RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil adalah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata: Wahai si polan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya.
“Kemudian pada keesokannya le laki yang menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu adalah orang yang memberinya makan dan minum atau rakan baiknya.
“Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah anbia-Nya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Allah melarang kita daripada bertolak ansur dan berkompromi dalam perbuatan maksiat kerana perkara itu adalah suatu dosa besar dan mengundang laknat daripada-Nya.
Segala kebaikan dan kesenangan yang diperoleh adalah rahmat daripada Allah SWT.
Oleh itu, sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan melakukan ketaatan dan menjauhi sebarang perbuatan maksiat kerana melakukan maksiat adalah sifat hamba yang tidak tahu bersyukur.
Sesungguhnya apa juga yang kita peroleh yang berupa kebaikan segalanya adalah daripada Allah. Apa juga keburukan yang menimpa, maka itu adalah disebabkan diri kita sendiri disebabkan oleh dosa yang dilakukan.
BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment