30 January 2020

Terima Kasih ALLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


  • 11/16/14--05:25: Terima Kasih ALLAH
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH saya mulakan post. Terima kasih ALLAH atas kurniaan Mu kepada diri ku yang kerdil ini. Kelahiran anak lelaki kurniaan dari Mu untuk kami berdua amat-amat kami syukuri. Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kepada kami untuk membesarkan seorang muslim, yang akan sentiasa memuja memuji mu setiap hari.

    Bila adrian lahir, abah dah hapuskan semua hak abah, demi adrian dengan mama, segala pahala dan kebaikan yang abah buat, abah sedekah kat adrian dengan mama. Moga2 anak-anak abah dan isteri abah masuk syurga kelak. Abah tak mampu melihat keluarga abah kesakitan, lagi2 kesakitan neraka. Ambillah rezeki abah, ambillah pahala abah, biar ahli keluarga abah mampu bergembira di syurga akhirat, biar ahli keluarga abah tak bersusah payah di dunia kelak.
    Maaf kan abah jika ada yang terkurang, ada yang tak cukup untuk adrian dengan mama.
    Terima kasih isteri abang, yang mengandungkan anak abang, yang melahirkan anak abang. Tak terkata sedihnya melihat sayang menangis waktu contraction, waktu pembedahan. Sayanglah sebenarnya pejuang dalam keluarga kita. Sayanglah hero sebenar dalam keluarga kita. Maafkan kesilapan abang selama mana abang menjaga sayang.
    Terima kasih ALLAH. Maafkan saya ALLAH. Maafkan saya kerana meminta berlebih2. Meminta hingga mendesak hingga saya lupa aku ini hamba Mu. Yang hanya perlu menurut, bukan mendesak. Akhirnya saya pasrah kerana Engkau mengetahui perkara yang lebih baik dan hikmah yang Engkau sembunyikan itu amat mahal jika dibayar dengan wang ringgit.
    Saya belajar hikmah kejadian kurniaan Engkau ya ALLAH. Saya belajar harus untuk menghormati perempuan lebih tinggi. Terima kasih sekali lagi Tuhan. Maafkan aku ALLAH.

    Adrian Mifzan 0902H, 15 Nov 2014
    🕋🇲🇾💎💜🖤💝💞💟🕌

Dua Nikmat Kurniaan ALLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

  • 11/12/14--06:01: Tazkirah – Dua Nikmat Kurniaan ALLAH-
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, diharapkan korang semua sihat2 belaka. Jangan bermasam muka, kelak mentari tidak mahu tersenyum dengan korang. Jika korang nampak matahari tersenyum pun, pak cik yakin banget korang akan berlari bertempiaran ketakutan dengan keganjilan senyuman mentari secara terus.
    Dah lama pak cik tak peringat diri sendiri. Semoga ingatan pada diri sendiri ni akan membuatkan pak cik terus sedar bahawa pak cik ni adalah hambaNya, yang berkhidmat untukNya. Insya ALLAH, semoga kita semua mendapat kebaikan dari hadis2 dibawah ini.
    Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”
    Di dalam hadis diatas, menyatakan bahhawa kebanyakan manusia rugi dengan kenikmatan yang ALLAH sentiasa berikan adalah kesihatan dan kelapangan. Mari kita rungkaikan satu persatu dari dua nikmat ni. Pertamanya adalah nikmat kesihatan. Inilah nikmat termahal yang ALLAH beri pada kita namun kita sentiasa lupa dengan nikmat ni. Yang kita nampak nikmat bila dapat awek yang kita nak, bila kita dapat duit banyak, bila kita jadi johan pertandingan tenpin. Tapi nikmat kesihatan tak nampak.
    Malah yang menyakitkan hati adalah apabila menggunakan nikmat kesihatan untuk tidur sepanjang hari. Tidak produktif dan menyumbang langsung kepada wahdah pembangunan diri gitu. Harus diingatkan bahawa lelehan air liur sepanjang hari tidak mampu membeli beras pada hari tua kelak!. Maka dengan kesihatan yang ALLAH beri, sentiasalah bersyukur dan gunakan kesihatan yang ada ini untuk kebaikan diri sendiri dan mendekatkan diri pada ALLAH.
    Yang kedua adalah nikmat kelapangan. Ini pun orang selalu lupakan dan tak amik endah. Bila ada masa terluang seluas padang bola asyik merungut boring2 tak tau nak buat apa. Bila ada benda yang kena buat cakap malas la, tak mau buatlah, tetiba lak bz. Padahal tengah baca komik terus bz bila ada kerja. Dengan kelapangan masa yang ALLAH beri pada korang tu, gunakanlah untuk merapakan silaturrahim dengan keluarga ke, berborak dengan jiran sebelah korang ke, tak lah asyik ngadap enset je .
    Jadi dengan sedikit peringatan kepada pak cik ni, semoga pak cik sentiasa beringat jika bila pak cik merasakan ALLAH menduga pak cik dengan berat, haruslah diingat bahawa pak cik masih ada nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Insya ALLAH. Ampunkanlah dosa2 kami semua ya ALLAH.
    🕋🇲🇾💜🖤💝💞💟🕌

Sujud Syukur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

  • 10/28/14--04:10: Tazkirah – Sujud Syukur-
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Pak cik harap, hari2 yang korang lalui hari ini indah2 belaka dan sentiasa penuh dengan hilai tawa, namun hilai tawa tersebut haruslah dikawal agar tidak setara dengan hilaian Sundel Bolong yang mampu mendatangkan ketakutan yang amat sangat pada budak kecil. Susah nanti jika diterap dengan perasaan takut awal2 usia ni, takut nanti besar gedabak nak gi jamban pun berteman siap bukak pintu jamban lagi suh member tengok.
    Jadi, hari ini, pak cik ingin berkongsi dengan korang sebuah hadis perihal sujud syukur. Baru pak cik tau, sujud syukur juga merupakan salah satu sunnah, kerana setiap perbuatan Nabi Muhammad SAW itu adalah sunnah. Jom kita baca hadis yang berkaitan dengan sujud syukur ini.
    Dari Abu Bakar RA bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
    Jadi, didalam hadis ini menerangkan bahawa, apabila kita mendapat sesuatu perkhabaran gembira, maka tundukkan kepala dan sujudlah syukur tanda segala kebaikan itu datang dari ALLAH. Tanda kita amat mensyukuri nikmat yang ALLAH beri pada kita semua.
    Misalan macam Bola kat Malaysia ni, walaupun pakcik tak berapa kenan sebab diorang pakai seluar pendek nampak lutut, tapi contoh nya relevan. Pernah pak cik menulis surat setebal 5 helai ke pengerusi FAM agar menggunakan pelikat pant yang dijual oleh artis Afdlin Shauki. Relevannya adalah tiada lagi pemain yang akan kena dimalukan dengan Ole dan memberikan ruang kepada penjaga gol untuk lebih fokus dibahagian gawang yang lain daripada kangkangannya sendiri. Malah dengan pelikat pant, lebih sejuk bahagian kaki terkena angin sewaktu sedang sprint.
    Sebagai contoh, korang adalah peminat fanatik, ultras la katakan, bila menang je pihak yang korang sokong, hendaklah sujud Syukur tanda ALLAH memberi rahmat. Bukan dengan menjerit sehingga keluar anak tekak yang menyebabkan korang terpaksa telan semula anak tekak korang . Ataupun memprovok pasukan lawan dengan menunjukkan bontot sambil goyang kiri dan kanan. Kang tak pasal2 diorang pakai bontot korang dengan Flare baru padan muka.
    Kesimpulannya, apabila mendapat perkhabaran gembira, maka sujud dan syukurlah pada ALLAH. Tanda kita sentiasa mensyukuri nikmatnya. Ingatlah, bersyukur menambah berkat dan nikmat. Amiiin. Semoga semua perkara baik di dunia ni dapat kita laksanakan secara perlahan2.
    🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💝💟🕌

Sayang Member

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

  • 10/22/14--14:57: Tazkirah – Jom Sayang Member Anda-
  •  
    Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Dah dah la tu tidor, hari ni kita bangun dan menyepak punggung sendiri diawal pagi demi sesuap nasi. Orang yang bangun awal pagi banyak rezekinya. Senang je nak tengok, Cuba korang bandingkan orang yang bukak gerai nasi lemak pukul 730 pagi dengan orang yang bukak pukul 10 pagi. Rasanya 730 pagi tu da licin barang jualan, siap sekali dengan tupperware2 orang nak beli. Kalo niaga pukul 10 pagi, maknanya banyak la makanan jadi habuan kucing. Tapi kucing tak makan sambal.Nanti sakit perut katanya.
    Jadi, hari ini, pak cik nak peringatkan pada diri pak cik dan juga korang, berkenaan dengan sebuah hadis berkenaan kesempurnaan iman kita. JOm kita layan dulu hadis tu kat bawah ni :-
    Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang kamu sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”
    Melalui hadis yang kita dengari, jelas lah bahawa untuk mencapai kesempurnaan iman, kita haruslah menyayangi orang2 muslim yang lain. Tak sempurna lah iman korang kalo korang membenci member2 sendiri macam dia adalah musuh zion yang perlu korang belasah dengan batu bata.
    Jika kita ada salah silap dengan kawan, ataupun kawan2 ada salah silap dengan kita, marilah kita maaf dan memaafkan. Bukan apa, cuba tengok dua orang member baik yang tak bertegur sapa, hal kecik je, pasal makan aiskrim malaysia tapi tak ajak member. Merajuk member sorang sampai tak mau bercakap. Kalo dulu, makan sama2 satu tray, tidur katil sama2 (pak cik merujuk katil double decker), mandi bilik air yang sama, tapi sebab aiskrim malaysia semua menjadi dingin sedingin aiskrim malaysia.
    Jadi, dengan maaf dan memaafkan tu, cukup untuk menunjukkan bahawa kita ni sangat menyayangi member2 kita. Insya ALLAH, dengan menyayangi mereka sahaja, kita telah pun menyempurnakan sebahagian daripada bahagian2 keimanan kita. Insya ALLAH, semoga kita semua menjadi orang yang sempurna imannya diakhir hayat kita kelak. Amiiin.
    🕋🇲🇾💎💜🖤💝💟🕌

Sedekah Yang Utama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



  • 10/22/14--03:23: Tazkirah -Sedekah Yang Utama-
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Selmat bercuti umum Hari Deepavali kepada mereka yang bercuti. Kita sebagai yang muslim cukuplah sekadar menghormati kepercayaan dan agama mereka. Bukankah agama Islam itu agama kasih sayang. Walaupun berbeza kepercayaan, Insya ALLAH dengan akhlak yang murni ditunjukkan oleh orang Muslim, mampu menjadi dakwah terbaik bagi mereka.
    Hari ini, marilah kita memperingati diri kita sendiri. Hari ni pak cik nak menyampaikan perihal sedekah yang utama. Jom kita baca dahulu hadis Nabi SAW perihal sedekah ini.
    25. Dari Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya ia berkata, ‘Wahai Rasulullah saw, apakah sedekah yang paling utama?’ Nabi saw bersabda, “Orang miskin yang berusaha keras, dan mulailah dengan bersedekah kepada keluargamu.”
    Jadi, dapatlah kita simpulkan disini, sedekah yang paling utama adalah sedekah kepada keluarga sendiri. Orang paling rapat dengan kita, kerana merekalah yang sentiasa ada dalam kehidupan kita.
    Cuba kita bayangkan, macamana kalo kita kedekut dengan family kita. Misal kata isteri nak minta rantai emas yang nipis nya macam misai udang, dengan alasan kita da lama tak beli rantai emas. Jadi, jika kita ada kemampuan, beli lah, gembirakan isteri kita dengan sedekah. Kan akan menambahkan mahabbah antara satu sama lain.
    Jika anak2 minta nak beli mainan patung power rangers, jangan la kedekut sangat kalo mainan tu setakat RM 5, jika kita ada kelapangan, belilah, sedekah pada anak. Seronok anak tu main power rangers. Yang seronoknya anak akan lebih rapat pada kita.
    Kadang2 kita boleh jumpa orang yang terlalu kedekut untuk bersedekah pada keluarga sendiri. Ari2 makan ubi kayu padahal duit yang dia ada boleh makan restoran 5 bintang ari2. Anak2 minta beli jajan doposen pun tulis dalam note enset, berkira, tangkai jering, taik idung masin. Kalo da memberi jangan meminta pula. Sebagai contoh kalo da bagi kawan2 pinjam pen, jangan diminta pulak dakwat nya.
    Apo ko kodokut eh ko ni jang………
    Jadi berbalik pada hadis tadi, yang bermaksud, sekiranya kita diberi pilihan, utamakanlah sedekah pada keluarga masing2 dahulu diikuti dengan orang 2 yang fakir miskin dan seterusnya. Sedekah pada keluarga pasti ikhlasnya datang lebih cepat dan pantas Amiin. semoga kita semua mempunyai sifat sedekah ini.
    🕋🇲🇾🖤💝💝❣🕌

7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Friday, 15 February 2019 04:51

7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT

Rate this item
(9 votes)
7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT
7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT
■ 1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
■ 2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
■ 3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
■ 4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.
■ 5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
■ 6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
■ 7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbul kan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.
Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati”
(HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”
(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.
Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.
Read 9650 times
🕋🇲🇾🖤🖤💝💞💟🕌

Pembuka Rezeki Dengan 7 Zikir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan zikir ini.Cover image via Instagra

Rezeki Allah itu luas…

Image via SAYS
Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.

Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki? Amalkan 7 zikir di bawah:

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Image via tumblr.com
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur." (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

"Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Image via wordpress.com
"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi'ah

"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Image via blogspot.com

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat."

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
Image via blogspot.com

7. Melazimkan beristighfar

"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Image via umrohquantum.com

Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:

Image via boston.com
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat InsyaAllah. :)


🕋🇲🇾💜🖤💝💞💞🕌