Perutusan dari Abuya kepada Pemimpin UMNO
16 April 2008
Wahai UMNO!
Kamu sudah berada di hujung perjuangan. Terimalah kenyataan bahawa kamu
akan berakhir bila-bila masa dari sekarang. Surat ini meminta kamu
meredhai kematianmu dan bersiap sedialah, jangan kecewa.
Patah tumbuh hilang berganti. Penggantimu adalah sesiapa yang
sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh
lebih baik dari mu, dia mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya
jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar
timur menggantikan empayar barat.
Akan kejadian ini wahai UMNO, kamu tidak bersalah dan sesiapa pun tidak
bersalah.Usahlah menyalahkan sesiapa mengenai nasib yang sedang dan
bakal menimpamu.
Sudah kukatakan sebelum ini bila kamu melihat ekonomi sesebuah bangsa
itu dijatuhkan Tuhan dengan sebab-sebab tertentu, maka tunggulah tidak
lama lagi pasti akan digoncangkan kuasa politiknya dan akan jatuh
berguguranlah orang-orang politiknya, seperti bergelimpangannya orang
kaya kerana kejatuhan kewangan mereka.
Prof
Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah
Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!
Ini watak dunia yang disifatkan Tuhan sejak azali lagi. Watak itu
sedang berulang di bumi kecil Malaysia ke atas etnik Melayu UMNO.
Sedangkan dia sudah berwatak demikian kepada seluruh kaum-kaum yang
pernah menumpang di muka bumi Tuhan ini. Kaum Ad dan Kaum Tsamud adalah
julung-julung kali ditimpa nasib malangitu dengan keadaan yang lebih
mengerikan menurut paparan Al Quran. Kita umat Muhammad, Tuhan jatuhkan
dengan penuh sopan itu pun adalah untuk diselamatkan sebenarnya.
Wahai UMNO,
Baguslah kalau mahu membaiki diri dan menguatkan kembali. Tapi tidak
untuk naik lagi bukan? Kamu tidak mungkin boleh naik lagi. Jangan kamu
kira tangan yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan
membiarkan kamu naik lagi. Tidak UMNO! Tidak!
Kamu hanya sedang diberi masa untuk bertaubat sebenarnya sebelum kamu
semua diranapkan seranap-ranapnya. Kuasa Tuhan itu tidak akan mampu
dikalahkan. Melainkan kamulah yang akan kalah. Percayalah. Bahawa siapa
yang akan selamat hanyalah mereka yang bertaubat.
[10]
Oleh itu tunggulah
(wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata
(yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
[11]
Yang akan menimpa
seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata:
"Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
[12]
(Pada saat itu
mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab
ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
[13]
Bagaimana mereka
dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada
hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi
keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
[14]
Sekalipun demikian,
mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil
berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing),
dia juga seorang yang gila!"
[15]
Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
[16]
(Ingatlah! Kalau
kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami
timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu);
sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang
seberat-beratnya).
(Surah Ad-Dukhaan : 10-16)
Bertaubatlah wahai UMNO. Kembalilah kepada Tuhan dan bersetujulah
dengan Dia perihal nasib yang menimpa. Kamu sudah cukup lalai dan
durhaka padaNya. Lalu Tuhan pun dengan kasih sayang memberi peringatan
keras bahawa kuasa sebenarnya di tangan Dia. Kalau mahu selamat
tunduklah kepada kehendak-Nya. Nanti Dia akan selamatkan kamu dengan
iman dan Islam.
Sesudah kejatuhan ini wahai UMNO dan sesudah kamu bertaubat, kamu akan
menerima hadiah yang istimewa dari nabi mu Muhammad SAW, iaitu kamu
akan menjadi muslim yang cintakan Tuhan.
Tuhan juga akan cintakan kamu, lalu kamu akan direzekikan kebahagian
dunia dan akhirat. Waktu itu kamu akan berkata terima kasih Tuhan.
Kerana menjatuhkan dan menaikkan. Walhal kata-kata seperti itu kamu
tidak tahu mengungkapkannya, sebelum ini.
Wahai UMNO,
Perihal Anwar Ibrahim, janganlah kamu salahkan dia. Dia tidak tahu
menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun
orang yang sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju sebenarnya
gelombang-gelombang yang sedang melanda ini. Dia terundang untuk masuk
gelanggang semula sesudah jatuh yang seteruk-teruknya.
Dia pun tak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang
membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula setelah terkulai
sekian lama. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia
dalam keadaan yang lemah dan lemah sebenarnya.
Ketahuilah wahai UMNO,
sebenarnya tujuan Anwar Ibrahim itu dinaikkan semula kegelanggang
pertarungan ialah agar dia tahu, bahawa bukan sahaja dengan Tun
Mahathir dia tidak mampu, bahkan dengan Pak Lah yang lemah itu pun dia
tak berupaya.
Dia tidak layak sebenarnya. Dia bukan orangnya sebenarnya. Orang yang
berlakon dan berpura-pura dengan Tuhan, nescayalah Tuhan akan
permain-mainkan dia semahu-mahunya. Nescaya dia akan hancur sehancurnya
wahai UMNO. Berdoalah dan bertaubat jugalah untuknya mudah-mudahan
Tuhan akan ringankannya.
Wahai UMNO,
Tentang Tuanku Yang diPertuan Agung, kamu janganlah salah faham. Kalau
Yahudi tahulah yang dia ialah Agung yang akan merubah Malaysia,
nescayalah baginda akan dirosakkan juga Islamnya seperti dirosakkan
raja-raja lain.
Tuhan merahsiakannya dari musuh hatta dari keluarganya sekalipun bahawa
baginda akan bernasib baik menjadi Raja Muda yang cintakan Tuhan. Hasil
dididik di Istana Hinggap sahaja!
Bulan
Disember 2016 akan datang menjadi satu bulan yang di tunggu. Malaysia
akan mendapat seorang ketua negara atau raja yang baharu, yang terkenal
kerana dekatnya beliau dengan Islam dan ajarannya. Namun raja atau
sultan sekarang ini cukup berikan gambara bahawa negara kita adalah
negara Islam Ahli Sunnah. Permaisuri yang menutup aurat adalah simbol
kekuatan Islam raja kita. Inilah jawapan bagi soalan apakah negara kita
sebuah negara Islam. Permaisuri juga boleh menjadi model muslimah bagi
masyarakat kita. Sayang, kita tidak berikan perhatian kepadanya. Semoga
Allah swt memelihara raja dan permaisuri serta rakyatnya.
MALAYSIA BENTENG AHLI SUNNAH, DAN SELAMAT DENGANNYA.
Baginda Tuanku, sepertilah rakyat Malaysia yang lain yang ditukar hati
dari cinta dunia kepada cinta Islam, mengalami perubahan oleh gelombang
dakwah yang melanda. Maka Istana Negara pun berubah watak, dari secular
kepada Islam. Bahkan Baginda bercita-cita untuk Islamkan Malaysia,
sebenarnya.
Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya
dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajah raja-raja
sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja
sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.
Lalu oleh Yang di Pertuan Agung yang ini, baginda rasa bertanggungjawab
untuk mencatur Negara politik yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula
kuasa raja. Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia
amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk
diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.
Wahai UMNO,
Tun Mahathir Muhammad sepatutnya Perdana Menteri Malaysia sampai
sekarang. Bukannya Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dia lebih baik dari
Pak Lah walaupun mempunyai kekurangan.
Kalau bukanlah oleh dosanya menghancurkan gerakan Islam khususnya
Arqam, beliau tidak akan jatuh dari takhtanya. Allah tahu kejujurannya
terhadap UMNO. Sepertilah Anwar Ibrahim, tidak jatuh kalau tidak
jatuhkan Abuya Asaari Muhammad.
Pak Lah diharapkan oleh Tun Mahathir untuk tidak sampai
mengenepikannya, bahkan terus mengharapkan kepimpinannya dibalik tabir.
Sebab Pak Lah daya kepimpinannya lemah. Namun kerana dunia wataknya
menipu daya, maka kedua-duanya dapat ditipu. Pak Lah seperti lupa diri
dan Tun Mahathir pun hilang sabar! Jadilah Malaysia Negara kecintaan
mereka sebagai mangsanya.
Politik
hakikatnya telah berakhir. Turun dan jatuhnya Tun Mahathir adalah
lambang berakhirnya era politik barat di Malaysia. Seorang yang
lahirnya telah berjasa selama lebih 22 tahun pada tanah airnya kini
semakin sepi, dibiarkan dan jauh daripada perjuangannya. Malah
beliaulah yang sedang menjatuhkan sistem yang satu masa dulu dialah
pejuangnya, pencintanya, hidup mati untuknya. Tun sepatutnya makin
jelas melihat politik bukanlah penyelamat negara. Islam adalah
penyelamatnya. Semoga dia diberi kekuatan untuk faham dan turut serta
menjayakan kebangkitan Islam di Malaysia.
Hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang membangunkannya.
Sepertilah runtuhnya patung Stalin di Rusia oleh pejuangnya dan
rebahnya kuasa besar barat juga oleh pendokong-pendokong nya. Memanglah
begitu sudahnya nasib semua barang yang diciptakan. Hanya kuasa Tuhan
yang kekal abadi.
Tun Mahathir cukup sanggup mengambil risiko dengan menghancurkan Arqam
sebab dia tahu perihal bahayanya pengaruh Asaari Muhammad terhadap
pemerintahannya.
Dan lagilah Tun Mahathir tahu siapa Abuya bilamana jemaah yang
dihancurkannya itu, di zaman Pak Lah telah membesar 10 kali lebih dari
kekuatan Arqam. Masakan Tun akan biarkan potensi ini, di kala Negara
Malaysia yang dicintainya sedang amat memerlukan pembelaan darinya.
Lalu Tun yang berjasa ini tentunya ingin mempastikan Pak Lah Badawi itu
tidak lagi terus melemahkan Negara, dengan cara menjatuhkan Pak Lah
kalau tidak mahu berundur.
Dan percayalah wahai UMNO, bahawa Tun Mahathir tidak akan malu dan
takut untuk menyerahkan Negara kepada Abuya. Tun sanggup bertaubat dan
menebus dosanya sebelum dia mati. Tun sanggup demi cintanya kepada
bangsa dan Negara!
Wahai UMNO,
Entah kenapa pada suatu hari lebih kurang setahun yang lalu Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hasan telah datang ke rumah saya Asaari Muhammad,
semua SB memang di ketahui pro Abuya selepas 10 tahun mengenali saya
sepanjang sekatan ISA. Sejak itu kerja JAKIM dan JAIS untuk hancurkan
saya tidak lagi di sokong oleh KPN dan SB.
Tahun 1994 ketika saya beritahu bahawa Timbalan PM waktu itu Dato Sri
Anwar Ibrahim akan jatuh, mereka sangat marah kepada saya. Tapi
sekarang mereka termasuk orang yang akan jatuhkan Anwar dan sangat
tidak menyokong Anwar nak jadi PM.
KPN dan SB wahai UMNO sepatutnya menyokong orang politik terhadap
Negara secular ini. Tapi kekecewaan terhadap kamu semua membuatkan hati
telah berubah kepada Islam. Sementelahan mereka menyaksikan satu
kepimpinan yang dilantik Tuhan di Malaysia sudah bersedia dan layak
menjadi alternative. Pucuk dicita ulam mendatang. Diwaktu ini
kerja-kerja menaikan seseorang dan menjatuhkan seseorang sedang sangat
dipastikan. Sungguh KPN dan SB sedang bekerja keras untuk melantik
orang Tuhan menjadi PM Malaysia.
Kamu wahai UMNO akan dijatuhkan dan sepatutnya sepertilah mereka, kamu
cukup bersedia kembali menerima Tuhan dan Islam. Mengalahlah pula wahai
UMNO setelah orang lain semua sanggup mengalah, kepada seseorang yang
selama ini sangat-sangat mengalah kepada kamu sambil mendoakan kamu.
Abuya sanggup maafkan kamu dan janjikan keselamatan untuk mu.
Wahai UMNO,
Perihal bangsa asing di Malaysia, kenapalah kamu tidak melayannya
dengan sebaik-baiknya seperti diajarkan oleh Allah dan Rasul kita? Kamu
buatkan mereka pandang rendah kepada kamu dan pada Islam itu. Apa kata
Allah dan Rasul agaknya dengan sikap kamu ini?
Orang-orang Cina dan India serta pendatang-pendatang yang lain di
Malaysia ini sebenarnya tidak bermaksud jahat pun. Mereka bukannya
kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi
yang mahu terima kerajaan Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari
rasa pemusuhan, Cuma rasa tak puas hati dan tidak yakin dengan setengah
hal yang kamu lakukan atas nama Islam.
Wahai UMNO,
Terhadap kafir Zimmi nabi kita perintahkan kita membela mereka.
Bukannya ajak bertengkar dan bergaduh. Islam tahu melayan apa juga
bangsa tetamunya dengan segala kasih sayang dan budi baik. Islam
sanggup buatkan orang-orang bukan Islam itu akhirnya jatuh cinta dengan
Islam dan tidak lagi sayang untuk mengorbankan agama asal.
Wahai UMNO,
Memanglah atas nama UMNO tiada sebab untuk mereka masuk UMNO, tapi atas
nama Islam, percayalah bahawa Allah dan Rasul akan melayan mereka
dengan penuh kebijaksanaan sehingga mereka semuanya akhirnya sudi
menerima Allah dan Rasul dan sanggup memeluk agama Islam. Percayalah,
Allah pasti lakukan untuk mereka.
Akhirnyalah wahai UMNO,
Kenapalah kamu boleh tersilap berfikir tentang hidup ini, walhal setiap
hari kita sama-sama menonton kematian-kematian yang menjadi-jadi di
depan mata. Seorang Islam sepatutnya sedang memikir-mikirkan
kematiannya pula dan bahkan merindui hari kepulangan ke sana. Bukankah
kita datang dari sana? Ataukah kamu berfikir mati itu penutup dan
mengakhiri segala-galanya?
Tuhan sangat mahukan kita mengenang-ngenangka n alam sana, merindui,
menyintainya dan manfaatkannya. Kita orang Islam kena mengambil
kekuatan dari sana. Bukannya merebut-rebutkan dunia kepunyaan musuh
Tuhan dengan penuh cinta dan ghairah! Itu tertipu dan bodoh namanya.
Mana ada orang Islam yang betul-betul menang dan kuat hasil menggilai
dunia yang menipu ini?
Marilah wahai UMNO,
Memulakan perjalanan ke alam ghaib yang di sanalah nabi kita sedang
menunggu dan menangisi iman dan Islam kita. Bertemu nabi secara hati
dan mental, kita akan dapatkan semula kekuatan yang kian hilang ini,
percayalah.
Mengadulah kepada-Nya untuk dapatkan pertolongan Allah yang hanya
Dialah yang mampu memberi jalan keluar dari kebuntuan yang mencekik
ini! Dan janganlah kamu terkejut bila mendengar Rasulullah saw bersabda
nantinya:- untuk dapatkan keselamatan diri dan perjuangan kamu,
datangilah Putra Bani Tamim sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.
Wahai UMNO,
Today, the coalition is led by Maria Chin Abdullah from WDC. Initially,
the fundamental reasons behind Bersih 5.0 were to urge the government
to have free and clean elections, a transparent government, the right
to assemble peacefully, improve the nation’s democratic constitutional
monarchy and lastly, to rescue the Malaysian economy.
However, this time around Bersih 5 is set to focus on pressuring the
government to identify and apprehend “Malaysian Official One” or MO1, a
reference mentioned 36 times in the US Department of Justice civil suit
filed on July 22 in New York.
Bersih going off track by attacking MO1
Kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu bukan? Walhal kamu
amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat. Cintamu yang
berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah
sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.
Konon kamu mencari Al Ghazali untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di
depan mata kamu tidak pedulikan. Masakan kamu tidak mampu melihat
kebenarannya?
Lalu Tuhan pun melakukanlah kempen-Nya untuk melantik sendiri
calun-Nya. Kempen pilihanraya Tuhan berjalan begitu dahsyat sekali di
Negara ini membuatkan hati rakyat majmuk ini majoritinya sudah inginkan
Tuhan dalam hidup mereka. Hanya Tuhan yang boleh selesaikan segala
masalah, kata hati mereka. Mereka mahukan pemimpin yang boleh hubungkan
mereka dengan Tuhan bukannya pemimpin yang jual nama Tuhan dan Islam
untuk tonjolkan diri.
Lalu wahai UMNO,
Bilamana di Malaysia ini pilihanraya Tuhan itu yang sedang menguasai
rakyat dengan cara menjatuhkan calun-calun anti Tuhan, menderhakai
Tuhan, membelakangkan Tuhan. maka nescayalah kamu tidak mampu bertahan.
Kalau terus-terusan kamu cuba melawan akan tambah parahlah keadaanmu.
Lebih baik mengalah dan angkat tangan. Biarlah jatuh dan sakit sedikit
daripada jatuh yang amat menyakitkan.
Wahai UMNO, saudaraku se-Islam, didoakan kamu akan mendapat keampunan, hidayah dan taufik dari Tuhan.
Penutup
Mohon maaf dan mohon ampun kepada Tuanku Sultan Mizan Yang Di-Pertuan
Agung Malaysia, Tun Mahathir Muhammad, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa
Hassan, sekelian perisikan Negara dari Polis dan Tentera, UMNO, Orang
Melayu, warga Malaysia dan orang Timur semuanya atas sentuhan dari buku
ini.
Allah berfirman dalam Quran;
Dan
apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah
negeri, Kami perintahkan (datangkan petunjuk) orang-orang yang melampau
dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka
dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan,
lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(Al-Israa' 17:16)
Yahudi (Israel) yang selama ini berkuasa, bongkak angkuh, kebal dari
mana-mana kuasa dunia, kini mengemis dan menagih kasih umat dunia.
Tanpa segan silu merayu sedangkan sebelum ini dia bongkak seolah-olah
tidak perlukan pertolongan sesiapa. Ini juga jawapan Allah kepada
sesiapa yang menolak dan menafikan arus kebangkitan ini. Inilah realiti
kita. Takut-takut bukan musuh Islam sahaja, dengan kita-kita yang tak
mahu ambil pengajaran ini Allah hukum. Ramai lagi umat Islam yang mahu
menjadi benteng agama ini, yang sanggup berkorban untuk Allah dan Rasul
serta agama-Nya. Andai kita tak bersedia, Allah datangkan kaum yang
baru, yang bersemangat waja untuk agama tercinta, berkorban untuk
mendapat keredhaan Allah swt. Ingatlah, Allah sangat perihatin terhadap
umat yang di zalimi.
BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBA
Tidaklah berani saya melakukannya melainkan kerana mendapat kekuatan
dari Allah. Bahawa semua ilmu yang dituliskan adalah apa yang saya
dapat dari hadis-hadis dan sabda-sabda baginda Rasulullah SAW kepada
saya setiap kali direzekikan beryaqazah (bertemu secara jaga) dengan
roh baginda.
Adalah satu kesalahan rasanya kalau saya tidak menyampaikan berita
besar yang bakal berlaku, berkait dengan tuan-tuan semua. Janganlah
tuan-tuan takut untuk mencetuskannya kerana belum pernah lagi dalam
sejarahnya janji Allah itu tidak berlaku atau gagal. Belum pernah! Maha
Suci Tuhan dari memungkiri janji-Nya. Maha Suci Tuhan dari sebarang
kelemahan atau dari apa yang mereka sangkakan.
Saudara-saudaraku sekalian,
Kisah perjuangan yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW
Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’..
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa :
Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita
gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya
kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar
untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di
antaranya adalah ai-Hasan dan al Husain RA. Apabila terpandangkan
mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun
bertanya,
“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada
wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat
kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah
‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya
Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu,
datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walauterpaksa merangkak di
atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat
hidayah.
Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku
yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia
akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. “
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Bakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, AbusSyeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)
Selanjutnya...
Malaysia dari dulu lagi dilayan Tuhan dengan segala keajaiban-Nya,
adalah untuk membawanya ke destinasi Daulah Islamiyah. Sudah cukup
banyak bukti-bukti yang Tuhan buatkan dengan kuasaNya untuk kita yakin
bahawa janji Tuhan itu pasti berlaku. Ayuh mari bersama Tuhan kita
cetuskan kuasa Timur yakni Daulah Islamiyah demi menyahut tawaran
Tuhan, dan demi keselamatan kita dunia dan akhirat.
Sekian, Terima kasih!
Dari,
Abuya Asaari Muhammad