Punca Orang Jatuh di Bilik Mandi dan Terus Kena Stroke
Didedahkan
Rabu,
Ogos 08, 2017
Inilah Penyebab Ramai Orang Jatuh di Bilik Mandi dan Terus Kena
Stroke | Antara punca utama ramai orang jatuh di bilik mandi dan terus terkena
stroke adalah kerana kesilapan cara mandi. Berikut merupakan cara mandi yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW:
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.
Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita
isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita …. apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang
terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang
harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya
pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi
tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi
kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit
diabetes, darah tinggi, kolesterol dan kepala sebelah.
Inn shaa Allah..
CopyPaste: Redz Wang
**** Sila kongsi untuk manfaat bersama*****
**** Sila kongsi untuk manfaat bersama*****
Selalu kita dengar berita orang jatuh dalam bilik air dan
meninggal..tahukah anda apa penyebabnya???
Strok, sawan dan salur darah pecah antara risiko bahaya akibat
tersembam
Usah pandang remeh pening, loya muntah selepas jatuh
LAPORAN kematian akibat terjatuh dalam bilik air, khususnya
membabitkan warga emas, termasuk wanita bukanlah asing. Ada yang mengaitkan
kejadian itu dengan faktor usia lanjut manakala tidak kurang yang mengaitkannya
sebagai takdir.
Itu sudah pasti, tetapi apakah kita akan membiarkan insiden yang
boleh dielak atau lebih dipandang remeh, begitu saja tanpa menyelami apa
sebenarnya punca kematian? Malah, apakah benar warga tua saja yang berisiko
maut akibat terjatuh?
Hakikatnya, insiden terjatuh baik dalam bilik air atau di lokasi
mana pun yang berlaku secara tiba-tiba boleh menimpa sesiapa saja, tanpa
mengira usia. Dan kejadian terjatuh yang membawa kematian sudah pasti dikaitkan
dengan satu punca yang dikenal pasti menjadi penyebab maut termasuk mempunyai
penyakit kronik.
Lebih menghairankan, ada pula kes yang mana mangsa kelihatan sihat
selepas terjatuh tetapi meninggal dunia beberapa hari kemudian. Mengapa berlaku
sedemikian?
Pakar Bedah Otak dan Saraf KPJ Ampang Puteri, Dr Abdul Muin Ishak,
menjelaskan keadaan seperti terjatuh di dalam bilik air seharusnya tidak
dijadikan alasan kerana jatuh di mana-mana pun boleh mengakibatkan kematian.
Apa yang penting ialah mengetahui punca sebenar dan kesan yang dialami selepas
itu.
“Jika terjatuh disebabkan oleh punca yang jelas seperti bilik air
licin, terlanggar bendul, terpijak kulit pisang dan sebagainya, pasti tiada
soalan untuk dipertikaikan. Dan jika mengalami kecederaan, boleh segera
dapatkan rawatan doktor.
“Tetapi, apa yang membimbangkan ialah jatuh secara tiba-tiba tanpa
diketahui punca yang jelas. Jika seseorang jatuh tiba-tiba, pengsan sebentar
dan tidak berupaya mengingati apa yang berlaku ke atasnya, dia seharusnya
mendapatkan pemeriksaan lanjutan kerana khuatir ada pendarahan dalaman terutama
bahagian kepala jika terhentak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di KPJ
Ampang Puteri, baru-baru ini.
Katanya, mereka yang jatuh secara tiba-tiba boleh berpunca sama
ada menghidap sawan atau tidak, angin ahmar peringkat sederhana (mild stroke)
atau pun salur darah dalam otak pecah secara tiba-tiba.
“Sawan boleh berlaku dalam pelbagai jenis bukan saja yang
mengeluarkan buih daripada mulut. Ada sesetengahnya yang mengalami pengsan
sekejap-sekejap sejak dari kecil dan kadang-kadang ada yang sampai memorinya
kosong secara tiba-tiba walau pun sebentar saja.
“Selain itu penyakit angin ahmar. Sebenarnya ramai yang mengatakan
angin ahmar terjadi disebabkan oleh terjatuh secara tiba-tiba.
“Tanggapan itu salah kerana pesakit biasanya menghidap penyakit
angin ahmar terlebih dulu tanpa disedari terutama kepada penghidap kencing
manis dan darah tinggi disebabkan oleh 80 peratus salur darah tersumbat di
dalam otak,” katanya yang memberi peringatan kepada semua supaya tidak
mengambil ringan mengenai masalah ini.
Ujarnya lagi, bagi kes salur darah dalam otak pecah pula, ia boleh
berlaku dalam dua cara iaitu ‘cerebral aneurysm’ iaitu bonjolan pada salur
darah pecah secara tiba-tiba dan keadaan boleh menjadi teruk sehingga
menyebabkan hilang kawalan. Kes seperti ini banyak berlaku kepada mereka yang
berusia 40 hingga 60 tahun.
Selain itu, ‘arterio venous malformation’ iaitu salur darah yang
banyak berkumpul secara tiba-tiba pecah. Ia biasa terjadi kepada mereka yang
berusia 20 hingga 30 tahun.
“Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas pula, mereka boleh
mengalami keadaan ‘chronic subdurel hemetoma’ iaitu berlakunya pendarahan dalam
kepala selepas terjatuh dan ia akan membesar dalam tempoh selepas dua minggu.
Kesan yang dialami oleh golongan ini ialah sakit kepala berterusan, sangat
pelupa, rasa lemah bahagian sebelah badan dan pandangan kabur,” katanya.
Menjelaskan lagi, katanya, apabila seseorang itu didapati pengsan
dalam tempoh beberapa minit akibat terhantuk di kepala, ahli keluarga terdekat
perlu memastikan adakah ia pengsan yang merunsingkan atau tidak kerana sangat
berbahaya hingga boleh menyebabkan kematian.
“Pengsan boleh terjadi dengan dua sebab iaitu ‘cerebral
concussion’ iaitu berlakunya gegaran pada otak tetapi tidak membabitkan kerosakan
pada fungsi otak.
“Ia akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 24 jam selepas itu.
Kesannya, seseorang itu akan pengsan sekurang-kurangnya beberapa minit hingga
ke setengah jam, pening, sakit kepala, loya, muntah sekali dan mengantuk.
“Ia tidak memudaratkan dalam tempoh berkenaan melainkan kesan itu
berpanjangan. Apabila itu berlaku, besar kemungkinan berlaku pendarahan dalam
kepala,” katanya.
Dr Abdul Muin berkata, keadaan lebih teruk apabila individu itu
berulang-ulang muntah, sakit kepala berterusan dan sangat mengantuk. Jika ia
berterusan melebihi dalam tempoh enam jam sehingga membawa kepada kesan ‘
confusion’ iaitu meracau, besar kemungkinan terdapat pendarahan di dalam
kepalanya.
“Sekiranya berlaku, segera lakukan pemeriksaan di klinik atau
hospital. Doktor akan melakukan pemeriksaan di bahagian mata dan sekiranya
terdapat pendarahan dalaman anak mata akan membengkak sebelah jika di suluh
dengan lampu picit serta tidak reaktif disebabkan oleh tekanan tinggi di dalam
otak,” katanya.
Tetapi untuk memastikan seseorang itu bebas sepenuhnya daripada
pendarahan di dalam otak akibat keretakan adalah tidak mudah kerana besar
kemungkinan boleh berlaku ‘delayed haemorrhage’ iaitu pendarahan yang berlaku
selepas beberapa jam kecederaan kepala. Mereka akan mengalami kesan seperti
sakit kepala dan loya sedikit, selepas itu kembali normal seperti biasa.
“Dalam tempoh beberapa jam selepas itu, mereka akan muntah-muntah
dan berasa sangat mengantuk yang disebabkan oleh keretakan pada tulang
tengkorak. Ini juga boleh membawa kepada kematian.
“Tengkorak kepala yang mengalami keretakan akan mengeluarkan
sedikit demi sedikit darah pada peringkat awal. Tetapi dalam tempoh beberapa
jam tanpa disedari, ia menjadi semakin besar dan otak akan menjadi mampat dan kematian
akan berlaku,” katanya.
Selain itu, Dr Muin turut menjelaskan lebih membimbangkan jika
perkara ini terjadi ke atas kanak-kanak kerana mereka mempunyai saluran darah
yang lebih banyak.
Katanya, adalah lebih baik membawa anak kecil yang terjatuh untuk
mendapatkan pemeriksaan lanjut dalam tempoh 24 jam kerana ia lebih selamat,
tidak kira sama ada berlaku keretakan atau pun tidak.
“Kalau mereka muntah, tidak aktif, pengsan lama atau sekejap, loya
adalah lebih baik masukkan mereka ke hospital untuk pemerhatian dan jika makin
teruk, lakukan imbasan untuk melihat sama ada berlaku pendarahan atau pun
tidak. Sebenarnya, ramai kanak-kanak meninggal dunia berpunca daripada ini.
“Mana tidaknya, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk meluahkan
kesakitan mereka. Ibu bapa pula tidak mempunyai pengetahuan mengenai kesan
akibat terjatuh dan terhantuk di kepala. Lihat saja anak mereka sudah diam dan
tidur, mungkin sudah elok. Tetapi sebenarnya tidak, tahu-tahu saja anak mereka
sudah meninggal dunia,” katanya.
Sebenarnya, walau apa pun langkah pencegahan yang dilakukan, jika
hendak terjatuh di mana-mana saja boleh berlaku dan semuanya terpulang kepada
mereka untuk lebih berhati-hati dan elakkan daripada terhantuk di kepala. Ambil
langkah yang tepat supaya tidak kehilangan orang tersayang.
INFO: Risiko jatuh
• Pantau gejala atau perkembangan mangsa selama 24 jam
• Jika ada sebarang keganjilan seperti lupa apa yang
menimpanya, mangsa perlu dibawa ke hospital bagi pemantauan dan rawatan
berkaitan.
Gejala/simptom perlu perhatian
• Mangsa berulang-ulang muntah
• Sakit kepala berterusan
• Sangat mengantuk
• Jika ia berterusan melebihi enam jam dan meracau, besar
kemungkinan ada pendarahan dalam kepala.
Impak jatuh:
Kanak-kanak
• Muntah, tidak aktif, pengsan lama atau sekejap, loya
• Perlu dibawa dan dimasukkan ke hospital bagi tujuan
pemerhatian
• Imbasan perlu dibuat untuk melihat sama ada berlaku
pendarahan yang menjadi punca ramai kanak-kanak meninggal dunia.
Individu berusia 20 hingga 30 tahun
• 'Arterio venous malformation' iaitu salur darah yang
banyak berkumpul secara tiba-tiba pecah
40 - 60 tahun
• Salur darah dalam otak pecah.
• Berlaku dalam dua cara iaitu ‘cerebral aneurysm’ iaitu
bonjolan pada salur darah pecah secara tiba-tiba dan keadaan boleh menjadi
teruk sehingga menyebabkan hilang kawalan.
60 tahun ke atas
• 'Chronic subdurel hemetoma' atau pendarahan dalam kepala
selepas terjatuh.
• Pendarahan itu akan membesar dalam tempoh selepas dua
minggu.
• Antara simptomnya sakit kepala berterusan, sangat pelupa,
rasa lemah bahagian sebelah badan dan pandangan kabur.
CopyPaste: Redz Wang
OLEH SAADIAH ISMAIL