22 February 2018

Pokok tempat berlindung Rasulullah kekal segar hingga ke hari ini

Pokok tempat berlindung Rasulullah kekal segar hingga ke hari ini
Pokok "Sahabi" di Jordan dikaitkan dengan pertemuan Rasullulah dan Bahira yang kekal hingga sekarang. - Gambar wikimedia.org
Kuala Lumpur : Percaya atau tidak sebatang pokok yang dikaitkan pernah dijadikan tempat istirehat dan berlindung Rasulullah SAW kira-kira 1,400 tahun dahulu masih kekal hidup segar sehingga ke hari ini.

Demikianlah menurut pengkaji sejarah terhadap sebatang pokok yang rendang di tengah panas terik  padang pasir yang terletak di sebuah daerah di Jordan.

Ia berdasarkan kajian yang dalam catatan yang ditemui oleh ahli sejarah, Putera Ghazi Muhamad yang mengkaji rujukan kuno.

Pokok tersebut dikenali sebagai pokok "Sahabi" yang berada di wilayah padang pasir Utara Jordan.
 
Penemuan pokok Sahabi tersebut turut disaksikan oleh ulama terkenal Syeikh Ahmad Hassoun selaku Mufti Besar Syria serta Putera Ghazi sendiri.

Selepas diamati, pohon tersebut menepati ciri pohon tua yang dicatat Biarawan Bahira.

Kewujudan pohon ini sangat unik kerana di tengah padang pasir yang tandus dan panas itu, ia tetap hidup segar dalam keadaan suhu panasnya yang tinggi dan tidak sesuai untuk tanaman tumbuh.

Kisah saksi bisu kenabian Rasulullah SAW ini ditulis dalam tiga manuskrip kuno oleh Ibn Hisham, Ibn Sa'ad Al-Baghdadi dan Muhamad Ibn Jarir Al-Tabari yang menceritakan bahawa kisah Bahira iaitu seorang rahib yang bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil.

Saat itu Rasulullah SAW berusia sekitar 12 tahun yang menyertai bapa saudaranya, Abu Thalib dalam perjalanan ke Basra untuk berdagang.

Ketika Bahira melihat Rasulullah SAW dengan kabilah Abu Thalib beliau memerhati bagaimana awan melindungi pergerakkan Rasulullah SAW dan dahan-dahan pohon tersebut turut tunduk melindungi Baginda.

Bahira segera menjemput Baginda untuk makan sebelum berpesan agar Abu Thalib memelihara Baginda dengan baik kerana percaya kanak-kanak lelaki yang dibawanya itu adalah utusan terakhir tuhan dan memerintahkan Baginda segera dibawa pulang ke Mekah kerana Yahudi sedang mencarinya untuk dibunuh.

Bagaimanapun, sebahagian ulama menolak kepercayaan itu dan hubung kaitnya dengan cerita Rasulullah SAW.

Lebih malang ada sebahagian umat islam yang menziarahi pokok tersebut di Jordan melakukan perkara bidaah dan khurafat kononnya mengambil berkat pokok tersebut.


Subhanallah! Kisah Nabi Musa membelah laut memang logik jika dikaitkan dengan fizik

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar suatu ketika dahulu.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Penulis : Muhamad Naim

11 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

Syurga Tanpa Hisab

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.
Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a.
Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.

Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)
– orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)
– bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah
– mereka yang saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)
11. Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
****
sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
Penulis : Muhamad Naim
Sumber Gambar : awamipolitics.com

Tahukah Anda 25 Fakta Sulit Tentang ISRAEL?

Fakta 1

Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

Fakta 2

Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik?
Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin

Fakta 3

Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi

Fakta 4

Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

Fakta 5

Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel.
Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

Fakta 6

Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun untuk Israel?

Fakta 7

Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di Benua Afrika?

Fakta 8

Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk?
Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandiriannya.

Fakta 9

Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

Fakta 10

Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.

Fakta 11

Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, mereka sudah memiliki kilang untuk membina senjata nuklear?

Fakta 12

Tahukah anda bahawa Jeneral Tertinggi Israel, mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan

Fakta 13

Tahukah anda bahawa Israel meledakan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967?
Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran.
Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

Fakta 14

Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?

Fakta 15

Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek di dalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua
israel-drink-blood

Fakta 16

Tahukah anda bahawa pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarah setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan Khas dari pemerintah Israel?

Fakta 17

Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah

Fakta 18

Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel?

Fakta 19

Tahukah anda bahwa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin?
bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”

Fakta 20

Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan didalam proses soalsiasat, tetapi Shin Bet (Skuad Khas Israel) tetap menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses soalsiasatnya

Fakta 21

Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbanyak di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

Fakta 22

Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalangi dengan perjanjian OSLO.

Fakta 23

Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal fakta yang sebenarnya adalah Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

Fakta 24

Tahukah anda bahawa Israel adalah satu – satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin

Fakta 25

Tahukah anda Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.
Penulis : Muhamad Naim
Sumber Gambar :
Gaza TV News, israelghost.wordpress.com

Perkaitan antara surah al-Kahfi dan Fitnah Dajjal yang membuatkan anda tertanya-tanya?

maxresdefault
Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.
Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat :
i-   Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman
ii-  Pemilik kebun – Fitnah harta
iii- Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu
iv- Zulqarnain – Fitnah kekuasaan
4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!
Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?
Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!
Bagaimana?
Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat
Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat
Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ & ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari Allah
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.
Tema utama surah ini ialah DAKWAH!
Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya utk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.
Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita & orang ramai dari fitnah-fitnah ini.
Aslih nafsak, wad’u ghairak!
Fitnah dajjal ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.
Bagaimana?
Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).
Kalaulah baca & amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah2 lain!

Maka marilah kita istiqamah & beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu kejadian

*SURAH AL KAHFI*

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.
Credit: Azwan UTM JB

Tahukah anda bahawa Burung Ababil tidak pernah wujud? Ini dia penjelasan ulama.

Tahukah anda bahawa Burung Ababil tidak pernah wujud? Ini dia penjelasan ulama.

Sejak kecil kita dikongsi dengan kisah-kisah popular dari Al-Quran dan Sirah Nabi. Kisah burung Ababil yang melontarkan batu kepada tentera Abrahah adalah antara kisah yang sudah kita dengar sejak kecil lagi. Sehingga kini, adakah kisah ini sebenarnnya BENAR?
Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim menjawab persoalan ini dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir… Ceritera Wartawan Al-Quran dalam bab Hukum Fizik dan Batu Pemusnah Abrahah.
Dalam berdepan kisah burung Ababil dan tentera Abrahah ini, kesilapan kita ketika berinteraksi dengan Al-Quran adalah berpunca dari kekurangan peralatan saintifik.
Selalu yang kita dengar dari kisah ini, tentera bergajah Abrahah ingin memusnahkan Kaabah telah musnah direjam batu dari neraka yang dibawa oleh burung-burung Ababil.
Selepas dilakukan kajian penafsiran yang mendalam melalui kaedah bahasa, sebenarnya, tentera Abrahah musnah hanya dengan batu biasa yang bukan berasal dari neraka.
Perhatikan hasil analisis berikut:
(1) Perkataan Ababil pula bukanlah nama jenis burung seperti helang ataupun pipit. Tetapi bermaksud kumpulan burung yang datang secara berkumpulan dari segenap penjuru. (Tafsir Al-Jalalain)
(2) Perkataan burung dalam surah ini disebut secara umum dan bukan spesifik. Dalam bahasa Arab, sebarang kata nama yang tidak disertakan dengan huruf alif dan lam membawa maksud yang umum, iaitu apa sahaja jenis burung. Burung yang merejam tentera Abrahah adalah dari pelbagai jenis burung yang muncul dalam pelbagai saiz. Kesemua burung ini mampu terbang pada ketinggian yang berbeza dan membawa saiz batu yang berbeza.
(3) Perkataan Tarmi bermaksud melontar atau merejam bukannya menjatuhkan. Lontaran selalunya disertakan dengan rejaman menggunakan tenaga yang kuat. Oleh itu, tenaga rejaman oleh sekumpulan burung itu menjadi semakin kuat, semakin laju, dan berbahaya apabila ditambah dengan daya tarikan graviti. Menurut ilmu fizik, kelajuan akan berganda apabila dipengaruhi kuasa graviti.
(4) Perkataan Sijjil bukan bermaksud neraka, yang kita faham batu yang digunakan oleh burung Ababil adalah batu dari neraka. Tetapi, batu itu adalah batu yang bercampur tanah yang keras pejal kerana dibakar. Logiknya ia dibakar oleh sinaran terik matahari di padang pasir.
Sebenarnya, tentera bergajah Abrahah dimusnahkan oleh rejaman pelbagai saiz batu keras yang dilontar oleh pelbagai jenis burung dari tahap ketinggian serta kelajuan yang berbeza. Ia seumpama hujanan peluru dari langit yang digerakkan oleh hukum fizik dan graviti.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila gajah Abrahah yang kesakitan terkena hujanan batu, terus mengamuk dan memijak tentera yang jatuh diatas tanah berhampirannya.
Jika tidak percaya dan kurang yakin, kita boleh buat sendiri eksperimen dengan menjatuhkan sebiji batu sebesar penumbuk dari bangunan setinggi 10 tingkat dan lihatlah kelajuannya.
Sumber gambar : VVI
Sumber artikel : Baca Reviu