Terdapat juga beberapa pilihan yang boleh anda buat seperti:
- Ring – Membunyikan handphone anda
- Lock – Mengunci dan,
- Erase – Memadam data sensitif.
Teknologi Google juga membolehkan anda mengesan kedudukan handphone anda (android) dengan hanya menaip perkataan “Find my phone” dalam Google Search dengan syarat anda mestilah suda sedia login dalam akaun google anda.
Untuk iOS: Gunakan ‘Find my iPhone’
Pergi ke halaman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda.
Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser anda.
Pilih nama iPhone anda untuk memaparkan kedudukan semasa. Anda boleh ‘Zoom in’ untuk kedudukan yang lebih jelas.
Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda buat seperti
- play sound – membuatkan handphone anda berdering
- Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.
- Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda.
Jika percubaan anda untuk mengesan lokasi handphone menggunakan ‘Android Device Manager’ atau ‘Find My iPhone’ barulah cuba buat panggilan ke atas handphone tersebut.
Terdapat kemungkinan juga orang yang menjumpai handphone tersebut akan menyambut panggilan anda dan seterusnya mengembalikan handphone tersebut kepada anda.
Minta bantuan daripada ‘Services Provider’
Kerajaan Malaysia ataupun lebih tepat lagi Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC) telah memperkenalkan satu servis yang dipanggil Public Cellular Blocking Service (PCBs).
Apabila fungsi ini diaktifkan handphone yang dilaporkan tersebut akan di ‘block’ sehinggalah handphone tersebut dikembalikan kepada pemilik sebenar. Hanya pemilik sebenar yang boleh ‘unblock’ handphone tersebut.
Apabila handphone tersebut di ‘block’, handphone tersebut tidak akan dapat disambungkan kepada rangkaian telefon seperti Celcom, Digi, Maxis dan sebagainya. Dalam erti kata lain handphone tersebut tidak lagi dapat berfungsi sebagai alat telekomunikasi.
Berikut merupakan langkah yang anda boleh ambil dalam kes ini:
- Buat laporan polis (untuk memudahkan urusan jika handphone tersebut berjaya dijumpai)
- Buat laporan pada ‘service provider’ untuk telekomunikasi anda (celcom, Digi, Maxis dan sbg)
- Service provider anda akan menghantar no IMEI handphone anda kepada PCBs.
- PCBs akan menghantar IMEI tersebut kepada semua ‘service provider’ yang ada di seluruh dunia.
- Handphone yang mempunyai IMEI yang dilaporkan akan di ‘block’.
Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan IMEI anda secara percuma di portal BlockMyPhone yang mana dimiliki oleh MCMC.
Sistem BlockMyPhone ini mempunyai rangkaian dengan pihak berkuasa dan juga pihak luar yang boleh dipercayai yang mana akan memudahkan pengembalian handphone yang hilang tersebut jika berjaya dijumpai.
Buat Laporan Polis
Jika anda pasti handphone anda dicuri jangan lupa untuk membuat laporan polis.
Dengan laporan polis dan bukti-bukti yang anda ada anda mempunyai peluang untuk mendapatkan semula handphone anda.
Handphone Hilang: Persediaan awal yang boleh dibuat
Letakkan no telefon pada screen saver
Letakan nama dan nombor telefon orang yang boleh dihubungi pada screen saver handphone anda. Mesej ringkas seperti ” Kecemasan: Hubungi Mr. Ranjuta 019-999 9999″ sudah cukup memadai.
Ini adalah perkara penting yang sepatutnya dibuat oleh semua pemilik smartphone. Kebanyakan pemilik smartphone menghidupkan fungsi automatik lock pada handphone mereka.
Jika handphone anda hilang dan dijumpai oleh ‘orang yang baik’, dengan keadaan handphone anda yang berkunci mereka tidak tahu siapa yang patut dihubungi.
Ini juga penting jika anda terlibat dengan apa-apa jenis kecemasan (Minta dijauhkan).
Gunakan aplikasi ‘Prey’
Sebagai alternatif lain, anda boleh menggunakan aplikasi ‘Prey’.
Prey adalah aplikasi separuh percuma. Namun begitu fungsi percuma yang ditawarkan sudah memadai.
Pilihan yang ditawarkan untuk fungsi percuma adalah:
- Alarm: Bunyi yang kuat untuk memudahkan anda mencari handphone anda
- Message: Memaparkan mesej pada skrin handphone tersebut. Anda boleh letakkan no telefon yang boleh dihubungi disini.
- Camouflage: Menghilangkan ikon ‘Prey’ agar si pencuri tidak sedar dia sedang jejak.
- Lock: Anda boleh mengunci handphone secara remote.
Selain itu, ‘Prey’ boleh mengambil gambar secara sembunyi-sembunyi menggunakan kamera handphone tersebut.
Ini merupakan fungsi yang amat menarik kerana dengan gambar tersebut peluang anda untuk mendapatkan semula handphone yang hilang tersebut menjadi lebih besar.
Berikut merupakan no phone untuk telecommunication service provider di malaysia.
- Celcom: 019-601 1111
- Maxis: 1-800-82-1123
- Digi: 016 2211 800
- U mobile: 018 388 1318
No comments:
Post a Comment