21 October 2011

Cara mencantikkan tema Windows 7


Rajah di atas menunjukkan rumusan apa yang akan aku ajar pada tutorial hari ini. Ya, tiga perkara akan diajar cara pengubahannya menggunakan tools yang telah disediakan oleh aku dan aku harap korang bolehlah sama-sama cuba mengubah tema windows 7 yang tak berapa cantik tu.

Tutorial ini dibuat atas permintaan seorang pembaca blog ini yang setia dari dulu melanggan artikel-artikel dari aku. Tanpa membuang masa jom kita belajar sikit demi sikit cara pengubahsuaian ini.

1. Cara ubah start button windows 7 dan back/forward button

Okey langkah pertama adalah korang kena muat turun fail ZIP yang aku sediakan ini seperti rajah di atas. Terdapat empat fail utama yang aku sediakan untuk melancarkan proses penukaran ini. Sebelum memulakan apa-apa, sila lihat dulu video dalam fail ZIP tersebut yang mengajar bagaimana untuk mendapatkan kawalan penuh untuk komputer korang. Kalau dah lihat dan faham video tersebut korang boleh buka direktori C:Windows dan namakan explorer.exe yang sedia ada di dalam folder tersebut kepada explorer.exe.old.

Kemudian drag fail explorer.exe dalam fail ZIP tersebut ke dalam direktori yang sama. Ini adalah langkah untuk mengubah logo windows 7.

Untuk mengubah back/forward button pula, sila cari fail ExplorerFrame.dll dalam direktoriC:WindowsSystem32. Dapatkan kawalan penuh seperti langkah di atas dan namakan failExplorerFrame.dll kepada ExplorerFrame.dll.old. Drag fail ExplorerFrame.dll baru dari fail ZIP ke direktori yang sama.

Setelah selesai kedua-dua langkah mudah di atas, sila restart komputer dan lihat hasilnya. Jangan lupa untuk gunakan fail ‘wordpress.themepack’ yang aku sediakan untuk membuatkan dekstop kelihatan menarik.

2. Cara ubah ikon dalam komputer kepada token menarik.

Muat turun fail ZIP kedua yang disediakan dan ekstrak ke mana-mana folder yang korang rasa korang takkan ubah kedudukan folder tu. Contohnya ekstrak folder tersebut ke direktori C:. Setelah itu korang pinned la apa-apa ikon ke taskbar dan mula ubah ikon itu kepada token dengan pergi ke properties ikon tersebut dan tekan butang ‘Change icon’. Cari direktori di mana korang simpan segala token tadi dan ubah sesuka hati korang. Mudah bukan?

Jika korang tak faham dengan apa-apa langkah di atas, korang bolehlah tanya di ruangan komen. Selamat berjaya! Di bawah ni adalah transformasi yang berjaya aku lakukan.

No comments: