09 February 2012

Review Kuntao Marketing – selepas 5 bulan buat duit dengan adsense

Review Kuntao Marketing – selepas 5 bulan buat duit dengan adsense

Hari ni saya nak review salah satu produk yang saya dah guna iaitu Kuntao Generator Software yang dihasilkan oleh sifu Munawar. Sebelum ini, saya ada cerita bahawa kita boleh buat duit usd secara autopilot dengan kuntao generator ni , masa tu saya baru guna trial 10 hari dan baru bercadang nak buat belian. Alhamdulillah, saya berjaya beli software kuntao dengan harga diskaun. Selepas beberapa hari download, tonton video dan apply tekniknya, saya rasa ia memang pelaburan yang berbaloi.

Salah satu azam saya untuk tahun 2012 ialah untuk memperolehi sekurang-kurangnya usd100 setiap bulan dengan google adsense. Nampaknya ia tak mustahil jika saya gunakan software kuntao marketing generator dengan betul dan FOKUS.

Setelah mencuba dengan satu domain lama yang terbiar, inilah hasilnya selama 5 bulan eksperimen iaitu sejak Ogos 2011 hingga Januari 2012 . Domain ni sebelumnya saya upah orang buatkan blog autopilot, walaupun ada trafik tapi pulangannya sangat menyedihkan. Tapi, saya yakin domain ni menguntungkan sebab ia berdasarkan kepada satu keyword adsense yang mahal.

income adsense sebelum dan selepas guna kuntao generator

income adsense sebelum dan selepas guna kuntao generator

Tak banyak sangat tapi ia dah membuktikan dengan kerja yang tak seberapa, website tersebut mampu memberikan saya income adsense secara autopilot. Cuba perhatikan views untuk website tersebut takdela tinggi mana pun. Sebab saya hanya ikut 10% je dari teknik tarik trafik yang ditunjukkan dalam video Kuntao Marketing ni.

Klik Disini Untuk 10 Hari Tempoh Percubaan Perisian KunTao Marketing

Apa yang saya buat untuk dapat income macam tu,

1. Setup kuntao generator di domain pilihan – sebaiknya nama domain adalah berdasarkan keyword adsense yang mahal.

2. Submit beberapa page ke website yang dicadangkan kuntao generator – yang ni saya cuma ikut 10% je. Punyalah tak rajin

3. Upah orang lain buatkan backlink ke beberapa page pilihan . Untuk yang ni kos saya hanyalah sekitar RM30 sebulan. Ada ramai yang tawarkan servis sebegini ni wangcyber.com .

4. Setiap hari, bina sekitar 10 page baru guna software kuntao marketing. Sekejap je nak buat page ni, hanya dapatkan keyword yang sesuai dan upload kepada kuntao. tak sampai 5 minit page anda akan siap.

Saya biasanya dah masukkan senarai keyword yang sesuai didalam MS Excel, dan siapkan jadual bila page ini akan dibina. Kalau anda ada 500 keyword yang relevan dengan web anda, ambil masa 50 hari untuk habiskan semua keyword. Lepas tu saya submit RSS dan page link seperti yang diajar dalam video kuntao.

Itulah yang saya buat. Usaha memang tak seberapa, jadi hasilnya pun takdela sampai usd120 hari. Saya kira kalau saya dapat lebih rajinkan diri, tak mustahil saya boleh dapat sekurangnya usd4 sehari. Kalau 30 hari dah dapat usd120 sebulan. Kalau 10 website , memang tak mustahil dapat usd120 sehari kan? Kenapa yakin sangat? Sebab saya pernah dapat…

target income adsense sehari dengan kuntao marketing

target income adsense sehari dengan kuntao marketing

Tak mustahil kan, kalau dapat tiap-tiap hari macam tu? Yang penting kena usaha 100%, bukan 10% macam sekarang ni. Saya dah nampak peningkatannya, yang penting usaha.kuntaomarketing468x60

Kalau anda pun berminat nak buat duit dengan adsense cara kuntao marketing generator ni, bolehla klik banner diatas. Try dulu untuk 10 hari, dan kalau rasa berbaloi, upgrade kepada yang berbayar.

Boleh guna kod diskaun khas 19ED4F5 untuk dapat diskaun RM100. Tapi ia adalah terhad kepada 100 orang pertama sahaja. Jadi kena cepat la ye, kalau tak anda perlu membayar harga penuh.

Tags : , , , , , ,

WW#1: Gambar Rama-rama : Kitaran Hidup

Sempena post Wordless Wednesday pertama, jom lihat gambar rama-rama memulakan kehidupan dalam 4 fasa.

1. Telur

gambar-rama-rama-kitar-hidup1

2. Beluncas (larva , caterpillar)

gambar-rama-rama-kitar-hidup2

3. Kepompong (pupa , chrysalis)

gambar-rama-rama-kitar-hidup3
4. Sudah dewasa
gambar-rama-rama-kitar-hidup4

Akhir sekali, rama-rama terbang dengan cantiknya untuk menghisap madu

gambar-rama-rama-berterbangan1

gambar-rama-rama-berterbangan2

gambar-rama-rama-berterbangan3

Sumber: Gambar Rama-rama

Tags : , , , , ,,

Cerita Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Hari ni saya nak kongsikan tentang kisah salah seorang usahawan Melayu yang berjaya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Saya sangat kagum membaca kisah kejayaan beliau yang sememangnya berusaha dari bawah untuk pencapaian seperti hari ini. Harap akan lebih ramai lagi dikalangan kita akan berjaya seperti beliau. Jom baca dan hayati kisah yang beliau ceritakan dibawah.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pesanan ibu bawa berkat

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan pingat Tokoh Maal Hijrah 1429 kepada Syed Mokhtar sempena sambutan Maal Hijrah di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. (1 Muharram 1429 bersamaan 10 Januari 2008)

Tan Sri Syed Mokhtar Al BukharyPUTRAJAYA 10 Jan. ’08 – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

“Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.

Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan Syed Mokhtar Al Bukhary

Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.

Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.

Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.

“Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.

Kejayaan Syed Mokhtar Al Bukhary

Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.

“Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.

Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.

Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.

Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.

“Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.

Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.

Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

“Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.

Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.

Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.

“Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap… macam mana boleh macam ini,” katanya.

Artikel tambahan

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

  • Umur – 56 tahun (2008)
  • Pendidikan – SPM
  • Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
    BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta – Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sumber : BeritaHarian

Semoga kisah kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary akan menjadi inspirasi untuk kita mencapai kejayaan.

UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Tags : , , , , , , ,, , , , , , , , ,, ,

Kuntao Marketing – teknik autopilot buat duit usd

Dah bersawang blog ni nampaknya. Banyak yang nak diceritakan tapi tak tertaip dek jejari nan runcing ni. Hari ni saya nak kongsi tentang perisian Kuntao Marketing oleh sifu Munawar . Produk ni pernah dijual dipasaran pada Disember 2010 yang lepas. Tetapi jualannya ditutup hanya dalam masa 6 jam sahaja! . Saya tak sempat nak beli masa tu sebab tak cukup budgetterlambat buka email akibat sibuk bercuti di kampung.

cover-kuntao-marketing

Saya memang percaya dengan kualiti produk sifu Munawar sebab hasil dari ebook JWA dialah saya berjaya dapat cek pertama dengan adsense. Jadi, bila dapat tahu yang beliau akan buka semula jualan Kuntao Marketing pada 15 Ogos ni (esok), siap dengan harga diskaun 50% untuk mereka yang terawal – saya sangat teruja. Dah siap set alarm kat handphone, harapnya kali ni tak terlepas peluang.

Kalau nak tau kenapa saya teruja sangat dengan software ni, cuba download versi PERCUMA ni dulu dan anda boleh cuba selama 10 hari. Saya dah download dan cuba versi percubaan ni untuk satu domain yang dah lama saya beli tapi tak digunakan. Dalam masa beberapa minitje ah boleh siap laman web kita!

Memang kagum dengan software buatan anak tempatan ni. Yang penting, lepas download, ambik masa untuk cuba betapa seronoknya guna software ni.

Caranya menggunakannya cukup mudah :

1. Dapatkan domain dan hosting – Kalau anda tak ada nama domain dan hosting sendiri, beliau ada tunjukkan cara percuma untuk dapatkannya.

2. Buat sedikit editing untuk link domain dan software ni. Jangan risau sebab video tutorial ada disediakan.

3. Cari keyword yang berkenan dan klik start. Walla! dalam 5 minit anda dah boleh dapat berpuluh-puluh laman web dan artikel yang unik dan disukai google. Design laman web tu pun menarik perhatian pelawat untuk klik iklan kita sebab ia akan masukkan sekali elemen gambar dan video.

KunTao Marketing Software (versi upgrade) juga akan sertakan sekali dengan cara mendapatkan trafik ke website yang dah dibina sebab no trafic, no money kan? . Jadi, kita tak perlu risau tentang trafik. Ia bukan untuk Google Adsense sahaja, tapi boleh dijadikan sebagai teknik autopilot buat duit usd kepada kita.

Di bawah ni adalah 4 Modul yang terdapat dalam Kuntao Marketing:

1. KunTao Keyword
Ia disertakan dengan 3 keyword SCRIPT untuk mendapatkan hot search keyword setiap jam kedalam fail secara automatik. Wati gunakan keyword ini untuk membina pages.
2. KunTao Generator
Ianya adalah SOFTWARE utama yang ada dalam versi percubaan , dimana segalaproses untuk membina pages akan dilakukan secara automatik.
3. KunTao Templates
Ia mengandungi 40 script Templates khas yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui GoogleAdsense, BidTraffic atau apa-apa sahaja program yang anda kehendaki.TIDAK terbatas.
4. KunTao Trafik
Ia mengandugi 10 teknik trafik khas untuk mendapatkan sebanyak mungkin trafik ke laman web yang dibina Wati menggunakan KunTaoGenerator.Jadi anda bukan sahaja mendapat software KunTao Generator tetapi keseluruhan teknik & strategi menjana pendapatan melalui apa sahaja program yang anda mahukan.Tidak terbatas!
Berapa Harga KunTao Marketing ni? Harga sebenar ialah RM 350 sahaja. Anda juga akan dapat bonus belian Pakej Fiverr Viral (FiverrViral.com) bernilai RM50. Jadi, jumlah keseluruhan ialah RM 400. Tetapi, bulan Ramadhan ini ia ditawarkan dalam jumlah terhad iaitu…RM 200 Sahaja dan upgrade PERCUMA!
Mahal ke? Ia bergantung kepada pulangan yang bakal di perolehi. Saya akan mengaggapnya sebagai satu pelaburan.
Okl, dah panjang post ni, anda boleh cuba download versi percuma Kuntao Marketingdan upgrade kalau rasakan ia berbaloi dimiliki. Jangan lambat sebab macam biasa, sifu Munawar ni akan tutup jualan bila dah cukup kuota.

Tags : , , ,

Teknik Menjana Wang Melalui Clickbank

Ramai di kalangan kita mengetahui bahawa salah satu lubuk buat duit USD ialah melalui program affiliate Clickbank. Ramai rakyat malaysia yang sudah menjana wang melalui Clickbank ini. Saya juga berjaya membuat duit melalui clickbank – walaupun tidaklah begitu konsisten. Tapi pernahla merasa hasil dari Clickbank.

cover-teknikclickbankAda banyak juga buku panduan tentang buat duit dengan clickbank yang ditulis dalam Bahasa Melayu, tetapi kebanyakannya sudah tidak aktif dijual. Baru-baru ini , satu lagi ebook tentang buat duit dengan clickbank telah dilancarkan oleh saudara Zyan. Ia diberi tajuk Teknik Clickbank .

Pada saya ebook ini agak lengkap. Bahkan panduan percuma yang diberikan oleh Zyan juga sudah boleh membantu anda bermula untuk membuat duit dengan Clickbank secara PERCUMA.

Manakala versi berbayar pastinya memberikan ilmu yang tidak ternilai sebab Zyan akan mendedahkan pelbagai senjata rahsia yang beliau gunakan didalam menjana pendapatan pasif melalui Clickbank.

Secara ringkasnya Teknik Clickbank akan membincangkan tentang;

1. Daftar Clickbank

2. Pilih produk berkualiti yang nak dijual – akan ditunjukkan apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat pemilihan

3. Pilih keywords berkualiti yang berkaitan dengan produk tersebut – Akan ditunjukkan cara guna GKT dalam mendapatkan keyword yang berkualiti. Serta ciri lain yang perlu dipertimbangkan.

4. Bina landing page secara percuma (blogspot, squidoo, youtube, etc ) atau berbayar seperti domain .com – Zyan juga akan berikan contoh landing page yang dia gunakan.

5. Promosi landing page – teknik promosi atau pemasaran laman web adalah yang paling penting untuk dikuasai sebab tanpa pengunjung yang ramai, agak sukar untuk anda membuat jualan. Ia juga memerlukan usaha yang berterusan dalam jangka masa yang agak panjang. Dan ramai akan tersangkut disini (termasuk saya la tu)

Melalui ebook ini, Zyan akan kongsikan teknik promosi yang dia gunakan. Ada yang percuma dan ada juga yang memerlukan modal. Terserah kepada anda untuk memilih teknik yang sesuai dengan masa, kewangan dan keupayaan anda.

Zyan juga akan kongsikan dengan anda Action Plan yang boleh digunakan dalam proses nak buat duit dengan clickbank ni. Maklumlah, tanpa perancangan yang betul, usaha kita mungkin akan sia-sia saja.

Okla, saya dah tak nak berceloteh panjang lagi, jika anda berminat nak buat duit dengan clickbank ni bolehla dapatkan ebook Teknik Clickbank di sini http://bit.ly/teknikcbbb . Pastinya berbaloi apabila pelaburan ilmu yang kita perolehi inin kita diaplikasikan. Saya sendiri dalam proses mengaplikasikan beberapa teknik yang diajar.

Rahsia Kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong

Rahsia Kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong


Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan yang seluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak, angan-angan hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan maruah diri sendiri yang terpaksa digadai. Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan impian. Seperti memiliki banglo seperti istana, memandu kereta mewah, mempunyai kewangan yang stabil, bercuti di serata pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada topik asal, perniagaan dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan. Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada peluang perniagaan yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi jika kita katakan bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini. Sejak awal penubuhan Tanah Melayu, golongan ini yang datang berhijrah dari China telah memegang tampuk pentadbiran dalam urus niaga terutamanya perusahaan lombong.

Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu Tan Sri Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset bernilai RM 50.04 billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah meletakkan statusnya pada tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua disusuli oleh seorang taikun komunikasi, T Anand Krishnan dengan aset bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga dikuasai oleh Orang Cina iaitu Pengerusi Public Bank, Tan Sri The Hong Piow dengan aset bernilai RM 12.77 billion. Tangga keempat sehingga tangga keenam turut dimonopoli golongan Cina dan tangga ketujuh adalah Orang Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary daripada Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM 8.84 billion. Golongan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk terus maju dan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.

Contoh yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam perniagaan. Mendiang Tan Sri merupakan pengasas Genting Group dan presiden seumur hidup. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8 billion!

Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati Orang Lain

Perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan. Serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Jadi, wang yang dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain jangan dilupa. Kerana nilai ini menggambarkan sikap secara keseluruhannya. Selain itu, Tan Sri juga mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Beliau sendiri tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat. Kerana perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah dibina. Seboleh-bolehnya, jauhi kelakuan ini untuk menjamin hubungan yang baik. Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik tidur lambat. Jika mahu berjaya dalam perniagaan, mari kita cuba tips beliau.

Berkerja Keras & Sedaya Upaya

Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana, dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang. Hanya tunggu hujung bulan apabila gaji boleh dikeluarkan.

Golongan ini juga sentiasa bersikap tamak dan tidak pernah berpuas hati dengan keselesaan yang sedia dinikmati. Mereka tidak pernah jemu untuk menjadi kaya. Sikap ini menjadi pembakar semangat mereka untuk berusaha dengan lebih gigih. Jika hendak dibandingkan dengan kaum lain seperti Melayu sendiri, mereka akan cepat merasa puas dan selesa dengan apa yang mereka miliki. Mereka kurang berminat untuk memperbaiki hidup yang selesa untuk menjadi lebih selesa lagi. Itulah kelemahan kaum Melayu. Mungkin mereka baik dalam bidang lain, bukan dalam bidang pernigaan. Rata-rata kaum lain tidak berminat untuk menambahkan masalah sakit kepala apabila beban dan tanggungjawab kerja semakin bertambah. Bagi kaum lain, orang tamak selalu rugi, tetapi tidak bagi Orang Cina. Semakin tamak, semakin baik. Orang kaya akan semakin kaya, dan orang yang malas akan terus susah. Orang Cina bersikap tamak untuk mengumpul aset yang dimiliki dan untuk kesenangan generasi mereka. Mungkin juga mereka dipengaruhi oleh faktor yang telah diketahui ramai bahawa Orang Cina sangat bijak dalam selok-belok perniagaan. Disebabkan hal inilah menjadi faktor pendorong untuk menjadikan mereka terus kaya. Bimbang jika air muka mereka jatuh.

Amalan Menyimpan Wang

Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi. Tetapi jika hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu bertahan lama. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. Apabila melihat wang yang banyak, tanpa berfikir panjang pasti kita akan menggunakan wang itu tanpa menyedari itu adalah wang untuk pusingan dan pelaburan yang seterusnya. Manusia sememangnya mudah alpa, nampak sahaja kemudahan yang ada, mulalah lupa dunia. Wang yang sepatutnya disimpan silap-silap habis dibelanjakan pula. Apabila perniagaan semakin maju, modal juga semakin besar. Apabila mempunyai wang yang besar untuk dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya. Dalam kata yang paling mudah, modal besar untung juga pasti besar.

Bermula dari Bawah

Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Orang Cina berharap untuk menjadi terkenal sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum.

Tidak Bermain Kotor dalam Perniagaan

Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada semua orang adalah kuncinya.

Berani Menanggung Risko

Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.

Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Sebelum itu, rasanya kita patut membaca biografi bertajuk “Cerita Saya”. Buku ini mengandungi kisah disebalik kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar bertaraf dunia. Tahniah!

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Pada waktu ini kita sedar bahawa ramai yang memohon untuk bekerja di jabatan kerajaan kerana beberapa sebab yang tertentu. Antaranya skim pencen yang boleh menjamin masa depan setelah berhenti serta faedah-faedah lain yang agak menarik jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan pada waktu dahulu.

Oleh kerana permohonan yang diterima sangat banyak dan jumlah calon yang layak juga besar berbanding dengan kekosongan yang ada, sesi temuduga akan diadakan untuk membuat saringan diantaranya atas sebab-sebab berikut:

Majikan samada pengarah atau ketua jabatan yang akan menjadi penemuduga mahu mengenali calon secara lebih dekat dan menilai dari segi fizikal samada calon sesuai untuk melakukan tugas-tugas yang akan diberi. Untuk tujuan ini, penampilan diri akan dinilai pada hari temuduga tersebut;
Cara seseorang calon berkomunikasi samada dari segi nada suara, gaya bahasa yang dituturkan, bahasa yang tidak dituturkan iaitu gaya gerak badan semasa sesi temuduga, cara duduk dan pergerakan anggota badan semasa memberi jawapan dan sebagainya;
Sikap seseorang individu akan dapat dikenal pasti melalui maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan. Isi kandungan jawapan yang diutarakan seseorang calon akan membantu penemuduga menganalisa samada calon sudah membuat persediaan yang cukup atau sambil lewa. Ciri-ciri seperti adakah calon seorang yang pentingkan diri sendiri atau suka membuat kerja dalam kumpulan dan sebagainya akan dapat ditentukan melalui sesi soal jawab temuduga.
Waktu sesi temuduga akan digunakan untuk menyemak dan menganalisa semua dokumen kelayakan, sijil-sijil dan surat sokongan yang berkaitan. Penemuduga akan dapat kenal pasti bahawa tiada maklumat yang palsu diberi semasa mengisi boring permohonan dengan menyemak sijil atau dokumen asal.
Penemuduga juga akan menilai samada calon betul-betul berminat untuk bekerja di jabatan yang dipohon. Ini adalah kerana ada segelintir calon yang membuat permohonan kerana desakan ahli keluarga.


Apabila anda memahami apa yang ingin dicari dan dilihat oleh penemuduga semasa sesi temuduga, pencarian maklumat akan menjadi lebih mudah. Anda juga akan lebih fokus dan dapat membuat persediaan dengan lebih teratur.

Pertama sekali anda harus fikirkan dan membuat persediaan bagaimana harus anda menarik perhatian penemuduga terhadap penampilan anda bermula saat anda melangkah ke bilik temuduga. Pakaian yang bersih, sopan dan menjaga tata susila seorang individu perlu dijaga. Jangan pula memilih pakaian yang terlalu bergaya seperti anda ingin ke majlis makan malam dan sebagainya. Pakaian yang anda pakai mestilah selesa kerana anda tidak pasti tempoh masa yang akan diambil oleh penemuduga.

Contoh pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, kemas dan bersesuaian ialah baju kurung untuk calon wanita dan kemeja berlengan panjang serta berseluar panjang bukan dari jenis kain “jeans” bagi calon lelaki. Bagi calon lelaki juga, jangan lupa untuk memakai stokin yang sesuai iaitu yang berwarna gelap dan bukan yang menonjol seperti berbelang dan sebagainya. Pakailah tali leher dan jaket atau kot untuk gaya yang lebih yakin. Bagi calon wanita pula, anda mestilah memakai kasut yang menutup kaki dan tumit kasut yang tidak terlalu tinggi supaya anda selesa untuk berjalan masuk dan keluar bilik. Anda pasti tidak mahu sesuatu menimpa seperti kemalangan kecil berlaku di tempat temuduga bukan? Penampilan diri semasa masuk, duduk, bercakap dan keluar dari bilik temuduga mestilah dijaga. Setiap langkah dan tutur kata boleh memberi kesan terhadap prestasi temuduga anda.

Cara anda berkomunikasi amatlah penting. Anda dinasihatkan untuk memandang penemuduga yang mengajukan soalan apabila menjawab. Adalah tidak beradab jika anda berkomunikasi dengan penemuduga tetapi pandangan diarahkan ke tempat lain. Walaupun anda kurang yakin dengan jawapan yang akan anda utarakan, anda perlu teruskan sahaja dengan nada suara yang selesa dan menunjukkan riak muka yang yakin.

Walaupun gugup, anda harus tenangkan diri dahulu, mungkin anda boleh berbual ringan untuk menghilangkan rasa gementar anda sebelum mula bercakap kerana ini akan membantu menenangkan diri.

Persiapan diri dari segi mengumpul maklumat pula akan membantu anda menjawab soalan yang diajukan penemuduga dengan lebih yakin. Dokumen atau bahan rujukan yang perlu anda baca untuk mencari maklumat dan membuat persediaan sebelum menghadiri sesi temuduga termasuk dokumen pekeliling bagi perkhidmatan awam yang menyediakan maklumat seperti tangga gaji penjawat awam, maklumat berkenaan cuti, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Anda perlu membaca akhbar dan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Penemuduga biasanya akan mengajukan soalan tentang dasar kerajaan dan maklumat berkaitan laporan ekonomi Negara. Oleh itu, calon dinasihatkan untuk melengkapkan diri dengan beberapa maklumat pengetahuan am yang penting seperti objektif dan peranan Rancangan Malaysia ke 8 (RMK8) atau RMK9 dan sebagainya. Lain-lain maklumat yang mungkin akan ditanya adalah tentang perbezaan antara Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Fungsi Sultan di setiap negeri dan juga fungsi yang Dipertuan Agong. Calon juga perlu mengingati nama-nama menteri setiap kementerian.

Calon juga boleh bertanya penjawat awam yang dikenali tentang maklumat yang perlu untuk membantu menjawab soalan denganlebih lancar dan yakin.

Mencari maklumat melalui laman sesawang jabatan yang berkenaan terutamanya jabatan yang anda pohon. Terdapat juga laman blog yang ditulis oleh calon-calon yang pernah menghadiri sesi temuduga. Walau bagaimanapun, anda mesti berhati-berhati untuk tidak mengambil terus maklumat dari laman blog kerana sesetengah tulisan di blog adalah tidak relevan.

Anda perlu mengawal diri semasa berkomunikasi supaya sikap anda yang positif dapat ditonjolkan sekali gus memberi anda markah yang lebih dalam sesi temuduga tersebut. Sikap seperti amalan menepati masa, tidak suka memberi alasan, suka membantu orang lain dan sebangainya akan dianalisa oleh penemuduga dengan pertanyaan pelbagai bentuk soalan. Anda perlu bijak menilai dan menjawab dengan betul.

Apabila anda dipanggil untuk temuduga pastikan anda mencatat segala butiran berkenaan jawatan yang ditawarkan, tempat dan masa temuduga. Anda mesti bersedia untuk menerangkan dengan yakin kenapa anda ingin menyertai jabatan kerajaan. Antara jawapan yang anda boleh berikan ialah tujuan anda untuk menyumbang bakti kepada rakyat dan negara kerana anda mempunyai kemahiran tertentu seperti pengendalian komputer dan sebagainya.

Anda mesti mengumpul segala maklumat berkenaan jabatan yang terlibat dan nama-nama penting di dalam carta organisasi jabatan. Lebih baik lagi jika anda boleh menghafal maklumat tersebut untuk membantu anda menjawab soalan yang berkaitan semasa sesi temuduga

Anda dinasihatkan juga untuk menghafal Rukun Negara dan boleh mengolah maksudnya sekali. Fikirkan contoh-contoh yang boleh anda kaitkan bagaimana anda akan terjemahkan Rukun Negara dan diri anda apabila anda berjaya dalam temuduga dan jawatan yang dipohon.

Soalan berkaitan integriti seperti Pelan Integriti Nasional dan maklumat tentang rasuah adalah penting untuk anda kuasai.

Dapatkan maklumat daripada rujukan yang bagus, buat peta minda supaya senang anda ingat apabila ditanya, jawapan akan jadi lebih teratur. Isi jawapan yang teratur akan membuatkan penemuduga tidak keliru dan lebih gembira.

Calon mestilah bijak untuk menekankan kenapa pihak jabatan tersebut perlu memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat di jabatan tersebut. Berikan contoh yang sesuai bagaimana jabatan akan dapat manfaat apabila mengambil anda sebagai pekerja.

Buat rujukan tentang apakah tugas yang akan dilakukan untuk jawatan yang dipohon. Nyatakan kesediaan anda untuk bertugas diluar daerah jika perlu. Calon yang fleksibel dan mudah untuk diajak berunding akan mendapat lebih markah positif daripada penemuduga.

Nyatakan kesediaan anda untuk bekerja lebih masa apabila diperlukan. Berikan contoh bagaimana anda sebagai seotrang pelajar di universiti adalah seorang yang akan bekerja tanpa mengira masa supaya objektif yang ditetapkan tercapai.

Jangan lupa untuk membawa dokumen asal dan salinan dokumen untuk semakan oleh penemuduga.

Calon temuduga perlu ingat untuk mengelak diri daripada melakukan kesilapan-kesilapan berikut supaya peluang untuk ke tahap seterunya adalah cerah:

Menepati masa adalah suatu perkara yang perlu anda titik beratkan. Jangan sekali-kali anda hadir ke tempat temuduga lewat walaupun satu saat. Oleh itu, mulakan perjalanan ke tempat temuduga lebih awal. Jika anda terpaksa menaiki pengangkutan awam, sila semak jadual terlebih dahulu. Jangan menangguh untuk menyemak jadual pengangkutan awam pada hari temuduga. Jika perlu, minta pertolongan ahli keluarga untuk menghantar anda ke tempat temuduga. Jika anda lewat, anda tidak akan bertenang dan sukar untuk menumpukan perhatian semasa sesi temuduga. Ini akan menjadikan peluang anda untuk ke tahap seterusnya terbantut;

Kurang persediaan adalah kelemahan yang amat ketara yang akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya dalam sesi temuduga;

Calon dinasihatkan supaya tidak bercakap terlalu banyak supaya jawapan yang anda utarakan tidak berputar belit dan mengendungi maklumat yang tidak bernas;

Semasa berkomunikasi, calon diingatkan supaya menunjukkan rasa yakin. Jangan teragak apabila menjawab soalan. Walau bagaimnapun, sikap yang terlebih yakin juga mungkin tidak akan membantu calon untuk menambat hati penemuduga. Sikap terlebih yakin selalunya melambangkan calon ialah seorang yang suka meninggi diri;

Pakaian yang tidak sesuai seperti yang telah dihuraikan dengan lebih lanjut pada permulaan panduan ini;

Berhati-hati semasa berjabat tangan atau bersalam dengan penemuduga. Calon mesti menjaga tata tertib bersalam antara bukan muhrim bagi individu muslim. Salaman yang lemah melambangkan individu yang tidak mempunyai keyakinan.
Calon dinasihatkan supaya tidak menipu samada semasa menjawab soalan atau apabila memberi maklumat peribadi. Anda mesti selalu berterus terang.

Individu yang suka mengkritik pihak lain tidak akan mendapat sokongan daripada penemuduga. Sikap ini perlu dijauhi.


Sesi temuduga yang bagus sepatutnya berjalan dengan komunikasi dua arah. Calon dinasihatkan untuk menyiapkan beberapa soalan untuk diajukan kepada penemuduga. Soalan yang diajukan mestilah yang berkaitan dengan jabatan, tugas-tugas yang akan dibuat, kemudahan yang disediakan oleh jabatan seperti kelab sukan dan sebagainya. Akan tetapi anda mesti berhati-hati supaya tidak mengajukan soalan yang mengundang kontroversi atau maklumat yang sudah pun anda perolehi semasa sesi temuduga.

Untuk menunjukkan anda amat berminat dengan jawatan yang anda pohon, anda patut mengajukan soalan tentang tempoh diambil oleh jabatan untuk megeluarkan keputusan samada anda berjaya atau sebaliknya.

Untuk menambat hati dan memberi anda satu kelebihan untuk berjaya, calon dinasihatkan untuk menghantar surat yang ringkas tanda terima kasih anda kepada setiap penemuduga selepas sesi temuduga.

Tips Melariskan Jualan Produk Pasar Malam

Rata-rata rakyat Malaysia sangat ghairah jika ke pasar malam. Bukan itu sahaja, kehadiran pasar malam juga pasti dinanti. Pengguna juga berkira-kira untuk membeli barang dan bersabar menanti kehadiran pasar malam. Sedikit sebanyak kemunculan pasar malam membantu mereka melancarkan urusan harian. Seawal pukul 4 petang, peniaga mula memasang payung, mengemas dan menyusun produk yang cuba dipasarkan. Pasar malam akan mula ditutup menjelang pukul 10 malam semasa jumlah pengunjung semakin berkurang. Hampir semua keperluan seharian dari barang makanan, bekalan makanan mentah, pakaian, barang hiasan rumah, dan kelengkapan dapur boleh didapati di sini.

Selain itu, belian secara borong juga akan menjimatkan kos lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi hari ini. Paling menguntungkan, harga barangan di pasar malam juga jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran biasa. Taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Mungkin ada sesuatu yang mereka cari di pasar malam atau sekadar cuma mahu melihat gelagat dan merasai bingit suasana pasar malam. Atau juga sekadar mengisi masa dan berjalan-jalan, jika berjumpa dengan apa yang dicari, pasti barang itu akan dibeli.

Semua peniaga pasar malam mengharapkan keuntungan daripada produk yang dipasarkan. Jika tidak, pusingan modal gagal dibuat dan perniagaan mereka terpaksa dihentikan. Maka, setiap peniaga mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan pelanggan mereka tidak lari dan tidak penah jemu mendapatkan produk yang dipasarkan. Mungkin juga peniaga memasang strategi pernigaan yang efektif dan berkesan untuk terus menarik pelanggan dan perhatian pengguna baru. Cara-cara yang digunakan peniaga ini sememangnya didapati berkesan dan mempunyai pengaruh terhadap pengguna dan pembeli. Oleh itu, peniaga pasar malam akan berniaga dengan jujur agar pengguna mereka juga mampu bertahan dengan hasil produk yang dibeli. Wang yang diperuntukan untuk berbelanja membeli barang makanan jauh lebih menjimatkan dan mempunyai baki untuk simpanan pengguna. Jadi, buat apa berbelanja lebih jika barang yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang sama boleh didapati di pasar malam.

Menjual makanan tradisional

Banyak cara yang dilakukan oleh setiap peniaga pasar malam untuk melariskan produk yang dipasarkan. Barang makanan menjadikan suasana pasar malam lebih hangat dan terasa bahangnya. Disebabkan itu, ramai peniaga pasar malam cuba memasarkan produk mereka dengan menghasilkan sebanyak mana kuih-muih dan lauk-pauk tradisional yang sukar didapati dan cerewet cara penyediannya. Jika kita amati, setiap pengunjung yang hadir ke pasar malam tidak akan pulang dengan tangan kosong. Sekurang-kurangnya mereka akan pulang dengan bungkusan makanan kegemaran atau apa sahaja jenis makanan yang sukar didapati di kedai-kedai lain. Niat utama adalah untuk mencuba sejenis makanan baru. Atau mungkin juga makanan itu mengingatkan mereka akan kampung halaman dan ahli keluarga yang menggemarinya. Apabila barang makanan itu sedap dan tepat dengan selera, pasti pembeli akan mendapatkannya pada minggu berikutnya.

Mengaitkan produk dengan nama artis

Selain itu, peniaga juga melariskan produk yang dijual dengan mengaitkan nama artis dan selebriti tanah air, tidak kurang juga mengaitkan dengan selebriti antarabangsa. Contohnya pengguna boleh memiliki tudung Ikin serendah RM 10.00 dengan hanya berbelanja di pasar malam. Pengaruh tudung Ikin yang dipopularkan oleh isteri Mawi artis realtiti TV dari Akademi Fantasia tidak perlu diperkenalkan lagi. Penangan hebat membuatkan orang ramai mampu bergaya cantik dan sopan seperti Ikin. Hari ini, pelbagai jenis tudung dan selendang yang berkualiti boleh didapati di pasar malam. Kualiti dan fabrik mungkin agak sedikit berbeza namun ia tetap memberikan kepuasan kepada pengguna. Selain itu, terdapat juga peniaga makanan yang mempromosikan kempen 1Malaysia melalui makanan yang dijual. Kelihatan peniaga sangat kreatif dan peka dengan perkembangan negara. Selain sedap, makanan 1Malaysia ini juga jauh lebih murah dan banyak pilihan.

Berani dan lantang melontarkan suara

Peniaga pasar malam juga lebih berani dan lantang untuk melontarkan suara mereka untuk meraih keuntungan. Kebanyakan peniaga akan menjerit atau memasang tape yang telah dirakam lalu dimainkan untuk mempromosikan produk mereka. Seawal tapak pertama menjejakkan kaki ke pasar malam sehingga ke payung terakhir pasar malam, rakaman tape ini akan mencuri tumpuan. Pasti ramai yang sedar akan kewujudan peniaga ini dengan menggunakan cara yang paling terkini. Contohnya di pasar malam Padang Jawa setiap malam Jumaat, gerai menjual barang-barang plastik dan keperluan dapur akan mencuri tumpuan kerana memasang tape yang telah dirakam. Setiap peniaga pasar malam mempunyai cara yang tersendiri untuk memasarkan produk mereka. Hasilnya juga adalah berbaloi.

Sikap ramah dan mesra

Seterusnya, peniaga pasar malam juga lebih mesra dan ramah. Sikap ini melambangkan peribadi yang baik dengan masyarakat. Sekaligus, peniaga-peniaga ini akan membuatkan pembeli merasa selesa dan mudah untuk menjalankan urus niaga dengan mereka. Selain mempunyai mulut yang manis, peniaga pasar malam juga lebih bertolak ansur dalam soal penawaran harga barang yang dijual. Mereka akan membuatkan pengguna mencari mereka lagi jika mengunjungi pasar malam. Kerana tawaran yang diberikan akan mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli. Budaya tawar-menawar apabila berbelanja di pasar malam merupakan satu kemestian. Selain itu, apabila kita terlibat dalam kegiatan ini, secara tidak langsung hubungan sesama masyarakat akan mesra melalui komunikasi dua hala yang telah berlangsung.

Menjual mengikut kiraan harga pinggan

Peniaga barangan basah terutamanya peniaga makanan laut dan sayur-sayuran pasti akan meletakkan harga barangan dengan tawaran yang paling rendah. Jika tidak, peniaga itu sendiri yang akan rugi. Tambahan pula apabila berniaga ikan. Barang ini tidak boleh disimpan terlalu lama. Ia mudah rosak dan tidak segar. Maka, mereka mengambil inisiatif dengan menjual mengikut kiraan harga sepinggan. Pelbagai jenis ikan boleh dibeli dengan harga serendah RM 3.00 sepinggan. Mungkin kuantiti itu tidak mencukupi, tetapi harga ini adalah sangat rendah sehingga membuatkan pembeli tidak teragak-agak untuk membelinya. Hanya di pasar malam kita dapat berbelanja semurah ini. Kerana faktor dan daya tarikan ini membuatkan suasana pasar malam sentiasa panas dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus. Selain itu, sayur-sayuran kampung turut mendapat tempat di hati pembeli. Contohnya seperti ulam-ulaman, keladi, rebung, petai dan jering. Kesukaran mendapatkannya membuatkan peniaga berusaha untuk memasarkan produk ini. Tambahan pula ulam-ulaman kampung mempunyai khasiat yang tinggi.

Cara mempersembahkan produk

Peniaga hari ini juga semakin bijak dalam memasarkan produk mereka. Bagi peniaga makanan, cara hidangan makanan yang dipersembahan mampu menarik minat pembeli. Sebagai contoh di pasar malam Pantai Dalam setiap malam Sabtu, terdapat peniaga laksa Penang akan menghias meja dengan seni kulinari yang menarik dan segar dengan bunga kantan, cili merah, cili hijau, timun, daun selom dan telur. Peniaga ini mampu mengekalkan jumlah pembeli kerana taktik yang digunakan sangat menarik dan kelihatan sangat segar. Selain itu terdapat juga peniaga kuih apam yang menyediakan pelbagai warna dalam melariskan kuih apam buatan sendiri. Dari jauh, warna yang terang ini akan membuatkan hati tertarik untuk mencubanya. Selain warna yang cantik, rasa kuih apam ini juga sama dengan kuih apam yang lain, lembut dan tekstur yang halus.

Barangan yang murah menjadi tumpuan

Barang yang paling murah akan menjadi tumpuan pembeli. Barang makanan seperti laksa, mi udang, bihun sup dan bakso serendah RM 2.50 boleh didapati di pasar malam Padang Jawa. Selain itu, bagi golongan orang kurang upaya, mereka akan mendapat potongan harga yang lebih murah. Begitu juga dengan golongan warga emas. Ternyata peniaga ini sangat rapat dengan masyarakat. Selain berniaga, mereka juga menderma sekaligus membantu dan cuba meringankan beban masyarakat. Disebabkan faktor harga yang murah, gerai ini sentiasa menjadi tumpuan dengan kelazatan makanan yang dijual.

Kedudukan gerai

Seterusnya cara melariskan produk juga bergantung kepada kedudukan gerai. Kedudukan yang sesuai juga mempengaruhi jumlah pembeli. Jika kita sedar, peniaga air akan berada pada kedudukan pintu keluar dan masuk ke pasar malam. Strategi ini memang sangat berkesan. Serendah RM 1.00, kepenatan sepanjang berjalan di pasar malam dapat diredakan. Terdapat pelbagai pilihan minuman yang dapat membasahkan tekak. Daripada jus buah-buahan, minuman tenaga atau minuman berkarbonat. Kedudukan gerai ini membuatkan pembeli tidak perlu berpatah balik jika haus disamping tangan yang penuh dengan barangan yang dibeli. Sebaik melangkahkan kaki ke kawasan pasar malam, tekak mesti dibasahkan dahulu untuk memberikan tenaga sepanjang berjalan merentasi gerai di pasar malam. Apabila mahu pulang, tekak kering lagi. Maka, gerai air pasti dicari.

Peniaga menjual barang mainan kanak-kanak

Bagi ibu bapa yang mengunjungi pasar malam dengan membawa anak, pasti mainan akan menjadi tarikan. Jika tidak mahu mendapat malu apabila anak membuat kelakuan yang tidak sepatutnya dengan menjerit di khalayak ramai, maka kehendak mereka wajib dipatuhi. Hendak marah anak pun tidak guna, kerana mereka akan tetap dengan pendirian mereka. Sudah begitu naluri anak-anak apabila terpandang barang mainan walaupun mainan itu pernah dibeli. Peniaga yang bijak akan meletakkan mainan yang dijual terbentang atas meja atau menggantungkannya agar mudah dilihat. Cara ini kelihatan kotor, tetapi beginilah lumrah orang berniaga. Jika tidak, rugi pula yang dapat. Anak-anak kecil yang datang dengan ibu bapa menjadi penyumbang kepada sumber pendapatan peniaga pasar malam.

Inilah antara cara-cara yang dilakukan peniaga pasar malam untuk melariskan produk mereka. Setiap cara yang dilakukan berbeza bergantung kepada jenis produk yang cuba dipasarkan. Boleh juga kita katakan bahawa mengunjungi pasar malam adalah budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini kerana, semua kaum akan keluar mengunjungi pasar malam bagi mendapatkan keperluan yang dikehendaki mereka. Setiap kelengkapan dan keperluan bayi hingga orang dewasa boleh dicari di pasar malam. Kerana itulah terdapatnya perbezaan dalam pelaburan modal yang dilaburkan setiap peniaga. Cara pemasaran yang diamalkan peniaga ini adalah cara yang biasa diamalkan peniaga dan usahawan yang telah berjaya. Cuma, terdapat sedikit pengubahsuaian dengan keadaan. Pendek kata, cara-cara ini mampu membantu peniaga meningkatkan tahap ekonomi dan melariskan produk mereka. Terakhir sekali, kita bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Pasti usaha kita akan dibalas dengan habuan yang setimpal.

Bamboo Network – Bagaimana Orang Cina Menguasai Ekonomi Dunia

Jika perkembangan ekonomi selepas Perang Dingin dikaji sedalam-dalamnya, terutamanya di benua Asia, Jaringan Bamboo yang terdiri daripada keluarga perniagaan orang Cina di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Zon Pantai China memonopoli perkembangan pesat tersebut di Asia Tenggara. Persoalannya disini, bagaimana mereka mampu menguasai ekonomi di kawasan Asia Tenggara yang pernah digelar sebagai Negara Dunia Ketiga dek kemundurannya satu ketika dahulu?

Pengajaran berharga yang harus dipelajari perniagaan Barat daripada penguasaan ekonomi Asia Tenggara oleh keluarga-keluarga ini ialah pengasas rangkaian ini biasanya melarikan diri dari China apabila Pengerusi Mao Zedong mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China pada 1 Oktober, 1949. Mereka bekerja keras di rumah baru mereka, menyelamatkan sebahagian besar apa yang telah mereka usahakan dan kemudian melanurkannya ke dalam perniagaan mereka sendiri.

Menurut Yun Fatt, seorang pelajar Cina di Universiti New York, sejurus selepas datuknya datang ke Amerika Syarikat, dia bekerja di kedai dobi. Selepas beberapa tahun, apabila wang yang dikumpulnya telah cukup, dia pergi ke Hong Kong dan melabur 50,000 US Dollar ke dalam perniagaan beras. Perniagaan datuk Yun Fatt kini merupakan sebuah konglomerat besar di seluruh Asia dan Australia.

Hari ini, banyak syarikat-syarikat keluarga yang kecil seperti yang dimulakan oleh datuk Yun Fatt telah berkembang menjadi konglomerat besar dengan berpuluh-puluh syarikat-syarikat berkaitan yang tersebar di seluruh Asia Tenggara dan sekitarnya. Bukan sahaja perusahaan faktor-faktor ekonomi utama di rantau ini, mereka mempunyai kebolehan yang unik untuk mengelak daripada peraturan-peraturan dan sekatan kerajaan kerana kemampuan mereka untuk memindahkan wang, sumber manusia dan sumber-sumber daripada satu negara ke negara yang lain.

Keuntungan gabungan 55 juta orang Cina di luar negara adalah hampir mencapai 600 bilion US Dollar. Bangsa Cina adalah bangsa uatama yang menyumbangkan modal dan keusahawanan di Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Vietnam dan tanah air asal mereka iaitu China.

Pencapaian jaringan ini adalah amat memberangsangkan. Di Indonesia, perniagaan milik Liem Sioe Liong menyumbang 5 peratus daripada ekonomi negara. Di Hong Kong, Li Ka-shing memiliki 12 peratus daripada saham-saham tersenarai. Di Thailand, bangsa Cina menguasai empat bank swasta yang paling terbesar.

Perniagaan kaum keluarga Cina yang berjaya biasanya mengawal berpuluh-puluh, kadang-kadang beratus-ratus perniagaan sederhana dalam beberapa negara. Hubungan yang meluas ini, di mana usahawan, eksekutif perniagaan, peniaga-peniaga Cina adalah penyumbang utama dalam ekonomi tempatan.

Pengasas perniagaan keluarga Cina ini mempunyai kisah yang menarik untuk diperdengarkan. Mereka biasanya bermula dengan kekayaan yang sedikit, membina perusahaan keluarga mereka dari awal dan bekerja, menyimpan dan melabur semula pada kadar luar biasa. Etika Confucian masih lagi dipelihara dalam rangkaian buluh. Keluarga adalah unit asas pengurusan. Ini memberikan kesetiaan, fleksibiliti, keputusan yang cepat dan overhed yang rendah. Ia juga melahirkan elemen perniagaan yang penting: amanah.

Satu contoh yang baik ialah Henry Sy, usahawan Cina yang paling berjaya di Filipina. Apabila jutawan sederhana ini mengajak anak-anak dan cucunya untuk makan tengah hari pada hujung minggu, perhimpunan itu selain daripada berfungsi sebagai peristiwa sosial, ia juga dijadikan sebagai perbincangan perancangan dan kewangan.

Simon Murray, yang bekerja sebagai pengarah urusan syarikat bernilai bilion US Dollar Li Ka-shing, menyimpulkan senario hidup bekerja beliau sebagai “Saya hanyalah yang lelaki memandu trak, Li yang berada di belakang, memberitahu saya ke mana hendak dituju”

Antara ciri-ciri rangkaian buluh ini ialah:

Penguasaan secara warisan.

Biasanya, satu generasi kepimpinan keluarga di wariskan kepada generasi seterusnya. Contoh, walaupun Kumpulan Salim Indonesia masih dipimpin oleh pengasasnya, Liem Sioe Liong, anak bongsunya, Anthony, yang berkuasa sepenuhnya terhadap penjagaan operasi.

Kes kedua: Pada tahun 1993, Robert Kuok secara rasminya bersara daripada Kumpulan Kuok, yang merupakan seuah perusahaan keluarga. Dengan cara tradisional Cina, beliau membahagikan Hong Kong dan Singapura serta operasi di Malaysia kepada dua orang anak lelaki, dengan anak yang lebih tua mengambil alih lokasi Hong Kong. Mengikut tradisi perniagaan Cina, walaupun telah bersara, Encik Kuok masih bertanggungjawab terhadap keputusan penting Kumpulan Kuok.

Ketua sebuah syarikat Cina ekspatriat biasanya adalah “tuan rumah.” Beliau yang berkuasa terhadap perniagaan, mengamanahkan aktiviti-aktiviti utama dan kedudukan kepada ahli keluarga: anak lelaki, anak-anak-dalam-undang-undang, anak saudara, saudara-saudara, bapa saudara dan kadang-kadang anak-anak perempuan. Lazimnya, ketua perniagaan Cina generasi pertama akan menyeru anak-anak sulung mereka untuk pulang ke rumah untuk proses pengambil alihan perniagaan.

Struktur yang tidak formal dan fleksibel.

Struktur perniagaan rangkaian buluh bersifat tidak formal dan agak fleksibel. Ia lebih kepada perbualan di kalangan rakan-rakan dan saudara mara yang dipercayai. Persaudaraan, sama ada di dalam puak atau kampung menyediakan asas bagi amanah bersama untuk perniagaan dalam rangkaian, walaupun dijalankan pada jarak jauh.

Teras biasa yang diamalkan rangkaian ini ialah kerja keras, sifat berhati-hati, kesetiaan kepada ketua dan amanah di kalangan keluarga dan rakan-rakan. Sebagai contoh, apabila Taiwan mempunyai kawalan mata wang yang ketat, seseorang di dalam rangkaian buluh boleh mendepositkan sejumlah wang yang besar ke dalam sebuah kedai emas di Taipei dan keesokan harinya seorang saudara boleh mengeluarkan wang tersebut daripada peniaga emas yang mempunyai cawangan di Hong Kong. Hebat?

Perkembangan konglomerat keluarga juga berfungsi sebagai inkubator untuk pengurusan masa depan perusahaan yang berkaitan. Ketua Lippo Group di Hong Kong, sebagai contoh, memperoleh modal daripada Kumpulan Salim Indonesia. Ketua Kumpulan Salim pula mendapat pembiayaan awal daripada keluarga Sophonpanich yang mengawal Bank of Bangkok. Setiap satu daripada mereka ini sentiasa berusaha untuk bergabung tenaga dalam membuat pelaburan baru di China, Asia Tenggara dan di tempat lain.

Kebanyakan modal pelaburan yang mengalir ke China tidak datang dari Eropah, Jepun atau Amerika Syarikat, tetapi dari luar negara China. Pergerakan China dari Komunisme kepada kapitalisme sedang dibiayai dan diuruskan oleh orang-orang yang melarikan diri atau telah disingkirkan pada tahun 1949, dan oleh keturunan mereka.

Saluran untuk Pelaburan Barat.

Sejak Deng Xiaoping melancarkan dasar ekonomi terbuka pada tahun 1978, bangsa Cina di luar negara China telah mencakupi kira-kira 80 peratus daripada semua pelaburan asing di China.

Malah, kebanyakan syarikat-syarikat Barat yang berjaya dipindahkan ke tanah besar China, termasuk Motorola, Coca-Cola, KFC, Lockheed, Chrysler dan Procter & Gamble, memulakan usaha sama dengan ahli-ahli rangkaian buluh. Syarikat-syarikat Barat mempunyai perkara-perkara yang agak lemah dalam perniagaan ahli-ahli rangkaian buluh seperti kepakaran teknikal, kemahiran pemasaran pengguna dan keupayaan untuk menguruskan operasi besar.

Sebaliknya, perusahaan rangkaian buluh yang tipikal agak berprofilrendah demi mengurangkan kemungkinan untuk menjadi sasaran kritikan awam atau tindakan kerajaan. Perusahaan bertindak sebagai orang tengah, membuat komponen untuk orang lain.

Atas sebab ini dan sebab-sebab yang lain, sinergi antara Timur dan Barat agak sukar untuk diuruskan. Peralihan gaya perusahaan Cina yang tidak formal kepada gaya perusahaan Barat yang bersifat birokrasi selalunya gagal.

Namun, perkongsian ini boleh jadi saling menguntungkan jika keduanya menghargai perbezaan mereka dalam pengendalian perniagaan. Tidak dapat dinafikan lagi yang perniagaan bangsa Cina boleh menambah perisa kepada sektor-sektor pertumbuhan utama di Asia.

Disini disenaraikan beberapa perusahaan rangkaian buluh untuk memperjelaskan lagi fenomena yang unik ini.

Kumpulan Salim di Indonesia

Sejarah terukir pada tahun 1938 apabila En. Liem meninggalkan China untuk pergi ke Jawa. Beliau memulakan sebuah syarikat perdagangan yang kecil. Semasa perang kemerdekaan Indonesia, Encik Liem dibekalkan pemberontak dengan pakaian, makanan dan senjata. Apabila perang telah berakhir, kawannya Suharto, yang menjadi presiden, tidak lupa akan jasa rakannya itu dan membenarkan Liem memulakan syarikat dalam bidang produk.

Salim kemudiannya menguruskan dua pelabuhan di China dalam usahasama dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan Singapura. Perniagaan ini dijalankan dengan Kumpulan Hagemeyer di Belanda yang oleh sebuah perbadanan di Hong Kong yang juga merupakan sebahagian daripada Kumpulan Salim, beribu pejabat di Indonesia.

Syarikat First Pacifik adalah anak syarikat utama Kumpulan Salim Hong Kong (Salim adalah nama Indonesia Mr Liem, tetapi dia biasanya dipanggil dengan nama Cina, Liem Sioe Liong). Hanya syarikat Komunikasi Pacific Link berpangkalan di Hong Kong, manakala yang lain berpangkalan di Asia Timur, terutamanya Thailand, Filipina dan Indonesia. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hagemeyer menjalankan perniagaan di Asia, tetapi pada dasarnya adalah sebuah syarikat Belanda.

Kini, Salim Group telah beroperasi di 25 buah negara di Asia, Amerika Utara dan Eropah. Kumpulan ini mengekalkan kepentingan perniagaan dalam pengagihan, pengurusan hartanah, perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

Yang terkini, Kumpulan Salim bekerjasama dengan keluarga Kuok Malaysia untuk membangunkan sebuah hotel di Indonesia dan sebuah kilang simen di Wuhan, China. Ada kalanya, kedua-dua kumpulan bekerjasama dengan Kumpulan CP Thailand.

Kuok Group Of Malaysia

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tiada produk pengguna yang dikenali secara meluas menggunakan jenama Cina. Ahli-ahli rangkaian buluh yang menghasilkannya untuk satu sama lain. Operasi mereka termasuk pemborongan, pembiayaan dan pengangkutan. Contoh pengkhususan ini pada skala antarabangsa ialah Kumpulan Kuok Malaysia.

Perniagaan Kuok merangkumi perkapalan, perdagangan komoditi, perlombongan bijih dan ladang-ladang gula di seluruh Asia Tenggara. Tiada perusahaan yang melibatkan produk yang dipasarkan melalui nama Kuok. Perusahaan Kumpulan yang paling berorientasikan pengguna sekalipun hanya menggunakan nama seperti Shangri-La untuk hotel-hotel mewah.

Ada beberapa perkara yang perniagaan ‘Mat Saleh’ boleh belajar daripada jaringan bamboo ini, antaranya ialah:

Pertama sekali, perniagaan keluarga adalah sebuah realiti. Sementara syarikat-syarikat besar di Amerika sedang mengecilkan saiz dengan membuang pekerja, syarikay berasaskan keluarga memberi kelebihan yang besar.

Kedua, pastikan kos pengendalian perniagaan (overhed) rendah dan buat keputusan dengan cepat. Perniagaan orang Cina kebanyakannya tidak mempunyai ramai pekerja asalkan pekerja yang diambil adalah berkualiti dan mempunyai kuasa untuk bertindak.

Ketiga, kepercayaan adalah kunci. Ia boleh mendekatkan jarak hubungan yang jauh serta menghadapi pelbagai jenis dugaan dalam perniagaan. Jika kejujuran dan kecekapan pekerja dapat dipercayai, pemilik perniagaan dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga.

Amanah Ikhtiar Malaysia

Pernahkan anda mendengar tentang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)? Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Badan amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersamaoleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan.

Ringkasan Sejarah Penubuhan

Melihat kepada sejarah awal penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia, Prof Muhamad Yunus merupakan salah seorang yang bertanggungjawab sehingga tertubuhnya badan amanah ini. Usaha mulia beliau bermula daripada pengenalan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan di Bangladesh pada 1976 dan telah berkembang ke seluruh dunia. Projek ikhtiar merupakan antara projek asas atau projek awal yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) Universiti Sains Malaysia pada ketika itu untuk mendapatkan info-info berkaitan serta menguji pendekatan Bank Grameen (PBG) dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar yang ketika itu begitu tinggi dengan cara memberi hak kredit mikro kepada golongan miskin. Pemberian kredit mikro ini bertujuan untuk membantu usaha-usaha golongan-golongan miskin dalam meningkatkan pendapatan harian mereka sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Prof Muhamad Yunus yang bertugas sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong pada ketika itu, mengkaji dan mendapat kesimpulan bahawa golongan-golongan miskin amat kurang melibatkan diri dengan dunia perbankan. Ini disebabkan, mereka kekurangan modal dan amat sukar untuk meningkatkan taraf hidup mereka sekiranya hanya bergantung kepada pendapatan harian yang mereka perolehi. Maka, beliau mengetengahkan idea untuk memberi sumbangan berbentuk modal kepada golongan miskin agar dengan modal tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk menambahkan pendapatan. Kronologi penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia mengambil masa bertahun-tahun lamanya dengan melalui Projek bank Grameen sehinggalah Amanah Ikhtiar Malaysia dapat berdiri sebagai satu badan amanah seperti yang ada pada hari ini dengan menjalankan usaha-usaha menarik keluar masyarakat luar bandar daripada masalah kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka.

Usaha murni seperti ini sewajarnya dipuji dan dihargai oleh kita semua. Peranan AIM bukan sahaja untuk membantu golongan-golongan miskin, malah secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negara kearah yang lebih baik. AIM meletakkan tiga objektif utama penubuhannya. Pertama, mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan termiskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan. Yang kedua, AIM mensasarkan untuk menyediakan kemudahankewanganberterusan kepada usahan-usahawan ikhtiar dan yang ketiga menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan juga untuk usahawan-usahawan ikhtiar. Bagi memastikan objektif-objektif yang telah disasarkan itu dapat dilaksanakan, AIM menyediakan beberapa cara melalui dengan penyediaan produk-produk seperti pembiayaan modal, simpanan wajib serta Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat. Melihat kepada objektif-objektif penubuhan AIM, dapat dirumuskan bahawa konsep yang dibawa oleh Amanah Ikhtiar Malaysia adalah tidak jauh beza dengan konsep zakat yang diperkenalkan oleh Islam. Zakat bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Selain itu, pemberian zakat juga tidak hanya dalam bentuk kewangan semata-mata malah turut menyumbang barang-barang yang berbentuk fizikal seperti makanan iaitu beras dan sebagainya. Oleh itu, boleh dikatakan pendekatan atau konsep yang dibawa oleh AIM ini mirip kepada konsep zakat itu sendiri. Pastinya, usaha murni sebegini perlu untuk dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Produk-Produk Amanah Ikhtiar Malaysia

Setelah melalui perkembangan semasa, AIM kini menawarkan lima jenis produk dalam perkhidmatan mereka. Produk-produk tersebut adalah seperti Ikhtiar Rezeki, Ikhtiar Penyayang, Ihktiar Bestari, Ikhtiar Sejahtera dan Program Keewangan Mikro Bandar. Produk Iktiar Rezeki pula dipecahkan kepada empat jenis iaitu Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, Ikhtiar Wibawa, dan Ikhtiar Wawasan.

Ikhtiar Rezeki
1.1 Ikhtiar Mesra

Skim bantuan Ikhtiar Mesra merupakan asas kepada pembiayaan AIM. Had maksimum yang diletakkan bagi pembiayaan adalah sebanyak RM19.900 mengikut syarat-syarat yang tertentu dan tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah antara 25 minggu ke 150 minggu. Pembayaran balik perlu dilakukan secara mingguan dan caj sebanyak 10% dikenakan bagi tempoh pembayaran yang mengambil masa setahun manakala caj sebanyak 5% untuk pembayaran balik dalam jangka masa enam bulan.

1.2 Ikhtiar Srikandi

Berbeza dengan skim Ikhtiar Srikandi yang diperkenalkan untuk membantu ahli-ahli bagi mana-mana projek yang berpotensi tinggi dan berdaya maju. Apa yang penting, skim ini dapat memberi kemudahan kepada ahli-ahli atau Sahabat AIM untuk mendapatkan modal tambahan tanpa perlu berurusan dengan institusi kewanganyang lain. Antara kelebihan yang ditawarkan melalui Ikhtiar Srikandi adalah Sahabat AIM boleh membuat pinjaman lebih daripada sekali dalam satu tempoh walaupun pada ketika itu Sahabat AIM masih meminjam dengan AIM. Kelebihan yang sangat memudahkan para pelanggan dan lebih bersifat untuk membantu. Namun, had maksimum pinjaman, tempoh pembayaran balik serta caj yang dikenakan adalah sama dengan skim Ikhtiar Mesra.

1.3 Ikhtiar Wibawa

Bagi skim Ikhtiar Wibawa pula, atau juga dikenali sebagai Skim Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) yang hanya ditawarkan kepada Sahabat AIM yang sedang mengambil skim Ikhtiar Mesra atau Ikhtiar Srikandi. Ikhtiar Wibawa adalah bertujuan untuk membantu Sahabat AIM yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan produk secara bermusim atau mana-mana peluang perniagaan yang datang dalam tempoh masa yang singkat. Had maksimum yang diletakkan untuk pembiayaan adalah sehingga RM5000 manakala tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama 6 bulan. Namun, Skim Ikhtiar Wibawa memberi peluang kepada pihak peminjam untuk membayar balik pinjaman sama ada secara mingguan, bulanan, ataupun sekaligus. Caj pengurusan yang dikenakan pula sama seperti Ikhtiar Mesra dan Ikhtiar Srikandi.

1.4 Ikhtiar Wawasan

Skim Ikhtiar Wawasan atau Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil diperkenalkan bagi tujuan menggalakkan Sahabat AIM menceburkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana. Kadar pinjaman yang dibenarkan adalah bermula dari RM20,000 sehingga RM50,000 iaitu had maksimum pembiayaan. Tempoh bagi pembayaran semula untuk pinjaman adalah di antara 25 minggu ke 250 minggu dan bayaran perlu dilakukan secara mingguan. Caj pengurusan yang dikenakan adalah 10% untuk tempoh setahun dan 5% bagi tempoh bayaran balik selama 6 bulan.

2.0 Ikhtiar Penyayang

Seperti yang dinyatakan tadi, antara skim yang turut diperkenalkan adalah Ikhtiar Penyayang. Ikhtiar Penyayang diperkenalkan untuk membantu Sahabat AIM yang mengalami kegagalan dalam projek atau perniagaan disebabkan faktor-faktor bencana alam seperti banjir, dan tanah runtuh selain juga disebabkan oleh faktor persekitaran ekonomi atau sosial. Skim ini ditawarkan bagi membantu mereka memulihkan semula projek yang gagal tersebut atau mungkin boleh memulakan projek baru yang lain. Keistimewaan Ikhtiar Penyayang ini adalah dengan adanya konsep penangguhanbayaran balik bagi skim-skim terdahulu yang telah dipinjam oleh Sahabat AIM dan Skim Pembiayaan Ikhtiar Penyayang ini boleh diproses seperti biasa. Akan tetapi sekiranya pihak peminjam berkeupayaan untuk membayar balik pinjaman kedua-dua skim secara serentak, maka penangguhan bayaran balik akan ditarik semula dan sekiranya peminjam masih tidak berkemampuan untuk melakukan sedemikian, maka bayaran balik untuk Ikhtiar Penyayang ini diutamakan. Kadar tertinggi pembiayaan yang dibenarkan adalah berjumlah RM5000 dan tempoh bayaran semula yang ditetapkan adalah dalam lingkungan 25 minggu ke 150 minggu. Caj pengurusan yang dikenakan adalah sama seperti skim-skim Ikhtiar yang lain.

3.0 Ikhtiar Bestari

Skim Ikhtiar Bestari pula dilihat lebih unik kerana bertujuan untuk membantu Sahabat AIM dalam membiayai kos pendidikan serta kemahiran yang ingin dipelajari. Layak untuk dipohon oleh kesemua Sahabat AIM yang telah mengambil Skim Ikhtiar Mesra dan menjelaskan pembayaran balik dalam tempoh 25 minggu. Kadar yang boleh dipohon adalah mencecah sehingga RM5000. Pembayaran balik adalah secara mingguan dan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan atau separuh daripada tempoh pembayaran balik Ikhtiar Mesra kali pertama. Skim ini dilihat sesuai untuk menampung kos pembelajaran terutama yang melibatkan pendidikan formal di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara. Namun, kos pendidikan bagi pembelajaran meningkatkan kemahiran juga boleh ditampung melalui skim Ikhtiar Bestari.

4.0 Ikhtiar Sejahtera

Selain itu, terdapat juga skim Ikhtiar Sejahtera yang bertanggungjawab untuk membiayai keperluan-keperluan semasa seperti pembelian rumah, tanah, mesin atau jentera pertanian, ibadah haji, kenduri kahwin, penebusan barang kemas dan bermacam-macam lagi dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana hukum yang terdapat dalam Islam. Kadar pembiayaan terendah yang boleh dipohon adalah sekitar RM2000 manakala maksimumnya adalah sebanyak RM10,000. Pembayaran semula perlu dilakukan secara mingguan dalam jangka masa 25 minggu ke 150 minggu atau 3 tahun lebih. Skim Ikhtiar Sejahtera turut mengenakan syarat kepada Sahabat AIM iaitu perlu mempunyai rekod bersih dalam mana-mana skim Ikhtiar yang ditawarkan oleh AIM sekurang-kurangnya telah menggunakan skim Ikhtiar Mesra dan membuat pembayaran semula dalam tempoh 25 minggu.

5.0 Program Kewangan Mikro Bandar

Satu lagi produk penting yang ditawarkan oleh AIM adalah Program Kewangan Mikro Bandar. Skim ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana tidak memerlukan kepada cagaran dan penjamin serta turut mendapat sokongan yang padu daripada pihak kerajaan. Antara objektif diperkenalkan Program Kewangan Mikro Bandar adalah untuk menjana potensi untuk bekerja sendiri bagi golongan yang berpendapatan rendah. Selain itu, tujuannya adalah untuk menyebarkan lagi pendekatankewangan mikro AIM terhadap golongan miskin serta berpendapatan rendah di kawasan bandar. Pemohon yang layak adalah bagi mereka yang memiliki aset dengan nilai yang tidak melebihi RM50,000 serta berpendapatan bawah RM2000 sebulan. Terdapat juga syarat-syarat lain yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh para pemohon. Istimewanya, Program Kewangan Mikro Bandar ditawarkan secara berperingkat-peringkat.

Kesimpulannya, Amanah Ikhtiar Malaysia yang sudah menjangkau usia dua dekad ini dilihat telahberjaya dalam menghasilkan ramai usahawan-usahawan kecil sekaligus membawa masyarakat bandar dan luar bandar keluar daripadakelompok kemiskinan. Secara tidak langsung juga, pendapatan negara menjadi bertambah meningkat. Kejayaan AIM boleh dilihat melalui bilangan Sahabat AIM yang kian bertambah dari hari ke hari. Kini jumlah Sahabat AIM adalah sebanyak 272,923 orang dan mempunyai 106 cawangan di seluruh Malaysia. Modal yang telah dikeluarkan sehingga kini juga telah mencecah sehingga RM5,353,371,013 dan masih mempunyai baki sebanyak RM959,481,088 dan statistikpembayaran balik juga adalah tinggi dengan purata sebanyak 99.49%. Terbukti betapa Amanah Ikhtiar Malaysia kini mempunyai peranan yang begitu besar dalam membasmi kemiskinan negara. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi agar AIM terus menjadi pemangkin dalam misi membasmi kemiskinan penduduk-penduduk di Malaysia.

Teknik Menyimpan Wang

Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya. Mereka fikir bahawa kadar penyaraan hidup adalah terlalu tinggi, banyak bil yang perlu dijelaskan, terlalu banyak barangan yang perlu dibeli. Memang ada kebenarannya. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun anda atau sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh menabung. Kemudian barulah anda boleh memutuskan sebanyak mana anda boleh ketepikan daripada pendapatan anda.

Ramai yang mempercayai bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyimpan dengan banyak, maka mereka tidak perlu menyimpan. Mereka terlepas pandang fakta bahawa sekecil mana sekalipun jumlah yang disimpan dengan tetap, akan bertambah dalam jangka masa yang panjang. Seandainya anda menyimpan hanya lima peratus daripada pendapatan anda, maka jumlah yang tersimpan adalah sama dengan jumlah gaji penuh setahun dalam masa kurang daripada 20 tahun (malah beberapa tahun lebih kurang jika diambil kira jumlah faedah yang terkumpul dalam akaun simpanan anda). Ia kelihatan seperti suatu masa yang panjang, tetapi harus diingat bahawa kita memperkatakan tentang pendapatan penuh setahun! Oleh itu berapakah pula masa yang dikurangkan sekiranya anda menabung RM1,000 atau RM500?

Sebagai perbandingan, apakah yang anda boleh tunjukkan bagi wang yang anda tidak simpan itu? Cuba renungkan pada beberapa tahun kebelakangan dan tanya diri anda sendiri, apakah kerugian yang anda alami sewaktu menyimpan lima atau sepuluh peratus daripada pendapatan anda itu. Adakah ia terlalu ketara atau adakah ia menguntungkan? Adakah ia mendatangkan kepuasan sepertimana yang anda rasai sewaktu mengetahui jumlah wang yang terkumpul sehingga kini? Sudah tentu tidak.

Untuk menghilangkan tabiat berbelanja boros memerlukan kekuatan diri. Tetapi apabila jumlah simpanan anda bertambah, sedikit demi sedikit, ia akan menjadi lebih mudah. Malah, ia akhirnya menjadi suatu kenikmatan. Dan, sementara jumlah simpanan anda kian bertambah, anda juga akan menerima kadar kaedah yang membantu menambahkan jumlah simpanan anda dengan lebih cepat.

Bukankah benar bahawa segala apa yang anda benar-benar mahukan boleh diperolehi daripada simpanan anda? Luangkan masa seketika dan senaraikan dalam fikiran anda barangan atau perkara-perkara yang bernilai dan sesuai untuk disimpan. Adakah masuk akal sekiranya anda impikan untuk mendapat ganjaran dari mana-mana, atau mewarisi harta, ataupun daripada sumber-sumber kekayaan sekelip mata? Sudah tentu tidak. Anda tahu apa yang anda harus lakukan – mulakan menabung.

FORMULA UNTUK MENYIMPAN WANG

Formulanya adalah daripada lima patah perkataan – “BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU”. Sebelum anda membayar sewa kepada tuanpunya rumah atau peruncit atau sesiapa sahaja, pastikan anda BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.

Teorinya cukup mudah. Jika anda cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas membayar semua bil dan keperluan lain, anda tidak akan dapat menyimpan untuk diri anda. Jika sebaliknya, anda membayar diri anda terlebih dahulu, anda akan menjadi sedikit kaya setiap bulan, dan anda masih boleh menjelaskan pembayaran bagi segala keperluan yang mustahak daripada baki pendapatan anda (walaupun anda perlu lebih teliti mentadbirkan kewangan anda).

Jika anda tidak percaya ianya boleh dilakukan, pertimbangkanlah perkara berikut. Andaikan bahawa pihak kerajaan menaikkan cukai pendapatan bagi semua orang sehingga sepuluh peratus. Tiada siapa pun menyukainya, tetapi semua orang akan mendapati pendapatan mereka dikurangkan mengikut kadar potongan cukai yang baru itu. Selepas beberapa waktu penyesuaian, anda boleh menyelaraskan perbelanjaan anda mengikut jumlah pendapatan anda yang sedikit berkurangan itu. Anda terpaksa melakukannya kerana kemampuan anda sudah berkurangan.

Begitu juga dengan membayar diri anda terlebih dahulu. Formulanya sama. Jika anda mengetepikan sejumlah wang untuk akaun simpanan sebelum sesen pun dibelanjakan, bermakna anda membuat ‘pemotongan pendapatan’ anda sendiri. Akhirnya anda akan menyesuaikan penyaraan diri anda mengikut jumlah yang boleh dibelanjakan. Cubalah dengan sepuluh peratus daripada pendapatan anda – atau dengan hanya lima peratus. Anda akan terperanjat apabila mengethui bahawa menyimpan wang tidak akan menurunkan taraf hidup anda. Malah secara keseluruhan, ia akan mempertingkatkan kehidupan. Anda tidak akan jatuh miskin dengan menyimpan wang.

CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN

Di sini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menabung. Cara-cara ini telah berkesan untuk semua orang. Jangan cuba kesemuanya.

1. Daripada pertukaran wang anda seharian, simpanlah syiling-syiling pada kadar tertentu, seperti syiling sepuluh sen, syiling dua puluh sen, atau syiling lima puluh sen. Letakkan syiling-syiling tersebut ke dalam tabung. Anda tidak rasa kehilangannya, malah anda akan terperanjat apabila melihat begitu cepatnya ia bertambah.

2. Daripada hanya menyimpan syiling-syiling mengikut kadar tertentu, lebih baik anda menyimpan semua syiling pertukaran wang anda setiap hari.

3. Selepas anda membayar ansuran terakhir kereta anda ataupun pinjaman-pinjaman yang lain, tambahkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan yang mendatang. Anda sudah pun mempunyai tabiat mengetepikan jumlah tersebut setiap bulan, oleh itu teruskanlah dengan membuat pembayaran pada diri anda sendiri.

4. Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan, masukkanlah ia ke dalam akaun simpanan.

5. Jika anda menerima bonus, gunakanlah ia untuk membuka akaun simpanan atau untuk membesarkan jumlah akaun yang sedia ada.

6. Simpanlah wang pendapatan kerja lebih masa anda daripada membelanjakannya.

7. Jika anda dinaikkan gaji, simpanlah ia. Sebelum ini pun anda sudah biasa tanpa wang tambahan tersebut.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.

9. Pastikan wang anda bekerja untuk anda. Carumkanlah wang-wang yang berlebihan secepat mungkin ke akaun simpanan.

10. Amalkan program jangka-pendek ‘hidup sederhana’ dimana ketika itu anda menyimpan sebanyak mungkin. Jangan membeli sekiranya tidak perlu. Elak daripada pergi menonton, makan luar, atau perbelanjaan untuk segala bentuk hiburan.

ANDA TIDAK AKAN RUGI WALAU APA CARA SEKALI PUN

Menabung bukan sahaja membuat anda lebih kaya, malah anda juga akan mendapat ketenangan jiwa kerana kewangan anda kukuh. Anda akan lebih menghormati diri sendiri. Anda akan dapati bahawa corak kehidupan anda akan menjadi lebih teratur. Dan pastinya anda sedang menuju ke arah kejayaan kewangan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?

Kejayaan kewangan adalah mudah. Ia adalah keupayaan untuk mengumpul wang dan menerima pulangan daripada apa yang anda simpan. Apa yang anda belanjakan atau berapa banyak pendapatan anda bukannya penentu bagi kejayaan kewangan anda. Yang menentukannya ialah berapa banyak anda menyimpan!

BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI KEJAYAAN KEWANGAN?

Pertamanya, ambillah suatu inventori untuk mengenalpasti kedudukan kewangan anda. Berapakah pendapatan anda? Ke mana perginya wang anda? Berapa banyak hutang anda? Berapa banyak simpanan anda? Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenalpasti kedudukan kewangan anda yang sebenar.

Kedua, buat satu matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan bila anda mahu mencapai matlamat tersebut. Misalnya, katakanlah anda mahu memilik RM5,000 disimpan dalam masa lima tahun. Tulis matlamat anda ini. Kini anda telah mempunyai objektif yang tertentu.

Selepas anda mencipta matlamat itu, gunakan sebarang cara dalam penguasaan anda untuk mencapainya. Sambil anda beusaha ke arah matlamat itu, anda akan menerima perasaan keseronokan dan kepuasan di atas kerja yang anda lakukan. Anda akan mentadbir segala hal ehwal anda sendiri. Anda telah memiliki perasaan kebebasan yang tiada sesiapa pun boleh mengambilnya dari anda.

Kebanyakan orang berkata bahawa mereka mendapati sukar untuk menyimpan wang kerana terlalu banyak tempat di mana mereka terpaksa membelanjakannya. Jika mereka mahu, orang-orang seperti ini juga boleh menyimpan. Apa yang lebih penting ialah keinginan membara untuk beroleh kejayaan dengan kewangan anda. Anda perlu memutuskan untuk menyimpan lebih daripada membelanjakan.

UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH BAIK, ANDA JUGA PERLU BERBELANJA DENGAN BAIK

Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat. Jika idea-idea ini tidak boleh anda turuti – jika, selepas membayar diri anda terlebih dahulu, anda masih mempunyai hutang dan terpaksa pula meminjam sebanyak mana yang anda telah simpan – maka anda harus pergi kepada pelan dasar kewangan. Anda akan dapati bahawa anda mempunyai terlalu banyak pembocoran dalam belanjawan anda yang boleh ditampal supaya anda tidak lagi sekerap mungkin memerlukan wang simpanan anda.

IA BOLEH DILAKUKAN!

Orang lain telah melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.

Rahsia Kejayaan Orang Jepun

Siapa tidak pernah dengar akan negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.

Penduduk dunia semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah penciptaan dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan. Tiada siapa yang pernah melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu pada setengah abad lalu telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk ‘hidup’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini.

Apa sebenar rahsia penduduk Negara Matahari Terbit ini?

Antara semua bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah teramat rajin. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena yang dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”!

Penduduk Jepun tidak pernah berputus asa dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam abad ke-20 tersebut. Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk sebuah negara yang kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.

Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat. Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab. Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud “bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut”, biasanya kerana perasaan malu. Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun! Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum. Hebat, bukan?

Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Professor mereka bersaing dengan para mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus. Penduduknya pula suka berbelanja di hypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?

Seterusnya, bangsa Jepun agak ke hadapan daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi inovasi. Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun 1995 mencecah angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat inovasi nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun. Siapa yang tak pernah memiliki Walkman,kan?

Umum kita dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin! Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampai lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara-negara maju seperti Amerika mahupun Eropah.

Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Yang paling sinonim dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri. Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast learner. Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini. Lagi contoh, Jepun tidak seperti Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Jepun sangat miskin dalam aspek ini tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka mengimport minyak, bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.

Kemudian, sifat berdikari memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semua dengan cepat setelah berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi. Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian.

Dan sikap yang satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat khabar. Jika ada demand, mesti ada supply, bukan? Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).

Lagi, pepatah Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka. Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.

Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang permintaan.

Itulah rahsia kejayaan orang Jepun. Luar biasa!

Kreativiti Dalam Perniagaan

Kreatif dan kritis!! Dua elemen penting yang juga merupakan antara tuntutan utama dalam misi anda untuk memajukan perniagaan. Dalam erti kata lain, anda perlu berfikir dan berusaha dengan lebih keras bagi menjadikan perniagaan anda sesuatu yang lain daripada yang lain demi menarik minat lebih ramai pelanggan. Perniagaan yang mempunyai kreativiti tersendiri kebiasaannya akan lebih cepat dikenali oleh para pengguna tambahan pula sekiranya produk atau servis yang disediakan menepati kehendak pengguna. Akan tetapi, faktor kreativiti tersebut mestilah seiring dengan strategi perniagaan anda agar faktor itu benar-benar dapat memberikan impak kepada perniagaan yang diusahakan. Contoh yang mudah, pada hari ini kita boleh melihat betapa ramai para peniaga di pasar-pasar malam yang menjual air tebu. Mungkin di satu kawasan pasar malam yang sama terdapat dua atau tiga gerai yang menjual air tebu. Maka, persaingan menjadi lebih sengit. Oleh itu, penjual-penjual air tebu tersebut sewajarnya berfikir dengan lebih mendalam tentang cara yang boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke gerai masing-masing. Bagaimanakah caranya? Terpulang kepada masing-masing untuk memikirkannya. Banyak aspek-aspek kreativiti yang boleh digunakan dalam perniagaan tanpa mengambil kira jenis perniagaan anda juga sama ada perniagaan anda kecil ataupun besar. Jika kena dengan caranya, kreativiti tersebut mampu menaikkan jenama perusahaan anda!!

Melihat Kelemahan dan Kekurangan Sebagai Satu Peluang Keemasan!!

Setiap perniagaan kebiasaannya mempunyai kelemahan atau kekurangan yang tersendiri. Kekurangan tersebut tidak seharusnya dipandang sebagai satu kelemahan oleh para peniaga. Jadi, bagaimana caranya untuk melihat kelompangan yang ada dalam sesebuah perniagaan sebagai suatu kelebihan? Mudah sahaja bak kata seorang tokoh perniagaan internet yang terkemuka iaitu Irfan Khairi menyatakan bahawa usahawan atau mana-mana para peniaga mestilah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran. Tujuannya adalah untuk memastikan adanya percambahan idea dalam kalangan para peniaga mahupun usahawan-usahawan bagi menguruskan sesebuah perniagaan sekaligus dapat menjadikan perniagaan tersebut lebih menarik. Untuk itu, bagi para peniaga yang benar-benar berfikiran kreatif dan kritis, mereka akan cenderung untuk melihat segala kekurangan atau kelemahan dalam perniagaan sebagai satu peluang keemasan untuk mereka meningkatkan mutu serta kualiti perniagaan.

Contoh yang sangat mudah, pernahkah anda mendengar tentang Kentucky Fried Chicken atau lebih popular sebagai KFC? Agak pelik sekiranya anda mengatakan tidak!! KFC adalah antara restoran makanan segera yang mempunyai elemen-elemen kreativiti dalam kelas tersendiri. Menyedari bahawa hidangan utama mereka adalah ayam goreng, pihak KFC mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelbagai menu dari semasa ke semasa dan setiap menu tersebut mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap pembeli. Ini kerana, pihak KFC sendiri mungkin dapat merasakan bahawa masyarakat akan berasa bosan dengan menu yang sama tanpa sebarang perubahan. Bagi mengelakkan kelemahan tersebut berlaku, strategi berkesan telah diatur dengan baik oleh pihak KFC. KFC Tom Yum, ‘Famous Bowl’, ‘KFC Egg Tart’, ‘Toasted Pocketful’, ‘Krushers’, dan banyak lagi menu-menu baru yang telah diperkenalkan oleh KFC. Konsep perniagaannya tidak pernah berubah iaitu menyediakan makanan segera kepada masyarakat awam. Akan tetapi, faktor kreativiti pihak pengurusan KFC Malaysia sememangnya wajar dijadikan contoh oleh para peniaga dan usahawan yang lain dengan mereka sentiasa berfikiran kehadapan untuk menyediakan pelbagai resepi-resepi terkini bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain itu, sebagai seorang usahawan atau peniaga, keberanian untuk mengambil risiko sangat penting. Tetapi janganlah kita membuta tuli mengambil sesuatu risiko tanpa mengkaji faktor dan kesannya terlebih dahulu. Dalam isu melihat kekurangan sebagai satu peluang keemasan, keberanian memainkan peranan yang sangat besar. Kadang-kadang anda mungkin sudah berjaya menemui kekurangan yang ada dan sudah memikirkan cara untuk mengatasinya, tetapi dengan kemampuan yang ada adakah anda begitu berani untuk melaksanakannya? Pastikan langkah penyelesaian yang ingin anda ambil telah anda kaji dengan sedalam-dalamnya. Hidup dalam dunia perniagaan ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada kesan dan risiko yang menanti. Seandainya anda benar-benar yakin dan berusaha dengan segigih-gigihnya, InsyaALLAH anda akan berjaya.

Pelik Tetapi Menarik

Tidakkah anda teringin untuk mempunyai suatu perusahaan yang pelik tetapi menarik? Biar pelik asal menarik jangan pelik dan memang pelik!! Objektifnya tetap sama, untuk menarik seramai mungkin pelanggan atau pengguna terhadap servis yang anda sediakan. Tidak kiralah perniagaan apa sekalipun, semuanya boleh menjadi lebih menarik sekiranya anda ada cara untuk melakukannya. Untuk mendapatkan sesuatu idea yang pelik tetapi menarik, anda sebagai seorang usahawan perlu mencabar pemikiran anda bagi mengumpulkan idea-idea yang terbaik dan sesuai dengan perniagaan yang anda usahakan. Tidak dinafikan, kadang-kadang apabila kita mencuba sesuatu yang baru boleh jadi kita mendapat kritikan dan boleh jadi juga kita mendapat sokongan. Oleh itu, jika anda benar-benar yakin dengan apa yang anda ingin lakukan, ketepikan segala kritikan dan anggaplah kritikan-kritikan tersebut sebagai satu inspirasi untuk anda terus memajukan perniagaan anda.

Kebiasaannya, pada bulan Ramadhan, begitu ramai para peniaga yang mengambil peluang untuk berniaga di bazar-bazar Ramadhan. Pelbagai aneka juadah dijual dan para peniaga berlumba-lumba sesama sendiri untuk menghabiskan jualan produk makanan dan minuman masing-masing. Persaingan juga menjadi semakin sengit. Disinilah faktor pelik tetapi menarik boleh diguna pakai untuk memikat para pelanggan. Contohnya, gerai yang menjual minuman. Terdapat gerai yang menjual sehingga dua puluh lebih jenis minuman. Air tembikai laici, bandung cincau, epal susu, barli susu, koktail, katira, cendol dan bermacam-macam lagi jenis minuman yang dijual. Sudah tentu, gerai minuman tersebut akan menjadi tumpuan para pembeli kerana keunikannya selain terdapat banyak pilihan minuman. Inilah yang dikatakan pelik tetapi menarik!!

Dalam membincangkan isu pelik tetapi menarik, satu kekuatan yang perlu anda pupuk dalam diri anda adalah tahan kepada segala kritikan. Mungkin idea yang ingin anda laksanakan akan dianggap idea gila oleh sesetengah pihak, tetapi belum cuba belum tahu. Lakukan dan buktikan kepada semua bahawa idea anda itu boleh membuahkan hasil yang mengagumkan. Jangan sesekali jatuh kerana kritikan dan jangan sesekali megah kerana pujian. Dunia perniagaan tidak pernah menjanjikan sebarang kejayaan atau kegagalan berpanjangan, bergantung kepada sejauh mana usaha dan pengorbanan yang anda lakukan. Teruskan usaha anda dan beringatlah bahawa kesemua rezeki itu hanya datang daripada ALLAH SWT.

Sentiasa Berfikir Ke Hadapan

Dalam mana-mana ceramah motivasi atau seminar keusahawanan, sentiasa berfikiran ke hadapan merupakan antara aspek yang sering ditekankan oleh para penceramah. Bukan tidak boleh memandang ke belakang, tetapi jadikanlah segala pengalaman lampau sebagai satu pengajaran dan semangat untuk kita terus maju. Berbagai-bagai risiko yang ada dalam perniagaan. Untung dan rugi juga sudah menjadi mainan bagi para peniaga. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap para usahawan ataupun para peniaga kecil mahupun besar perlulah sentiasa berfikiran kehadapan. Anda perlu untuk memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul, risiko yang bakal dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang dijangka atau tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam perniagaan. Para peniaga atau usahawan yang sentiasa berfikir ke hadapan sememangnya mempunyai banyak idea dan perancangan yang hebat. Inilah antara contoh kreativiti dalam perniagaan. Dengan berbekalkan idea-idea yang hebat, mereka begitu kreatif menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Bolehkah anda melakukannya?

Seperkara lagi, usahawan yang berfikiran ke hadapan tidak akan menghadkan fikiran mereka untuk mencari satu sahaja jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Fikirkanlah lebih daripada satu jalan penyelesaian agar anda mempunyai banyak pilihan idea untuk menamatkan segala permasalahan yang membelenggu perniagaan anda. Apabila anda sudah mempunyai beberapa pilihan penyelesaian, pilihlah jalan yang terbaik yang mampu untuk anda lakukan.

Sekiranya anda seorang peniaga kuih-muih di pasar malam dan anda sering mendapati kuih-muih anda tidak dapat dijual habis maka apa yang anda akan lakukan? Sama ada anda membuang lebihan kuih-muih tersebut atau mengurangkan kuantiti jualan untuk masa akan datang atau anda akan mengurangkan harganya atau sebarang cara yang lain? Hakikatnya terpulanglah kepada anda tetapi pastikan keputusan yang diambil boleh mendatangkan faedah serta keuntungan kepada perniagaan yang diusahakan.

Promosi & Pengiklanan Perniagaan Yang Menarik

Strategi utama untuk melariskan perniagaan adalah melalui promosi dan pengiklanan. Pada hari ini, kita dapat lihat betapa banyak papan-papan iklan, banting, poster, kertas-kertas iklan dan bermacam lagi cara yang digunakan oleh para peniaga untuk menghebahkan perniagaan masing-masing. Tidak dinafikan, promosi dan pengiklanan sememangnya salah satu cara berkesan untuk menarik para pelanggan. Akan tetapi, penghasilan iklan yang lebih kreatif serta menarik sudah tentu mampu memberikan impak yang lebih besar berbanding iklan-iklan biasa yang lain. Cumanya, apabila anda telah menghasilkan suatu iklan yang kreatif dan luar biasa, anda juga perlu memastikan kualiti produk atau perkhidmatan yang anda sediakan setara seperti mana yang telah anda iklankan. Jangan sesekali anda cuba untuk menipu dalam pengiklanan kerana boleh membawa kesan buruk serta menggugat keyakinan para pelanggan terhadap perniagaan anda.

Dalam era IT dan globalisasi ini, bermacam kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan pengiklanan. ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘Email’, laman sesawang pengiklanan seperti ‘mudah.my’, ‘e-bay’ dan banyak lagi laman pengiklanan di internet yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan bisnes yang anda jalankan bukan hanya di dalam negara malah di seantero dunia. Jika anda benar-benar kreatif dalam mengiklankan perniagaan anda, maka tidak mustahil perniagaan anda mampu berkembang maju dalam sekelip mata.

Zaman sekarang juga telah memperlihatkan begitu ramai individu yang gemar menjalankan bisnes hanya melalui internet sahaja. Misalnya, seseorang individu itu mampu untuk menjual pakaian hanya daripada rumah dan segala bentuk pengiklanan dan promosi dilakukan melalui internet. Penghantaran barangan pula dilakukan melalui pos atau kurier. Apa yang menariknya, keuntungan yang diraih mampu mencecah empat angka!! Ini tidak mustahil sekiranya anda bijak mengiklankan perniagaan anda.

Kesimpulannya, kreativiti dalam perniagaan memainkan peranan yang sangat penting terhadap perniagaan itu sendiri. Banyak lagi cara dan kaedah untuk menjadikan sesuatu perniagaan lebih kreatif dan menarik. Setiap aspek dalam perniagaan perlu diberi penekanan bermula daripada aspek promosi sehingga ke jualan agar perniagaan tersebut benar-benar membuahkan keuntungan. Pakar perniagaan internet, Irfan Khairi dalam tip perniagaannya ada menyatakan bahawa seseorang ahli perniagaan yang ingin menjana idea yang kreatif perlulah sentiasa bergembira dan berseronok kerana idea yang hebat seringkali datang apabila kita berada dalam keadaan gembira dan seronok. Semoga semua para usahawan dan para peniaga yang membaca artikel ini dapat mengambil input-input yang berguna dan mengaplikasikannya dalam perniagaan masing-masing. Ingatlah, rezeki itu datang daripada ALLAH SWT dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Keajaiban Sedekah

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Perkara-perkara untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan dikemudian hari. Bagi memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar umatnya menyumbang dan bersedekah dengan menepati erti sedekah yang sebenar. Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan bersedekah.

Barang yang elok dan baik

Antaranya, barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak perlulah barang itu disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang kita bersedekah dengan barang yang tidak elok kerana sedekah adalah ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam Surah Al- Baqarah ayat 267.

Hasil yang halal

Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.

Memberi sedekah barang yang disayangi

Kemudian, adalah sunat bagi kita untuk memberi sedekah barang yang menjadi kesayangan dan kesukaan kita tidak kira banyak atau sedikit. Allah juga telah membuktikan perkara ini dalam Surah Al-Imran ayat 92 bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak akan mecapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu dermakan maka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Sedekah dengan niat yang ikhlas

Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

Sedekah yang tidak dihebahkan

Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain. Allah juga telah memaklumkan perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”

Sedekah untuk menyucikan diri dan harta

Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Sedekah bertujuan membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.”

Sedekah bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang kita beri sedekah, namun manfaat sedekah itu juga mampu kita rasakannya. Amalan sedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana kita mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan bersedekah ini.

Manfaat sedekah

Antaranya ialah, mengasingkan sebahagian kecil daripada harta kita untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sekiranya beban itu semakin ringan, kita turut merasai kebahagiannya. Manfaat bukan kerana wang dan harta yang dikeluarkan semasa bersedekah, Adakah anda memikirkan bahawa wang yang dikeluarkan itu mendatangkan manfaat? Sudah pasti bukan kerana wang yang dikeluarkan. Kita harus memikirkannya untuk jangka masa yang panjang.

Sedekah mampu memadam dosa

Pada masa hadapan kita bakal diberikan kebaikan oleh Allah dan kita akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga akan mengurangi dosa lama yang telah kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat At-Tirmizi, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” Senyum juga adalah sedekah. Hanya melemparkan senyuman sudah mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu mengeluarkan wang dan juga peluh. Jadi, mari kita bersedekah dan memadam dosa silam!

Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah

Di samping itu, amalan bersedekah juga mampu menghindarkan kita dari kematian yang Suul Khatimah. Suul Khatimah bermaksud kematian dalam keadaan yang tidak beriman. Sebagai contoh, seorang yang sangat leka dengan urusan dunia sehingga tidak bersedia untuk mati. Selain itu, orang itu juga tidak bersedekah kerana terlalu cintakan hartanya lebih dari cintanya kepada Allah SWT. Terdapat banyak hadith yang berkata, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”

Sedekah mampu menghindarkan bala

Menurut beberapa hadith yang lain, memulakan hari kita dengan bersedekah akan menghindarkan kejadian buruk dan tidak diingini. Jika kita tidak mempunyai harta, doa untuk kebahagiaan peminta sedekah juga dikira. Boleh kita katakan bahawa sedekah itu mampu menolak bencana dan bala. Kerana kita telah bersedekah pada hari itu, Allah akan melindungi kita sepanjang hari kita besedekah. Adakah kita mahu diberkati sepanjang hari? Sudah pasti! Sedekah adalah pembuka amalan yang suci sepanjang hari.

Sedekah mampu menyucikan jiwa

Sedekah juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa hari Qiamat.

Sedekah mampu memanjangkan umur

Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian seseorang.