03 September 2016

TEKNIK KEWANGAN : PELABURAN 100K, DIVIDEN TAHUNAN 7K, BOLEH COVER BULANAN KERETA RM 500, SETAHUN!

Sebagai seorang yang baru kerja lepas belajar ini perkara yang paling kita nak ialah kereta. kebanyakkan daripada kitalah yang muda mudi. Sedangkan kita sedar bahawa sebenarnya kereta itu adalah liabiliti atau hutang yang akhirnya aset ini akan mengalami susut nilai. Tapi tak apa setiap masalah ada jalan. Mungkin ini salah satu cadangan yang boleh digunkan atau lepas ini anda lebih melihat simpanan itu lebih penting selepas ini.
Pertama kita bolehlah tengok- tengok kereta yang kita nak ambil pastikan harga kereta dibawah 25 peratus daripada jumlah gaji. yalah kita bukannya banyak duit sangatkan. Katakanlah RM 500.00 sebulan dalam 9 tahun. TETAPI jangan LOAN terus. Kena bersabar dan ada teknik.
Langkah kedua pergi Maybank atau mana-mana Bank buat ASB Loan sebanyak RM100k (RM100 ribu) selama 25 tahun. tapi kalau korang tak buat macam ni lagi korang akan gilo.hee. dalam table yang aku refer ni monthly aggaran paymentnya adalah sebanyak RM531..
Lepas tu;
1. ape lagi bayar la loan asb tu bulan2 selama setahun..dan seterusnya..
2.tapi awal januari tahun depan (tahun ke-2) pastinya anda telah mendapat dividen daripada ASB loan tersebut sebanyak (ambikla min 7%)=RM100,000*7%=RM7000. so kalau korang bahagi RM7000/12=RM583.33/month (bolehlah buat bayaran untuk kereta yang zero deposit tu)(tapi lebih baik kalau kita dapat tahan untuk dua tahun supaya dividen makin tambah dan dapat kurangkan bayaran bulanan untuk ASB dan selebihnya boleh guna bayar kereta bulanan) 
3. dengan duit ni la korang guna untuk bayar monthly kereta idaman tadi. RM583.33- RM520=RM63.33 (balance) sila simpan ditempat yang sepatutnya..
4. Bila dah 9 tahun bayar kereta pun dah habis.  sila guna dividen asb untuk bayar ASB loan anda pula sampai la habis. Sedar tak sedar anda sudah ada simpanan, pelaburan, dan sebuah kereta.
kesimpulannya:
1. dengan gaji anda yang sikit tu (biasa sikit ke banyak kan korang cukup2 je. sama je). anda dapat beli kereta disamping mempunyai sedikit simpanan untuk hari tua..iaitu sebanyak RM100,000. senang cite berapa monthly kereta nak beli tu=jumlah monthly asb loan.
2. modal anda tetap RM531.00 (bayar loan asb=simpanan). itu pun selama 9 tahun je. cuba kalau anda tak sabar terus beli kereta dulu dengan bayaran bulan2 RM520 tadi bulan2. ade ke duit nak simpan bulan2 RM500.00 sebulan? payah bukan…ianya cara mudah tetapi kesannya berbeza..
3. ala sabar setahun je…ke anda nak menderita 9 tahun..kotla lepas 9 tahun tu lagi tah comittment ape lak. pun tak simpan2..pulak tu nak tukar kete yang dah buruk?hu. haru-haru..
4. kenapa buat loan ngan maybank bukan cimb/rhb bank (buat masa ini). sebab maybank sahaja yang boleh buat sehingga 25 tahun. kita nak +ve cashflow.(kena tahu mana loan yang baik mana loan yang tak baik). kalau 20 tahun=RM609.00 kan dah anda kena topup bulan2. dividen ASB tak cukup untuk cover Loan (kulo min 7%).
5. pastikan monthly kereta tu lebih rendah daripada bayaran ASB loan bulan2 (lagi rendah lagi better sebenarnya) sebab kereta kan libilities. mana menjana pendapatan ape2. anda beli je terus susut nilai dalam 20%…
6. ni contoh kereta. tapi kalau nak guna contoh lain pun boleh. kalau beli rumah lagi la molek…
7. lagi muda lagi awal start lagi bagus. kalau saya lepas 25 tahun baru nak masuk umur 50 tahun..so ngam2 simpanan untuk bersara..
p/s: pada saya kereta,rumah,asb,duit,emas dll semuanya adalah dan hanya sebuah tools untuk kita mendapatkan perlindungan,kesihatan,keselesaan,sedikit kegembiraan dan kesenangan serta membantu yang lain..
Nota, Pihak kami tidak bertanggungjawab diatas kerugian jika berlaku tapi boleh jak kalau mau guna cara ini! 🙂
Kebaikan / Kelemahan cara ini.
  1. Jika anda ambil pinjaman Asb dengan maybank, maka loan kereta pun anda harus ambil dengan maybank. Ini adalah kerana, dalam sistem CTOS atau CCRIS, sistem menunjukkan anda ada komitment yang mana anda ada pinjaman yang mana bayaran bulanan adalah RM1200 sebulan. Jika gaji anda rendah, bank lain akan meragui keupayaan pembayaran balik anda dan dia tidak tahu yang pinjaman tu adalah pinjaman ASB yang mampu memberi pendapatan. Kalau anda beritahu pun biasanya bank lain tidak mengiktiraf pinjaman ASB sebagai sumber pendapatan.
  2. Jika pendapatan ASB jatuh bawah 7.5%, (harap2x tidaklah), terbaik adalah anda harus tamatkan pinjaman ASB dan bayar sahaja terus loan kereta. Tapi jika anda mampu, topup sahaja sebab ASB adalah pelaburan jangka masa panjang. Ia akan naik kembali bila ekonomi sudah pulih.
  3. Calculation ini tidak termasuk kos insurance, baik pulih kenderaan dan lain-lain kos seperti kenaikan minyak petroleum.
  4. Jika anda meninggal dunia, pinjaman ASB akan dilangsaikan kerana ia dilindungi oleh MRTA.
  5. Anda harus bekorban setahun pertama membayar RM 1200 sebulan dimana duit itu sebenarnya anda niat untuk membeli kereta. Seperti biasa, semua pelaburan memerlukan pengorbanan.
  6. Anda juga harus ada kemampuan untuk membayar RM 1200 tersebut. Kalau kemampuan anda bawah dari ini, anda patut memikirkan kereta yang lebih kecil lagi.
  7. Terhad untuk BUMIPUTERA dan mampu membayar hutang (tidak diblacklist atau bengkrap)
  8. Pinjaman ASB tertakluk pada KPA – Kadar Pinjaman Asas (BLR) yang ditetatpkan oleh bank negara. Kenaikan BLR menyebabkan hutang anda bertambah. Tetapi, disebabkan salah satu investment portfolio ASB adalah saham Maybank, maka kenaikan BLR akan menyebabkan keuntungan bank meningkat, seterusnya menyebabkan dividen ASB lagi tinggi. Tapi sepeti nota saya nombor 2, jika berlaku kenaikan BLR, jika tidak mampu, tutup sahaja loan ASB dan bayarlah RM 1200 anda tuh kepada pinjaman kereta, dan bukan kepada pinjaman ASB.
Rujukan :
http://tulusgroup.blogspot.my/2009/12/kereta-free.html
http://eddyirwan.blogspot.my/2013/11/beli-kereta-free.html

No comments: