26 November 2019

Ciri-ciri Dan Doktrin Nabi Palsu

Ciri-ciri Dan Doktrin Nabi Palsu 27. Ciri-ciri Dan Doktrin Nabi Palsu Nabi Muhammad s.a.w terkenal di seluruh Tanah Arab, sampai ke Yamamah. Baginda s.a.w dikenali sebagai Utusan Allah dan seorang pemimpin yang agung menguasai sebuah kerajaan yang besar dan kuat. Kemuliaan dan kebesaran baginda s.a.w bertapak dalam hati orang ramai. Salah seorang yang mengagungkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Musailima bin Habib dari Banu Hanifah yang tinggal di Yamamah. Musailima bukanlah seorang yang berkedudukan mulia dalam puaknya. Dia lebih merupakan orang suruhan yang melakukan kerja-kerja menurut arahan golongan atasan dalam puaknya. Ketika rombongan Banu Hanifah berangkat ke Madinah untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w, Musailima dibawa bersama. Dia ditugaskan mengangkat barang-barang dan menjaga serta memberi makan haiwan tunggangan. Rombongan Banu Hanifah berhenti di luar kota Madinah. Musailima tinggal menjaga barang-barang sementara ahli rombongan yang lain memasuki kota Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Rombongan Banu Hanifah itu telah memeluk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w. Sebagai tanda persahabatan Islam, Rasulullah s.a.w memberikan mereka beberapa hadiah. Mereka juga telah menceritakan tentang salah seorang daripada mereka yang berada di luar kota Madinah menjaga barang-barang mereka. Rasulullah s.a.w berkenan juga memberikan hadiah kepada orang Banu Hanifah yang menjaga barang-barang itu sambil baginda s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dia bukan lebih hina daripada kamu”. Rasulullah s.a.w secara lembut menegur orang-orang Banu Hanifah bahawa tidak baik jika salah seorang daripada mereka yang merdeka diberi layanan sebagai budak suruhan. Mereka tidak seharusnya merendahkan sesama sendiri. Setelah kembali ke tempat barang-barang ditinggalkan, mereka yang telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w telah memberikan hadiah kiriman baginda s.a.w kepada Musailima. Mereka menceritakan apa yang telah dikatakan oleh baginda s.a.w. Pemberian hadiah, diiringi oleh kata-kata yang baik daripada seorang pemimpin yang sangat agung telah menimbulkan kejutan dalam jiwa Musailima yang selama ini tidak pernah dipandang mulia oleh kaumnya. Hatinya mengulangi kata-kata baik yang diucapkan mengenainya itu. Dia merenung dirinya sendiri yang mendapat perhatian daripada seorang Rasul dan pemerintah yang begitu mulia. Tentu sekali perhatian diberikan kepadanya kerana dia juga seorang yang mulia. Semakin dia merenung dirinya semakin dia menjadi asyik dengan dirinya. Rasa kemuliaan diri timbul dalam dirinya, semakin lama semakin kuat. Musailima menjadi asyik mahsyuk dengan dirinya sendiri. Keasyikan kepada diri sendiri merupakan pintu masuk kepada alam gelap yang membentuk misal diri yang mulia. Musailima telah dibawa kepada penggoda-penggoda alam gelap dan akhirnya dia menemui apa yang telah ditemui oleh Petrus, penganut agama Nasrani. Petrus telah ditabalkan oleh iblis menjadi nabi. Musailima juga menerima pertabalan tersebut. Petrus bersekutu dengan Isa al-Masih. Musailima bersekutu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Petrus menerima ‘wahyu’ dari iblis. Musailima juga menerima yang demikian. Petrus mengaku menjadi nabi. Musailima juga mengaku menjadi nabi. Bertambahlah bilangan nabi-nabi palsu yang ditabalkan oleh iblis. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w selain Musailima ada dua orang lagi yang mengaku menjadi nabi. Mereka adalah Thulaihah al-Asadi dan seorang wanita Banu Tamim bernama Sajjah. Tiga orang nabi-nabi palsu itu diperangi oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddik kemudian hari nanti. Kaum Muslimin mengetahui bahawa mereka adalah nabi-nabi palsu, tetapi ke tiga-tiga mereka tidak tahu yang diri mereka adalah nabi-nabi palsu. Mereka benar-benar percaya bahawa mereka adalah nabi. Musailima yakin bahawa dirinya bersekutu dan bersatu dengan Nabi Muhammad s.a.w dan dia lebih mulia daripada Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Bermula dengan keasyikan dengan diri sendiri Petrus, Musailima, Thulaihah dan Sajjah membangkitkan keegoan roh haiwani mereka. Satu medan alam ghaib di bawah bumbung langit dunia terbuka kepada roh haiwani mereka yang dikenderai oleh ego diri. Mereka masuk ke dalam Alam Misal gubahan iblis. Dalam Alam Misal tersebut mereka menyaksikan keagungan, kemuliaan dan kesempurnaan diri mereka sendiri melebihi segala kewujudan. Apabila mereka sudah merasakan diri mereka melebihi daripada segala sesuatu mereka pun ditabalkan oleh iblis menjadi nabi-nabi, iaitu utusan iblis bagi menyebarkan ajaran sesat kepada umat manusia. Tuhan mereka adalah diri mereka sendiri dan syariat mereka adalah hawa nafsu. Nabi-nabi iblis itu akan menanggalkan kehambaan, menghalalkan arak, judi dan zina. Mereka menggugurkan kewajipan sembahyang lima waktu, puasa dan zakat. Apa sahaja yang dinamakan syariat Islam bagi mereka adalah kosong, tidak ada faedahnya. Amalan agama yang mereka bawa sangat bersesuaian dengan kehendak hawa nafsu. Nabi-nabi iblis akan muncul dari masa ke masa. Mereka akan merombak peraturan syariat dan Sunah. Mereka membawa cerita-cerita ganjil yang mengelirukan. Mereka meletakkan al-Quran di bawah tapak kaki mereka dan meletakkan ceritera daripada iblis di atas kepala mereka. Sifat yang nyata lahir daripada mereka adalah ujub dan riak. Mereka mendakwa bahawa merekalah yang paling benar, paling bermakrifat. Nabi palsu berbeza daripada orang munafik. Orang munafik memutar-belitkan agama tanpa membawa satu bentuk kepercayaan khusus sebagai alternatif. Orang munafik tidak mempunyai pendirian yang tetap. Asal sahaja mereka dapat memesungkan yang benar mereka sudah berpuas hati. Nabi palsu pula membawa agama alternatif dengan menggunakan istilah agama yang sudah ada. Mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan yang khusus. Ada amalan tertentu yang mereka titik beratkan. Munafik hanya bersandar kepada hukum akal dan logik lahiriah. Nabi palsu pula menutup pintu akal dan membuka prinsip mengimani sumber ghaib yang berhubungan dengan mereka. Munafik memperbanyakkan hujah. Nabi palsu membentuk kepercayaan tanpa hujah. Setiap munafik bebas meminda agama menurut kehendak individu. Pengikut nabi palsu pula berpegang bulat kepada apa yang dikatakan oleh ketua mereka yang dipercayai sebagai nabi itu. Kedua-dua golongan tersebut akan membina jalan-jalan yang selari dengan jalan yang lurus dan mereka akan mencuba menarik umat Islam supaya masuk kepada jalan mereka. Orang yang tergelincir kepada jalan munafik dan jalan nabi palsu masih merasakan yang dia berada pada jalan yang lurus. Gerakan Musailima tidak mendapat pengaruh ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. Setelah Rasulullah s.a.w wafat puak yang ingin lari daripada pemerintahan Madinah telah memberi sokongan kepada Musailima tetapi mereka dapat dikalahkan oleh kaum Muslimin yang dipimpin oleh Saidina Abu Bakar as-Siddik. Related posts

Salik Dan Suluk

Salik Dan Suluk 25. Salik Dan Suluk Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Bila dia tidak ada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripadanya dan juga dia terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripada mereka. Pengasingan tersebut boleh menyelamatkan ahli suluk itu daripada anasir yang boleh merosakkannya melalui ego dan nafsunya. Dalam pengasingan itu juga dia melatihkan diri bagi memperolehi perkembangan kerohanian. Dia melatihkan diri agar terpisah daripada sifat-sifat yang tercela dan digantikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Semasa bersuluk itu amal ibadat seperti bersembahyang, berpuasa, berzikir dan lain-lain dilakukan dengan banyaknya. Dorongan hawa nafsu dikurangkan dengan cara menyedikitkan makanan, tidur dan berkata-kata. Bila kurang berkata-kata hati menjadi tidak lalai dalam mengingati Tuhan. Orang yang mahu memasuki suluk mestilah mempunyai azam yang kuat. Perkara-perkara yang sering menghalang seseorang daripada memasuki suluk adalah dunia, makhluk, syaitan dan hawa nafsu. Kebanyakan manusia tidak sanggup memisahkan diri buat seketika dengan dunia dan makhluk. Tipu daya syaitan dan kesenangan hawa nafsu berada dengan makhluk. Oleh sebab itu agak sukar bagi kebanyakan orang memisahkan dirinya daripada orang ramai. Jika dia berjaya melepaskan halangan tersebut dia mungkin berhadapan dengan halangan lain semasa bersuluk. Halangan semasa bersuluk adalah tuntutan mencari rezeki, kebimbangan tidak akan menemui apa yang dicari, kemungkinan ditimpa penyakit dan juga masalah keluarga yang berbagai-bagai. Seseorang salik perlu memperkuatkan sifat sabar dan bertawakal jika dia mahu jika dia mahu melepasi rintangan yang menghalangnya meneruskan amalan suluk. Dia juga perlu mengawasi perkara-perkara yang boleh merosakkan pencapaian rohaninya. Perkara-perkara tersebut adalah sifat-sifat takabur, ujub, riak dan samaah. Suasana hati yang ingin diperolehi melalui bersuluk adalah: “Ilahi! Engkau jua maksud dan tujuanku dan keredaan Engkau yang aku cari”. Salik yang berhasrat memperolehi hasil yang baik perlu menjaga sopan santun semasa bersuluk. Perlu yang perlu dijaga adalah: a) mengikhlaskan kasih kepada Allah s.w.t dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukan kerana mahukan kasyaf dan keramat. b) Amal ibadat yang dilakukan hendaklah sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh syariat, tidak boleh mengubahnya sehingga bercanggah dengan syariat. c) Salik perlu melepaskan ilmu-ilmu yang boleh melalaikannya dan boleh menarik cita-citanya kepada yang selain Allah s.w.t. Ilmu-ilmu seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu menarik harta dari bumi, ilmu yang berkait dengan khadam dan yang seumpamanya hendaklah dilepaskan kerana ilmu yang demikian menutup mata hati. d) Ketika menjalani amalan suluk fikiran hendaklah dibebaskan daripada memikirkan dan mengangankan sesuatu yang di dalam dunia. e) Hati hendaklah dipisahkan daripada sifat-sifat yang keji, seperti sifat haiwan, syaitan dan dorongan hawa nafsu. f) Memenuhkan masa bersuluk dengan kegiatan yang mengingatkan hati kepada Allah s.w.t. Sebahagian manusia lebih dituntut bergiat dalam kehidupan harian daripada mengasingkan diri. Pertama adalah orang alim yang ilmunya diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Termasuk di dalam ilmu yang diperlukan oleh orang ramai adalah pengajarannya, fatwanya dan karangannya. Orang yang seperti ini penyebaran ilmu merupakan ibadat khusus bagi mereka selepas ibadat fardu. Selepas urusan sembahyang lima waktu, lebih afdal baginya menyebarkan ilmu dan membasmikan kejahilan dalam masyarakat daripada mengasingkan diri dan membenamkan diri ke dalam perkara yang sunat. Golongan kedua adalah pengusaha yang mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh orang ramai, seperti doktor, pembuat roti, tukang kayu dan sebagainya. Mereka perlu berkhidmat kepada orang ramai dan memakmurkan bumi ini. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan membaca al-Quran. Golongan ke tiga adalah pemerintah yang bertugas membawa kebajikan kepada orang ramai. Mereka lebih dituntut menegakkan keadilan di dalam masyarakat dan menyebarkan kesejahteraan hidup daripada mengasingkan diri. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan pada malamnya diperbanyakkan wirid. Ada dua jenis manusia, secara sifat semulajadi mereka, sangat cenderung memasuki jalan suluk. Jenis pertama adalah orang yang cenderung untuk menjadi abid atau ahli ibadat. abid tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali beribadat kepada Allah s.w.t. Golongan ini seolah-olah tidak ada kemahiran untuk melakukan sesuatu yang lain daripada beribadat. Mereka hanya memperolehi manfaat dengan menggunakan masa untuk beribadat. Golongan ini dikuasai oleh suasana hati yang sangat takut meninggalkan ibadat untuk melakukan sesuatu pekerjaan, kerana dia takut tidak akan dapat menyempurnakan kebaktiannya kepada Allah s.w.t. Mereka sangat takutkan dunia kerana mereka melihat kekacauan di dalam dunia menjadi fitnah yang merosakkan hubungan mereka dengan Tuhan. Meninggalkan ibadat membuat mereka merasakan berjauhan dengan Tuhan. Rasa berjauhan dengan Tuhan menjadikan mereka tidak bermaya dan tidak berupaya berbuat apa-apa. Hanya ibadat boleh memberi kekuatan kepada mereka. Mereka seolah-olah tidak ada pilihan kecuali hidup beribadat dalam pengasingan. Jenis kedua dinamakan muwahhid iaitu orang yang terikat sepenuhnya dengan Allah s.w.t. Kecintaan mereka kepada Allah s.w.t sangat kuat menyebabkan hati mereka ‘pecah’ dan tidak berupaya lagi mengasihi sesuatu yang selain Allah s.w.t. Kebahagiaan mereka hanyalah bersama-sama Allah s.w.t, tidak ada tempat lagi untuk makhluk. Hati mereka tidak melihat kepada makhluk, oleh itu kehadiran makhluk tidak diperlukan. Orang yang ditakdirkan menjadi salah satu daripada dua golongan tersebut sangat cenderung memasuki jalan suluk sebagai persediaan untuk mereka mencapai kesempurnaan pada jalan abid atau muwahhid. Selain golongan yang menuju kepada suasana abid dan muwahhid, orang yang cenderung memasuki jalan suluk adalah muta’allim, iaitu orang yang belajar semata-mata kerana Allah s.w.t. Mereka merupakan golongan yang mencari kebenaran. Mereka tidak merasa puas dengan apa yang ditemui pada jalan pembelajaran biasa. Mereka memasuki suluk dengan harapan akan menemui apa yang tidak mereka temui sebelum bersuluk. Mereka percaya kebenaran yang sejati hanya boleh ditemui oleh hati yang suci murni dan cara yang paling baik menyucikan hati adalah dengan bersuluk. Golongan ini memerlukan bimbingan guru tarekat yang arif. Guru hendaklah tahu kedudukan murid dan tahu kadar ilmu yang boleh dibukakan kepada murid berkenaan. Bagi muta’allim (orang yang belajar) yang tidak memasuki jalan suluk, haruslah memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu. Menghadiri majlis ilmu lebih utama daripada ibadat sunat dan berzikir yang boleh dilakukan pada masa lapangnya. Muta’allim yang memasuki suluk lebih terdorong untuk mengalami suasana kerohanian yang diistilahkan sebagai muttakhaliq, iaitu orang yang mengalami perubahan sifat. Ada dua jenis muttakhaliq. Jenis pertama mengalami suasana mereka menjadi alat dan Allah s.w.t Pengguna alat. Mereka melihat perbuatan dan kelakuan mereka berlaku tanpa mereka rancang dan mereka tidak berdaya menahannya. Mereka melihat apa yang terjadi pada mereka terjadi tanpa kehendak mereka sendiri, tanpa usaha, tanpa tadbir dan tanpa ikhtiar memilih. Muttakhaliq jenis kedua pula adalah orang yang melihat Allah s.w.t meletakkan sifat dan bakat pada diri mereka dan mereka menjadi pelaku kepada sifat dan bakat tersebut. Jenis pertama melakukan sesuatu dalam suasana ‘dengan kehendak Allah s.w.t’ dan jenis kedua dalam suasana ‘dengan izin Allah s.w.t.’ Ahli suluk, sesudah melalui berbagai-bagai pengalaman kerohanian, kembali semula kepada kesedaran biasa dinamakan mutahaqqiq. Golongan ini kembali kepada jalan kenabian, memegang tugas sebagai khalifah Allah s.w.t yang meneruskan perjuangan Nabi-nabi. Golongan ini kembali kepada kesedaran kemanusiaan bagi membolehkan mereka menguruskan hal-ehwal manusia. Latihan kerohanian yang dilakukan semasa bersuluk berkemungkinan membawa salik memperolehi kasyaf, iaitu terbuka perkara ghaib kepada pandangan mata hatinya. Kasyaf ada dua jenis, iaitu kasyaf kecil dan kasyaf besar. Kasyaf kecil termasuklah terbukanya pandangan untuk melihat kepada Alam Barzakh, melihat roh orang yang sudah meninggal dunia, melihat syurga dan neraka, melihat makhluk halus dan lain-lain. Kasyaf besar pula adalah terbukanya pandangan hati kepada hakikat sesuatu dan membuka ingatan dan penghayatan kepada Allah s.w.t. Dalam perjalanan kerohanian, kasyaf kecil tidak penting bahkan kasyaf kecil sering menjadi benteng yang menghalang salik meneruskan perjalanannya. Keasyikan menyaksikan perkara ghaib membuat salik berhenti dan menyangkakan dia sudah sampai kepada Yang Haq, sedangkan perjalanannya masih jauh lagi. Apa yang penting adalah kasyaf besar atau terbukanya hakikat sesuatu. Pembukaan tentang hakikat boleh menyelamatkan salik daripada tipu daya syaitan yang bersembunyi di sebalik berbagai-bagai rupa, bentuk dan keadaan. Salik yang dikurniakan kasyaf besar tidak tertipu dengan syaitan walaupun syaitan datang dalam rupa guru yang alim dan warak. Salik juga boleh mengenali malaikat sekalipun malaikat datang tanpa berupa. Rasulullah s.a.w melihat rupa malaikat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli hanya dua kali sahaja, tetapi setiap kali Jibrail a.s datang Rasulullah s.a.w mengenalinya, sekalipun Jibrail a.s memakai rupa manusia atau tidak berupa. Kasyaf yang mengenali hakikat inilah sangat penting bagi salik yang berjalan kepada Tuhan. Kasyaf seperti ini diperolehi apabila rohani kembali kepada kesuciannya yang asal. Rohani yang demikian mengenali syaitan walaupun syaitan mengenderai manusia atau suasana dan rohani itu juga mengenali malaikat walaupun malaikat tidak menjelma di hadapannya. Contoh kasyaf besar adalah, apabila seorang salih didatangi oleh seseorang yang menyuruhnya berbuat kejahatan, maka dengan segera orang salih itu berkata: “Pergi kamu syaitan!” Orang salih itu menyedari atau melihat dengan kasyafnya yang orang yang mendatanginya itu sedang digunakan oleh syaitan untuk mengenakan tipu dayanya. Kasyaf yang demikian, walaupun tidak memperlihatkan rupa syaitan yang sebenarnya, tetapi syaitan itu tidak dapat bersembunyi. Kasyaf membawa salik kepada zauk iaitu mengalami suasana yang berhubung dengan Tuhan. Zauk membawa salik mengalami suasana Hadrat Tuhan. Suasana Hadrat Tuhan yang menguasai salik itu membentuk keperibadiannya. Bidang zauk sangat luas. Zauk biasanya diperolehi oleh salik yang terus menerus membenamkan dirinya di dalam zikir. Tenaga zikir memberi kekuatan kepada rohaninya untuk menghadap kepada hakikat ketuhanan. Kesan daripada pengalaman menghadap kepada hakikat ketuhanan yang dirasakan oleh hati itulah dinamakan zauk. Misalnya, hati salik berhadap kepada hakikat Tuhan Yang Maha Keras. Dia akan dikuasai oleh perasaan takut kepada Tuhan, takut kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya, takut kerana ibadat yang dilakukannya tidak sempurna dan bermacam-macam ketakutan lagi. Pengalaman yang demikian dinamakan pengalaman hakikat dan ia membuatnya mengenali Tuhan Yang Maha Keras atau dia dikatakan memperolehi makrifat tentang Tuhan Yang Maha Keras. Salik juga mungkin mengalami hakikat kenabian. Mungkin salik mengalami suasana Nabi Adam a. s diciptakan dan diturunkan ke bumi. Salik tersebut dikatakan mengalami Hakikat Adamiyah dan ia membuatnya lebih mengerti tentang kenabian Adam a.s. Pengalaman yang demikian tidak mengubahnya menjadi Nabi Adam a.s atau bersatu dengan beliau a.s. Jika ada penyatuan pun hanyalah dalam zauk atau alam perasaan, bukan penyatuan yang sebenarnya. Hakikat Adamiyah adalah suasana pentadbiran Tuhan yang berhubung dengan kejadian Adam a.s. Ia bukan anasir alam dan bukan berada dalam hati salik yang mengalaminya. Ia adalah suasana yang Tuhan gubah bagi memperkenalkan apa yang Dia mahu kenalkan kepada hati hamba-Nya. Begitu juga dengan pengalaman salik berhubung dengan hakikat Nabi Muhammad s.a.w atau dikenali sebagai Hakikat Muhammadiah. Salik tidak bertukar menjadi Nabi Muhammad s.a.w atau bersatu dengan baginda s.a.w. Salik diberi kesempatan mengenali Nabi Muhammad s.a.w dalam suasana pentadbiran Tuhan atau urusan Tuhan. Apa sahaja yang Tuhan mahu ciptakan telah ada pada sisi-Nya, dalam Ilmu-Nya, termasuklah Nabi Adam a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Tuhan bentukkan misal bagi suasana yang pada sisi-Nya yang melampaui segala misalan, dan misal gubahan Tuhan itu dihantarkan kepada hati salik. Salik yang menetap dalam kehambaan menyaksikan Hakikat Adam, Hakikat Muhammad dan Hakikat Tuhan. Salik yang terbalik pandangannya menjadi orang yang merasakan menjadi Nabi Adam a.s, menjadi Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi Tuhan atau pun mereka merasakan suasana penyatuan dengan hakikat-hakikat tersebut. Penyatuan tersebut hanya berlaku dalam bayangan ilmu, bukan penyatuan yang sebenarnya. Apabila salik melepasi peringkat bayangan, dia masuk kepada hal yang sebenar, yang tidak serupa dengan bayangan ilmu itu. Manusia yang ciptaannya digabungkan unsur rohani dengan unsur jasmani berkemampuan menerima bayangan Tuhan atau menerima sinaran Nur-Nya. Bayangan tetap bayangan. Zat Tuhan Yang Maha Tinggi tetap tinggal diselubungi oleh selimut ghaib yang Mutlak lagi amat perkasa, tidak mungkin diruntuhkan oleh kasyaf yang bagaimana pun. Nur bukanlah Zat, tetapi hanyalah satu ayat, tanda atau bukti tentang Tuhan dan juga satu Hijab daripada sekalian banyak Hijab-hijab ketuhanan, juga satu nama daripada sekian banyaknya nama-nama Tuhan. Kebodohan, ketidak-upayaan mengenal-Nya adalah tabir penutup yang asli dan tidak mungkin tersingkap hakikat Zat Tuhan melainkan pada hari kebangkitan, suasana yang Tuhan berkehendak memperlihatkan Diri-Nya secara nyata. Sebelum itu penyaksian merupakan penglihatan akal dan mata hati atau melihat Nur-Nya. Dalam fana salik mencapai Wajibul Wujud sifat bukan Wajibul Wujud Zat. Zat Ilahiat melampaui perbatasan Wajibul Wujud, mumkinul wujud atau apa sahaja yang dikaitkan dengan wujud atau tidak wujud. Salik yang mencapai Wajibul Wujud sifat mencapai kedudukan kewalian iaitu dia menjadi alat Allah s.w.t, bukan menjadi Allah s.w.t. Allah s.w.t memperkenalkan Hadrat-Nya melalui sifat dan nilai yang ada dengan manusia. Sifat dan nilai yang ada pada wali-Nya memperkenalkan-Nya dengan lebih berkesan daripada orang lain. Semakin sempurna kewalian seseorang itu semakin menyerlah keupayaan yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya dalam memperkenalkan-Nya sebaik mungkin. Bakat atau keupayaan memperkenalkan Tuhan yang dikurniakan kepada wali itu dinamakan tajalli Rahmani (kenyataan Tuhan). Wali yang di dalam fana mengucapkan ” Ana al-Haq! (Aku adalah Tuhan!)” memperkenalkan sifat Kalam Tuhan. Tuhan yang mengatakan demikian melalui lidah wali-Nya. Wali yang tidak di dalam fana pula mengatakan “Hua al-Haq! (Dia jualah Tuhan!)”. Ucapan wali yang di dalam fana dan ucapan wali yang di dalam kesedaran itu membawa maksud yang serupa. Wali yang di dalam fana tidak menjadi Tuhan dan demikian juga wali yang di dalam kesedaran. Satu jenis tajalli lagi dinamakan tajalli rohani (tajalli roh). Roh yang asli yang mengenal Tuhan dibungkus atau dihijab oleh bakat roh yang mendatang yang padanya terdapat berbagai-bagai sifat buruk yang menghijab Latifah Rabbaniah. Dalam tajalli roh kumpulan atau penyatuan hijab-hijab itulah yang menyata sebagai roh yang memiliki sifat Rabbaniah (ketuhanan). Orang yang mengalami tajalli roh mengatakan juga “Ana al-Haq!” dan pada ucapan tersebut ada pengakuan tentang ketuhanan rohnya. Dia benar-benar merasakan rohnya itulah Tuhan dan dia melihat sekalian makhluk tunduk kepada keagungan, kebesaran dan kemuliaan rohnya. Orang yang mudah terjatuh ke dalam medan tajalli roh ini adalah mereka yang sejak awal perjalanan lagi memang mempercayai dan berpegang kepada fahaman wahdatul wujud dan mereka sengaja mencari penyatuan dengan Tuhan. Segala usaha ditujukan bagi menghapuskan kemanusiaan mereka dan melahirkan ketuhanan diri mereka. Mereka berpegang kepada fahaman bahawa diri mereka, Adam, Muhammad dan Allah s.w.t adalah yang satu (kami berlindung kepada Allah s.w.t daripada iktikad yang sesat itu). Ibadat dan zikir bukan ditujukan kerana mencari keredaan Allah s.w.t sebaliknya digunakan bagi melahirkan kesedaran menurut apa yang telah mereka iktikadkan. Penyatuan Adam, Muhammad, Allah s.w.t dan diri mereka dialami pada makam roh. Sejak mula lagi, walaupun menyebut nama Allah s.w.t tetapi tumpuan dan penghayatan mereka adalah roh. Mereka memulakan sembahyang dengan memukau diri sendiri agar meyakini bahawa perbuatan mereka adalah Perbuatan Tuhan, sifat mereka adalah Sifat Tuhan, wujud mereka adalah Wujud Tuhan dan zat mereka adalah Zat Tuhan. Kalimah “La ilaha illa Llah” yang bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menghayatinya sebagai “La maujud illa Llah ” yang bermaksud ” Tidak ada yang ada melainkan Allah”. Mereka gunakan ucapan orang yang di dalam zauk untuk membentuk kefahaman mereka di dalam sedar. Setelah ditekankan beberapa lama bahawa perbuatan, sifat, wujud dan zat mereka sama dengan Tuhan maka keyakinan yang demikian terpahat dalam jiwa mereka. Bila sampai kepada satu tahap keyakinan hati mereka merasakan sekalian makhluk tunduk kepada ketuhanan mereka. Ketika itu keluarlah dari mulut mereka ucapan ” Ana al-Haq!”. Walaupun mengucapkan yang demikian seperti yang diucapkan oleh salik yang di dalam fana namun hati salik yang menerima tajalli Rahmani berbeza daripada hati mulhid yang menerima tajalli roh. Dalam tajalli roh tidak ada fana. Apa yang disangkakan fana di situ adalah pelepasan secara menyeluruh pengakuan kehambaan dan penerimaan secara menyeluruh bahawa rohnya adalah Tuhan atau Tuhan yang menjadi nyawa kepada rohnya. Bila orang ini kembali semula kepada kesedaran, ego diri dan sifat-sifat kebinatangan bertambah kuat menguasai mereka. Mereka menjadi orang yang takabur, berani mempersendakan Tuhan, nabi-nabi dan amalan agama (Ya Allah! Lindungi kami daripada perbuatan sesat itu.) Dari kalangan mereka timbul ungkapan bahawa ilmu Tuhan belum sempurna. Keegoan diri bertambah dan syariat dibuang begitu sahaja. Mereka menyahut seruan azan dengan ucapan meremehkannya. Mereka melihat ibadat yang orang lain lakukan sebagai sia-sia sahaja kerana kononnya orang ramai tidak mengenal Tuhan seperti mereka. Bagi mereka sembahyang yang sebenar adalah menyembah diri sendiri. Mereka inilah kumpulkan yang sesat, menyebarkan kesesatan dengan berselindung di sebalik ajaran tarekat tasauf dan ahli sunnah wal jamaah. Setiap Mukmin yang menjalani tarekat yang benar berkewajipan menghancurkan gerakan kumpulan tarekat yang sesat itu. Jangan terpedaya orang sesat yang boleh mengeluarkan kebolehan yang luar biasa. Mahaguru ajaran sesat, iblis laknatullah, lebih lagi luar biasanya. Dalam tajalli Rahmani keegoan salik binasa dan dia mencapai fana. Dalam kefanaan sifat kemanusiaannya lenyap bersama-sama kekotoran hatinya. Bila dia sedar semula dia sudah menjadi bersih dan hatinya penuh dengan keikhlasan. Ego tidak kembali kepadanya. Dia sentiasa merendahkan diri kepada Tuhan dan sesama manusia. Dia mematuhi perintah-Nya dan peraturan-Nya dan berjalan di atas muka bumi dengan tawaduk dan takwa. Seseorang yang ingin menjadi salik sangat perlu melepaskan fahaman wahdatul wujud dan keinginan kepada sesuatu yang selain Allah s.w.t seperti kasyaf, kekeramatan, kewalian, sesuatu ilmu dunia dan lain-lain yang boleh menjadi hijab. Masuklah ke dalam suluk bersama-sama syariat, sebagai hamba Tuhan, yang inginkan makam sebagai hamba Tuhan semata-mata tidak hamba kepada yang selain-Nya, mahu menyembah Tuhan semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu baik yang nyata mahupun yang ghaib, berharap, bergantung dan berhajat kepada-Nya semata-mata, tidak kepada yang lain. Orang yang baharu memasuki bidang tarekat tasauf gemar memerhatikan martabat nafsu. Mereka sering mengintai-intai diri mereka apakah sudah berada pada martabat nafsu yang tinggi. Jika mereka merasakan terdapat tanda ketinggian nafsu mereka maka mereka akan merasakan kejayaan. Orang salik dan juga orang yang berminat kepada tasauf perlulah sedar bahawa martabat nafsu bukanlah matlamat. Huraian di dalam buku-buku, daerah nafsu-nafsu dinyatakan dengan jelas. Dalam perjalanan yang sebenarnya tidak ada sempadan yang jelas di antara satu daerah nafsu dengan daerah nafsu yang berikutnya. Perubahan sifat nafsu berlaku tanpa disedari, tidak ada isyarat yang mengsahkan yang mereka sudah berpindah kepada daerah nafsu yang lain. Keinginan kepada pertukaran makam nafsu merupakan tipu daya yang halus. Orang yang memasuki suluk perlu membuang kehendak diri sendiri dan tunduk kepada kehendak Tuhan. Jika masih lagi mengintai makam nafsu bermakna kehendak diri masih lagi kuat. Walaupun dia melihat tanda nafsunya sudah ada pada makam yang tinggi, tetapi keinginannya kepada makam nafsu yang tinggi itu menunjukkan kehendaknya masih belum menyerah kepada kehendak Tuhan. Itu bermakna dia belum mencapai makam nafsu yang tinggi itu walaupun dia merasakan sudah mencapainya. Makam-makam nafsu hanyalah panduan di dalam perjalanan, berguna bagi guru yang membimbing muridnya dalam menyusun latihan berperingkat-peringkat. Permulaan tarekat adalah syariat dan penghabisan tarekat adalah juga syariat. Kebenaran dalam syariat dipermulaan jalan tidak jelas. Setelah sampai di penghujung jalan kebenaran yang dinyatakan oleh syariat menjadi jelas. Pengalaman fana yang paling tinggi dalam nafsu radhiah tidak dapat menandingi satu sembahyang fardu yang dilakukan kerana Allah s.w.t menurut peraturan syariat. Baqa bersama-sama Allah s.w.t di dalam makam nafsu mardhiah tidak dapat menandingi baqa (kekal) di dalam Sunah Rasulullah s.a.w. Kesempurnaan nafsu pada makam kamaliah tidak dapat menandingi kesempurnaan menjalankan perintah Allah s.w.t, terutamanya dalam bidang berdakwah membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Makam-makam nafsu hanyalah alat atau jalan, bukan matlamat. Zikir yang dilakukan sendirian selama 24 jam tanpa berhenti tidak dapat menandingi zikir yang melibatkan perkataan, perbuatan dan perasaan yang dilakukan dalam masyarakat dan memanfaatkan makhluk Tuhan. Tarekat haruslah dijadikan alat untuk menyempurnakan syariat bukan untuk sesuatu tujuan yang lain. Salik perlu tahu bahawa latihan kerohanian yang sebenar hanya bermula apabila dia diheret oleh kuasa ghaib dan dia dapat merasakan yang dia diberi bimbingan, tunjuk-ajar serta panduan. Pada masa yang sama dia merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang dan rasa kehampiran dengan Tuhan semakin bertambah. Salik perlu sedar bahawa tidak ada satu jalan pun daripada hamba kepada Tuhan. Semua jalan kepada Tuhan adalah dihulurkan daripada Tuhan kepada hamba. Selagi Tuhan tidak menghulurkan jalan selagi itulah hamba tidak menemui jalan kepada-Nya. Latihan kerohanian yang dilakukan oleh salik bertujuan mempersiapkan salik agar bersedia memasuki jalan Tuhan apabila Tuhan membuka jalan tersebut. Sekiranya dia tidak bersedia jalan tersebut akan ditutup kembali. Rasulullah s.a.w berkhalwat di Gua Hiraa sebagai persiapan menerima kedatangan wahyu. Khalwat yang baginda s.a.w lakukan itu tidak berupaya memanggil wahyu turun. Wahyu datang daripada Allah s.w.t, menurut kehendak-Nya namun, Allah s.w.t menghantarkan wahyu setelah baginda s.a.w bersedia dan mampu menerima kedatangan wahyu itu. Begitu juga dengan kedatangan warid. Ia dihantarkan kepada salik yang bersedia menerimanya. Setelah mengakui tidak ada jalan atau tangga yang boleh dibina oleh hamba untuk mencapai Tuhan maka hamba tidak ada pilihan kecuali bersandar kepada Tuhan dan berserah diri kepada-Nya. Ilmu dan amal hanya mampu membawa salik kepada makam berserah diri kepada Tuhan dengan sepenuh jiwa raga. Makam berserah diri adalah medan di mana dihulurkan jalan atau tangga yang membawa seseorang hamba kepada Tuhan. Penyerahan yang sebenar itu adalah Islam. Hanya Islam sahaja yang menjadi agama yang diredai Allah s.w.t dan kepada orang yang benar-benar Islam sahaja dikurniakan nikmat kehampiran dengan Allah s.w.t Yang Maha Tinggi. Tidak dinamakan Islam tanpa syariat Islam. Oleh sebab itu tarekat yang putus dengan syariat Islam tidak akan menemukan seseorang dengan Allah s.w.t. Islam merupakan satu-satunya jalan bagi seseorang hamba menghampiri Tuhan. Tidak ada jalan lain lagi. Allah s.w.t telah menyatakan perkara ini dengan tegasnya di dalam al-Quran: Hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku. Dan Aku reda Islam menjadi agama (syariat) kamu. ( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah ) Related posts

24. Zikir Meliputi Perkataan, Perbuatan Dan Perasaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 



24. Zikir Meliputi Perkataan, Perbuatan Dan Perasaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Zikir Meliputi Perkataan, Perbuatan Dan Perasaan

24. Zikir Meliputi Perkataan, Perbuatan Dan Perasaan

Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! ( Ayat 14 : Surah Taha )

Sembahyang mengandungi perbuatan anggota zahir, perkataan yang dilafazkan dan penyertaan hati yang benar menghadap kepada Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga. Mengingati Allah s.w.t melalui sembahyang merupakan zikir yang paling sempurna. Perbuatan menjadi zikir, perkataan menjadi zikir dan perasaan menjadi zikir. Sekalian maujud berada dalam suasana zikir. Zikir dalam sembahyang menggabungkan pengakuan bahawa yang diingatkan itu adalah Allah s.w.t; bahawa Allah s.w.t yang diingati itu adalah Tuhan; bahawa tiada Tuhan melainkan Dia; bahawa Allah adalah Tuhan yang disembah; bahawa menyembah Allah s.w.t adalah dengan perkataan, perbuatan dan perasaan; bahawa apa sahaja yang dilakukan adalah kerana mentaati-Nya dan kerana ingat kepada-Nya.

Zikir yang di dalam sembahyang menjadi induk kepada zikir-zikir di luar sembahyang. Menyebut nama-nama Allah s.w.t adalah zikir. Perkataan yang baik-baik diucapkan kerana Allah s.w.t adalah zikir. Nasihat menasihati kerana Allah s.w.t adalah zikir. Menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t adalah zikir. Semua itu merupakan zikir perkataan. Zikir perbuatan pula meliputi segala bentuk amalan dan kelakukan yang sesuai dengan syarak demi mencari keredaan Allah s.w.t. Berdiri, rukuk dan sujud dalam sembahyang adalah zikir. Melakukan pekerjaan yang halal kerana Allah s.w.t, kerana mematuhi peraturan yang Allah s.w.t turunkan, adalah zikir. Mengalihkan duri dari jalan kerana Allah s.w.t adalah zikir. Apa juga perbuatan yang tidak menyalahi peraturan syariat jika dibuat kerana Allah s.w.t maka ia menjadi zikir. Tidak melakukan apa-apa pun boleh menjadi zikir. Orang yang menahan anggotanya, lidahnya dan hatinya daripada menyertai perbuatan maksiat sebenarnya melakukan zikir jika dia berbuat demikian kerana Allah s.w.t. Semua itu menjadi zikir jika dibuat kerana Allah s.w.t, kerana mematuhi perintah-Nya, kerana mencari keredaan-Nya dan kerana ingat kepada-Nya. Jadi, perbuatan dan perkataan terikat dengan amalan hati untuk menjadikannya zikir. Ia hanya dikira sebagai zikir jika ada zikir hati iaitu hati ingat kepada Allah s.w.t, ikhlas dalam melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya Tanpa zikir hati tidak ada zikir-zikir yang lain, kerana setiap amalan digantungkan kepada niat yang lahir dalam hati.

Zikir adalah mengingati Allah s.w.t sebaik dan seikhlas mungkin. Mengingati nama-nama dan sifat-sifat-Nya adalah zikir. Melihat matahari, bulan dan bintang di langit sambil mengenang kebijaksanaan Allah s.w.t merupakan zikir. Melihat kilat memancar dan mendengar guruh berdentum sambil mengenangkan keperkasaan Allah s.w.t adalah zikir. Melihat fajar subuh, melihat dan mencium bunga yang indah lagi harum sambil mengenang keelokan Allah s.w.t adalah zikir juga namanya. Jadi, zikir adalah pekerjaan sepanjang masa, setiap ketika, semua suasana, pada setiap sedutan dan hembusan nafas dan pada setiap denyutan nadi. Kehidupan ini merupakan zikir daim (zikir berkekalan) jika mata hati sentiasa memerhatikan sesuatu tentang Allah s.w.t.

Misalkan seorang sedang melakukan zikir hati dan perkataan; menyebut dan mengingati nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak di hadapannya. Anak kecil itu memegang sebotol racun. Anak kecil mahu meminum racun tersebut. Pada ketika itu ahli zikir tadi berkewajipan meninggalkan pekerjaan zikir yang sedang dilakukannya dan berpindah kepada zikir menyelamatkan anak kecil yang mahu meminum racun itu. Perpindahan perbuatan tidak memutuskan zikir atau ingatannya kepada Allah s.w.t. Dia menyebut nama Tuhan kerana ingat kepada Tuhan. Dia menyelamatkan anak kecil itu kerana mentaati perintah Tuhan. Tuhan yang mentakdirkan anak kecil itu mahu meminum racun di hadapannya. Tuhan juga mengadakan syariat yang mewajibkan membuang kemudaratan. Taat kepada perintah Tuhan dan reda dengan takdir Tuhan yang datang serta bertindak menurut peraturan syariat Tuhan merupakan zikir yang sangat mulia pada sisi Tuhan. Zikir yang begini termasuk di dalam golongan zikir yang berkekalan atau zikir daim.

Zikir daim sukar diperolehi. Kebanyakan manusia melakukan pekerjaan yang baik-baik yang seharusnya menjadi zikir tetapi dilakukan tanpa ingatan kepada Allah s.w.t dan bukan dengan penghayatan mematuhi syariat-Nya. Kekuatan dalaman perlu ditambah bagi memperolehi zikir daim. Bagi tujuan tersebut perlulah dilakukan zikir sebutan iaitu zikir nafi-isbat (ucapan kalimah “La ilaha illa Llah “) dan zikir nama-nama serta sifat-sifat-Nya. Zikir yang seperti ini memberi kesan kepada menguatkan rasa kecintaan dan ingatan kepada Allah s.w.t. Ia membuka kesedaran-kesedaran dalaman seperti yang telah dinyatakan pada tajuk yang membicarakan perjalanan Latifah Rabbaniah. Kekuatan kesedaran dalaman mendorong seseorang melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah s.w.t yang dicintainya, yang hampir dengannya. Zikir nafi-isbat dan sebutan nama-nama serta sifat-sifat-Nya menjadi jalan kepada zikir dalam bentuk mentaati peraturan-Nya tanpa lupa kepada-Nya. Jadi, perlu dilakukan zikir secara sebutan untuk memudahkan zikir secara amalan atau perbuatan dan kelakuan. Mudah-mudahan terhasillah zikir yang berkekalan.

Zikir atau mengingati Allah s.w.t haruslah dilakukan menurut kadar kemampuan masing-masing. Zikir yang paling baik diucapkan adalah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: “Ucapan zikir yang paling baik adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa. Itulah ucapan kalimah ‘La ilaha illa Llah ‘ .”

Orang yang tidak pernah berzikir adalah orang yang sangat keras hatinya dan kuat dikuasai oleh syaitan, hawa nafsu dan dunia. Cahaya api syaitan, fatamorgana dunia dan karat hawa nafsu membaluti hatinya sehingga tidak ada ingatannya kepada Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Tuhan tidak diterima oleh hatinya. Beginilah keadaan orang Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Orang yang masih mempunyai kesedaran perlu memaksakan dirinya untuk berzikir, sekalipun hanya berzikir dengan lidah sedangkan hatinya masih lalai dengan berbagai-bagai ingatan yang selain Allah s.w.t. Pada tahap pemaksaan diri ini, lidah menyebut Nama Allah s.w.t tetapi hati dan ingatan mungkin tertuju kepada pekerjaan, harta, perempuan, hiburan dan lain-lain. Beginilah tahap orang Islam biasa. Orang yang berada pada tahap ini perlu meneruskan zikirnya kerana jika dia tidak berzikir dia kan lebih mudah dihanyutkan di dalam kelalaian. Tanpa ucapan zikir syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar-gambar tipuan kepada cermin hatinya dan dunia akan lebih kuat menutupinya. Zikir pada peringkat ini berperanan sebagai juru ingat. Sebutan lidah menjadi sahabat yang memperingatkan hati yang lalai. Berlakulah pertembungan di antara tenaga zikir dengan tenaga syaitan yang menutupi hati. Tenaga syaitan akan mencuba untuk menghalang tenaga zikir daripada memasuki hati. Tindakan syaitan itu membuatkan orang yang ingin berzikir itu menjadi malas dan mengantuk. Oleh yang demikian perlulah dilakukan mujahadah, memerangi syaitan yang menghalang lidah daripada berzikir itu. Zikir yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan berjaya melepasi benteng yang didirikan oleh syaitan. Tenaga zikir yang berjaya memasuki hati akan bertindak sebagai pencuci, menyucikan karat-karat yang ada pada dinding hati. Pada peringkat permulaannya zikir masuk ke dalam hati sebagai Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan yang diucapkan. Apabila karat pada dinding hati sudah berkurangan ucapan zikir akan disertai oleh rasa kelazatan. Hati yang sudah merasai nikmat zikir itu tidak perlu kepada paksaan lagi. Lidah tidak perlu lagi berzikir. Zikir sudah hidup dalam hati secara diam, jelira dan melazatkan. Perhatian bukan sekadar kepada nama-nama dan sifat-sifat yang diingatkan malah ia lebih tertuju kepada Yang Empunya nama dan sifat. Inilah kedudukan orang yang beriman.

Zikir yang lebih mendalam membawa hati berhadap kepada Hadrat Tuhan, menyaksikan Tuhan pada setiap masa dan suasana. Apa sahaja yang dilihat dan dibuat memperingatkannya kepada Tuhan. Inilah peringkat zikir daim yang dikurniakan kepada mereka yang beriman dan bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Kehidupan mereka dipenuhi oleh zikir sepanjang masa. Tidur mereka juga menjadi zikir.

Zikir yang diucapkan dengan perkataan membantu hati mengingati Tuhan. Bagi sebahagian manusia berzikir secara kuat lebih memberi kesan daripada berzikir secara perlahan, terutamanya bagi mereka yang baharu memulakan amalan zikir. Zikir secara senyap di dalam hati adalah pergerakan perasaan. Hati menghayati apa yang dizikirkan dan terbentuklah alunan perasaan sesuai dengan apa yang dihayati. Pada tahap yang lebih mendalam zikir bukan lagi sebutan atau ingatan kepada Nama, tetapi hati menyaksikan Keperkasaan dan Keelokan Tuhan. Bila hati sudah boleh menyaksikan Keelokan dan Keperkasaan Tuhan, itu tandanya seseorang itu sudah ada hubungan semula dengan roh suci yang mengenal Tuhan. Pancaran cahaya makrifat daripada roh suci membuat hati dapat melihat kenyataan sifat-sifat Tuhan.

Pada tahap kesedaran yang lebih mendalam, ucapan serta ingatan dan perhatian yang berhubung dengan Tuhan menimbulkan keghairahan atau zauk. Zauk itu terjadi kerana kuatnya tarikan Hadrat Tuhan kepada hati. Ingatan dan penyaksian terhadap Hadrat Tuhan akan memberi kesan yang sangat kuat kepada hati. Hati yang menyaksikan Hadrat Tuhan Yang Maha Perkasa boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pengsan kerana takutnya hati kepada keperkasaan Allah s.w.t. Hati yang menyaksikan Hadrat Tuhan Yang Maha Lemah-lembut akan mengalami rasa kenikmatan dan kebahagiaan yang amat sangat.

Pada tahap kesedaran yang lebih mendalam, hati diperkuatkan lagi supaya mampu menerima ‘sentuhan’ Hadrat Tuhan itu. Penyaksian terhadap Hadrat Tuhan tidak lagi melahirkan keghairahan atau zauk atau kegoncangan kepada hati. Hati mengalami suasana Hadrat Tuhan dalam keadaan damai dan sejahtera. Pada tahap ini hati akan mengenali Tuhan sebagai Raja Yang Maha Berkuasa. Berada pada sisi Raja tersebut membuat hati merasakan kesejahteraan dan keselamatan yang tidak terhingga, hilang rasa takut dan dukacita.

Pada tahap kesedaran yang paling dalam hati berhadap kepada Hadrat Tuhan yang bernama Allah s.w.t, yang menguasai semua Hadrat, yang melampaui segala nama dan sifat, segala kenyataan dan ibarat. Hati sampai kepada tahap jahil setelah berpengetahuan. Ilmu gagal menghuraikan tentang Allah s.w.t. makrifat gagal memperkenalkan Allah s.w.t. Apa sahaja yang terbentuk, tergambar, terfikir, yang disaksikan dengan mata luar dan juga mata dalam dan segala-galanya tersungkur di hadapan Hadrat Allah s.w.t, yang tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Perkasa. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang menyamai Allah s.w.t, Dia Maha Esa. Hati yang berhadapan dengan Hadrat Allah s.w.t benar-benar mengalami dan mengenali maksud keesaan Allah s.w.t. Hati pun tunduk, menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t, Tuhan Maha Mencipta. Baharulah sempurna penyerahannya, baharulah lengkap perjalanan Islamnya.

Setelah itu rohnya menjadi seakan-akan roh yang baharu, seumpama baharu lahir. Roh yang baharu itu adalah Roh Islam yang telah mengenal Allah s.w.t yang melampaui segala sesuatu tetapi memiliki Hadrat-Nya, Nama-nama-Nya dan Sifat-sifat-Nya, menyata kepada Roh Islam, iaitu Roh yang lebih tulen dan seni daripada semua roh-roh yang lain. Itulah roh yang telah menemui Kebenaran Hakiki. Pada roh tersebut bercantum tahu dengan tidak tahu, kenal dengan tidak kenal, nafi dengan isbat. Roh Islam itulah yang benar-benar mengerti maksud nafi dan isbat pada Kalimah Tauhid: “La ilaha illa Llah”.

Dia turunkan Roh dari urusan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya untuk memberi peringatan tentang hari pertemuan. ( Ayat 15 : Surah al-Mu’min)

Roh Islam yang mengenderai hati Islam dan memiliki nafsu Islam, akal Islam dan pancaindera Islam kembali kepada kehidupan dunia untuk mengajak dan membimbing orang lain kepada Yang Haq, Kebenaran Hakiki. Roh Islam mengeluarkan yang Islam sahaja. Jiwanya Islam, perkataannya Islam, perbuatannya Islam, diamnya Islam, tidurnya Islam dan segala-gala yang mengenainya adalah Islam. Roh Islam yang paling sempurna adalah roh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w merupakan contoh tauladan Islam yang paling sempurna, paling baik.

Zikir memainkan peranan yang penting dalam melahirkan Roh Islam. Bagi orang yang inginkan kebenaran dan melihat kebenaran, menjadi kewajipan baginya mengingati Allah s.w.t sebanyak mungkin.

Lantas apabila kamu telah selesaikan sembahyang (sembahyang di waktu perang ) itu, maka hendaklah kamu ingat kepada Allah s.w.t sambil berdiri, dan sambil duduk, dan sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu. Tetapi apabila kamu telah tenteram, maka hendaklah kamu dirikan sembahyang (seperti biasa), kerana sesungguhnya itu adalah bagi Mukminin satu kewajipan yang ditentukan mwaktunya. ( Ayat 103 : Surah an-Nisaa’ )

Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau. Lantaran itu peliharakanlah kami daripada seksa neraka”. ( Ayat 191 : Surah a-Li ‘Imran )

Setiap Muslim seharusnya mencari kehidupan berzikir; berzikir sambil duduk dan sambil berbaring; bekerja di dalam berzikir; berehat di dalam berzikir dan tidur di dalam berzikir. Lidah berzikir, anggota tubuh berzikir dan hati berzikir. Tentera Islam yang sedang berperang dengan musuh pun dituntut berzikir, apa lagi kaum Muslimin yang berada dalam suasana aman. Muslim sejati sentiasa berzikir, mengingati dan mentaati Allah s.w.t.

Related posts

Umat Yang Diasuh Oleh nabi Muhammad s.a.wRead more

Makam PenetapanRead more

Menuju Penetapan Insan Hamba TuhanRead more

Menuju Kesedaran InsaniRead more

© 2008-2019 Jalan Sufi. All Rights Reserved.


🕋🇲🇾💜🖤💝💞💟🕌

When To Buy Bitcoin?

27 November 2019 305,982 views|Nov 24, 2019,2:06 am Bitcoin Has Crashed Again—But Is This When To Buy Bitcoin? Billy BambroughContributor Crypto & Blockchain I write about how bitcoin, crypto and blockchain can change the world. Bitcoin and cryptocurrency investors have had their hopes of a return to bitcoin’s all-time-high in 2019 all but dashed after the latest sudden sell-off. [Updated Nov. 25 at 7:48 a.m. ET] The bitcoin price last night fell to a six month low of $6,515 per bitcoin on the Luxembourg-based bitcoin and crypto exchange Bitstamp. The bitcoin price is down some 6% over the last 24-hour trading period, wiping billions of dollars from the value of the world’s biggest cryptocurrency. The bitcoin and crypto industry has been rocked by a severe bitcoin and crypto trading warning out of China, which some have blamed for the latest sell-off. Now, Wall Street veteran Peter Brandt, who made a name for himself by predicting bitcoin’s devastating 2018 bear market, has called bitcoin’s low for July 2020–two months after bitcoin’s closely-watched halving event. bitcoin, bitcoin price, image Some bitcoin traders and investors are worried the[+] NURPHOTO VIA GETTY IMAGES “My target of $5,500 is not far below today’s low,” Brandt wrote on Twitter ahead of the weekend’s sell-off. “But I think the surprise might be in the duration and nature of market. I am thinking about a low in July 2020. That will wear out bulls quicker than a price correction.” Brandt, who earlier this year said bitcoin will eventually hit $100,000 and described the bitcoin market as “like no other,” warned bitcoin bulls “must first be fully purged” before the price will rebound. Brandt’s comments echo some of bitcoin’s biggest bulls, who have recently come out in force to reassure investors that bitcoin is far from dead. As well as the May bitcoin halving, which will see the number of bitcoin rewarded to miners cut by half from 12.5 bitcoin to 6.25 bitcoin, bitcoin investors are hopeful next year will bring an increase in the number of bitcoin retail investors and people using bitcoin and cryptocurrencies for payments. Bakkt, a New York Stock Exchange-owner backed bitcoin and cryptocurrency venture, announced last month it plans to launch a consumer app for cryptocurrency purchases in 2020. U.S. coffee chain Starbucks will be its first launch partner, with the company one of the original backers of the crypto project, along with software giant Microsoft and Boston Consulting Group. bitcoin, bitcoin price, chart The bitcoin price has stabilized since Friday’s[+] COINBASE Meanwhile, Bakkt’s bitcoin futures daily volume hit a new all-time high, according to data from Intercontinental Exchange, with some $20.3 million across 2,700 futures contracts on Friday. Many in the traditional financial industry remain unconvinced by bitcoin and crypto, however. This month, former European Central Bank president Jean-Claude Trichet slammed bitcoin and Facebook’s crypto project, warning bitcoin is “not real” and not the future of money. Get the best of Forbes to your inbox with the latest insights from experts across the globe. Follow me on Twitter. Billy Bambrough I am a journalist with significant experience covering technology, finance, economics, and business around the world. As the founding editor of Verdict.co.uk I reported…Read More

Nama-Nama Surah Al-Fatihah

Nama-Nama Surah Al-Fatihah بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Semua kita pasti pernah mendengar ‘Surah Al-Fatihah’ dan sesetengah orang memanggilnya dengan ‘Surah Alhamdulillah’…. Sebenarnya terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada Surah Al-Fatihah ini. Menurut kitab “Khazinatul Asrar” karangan Al-Ustaz Assayyid Muhammad Haqqin Nazili, Surah Al-Fatihah ini mempunyai 30 nama. Berdasarkan kepada beberapa dalil al-Quran dan sunnah, Surah al-Fatihah juga turut dikenali dengan beberapa tambahan nama yang mungkin lebih daripada jumlah yang dinyatakn itu. Surah Al-Fatihah adalah merupakan surah yang paling agung dari kebanyakan surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia adalah berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud Al-Fatihah merupakan ‘Surah Yang Paling Agung’ di dalam Al-Quran. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Tafsir al-Quran, Bab wa Summiyat Umm al-Kitab dengan lafaz: عَنْ أَبِي سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى قَالَ لِي لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ السُّوَرِ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ قُلْتُ لَهُ أَلَمْ تَقُلْ لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ Tidak ada tolok banding untuk menentukan kebesaran surah Al-Fatihah ini. Oleh itu amatlah tepat bila diberi nama dengan ‘Surah Agung’. Berikut adalah di antara nama-nama tersebut: . 1. Umm al-Quran Ummul Quran adalah ‘Induk Al-Quran’. Banyak berpendapat yang mempunyai erti Ummul Quran ini. Sesetengahnya mengatakan adalah kerana Al-Fatihah ini isinya dianggap sebagai keringkasan isi seluruh Al-Quran. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Salah, Bab Wujub al-Qir’ah al-Fatihah fi Kulli Rakaah. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat namun tidak membaca Umm al-Quran, maka ia kurang, kurang, kurang tidak sempurna.” ‘Umm al-Quran’ di dalam hadis ini adalah merujuk kepada al-Fatihah yang merupakan bacaan wajib di dalam solat. . 2. Al-Quranul Aziim ‘Bacaan yang teragung’. Dinamakan bacaan agung kerana isi AL-Fatihah ini semuanya mengenai masalah yang amat besar atau agung. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tafsir, Bab Qawluhu Walaqad Ataina…… عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمُّ الْقُرْآنِ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ Maksudnya: Umm al-Kitab (Surah yang paling utama di dalam al-Quran) ialah Sab’u al-Mathani dan al-Quran al-‘Azim. . 3. Fatihah al-Kitab atau Fatihatul Kitab Ia adalah ‘Pembuka KItab’. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Wujub al-Qir’ah li al-Imam wa al-Ma’mum. عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ Maksudnya: Tidak sah solat yang tidak dibacakan di dalamnya dengan Fatihah al-Kitab. . 4. As Sab‘u al-Mathani Assab’ul Mathani (Tujuh yang berulang-ulang) adalah merujuk kepada 7 ayat iaitu Surah al-Fatihah yang dibaca berulang-ulang, baik ketika membaca Al-Quran, di dalam solat atau di luar solat.. وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan al-Quran yang agung. (Surah al-Hijr: 87) . 5. Al-Hamdu ‘Surah Pujian’ kerana isinya penug dengan pujian kepada Tuhan. Allah menyebut dalam surah ini pada ayat ke dua sebagai: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Segala puji selayaknya bagi Allah, tuhan sekalian alam. (Surah al-Fatihah: 2) . 6. Al-Ruqyah ‘Surah Jampi atau berubat’ kerana dengan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Kitab al-Salam, Bab al-Dalil ‘ala Dukhul Tawaif Min al-Muslimin al-Jannah Bighayr Hisab wa la ‘Azab. عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانُوا فِي سَفَرٍ فَمَرُّوا بِحَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ فَقَالُوا لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَيِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ نَعَمْ فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَبَرَأَ الرَّجُلُ Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berada dalam perjalanan yang jauh dan berhenti untuk istirehat di salah sebuah perkampungan Arab lalu mereka meminta dijamu oleh penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya, “Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi?” Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab, “Ya, ada”. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung itu sembuh. Oleh kerana al-Fatihah berfungsi sebagai ruqyah (jampi menggunakan al-Quran dan sunnah), maka ia juga turut dikenali sebagai al-Ruqyah. . . Sebahagian Lagi Nama Al-Fatihah Ringkasan sebahagian daripada nama-nama lain bagi surah al-Fatihah adalah : . 7. Ummul Kitab ‘Induk Kitab’. Begitu juga nama ini terdapat di dalam banyak hadis. Ummul Kitab diertikan bahawa Al-Fatihah mengandungi semua soalan yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu ketuhanan, alam akhirat, ibadah dan sejarah-sejarah ilmu pengetahuan politik, sosial dan masyarakat. 8. Al-Wafiah ‘Mencakupi’. Kerana isinya mencakup seluruh Al-Quran dan meliputi keterangan-keterangan tentang Allah SWT dan keterangan tentang manusia. 9. Al-Waqiah ‘Menjaga’. Orang-orang yang membacanya dari berbagai-bagai bahaya dan penyakit. Dalam hal ni banyak fadilatnya yang disebut di dalam hadis, juga menjadi amalan harian orang-orang yang soleh. 10. Al-Kanzu ‘Perbendaharaan’. Tempat yanq penuh dengna barang-barang yang berharga. Tentu sahaja kerana semua isi dari Al-Fatihah adalah ibarat barang-barang yang sangat mahal harganya. 11. Al-Kafiah ‘Memadai’ kerana Al-Fatihah ini mencakupi semua ayat-ayat dalam Al-Quran dan ayat-ayat ini tidak seperti Al-Fatihah ini. 12. Al-Asas ‘Sendi atau dasar’ kerana dia dianggapnya sebagai asas dari Al-Quran dan ayat BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM di anggap sebagai dasar dari Al-Fatihah. 13. Fatihahtul Quran ‘Pembuka Al-Quran’ kerana letaknya di permulaan Al-Quran atau boleh juga diertikan sebagai pintu masuk ke Al-Quran. 14. Suratan Nur ‘Surah cahaya’ kerana surah ini banyak membawa nur dan penerangan kepada manusia. 15. Suratul Syukri ‘Surah Syukur’ kerana isinya penuh dengan syukur kepada Allah SWT. 16. Suratul Hamdil’ulla ‘Surah pujian pertama dan tertinggi’. 17. Suratul Hamdil Qasywaa ‘Surah pujian terakhir.’ 18.Suratus Syifa’ Surah yang mengandungi kesembuhan (Ubat). 19. Suratus Syafiyah Surah yang menyembuhkan. 20. Suratus Solah Surah yang dibaca tiap-tiap solat. 21. Suratul Doa Surah yang berisi doa. Tiap-tiap kali kita baca surah ini bererti kita berdoa terhadap Allah SWT. 22. Suratut Talab Surah yang berisi tuntutan (permohonan). 23. Suratus Soaal Surah yang berisi permintaan. 24. Suratul Munajat Surah yang berisi bisikan terhadap Allah SWT. 25. Suratul Tafwidh Surah yang berisi penyerahan kepada Allah SWT. 26. Suratul Mukafaah Surah imbangan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai imbangan terhadap harta benda orang lain “hadis”. 27. Afdalus Suwaril Quran Surah yang terbaik dalam Al-Quran. 28. Akhirus Suwril Al-Quran Surah penutup Al-Quran. 29. A’azamu Suwaril Quran Surah terbsesar dalam Al-Quran. 30. Suratul Minnati Surah yang mengandungi cita-cita. 31. Suratul Mujziyyah Surah yang memberi balasan. 32. Suratul Munjiyyah Surah yang membebaskan manusia dari berbagai-bagai kesulitan. 33. Suratus Saqalan Surah jin dan manusia. 34. Suratul Majma’il Asma’ Surah yang mengandungi nama-nama Allah SWT. . Sumber bacaan: Rahsia hikmah surah Al-Fatihah (Susunan Ustaz Abdul Raof Dalip) . والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه Posted by; shafiqolbu . Categories: Tahukah Anda? Tags: Nama Lain Surah al-Fatihah, surah al-Fatihah Leave a Comment

MENJAMAK SOLAT ASAR DENGAN SOLAT JUMAAT

Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)

Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.


Top

Re: PANDUAN Solat Qasar & Jamak (UPDATED PAGE 1 -28.01.2009)

gobang

Posted: 07 Apr 2009, 17:12

Alu-alu


Joined: 12 Jun 2008, 12:55
Posts: 579
Location: meru

atam wrote:

gobang wrote:

jawapannya:

1. TAK BETUL = kerana sekiranya kite kuar rumah selepas solat subuh.. kita masih boleh menjamak kan solat kita Zohor & Asar dengan Hanya Jamak Taqdim bukan Jamak Takhir.. ini kerana Solat Zohor pada waktu ini digantikan dengan SOLAT JUMAAT yang WAJIB kita lakukan sekirnya kita keluar rumah selepas Subuh..
Solat Jumaat dilakukan seperti biasa dan setelah selesai Solat Jumaat, bangun sekali lagi untuk mengerjakan Solat Qasar Asar.

*Harap Dapat Membantu..



Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.

Jangan lah panggil saya ustaz.. saya sama seperti kalian-kalian semua... ada sikit pengetahuan kita kongsi sesama..berbicara disini supaya yang lain boleh sama2 memahami dan mengamalkan..
begini saudara.. saya cuba sedaya terang sikit demi sedikit, ayat by ayat yg saudara lontarkan..

Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
"Usolli Fardhul Jum'ati Rak'ataini Jam'a Takdimin Makmuman Lillahitaala"
"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Jumaat Dua Rakaat, Jamak Takdim, Makmum kerana ALLAH Taala"

Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.

kita niat sembahyang jamak seperti niat di atas.

Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Solat Jumaat kita kene lakukan seperti biasa. mendegar khutbah dan berjemaah. Solat Jumaat semestinya BERJAMAAH.


dan betul yang seperti saudara katakan bahawa orang sembahyang jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Tetapi kita masih boleh mengerjakan solat jamak/qasar ini bersama-sama rakan kita.

contohnya :

kite pergi satu trip secara berkonvoi.

tiba maghrib kite singgah di sebuah masjid.
kite pun sembahyang Mahgrib bersama-sama iman dan jemaah yang lain masjid itu.
kemudian setelah selesai solat maghrib itu, kite yang berkonvoi tadi bangun pergi kebelakang sedikit, dan terus menunaikan solat isyak secara qasar dengan berjamaah bersama rakan2 konvoi kita.


Solat Jumaat/Maghrib? tentu tidak boleh saudara. yang dibenarkan untuk Jamak ialah antara ZOHOR/ASAR dan MAGHRIB/ISYAK


Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?
begini niatnya

"Usolli Fardhol asri qasran majmu'an Lillahi Taala"

"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Asar, qasar, dijamakkan kerana Allah Taala"



2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
situasinya seperti contoh di atas.

*
harap dapat membantu. kalau salah tolong perbetulkan. sampaikan walau satu ayat.. saya juga masih belajar dan mencuba memperbaiki diri..


Top

Re: PANDUAN Solat Qasar & Jamak (UPDATED PAGE 1 -28.01.2009)

volvos

Posted: 07 Apr 2009, 23:47

Tenggiri


Joined: 14 Jun 2006, 09:56
Posts: 2113
Location: shah alam/pekan

gobang wrote:

atam wrote:

gobang wrote:

jawapannya:

1. TAK BETUL = kerana sekiranya kite kuar rumah selepas solat subuh.. kita masih boleh menjamak kan solat kita Zohor & Asar dengan Hanya Jamak Taqdim bukan Jamak Takhir.. ini kerana Solat Zohor pada waktu ini digantikan dengan SOLAT JUMAAT yang WAJIB kita lakukan sekirnya kita keluar rumah selepas Subuh..Solat Jumaat dilakukan seperti biasa dan setelah selesai Solat Jumaat, bangun sekali lagi untuk mengerjakan Solat Qasar Asar.


*Harap Dapat Membantu..



Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)

Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.



Jangan lah panggil saya ustaz.. saya sama seperti kalian-kalian semua...
ada sikit pengetahuan kita kongsi sesama..berbicara disini supaya yang lain boleh sama2 memahami dan mengamalkan..

begini saudara.. saya cuba sedaya terang sikit demi sedikit, ayat by ayat yg saudara lontarkan..

Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
"Usolli Fardhul Jum'ati Rak'ataini Jam'a Takdimin Makmuman Lillahitaala"
"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Jumaat Dua Rakaat, Jamak Takdim, Makmum kerana ALLAH Taala"

Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.

kita niat sembahyang jamak seperti niat di atas.

Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Solat Jumaat kita kene lakukan seperti biasa. mendegar khutbah dan berjemaah. Solat Jumaat semestinya BERJAMAAH.


dan betul yang seperti saudara katakan bahawa orang sembahyang jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Tetapi kita masih boleh mengerjakan solat jamak/qasar ini bersama-sama rakan kita.

contohnya :

kite pergi satu trip secara berkonvoi.

tiba maghrib kite singgah di sebuah masjid.

kite pun sembahyang Mahgrib bersama-sama iman dan jemaah yang lain masjid itu.

kemudian setelah selesai solat maghrib itu, kite yang berkonvoi tadi bangun pergi kebelakang sedikit, dan terus menunaikan solat isyak secara qasar dengan berjamaah bersama rakan2 konvoi kita.


Solat Jumaat/Maghrib? tentu tidak boleh saudara. yang dibenarkan untuk Jamak ialah antara ZOHOR/ASAR dan MAGHRIB/ISYAK


Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?
begini niatnya

"Usolli Fardhol asri qasran majmu'an Lillahi Taala"

"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Asar, qasar, dijamakkan kerana Allah Taala"



2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
situasinya seperti contoh di atas.

*
harap dapat membantu. kalau salah tolong perbetulkan. sampaikan walau satu ayat.. saya juga masih belajar dan mencuba memperbaiki diri..


salam tuan...
tima kaseh dgn info ini...
tapi kwn maseh konpius dgn yg warna merah tu...