illustrasi
Hukum Menyimpan Janggut dan Misai Dalam Islam
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”
(Ibnu Hibban)
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."
"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”
(Ibnu Hibban)
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."
Berikut dibawakan hukum menyimpan janggut mengikut 4 mazhab yang mashyur dan juga ulamak kontemporari.
Rumusan al-Qaradawi dalam Fiqh Thaharah:-
HANAFI
Sebahagian mengatakan sunat, sebahagian lagi mengatakan wajib menyimpan janggut.
MALIKI
Ada yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram mencukurnya.
SYAFI'E
Makruh mencukurnya (Imam Rafi'iy dan Imam Nawawi).
HANBALI
Wajib memeliharanya dan ada sebahagian yang hanya mengatakan sunat.
Golongan yang mengatakan SUNAT menggunakan hujah asas:
Apa yang Nabi SAW sarankan tanpa ancaman, jatuh hukum sunat. Memelihara janggut diletakkan dalam kitab-kitab fiqh dalam Bab: sunan al-fitrah.
Pendapat yang mengatakan janggut boleh dipotong(trim) pula, berpegang kepada amalan Ibn Umar RA yang mana janggutnya cuma segenggam.
Golongan yang mengatakan ia WAJIB:
Apa jua yang diperintahkan oleh Nabi SAW maksudnya wajib.
Pendapat yang mengatakan janggut tidak boleh dipotong pula berpegang dengan zahir hadith, peliharalah janggut, maka mereka akan pelihara janggut sepanjang-panjangnya.
Golongan yang mengatakan HARUS mencukur:
Pendapat yang mengatakan bahawa dibolehkan mencukur licin janggut, berpegang dengan fiqh al-maqosyid. Nabi SAW melarang kerana ada sebab pada zaman itu. Kini, illatnya(sebabnya) sudah tidak ada, maka mencukur janggut ialah harus. Menyimpan janggut adalah saranan yang disertai illat(sebab). Jika illatnya sudah hapus, maka gugurlah hukumnya. Pada zaman dulu, mencukur janggut ialah budaya orang bukan Islam. Illat utama janggut ialah membezakan Muslim daripada komuniti yang lain pada zaman Nabi SAW. Zaman itu, komuniti lain mencukur janggut, maka Nabi SAW ingin membina jati diri umat yang baru dibinanya, maka identiti umat Baginda ketika itu ialah berlawanan dengan amalan komuniti yang lain, justeru mengarahkan umatnya ketika itu menyimpan janggut. Zaman sekarang, illat itu sudah tidak ada kerana kaum dan orang bukan Islam juga turut menyimpan janggut, seperti artis, pemain bola sepak, Sikh, dan Rabbi. Maka gugurlah illatnya.
INILAH 3 PENDAPAT YANG SAMA KUAT.
Tidak dinafikan juga tentang kewajipan membela janggut dan keharaman mencukur ini merupakan pendapat mazhab Jumhur.
Walaubagaimanapun, Dr. Yusuf Qaradawi menyalahi jumhur dengan katanya hukumnya Sunat Mu'akkad (diberatkan) dan tidaklah wajib untuk menyimpannya.
A.Hasan Bandung dan Prof Hasbi as-Siddiqi pula mengatakan harus mencukur janggut kerana beliau menggunakan fiqh maqosyid.
Fatwa Dr. Yusuf Qaradawi:
mualQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat)
Berpendapat keSunnahan menyimpan janggut ini termasuk Sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupa diri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia). Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua Sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan). Masalahnya sekarang ialah umat Islam kini hanya nampak Sunnah yang kamaliat dan meninggalkan Sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklah dalam urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, cara makan-minum, adab ke tandas, dan sebagainya.)
Kesimpulan yang boleh dibuat, pendapat yang menjadi pilihan merupakan tarjih Dr. Yusuf Qaradawi, iaitu hukumnya sunat mu'akkad dan mencukurnya tanpa keperluan ialah makruh. Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. Ini saja yang kuat untuk menetapkan hukum menyimpan janggut ini sunat dan mencukurnya makruh. Lelaki, fitrahnya ialah jantan tulen, maka berbulu menunjukkan sifat kelakian, di mana ia membezakan lelaki dan perempuan yang licin tanpa bulu muka. Janggut ditempatkan dalam bab Sunan al-Fitrah dalam kitab-kitab Fiqh.
Pilihan terbaik ialah memelihara janggut jika tiada apa-apa halangan. Bayangkan, 'free-free' je dapat pahala disebabkan anda menyimpan janggut anda. Perlu juga diingatkan bahawa jumhur mazhab mewajibkan menyimpan janggut, menunjukkan bahawa ia sesuatu yang agak berat, kerana mereka tidaklah menetapkan hukum sewenang-wenangnya tanpa berlandaskan Quran dan Sunnah. Selain menyimpan janggut, perlu juga diingatkan agar jangan hanya fokus kepada menyimpan janggut sehingga lupa dan lalai kepada ibadah-ibadah lain yang lebih penting, kerana keimanan seseorang bukanlah diukur kepada panjangnya janggut, tetapi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Dengan itu, peliharalah janggut anda kerana ianya termasuk dalam Sunnah. Semoga kita mendapat pahala, InshaAllah.