22 April 2015

Saidina Umar Al-Khattab

Kisah Sebelum
Saidina Umar Al-Khattab Memeluk Islam


Hati kecilnya tidak sanggup lagi melihat abangnya terus-menerus menjadi seteru Allah. Sejak Islam bersinar di bumi yang kontang itu,entah sudah berapa nyawa yang rebah hasil perbuatannya. Dia menyedari tiada kekuatan yang ampuh untuk menghalang segala kedurjanaan abangnya. Kerana abangnya terkenal dengan sikap bengis,keras kepala dan tidak mahu tunduk kepada sesiapa pun. Lantaran keperibadiannya itu membuatkan kaumnya takut,tunduk dan terpaksa hormat kepadanya. Masa terus berlalu,kedurjanaan itu semakin meresahkan hati Fatimah. Dikala itu hanya Tuhan saja yang tahu isi hatinya.

Sikap abangnya yang terlalu menghina dan memusuhi Islam sangat menghiris hatinya. Segala peristiwa itu membuatkan Fatimah rasa malu pada Rasulullah s.a.w dan para sahabat,lebih-lebih lagi pada Allah s.w.t Itu semua membuatkan ia bangun ditengah malam untuk menceritakan segalanya pada Tuhan. Tuhan Yang Maha Baik tentu tidak akan melupakan hambanya. Fatimah pernah mendengar Rasulullah berdoa,demikian bunyinya: “Wahai Allah s.w.t ,muliakan Islam dengan salah seorang dari dua Umar,Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.” Fatimah berharap sangat agar Tuhan memilih abangnya,Umar bin Al Khattab untuk menguatkan Islam.

Walaupun sifat abangnya terlalu garang,keras kepala,tegas dalam mempertahankan pendiriannya,dan menyeksa hambanya yang memeluk Islam hingga ada yang mati. Menurut sejarah,11 orang pernah diseksa oleh Umar hingga ada yang mati dan tercedera. Fatimah rasa bertanggungjawab untuk membetulkan dan mengislamkan abangnya. Tapi apalah dayanya,sedangkan keIslamannya sendiri masih disembunyikan dari pengetahuan abangnya. Kalau Umar tahu dia telah Islam,tentu buruk padahnya. Tentu berbagai penderitaan dan seksaan akan menimpanya. Sebab itulah Fatimah hanya mampu berdoa dan merintih kepada Allah siang dan malam. Semoga Allah selesaikan masalahnya segera. Bukankah Allah pernah berfirman dengan maksudnya: 

“Pintalah kepada-Ku,nescaya Aku akan kabulkan permintaanmu.”

Fatimah Al-Khattab yakin sungguh-sungguh bahawa Tuhan tentu tidak memungkirkan janji-Nya. Kiranya dia benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan penuh yakin bahawa Allah sahaja yang boleh menyelesaikannya. Tuhan yang Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Agung tentu mendengar rayuannya setiap hari dan pasti akan menunaikan permintaannya. Pada suatu malam,Fatimah dan suaminya Said bin Zaid membuka kembali lembaran - lembaran kalam Allah yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Fatimah melagukan ayat-ayat itu dengan alunan irama yang indah,air matanya melimpah keluar ketika menghayati maksud dari ayat-ayat tersebut. Suaminya yang memerhati dan menyemak segala bacaannya turut terharu. Ayat-ayat yang dibaca oleh Fatimah menusuk kedalam jantungnya ,tenggelam dalam hatinya dan terus bertebaran ke dalam urat sarafnya.

Sedang masing - masing khusyuk menghayati maksud ayat Al-Quran itu,tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang mengintip dan memasang telinga mendengar ayat yang dibaca. Mata itu memandang dengan pandangan sinis tanpa berkelip - kelip,merah menyala menahan marah. Walaupun kalimah yang dibaca itu agak kurang jelas namun dia yakin bahawa kedua suami isteri itu kini telah Islam sebagaimana kata seorang pemuda yang ditemuinya sebentar tadi. Dengan suara lantang,Umar menjerkah mereka. Fatimah tersentak lalu cepat-cepat dia menyimpan lembaran itu.

“Kalimah apa yang aku dengar tadi??” Mereka berpura-pura menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak tahu.

“Aku mendengar kamu berdua telah mengikut agama Muhammad?Benarkah begitu?” jeritnya bagaikan halilintar. “Apa pendapatmu sekiranya agama selain agamamu itu adalah benar?” jawab adik iparnya Said. Mendengar itu Umar melompat ke arah iparnya itu,terjadilah pergelutan. Umar menarik janggut Said. Said terlentang,lalu diduduki oleh Umar di atas dadanya,sehingga tidak bergerak.Melihat kejadian itu Fatimah menolak badan Umar untuk membela suaminya. Spontan Umar berdiri lalu menempeleng muka adiknya. Fatimah terjatuh,dan darah merah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Fatimah bangkit dari tempat jatuhnya,tiba-tiba seakan-akan ada satu seruan yang menggesanya supaya mengatakan sesuatu kerana masa itulah saat yang paling sesuai untuk diterangkan mengenai Islam. Tanpa menghiraukan darah yang berhamburan itu Fatimah berkata dengan penuh keyakinan: “Wahai musuh Allah,engkau pukul kami kerana kami mengEsa kan Allah. Engkau boleh buat sesuka hatimu. Sekalipun engkau bunuh kami,kami tetap mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,dan bahawa Muhammad s.a.w itu adalah Rasul Allah,yang akan membersihkan dunia ini dari sebarang kezaliman dan penindasan.

”Darah yang mengalir keluar dari hidung dan mulut Fatimah serta jawapannya yang begitu berani,membawa kesan yang mendalam pada jiwa Umar. Dengan tiba-tiba dia rasa menyesal dan sedih atas tindakannya yang melulu itu. Dia merasa bersalah kerana memukul adik kandungnya sendiri.

Dengan suara merendah,Umar berkata: “Berikan aku apa yang kamu baca tadi.”

Fatimah agak keberatan memberi kan lembaran itu tetapi melihatkan kesungguhan abangnya yang ingin mengetahui akhirnya Fatimah mengeluarkan lembaran ayat Al-Quran itu dan diberikan kepada Umar. Ayat tersebut berbunyi: “Kami tidak menurunkan Al-Quran itu kepadamu agar kamu mendapat kesusahan,tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). Diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas arasy.” [Surah Thaha: 1-5]

Berkata Sayidina Umar Al-Khattab: "Aku mengamati semua sahabat,dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua jenis pakaian,tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik,namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. Umar berpaling pada Fatimah seraya berkata “Alangkah baik dan indahnya kalimah-kalimah ini.” 

Mendengar jawapan tersebut keluar dari bibir Umar,Fatimah terasa seakan - akan bermimpi tapi bila sedar kembali itulah sebenarnya kenyataan. Fatimah berkata sambil menyebut kata-kata Rasulullah: “Ya Allah,kuatkanlah Islam dengan Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.Maka Allah telah memilih Umar,saudaraku sendiri.” Tiga kali Fatimah menyebut nama Allah kerana terlalu berterima kasih pada Tuhan yang telah memperkenankan doa Rasulullah s.a.w dan rintihan hatinya selama ini. Jiwa Umar kini telah berubah,jiwanya kini telah disinari dengan cahaya iman dan hidayah.

Umar berkata kepada Fatimah: “Tunjukkan kepadaku dimana Muhammad berada,aku akan datang padanya demi Islam.” Setelah memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w berada dirumah Arqam bin Abi Arqam,Umar bergegas meninggalkan mereka untuk mendapatkan Rasulullah s.a.w Kalau sebelum ini tujuannya adalah untuk memerangi Rasulullah tapi kini untuk berdamai dan menyatakan keislamannya.

Fatimah memandang suaminya,Said tersenyum,Fatimah turut tersenyum gembira. Setelah membersihkan darah yang keluar dari hidung dan mulutnya,Fatimah lantas sujud syukur kepada Allah. Bersyukur kerana telah menyelesaikan masalahnya. Bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan saudara kandungnya dari terus kufur. Begitulah seorang wanita yang terpimpin hatinya. Wanita yang kaya jiwanya dengan segala sifat kesabaran,redha,dan tawakal pada Allah s.w.t. tenang berada dalam penderitaan,hatinya mengenagi Allah dengan rasa takut dan harap kepada-Nya. Hatinya sentiasa merasa kehebatan,keagungan,kemurahan dan kasih sayang Allah s.w.t Setiap masa yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk berfikir, mencari dan mengenali Allah s.w.t .

Matanya digunakan untuk membaca ayat-ayat Allah sebanyak- banyaknya. Telinganya digunakan untuk mendengar tentang Allah. Kaki dan tangannya digunakan untuk berbakti kepada Allah. Kesimpulannya seluruh anggotanya digunakan untuk mencari keredhaan Allah. Maka di dunia lagi Allah beri kemenangan kepadanya. Sejuklah hati Fatimah melihat abangnya kini bukan lagi seperti abangnya dulu.

Telah berubah menjadi manusia yang sempurna lahir dan batin. Hasil dari kesungguhan Umar bermujahadah,Allah muliakan darjatnya sebaris dengan para sahabat yang lain seperti Sayidina Abu Bakar yang dijamin syurga. Sebelum tidur,dia mengenang kembali perbuatannya sepanjang hari. Kalau dia terbuat sesuatu yang tidak disukai Allah s.w.t ,Umar akan merotan badannya sendiri hingga bengkak - bengkak. Didermakan separuh dari hartanya untuk membantu memperjuangkan agama Islam.

Doa Sayidina Umar yang paling terkenal: “Ya Allah, sibukkanlah aku dalam urusan agama-Mu.”

Saidina Umar Al - Khattab paling kuat mempertahankan hukum Allah. Pada masa ia menjadi khalifah,satu ketika anaknya sendiri terlajak membuat maksiat,Anak itu dihukum sesuai dengan hukum syariat Islam,dan akhimya anak itu mati ketika menjalani hukuman tersebut. Ketegasan Umar membezakan perkara yang hak dan yang batil membuatkan beliau digelar ‘Al Farouq’.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya ada nabi selepasku nescaya Umarlah orangnya.”

Begitulah kehebatan Saidina Umar Al-Khattab. Namun,tentunya kita tidak melupakan adiknya, Fatimah kerana di rumah Fatimahlah,menjadi tempat terbukanya jiwa Umar menerima cahaya llahi.Maka atas dasar itulah sesuai sekali Fatimah digolong dalam kelompok wanita solehah ,wanita mukmin sejati yang begitu berani mempertahankan keyakinan dan imanannya.

Selain dari itu kehebatan Sayidina Umar ialah ia seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga,baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui darimana ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu. Tanpa berlengah,

Umar bertanya kepada lelaki itu: “Dari manakah kamu dapat susu ini?”

Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan dipadang pasir. Unta-untanya itu meragut rumput di situ.” Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum.Umar berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.

"Siapa yang banyak cakap,banyaklah salahnya,bila banyak salahnya, banyaklah dosanya,bila banyak dosanya,maka neraka adalah yang utama baginya" - [SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB]

Pernah dilaporkan bahawa Umar juga seorang yang sangat berhati-hati,dan tidak mementingkan diri. Kisah ini terjadi ketika khalifah itu mendapat kasturi dari Bahrain. Umar mendapat beberapa kilo kasturi. Beliau mempunyai masalah menimbang semua kasturi itu. Beliau berhajat memberikan kasturi itu secara sama rata kepada orang Islam yang berada di kawasannya.

“Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini. Saya mahu mengagihkan kasturi ini kepada semua orang Islam yang ada di sini supaya mereka dapat buah ini,” kata Umar. Mendengar berita itu,isterinya menawarkan diri menimbang kasturi itu. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isteri Umar. Umar tidak berkata apa-apa.Sejenak kemudian,beliau bersuara: “Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini?” Tidak ada orang yang menjawab. 

Tetapi isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbangnya. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isterinya itu. Umar hanya mendiamkan dirinya. Kali ini masuk kali ketiga Umar bertanyakan soalan yang sama: “Siapakah yang mahu menimbang kasturi ini?” Secara sukarela isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbang. Pada kali ini Umar tidak berdiam diri lalu beliau berkata:

“Saya tidak mahu kamu menyentuh kasturi itu kerana bau kasturi itu nanti pasti kamu sapukan kepada badanmu. Itu bukan hak kita.” Oleh kerana itu,Umar mahu orang lain selain daripada ahli keluarganya yang menimbang kasturi tersebut. Umar tidak mahu kedudukan dan kelebihannya sebagai khalifah disalahgunakan oleh ahli keluarga.

Makasih Postingannya, sangat Bermanfaat.
Umar Bin Khattab juga terkenal karna ketegasannya, dia adil, menaungi orang orang miskin, tidak sombong dengan jabatannya, beliau selalu menegakkan keadilan. disisi lain, bahkan beliau punya hutang sedangkan dia adalah seorang kepala negara. bisa di bayangkan, kepala negara punya hutang... subhanallah...kalau pemimpin lain, pasti sudah korupsi, bisa di byangkan kalau pemimpin di indonesia bisa mencontohnya.. terharu gan,..semoga bisa menjadi teladan bagi pemimpin kita. gan, ini link untuk film umar bin khattab yang lengkaphttp://www.filmumarbinkhattab.com/ semoga bermanfaat dan boleh mencontohi beliau. Aamiin

Kisah Kematian Yang Paling Pelik Di Dunia

Kisah Kematian Yang Paling Pelik Di Dunia



1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air

Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang suka minum arak.Suatu ketika dia sedang mabuk waktu naik perahu melewati sungai Yangtze.Dia melihat bayangan bulan di air.Kerana mabuk,dia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya,namun gagal.Akhirnya dia jatuh ke air dan tenggelam.

2. Meninggal kerana janggut

Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia.Panjangnya sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengharuskan semua orang lari.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati seketika.

3. Meninggal kerana menahan buang air kecil

Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,dia sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia).Adat pada masa itu meyakini bahwa pergi di tengah jamuan makan,termasuk untuk buang air,adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan.Kandung kemihnya melebar sampai ke hadnya,dan terjadilah infeksi (sistitis) yang parah.Beliau meninggal 11 hari kemudian.

4. Meninggal kerana tongkat konduktor

Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan sembuhnya Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687.Kerana terlalu bersemangat,dia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya.Terjadi abses (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan).Lully menolak amputasi,dan akhirnya dia pun mati karena infeksi yang menyebar ke seluruh tubuh.

5. Meninggal kerana lidah tergigit

Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan syarikat 'Agency Pinkerton detective'nya.Suatu hari dia sedang berjalan di kaki lima.Dia tergelincir.Tidak sengaja lidahnya tergigit,dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.

6. Meninggal kerana menendang peti

Serupa dengan Lully,tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel,seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee,Amerika Syarikat.Pada suatu subuh dia ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nomor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut.Salah satu jarinya terluka,meradang (infeksi),dan akhirnya membunuhnya.

7. Meninggal kerana kulit jeruk

Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang stuntman.Dia juga orang kedua di dunia yang berhasil menaklukkan air terjun Niagara dengan barrel-nya.Dia meninggal tahun 1926,dua bulan setelah tungkainya diamputasi.Mengapa?,Ternyata dia tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di jalanan,di Selandia Baru.Tungkainya patah dan terjadi infeksi berat.Ketika itu belum ada antibiotik.

8. Meninggal kerana payung terjun gagal mengembang


Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berhasil membuat jaket berparasut.Suatu penemuan baru.Dia ingin mencubanya dengan melompatdari puncak menara Eiffel.Sebelumnya dia merancang memakai patung,namun akhirnya tidak jadi.Dia memutuskan memakai sendiri jaket tersebut.Ternyata,seperti yang dirisaukan ramai orang,jaket itu tidak berfungsi dan dia pun mati seketika.

9. Meninggal setelah diracun,ditembak 4 kali,dipukul dan akhirnya ditenggelamkan

Grigori Rasputin (1869-1916) mula-mula diracun dengan sianida.Dosnya setara untuk membunuh 10 orang.Tapi kerana diketahui kemudian bahwa sianidanya sudah rosak oleh pemanasan makanan,dia tidak mati.Lalu dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan kawan-kawannya.Dia tidak mati juga.Dia ditembak lagi 3 kali,tapi tidak mati juga.Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin.Dari hasil autopsi,sebab kematian sebenarnya adalah tenggelam.

10. Meninggal kerana bola besbol

Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang mati dalam pertandingan besbol.Dia mati kerana kepalanya terkena balingan bola dari Carl Mays.Pada saat itu,bola besbol biasanya dilumuri tanah oleh pembaling bola sebelum dibaling,untuk mempersulit lawan melihat bolanya.

11. Meninggal kerana selendang

Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian modern.Dia gemar memakai selendang pada saat bepergian.Pada September 1927,dia sedang naik kereta,dengan tingkap terbuka dan kereta bergerak dalam kecepatan tinggi.Saat itu dia memakai selendang yang berukuran besar.Kerana selendangnya “terbang” sampai ke tayar,dia tercekik seketika dari tingkap kereta.

12. Meninggal ketika membicarakan Hitler

Pada tahun 1943,seorang pengkritik nazisme dan fasisme bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika tengah membicarakan Adolf Hitler.

13. Meninggal di pentas konsert

Leslie Harvey,gitaris Stone the Crows,meninggal pada tahun 1972 kerana terkena renjatan letrik dari mikrofon yang dia gunakan di pentas konsert.

14. Meninggal ketika siaran TV

Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya reporter TV yang meninggal di tengah siaran langsung TV.Dia menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) tanggal 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelumnya memang sudah bermasalah dengan depresi yang berlarut-larut.

15. Meninggal kerana “dibunuh robot”

Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot sedang tidak berfungsi.Tiba-tiba robot bergerak dan lengan robot tersebut terkena kepala Williams.Dia mati seketika pada 25 Januari 1979.Hanya 2 tahun berselang,kemalangan serupa terjadi di Jepun.Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja menolak tubuhnya ke dalam mesin putar.

16. Meninggal kerana terpenggal helikopter

Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya mati kerana terpenggal baling-baling helikopter ketika sedang syuting untuk film Twilight Zone,pada tahun 1982.Kes ini mendorong Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja anak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi syuting.

17. Meninggal kerana kaktus

Masih tahun 1982,David Grundman dan seorang sahabatnya sedang pergi berburu kaktus.Mereka bertemu sebuah kaktus besar.Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun.Di depannya ada sebuah kaktus kecil.Mereka menembak kaktus kecil dulu,dan berhasil.Sekarang giliran yang besar.Tapi yang terjadi,malah kaktus raksasa tadi tertembak sampai berlobang,dan akhirnya jatuh menimpa Grundman.Dia mati seketika.Benar-benar balas dendam oleh kaktus!.

18. Meninggal kerana tutup botol

Tennessee Williams (1911-1983),penulis drama Amerika Syarikat,mati karena tercekik tutup botol yang tertelan ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York.Hal ini diduga berkaitan dengan kebiasaannya menaruh tutup botol di kedua mata dan mulutnya ketika sedang minum-minum.

19. Meninggal ketika melawak

Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Serikat.Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!),dia langsung terbaring di lantai.Penonton mengira itu adalah bagian dari lawaknya.Tapi kerana dia tak bangun-bangun lagi,beberapa petugas pentas pun memeriksanya dan melakukan bantuan napas kecemasan.Tidak lama kemudian dia pun meninggal.

20. Meninggal kerana terkena renjatan letrik

Pada tahun 1991,seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen,terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di kebunnya.Setelah itu dia terpegang sebuah kabel telanjang (tanpa bungkus),dan terkena renjatan letrik sampai meninggal.Setelah pemakamannya,adik Paen datang ke kebun tersebut.Dia juga terpijak tahi lembu yang sama,terpegang kabel yang sama,dan meninggal juga.

21. Meninggal kerana domba

Pada tahun 1999,Betty Stobbs sedang memberi makan domba-dombanya dengan motorsikal.Makanan untuk para domba tersebut terletak di belakang motorsikalnya.Ketika itu,domba-domba tersebut rupanya sedang kelaparan.Mereka pun menyerbu makanan di belakang motorsikal tersebut,sampai-sampai Stobbs terlempar ke jurang sedalam 30 meter.Dia belum meninggal kerana “lemparan” ini.Namun ke mana pergi motorsikalnya?.Ternyata ada tepat di belakangnya,dan dia pun mati tertimpa motorsikalnya sendiri.

22. Meninggal kerana rak buku

November 2006,Mariesa Weber (38 tahun) diduga hilang.Sudah 2 minggu dia tidak ditemui oleh keluarganya (padahal dia mati di rumah sendiri!).Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah tumpukan rak buku yang jatuh.Nampaknya dia sedang berusaha memasang kabel TV yang hanya dapat dicapai dengan berdiri di atas meja tulis di sebelah rak buku.Namun malangnya a jatuh dengan kepala lebih dulu,dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber.

23. Meninggal kerana game online

Pada tahun 2005,Lee,seorang lelaki Korea Selatan berusia 28 tahun,mati setelah 50 jam nonstop bermain game online Starcraft di sebuah cyber cafe di Daegu.

Tahlil Untuk Mangsa MH370 Selepas Solat Jumaat

        
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
 اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
    
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat                         (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ اللهَ  
jantung gifIstighfar dari Kerdipan Mataku                     أسْتَغْفِرُاللهَ)   اللهَ)
Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku                  اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ)  الله 
Tahlil ‎Degupan Jantungku                             لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ ) 
Takbir  Hela Turun Naik Nafasku                    (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎  اللهَ        
اَلْحَمْدُ ِللهِ   syukur kepadaMU  YA اللهَ                 اللهَ    ALLAH اللهَ       

للَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ 

            
                                                                                 
Tahlil Untuk Mangsa MH370 Selepas Solat Jumaat                                                                                                                                       

Tahlil Untuk Mangsa MH370 Selepas Solat Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

PRAY FOR MH370.
Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan majlis tahlil khas, khusus untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 selepas solat Jumaat hari ini. Ini berikutan pengumuman Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman selepas 327 hari insiden pesawat malang MH370.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengadakan majlis tahlil khas sejurus selepas solat Jumaat.
“Dalam masa sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac tahun lepas bagaimanapun telah memutuskan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan sebaliknya memadai dengan mengadakan tahlil.
Katanya, mengenai hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.
.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini mengumumkan insiden pesawat malang MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap telah terkorban.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas yang sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
.
.

Kenyataan Ketua Pengarah DCA

.
Dalam pengumuman oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang disiarkan RTM1 pada pukul 6 petang semalam, pengisytiharan tersebut dibuat setelah pesawat itu dianggap terlibat nahas, menepati takrifan Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, yang lazimnya dirujuk sebagai Konvensyen Chicago.
Beliau berkata, sehubungan itu, selepas 327 hari (setakat semalam) dan dengan segala data yang diperoleh, adalah tidak mungkin untuk kesemua penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat tersebut berpeluang untuk hidup.
Menurut beliau, ini berikutan data menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di dasar laut kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi melibatkan kedalaman mencecah 6,000 meter yang jauh daripada kemungkinan untuk mendarat di mana-mana lokasi.
“Untuk itu, dengan perasaan berat hati dan kesedihan yang amat mendalam, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan MH370 adalah suatu nahas selaras dengan Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konven­syen Chicago.”
“Justeru, kesemua 239 penum­pang dan krew dalam pesawat itu dianggap telah terkorban,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Teknikal Peringkat Tertinggi MH370.
Menurut Azharuddin, buat masa ini tidak ada keterangan untuk pihak penyiasat mengaitkan sebarang spekulasi kepada punca nahas tersebut. Ini berikutan siasatan pihak berkuasa berhadapan kekangan kekurangan bukti fizikal terutama perakam pesawat.

“Pasukan siasatan keselamatan MH370 melibatkan tujuh negara dan siasatan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga masih berlangsung. Dan laporan interim berkaitan perkembangan siasatan keselamatan dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun atau kira-kira setahun selepas insiden nahas tersebut berlaku,” jelasnya.
.
.
.

KENYATAAN RASMI KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), DATUK OTHMAN MUSTAPHA BERKENAAN PENGUMUMAN STATUS PESAWAT MH370

  1. Saya mengambil kesempatan bersama seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan di atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang telah diisytiharkan kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dianggap telah terkorban seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) petang tadi.
  1. Ekoran daripada pengumuman tersebut Kerajaan telah mengesahkan bahwa semua penumpang dan anak kapal telah dianggap meninggal dunia, saya ingin menjelaskan beberapa perkara mengenai kedudukan hukum dan berkaitan dengan tragedi MH370 sepertimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang lalu telah mengambil beberapa ketetapan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan. Sebaliknya semua umat Islam adalah diseru supaya mengadakan tahlil dan doa kepada semua penumpang dan anak kapal MH 370.
  1. Sehubungan dengan itu, Masjid Negara akan mengadakan Tahlil khas sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok, 30 Januari 2015. Manakala, Masjid-masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga akan mengadakan Majlis Tahlil khas sejurus selepas Solat Jumaat.
  1. Dalam masa yang sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama.
  1. Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.
Sekian dimaklumkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATUK OTHMAN MUSTAPHA
29 Januari 2015
.
Sumber – UM, BERNAMA
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه




ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Related image            



ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                                                                                                                        Tahlil Untuk Mangsa MH370 Selepas Solat Jumaat                                                                    

اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                         والله أعلم بالـصـواب  
                        Moga Bermanfaat
                            
                ..................................................................       
.......................................................................................................
        .......................................................................................................................
                          ‏ اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎     
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.

100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
        100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
            100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
         100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
             100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
                100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
                 100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
                           اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
                                   لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ                            
                                      لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
                            اَلْحَمْدُ ِللهِ  syukur kepadaMU  YA اللهَ    
                              آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
                       Zikirullah