Banyak pemilik rumah hari ini masih berfikir yang lebih besar dan lebih luas adalah lebih baik, tetapi ada satu trend yang semakin meningkat di luar sana iaitu pemilikan rumah yang kecil dan comel. Rumah-rumah ini mempunyai keluasan persegi yang minimum, tetapi dengan ruang yang kecil ini, mereka telah membuat pelan rumah yang sangat cantik. Malah, apabila anda melangkah di dalam rumah ini, anda akan lupa yang rumah ini sebenarnya kecil.
Chris Heininge adalah tukang pembuat rumah yang cemerlang dan pereka yang termashur bagi revolusi rumah kecil. Pada tahun 1999, beliau telah tinggal di Aurora, Oregon, dan melihat bagaimana orang di sana meninggalkan Rumah Agam mereka dan berpindah kepada rumah yang lebih kecil dengan ciri-ciri lebih baik. Sejak itu, dia telah berpuluh-puluh rumah kecil yang bukan sahaja kos membinanya yang murah, malah untuk menjaganya juga mudah.
Cuba lihat di salah satu rumah-rumah mudah-alih miliknya yang berkeluasan hanya 280 kaki persegi:
Jadi sekarang macamana? Nak buat rumah kecik jugak kan?