25 October 2019

THASSOS MARBLE

Batu Marmar Masjidil Haram ***************************** Assalamualaikum Kita sembang kesah tempat kita berkumpul jika sampai seruan KISAH MENGAGUMKAN! NAMA BATU : THASSOS MARBLE TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE. PENGGUNAAN : LANTAI MASJIDIL HARAM DAN LANTAI MASJID NABAWI. Sejarah pembinaan Masjidil Haram oleh seorang Arkitek dari Mesir iaitu *Almarhum Muhammad Kamal Ismail* Almarhum Muhammad Kamal Ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi... Yang dinamakan... ‎رخام ثاسوس ابيض (Rukham Thassus Abyad) bermaksud Batu Granite Thassos Putih... Jom kita baca kisahnya... Kisah menarik... Pengalaman yang diceritakan oleh Almarhum Muhammad Kamal Ismail berkaitan lantai berwarna putih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi... Beliau sengaja memilih untuk meletakkan Batu Granite berwarna putih di sekitar Masjidil Haram yang digunakan oleh para Jemaah pengunjung yang bertawaf di sekeliling Ka'abah dan di kawasan lain di dalam Masjidil Haram... Batu Granite ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada diatasnya... Cerita yang mengatakan di bawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali... Untuk pengetahuan semua... Batu Granite berwarna putih ini hanya terdapat di satu Bukit Kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan *THASSOS* di Negara Yunani atau nama lainnya adalah Greece... Almarhum Muhammad Kamal Ismail telah pergi melihat sendiri kawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dengan syarikat pemilik Batu Granite ini... Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan Masjidil Haram... Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong Batu Granite tersebut... Maka setelah perjanjian ditandatangani... Beliau pulang ke Kota Mekah dengan membawa batu granit putih ini... Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai Masjidil Haram dengan sempurna... Setelah berlalu 15 tahun berlalu, Kerajaan Arab Saudi meminta agar Almarhum Muhammad Kamal Ismail meletakkan lantai Batu Granite putih yang sama diletakkan pula di seluruh lantai Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah... Maka... Muhammad Kamal Ismail bercerita lagi... Pada saat saya mendapat panggilan dari Pejabat Pemerintah Arab Saudi... Saya menjadi takut sangat sangat, kerana dah 15 tahun yang lepas saya membeli Batu Granite tersebut... Saya telah mengambil sebahagian Batu Granite Putih diletakkan di Masjidil Haram, itu pun dikira bilangan yang sedikit... Sebahagian lagi masih berbaki di Greece, takut sudah ada orang lain yang membelinya... Maka Al Marhum Muhammad Kamal Ismail pun terbang ke Greece untuk membeli sebahagian lagi Batu Granite tersebut... Beliau pun pergi ke Syarikat yang dahulunya beliau mengambil Batu Granite itu, dan berjumpa dengan pemiliknya lalu menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian Batu Granite atas tujuan pemasangan di lantai Masjid Nabawi... Pemilik Syarikat itu memberikan jawapan, "Sesungguhnya, selepas tuan membeli sebahagian Batu Granite Thassos itu 15 tahun yang lepas, ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya..." Mendengar itu... Saya menjadi sedih dan menangis dengan penuh hiba dan sebak... Dalam hidup saya, saya tidak pernah merasakan sedih seperti apa yang saya rasakan saat ini... Ini kerana... Saya tidak mendapat apa yang saya mahukan... Saya menjadi tidak keruan... Air Kopi yang dihidangkan pun saya tidak minum... Kemudian saya keluar dari office Syarikat Batu Granite itu... Saya bergegas menempah tiket untuk pulang ke Arab Saudi hari berikutnya... Sebelum itu ntah kenapa saya tertanya dengan sekretari... Siapakah yang membeli baki Batu Granite itu..?..? ..? Beliau menjawab... kami tidak pasti... sebab ini sudah terlalu lama.. 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya... Saya berkata padanya... Tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya... Ini alamat hotel saya dan nombor telefon nya... Hubungi saya jika dapat... Saya masih ada satu hari lagi di sini... Kemudian saya meninggalkan office syarikat itu dalam keadaan terlalu sedih... Saya tertanya... Kenapa saya mesti nak tau siapa yang beli batu itu..?..?..? Saya terfikir... Boleh jadi ada perkara yang ALLAH nak tunjuk pada saya yang saya tak tahu... Maka esoknya... Beberapa jam sebelum saya ke Airport untuk pulang ke Arab Saudi... Dapat satu panggilan dari Syarikat Batu Granite itu... Sekretari itu menelefon... Tuan... datanglah ke office... kami sudah dapatkan maklumat pembeli yang tuan mahukan... Mendengarkan itu saya bergegas ke office Syarikat itu... Dalam masa yang sama... Saya tertanya tanya... Apa saya akan buat dengan alamat maklumat pembeli itu..?..?..? Apa yang saya boleh lakukan..? Dah 15 tahun punya cerita..?..?..? Kenapa sangggup saya bersusah payah semata mata nak dapatkan alamat pembeli ini..?..?..? Sampai saya di office... Saya mendapatkan alamat pembeli itu... Berderau darah saya melihat maklumat pembeli itu... Rupanya pembeli itu dari salah sebuah Syarikat yang beralamat di Arab Saudi... Apa lagi..? Saya terus terbang ke Arab Saudi... Turun di Airport terus ke alamat yang diberikan... Sampai sahaja di office Syarikat itu, saya bertemu dengan pemilik Syarikat itu... Dan bertanya, ""apa yang ia lakukan dengan Batu Granite yang mereka beli pada 15 tahun yang lepas di Greece..?..?..?" Maka pemilik ini seakan akan lupa lalu berkata, "saya tak berapa ingat hal itu..." Lalu beliau menelefon ke gudang untuk kepastian... Lalu dia berkata, "Batu Granite itu masih ada di gudang, tidak tersentuh sikit pun..." Kemudian Almarhum Muhammad Kamal Ismail ini bercerita lagi... Saat itu saya menangis teresak esak seperti kanak kanak... Sungguh sungguh saya menangis... Pemilik syarikat ini bertanya, "kenapa awak menangis..?" Saya pun menceritakan hal ini dari awal pembikinan Masjidil Haram, sampailah permintaan kali kedua untuk Masjid Nabawi... Saya ceritakan keseluruhannya... Kemudian saya berikan cheque kosong kepada pemilik Syarikat ini... dan saya katakan padanya... "Tuan tulislah berapa harga yang tuan mahu untuk saya membayar Batu Granite tersebut, saya akan membayarnya, asalkan saya dapat kembali Batu Granite ini..." Kemudian ia bersumpah dan berkata, "Demi ALLAH yang tiada tuhan melainkan dia..." Setelah pemilik Syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan Batu Granite itu atas tujuan untuk pembinaan lantai Masjid Nabawi... Ia berkata, "saya tidak mengambil satu dirham pun dari kamu untuk Batu Granite ini..." "Saya hadiahkan saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan ALLAH..." "Sesungguhnya ALLAH telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu..." "Dan ALLAH lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting..." Demi manfaat bersama... Akhirnya batu ini diberikan kepada Al Marhum Muhammad Kamal Ismail untuk diuruskan dalam proses meletakkan ia di seluruh lantai Masjid Nabawi... ALLAHUAKHBAR..!..!..! Semoga ALLAH mencucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini.... Insya-ALLAH aamiinn ya robbal a'laamiiinnn... Sekian... Perkongsian dari Pak Arab... ‎هذا العبقري له قصه رائعه مع رخام الحرم حيث أنه أراد وضع رخام في أرضية الحرم للطائفين ورخام مخصوص يمتص الحراره تماما.. كان هذا الرخام موجود في جبل صغير باليونان ، ذهب لليونان وتعاقد علي شراء الكميه الكافيه للحرم وكانت نصف الكميه الموجوده تماما.. تعاقد وعاد وجاء الرخام الأبيض وتم فعلا وضع الرخام في كل أرضية الحرم المكي.. تمر السنوات وبعد خمسة عشر عاما تطلب الحكومه السعوديه منه وضع نفس نوع الرخام في الحرم النبوي بالمدينه.. يقول المهندس محمد كمال عندما طلب مني مكتب الملك تغطية الحرم النبوي خفت جدا فلا يوجد علي الأرض برحابتها من هذا النوع من الرخام إلا في منطقه صغيره باليونان وأنا إشتريت نصف الكميه وهي كميه بسيطه جدا.. قال ذهبت لنفس الشركه باليونان وطلبت مقابلة رئيس مجلس إدارتها وسألته عن الكميه المتبقيه.. فقال لي لقد تم بيعها بعدك مباشرة.. يقول حزنت كما لم أحزن في حياتي حتي أني لم أشرب قهوتي وغادرت المكتب وحجزت علي طيارة اليوم التالي للعوده ، عندما خرجت من مكتب رئيس الشركه وجدت السكرتيره فسألتها ولا أعلم لماذا.. من إشتري الكميه المتبقيه ؟ قالت لي هذا أمر مر عليه سنوات طويله ويصعب الرجوع للمشتري.. قلت لها مازال أمامي يوم في اليونان أرجوكي إبحثي وهذا رقم تليفون فندقي.. تركت الرقم وذهبت وأنا حزين.. يقول بعدما خرجت سألت نفسي.. لماذا تريد معرفة من إشتري ؟ يقول المهندس العبقري قلت لنفسي لعل الله يحدث أمرا.. في اليوم التالي وقبل ساعات قليله من ذهابي للمطار وجدت السكرتيره تتصل بي وتقول تعال إلي الشركه فعندنا عنوان المشتري.. ذهبت متباطئا متسائلا ماذا أفعل بعنوان من إشتري.. كان عندي بعض الساعات المتبقيه علي السفر فذهبت مره أخري للشركه وقابلت السكرتيره فأعطتني عنوان الشركه التي إشترت الرخام.. يقول الدكتور المهندس خفق قلبي بشده عندما وجدت المشتري شركه سعوديه.. طرت مباشرة إلي السعوديه ثم من المطار إلي الشركه التي إشترت الرخام ودخلت علي رئيس مجلس إدارتها وسألته ماذا فعل بالرخام الذي إشتراه منذ سنوات من اليونان.. قال لا أذكر.. إتصل بالمخازن وسألهم عن الرخام الأبيض اليوناني فقالوا له... كل الكميه موجوده كما هي.. يقول المهندس محمد كمال بكيت كالطفل وسألني صاحب الشركه لماذا تبكي.. حكيت له القصه كامله وقلت له هنا شيك علي بياض إكتب المبلغ الذي تريده.. قال والله الذي لا إله إلا هو صاحب الشركه عندما علم أن الرخام للحرم النبوي قال لا أخذ درهما واحدا الرخام كل ه في سبيل الله وإنما أنساني الله الرخام وجعلني أشتريه ليكون هنا لهذه المهمه ‎ من حق الجميع أن يتعرفوا علي هذا النابغه المعماري... Kredit kepada Umrah Dan Ziarah #KisahMenarik #ibroh Usdin 24 okt Makkah 1:25pm

Khasiat Bendi

🌹Sembang Santai..🌹 Balik kampung sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar.. Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah Bila aku tanya apa rahsia dia... Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2 Caranya mudah dan murah sj : 1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer 2. Potong halus (basuh dulu ya) 3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus) 4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun 5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis) 6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬 Selamat mencuba 16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu.. ✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. ✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. ✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong. ✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit. ✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. ✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik. ✔Mencuci hati. ✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah. ✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar. ✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. ✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. ✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa. ✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi. ✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman. ✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur. ✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang memuaskan. Sumber: Petua Atuk

Tempat bersemadinya Jenazah

*KEBUMIKAN JENAZAH DI MANA DIA MENINGGAL DUNIA DGN BERSEGERA.* Assalamualaikum... baca dan cuba fahamkan.... mungkin ramai yg tak tahu termasuk saya ... Mengapa alim ulamak berwasiat dikebumikan di tempat mereka menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil. ------------------------------------------ روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة . Imam Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA telah berkata: "Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah SAW telah menyembahyangkan jenazahnya. Baginda kemudiannya bersabda: "Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya". Mereka (para sahabat) bertanya: " Kenapa begitu ya Rasulullah?". Baginda bersabda: "Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga. [HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah] Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat. Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ialah bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu penyiksaan pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Kalau ini disebabkan oleh kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,” Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”. Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah bergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang Islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab. Share Sebanyak Mungkin Info ini, Tidak menjadi Satu kerugian Untuk anda Share Hal ini.. Ilmu Perlu di kongsi. Jangan setakat Like Sahaja..1 Like & 1 Share Adalah Perkongsian Ilmu...

Kencing Malam

*JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM* *Agar tidak mati kena serangan jantung bagi yang sudah seusia kita.* *Satu info kesihatan penting bagi orang awam tentang masalah kencing malam, jantung & penyumbatan pembuluh darah.* *Masalah kencing malam, jantung & penyumbatan pembuluh darah otak.* *~~~~~~~~~~~~~~~~* *Ini adalah pengetahuan penting tentang pencegahan STROKE !!!* *Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah KENCING MALAM.* *Kerana takut kencing malam, orang takut minum air, tak tahu bahwa bila tak minum air sebelum tidur & bangun malam selepas buang air kecil juga tak minum air, itu adalah PENYEBAB utama penyumbatan pembuluh darah otak dikalangan orang tua di pagi hari.* *Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah PENUAAN fungsi jantung. Daya hisap darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurang.* *Pada siang hari, tubuh kita posisi berdiri, darah mengalir ke bawah, jika fungsi jantung buruk, darah yang mengalir kembali ke atas akan kurang, tekanan tubuh bhgian bawah menjadi besar, sehingga orang tua disiang hari brlaku pembengkakan air di tubuh bhgian bawah.* *Pada malam hari ketika berbaring tidur, bhgian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.* *Terlalu banyak air, ginjal mulai berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan kencing malam.* *Biasanya setelah berbaring tidur 3-4 jam akan ke tandas untuk pertama kali.* *Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas kedua kali ...* *Mengapa ini merupakan penyebab utama dari penyumbatan pembuluh darah otak ?* *Kerana setelah 2 atau 3 X buang air kecil, air dalam darah telah berkurang banyak, ditambah hawa dingin ac/cuaca melalui pernapasan air cepat menguap, sehingga darah mulai menjadi KENTAL.* *Saat tidur metabolisme tubuh melamban, denyut jantung menjadi lambat, sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bhgian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.* *Inilah sebabnya mengapa hampir SELALU terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak diwaktu pagi sekitar jam 5 atau 6. Saat yang paling parah adalah MENINGGAL waktu tidur !* *_Kesimpulan :_* *1. Kencing malam BUKAN masalah pundi kencing, tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.* *2. Sebelum tidur HARUS minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam, kerana jika tidak minum air dapat mengambil nyawa Anda.* *3. Perlu BANYAK senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung. Tubuh bukan mesin, mesin akan haus jika banyak dipakai,tubuh manusia justru sebaliknya, sering dipakai malah menjadi lebih kuat !* *4. Harus MENOLAK makanan yang tidak sihat, terutama yang kadar tepungnya tinggi, yang dipanggang dan gorengan, telur, seafood & haiwan lainnya, konsumsi berlebihan makanan ini akan membuat pembuluh darah Anda CEPAT MENUA !!!* *(Diterjemahkan dari artikel kesihatan China.) *_JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM._* 😎 😄🤭 *SEMOGA BERMANFAAT...*

23 October 2019

Siapa P. RAMLEE?

SIAPAKAH SEBENARNYA Allahyarham Tan Sri' P. RAMLEE? Tiap-tiap penonton ketawa terkekeh-kekeh dan rasa puas apabila mereka menonton lakonan seniman agung P. Ramlee. Tetapi tiada seorang pun yang mengetahui yang seniman itu mengalami 'derita jiwa' sebelum meninggal dunia. "I banyak dosa, I derita, I harap I sempat taubat sebelum I mati..." kata Allahyarham P. Ramlee kepada saya kira-kira tujuh bulan sebelum dia meninggal dunia. "Kalau ikut rasa nak tinggalkan dunia filem ni, tapi kerana nak cari makan, I terpaksa teruskan juga..." katanya lagi. Dia termenung sejenak dan merenung muka saya dan berkata dengan suara merendah, " I dengan you seguru, kan kita sama-sama belajar pada Syeikh tu?" Seniman agung itu menjadi teman saya yang rapat kerana tiga sebab, iaitu pertama kami belajar agama pada satu guru, kedua saya menjadi penulis surat khabarnya iaitu 'Gelanggang Filem' dan ketiga kami menjadi rakan karib Sultan Perak Almarhum Sultan Idris Shah. Sebelum berpindah ke Singapura, P. Ramlee sempat belajar ilmu Tauhid dan kesufian daripada Allahyarham Syeikh Haji Abdullah Fahim (Pulau Pinang) yang menjadi pengasas Sekolah Agama Daeratul Maarifatul Wataniah, Kepala Batas. Dia menuntut ilmu kesufian demi melengkapkan dirinya menjadi seorang penyair dan penulis lirik lagu, kerana menurutnya setiap syair dan lagu yang diresapkan dengan ilmu kesufian boleh mempesonakan manusia. "Lagu Azizah misalnya, bukan saja kerana nama my girl tapi bererti mulia. Azizah simbol kemuliaan makhluk ALLAH," jelasnya. Allahyarham juga berkesempatan belajar ilmu Tauhid daripada Allahyarham Syeikh Tahir Jalaluddin dan Allahyarham Fadzullah Suhaimi di Singapura. Dia banyak mempelajari ilmu Sufi dan hakikat dari ulama-ulama tersebut. Sebagai seorang murid Sufi, dia banyak mengamalkan wirid nama-nama ALLAH terutama nama yang disebut 'Asma Ul Husna' dan 'Bismillah' 40 kali. Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim pernah berkata kepada saya, bahawa Ramli Putih (P. Ramlee) sangat dalam ilmu agamanya, terutama perihal ilmu Tauhid dan ilmu Sufi. "Sebelum dia berpindah ke Singapura, dia ada beritahu saya, dia nak jadi bintang filem, jadi orang wayang. Saya tak larang, tapi saya pesan jangan lupa ilmu dalam dada." Kata Syeikh Abdullah Fahim. Allahyarham P. Ramlee berkata kepada saya, "You bernasib baik, jadi ustaz, jadi wartawan. Kalau you jadi bintang filem, orang wayang macam I, you pun hanyut macam I juga." "Sungguh pun I tunggang langgang, tapi I tak lupa ilmu yang I belajar daripada orang tua kita (Syeikh Abdullah Fahim)." kata seniman agung itu. "Saya berdosa kepada ALLAH, tapi apa boleh buat, dah terlanjur jadi orang wayang. Hidup penuh glamor. I harap I sempat taubat." katanya lagi. "Kalau I lupa ayat tu (ayat Al Quran yang dituntut dari Syeikh Abdullah Fahim), I dah nak mati, I harap I sempat taubat." Kata seniman agung itu sambil mengeluh. Allahyarham memberitahu, bahawa hidupnya sebagai bintang filem dan penghibur, penuh dengan bermacam-macam kegembiraan, tetapi kerana memikirkan dosa, hampir saban malam beliau bersedih. Dia menjelaskan, kerana hidupnya sentiasa dalam derita jiwa, dia menjadi orang boros, ... Apabila saya membaca berita tentang kematian P. Ramlee dalam akhbar, saya teringat akan banyak sikap dan perkataannya dalam pergaulannya dengan saya. Dia tidak suka kepada perangai sombong, besar diri, berlagak, dan juga menindas sesama manusia. Di antara filem-filemnya yang memprotes golongan feudal dan hartawan ialah Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang dan Penarik Beca. Filem Musang Berjanggut memprotes golongan istana dan ulama yang bersikap macam musang dan filem Penarik Beca memprotes golongan kaya-raya. Boleh dikatakan semua filem P. Ramlee mempunyai kritikan dan kecaman terhadap orang-orang yang tidak mengikut ajaran Islam. Manusia ini, walau macam mana tinggi dan agung namanya, dia tidak boleh lari dari takdir dan iradat ALLAH. Begitulah Allahyarham P. Ramlee yang hidup penuh glamor, tetapi akhirnya dia sedar dan menjadi seorang yang derita batinnya. Manusia yang hidup mewah, dikelilingi wanita-wanita cantik selalunya lupakan ALLAH, tetapi ALLAH tidak pernah lupakannya dan akhirnya dia sendiri tersungkur dengan keinsafan atas dosanya yang banyak. Pada akhir hayatnya, Allahyarham P. Ramlee menjadi seorang insan yang tidak mahukan harta dan kekayaan dan dia menjadi seorang manusia yang miskin tetapi kaya dengan karya seninya. Kerana dia sudah menyatakan yang dia akan bertaubat, maka saya yakin sebelum beliau meningga dunia, beliau sempat bertaubat dari segala dosanya. Kini lagu-lagu yang diserapkan dengan roh sufi masih bergema di mana-mana, tetapi siapa yang mengetahui akan dirinya yang asing dari kita dan hanya berada di hadapan ALLAH yang akan menilai dirinya - apakah dia seorang hamba yang masih berdosa atau tidak. Kisah ringkas seniman agung ini boleh menjadi contoh dan teladan bagi kita yang masih hidup. Kerana kita yang hidup ini tentulah mengalami dan sedang mengalami apa yang telah dirasakan oleh Allahyarham P. Ramlee pada masa usianya masih muda dan hidup penuh glamor. Manusia tidak selama-lamanya dalam kebahagiaan, dalam kemewahan, seperti juga manusia tidak selama-lamaya muda remaja. Akhirnya badan mejadi tua dan ketika rumah kata pergi dan pusara kata mari, barulah insan itu sedarkan diri, terasa dosa menjadi beban dan ketika itulah sesal datang bertimpa-timpa. Artikel ini saya jumpa dalam sebuah majalah lama dan ia ditulis oleh penulis yang menamakan dirinya AKHDIAT MIHARJA. Semoga kita dapat jadikan pedoman dan sempadan dalam kembara hidup kita yang sementara ini. AL-FATIHAH . "AWALLUDIN MAKRIFATULLAH"

17 October 2019

KIAMAT TIDAK AKAN BERLAKU ❄*SEBELUM 2033*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* KIAMAT TIDAK AKAN BERLAKU ❄❄❄❄❄❄❄ *SEBELUM 2033*
 Banyak tersebar mengenai jangkaan-jangkaan tarikh kiamat. Ada yang menyandarkan kepada hadis bahawa Nabi menyatakan tarikh tertentu, ada juga yang mengikut ramalan astronomi, seperti bumi akan dilanggar asteroid dan sebagainya. Sedikit sebanyak perkara ini menimbulkan panik dikalangan orang awam. Perlu dijelaskan bahawa tiada hadis-hadis sahih yang menyatakan tarikh-tarikh tertentu kiamat akan berlaku. Hadis kebanyakannya bersifat umum kerana tujuan utamanya adalah bagi memberi peringatan supaya kita sentiasa bersedia bila-bila masa. Walaubagaimanapun ada disebutkan beberapa tanda akhir zaman yang menjadi penanda aras dekatnya berlaku kiamat. Daripada tanda-tanda yang disebutkan, kebanyakannya telahpun berlaku. Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan mengenai kronologi dan tempoh masa. Sedikit sebanyak ia boleh menjadi petunjuk berapa lamakah lagi masa yang kita ada sebelum kiamat berlaku. Sekurang-kurangnya terdapat empat hadis tanda akhir zaman yang berkait dengan masa yang boleh dijadikan petunjuk mengenai tempoh masa ini. Ianya seperti berikut:

 ⚛1. ENAM TAHUN MALHAMAH بين المَلْحَمةِ وفَتْحِ المدينةِ سِتُّ سِنِينَ، ويُخرُجُ المَسيحُ الدَّجَّالُ في السَّابعةِ Tempoh antara berlakunya malhamah dan pembukaan kota (Constantinople) adalah enam tahun. d-ajjal akan muncul pada tahun ke tujuh. [HR Abu Daud]

 ⚛2. TIGA TAHUN KEMARAU إنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلاَ تَقْطُرُ قَطْرَةٌ وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلاَ تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ‏.‏ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ ‏التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مَجْرَى الطَّعَامِ Sesungguhnya sebelum keluar d-ajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. ALLAH akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan. Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan. [HR Ibn Majah] *Tempoh ini berlaku dalam masa 6 tahun Malhamah.

 ⚛3. 40 HARI KEMUNCULAN DAJJAL يَخْرُجُ الدَّجَّالُ في خِفَّةٍ من الدِّينِ، وإدبارٍ من العلمِ، وله أربعون يومًا يَسِيحُها، اليومُ منها كالسنةِ، واليومُ كالشهرِ، واليومُ كالجُمُعةِ، ثم سائرُ أيامِهِ مثلُ أيامِكم، وله حمارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ ما بين أُذُنَيْهِ أربعون ذراعًا، يأتي الناسَ، فيقول : أنَا ربُّكم، وإن ربَّكم ليس بأَعْوَرَ، مكتوبٌ بين عَيْنَيْهِ ك ف ر، يَقْرَأُهُ كلُّ مؤمنٍ، كاتبٌ وغيرُ كاتبٍ، يَمُرُّ بكلِّ ماءٍ ومَنْهَلٍ، إلا المدينةَ ومكةَ، حَرَّمَهُما اللهُ عليه، وقامتِ الملائكةُ بأبوابِهِما da-jjal keluar ketika urusan agama semakin diringankan, dan ilmu semakin ditinggalkan. ia berkeliaran selama 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan hari-hari berbaki umpama hari-harimu yang biasa. ia memiliki keldai yang ditunggangi. Lebar kedua telinganya 40 hasta. ia mendatangi manusia lalu berkata, aku tuhanmu, sedangkan tuhan tidak cacat mata sepertinya. Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa' Ra', boleh dibaca oleh semua orang beriman samada yang celik mahupun buta huruf. Akan mendatangi setiap kawasan tanah dan laut, kecuali Mekah dan Madinah, ALLAH mengharamkan keduanya darinya, dan malaikat menjaga pintu-pintunya. [HR Ahmad] *Jika dicampur sehari umpama setahun (354), sebulan (30), seminggu (7) dan baki hari-hari lain (37), maka jumlahnya adalah 428 hari atau lebih kurang setahun 2 bulan.

 ⚛4. TUJUH TAHUN PEMERINTAHAN AL-MAHDI يخرجُ في أُمتي المهديُّ ، يسقيهِ اللهُ الغيثَ ، وتُخرِجُ الأرضُ نباتَها ، ويُعطِي المالَ صِحاحًا ، وتَكثُرُ الماشيةُ ، وتعظمُ الأمَّةُ ، يعيشُ سبعًا أو ثمانيًا ، يعني حِجَجًا Imam al-Mahdi bakal keluar untuk umatku. ALLAH bakal menurunkan hujan bersamanya. ALLAH juga bakal mengeluarkan tumbuhan dari bumi. Akan dilimpahi dengan harta. Binatang peliharaan akan menjadi banyak. Umat ini akan menjadi agung. Dan dia akan hidup selama tujuh atau lapan tahun, sebagai hujah. [HR Hakim] *tempoh ini hanya boleh berlaku setelah kerajaan d-ajjal dihapuskan dan digantikan dengan khilafah Islam. Jika dicampur kesemua tempoh masa ini (6 tahun Malhamah + 1 tahun daj-jal + 7 tahun khilafah Islam), lebih kurang 14 tahun diperlukan untuk kesemua tanda-tanda ini berlaku. Sehingga sekarang, tanda-tanda tersebut masih belum lagi berlaku. Maka kemungkinan besar tempoh tersebut akan lebih lama lagi kerana terdapat beberapa tanda lagi yang mesti berlaku. Justeru secara mudah boleh kita katakan, sekurang-kurangnya kiamat tidak akan berlaku dalam tempoh 14 tahun mendatang. Maka kita bolehlah menolak sebarang andaian dan ramalan yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tempoh kurang 14 tahun daripada sekarang. Sekiranya Malhamah meletus tahun ini (1441/2019), paling awal kiamat boleh berlaku adalah (1455/2033). Namun jika Malhamah masih lagi belum berlaku tahun ini, maka kiraan turun 14 tahun tidak akan bermula lagi. Perlu diingatkan, Malhamah tidak akan meletus sebelum berlaku dua tanda sebagaimana hadis berikut: عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ. Kepesatan Baitul Maqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlakunya perang besar. Perang besar adalah tanda adalah berlakunya pembukaan kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya dajj-al. [HR Abu Daud] Walaubagaimanapun, semuanya dalam ilmu ALLAH SWT. Lebih baik kita bersiap daripada sekarang. Kerana kiamat kecil (mati) boleh berlaku bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Wallahualam.

 (Alang Ibn Shukrimun) 14 Safar 1441 15 2019 Oktober ⚪Telegram: telegram.me/AlangIbnShukrimun

🔵Facebook: fb.com/AlangShukrimun

🔴Instagram: instagram.com/alangibnshukrimun

⚫Twitter: twitter.com/alangshukrimun #AiSFikrah #AiSDakwah

14 October 2019

Apa makna huruf hijaiyah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seorang Yahudi mendatangi Rasulullah seraya bertanya, “Apa makna huruf hijaiyah?”. Rasulullah berkata kepada Ali bin Abi Thalib, “Jawablah pertanyaannya, wahai Ali!”. Kemudian Rasulullah saw berdoa, “Ya Allah, jadikanlah dia berhasil dan bantulah dia.” Ali berkata, “Setiap huruf hijaiyah adalah nama-nama Allah.” Ia melanjutkan: Alif (ا): Ismullah (nama Allah), yang tiada Tuhan selain-Nya. Dia selalu hidup, Maha Mandiri dan Mahakuasa. Ba’ (ﺏ): al Baqi’ (Mahakekal), setelah musnahnya makhluk. Ta (ﺕ): al Tawwab (Maha Penerima Taubat) dari hamba-hamba-Nya. Tsa’ (ﺙ): al Tsabit (Yang Menetapkan) keimanan hamba-hamba-Nya. Jim (ﺝ) : Jalla Tsanauhu (Yang Mahatinggi Pujian-Nya), kesucian-Nya, dan nama-nama-Nya yang tiada berbatas. Ha’ (ﺡ): al Haq, al Hayyu, wa al Halim (Yang Mahabenar, Mahahidup, dan Mahabijak). Kha (ﺥ): al Khabir (Yang Mahatahu) dan Mahalihat. Sesungguhnya Allah Mahatahu apa yang kalian kerjakan. Dal (ﺩ): Dayyanu yaumi al din (Yang Mahakuasa di Hari Pembalasan). Dzal (ﺫ): Dzu al Jalal wa al Ikram (Pemilik Keagungan dan Kemuliaan). Ra (ﺭ): al Rauf (Mahasayang). Zay (ﺯ): Zainul Ma’budin (Kebanggaan Para Hamba). Sin (ﺱ): al Sami al Bashir (Mahadengar dan Mahalihat). Syin (ﺵ): Syakur (Maha Penerima ungkapan terima kasih dari hamba-hamba-Nya). Shad (ﺹ) : al Shadiq (Mahajujur) dalam menepati janji. Sesungguhnya Allah tidak mengingkari janji-Nya. Dhad (ﺽ): al Dhar wa al Nafi (Yang Menangkal Bahaya dan Mendatangkan Manfaat). Tha (ﻁ): al Thahir wal al Muthahir (Yang Mahasuci dan Menyucikan). Zha (ظ): Zhahir (Yang Tampak dan Menampakkan Kebesaran-Nya). ‘Ain (ﻉ): al ’Alim (Yang Mahatahu) atas segala sesuatu. Ghain (ﻍ): Ghiyats al Mustaghitsin (Penolong bagi yang memohon pertolongan) dan Pemberi Perlindungan. Fa (ف): Yang Menumbuhkan biji-bijian dan tumbuhan. Qaf (ﻕ): Yang Mahakuasa atas makhluk-Nya. Kaf (ﻙ): al Kafi (Yang Memberikan Kecukupan) bagi semua makhluk, tiada yang serupa dan sebanding dengan-Nya. Lam (ﻝ): Lathif (Mahalembut) terhadap hamba-hamba-Nya dengan kelembutan khusus dan tersembunyi. Mim (ﻡ): Malik ad dunya wal akhirah (Pemilik dunia dan akhirat). Nun (ن): Nur (Cahaya) langit, cahaya bumi, dan cahaya hati orang-orang beriman. Waw (ﻭ): al Wahid (Yang Mahaesa) dan tempat bergantung segala sesuatu. Haa (ه): al Hadi (Maha Pemberi Petunjuk) bagi makhluk-Nya. Dialah yang menciptakan segala sesuatu dan memberikan petunjuk. Lam alif (لآ): lam tasydid dalam lafadz Allah untuk menekankan keesaan Allah, yang tiada sekutu bagi-Nya. Ya (ﻱ): Yadullahbasithun lil khalqi (Tangan Allah terbuka bagi makhluk). Kekuasaan dan kekuatan-Nya meliputi semua tempat dan semua keberadaan. Rasulullah saw bersabda, ”Wahai Ali, ini adalah perkataan yang Allah rela terhadapnya.” Dalam riwayat dijelaskan bahwa Yahudi itu masuk Islam setelah mendengar penjelasan Sayyidina Ali.

05 October 2019

Me Time

Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu. Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang. Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni 'Assalamualaikum cikgu..'. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen. Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku. Aku yang naif ni terus la tanya dia 'Kenapa dengan selipar tu pak cik?'. Dia jawab 'Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..' Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi. So aku pun saje la tanya dia 'Lama jugak ye isteri pak cik solat?' Jawapan pak cik ni buat aku terkesan. 'Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..' Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni. Aku selalu terfikir bahawa 'me time' isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap. 'Me time' yang terbaik ialah biar isteri ada 'quality time' dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri. Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah 'kenapa lama sangat!' padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat 'quality time' dengan Tuhan dia. Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat 'masa berharga' ni. Bukan sekadar 'masa berharga' tak jaga suami atau anak je. Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya. Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ. Allah, Allah. Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua. Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat. 'Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..' Amin. . Sekadar berkongsi pengalaman

Siapa Al Hin

‎وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin yang wujud sebelum Nabi Adam A.S. Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka. Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya. Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat. Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuhlah penyakitnya. Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan. Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal je.. Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak. Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak. Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba. Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni? Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan. Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ke? Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la. Setakat minyak wangi, apalah sangat. Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya. Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang berlagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanyalah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu. Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ke? Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam. Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam? Agama apa kamu ni? Pesakit: Agama Monoteisme. Saya: Agama apa tu? Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ke? *Terkena jugak RIDAM. Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni! Kang.. *Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang je.. Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari.. *Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya. Saya: Poppy? Makhluk apa tu? Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia. Saya: Ceritakan...aku nak tahu. Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi. Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri. Kemudian dia menangis teresak-esak. Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami. Terduduk saya mendengar cerita si Mizari. Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut. Saya: Kalau begitu, betulkah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin? Seraya itu dia mengangguk. Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk. Kami hidup berpuak-puak. Aku dari puak Poppy. Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa. Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka? Dia terdiam sejenak.. Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu. Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok? Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah. Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku, macam mana pulak tu? Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu. Bukan semua tau aku suka manusia. Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la. Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan? Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu. Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab kenapa kamu duduk dengan budak ni? Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia. Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia. Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut. Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam? Pesakit: Maaf..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan? Saya: Memanglah.. tapi agama akhir zamankan Islam. Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni? Agama yang disuruh dan dijamin Allah. Pesakit: Aku tahu, tapi aku bukan dari Jin dan Manusia. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran. Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56 Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang. Aku tidak pernah menduakan Allah. *Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya. Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapa budak ni. Kamu tak rasa kesian ke? Pesakit: Kesian juga. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi. Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai? Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat. Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la. Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni. Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku, boleh? Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama). Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu. Kenapa? Pesakit: Ada tak bapa budak ni cerita perangai pelik anaknya ni masa sakit tadi? Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ke? Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan? Saya: Aah...kenapa? Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu. Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam. Puak kami mana pakai Kalendar masihi. Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu. Pesakit: Sabarlah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku. Dah lama sangat aku hidup. Sunyi betul hidup aku. Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat. Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu? Pesakit: Sikit je..baru 4 juta 130 ribu tahun. Saya: Mak aiiii...lamanya kau hidup. Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku. Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak. Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni. Boleh? Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia? Saya: Boleh tak aku tengok kamu. Rasa nak tengok je diri kamu tu. Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur. Minta pada Allah nak tengok aku. Bukan aku yang izin..Allah yang izin. Sekarang, boleh aku keluar? Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman. Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain. Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah. Pesakit pulang selepas itu. 3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan. Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya. Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap. Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi. Kenyataan Ustaz Azhar Idrus berkaitan makhluk Al Hin yang dikatakan wujud sebelum Nabi Adam A.S. Sekian..

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI asmaul husna

*Assalamualaikum,* tadi kuliah ustazah hafizah dekat masjid minta kita beramal dng asmaul husna,alhamdulilah malam ni dpt pula amalan khusus hasil kajian seorang doktor. Mari lah kita cuba amalkan nye. *PENYEMBUHAN BADAN MELALUI asmaul husna* Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama Allah yang maha baik krn Allah SWTlah yg maha berkuasa menyembuhkan berbagai penyakit...apabila namaNya diseru Oleh itu doktor itu menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) apabila diseru Allah dgn nama nama tersebut in sya Allah akan merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa dgn menyebut atau (menyeru Allah swt dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut: Kaedah rawatan: *letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji serta menyeru Allah swt* dgn nama nama Allah swt di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh insyallah. 01. Telinga - As Sami 02. Tulang - Al Nafi' 03. Tulang Belakang - Al Jabbar 04. Lutut - Al Rauf (The Clement) 05. Rambut - Al Badi (Pencipta) 06. Jantung - Al Nur (Cahaya) 07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat) 08. Gelombang Jantung - Al Wahab 09. Jantung otot - Al Razzaq 10. saraf - Al Mughni 11. Arteri - Al Jabbar 12. Perut - Al Razzaq 13. Kanser - Al Jalil (The Mighty) 14. Tiroid - Al Jabbar 15. Thigh- Al Rafi (The Exalter) 16. Migrain - Al Ghani (The Rich One) 17. Mata Arteri - Al Mutaali 18. Buah Pinggang - Al Hayy 19. Colon - Al Rauf (The Clement) 20. Usus - Al Razzaq 21. Hati - Al Nafi 22. Pankreas - Al Bari 23. Lemak Sacks - Al Nafi 24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta) 25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan) 26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian) 27. Prostat - Al Rashid 28. Saraf Mata - Al Zahir 29. Kelenjar pineal - Al Hadi 30. Tekanan Darah - Al Khafed 31. Paru-paru - Al Razzaq 32. Thymus Kelenjar - Al Qawi 33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty) 35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem) 36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab) mesti mesti mesti kongsi ... *semoga bermanfaat buat kita semua..* aamiiin.. .. Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj Amin ,,,,آَمِيّـٍـِـنbْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن Assalam Zikir Rabbaniyah setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. Astaghfirullahal azim - 100× 2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x 3. Lailahailallah - 100x 4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x 5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x 6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x 7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x 👉 semoga ramai boleh beramal Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, walaupun setelah kita meninggal nanti ... *PESONA WANITA*🧕

BMF

Indahnya kempen BMF.. 😀 Siapa sangka kempen ini cukup berkesan menurunkan harga barang. Bukan sesen dua, tapi sampai 50% harga barang. Sebelum ini bukan main liatnya bab turun harga, bila naik harga bukan main laju. 😀 Rupa rupanya Kempen ini mengalahkan sst dan gst. Baru tau harga sebenarnya jauh lebih murah. Baru tau yang selama ini mereka mengaut untung berlebihan tanpa kasihan belas. 😀 Baru sedar yang umat Islam masih berkuasa. Di tangan umat lslam masih ada kuasa beli yang besar mengatasi kuasa politik. Kuasa ini sudah sangat berkesan meskipun belum digerakkan sepenuhnya. 😀 Baru tau, rupa sebenar dan hati busuk orang orang kafir. Mereka benci Islam, tapi nak duit orang Islam. Berlakon letak jenama Islam, tetapi tuduh Islam tiada nilai komersial. Insyaallah, mereka akan menyesal kerana kempen tolak jawi menyebabkan mereka tidak boleh lagi menggunakan tulisan jawi dalam produk mereka. Dengan itu hendaknya terbeza terus tanpa susah payah antara barangan mereka dengan keluaran syarikat Muslim. 😀 Baru buka mata, nampak senarai produk Muslim yang sudah lama di pasaran tetapi tak dipedulikan. Ramai yang tak tahu atau tak kisah selama ini sudah mula berubah. Baru kita meneliti mana produk muslim dan bukan muslim. 😀 Baru tersedar kewajipan membantu ekonomi umat Islam. Bila orang Islam kaya.. Sumbangan mereka akan kembali kepada Islam. Orang kafir yang kaya raya langsung tak membantu Islam. Kononnya mereka pembayar cukai tertinggi, kini baru tau.. Hansard parlimen menunjukkan merekalah pembayar yang amat culas. 😀 Baru dapat kekuatan nak paksa orang kafir beralih kepada hub halal. Selama ni kerjanya asyik nak masukkan najis ke dalam makanan dan produk. Bila orang Islam sedar dan mencari yang halal.. Empayar bisnes mereka boleh terancam. 😀 Baru nak celik mata tentang diskriminasi dan monopoli kuffar. Mereka membuli peniaga peniaga kecil hingga gulung tikar. Mereka membuli pekerja pekerja Muslim dengan layanan perkauman dan keagamaan. 😀 Baru tahu, betapa rasisnya mereka apabila mereka tidak dapat menerima bmf, walhal selama ini mereka sudah terlalu lama memboikot barangan keluaran Muslim. Mereka sangat marah apabila sedikit saja kepentingan mereka tergugat. 😀 Baru kita faham betapa ekonomi mereka tidaklah sekuat mana. Andai Muslim terus bersatu.. satu persatu bisnes mereka boleh menyembah bumi. Tanpa pembeli, pelanggan dan pengguna.. bisnes mereka tidak berguna. 😀 Baru kita insaf, betapa selama ini kita merasa lemah. Kita bukan lemah.. hanya kerana kita tidak bersatu. Kita selalu kalah dalam permainan harga. Apabila kita bersatu kerana aqidah, ramai antara kita yang sanggup beli walaupun sedikit mahal. Apabila dalam fikiran umat Islam tertanam fikrah "Tak mengapa mahal asal halal".. bisnes mereka bakalan buntu. 😀 Barulah muncul peringatan dalam khutbah kedua hari Jumaat tentang bmf. Baru ada galakan nak membuka kedai @ mart disetiap premis umat Islam. Sebelum ni bukan tak ada yang bersemangat, tetapi mati tak bernesan. Insyaallah.. Sikit masa lagi jika kempen ini berterusan, saya percaya ia boleh menjadi gelombang kebangkitan Islam. Sudah tiba masanya hub halal menjadi pilihan utama ummah. Hub haram akan menguncup dan binasa dengan sendiri. وقل جاء الحق وزهق الباطل. إن الباطل كان زهوقا. #Please copy n share this comments to related posting! And many thanks to all my clients for supporting muslim agent and muslim company #TakafulIKHLAS #BMF #Support #Sinergibersamaiktisas

Pahala Kepada Sang Isteri

FADHILAT ISTERI "MEMINTA TERLEBIH DAHULU" . ﺃﺩﺏ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻟﻌﺒﺪ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺑﻦ ﺣﺒﻴﺐ ﺝ ١ ﺹ ٢٩٢ - ٢٩٣ ﺍﻟﻤﻜﺘﺒﺔ ﺍﻟﺸﺎﻣﻠﺔ : (ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﻓﺮﺷﺖ ﻟﺰﻭﺟﻬﺎ ﺑﻄﻴﺐ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﺣﺮﻡ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﺪﺭﻫﺎ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺎﺭ، ﻭﺃﻋﻄﺎﻫﺎ ﺛﻮﺍﺏ ﻣﺎﺋﺘﻲ ﺣﺠﺔٍ ﻭﻋﻤﺮﺓٍ، ﻭﻛﺘﺐ ﻟﻬﺎ ﻣﺎﺋﺘﻲ ﺃﻟﻒ ﺣﺴﻨﺔٍ، ﻭﺭﻓﻊ ﻟﻬﺎ ﻣﺎﺋﺘﻲ ﺃﻟﻒ ﺩﺭﺟﺔٍ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ!) "Siapa saja seorang isteri yang menawarkan diri untuk suaminya dengan sukarela, maka: (1) Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka; (2) memberinya pahala dua ratus ibadah Haji dan Umrah; (3) dicatatkan untuknya dua ratus ribu kebaikan; (4) diangkat untuknya dua ratus ribu derajat di Syurga. (ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﺩﺧﻠﺖ ﻣﻊ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻓﻲ ﻓﺮﺍﺵٍ ﻭﺍﺣﺪٍ ﻧﺎﺩﺍﻫﺎ ﻣﻠﻚٌ ﻣﻦ ﺗﺤﺖ ﺍﻟﻌﺮﺵ: ﻟﺘﺴﺘﺄﻧﻔﻲ ﺍﻟﻌﻤﻞ ! ﻓﻘﺪ ﻏﻔﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻚ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻚ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ ﻭﻛﺘﺐ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻬﺎ ﺛﻮﺍﺏ ﻣﻦ ﺃﻋﺘﻖ ﻣﺎﺋﺔ ﺭﻗﺒﺔٍ، ﻭﻛﺘﺐ ﻟﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﺷﻌﺮﺓٍ ﺣﺴﻨﺔً !) . Dan siapa saja seorang isteri yang masuk bersama suaminya dalam satu selimut, maka Malaikat dari bawah 'Arsy memanggilnya, "Mulailah olehmu perbuatan itu (merangsang suami): (1) Maka Allah akan mengampuni untukmu dari dosamu yang telah lalu dan yang akan datang; (2) Dan Allah akan mencatat untuknya pahala seorang yang memerdekakan seratus budak; (3) Dan mencatat untuknya dari setiap sehelai rambut dengan satu kebaikan._ (ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﻗﺒﻠﺖ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﺑﻄﻴﺐ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﻓﻜﺄﻧﻤﺎ ﻗﺮﺃﺕ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ‏[ ﺍﺛﻨﺘﻲ ﻋﺸﺮﺓ‏] ﻣﺮﺓً ﻭﻛﺘﺐ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﺁﻳﺔٍ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﺧﻤﺴﻴﻦ ﺣﺴﻨﺔً ﻭﺑﻨﻰ ﻟﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﻗﺒﻠﺔٍ ﻣﺪﻳﻨﺔً ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ !) Dan siapa saja seorang isteri yang mencium suaminya dengan sukarela maka: (1) Dia bagaikan mengkhatamkan Al-Qur'an (dua belas) kali; (2) Dan dengannya Allah akan mencatat dari setiap ayat dalam Al-Qur’an lima puluh kebaikan; (3) Dan dari setiap ciuman dibangunkan sebuah kota di Syurga untuknya. (ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﻗﺒﻠﺖ ﺭﺃﺱ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻭﻣﺸﻄﺖ ﺭﺃﺳﻪ ﻭﻟﺤﻴﺘﻪ ﻛﺘﺒﺎﻟﻠﻪ ﻟﻬﺎ ﺑﻌﺪﺩ ﻛﻞ ﺷﻌﺮﺓٍ ﺣﺴﻨﺔً، ﻭﻏﺮﺱ ﻟﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﺷﻌﺮﺓٍ ﻧﺨﻠﺔً ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ) . Dan siapa saja seorang isteri yang mencium kepala suaminya, menyisir rambut dan janggotnya, maka: (1) Allah akan mencatat untuknya pahala kebaikan dengan bilangan setiap helaian rambut; (2) Dan ditanamkan untuknya dari setiap sehelai rambut dengan pohon kurma di Syurga. Wallahu a'lam. (Kitab Uqudul Lujain Syaikh Nawawi AlBantani) .

03 October 2019

Phoneum

Cover art Cloud Earning PHM PhoneumProductivity Rated for 3+ 2,009 Contains Ads This app is compatible with some of your devices. Welcome to the world of Phoneum - Mobile-only Cryptocurrency! Cloud Earning PHM is designed to deliver simplified user experience and platform that enables all users, regardless of technical aptitude, to fully participate in the new cryptocurrency economy. The application requires internet to sign in and establish a connection with the Phoneum server. Simply press "Start Earning" to connect. The server handles everything in the cloud, therefore, once earning is established, the app doesn't require the device to keep it open or in the background to earn PHM. At any time, open Cloud Earning PHM to access the average earning statistics and track the earning progress. To avoid interruption, a notification is sent 20 hours after the earning process starts, to extend Earning for the next 24 hours. Features: - Earn PHM on a 24-hour basis - PHM Balance updates daily - Extend earning to avoid interruption - Average Earning Statistics Reviews Review Policy 2.9 2,009 total 5 4 3 2 1 Brad Schick September 25, 2019 5 Play for almost a year... you'll make .8931 US cents! The app has an average daily rate of just over 98 PHM. The app doesn't allow you to cash out until you reach 30,000 PHM (If you do the math = just over 306 days) The current price of PHM is .00002977 US cent each, that's under 90 cents for over 3... PhoneumSeptember 25, 2019 We made this adjustment to maintain the value of the token. This is a project for true supporters and long term engagement. Our apps and games are free, they don't cost you anything and it's your choice if you are going to participate or not. Thank you! Miguel Antonio Cunanan July 13, 2019 3 I find it ok, but it seems to have frozen. It's been saying pending 4.61 for a couple of days now. Edit: they managed to fix the problem in a quick and timely manner. Oh I'm not sure if it's a different glitch but there was a time whe I used it that it gave me several days worth of mining, not that ... PhoneumJuly 13, 2019 We have found the cause of the crash and have fixed it. A new update is available. Please adjust your review accordingly 😊 👍 Simon Ingram September 27, 2019 PHM cloud mining it stopped at 316 PHM that took days to mine, and all it says now is pending. The app just wants you to install a game to spend your already owned PHM on. Phoneum = Phoney. Rereviewed. I have been paid out from the cloud mining just waiting to see the 30k payout PhoneumSeptember 27, 2019 It's a bug and we are aware, it will be fixed soon. No need for insulting reviews. Caden P September 15, 2019 4 This app is awesome! I think mining crypto on your mobile device is a cool concept. I've used this app since the alpha miner. There are little thing that are rough around the edges like the 7000 phm minimum withdrawal and only using Latoken to exchange it. Latoken says trading is not available in my... What's New Version 0.8.1 - Earning mechanics updated for smoother earning experience - Bug fixes and improvements Additional Information Updated October 2, 2019 Size 8.7M Installs 50,000+ Current Version 0.8.1 Requires Android 5.0 and up Content Rating Rated for 3+ Learn More Permissions View details Report Flag as inappropriate Offered By Phoneum Developer Visit website contact@phoneum.io Privacy Policy Trinity Chambers, PO Box 4301 Road Town, Tortola VG1110 Similar Pi Network SocialChain Initiative Q Initiative Q BFast BFree B Programmers Electroneum Electroneum Ltd XWallet Pundi X Labs More by Phoneum Crypto Treasures Phoneum Treasure Stairs - Secret Quests Minigame Phoneum Cannon Blast - Crypto Treasures Mini Game Phoneum PHM Wallet Phoneum COMING SOON ©2019 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersAbout Google|Location: MalaysiaLanguage: English By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.

Ayat 285-286 Surah Al Baqarah

KELEBIHAN MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH Soalan: Apakah maksud hadith ini? Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” [Riwayat al-Bukhari (5009)] Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Al-Quran merupakan sebuah kitab mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS. Di samping itu, di dalam al-Quran juga terkandung seribu satu rahsia bagi sesiapa yang mentadabburnya dan sentiasa melaziminya dengan membacanya. Selain itu, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran berdasarkan kepada nas yang sahih sama ada daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Berdasarkan soalan di atas, antara makna telah cukup baginya di dalam hadith di atas sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini terbahagi kepada beberapa makna: Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah) Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat. Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum. Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan. Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin. Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya. Melihat kepada makna-makna di atas, Imam Ibn Hajar mengatakan boleh jadi yang dimaksudkan oleh hadith adalah semua yang telah disebutkan. [Lihat: Fath al-Bari, 9/56] Tambahan pula, Imam al-Nawawi berkata makna cukup baginya di dalam hadith di atas adalah cukup baginya mendirikan malam pada malam tersebut, cukup baginya (terpelihara) daripada keburukan syaitan serta daripada kebinasaan-kebinasaan dan boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 6/91-92] Dua Ayat Terakhir Dari Surah al-Baqarah Firman Allah SWT: آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ﴿٢٨٦﴾ al-Baqarah: 285-286
Maksudnya: “Rasulullah telah beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada kalangan rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” Penutup Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang membaca di waktu malam dua ayat yang terakhir dari surah al-Baqarah ini serta memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan ini adalah bersumberkan daripada hadith yang sahih iaitu daripada kitab Sahih al-Bukhari yang merupakan kitab paling sahih selepas al-Quran. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan ahli al-Quran dan orang-orang yang sentiasa mencintai serta mengamalkan apa yang terdapat di dalam al-Quran. Amin. Wallahua’lam

Duit duit dimana kau Duit

Duit .. tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati. -.. Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit. - ..Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena. - ..Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit. - ..Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit. - ..Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit. - ..Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. ..D-don't. ..U-use. ..I-intelligence. ..T-the wrong way. Kata orang-orang bijak pandai, jika : 1. ..Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu 2. ..Ingin sihat - Berpuasa 3. ..Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran 4. ..Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahjud 5. ..Ingin kaya - Sembahyang Dhuha 6. ..Dihimpit masalah - Beristghfarlah 7. ..Berdukacita. - Berdoalah 8. ..Mahukan keberkatan - Berselawatlah. Yg membaca, tak untung Yg brcakap, pun tak untung Yg mndengar, pun tak untung Yg untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah. Mari kita amalkan.. " DUIT " D - DOA U - USAHA I - ISTIQAMAH T - TAWAKAL ORANG SOMBONG je takkan copy.. - Istana Paling Cantik → MASJID.. - Lagu Paling Sedap → AZAN .. - Senaman Paling Baik → SOLAT.. - Hobi Paling Berfaedah → ZIKIR.. - Agama Paling Indah →ISLAM.. sy copy sbb sy islam.. ☺ Minta berhenti sekejap je...Baca lah ini.. Curi sedikit masa Emas kita... Gunakan 1 minit utk mengingati ALLAH Langkah 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih SUBHAANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HAILLALLAH ALLAHU AKBAR ASTAGHFIRULLAAH LA ILAAHA ILLALLAAH, MUHAMMADURRASUULULLAAH ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALAA ALIHI WA SAHBIHI AJMA'IIN Langkah 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan Langkah 3: Forward pesan ini kpd sekurang-kurangnya 9 org yang anda kasihi. Hasil 1: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka utk mengingat, berdoa & bermunajat kpd ALLAH SWT. Hasil 2: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka utk mengingat & berdoa utk Nabi Muhammad SAW Hasil 3: Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kita & di-AMIN-kan oleh para Malaikat...:) Ambil hikmahnya aja ya teman,, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik Ya Qudus Ya Salam Ya Mu'min Ya Muhaimin Ya Aziz Ya Jabar. Ya Mutakabbir Ya Salam Ya Hayyu Ya Qoyum Ya Sami Ya RozaQ Ya Mugni Ya Malikal mulki Ya Dzal djalalilwalikrom Ya Gofar Ya Mujib Kirimkanlah asma Allah ini ke semua contact mu. _*Tersentap tapi bermakna*_ ● _Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama. ● _Bila sudah besar.. bilik masing-masing._ ● _Bila sudah nikah.. rumah masing-masing._ ● _Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising._ ● _Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing._ ♧ _Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak DanMenantuku, Wahai Anak2Saudaraku,Wahai Sedara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.._ ● _Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan._ ● _Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong._ ● _Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik..._ ● _Hanya kau dan amal mu._ ● _Bersedia selalu.. bersiap selalu._ ● _Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi._ ● _Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda._ ● _Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana._ ♧ _Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar._ ● _Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat._ ● _Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia._ ● _Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA._ ● _Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._ -🕌SHARE pada Keluarga, teman & saudara mara, semoga bermanfaat.

02 October 2019

Kebarangkalian soalan Semasa temuduga Police

*ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA YG LAYAK TEMUDUGA SOALAN2 YG AKAN DI TANYA* *1)Ketua Polis Negara* YDH IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bin Bador (Di atas pengkurniaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota P.S.M hari ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka Bangida Yang Di Pertuan Agong ke XVI(16) Al -Sultan Abdullah Ri'ayatudddin Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 9/9/19 yg bergelar YDH Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bin Bador) *2) Timbalan Ketua Polis Negara* YDH DIG Dato' Pahlawan Mazlan Bin Mansor *3) Pengarah Jab. Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA)* YDH CP Dato' Sri Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani *2) Pengarah Cawangan Khas* YDH CP Dato' Mohamed Farid Bin Abu Hassan *3) Pengarah Jab. Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)* YDH CP Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd *4) Pengarah Jab. Sumber Strategik Dan Teknologi (STaRT)* YDH CP Dato' Sri Tajudin Bin Mohd Isa *5) Pengarah Pengurusan* YDH CP Dato' Abd Rahim Bin Jaafar *6) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah* YDH CP Dato' Huzir Bin Mohamed *7) Pengarah Jab. Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK)* YDH CP Dato' Sri Rosli Bin Ab Rahman *8) Pengarah Jab. Integriti & Pematuhan Standard (JIPS)* YDH CP Dato' Zambri Bin Yahya *9) Pengarah Jab. Siasatan Jenayah Komersil* YDH CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad *10) Pengarah Jab. Siastan & Penguatkuasaan Trafik* YDH DCP Dato' Azisman Bin Alias *3 FOKUS UTAMA IGP (BARU)* 1.meningkatkan intergriti dan akauntabaliti 2.mempertingkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan 3. Mendukung perlaksanaan suruhanjaya bebas aduan dan salah laku polis (ipcmc) *SKDD* Sistem kawalan displin dan dadah -diujudkan untuk memberi kawalan dan seliaan terhadap pegawai polis dan pegawa awam dibawah seliaan seorang penyelia. Melalui skdd penyelia dapat mengetahui prestasi tugas dan tanggungjawab kearah mencapai matlamat organisasi Skdd 1 butir peribadi Skdd 2 kerjaya pengalaman tugas Skdd 3 harta Skdd 4 laporan penyelia *JITU* Jawatankuasa Intergriti dan takbir urus *IPCMC* Suruhanjaya bebas aduan dan salah laku polis -salah laku dan salah guna kuasa melibatkan kematian dalam tahanan penderaan fizikal dan dianggap kurang telus oleh ngo. -mendapat bantahan dari pucuk pimpinan kerana tidak memberi peruntukan untuk rayuan. -idea dibuat pada tahun 2005 bertujuan mengantikan suruhanjaya intergriti agensi penguatkuasaan terutama polis -merupakan badan bebas yang ingin diujudkan menkaji aduan terhadap polis dan bertujuan membersih nama polis -permohonan ipcmc juga adalah untuk menyiasat dan mendakwa salah laku *ATIPSOM* Akta anti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran 2007 *TEMA HARI POLIS 212, Polis dan Masyarakat berpisah tiada *DYMM YDPA ke 16* Al sultan abdullah riayatuddin al mustafa billah shah *DYMM YG DIPERTUAN BESAR N. SEMBILAN* Tuanku Muhriz ibni Almarhum tuanku munawir - keturunan raja malewar yg ke 11 sejak sistem beraja di ujudkan di ns 1773 hingga kini *RUKUN ISLAM - 5* 1. Mengucap dua kali syahadah 2. Solat 5 waktu 3. Puasa bulan ramadan 4. Membayar zakat 5. Mengerjakan haji *RUKUN IMAN- 6* 1. Percaya kepada allah swt 2. Percaya pada malaikat 3. Percaya pada kitab 4. Percaya pada nabi dan rasul 5. Percaya pada hari kiamat 6. Percaya pada qada & qadar *RUKUN SEMBAHYANG 13* 1.berdiri betul 2. Niat 3. Takbir ratul ikhram 4. Baca fatihah 5. Rukuk & tahmaninah 6.iktidal (bangkit dari rukuk) 7. Sujud 8. Duduk antara dua sujud 9. Duduk tahyat akhir 10. Baca tahyat akhir 11.selawat nabi 12.salam 13. Tertib *3 Rukun dalam sembahyang* Qalbi (hati) Qauli (bacaan) Fiili (perbuatan) *RUKUN NEGARA 5* 1.Percaya pada tuhan 2.kesetiaan kepada raja & negara 3.keluhuran perlembagaan 4.kedaulatan undang2 5.kesopanan dan kesusilaan *ADAT PERPATIH* Adat perpatih dari minangkabau keseluruhan nsembilan dan sebahagian melaka m tanah. Raja digelar Yam Tuan Besar dipilih dari panel undang luak sg ujong, rembau, johol dan jebelu dikalangan golongan diraja dan bukan nya secara temurun dari bapak ke anak. Manakala undang luak dilantik oleh dato lembaga di kalangan daerah masing masing Yang masih mengamalkan mewariskan harta sepenuhnya kepada anak perempuan dan dijaga oleh anak lelaki tetapi harta sepencarian mengikut hukum faraid *SOSMA* Sosma adalah undang2 dibawah akta kesalahan (langkah langkah khas) 2012 digubal bagi mengantikan akta keselamatan dalam negeri Untuk membendung aktiviti kumpulan jenayah terancang Kumpulan berstruktur, menghalang proses keadilan, mendapat faedah meterial, rasuah, pengubahan wang haram jenayah kekerasan dan ugutan Tahanan 28 hari kuasa supt keatas Hari ke 21 perlu rujuk TPR *DETEKTIF D220* Peg rendah polis dari kpl ke si yg telah lulus kursus peralihan detektif. Disahkan dan diserap ke jawatan detektif Kuasa melucut adalah ocpd/occi memperakukan pada kp atau pengarah Tempoh 5 tahun dan sambung 2 tahun setiap kali.. Review derektif *INTERGITI* Sifat jatidiri yang merangkumi ikhlas, jujur, amanah, bertanggungjawab berpegang pada prinsip dan tidak mudah dipengaruhi *Lambang intergriti PDRM* -Moto yang menjadi tunjang kepada perjuangan pdrm. *FUNGSI PDRM SEK 3 AKTA POLIS* 1. Memelihara undang2 dan ketenteraman 2. Mengekalkan keamanan dan keselamatan malaysia 3.mencegah dan mengesan jenayah 4.menangkap dan mendakwa pesalah 5.mengumpul risikan jenayah *PENYELIAAN* Penyelia - seorang ketua diperingkat pengurusan rendah yang ada kuasa keatas sekumpulan orang lain Tanggungjawab - memastikan semua prosedur operasi dipatuhi bagi mencapai matlamat organisasi Syarat - Keupayaan mengendali Pengetahuan teknikal atau operasi Kelebihan perhubungan interpersonal Keupayaan mengawas Kesimpulan Penyeliaan berkesan dan berjaya Anggota yg diselia berjaya Matlamat organisasi tercapai. *HUKUMAN TATATERTIB* a) Amaran b) Denda c) Lucut Hak Emolumen d)Tangguh pergerakan gaji e) Turun Gaji f) Turun pangkat g) buang kerja *SEK 15 KPJ CARA MENANGKAP* 1. Menyentuh atau mengurung kecuali org yg hendak ditangkap memberi butir diri 2. Jika melawan boleh guna sebarang langkah yg patut 3. Tidak boleh menyebabkan kematian yg tidak dituduh berkaitan kesalahan yg boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. *KESALAHAN LAZIM DITANGKAP* Kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran. *SOP - STANDARD OPERATING PROCEDURE* OP SCORPION - Culik untuk mendapatkan tebusan -s. 3 akta culik 1961 hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak hukum mati boleh dikenakan sebatan Pengendalian operasi adalah secara sulit bermula dari Mangsa ditahan repot yang dibuat Proses rundingan & pembayaran tebusan Tindakan Io /kbsjd ambik repot ditempat yg sesuai Repot dalam pol 55 Io perlu profesional ambil sikap untuk selamat kan mangsa Maklum kpd, tkjsj ro sp, occi kp dan seterusnya Mesyuarat perancang Buka martek (markas teknikal) Lantik FLO (family laison oficer) Tempatkan FLO bersama keluarga mangsa Susun penugasan di martek Pasukan bertindak serbuan rampasan dan pemeriksaan Permohonan mendapatkan surat kebenaran pintasan komunikasi sek 11 akta culik Terdapat 13 carta dalam martek 1. Profil mangsa 2.kronoligi kejadian 3.latarbelakang keluarga (family tree) 4. Profil penculik 5.kedudukan tuntutan wang tebusan 6.senarai no telefon yg dipintas 7.carta panggilan telefon 8.peta kawasan daerah dan negeri 9.carta kenderaan yg ditimbulkan 10.senarai ajk dan no telefon 11.senarai pegawai anggota kenderaan pasukan bertindak 12.senarai tangkapan penjenayah ditembak mati dan rampasan 13.carta agensi kerajaan swasta tempatan dan nombor telefon. *POCA* *Jenayah kekerasan* Melibatkan 2 orang atau lebih. Ada pengecaman penuh terhadap sabjek Kes NFA minima 2 kes setiap sabjek NFA kes perlu jelas tiada pengecaman dan pembuktian yg lain oleh DPP *Jenayah hartabenda* Melibatkan 2 orang atau lebih. Ada pengecaman penuh terhadap sabjek Kes NFA minima 3 kes setiap sabjek NFA kes perlu jelas tiada pengecaman dan pembuktian yg lain oleh DPP ada juga kes yg dituduh tetapi tidak pada seksyen yg dibuka di dalam ip masih boleh diguna pakai utk POCA.. Had umur mesti 18 tahun ke atas Statement perlu ada dari rakan sejenayah sekurang2nya 1, pengakuan subjek 1,.. 3 (1) APJ : 1 hari 4 (1) (a) APJ : 21 hari 4 (2) (a) APJ : 38 hari Semua 60 hari Sekiranya di luluskan oleh KUJAKA AGC baru di sambung 4 (2) (a) APJ.. kalo tak diterima kes akan dibebaskan di bwah seksyen 7 (b) APJ bang.. Dlm tempoh 38 hari sidang inkuiri akan dijalankan.. Sidang inkuiri adalah dr DPP KDN

7 Jenis Pahala Selepas Matinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BismillahHirahmanirRahim

BismillahHirahmanirRahim

BismillahHirahmanirRahim


7 Jenis Pahala Selepas Matinya




Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1.    Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3.    Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.    Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6.    Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7.    Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8.    yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1.    Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2.    Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.    Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Incoming search :
🕋🇲🇾💚💜💎🖤💌💝❣💞💟💗💙🌏🕌

Elak gangguan Jin

Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan 1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena. 2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib. 3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan. 4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka. 5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki. 6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi. 7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib. 8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia. 9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri. 10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup. 11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama. 12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan 13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki. 14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah. 15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah. 16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf. Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka. 17. Amalkan ayat Manzil. 18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk. 19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah. 20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri. 21. Basuh pinggan makan selepas makan malam. 22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan. 23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan. 25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap. 26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi. 27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar. 28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan . 29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan. 30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati. 31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi. 32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman. 33. Mandi garam pagi dan petang. 34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an. 35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu. 36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas. 37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib 38. Amalan zikir asma ul husna. 39. Makan kurma 1 hari 1 biji 40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan. 41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia. 42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi. 43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau. 44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam. 45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap. 46. Gunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu sebagai pendinding diri 47. Tawakal pada Allah SWT Cnp

01 October 2019

20 Ayat Ruqyah

Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin Dan Penawar Sihir Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus. 03-ruqyah Mesti kita banyak dengar cerita-cerita berkaitan dengan Jin dan sihir . Dalam masyarakat melayu , jin ni lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat . Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jiniy dan Genie dlm bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup , dlm islam memaksudkan jin ini makhluk yang berakal , berkehendak , sedar, mempunyai kewajipan , berjasad halus dan hidup dibumi . Dalam sebuah hadis dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.” Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupun sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri.
“ Ayat-ayat Ruqyah Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin Dan Penawar Sihir

 Urutan Ayat-ayat Ruqyah seperti di bawah ini
 Urutan Ayat-ayat Ruqyah
 Al Fatihah
 Al Baqarah Ayat 1-5
 Al Baqarah Ayat 102
 Al Baqarah Ayat 163-164
 Al Baqarah Ayat 255
 Al Baqarah Ayat 285-286
 Ali Imran Ayat 18-19
 Al A’raf Ayat 54-56
 Al A’raf Ayat 117-122
 Yunus Ayat 81-82
 Thoha Ayat 69
 Al Mukminun Ayat 115-118
 As Soffat Ayat 1-10
 Al Ahqaf Ayat 29-32
 Ar Rahman Ayat 33-36
 Al Hasyr Ayat 21-24
 Al Jin Ayat 1-9
 Al Ikhlas
 Al Falaq
 An Nas

 Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, insyaa Allah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka dan mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ayat-ayat Ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk. Keistimewaan ayat ini dan simptom yang akan didapati selepas mendengar:

 1. Denyutan jantung makin kencang
 2. Badan bergegar
 3.Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
 4. Mengantuk/menguap
 5. Batuk
 6. Gelisah
 7. Panas di tengkuk
 Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin Dan Penawar Sihir Cara menggunakan ayat Ruqyah :

 1. Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat Ruqyah di dalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi.
 2. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
 3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
 4. Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat Ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3 kali dan Al Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
 5. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
 6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan ayat Ruqyah ini 3 kali sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat. Anda boleh dengar dan pasang ayat ruqyah di sini :

 P/S Jika anda masih mempunyai masalah setelah melakukan perkara-perkara di atas, anda boleh berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bab ini. Banyakkan berdoa supaya Allah menjaga diri, keluarga & keturunan daripada gangguan Jin & Sihir.

 SHARE FOR SAHAM AKHIRAT

29 September 2019

Berzikirlah

BERZIKIRLAH DI LIDAHMU, DI AKALMU, DI HATIMU DAN DI BATIN DI HATIMU Rasulullah bersabda, “Wahai Abu Zarr! Berzikirlah kepada Allah dengan zikir khamilan!”, Abu Zarr bertanya: “Apa itu khamilan?” Sabda Rasul: “Khafi (dalam hati)” (Mizan al-Hikmah 3: 435). TAHAP pertama zikir adalah zikir lisan. Kemudian zikir kalbu yang cenderung diupayakan dan dipaksakan. Selanjutnya, zikir kalbu yang berlangsung secara terus, tanpa perlu dipaksakan. Serta yang terakhir adalah ketika Allah sudah berkuasa di dalam kalbu disertai zikir itu sendiri. Inilah rahsia dari sabda Nabi saw: ” Siapa ingin bersenang – senang di taman syurga, perbanyaklah mengingati Allah”. TANDA bahawa sebuah zikir sampai pada sirr (nurani yang terdalam yang menjadi tempat cahaya penyaksian) adalah ketika pelaku zikir dan objek zikirnya lenyap tersembunyi. Zikir Sirr terwujud ketika seseorang telah terliputi dan tenggelam di dalamnya. Tandanya, apabila engkau meninggalkan zikir tersebut, ia takkan meninggalkanmu. Zikir tersebut terbang masuk ke dalam dirimu untuk menyedarkanmu dari keadaan tidak sedar kepada keadaan hudhur (hadirnya kalbu). Salah satu tandanya, zikir itu akan menarik kepalamu dan seluruh organ tubuhmu sehingga seolah–olah tertarik oleh rantai. Tandanya, zikir tersebut tak pernah padam dan cahayanya tak pernah redup. Namun, engkau menyaksikan cahayanya selalu naik turun, sementara api yang ada di sekitarmu sentiasa bersih menyala. Zikir yang masuk ke dalam sirr(rahsia hati) terwujud dalam bentuk diamnya si pelaku zikir seolah–olah lisannya tertusuk jarum. Atau, semua wajahnya adalah lisan yang sedang berzikir dengan cahaya yang mengalir darinya. KETAHUILAH, setiap zikir yang disedari oleh kalbumu didengar oleh para malaikat penjaga. Sebab, perasaan mereka beserta perasaanmu. Di dalamnya ada sirr sampai saat zikirmu sudah ghaib dari perasaanmu kerana engkau sudah lebur bersama Tuhan, zikirmu juga ghaib dari perasaan mereka. Kesimpulannya, berzikir dengan ungkapan kata–kata tanpa rasa hudhur (kehadiran hati) disebut zikir lisan, berzikir dengan merasakan kehadiran kalbu bersama Allah disebut zikir kalbu, sementara berzikir tanpa menyedari kehadiran segala sesuatu selain Allah disebut Zikir Sirr. Itulah yang disebut dengan Zikir Khafi. Allah SWT berfirman: “Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu (nafsika) dengan merendahkan dirimu dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai” (QS. 7: 205). REZEKI lahiriah terwujud dengan gerakan badan, rezeki batiniah terwujud dengan gerakan kalbu, rezeki sirr terwujud dengan diam, sementara rezeki akal terwujud dengan fana dari diam sehingga seorang hamba tinggal dengan tenang untuk Allah dan bersama Allah. Nutrisi dan makanan bukanlah santapan rohani, melainkan santapan badan. Adapun yang menjadi santapan rohani dan kalbu adalah mengingati Allah Zat Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Allah SWT berfirman, “Orang–orang beriman dan kalbu mereka tenteram dengan mengingat (zikir kepada) Allah.” Semua makhluk yang mendengarmu sebenarnya juga ikut berzikir bersamamu. Sebab, engkau berzikir dengan lisanmu, lalu dengan kalbumu, kemudian dengan nafs–mu , kemudian dengan rohmu, selanjutnya dengan akalmu, dan setelah itu dengan sirmu. Bila engkau berzikir dengan lisan, pada saat yang sama semua benda mati akan berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan kalbu, pada saat yang sama alam beserta isinya ikut berzikir bersama kalbumu. Bila engkau berzikir dengan nafs–mu, pada saat yang sama seluruh langit beserta isinya juga turut berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan rohmu, pada saat yang sama singgahsana Allah (’Arsy) beserta seluruh isinya ikut berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan akalmu, para malaikat pembawa Arsy dan roh orang–orang yang memiliki kedekatan dengan Allah juga ikut berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan sirrmu, Arasy beserta seluruh isinya turut berzikir hingga zikir tersebut bersambung dengan Zat–Nya. Imam al-Baqir dan Imam as-Sodiq berkata: “Para malaikat tidak mencatat amal solih seseorang kecuali apa-apa yang didengarnya, maka ketika Allah berfirman: “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu (nafsika)”, tidak ada seorangpun yang tahu seberapa besar pahala zikir di dalam hati dari seorang hamba-Nya kecuali Allah Ta’ala sendiri”. DI DALAM riwayat lainnya disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Zikir diam (khafi) 70 kali lebih utama daripada zikir yang terdengar oleh para malaikat pencatat amal. “ (Al-Hadits). Bila sang hamba mampu melafazkan Zikir Khafi serta meyakini bahawa semua Alam Lahir dan Alam Batin merupakan penampakan/manifestasi dari nama-nama-Nya maka dia akan merasakan kehadiran dan kebersamaan-Nya di semua tempat dan merasakan pengawasan-Nya dan jutaan nikmat-nikmat-Nya. Perasaan akan kehadiran-Nya ini akan mencegah sang hamba dari berbuat dosa dan maksiat. Jika di hadapan anak yang sudah akil baligh saja manusia malu untuk berbuat dosa dan membuka auratnya, maka bagaimana ia tidak malu untuk membuka auratnya dihadapan Sang Khaliq? Mengapa kita tidak merasa janggal dan malu berbuat hal-hal yang tidak layak di hadapan Allah al-Khaliq? Itu kerana keyakinan kita atas kehadiran-Nya di setiap wujud tidak sebagaimana keyakinan kita ketika kita melihat kehadiran sang anak yang akil baligh tersebut. Apabila kita ingin mencapai keyakinan seperti ini kita mesti mempersiapkan latihan-latihan untuk melaksanakan Zikir Khafi sampai pada suatu tahapan di mana hati kita berzikir secara automatik seperti gerak detak jantung dan tarikan-tarikan nafas kita (yang tidak kita kendalikan) Imam Ali Zainal ‘Abidin as di dalam do’anya: “Ilahi, Ilhamkanlah kepada kami Zikir kepada-Mu di kesendirian maupun di keramaian, di malam hari maupun di siang hari, secara terang-terangan, maupun secara rahsia (sembunyi), di saat gembira mahupun di saat kesusahan, jadikanlah hati kami menjadi senang dengan berzikir al-khafi“ (Bihar al-Anwar 94 : 151). Laa haula wa laa quwwata illa billah – Tiada daya dan kekuatan kecuali kerana pertolongan Allah jua... Mari kita mula mengubah rutin harian kita dengan banyak mengingati Allah... daripada lalai kepada ingat, daripada ingat kepada cinta dan rindu kepada Allah. Tiadalah kemuliaan yg paling agung kecuali nama-nama Zat Yang Maha Agung dinisbahkan pada lidahmu... akalmu... hatimu dan hati batin terdalam dlm dirimu dengan ingatan yang tulus lagi murni... hakikatnya bukan engkau ingat akan Dia ketika ingatmu... tapi sifat-Nya lah yang mengingat akan Zat-Nya yang tertajalli pada dirimu. Engkaulah cermin bagi Diri-Nya... via: Facebook Ustaz Iqbal Zain