Penyanyi era 80an
Adam Ahmad
KUALA LUMPUR:
Penyanyi era 80an lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital
Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis 15 May, 2014 akibat penyakit kencing manis,
jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.
Jenazah dilaporkan
akan di di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang.KL
Jenazah akan diuruskan di Masjid Nurul Hidayah,
Kampung Pandan, Kuala Lumpur pagi ini.
Selain menyanyi,
Allahyarham juga merupakan seorang komposer dan pernah memenangi Anugerah Juara
Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah.
Adam Ahmad, 49, juga
dkenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah iaitu Janji
Manismu, manakala Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff yang
pernah menjadi johan pertandingan Juara Lagu 1993 juga ialah ciptaan Adam.
Allahyarham
meninggalkan seorang isteri Norliza Ayat, yang telah dinikahinya pada tahun
2010.
Bersama kita
sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan
orang-orang beriman. Ameen