100X
100x
100X
ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD ADADA KHALQIH WARIDHO NAFSIH, WAZINATA ARSYIH WAMIDAADA KALIMATIH~Ya Allah selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW sebilangan makhlukMu, sebanyak ridhoMu, seberat arasyMu dan sebanyak perkataanMu. Selawat sekali dapat bertrilillion kali bahkan lebih banyak dari itu tak terkira.~ 1= < 1,000, 000,000,000,000,000...
Surah Al-Hasyr Ayat 21-24 dibaca 3X pagi dan petang
Zikir 100X
"YAA ROZZAAQU DZUL QUWWATIL MATIIN, URZUQNI"
( Wahai Zat Pemilik Rezeki yang tak pernah habis stok rezekiNya, sebaik-baik tempat bersandar, kurniakan lah daku rezeki tambahan) Wahai Tuhan yang Maha Memberi Rezeki, yang mempunyai kekuatan, lagi sangat kukuh. Berilah aku rezeki.Makbulkanlah doaku Ya Allah.Amalkan setiap kali lepas solat. Baca 7X (Rujuk Surah Azdzaariyat Ayat 58)
Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Maksud istighfar adalah:Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar).
10 Ayat Terakhir Surah Ali-Imran Sunnah Rasulullah S.A.W. Kita Patut Jadikan Amalan Selepas Bangun Tidur terutama ketika bangun untuk solat Tahajjud dalam usaha memulia dan menghidupkan sunnahnya. .(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah.) |
Bacalah ayat Dari Al Quran
SALAMUN QAULAN MIRRABBIRRAHIM
16 X SETIAP HARI.
Doa untuk mencegah wabak penyakit berjangkit seperti sekarang (COVID~19)ISTIGHFAR
....Astaghfirullah YA اللهَ
Ampunkan Dosa-dosaku YA ALLAH
.SUBHANALLAH YA اللهَ
Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH
........YA اللهَ
Aku serahkan segala urusan hidupku kepadaMu dengan sepenuh sesuci hatiku.
.......YA اللهَ Kurniakanlah Kekayaan hati budi, Sihatkanlah Tubuhbadanku, berkatilah kesinambungan usiaku agar ibadahku dapat diperbuat secara istiqomah kepada MU YA ALLAH,
Keberkatan harta benda kehidupanku dengan bahagia dan ceriakanlah rumahtanggaku ini, minta dijauhi dihindari disekat dari segala godaan dan bisikan imbasan
Syaitan Jin iblis Dajjal Laknatullah,
YA ALLAH YANG MAHA KAYA DAN MAHA AGUNG, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan yang direjam. Dan aku berlindung pula kepada Engkau YA ALLAH dari kedatangan mereka kepadaku juga keluargaku serta Umat Nabi Muhammad S.A.W dari segenap penjuru Musibah Al~Dajjal Jin iblis SYAITAN ZALANBUR, WASTIIN, LAAQIS, WALHAN, A'WAR, WASNAN, MASUUTH, DASIM, A'WAN, HAFFAF, MURROH, KHONZAB dan segala salasilah anak keturunannya.
10X Dibaca Ayatul Kursi
Wafatkan diriku dalam Husnul Khotimah dengan akhiran sebutan kalimah dan ucapan
YA اللهَ Tuhan Yang maha Esa, Masukkan daku dan keluargaku serta seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W kedalam Syurga FirdausMu, haramkan ke NerakaMu.
Sesungguhnya اللهَ
Melekat abadi DiHatie dan Jiwaku
............YA اللهَ SUBHANALLAH
Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH,
Aku berdosa kepadaMU YA اللهَ
Ampunkan segala dosaKu Sesungguhnya Aku Bertaubat Nasuha (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah dengan sepenuh hatiku, dari itu bersihkanlah Hatiku ini. Anugerahilah kesihatan yang molek sentiasa sihat wal alfiat kepada diriku supaya dapatku beribadah kepadaMu YA اللهَ.
YA اللهَ. Tingkatkanlah Imanku lusuri kepada Jalan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
YA اللهَ Kurnia kepadaKu, keluargaKu dan Umat Nabi Muhammad S.A.W Taufik dan Hidayah yang berpanjangan sepanjang musim kehidupan dan kematian kepada umat Islam disetiap saat dan detik digerakkan oleh اللهَ SWT Tuhan yang Maha Pencipta dan Maha Perlaksana.
..SUBHANALLAH Maha Suci ALLAH
KAU hindari dan JAUHILAH IBLIS DAN SYAITAN YANG DIREJAM DARI HATIKU INI, Sesungguhnya Aku mohon kepadaMU pulihhara dan peliharakan hatiku ini sentiasa bersih dan boleh bertauhid kepadaMu dengan sepenuh hati untuk
ALLAH yang MAHA ESA,
ALLAH yang Maha Pengampun,
ALLAH yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang atas segala sesuatu.
KUN FAYA KUN. KepadaMu aku pohon.
..SUBHANALLAH Maha Suci ALLAH
KAU hindari dan JAUHILAH IBLIS DAN SYAITAN YANG DIREJAM DARI HATIKU INI, Sesungguhnya Aku mohon kepadaMU pulihhara dan peliharakan hatiku ini sentiasa bersih dan boleh bertauhid kepadaMu dengan sepenuh hati untuk
ALLAH yang MAHA ESA,
ALLAH yang Maha Pengampun,
ALLAH yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang atas segala sesuatu.
KUN FAYA KUN. KepadaMu aku pohon.
Wirid selepas solat
DOA
✔PROSES PENYUCIAN JIWA /ZIKIRKAN DAHULU 100x
1. YA AFUWWU - Ampunkan aku
2. YA GHAFFUR - Terima taubatku
3. YA TAWWAB - Bersihkan hatiku
4. YA QUDDUS - Bersihkan dari karat dosa dan syirik
5. YA JALIL - Lari syaitan yang mengalir dalam darah
6. YA NUR - Berilah aku cahaya petunjuk
7. YA HADI YA HAQ- KebenaranMu
8. YA FATTAH-Bukakan rezeki dapat merasaiMu dekat denganku
9. YA LATHIF -Membuat aku gementar bila menyebut namaMu
10. YA MUHAIMIN - Pelihara aku dari bisikan syaitan
11 YA BARRI -Susun agendaMu yang terbaik untukku
12 YA ALIIM -Kurniakan ilmu
(Amalkan semampu jangan tinggal semua)
✔ZIKIR ASMAUL HUSNA YANG BAIK DIAMALKAN MASA NAK TIDUR
13. YA AKHIR - 500X - Akhir umur yang baik
14. YA KARIM - 280X - Naik darjat
15. YA GHAFFUR-100X - Sambil tunggu masuk waktu ampun dosa
16. YA ALIIM - 100X - Capai makrifatullah
17. YA MUDZILL - 100X - Agar orang bayar hutang
18. YA SAMIIK- 100X - Mustajab doa
19. YA SYAKUR ~100X - Lepas solat hajat makbul doa
20. YA BAAITS - 100X - Letak tangan kedada - hikmah percakapan
21. YA SOMAD - 100X - Lapar masa puasa
22. YA NAAFII - 100X - Sembuh penyakit
23. YA MUHYI - 58X - Kemuliaan dunia akhiratlah MINTA SELALU
✔Ya Allah muliakan dihari kematianku dgn hari tempat dan amalan terbaik jiwa yang tenang (mutmainnah)
✔Ya Allah penuhi alam barzahku dengan raudhatul jannah
✔Muliakan hari kebangkitan nanti dengan syurgaMu yang abadi
✔Ya Allah rezekikan aku dengan amal soleh dan istiqomah
✔ ..........................................................................
✔.... ..........................................................
.Hari Raya 1443@2022 pada 2 Mei 2022~ Muktamat.
...Walaupun JAKIM, Dato’ Dr Azhari dan ramai lagi tok guru dan malim sarjana falak telah memberi ulasan, saya sedikit gusar kerana ada lagi orang awam dalam lingkaran sosial media saya yang bersungguh-sungguh mempertahankan untuk beraya pada 2 Mei 2022 hari Isnin. Bahkan mereka telah berazam untuk tidak berpuasa pada hari Isnin walau apa jua berlaku.
Ini merupakan tulisan ringkas saya yang diterbitkan dalam BH hari ini. Artikel ini ditulis pada awal minggu. Isinya umum sahaja. Dalam ruang ini, khas buat rakan-rakan terdekat, saya ingin membuat sedikit ulasan tambahan berdasarkan pemerhatian peribadi.
1. Umat Islam di Malaysia sejak bertahun lamanya telah selesa dengan takwim tahunan yang disediakan oleh pihak berkuasa agama. Mereka mengandaikan takwim itu tepat. Hakikatnya, ketepatan takwim itu, khasnya untuk bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah, masih tertakluk kepada hasil rukyah yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-rama (PMBRR). Ini lebih muktamad.
2. Praktis di Malaysia adalah berdasarkan rukyah dan hisab imkanur rukyah, berasaskan panduan wahyu. Sama ada bilangan hari dalam sebulan 29 atau 30 hari, penentuannya adalah berasaskan rukyah dan hisab imkanur rukyah.
3. Walaupun disebut dalam nas, ulamak khilaf dalam memperincikan persoalan hisab, antaranya daripada skop penerimaan, sehinggalah kepada kriteria hitungan. Waima khilafnya, hisab ada disebut dalam nas.
4. Pada awal pemakaian imkanur rukyah di Malaysia, kriteria yang digunakan ialah 2-3-8 (iaitu ketika waktu Maghrib, syaratnya sama ada bulan berada pada ketinggian melebihi 2 darjah dan jarang lengkung 3 darjah ATAU umurnya antara ijtima’ dan maghrib melebihi 8 jam). Sejak bertahun-tahun, kriteria ini dinilai, dan didapati perlu ada ruang penambahbaikan.
5. Maka mulai tahun 2021, atau spesifiknya Muharam 1443, kerajaan Malaysia menerusi MKI telah menerima pakai kriteria baru yang dikenali sebagai 3-6-4. Umur jam tidak lagi menjadi kriteria, sebaliknya dinilai sekiranya bulan pada waktu maghrib melebihi ketinggian 3 darjah, dan jarak lengkung melebihi 6.4 darjah. Sekiranya sama atau lebih, esok diisytiharkan bulan baru. Sekiranya tidak, maka istikmal kepada 30 hari.
6. Maka tahun 2022 menyaksikan, buat kali pertama, kita boleh membuat perbandingan antara kriteria lama 2-3-8 dan kriteria baru 3-6-4. Prof Susiknan melaporkan hisab Muslim Hussein, bahawa antara tahun 1443-1488, akan berlaku 31 perbezaan hitungan kalendar antara kriteria lama dan baru, di mana Ramadan berbeza sebanyak 6 kali, dan Syawal sebanyak 11 kali, sementara Syawal 14 kali. Maka pada Syawal 1443, perbezaan ini dapat disaksikan, apabila kriteria jarak lengkung tidak ditepati pada nilai yang rendah (sekitar 6 darjah berbanding kriteria 6.4 darjah di Malaysia). Hisab menggunakan kriteria lama akan mencadangkan Raya pada 2 Mei 2022, sementara dengan kriteria baru akan mencadangkan Raya pada 3 Mei 2022.
7. Walaupun menimbulkan sedikit kegusaran termasuk dalam pengamal falak, tetapi hakikatnya perbezaan ini membawa kita kepada hukum asal dan polisi isbat hilal Malaysia, iaitu rukyah dan hisab imkanur rukyah.
8. Kehangatan turut disumbang apabila ada pihak yang, di saat menerima kriteria baru yang diterima kerajaan Malaysia, tetapi dalam membuat hitungan, mengambil sumber astronomi daripada pihak luar, dengan cara yang tidak transparen, kurang beritegriti, dan kaedah yang menimbulkan tanda tanya. Sepatutnya, semua pihak perlu menggunakan data daripada almanak falak syarie yang diiktiraf ulil amri, iaitu yang disediakan oleh JUPEM dan diiktiraf setelah semakan berulang kali oleh pakar teknikal JAKIM. Data ini transparen, dan telah diuji bagi tujuan cerapan hilal. Bahkan banyak kali hitungan dibuat dengan data ini dan juga perbandingan data luar lain, tetapi tiada yang menghasilkan perbezaan sudut jarang lengkung seperti yang didakwa.
9. Faktor kehangatan yang lain, ialah viral video hitungan yang masih lagi menggunakan kriteria lama. Sedangkan kita telah menggunakan kriteria baru.
10. Selain itu, ada juga yang suka dan senantiasa berbeza pandangan dengan ulil amri. Mungkin demi populariti (خالف تعرف). Ada yang sudah bertekad tidak mahu berpuasa pada hari Isnin 2 Mei waima apa jua hasil rukyah. Ada yang berbahas menggunakan imej bulan sabit tua. Aduhai, bersabarlah dan tunggu dahulu rukyah dan perisytiharan PMBRR.
11. Ada juga yang sengaja menghangatkan keadaan, dengan menyatakan mengapa kita tidak berhari raya pada hari Isnin 2 Mei, seperti di Makkah. Logik mereka, tarikh hari raya mesti sama dengan Makkah. Sebenarnya, orang yang sama (yang saya kesan), menggunakan logik akal bahawa kita solat Jumaat pada hari Khamis, kerana mengapa kita solat Jumaat dulu berbanding Arab Saudi – sepatutnya kita hanya boleh solat Jumaat selepas Makkah solat Jumaat, ujar logik mereka. Ini contoh pemikiran songsang. Demi kepentingan, tidak konsisten dalam berhujah.
12. Memang benar matahari terbit dari arah timur. Tetapi dalam bab penampakan hilal, negara di belah barat adalah lebih berpeluang untuk nampak lebih awal. Ini asas ilmu falak. Jangan terperangkap dengan peta dunia yang didatarkan (mercator projection). Ini disebabkan faktor pergerakan dan umur anak bulan yang semakin tinggi dan tua ke belah barat. Maka menjadi suatu perkara yang normal sekiranya Arab Saudi sudah beraya, tetapi Malaysia masih berpuasa pada tarikh yang sama. Normal juga sekiranya beraya pada tarikh yang sama. Tetapi agak tidak logik sekiranya Malaysia beraya lebih awal berbanding Arab Saudi.
13. Kehangatan topik ini turut disumbangkan dengan sikap suka membandingkan dengan negara lain. Contohnya, membandingkan dengan Australia (yang tidak diketahui manhaj isbat hilal yang jelas), dan Indonesia. Kemungkinan besar, Indonesia akan beraya pada 2 Mei, sehari awal berbanding kita, kerana berdasarkan kriteria baru 3-6-4 itu, wilayah barat Indonesia khasnya di belah Sumatera, mungkin akan nampak anak bulan. Demi wilayatul hukmi tempatan Indonesia, maka disyorkan mereka beraya pada 2 Mei. Sedangkan di Malaysia, setelah berkali-kali dibuat hitungan dengan kriteria baru, tiada kawasan di Malaysia yang mungkin nampak anak bulan. Soal saya kepada mereka ini, anda berada di mana? Di Indonesiakah? Di Arab Saudikah? Di Australiakah? Atau di Malaysia? Kalau di Malaysia, ikutlah hasil rukyah dan hisab serta data Malaysia.
14. Maka cerapan Syawal 1443 akan menjadi cerapan yang amat dinantikan. Doakan pasukan pencerap dapat menjalankan tugas mereka dengan dedikasi, tanpa tekanan.
15. Sementara orang awam, yakinlah bahawa praktis isbat hilal di Malaysia dilakukan tanpa sebarang kepentingan, hasil perkembangan dan data bertahun-tahun usianya. Prosesnya dikawal oleh ramai pemerhati, penyelidik dan pakar falak. Dokumentasi juga boleh diperolehi secara terbuka tanpa sembunyi.
16. Maka bersabarlah pada hari mencerap nanti, Ahad 1 Mei. Dengar dan taatlah apa jua yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Aidilfitri tetap jatuh pada 1 Syawal .
Moga lerai segala kekusutan. Moga kita fokus kepada ibadah akhir Ramadan. Moga makin kurang kita ber’mira’, berbeza pandangan dan bertelagah dalam isu ini.
Irfan
AJK Falak Negeri Pahang
..Tahun ni jadi isu pula raya Isnin or Selasa. Ramai pula bertukar menjadi ahli falak. Hihi.
Gini lah. Kita serah pada pihak berkuasa sahaja. Mereka lebih arif, lebih alim dan ada autoriti.
Nak tentukan bila raya ni bukan mudah. Bukan nampak anak bulan terus boleh isytihar raya. Anak bulan tu mesti penuhi syarat imkanur rukyah.
Matahari pula mesti telah terbenam lebih dahulu sepenuhnya sebelum anak bulan (baru) kelihatan pada kedudukan sekurang kurang beberapa darjah dari ufuk.
Ketika matahari terbenam sepenuhnya, tinggi bulan di ufuk mestilah 3 darjah dan jarak lengkungan mestilah 6.4 darjah.
Haaa, ingat senang-senang ke boleh umum bila raya. Jadi kita orang awam ni, ikut saja keputusan mereka yang alim dan pakar dalam bidang ilmu falak.
Begitulah.
#MFS
....https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7793131267394366&id=100000927096907&sfnsn=mo
"Saudi dah umum raya Isnin. Indonesia dah ucap salam lebaran. Negara kita macam mana?"
✳1. Seperti yang dijangka, polemik tarikh Hari Raya sudah pun timbul. Punca utama pada tahun ini adalah kerana kriteria kebolehnampakan anak bulan Malaysia telah berubah hasil keputusan autoriti agama di negara kita.
✳2. Sebelum netizen menjadi mufti, perlu faham dulu tentang falak serba sedikit.
[Pertama], perbezaan Hari Raya antara negara tidak hanya bergantung kepada perbezaan matla' sahaja. Ada tiga pembolehubah yang membuatkan pengisytiharan Hari Raya berbeza antara negara iautu:
💠1. Matla': Mengikut negara kita berada. Masing-masing menerima kedatangan bulan dan matahari pada masa yang berbeza.
Duduk di Malaysia, kena ikut matla' Malaysia. Tak boleh ikut Saudi. Sama seperti waktu solat. Duduk di Malaysia, tak boleh berbuka ikut waktu Jepun.
💠2. Kaedah: yang popular ada tiga tapi yang lebih ditil ada empat iaitu:
🔶️a. RUKYAH HAKIKI: Cara paling old school. Nampak anak bulan ketika tenggelam matahari 29hb, terus isytihar Raya esoknya. Tak nampak, cukupkan 30hb dan isytihar Raya lusanya.
🔶️b. HISAB HAKIKI: Bergantung penuh pada perkiraan matematik dalam membaca peredaran bulan dan matahari. Tak tengok bulan langsung. Cara ini digunakan untuk penentuan bulan yang tidak berkait dengan ibadah fardu. Sebab tu kita dah ada taqwim setahun terus.
🔶️c. RUKYAH MAAL HISAB: Kaedah hybrid antara a dan b. Kalau nampak anak bulan, terus isytihar. Kalau tak nampak, pakai kaedah hisab pula.
🔶️d. IMKANUL RUKYAH MAAL HISAB: Lebih kurang kaedah c. Cuma kalau anak bulan tidak memenuhi kriteria kebolehnampakan, mereka tak akan buat cerapan. Terus guna kaedah hisab.
💠3. Kriteria kebolehnampakan anak bulan: Ini bahagian yang orang susah sikit nak faham. Ia berbeza mengikut matla'. Ia ditentukan dengan mengambilkira kedudukan matahari dan bulan.
Bulan terima cahaya dari matahari. Jika kedudukan matahari di matla' Malaysia tidak memungkinkan cahayanya dipantul oleh permukaan bulan, maka tak akan nampak anak bulan.
✳3. [Kedua], Matla' adalah perkara qat'iy/thabit. Takkan berubah kecuali kalau daratan bumi beralih, putaran bumi atas paksi berubah atau peredaran bumi, matahari dan bulan lari dari orbitnya. Agak mustahil.
Kaedah dan kriteria pula adalah perkara ijtihadiy. Terpulang kepada autoriti agama di negara masing-masing dalam menentukan kaedah dan kriteria mana yang mereka patut gunapakai.
Bab kaedah dan kriteria inilah yang banyak timbul khilaf di kalangan pakar. Mana satu kaedah paling menepati ajaran Islam. Mana satu kriteria yang paling menepati bacaan saintifik.
✳4. [Ketiga], Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab. Kriteria pula adalah jarak tegak 5.5° dan jarak sendeng 6.4°. Tiada lagi kriteria usia anak bulan.
✳5. Ini merupakan kriteria terbaru yang dipersetujui oleh autoriti agama di semua negeri dalam Malaysia sebagaimana dicadangkan oleh MAPIM. Kalau ikut kriteria dulu; ketika matahari terbenam, ketinggian anak Bulan di atas ufuk, tidak kurang dari 2° dan jarak lengkungannya (antara Bulan dan Matahari) tidak kurang dari 3°. Atau ketika bulan terbenam, umur anak Bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.
Kriteria lama ini adalah kriteria lapuk yang dicadangkan oleh Istanbul hampir 100 tahun dahulu.
✳6. Perubahan kriteria inilah yang menimbulkan polemik bagi mereka yang tak faham. Tetapi jika kita melihat secara ilmu, kriteria terbaru ini lebih tepat berbanding sebelum ini. Persatuan Falak Syar'ie telah mencadangkan umur anak bulan mestilah tidak kurang dari 15 jam. Rekod terpendek anak bulan pernah kelihatan pada tarikh cerapan di langit Malaysia adalah 14 jam manakala rekod terpendek dunia adalah 12 jam.
8 jam adalah sangat mustahil dan sangat tidak saintifik.
✳7. Apa yang menyedihkan, terlalu ramai Ruwaibidhoh yang mula bercakap bagi menimbulkan polemik dikalangan masyarakat awam. Mereka menimbulkan keraguan yang tidak patut sehingga orang awam mula bertelagah dalam perkara yang mereka tidak tahu.
✳8. Lebih menyedihkan, agamawan turut terlibat menimbulkan polemik ini termasuk golongan berprofil tinggi seperti mufti. Padahal, tentu dia sendiri yang terlibat dalam mengendorse kriteria baru ini di peringkat negeri masing-masing. Kenapa tiba-tiba pertikai di media sosial pula?
✳9. Polemik yang ditimbulkan ini adalah amat bahaya kerana ia melibatkan soal ibadah fardu umat Islam. Kalau ada pentaasub mereka terud anggap autoriti agama kita salah, maka mereka cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Isnin 2 Mei kerana anggap sudah 1 Syawal. Mereka juga cenderung untuk berpuasa 6 pada 3 Mei nanti.
Golongan yang sengaja timbulkan fitnah ini akan tanggung dosa orang awam jahil yang meninggalkan puasa Ramadhan dan melakukan puasa pada Idulfitri, kalau orang awam buat kerana percaya pada mereka.
✳10. Jangan terlalu prejudis terhadap autoriti agama. Bukan nak kata mereka selalu betul. Tetapi kalau nak kritik, kritiklah dengan ilmu. Tegurlah dengan manhaj teguran yang betul. Ambil kira fitnah yang mungkin timbul.
Bukan main sentimen yang mengelirukan orang awam. Tak perlu bandingkan dengan negara-negara lain kerana mereka punya matla', kaedah dan kriteria tersendiri. Respon agamawan yang tidak matang hanya mendedahkan kejahilan kalian. Level mufti pun masih nak populis.
✳11. Saya dahulupun ada kritik mengenai kriteria lapuk dulu. Tetapi selepas mengambil kira kesan ibadah orang awam. Tahun 2019 saya komen mengenai penentuan anak bulan Zulhijjah, itupun selepas Raya Haji supaya tak beri kesan kepada ibadah puasa Arafah dan pengharaman puasa Aidil Adha dan Hari Tasyrik.
Ikutkan ada lagi nak kritik, tapi perubahan terbaru ini sudah cukup baik untuk diterima. Saya sokong dan ucapkan syabas!
✳12. Saya harap autoriti agama kita tidak goyang dengan tekanan yang cuba diberikan. Berpegang teguh atas asas ilmu yang betul. Jangan pedulikan celaan orang mencela. Inilah dunia akhir zaman, berpegang pada amanah ilmu akan dianggap pengkhianat. Pengkhianat agama pula dianggap benar. Menggenggam agama ibarat menggenggam bara api. Ruwaibidhoh di mana-mana.
✳13. Bagi orang awam, sepatutnya mereka beriman dan beramal sahaja dengan firman Allah SWT:
وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا﴿ ٨٣ ﴾
Apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya. Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (autoriti) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. Jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, pasti kamu menurut Syaitan, kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
[An-Nisa':83]
(Alang Ibn Shukrimun)
🔷️Artikel lain di Telegram: https://t.me/alangibnshukrimun
....Tak kisah lah puasa Isnin ke Selasa, yang pasti kita raya lepas puasa. Berbanding tahun lepas, puasa dulu baru raya
.......
.Hari Raya 1443@2022 pada 2 Mei 2022~ Muktamat. SeMoga Bermanfaat
..................... From..................
......................RedzWang-............
9 April 2022@0658hrs-Sg. Isap Ktn.1443@2022
..............Sabtu.........................Redz
Sabtu, 09 April 2022🌟7 Ramadhan 1443H📍 Kuantan, (Pahang) 🇲🇾Puasa
🌥 Imsak : 05:47⛅️ Subuh : 05:57
🌤 ! 😄.........................Redz@
📍 Kuantan, (Pahang) 🇲🇾