05 March 2018

Ajaran sesat Ayah Pin




Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.

Fatwa:
Oleh yang demikian,untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi
di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:
1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah
palsu,sesat,menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada
ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah
menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran
Ayah Pin tersebut.
Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997
Keterangan :
Antaranya :
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara’,
3. Beliau pernah menyatakan bahawa ” Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril”. Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara’.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara’.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
17.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing bahagian.

Qadiani (bukan ajaran Islam)



QADIANI
(Bukan Ajaran Islam)

MAKLUMAN
FATWA RASMI

Buku ini adalah dikeluarkan mengikut keputusan Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975 (hari yang kedua). Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang tersebut telah mempersetujui pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai Puak Kadiyaniah / Ahmadiah, selepas pindaan seperti berikut:
1. “Puak Kadiyaniah / Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.
2. “Majlis (Negeri – negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju satu kertas putih mengenai penyelewengan Puak Kadiyaniah / Ahmadiah hendaklah dikeluarkan oleh Majlis Keebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia”.
3. “Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia hendaklah mengambil tindakan berutus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri (yang mengambil bahagian sahaja) supaya pendapat-pendapat terkandung dalam keputusan-keputusan (i) dan (ii) di atas diisytiharkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri itu”.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia.
AJARAN QADIANI
(AHMADIAH / QADINIAH)

Pendahuluan
Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan ioleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam.
Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza.
Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri.

Siapa Mirza Ghulam Ahmad , Qadiani?Baca selengkapnya
Keturunan
Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.
Pendidikan
Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi. Apabila berumur 10 tahun, beliau belajar bahasa Arab. Di kala berumur 17 tahun, beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau belajar ilmu perubatan dengan ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah (Middle Class). Beliau seorang yang kuat belajar. Guru-gurunya yang mengajar nahu, mantiq (Logic) dan falsafah ialah Maulavi Fazlilillahi, Maulavi Fazli Ahmad dan Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang berpengalaman.
Pekerjaan
Dengan pengetahuan yang ada Mirza bertugas di bawah Penolong Pesuruhjaya Sialkot dengan gaji yang kecil selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.
Kehidupan
Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau menulis : “…dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung terpencil, Qadian dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300 rupee atau lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya tidak tahu nama mereka”.
Kahwin Dan Anak
Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan seorang daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua orang anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau mengahwini anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang. Mereka ialah:
1. Mirza Bashiruddin Mahmood
2. Mirza Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi)
3. Mirza Sharif Ahmad
Kesihatan
Semasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah rebah dan tidak sedarkan diri. Mirza sendrii pernah menganggap penyakitnya itu sebagai hysteria dan tekanan perasaan (Melancholia). Beliau juga diserang penyakit kencing manis (diabetes) dan kencing besel (copious urination). ýBeliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan tanpa henti.
Sikap Dan Tingkahlaku
Pada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang ‘simple’ dan tidaklah begitu cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui masa, beliau mengambil jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya. Dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya, beliau berkata: “Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka macam anjing”.
Meninggal Dunia
Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.
Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.
Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: ‘Di malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: “Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian yang sekarang ini di dalam negara Pakistan.
Bagaimana Munculnya Ajaran Qadiani
Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith. Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian.
Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah. Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti ‘reformer’ (mujaddid), Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini.

Faktor Luar Alam Sekitar
Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib dan mendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama. Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu. Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat Islam menjadi pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu.
Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857 menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa (charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan idirnya.
Pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza Ghulam Ahmad
Siapa Nuruddin?
Nuruddin Bhairawi dilahirkan di Kampung Bhaira, Punjab, Pakistan Barat pada tahun 1841. Beliau mempelajari bahasa Parsi, tulisan dan bahasa Arab permulaan. Beliau sebenarnya seorang ahli perubatan tradisi India yang memegang gelaran ‘Hakim’. Nuruddin Bhairawi orang yang kedua di dalam ajaran Qadiani ini selepas Ghulam Ahmad. Malah setengah pengkaji berpendapat bahawa beliaulah orang yang sebenarnya menghasut Mirza melakukan pentyelewengan di dalam ajaran ini.
Hubungan Nuruddin Dan Mirza
Perhubungan Nuruddin dengan Mirza bermula pada tahun 1885 di Qadian. Terdapat banyak persamaaan idea antara Nuruddin dan Mirza. Sehinggakan apabila Mirza menulis bukunya “Barahin Ahmadiah”, Nuruddin menulis bukunya “Tasdiq Barahin Ahmadiah” untuk menyokong Mirza. Betapa dalamnya kepercayaan Nuruddin kepada Mirza dapat ditunjukkan dalam cerita ini : Apabila Mirza mengarang Fath Al-Islam dan Tawdhih Al-Maram, seorang bertanyakan Nuruddin sebelum beliau melihat buku-buku itu, “Apakah sebarang nabi akan muncul selepas Nabi Muhammad? Jawabnya, “Tidak”. “Jika ada orang yang mendakwa menjadi Nabi?”. Jawabnya, “Kita tengok dulu dia itu benar atau tidak. Kalau benar saya akan terima, malah kalau Al-Masih itu mendakwa membawa syariat baru dan membatalkan Al-Quran, saya tidak menafikannya. Ini kerana jika kita telah mengakui (Mirza Ghulam Ahmad) sebagai benar dan telah diutuskan Allah, maka apa saja yang dia kata tentunya benar dan kita mesti fikirkan bahawa maksud Khatami An-Nabiyyin (nabi terakhir) di dalam Al-Quran itu tentu mempunyai makna yang lain”.
Nuruddin Mempengaruhi Mirza
PAda awal tahun 1891, Nuruddin telah menghantar surat kepada Mirza memintanya supaya mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan. Dalam surat jawapannya kepada Nuruddin, Mirza menulis bahawa dia tidak bercadang untuk membuat dakwaan demikian. Beliau hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang taat. Tetapi kemudian dalam tahun yang sama Mirza menerima gagasan Nuruddin itu.
Kesan Kepada Mirza
Implikasi dari penerimaan Mirza itu, menampakkan bahawa Mirza sebenarnya seorang yang lemah dan tidak cekal. Dia senang dipengaruhi oleh orang lain. Kesan daripada ini terdapat dua peringkat dalam hasil karya Mirza iaitu:
Peringkat Pertama:
Mengandungi karya-karya yang membuktikan sahnya agama Islam dan membatalkan agama-agama lain. Dalam karya-karya ini tidak terdapat dakwaan menjadi Al-Masih. Antara karya-karyanya itu ialah Barahin Ahmadiah, surmahi-Chashor-I-Arya dan Shahna-I-haq.
Peringkat kedua:
Bermula dengan dakwaannya menjadi Al-Masih kemudian diikuti dengan dakwaan-dakwaan lain berkenaan dengan dirinya. Dalam karya -karya ini penuh dengan sikap sombong dan mulia diri daripada masa yang lalu. Karya pertamanya di peringkat ini ialah Fath Al-Islam yang dikeluarkan pada tahun 1891 di mana di dalam buku inilah beliau mendakwa dirinya sebagai bayangan kepada Al-Masih yang dijanjikan. Mirza Bashir Ahmad dalam bukunya Sirat Al-Mahadi mengatakan bahawa Al-Masih Isa telah mati.
Kandungan Ajaran Qadiani
Kandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya.
Siri Dakwaan Mirza
Mula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudian pada tahun 1901, beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna unutk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Sebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Umpamanya Syiah Sabaiah menganggap Ali bin Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib dan akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah jika Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.
Dakwaan
Seperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, beliau diturunkan dalam keadaan luka. Kemudian kononnya apabila beliau benar-benar sembuh, beliau pun lari ke Kashmir dan mati di sana dalam keadaan biasa dan kuburnya terdapat di Srinagar, Kashmir.
Dakwaan Sebagai Al-Masih
Pada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s. sama dengan kepercayaan orang-orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun 1891 di atas desakan kawannya Nuruddin, Mirza mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, supaya sesuai dengan dakwaannya, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam dan pengikut Nabi Muhammad saw. Tetapi ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Dan dengan demikian juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah ini beliau terus mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup dan turun ke dunia lagi.
Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram dan ‘Izalah Al-Awhan.

Dakwaan Menerima Wahyu
Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata:
“Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku”.
Katanya lagi,
“Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan dan wahyu Kami”.
Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya sendiri.

Dakwaan Sebagai Nabi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah sebagai nabi iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan menerima wahyu daripada Allah di mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah. Beliau mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru. Wahyu seperti itu telahpun ditutup.
Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar:
“Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti”.
Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : “Sayalah Muhammad Rasul Allah”.

‘Mukjizat’ Mirza
Selain daripada mengakui menerima ‘wahyu’ daripada Allah yang taraf sahnya sama dengan wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya : “Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta”.
Dalam risalah ‘Ikjaz Ahmadi’ katanya:
“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya”.

Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya ‘Shahadatul-Quran’ edisi keenam, atas tajuk “Untuk Perhatian Segera Pemerintah”, beliau menulis : “Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris”.
Beliau menambah:
“Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris”. Dan Mirza menambah lagi: “Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu”.

Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui kata-katanya di bawah:
1. Jihad dengan pedang telah dilarang;
2. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;
3. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;
4. Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad;
5. Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran Qadiani ialah mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut ‘Tahrif Al-Quran’. Tahrif bererti mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif.
Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza Ghulam Ahmad di dalam Al-Quran. Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala dakwaannnya.

Lain-Lain Dakwaan
Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:
1. Para Nabi Menyaksikan dirinya
Dalam bukunya ‘Maktub Ahmad’ halaman 62, Mirza mendakwa:
“Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau menyebut nama saya serta nama kampung saya”.

2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan
Dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, Mirza menegaskan:
“Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya”.

3. Ibadat Haji Di Qadian
Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian ‘Al-Fadhl’ bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:
“Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian”.
Dalam Harian ‘Al-Fadhl’ Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:
“Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya”.
Dalam ‘Bigam Sulhi’ Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi ‘Cawangan Lahore’ menyebut:
“Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya”.

Ulasan
Munculnya Ajaran Qadiani
Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak ‘normal’ pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam agama Islam. Pengetahuan yang didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri.
Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman-ancaman politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam dakwaan yang karut. Lebih-lebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.

Dakwaan Menerima Wahyu
Penyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari dakwaan menerima wahyu dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad. Sebenarnya tiada seorangpun selepas Nabi Muhammad saw sama ada dari kalangan sahabat atau kalangan salafussalih yang telah diturunkan wahyu. Dengan demikian, apa yang dimaksudkan wahyu oleh Mirza Ghulam Ahmad itu adalah rekaan semata-mata.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan tanpa asas. Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam Mahdi itu. Hadith-hadith berhubung Imam Mahdi hanyalah Hadith ‘Ahad’ dan tidak menjelaskan siapkah Imam Mahdi itu sebenarnya. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang akan lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu. ýDengan demikian, kemunculan Imam Mahdi itu bukan suatu akidah di dalam akidah Islam.
Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu untuk mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan menggunakan nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang daripada perintah Allah. Inilah taktik pembohongan Mirza yang selalu dilakukannya.

Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar
Di dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan disalibkan tetapi rupanya telah diserupakan oleh Allah dengan seorang yang lain. Malah Allah telah mengangkatnya kehadrat-Nya sebagaimana tersebut di dalam ayat:
“Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :”Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah”. Pada hal mereka tidak memalangnya (dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang (Nabi) Isa, sebenarnya mereka berada dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksna”.
(An-Nisaa’ : 157 & 158)
Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak mati di tiang salib atau di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah menyebutkan demikian. Dengan itu, kubur ýNabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana juapun.

Dakwaan Sebagai Isa Al-Masih
Dakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara yang mesti difahami dalam soal ini:
Pertama:
Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan mudah. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentangnya.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Sam’an r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw ada menjelaskan ;
‘ … semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun Nabi Isa Al-Masih anak Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik. .. maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya ‘.
(Riwayat Muslim)

Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan langsung dengan Mirza. Dengan demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan sekali-kali Isa Al-Masih.
Kedua :
Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang kiamat itu jelas sekali adalah tidak lain daripada Isa anak Maryam dari keturunan Bani Israel yang tidak berbapa, sedangkan Mirza Ghulam Ahmad adalah berbapa dari keturunan Borlas dari bangsa Monghul bukan sekali-kali anak Maryam.
Dakwaan Sebagai Nabi
Dakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan dirinya sebagai seorang nabi. Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk menyokong dakwaannya ialah:
“Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki kamu (Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul (utusan) Allah dan penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan adalah Allah itu mengetahui segala-galanya”.
(Al-Ahzab : 40)

Mengikut ajaran Qadiani, maksud ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah bahawa Muhammad itu adalah mohor (seal) atau pengesah kepada segala nabi-nabi selepasnya, khasnya Mirza Ghulam Ahmad. Kesilapan dan pembelotan yang dilakukan oleh Qadiani di sini ialah ia memberi erti “adanya nabi-nabi selepas Nabi Muhammad” kepada perkataan Khatam Al-Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk membuka pintu kepadanya mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, sedangkan makna sebenar ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw.
Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab. Mereka ini telah diperangi dan ada yang dibunuh.

“Mukjizat” Mirza
Mukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia yang dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk membuktikan kenabian atau kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi Muhammad saw ialah keluarnya air dari celah-celah jari Baginda apabila Baginda meletakkan tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini bukan nabi dan bukan rasul maka tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa. Dan memang beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.
Menafikan Jihad
Mirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila beliau menafikan jihad. Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah berjuang memerangi musuh yang menceroboh agama Allah dan umat-Nya. Di dalam Al-Quran, kewajiban berjihad terhadap seteru-seteru yang merampas hak-hak orang Islam adalah jelas dan tiada siapa yang menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah Al-Baqarah memberi maksud:
“Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui … dan perangilah mereka di mana sahaja kamu berjumpa, dan usirkan mereka keluar sebagaimana (setakat mana) mereka telah mengusirkan kamu. Dan fitnah itu adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak ada lagi fitnah .. “

Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Perbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran dengan sengaja adalah dianggap kafir. Setiap orang Islam yang mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah, tidak akan berani dan sanggup melakukan tahrif demikian.
Lain-Lain Dakwaan Yang Salah
Para Nabi Menyaksikan Mirza
Dakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s. menyaksikan dan mengakui Mirza sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan yang amat nyata yang tidak masuk akal. Kalau itu berlaku di dalam mimpi, maka mimpi manusia tidak boleh dipegang lebih-lebih lagi tentang perkara yang tidak betul dan tidak dapat dibuktikan.
Malaikat Pancaindera Tuhan
Kata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata sesat dan salah sekalipun diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk tidak boleh dicantumkan dengan zat Allah Yang Maha Suci dari segala makhluk-Nya.
Haji Di Qadian
Amat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk ibadat Haji selain dari Makkah tempat terletaknya Baitullah. ýPerkara ini sudah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor
(Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja).
Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah:
Pertama:
Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui ajaran Mirza (Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi).

Kedua:
Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak ‘Yusuf tukang kayu’ bukan tidak berbapa.
Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah pengikut ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam itu.
Ajaran Qadiani Di Malaysia

Kedatangannya
Kedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.
Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat ooleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam.
Kedudukan Ahmadiah/Qadiani Sekarang
Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar.
Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah:

1. Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini. Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.
2. Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan peremmpuan) terdapat di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini.
3. Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah/Qadiani yang berharga kira-kira RM1600. Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu.
4. Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah ‘masjid’ Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.
Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil. Tiap-tiap pengikut ajaran ini dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini.
Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti dan orangramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Anak-anak mreka tidak dapat berkahwin dengan anak orang Islam dan mereka terpaksa menerima keadaan ini.

Tanda-tanda kiamat yang semakin hampir


Tanda-tanda kiamat
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
– Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
– Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Daripada Thauban رضي الله عـنه berkata, “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”
Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”
Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”
(Hadith riwayat Abu Daud)

Keterangan:
Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran sabdaan
Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Walaupun bilangan umat Islam ramai iaitu kira-kira 1/5 jumlah penduduk dunia, mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.

Mereka ditindas, diinjak ,disakiti, dibunuh dan sebagainya. Walaupun bangsa dari seluruh dunia berbeza-beza agama tetapi mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari sikap orang Islam itu sendiri. Ianya demikian kerana Orang Islam mempunyai penyakit ’wahan’ iaitu penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua. Penyakit itu adalah ’cinta dunia’ dan ’takut mati’.
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.’Cinta dunia’ bermaksud tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah سبحانه وتعالى.
‘Takut mati’ pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tiada kemahuan untuk berkorban dengan diri dan jiwa serta harta dalam memperjuangkan agama Allah سبحانه وتعالى.


Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Tanda kiamat Kecil dan besar



TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dansungai-sungai.” – Sahih Muslim
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”