09 February 2012

Penipuan oleh pemilik 0136420956

Awas ! Penipuan oleh pemilik 0136420956

penipuaninternet

Hari ini saya menerima sms dari Mymode tentang penipuan yang dilakukan oleh pemilik nombor handphone 0136420956. Sebenarnya saya sendiri hampir ditipu oleh beliau semalam.

Dibawah ini ialah update di laman web Mymode

PERHATIAN!!Para Agen yang dihormati, MyMode telah mendapati terdapat penipuan telah dilakukan oleh salah seorang dari Agen MyMode terhadap agen-agen yang lain. Agen ini telah meminjam/meminta pindahan MyPoint dan kod tambah nilai dari agen-agen lain dengan menggunakan pelbagai taktik dan berjanji akan memulangkan semula jumlah yang dipinjam. Bagi mengelak dari ditipu, sila berhati-hati sekiranya anda menerima sebarang SMS dari agen tersebut yang menggunakan nombor 013-6420956. MyMode akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat di dalam kes ini. Harap maklum.

Jadi hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya berurusan dengan penipu ini. Sebenarnya ada 3 kali saya berhubung dengan dia. Walaupun dia menggunakan nombor handphone yang berlainan , berdasarkan kepada modus operandi yang sama, saya yakin ia orang yang sama.

Kes Penipuan Pertama – berlaku pada 11/8/09

Saya telah ditipu oleh seorang yang mengaku bahawa dia telah membuat bayaran RM65 untuk mendaftar sebagai ahli mymode. Bayaran dilakukan sekitar 7.00 malam. Jadi saya agak lewat mengaktifkan (biasanya saya akan uruskan selewatnya 12jam dari pengesahan). Sekitar pukul 10 malam , dia mula sms kepada saya mulai 10 malam. Katanya urgent nak guna topup dan minta saya daftarkan segera.

Bila saya semak bayaran ke akaun Maybank saya, tiada bayaran. Jadi tanya balik apakah cara yang digunakan, dia kata interbank transfer dari BIMB ke Maybank. Jadi, saya kata akan ambil masa 1-2 hari untuk clear. Tapi, dia merayu-rayu nak saya daftarkan juga. Dia kata kalau dia tahu interbank lambat, mesti dia dah bank in terus ke akaun maybank saya.

Jam dah dekat pukul 11 malam, saya pun dah nak tido, jadi saya pun malas nak layan, akhirnya saya pun daftarkan dia. Tapi , dalam hati ada juga terdetik “Kalau kena tipu kali ni, memang sia-sia je rugi je RM65″. Keesokan paginya, dia sms lagi saya, kata nak tambah modal RM50. Saya kata selagi duit pendaftaran semalam tak clear. Saya takkan transfer. Dan selepas tu saya pun tak balas lagi sms dia. Sampai sekarang duit tu memang tak dimasukkan.

Namun begitu, masa ini beliau menggunakan nombor handphone 0179292038 dengan nama Mohd Nordin, selepas kes semalam, saya telah membuat carian di google dan menjumpai maklumat ini di forum lowyat yang mengatakan bahawa nombor 0136420956 adalah alternate number dia.

Kes penipuan kedua – berlaku pada 13/10/09

Kali ni beliau menggunakan nombor 0136420956. Sudah agak lama beliau sms saya bertanyakan tentang nak tambah modal Mymode. Semalam dia sms dan kata dia dah bank in RM65 untuk tambah modal. Bila semak tiada sebarang bayaran. Jadi saya pun tanya dia kaedah yang digunakan. Dia kata interbank transfer dari BIMB ke Maybank. Saya kata lepas 1-2 hari baru clear. Dan sampai hari ni, duit yang dikatakan telah dimasukkan untuk tambah modal tu tak ada pun dalam akaun bank saya.

Then dia minta saya topupkan handphone dia sebanyak RM30. Saya kata selagi duit tu tak masuk akaun Maybank saya, saya takkan topupkan. Agaknya lepas rasa dia tak boleh nak tipu saya.

Dia minta tolong saya dapatkan nombor pin 4 digit mymode sebab dia terlupa. Saya pun maklumkan bahawa upline tak boleh tolong sebab dia perlu call sendiri. Then dia marah-marah pada saya kata tak membantu dia. Dan dia kata dia kat ofis, tak dapat call Mymode.

Saya pun try la call lagi sekali mymode, saya kata kat staff mymode bahawa downline saya tu takde kredit dan sedang bekerja. At last staff tu resend juga pin number pada dia.

Memang saya betul-betul geram masa ni. Dahla penat ber sms ,bila call dia tak angkat dengan alasan sedang bekerja. Sepanjang saya buat Mymode, belum pernah jumpa lagi downline yang sangat demanding macam ni. Dalam hati, terdetik juga kalau-kalau dia ni menipu. Dan baru terfikir nak buat cari di google. Hasilnya

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=0136420956&sourceid=navclient-ff&rlz=1B3GGGL_enMY331MY331&ie=UTF-8

Wah!! memang kerja dia menipu rupa-rupanya. Alhamdulillah hari ni saya tak tertipu duit dengan dia. Tapi, dia tetap menyusahkan saya dan membuang masa saya sebab saya terpaksa call HQ mymode sebanyak 2 kali semata-mata nak tolong dia dapatkan nombor pin Mymode tu.

Kes penipuan ketiga – berlaku pada 14/10/09

Kali ini dia menggunakan nombor telefon 0145422988 . Katanya dia dah masukkan RM50 untuk tambah modal. Bila saya semak, tiada bayaran. Seperti biasa dia kata telah membuat bayaran melalui interbank transfer. Saya katakan, selagi duit tak masuk akaun bank saya, saya takkan tambahkan modal dia.

Dan dia terus senyap. Mungkin dah sedar bahawa dia takkan berjaya lagi.

Kesimpulannya:

Berhati-hati bila berurusan dengan orang yang tak dikenali dan ingin membeli topup / mypoint. Kalau dia kata buat bayaran interbank transfer, jangan sekali-kali teruskan urusniaga selagi belum disahkan pembayaran.

Percaya pada kata hati anda – sebab kali pertama saya tertipu, ada terdetik entah-entah orang ni nak menipu. Tapi atas dasar kesian, saya daftarkan juga. Dan akhirnya memang betul saya tertipu.

Disini saya letakkan sekali beberapa blog post oleh mereka yang pernah terkena

HATI-HATI!!: Faliq Fakhri Bin Mohammad (SCAMMER)

Nombor Puaka 0136420956 – Menipu atas keredhaan

Penipuan dalam bisnes adalah akhlak buruk yang terkutuk!!!

Dan antara senarai nombor handphone yang dia guna ialah

0136420956
0179292038
0145422988

Saya pasti senarai ini akan jadi lebih panjang, sebab sim card murah je sekarang ni. Apa yang pasti, kita perlu sentiasa berhati-hati.

Tags : , , ,

Apa Itu Bisnes GDI

GLOBAL DOMAINS INTERNATIONAL, INC

Global Domains International (GDI) adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet menjual nama domain dotWS (.ws). Ternyata ini barulah perniagaan internet sejati kerana urusniaga & produk sememangnya berkaitan dengan internet, malahan nama domain adalah asas kepada internet.

GDI juga yang merupakan syarikat #37 dalam Inc. 500 “List” of the USA’s 500 fastest growing private companies dan #5 in the state of California.

Ditubuhkan pada tahun 1999, GDI telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS ke seluruh dunia.

Terdapat juga beberapa buah syarikat yang besar telah pun bergabung bersama mereka, diantaranya adalah BMW, Ebay, Yahoo, Cisco System dan banyak lagi.

Sebelum ini kita telah dilanda gelombang dotCOM, maka pemilik GDI telah mencipta pilihan kedua yang lebih mudah iaitu dotWS, yang bermaksud WebSite.

Gelombang ini sudah mula melanda dunia dan jangan anda ketinggalan menyertainya. Sekarang ini lebih tiga billion orang yang boleh mengakses ke internet. Data menunjukkan bilangannya semakin bertambah berpuluh ribu setiap hari.

Hanya 1% sahaja yang mempunyai website sendiri. Dan pastinya anda berada pada masa yang betul untuk menyertai GDI diperingkat awal fenomena yang sedang melanda dunia sekarang ini.

Pakar perangkaan menyatakan bahawa pada tahun 2015 akan terdapat 500 juta domain name atau website yang akan diwujudkan.

Bayangkan berapa banyak peluang pendapatan yang anda akan perolehi dan ianya akan berterusan dan semakin bertambah.

PAKEJ PRODUK GDI

GDI hanya memperkenalkan satu pakej unggul yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan hanya serendah USD10 @ RM35 sebulan, anda akan memiliki pakej yang lengkap dan hebat. Pakej ini merangkumi nama domain, tapak laman web (webhosting), template membina laman web dan akaun email anda sendiri. Dengan menjadi ahli GDI, anda sudah mempunyai peralatan asas untuk membina laman web yang profesional.

Kaedah bayaran yang diterima adalah Kad Kredit / Kad Debit / Paypal. GDI adalah perniagaan global. Transaksi kad kredit adalah paling efektif dan GDI akan menjamin keselamatan setiap transaksi.

Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, anda boleh mendapatkan kad debit Visa Maybank dan aktifkan “Maybank Secure Online Shopping” seperti yang diterangkan di http://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/maybank.html

1. Domain website bebas pilihan anda

Inginkan website peribadi yang memberi makna kepada anda, anda masih ada banyak pilihan dengan dot ws, contohnya seperti www.namaanda.ws, www.kedaisaya.ws, terpulang kepada anda.

2. Template Website & Website Builder

Anda turut diberi percuma template website yang telah direka secara profesional. Pelbagai pilihan template disediakan untuk menyesuaikan apa sahaja isi kandungan bakal web anda kelak.

Dengan bantuan website builder, anda mempu membuat laman web tanpa perlu belajar. Anda bakal diajar step by step bagaimana untuk membuat laman web yang baik.

3. Email Peribadi

Anda juga diberikan 10 email yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Anda juga boleh forwardkan email ini kepada email sedia ada anda.

4. Web Hosting

Anda bebas untuk menyimpan data-data untuk dimasukkan ke dalam web anda tanpa perlu berkongsi. GDI juga menyediakan service after sales yang sangat baik untuk kemudahan anda.

5. Independent Affiliate

Sebagai pengguna dotWS, anda secara automatik layak menjadi Independent Affiliate untuk mempromosikan domain dotWS dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Anda bakal mendapat 2 laman web replika yang boleh digunakan untuk mempromosikan Affiliate GDI anda.

http://www.freedom.ws/wzone
http://www.website.ws/wzone

PELUANG PERNIAGAAN GLOBAL

GDI telah merangka Pelan Pemasaran yang ringkas & lumayan. Kesemua bonus ini boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Dan mereka yang lebih rajin akan mendapat bonus-bonus tambahan mengikut pencapaian tertentu.

1) Bonus Unilevel (5 Level – 50%)

Setiap jualan yang anda taja, anda akan mendapat komisyen 10% iaitu USD1 @ RM3.50. Bukan setakat itu sahaja, GDI akan membayar anda hingga ke Level 5 dengan jumlah komisyen 50%.

Ini bermakna anda akan dibayar USD1 untuk setiap orang yang berada dalam Group Sales anda iaitu hingga Level ke 5. Lihat contoh jika setiap orang menaja 5 orang;

Contoh Pengiraan

Level 1 – 5 Affiliate x USD1 = USD5
Level 2 – 25 Affiliate x USD1 = USD25
Level 3 – 125 Affiliate x USD1 = USD125
Level 4 – 625 Affiliate x USD1 = USD625
Level 5 – 3,125 Affiliate x USD1 = USD3,125

TOTAL = USD 3,905 @ RM13,667.50

Paling menarik, anda akan terus dibayar komisyen USD1 ini pada setiap bulan selagi kesemua mereka membuat Maintenance Bulanan sebanyak USD10 untuk Pakej Produk mereka.

Contoh Bonus Unilevel

2) Bonus Referral Mingguan – USD100

Bonus Referral dikira dalam tempoh Isnin – Ahad. Anda akan mendapat komisyen tambahan USD100* sekiranya berjaya menaja 5 orang dalam masa seminggu.

*Nota :
1) Anda perlu membuat pembelian 10 DVD presentation GDI yang berharga USD30 melalui akaun GDI anda dalam minggu tersebut.
2) Anda juga perlu menulis testimoni tentang Bisnes Global GDI.
3) Bonus Referral akan dibayar melalui Paypal. Jika tiada, sila daftar di www.paypal.com/us
4) Oleh kerana kita menetap di Malaysia, GDI mengenakan cas penghantaran USD100. Untuk memastikan anda tidak rugi, taja sekurang-kurangnya 10 orang dahulu, baru anda beli DVD tersebut.

Contoh Bonus Referral

3) Bonus Heavy Hitter – USD5,000

Jika anda menaja 1,000 affiliate dalam masa 4 minggu berturut-turut, anda akan mendapat bonus tambahan sebanyak USD5,000.

4) Bonus Infinity Override (Level 6 –Infiniti)

Anda boleh mendapat Bonus Unilevel (10%) Level 6 sehingga Level Infiniti sekiranya anda berjaya mencapai sasaran berikut pada setiap bulan:

a) Menaja 10 orang affiliate di Level 1
b) 10 affiliate anda menaja 10 affiliate setiap seorang
c) Jumlah affiliate dalam Level 1 – Level 5 = 5,000 orang

Nota :
Kesemua sasaran ini perlu dicapai setiap bulan untuk membolehkan anda menerima Bonus Unilevel ini setiap bulan.

Projek Terbaru – Buat Duit Dengan GDI

Sudah lama saya tak update sebarang info tentang bisnes yang saya jalankan. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu projek buat duit terbaru saya iaitu program GDI. Mungkin ada yang sudah pernah mendengar tentang Global Domain International atau secara ringkasnya dipanggil GDI. Sebenarnya saya mengetahui tentang GDI sejak 2005 lagi, tetapi ketika itu saya masih belum nampak potensinya.

buatduitdengangdi-logo

Semalam, saya mengambil keputusan untuk menyertai GDI setelah hampir 2 bulan membuat kajian. Secara ringkasnya, GDI menyediakan kemudahan domain dan hosting kepada para peserta. Jadi, secara tak langsung, setiap ahli berpeluang memiliki laman web dengan nama domain pilihan mereka sendiri. Apa yang menjadikan ia begitu menarik, ialah anda boleh buat duit dengan GDI .Anda akan menerima bayaran setiap bulan! Bukan sekali sahaja.

Kenapa saya pilih GDI?

GDI ialah satu program MLM antarabangsa versi internet yang telah beroperasi hampir 10 tahun. Dengan produk digital (domain dan hosting), anda tidak perlu risau tentang penghantaran produk. Segalanya boleh diuruskan secara online sahaja. Dengan bayaran sebanyak $10 sebulan (sekitar RM35/bulan), ia bukanlah satu perniagaan yang membebankan. RM35 adalah nilai top up handphone saya untuk 2 minggu sahaja!

Selepas saya berjaya mendapat pendapatan berterusan dari bisnes prepaid Mymode yang diusahakan sudah sejak 2006 . Kini saya mencari-cari apakah peluang lain yang boleh memberikan pendapatan residual seperti itu. Ini kerana, walaupun margin keuntungan prepaid yang kecil, saya masih mampu menjana pendapatan lebih RM1,000 setiap bulan. Sebagai surirumah, ia adalah satu gaji yang agak tinggi.

Kini, saya memilih untuk buat duit dengan GDI kerana saya percaya, walaupun komisen yang ditawarkan sekadar USD1 (RM3.50) untuk setiap downline, jika saya benar-benar serius membina dan membantu ahli kumpulan saya, tak mustahil saya boleh menjana lebih dari RM1,000 sebulan.

Dengan bantuan upline seperti sifu Mazelan, sifu Aridz dan sifu Zamri Nanyan, saya kira ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika anda berminat nak menyertai team saya, bolehla dapatkan video percuma oleh Zamri Nanyan di http://perniagaaninternet.ws/r/asmawati atau telah saya ringkaskan kepada http://duitbijak.com

Ahli kumpulan saya juga akan mendapat sebuah laman web seperti ini juga. Bagi saya ia satu sistem yang hebat dan akan dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan GDI kita nanti.

Anda juga boleh terus daftar percuma di http://freedom.ws/wzone . Tiada caj dikenakan untuk 7 hari tempoh percubaan. Semakin ramai yang nampak potensi untuk buat duit dengan GDI. Anda boleh menaja diseluruh dunia. Hanya usaha sahaja yang akan membezakan pendapatan yang bakal kita perolehi.

Video PERCUMA “Peluang Perniagaan Internet : Pendedahan Eksklusif

Tags : , , , , , ,

Ebook Percuma – Mari Buat Duit Dengan Ebook

Nampaknya dunia IM Malaysia makin meriah. Tiap hari ada je produk baru dilancarkan. Tak kisahla free atau berbayar.

Hari ni saya nak kongsi satu lagi ebook percuma bertajuk “Mari Buat Duit Dengan Ebook”yang ditulis oleh En.Jamal ~ Penulis ebook Rahsia Temuduga Kerajaan.

Saya pasti sebelum ini, ramai yang mencari-cari bagaimana caranya untuk membuat sebuah ebook. Dari proses mencari idea hinggalah memasarkan ebook tersebut.

Ebook ini menerangkan pelbagai perkara penting dalam membuat ebook. Walaupun ia percuma, tapi dengan 83 mukasurat, banyak ilmu yang boleh anda perolehi. Siap ada peta minda dan carta aliran lagi bagaimana sesuatu proses membuat ebook dijalankan.

Dapatkan sekarang dengan klik banner BuatEbook dibawah

cover_buatebookfree

Tags : , , , ,

Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?

Salah satu topik paling panas dalam program buat duit di internet di Malaysia ialah programbuat duit dengan Clickbank. Sejak testimoni saya keluar di web pakej video oleh Puan Lisa Hilmi, ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan cara nak buat duit dengan clickbank.

cover-laporan10formula-buatduitdenganclickbank

Dan salah satu-satunya produk yang sarankan kepada mereka ialah ebook Panduan Clickbank yang ditulis oleh saudara Mawardee. Ia adalah ebook yang sangat padat dan sesuai dibaca oleh mereka yang tercari-cari maklumat buat duit dengan clickbank dalam bahasa Melayu.

Download di http://asmawati.com/syorkan/panduanclickbank

Kini, Mawardee telah keluarkan satu laporan percuma bertajuk “10 Formula Clickbank”. Saya dah download dan baca ebook ini. Walaupun sekadar 32 mukasurat, banyak informasi baru yang dapat dipelajari.

Laporan ini adalah percuma jika anda download sebelum 2 Oktober (Jumaat) , sebelum jam 3.30 petang. Ia adalah sempena Jualan Penghabisan Stok produk “Panduan Clickbank”.

Download sekarang sebeleum ia dijual pada harga RM67!

http://asmawati.com/syorkan/panduanclickbank

Tags :

No comments:

Post a Comment