17 December 2019

Taqlid Tidak Dapat Dihindarkan Dengan Ijma’ Kaum Muslimin.


Taqlid Tidak Dapat Dihindarkan Dengan Ijma’ Kaum Muslimin.

Dalam bab sebelumnya telah kami paparkan alasan-alasan yang dipergunakan oleh penulis buku Halil Muslimu Mulzamun Bittibaai’ mazhabin Mu’ayyani minal Madzaahibil Arbaa’h. , Iaitu syekh Khajandi.sebagai pengasas pegangan atas pendiriannya.

Hal itu telah kami jelaskan secukupnya sehingga tidak akan meninggalkan sedikitpun keraguan bagi orang  yang menyedari bahawa alasan-alasan tersebut sebenarnya bukan merupakan dalil seperti anggapan penulis kitab itu sendiri. Alasan tersebut hanyalah ucapan yang tidak dapat dianggap sebagai dalil menurut norma-norma ilmiah .Kalau penulis kitab menamakan dalil, sedikit pun tidak dapat mengubah hakikat persoalan.
Dalam tulisan kalau kami tidak menyinggung pendapat penulis kitab itu dengan memberikan kritik atau pembetulan, bererti permasalahanya sama  dengan tiga masalah yang sudah disepakati oleh semua ulama dan juga sudah kami sisihkan dari arena pembahasan. Oleh kerana itu, kami tidak perlu mengungkapkan nya sedikitpun agar tidak menyia-nyiakan waktu dan tempat. Akan tetapi , kurang tepat kalau kami menetapkan pendirian yang berbeza dengan penulis kitab tersebut dengan cara mengorek dalil-dalil yang ia kemukakan. Tegasnya kami akan menyampaikan beberapa bukti yang mantap dan baru , yang menunjukkan kekeliruan faham yang sangat merbahayakan dari penulis kitab tersebut, kemudian kami akan menetapkan pendirian sebaliknya.
Adapun dua masalah pokok yang menjadi pendirian penulis kitab (Syekh Khajandi ) yang tidak dapat diketahui, dan kami sendiri tidak mengerti bagaiman keduanya dapat bertemu menjadi satu, dalam benak kami.

Masalah pertama:
Yang menjadi pendirian dan selalu ia diulang-ulang di banyak tempat dalam bukunya ialah masalah  HARAMNYA TAQLID SECARA MUTLAK.
Dalam hal ini, ia beralasan bahawa mujtahi itu tidak ma’sum . Mengikut yang ma’sum lebih utama daripada mengikut yang bukan ma’sum . dengan alasan bahawa ijtihad adalah urusan yang mudah, tidak memerlukan lebih banyak kitab, seperti kitab Al Muwaththa Imam Malik, sahih Al Bukhari dan  Muslim, sunan Abi daud dab Jami’ At Tirmidzi serta An Nasai.
Masalah kedua:
Yang di ulang-ulang ialah ORANG YANG TAQLID TIDAK BOLEH MENETAPI MAZHAB TERTENTU. Kalau berbuat demikian , ia tersesat bagaikan seekor himar yang lepas tak terkendalikan?.   
Dari ungkapan diatas , kami tidak mengetahui bagaiman ia dapat mengompromikan dua masalah tersebut?.
Kalau hakikat taqlid secara prinsip sudah dianggap batil kerana ikut kepada yang bukan ma’sum, apa perlunya membatalkan taqlid secara keseluruhan (secara mutlak) dengan alasan ikut kepada yang bukan ma’sum?.
Sungguh kami tidak mengerti bagaimana bentuk hukumnya bila dua pendapat tersebut dikompromikan, sebagaimana yang ada pada benak fikiran penulis kitab Halil muslimu Mulzamun Bittibaai Mazhabin mua’yyanin Minal madzaahibil Arba’ah?.
Akan tetapi, dihadapan sidang pembaca kitab ini
Al Lla mazhabiyyah  Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam , kami akan menyampaikan hujjah bahawa sesungguhnya taqlid adalah masalah yang tidak dapat dihindarkan dari kaum Muslimin dan dia tetap berjalan  dan dipakai. Bagi orang yang taqlid  (muqallid), bila mau ia boleh menetapi salah satu mazhab tertentu dan tidak pindah ke mazhab lain. Dengan perbuatan nya itu, ia pun tidak  dianggap melakukan perbuatan terlarang atau mengerjakan sesuatu yang haram.
Taqlid; ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujjah yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tak ada bezanya antara taqlid dan ittiba’, kerana keduanya mempunyai erti yang sama.
Dalam Al quran Al Karim , Allah Azza Wajalla menggunakan kata-kata ittiba’ sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firmannya:
Ertinya (Iaitu)  ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya , dan mereka melihat siksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali . dan berkatalah ORANG-ORANG YANG MENGIKUT ( Asal dari kalimat ittiba’) “ Seandainya kami dapat kembali (kedunia) , pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas diri dari kami…”Al baqarah 166-167.
Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksud “ittiba’” dalam ayat ini ialah “taqlid”  yang terlarang.
Adapun istilah yang anda pergunakan untuk membezakan erti taqlid dan ittiba’ dalam masalah ini hanya ada dua alternatif , Iaitu apabila anda mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan untuk melakukan istinbath , bererti anda adalah mujtahid.
Akan tetapi , bila anda tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath , anda adalah orang taqlid kepada mujtahid.
Adapun banyaknya lafaz, dan istilah tidaklah akan mengubah kenyataan ini.
Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila tidak mampu berijtihad?.
Berikut ini kami tunjukkan beberapa dalil dari segi beberapa segi.
Pertama: Firman Allah S.W.T; “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.An Nahl 43.
 Para ulama telah sepakat bahawa ayat diatas merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat ini sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid pada mujtahid.
Semakna dengan ayat diatas ialah firman Allah s.w.t :
Ertinya : “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya kemedan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka , beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”.  
 Dalam ayat ini Allah AZZA Wajalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tepati memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal ditempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila orang-orang yamg dapat memeberikan fatwa tenteng urusan halal-haram serta menjelaskan hukum-hukum Allah S.W.T lainya.
KEDUA : Ijma’.
Adanya Ijma’ yang menunjukkan bahawa para Sahabat Nabi s.a.w. tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua.
Diantara mereka  ada yang jadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.
Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalil nya kepada yang meminta fatwa.
Rasulullah s.a.w. telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum kedaerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam, selain hanya mengetahui akidah dan rukun-rukunnya saja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan rasulullah s.a.w dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut –pautnya dengan halal dan haram.
Apabila para utusan Rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukandalil nya dari Al Kitab dan as Sunnah, ia melakukan ijtihad dan memberi fatwa menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya.selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.
Imam al Ghazali rahimahumullah dalam kitabnya Al Mustaasyfa pada bab taqlid dan istifta ( meminta fatwa),:
 “ Dalil  orang awam harus taqlid ialah ijma’ sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkan nya mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapat diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama’ maupun para awam”.
Imam Al Aamidi berkata dalam kitabnya Al Ahkaam fii ushulil Ahkaam:
 “ Ada pun  dalil taqlid dari segi ijma’ ialah orang awam zaman sahabat dan tabi,in sebelum timbul golongan menentang , selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan –pertanyaan tanpa menyebut kan dalil-dalinya dan tidak ada  seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma’ bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara muthlak “.
Dari kalangan sahabat nabi S.a.w., mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum feqah, riwayat dan kemampuan istinbath.yang paling masyhur dikalangan mereka ialah para Khulafaur Rasyidin. Abdullah bun Mas’ud , Abu Musa Al As’aary r.a Mu’az bin Jabal , Ubay bin ka’ab dan Zaid bin Tsabit r.a  Adapun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.
Selanjutnya, pada zaman tabi’in,daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku ) pada dua mazhab pokok, iatu mazhab “ahli hadis” dan mazhab “ahli ra’yi” . kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukil keterangan Ibnu Khaldun rahimullah ta’al.
Tokoh-tokoh mazhab ahli hadis di Hijaz ialah sa’id ibnu Musayyab Al Makhhzumi , urwah ibnu Zubair, Salim bin Abdullah bin Umar, Sulaiman bin Yasar  dan Nafi’ budak Abdullah bin Umar radiAllah u an’hum. Pada umumnya penduduk Hijaz dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra’yu di Iraq ialah al Qamah bin qais An nakhai’, Masruq bin Ajda’ Al Hamdani , I brahim bin Zaid An Nakha’I dan sa’id bin Jubair radiAllah anhum. Sebagaian besar penduduk Iraq TAQLID pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Diantara tokoh kedua mazhab ini terjadi diskusi dan perdebatan dengan  tajam pada suatu saat. Tetapi kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatan nya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu  tidak memperdulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa saja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggung jawab bagi orang-orang yang bodoh (awam)..             
Ketiga:Adanya DALIL AKAL.
Yang nyata . Untuk ini kami mengambil berat dari perkataan Syekh Abdullah Darraz sebagai berikut.
“ Dalil taqlid dari segi akali fikiran ialah bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk ijtihad, bila terjadi suatu masalah hukum, ada dua kemungkinan.
Pertama: Dia tidak terkena kewajipan melakukannya samasekali ( tidak wajib beribadah) maka hal ini menyalahi ijma’ .
Kedua: Dia terkena kewajipan melakukan ibadah. Ini bererti dia harus meneliti dalil yang menetapkan suatu hukum atau ia harus taqlid.
Untuk yang kedua jelas tidak mungkin, sebab dengan melakukan penelitian itu, ia harus  meniliti dalil-dalil semua masalah sehingga harus meninggalkan kegiatan sehari-hari, iaitu meninggalkan semua perkerjaan yang ada, yang akhirnya akan menimbulkan kekacauan. Oleh kerana itu, tidak ada kemungkinan lain, kecuali taqlid.
Itulah kewajipan dia bila menemui masalah yang memerlukan pemecahan hukum.
Oleh kerana itu, setelah para ulama melihat dalil-dalil yang cukup sempurna dari Al Kitab dan as Sunnah, serta dalil akal yang menegaskan bahawa bagi orang awam dan orang alim yang belum sampai pada tingkatan mampu melakukan istinbath dan ijtihad harus taqlid pada mujtahid , para ulama pun menyatakan bahawa kedudukan fatwa mujtahid. Hal ini kerana Al quran Al karim selain mewajibkan orang yang alim agar berpegang pada dalil-dalil dan keterangan didalamnya, juga mewajibkan kepada orang bodoh (awam) berpegang pada fatwa nya orang alim dan hasil ijtihadnya.
Untuk menjelaskan masalah ini lebih lanjut, syekh as Syathibi berkata sebagai berikut;
Ertinya: “Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqallid ) adalah sama saja kerana mereka sedikit pun tak mampu mengambil faedah darinya. Jadi, masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan  Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman : ( Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak menghetahui).
 Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahlinya. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya dalam urusan hukum agama secara muthlak .jadi, kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti Syara’ ” .  Al Muwafaqah, karya Imam As syathibi jilid iv hlmn. 290.
Demikianlah penjelasan Syekh as Syathibi  R.ha. dan kami masih ingin mengingatkan para pembaca mengenai dalil-dalil yang sudah dikemukakan  pada bahagian terdahulu, Iaitu dari Imam ‘Izzuddin Ibnu Salam, Iimam ibnu Qayyim, Imam Kamal Ibnu Humam dan imam Ad Dahlawi r.h a. dalam rangka menolak alasan-alasan syekh Khajandi , penulis buku Halil Muslimu Mulzamun Bittiba’I mazhabin Mu’ayyanin minal madzaahibil arba’ah.
Semua dalil yang sudah kami sajikan menekankan kewajipan taqlid bagi orang yang kedudukan ilmiahnya terbatas dan tidak mampu melakukan istinbath hukum dan berijtihad. Sudah jelaslah dalil-dalil berdasarkan penukilan yag sah dan ijma’ serta dalil akal yang menunjukkan berlakunya taqlid dan bahkan wajib hukumnya bila tidak mampu mencapai derajat istinbath dan ijtihad.
Dengan demikian, tidak ada bezanya, apakah mujtahid yang ditaqlidi adalah seorang sahabat atau salah seorang dari imam-imam mujtahid mazhab empat selama mereka adalah mujtahid dan yang taqlid adalah orang awam , yang tidak mengetahui cara mencari dalil dan melakukan istinbath. OLEH ITU APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAPAT BAHAWA PERTUMBUHAN MAZHAB EMPAT ADALAH BID’AH?, DAN MENGIKUTI SERTA TAQLID KEPADA MEREKA TERMASUK BID’AH JUGA?.
Mengapa pertumbuhan mazhab empat dianggap bid’ah, tetapi mazhab ahli Rayu tidak dianggap bid’ah?.
Mengapa orang yang taqlid kepada Imam Hanafi dan Imam Syafi’e dianggap tukang bid’ah, tetapi taqlid kepada Imam Nakh’ie di Iraq dan Imam Sa’id ibnul Musayyab di Hijaz tidak dianggap demikian?.
Mengapa mengikuti mazhab empat dianggap bid’ah, tetapi bila mengikuti mazhab Abdullah bin abbas , Abdullah bin Mas’ud r.a atau Sayyidah ‘Ai’syah Ummul Mu’mini di Hijaz tidak dianggap demikian?.
Bid’ah apa yang dilakukan oleh keempat Imam Mazhab ( Hanafi, Maliki, Syaf’e dan Ahmad bin Hanbal ) sehingga kita harus menghalangi orang-orang awam taqlid kepada mereka?. Masalah apa yang ditambah-tambahkan oleh keempat imam mazhab yang tidak ada pada mujtahidin terdahulu. Iaitu zaman Sahabat dan Tabi’in?.
 Apa yang dianggap sebagai perbuatan baru yang dilakukan oleh para imam mazhab empat ialah usha mereka menggodifikasikan Sunnah dan Feqah. Disamping itu, juga meletakkan dasar-dasar dan cara istinbath serta cara membahas sesuatu masalah.
Hasil  usaha diatas, sedikit-banyak telah mengurangkan perbezaan pendapat para ahli ra’yi dan ahli hadis sebelumnya sehingga tiang-tiang mazhab empat menjadi kokoh dan kuat. Pokok-pokok dasar mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal telah dibukukan. Demikian juga segala materi permasalahan yang bersumber dari dasar tersebut. Para ulama mazhab telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyaring semua masalah. Usaha-usaha inilah yang menjamin kelestarian mazhab empat sampai sekarang . Kitab-kitab merekapun tersebar kemana-mana dan mendapat dukungan para ulama dari masa kesemasa meskipun sepakat bahawa orang alim yang mempunyai kemampuan istinbath dan berijtihad dilarang taqlid kepada mereka.
Inilah masalah baru yang hanya ada pada mazhab empat dan tidak ada pada mazhab-mazhab lain. Kami tidak mengetahui bida’h dan kesesatan yang dilakukan oleh berjuta-juta pengikut mazhab empat. Dengan alasan bahawa Syekh Khajandi menganggap bahawa mazhab-,azhab tersebut bid’ah yang terjadi setelah abad 111 hijriyah, sehingga ia menyerukan orang-orang yang taqlid kepada mazhab empat bagaikan himar lepas tak terkendalikan?.
Dengan penjelasan cukup tentang masalah taqlid berikut dalil-dalil nya, juga tentang kedudukan mazhab empat bila dibandingkan dengan mazhab-mazhab sebelumnya , pertanyaan yang ANEH  yang dikemukan oleh penulis kitab ( Syekh Khajandi) , tidak perlu kami jawab lagi . bagi para pembaca yang insaf tentunya dapat menilai syekh Khajandi sebagai penulis kitab Halil Muslimu mulzamun  Bittiba’I Mazhabin Nu’ayyanin Minal Madzaahibil arba’ah tersebut ADALAH MENYIMPANG DARI KEBENARAN.
 Erti Mengikuti (taqlid) kpd Imam-imam Mazhab dan Berpegang kpd mazhabnya.
Setelah menjelaskan apa saja yang harus diketahui oleh setiap muslim yang menyedari bahawa orang yang belum mencapai derajat ijtihad harus mengikuti seorang mujtahid baik untuk selamanya atau tidak. Perlu juga kami jelaskan erti keharusan mengikuti seorang imam dan berpegang pada mazhabnya.
Apakah berpegang pada mazhab seseorang imam itu dikeranakan faktor yang khusus yang lain?.
Sebagaimana telah dimaklumi oleh segenap kaum muslimin sejak zaman Rasulullah s.a.w sampai sekarang bahawa hanya syariat Allah satu-satunya hakim yang memutuskan urusan manusia dan satu-satunya pelita hidup bagi mereka, serta dasar yang harus ditempuh.
Akan tetapi telah dimaklumi, hikmah Allah s.w.t menentukan bahawa manusia tidak sama dalam kemampuan ilmu pengetahuan, khususnya  ilmu pengetahuan pengetahuan syariat Islam. Oleh kerana itu, agar semua manusia tunduk melaksanakan syariat dan undang-undang Allah , setiap orang awam harus mengikuti orang alim. Dan orang alim mengikuti yang lebih alim lagi sehingga kesemuanya berjalan diatas garis yg lurus, Iaitu garis Allah s.w.t. hakikat ini sama halnya kalau kita mengikuti Rasulullah s.a.w.
Kita mengikuti Rasulullah s.a.w bukan kerana pribadi beliau sebagai manusia semata-mata, tetapi kerana beliau adalah muballigh dari Allah azza wajalla. Yang menyampaikan wahyu Nya kepada umat manusia. Tidak dapat dikatakan bahawa mengikuti Al Kitab  lebih utama dari mengikuti As Sunnah. lantaran kerana firman Allah lebih patut diikuti dariipada ucapan manusia , bagaimanapun juga kedudukannya.
Sesungguhnya factor yang mewajibkan kita untuk mengikuti Rasulullah s.a.w adalah kedudukan beliau sebagai juru tablig yang menyampaikan perintah Allah s.w.t.
Kedudukan dan fungsi para imam mujtahid dalam hal kewajipan menyampaikan amanat Sunnah Rasulullah s.a.w dan kemampuan memahami Sunnah tersebut adalah sebagaimana kedudukan Rasulullah s.a.w. terhadap Allah Azza wajalla dari segi kewajipan menyampaikan amanat tablig dari Allah dan  menjelaskan apa yang diturunkan oleh Allah kepadanya , berupa Al quran Al karim.
Imam As Syathibi r.ah . berkata “ Orang yang alim tentang masalah syariat bila diikuti orang lain dikeranakan ilmunya tentang syariat bukan kerana lainnya. Jadi , pada hakikatnya dia menyimpaikan  apa yang diterima dari Rasulullah s.a.w ,sedang Beliau s.a.w menyampaikan apa yang diterima dari Allah s.w.t.
 Selanjutnya As Syathibi berkata “ Dengan demikian , keadaan mukallaf yang dibebani hukum syariat terbahagi tiga macam, Iaitu:
  1. Seorang mujtahid. Kewajipannya ialah melaksanakan hasil ijtihadnya.
  2. Seorang muqallid. Yang murni, yirtu tidak menghetahui apa-apa tentang hukum. Kewajipannya ailah harus ada orang yg membimbingnya dan menuntunnya kemudian ia mengikutinya . sudah tentu ia ikut kepadanya dikeranakan factor ilmunya. KALAU KEMUDIAN IA MENGETAHUI ATAU MEMPUNYAI DUGAAN KUAT BAHAWA ORANG YG DIIKUTINYA BUKAN AHLI ILMU ,DIA TIDAK BOLEH MENGIKUTINYA DAN TUNDUK KEPADANYA.  Bahkan sedikitpun tidak boleh ada bisikan hati untuk taqlid kepadanya. Sebagaimana tidak mungkin orang sakit menyerahkan dirinya kepada seorang yang bukan dokter. Kecuali kalau sisakit sudah kehilangan akal . dengan demikian , kesimpulannya bahawa seorang mufti diikuti fatwanya kerana factor ilmunya, bukan factor pribadi sebagai seorang manusia
  3. Ia belum mencapai tingkat ijtihad, tetapi cukup mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan yang ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila kemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat , beerti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalahl mengikuti ilmu dan menganalisisnya . Jadi , orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.

Akan tetapi , bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya sama dengan orang awam. Hal ini kerana ikutnya orang awam pada mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikian halnya orang yag tarjihnya masih belum dapat diterima.”.   Al I’tisham , susunan As Syathibi jilid 111 hlm. 250.
Dari penjelasan diatas dapat diketahui betapa kelirunya pendapat syekh Khajandi yang menyatakan bahawa “MAZHAB YG BENAR DAN WAJIB DIIKUTI HANYALAH MAZHAB NABI MUHAMMAD S.A.W SAJA”.  ( ulasan: ini samalah dengan dakwaan Hafiz firdaus dalam buku beliau {Pedoman Bermazhab}. ).
Setelah berpendapat demikian , ia bertanya-tanya “ Darimana sebenarnya datangnya mazhab-mazhab ini ?. Dan mengapa tersebar serta membebani kaum muslimin?. Selanjutnya ia mengumpat-umpat dan melemparkan kata-kata keji kepada para pengikut mazhab.
Syekh Khajandi rupa-rupanya pura-pura tidak mengetahu sejarah perkembangan syatiat Islam yang menyangkut  pertumbuhan mazhab dan sember pengambilan mazhab. Ia memberikan kesan kepada kaum muslimin bahawa mereka lebih mengutamakan mazhab empat daripada mazhab Rasulullah s.a.w.
Kesan tersebut kita temukan pada sebagian besar orang awam yang tidak mengetahui persoalan ijtihad dan taqlid serta perkembangan mazhab.
Begitu mendalamnya kesan ini sehingga ada mereka yang sampai menyatakan  “ Kita ini pengikut Rasulullah s.a.w atau pengikut Asy Syafie?. Apa ertinya mazhab-mazhab ini bila dibandingkan dengan mazhab Rasulullah s.a.w?. (Ulasan: Pada hal Tak ade pula orang menamakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w sebagai Mazhab?)
Apakah benar Shiekh Khajandi  ( Ulasan: Dan yang sefahaman dengan beliau , walau tok syekh ini telah lama dah kembali , tetapi hal dan kelaku ilmunya masih hidup  dan diwarisi lagi ) tidak mengetahui hakikat dari mengikuti mazhab padahal semua ulama telah menjelaskan masalah ini dalam ratusan tahun kitab mereka dan sejarah pun telah mencatatnya.
Pantaskah ia dianggap bodoh sehingga ia berkata seperti diatas?.
Apabila ia memang tidak mengetahui persoalan yang cukup jelas ini, padahal ia selalu mengumandangkan pendapat yg sangat membahayakan ini, hal itu sngat menyedihkan. Akan tetapi , bila ia cukup memahami sebagaimana para ahli ilmu lain, hanya saja ia pura-pura bodoh, dan pura-pura tidak mengetahui agar ia bebas membuka jalan untuk memasukkan bid’ah kedalam benak manusia , masalahnya jauh lebih menyedihkan lagi.    
TIDAK HARAM TETAP PADA SATU MAZHAB .
            Setelah menjelaskan dalam pasal yg lalu bhawa org awam yg tidak mampu mencapai derajat ijtihad dan istinbath harus (mesti) taqlid. Maka kami ingin mengajukan sebuah pertanyaan , Iaitu  “ wajibkah bagi orang taqlid untuk berganti imam (mazhab) setiap hari , setiap minggu , setiap bulan atau setiap tahun?”.
Bila hukumnya wajib, apakah dalil yang menunjukkan kewajipannya tersebut?.
Jawabannya ialah , Orang awam wajib taqlid dan ini adalah muthlak kerana Allah s.w.t berfirman : Ertinya : “Maka tanyakanlah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.
Apabila ia sudah bertanya kepada ahli ilmu dan sudah mengikuti fatwanya , bererti ia telah melaksanakan perintah Allah Azza wajalla , baik ia mengikuti terus ahli ilmu tadi kerana dekat dengan yang bersangkutan , mudah menelaah mazhab tersebut, adanya factor kewajipan , Iaitu perasaan tenteram dalam hati untuk mengikuti mazhab tersebut atau pun ia tidak mengikuti masalah tersebut secara terus menerus.
Kalau orang awam tersebut mempunyai keyakinan atau I’tikad bahawa ia wajib mengikuti seorang imam tertentu dan tidak boleh pindah kepada imam yg lain, bererti ia telah salah dengan I’tikad tersebut. Demikian pula sebaliknya , salah pula bila ia mempunyai I’tikad atau keyakinan bahawa wajib berganti imam setiap hari atau setiap waktu.
 Sesungguhnya yang wajib bagi orang yang tidak mengerti hanyalah mengikuti orang mujtahid dalam masalah-masalah yg tidak mampu ia pahami dari dalil-dalil yg pokok  dan Allah Azza Wajalla tidak mewajibkan lebih dari itu .

Memahami Allah


Memahami Allah

Ingredients:
Oleh : DODY ISKANDAR dinata
Para ilmuwan laboratoriumnya di luar diri, modalnya berfikir.
Para pejalan laboratoriumnya di dalam diri, modalnya berkeyakinan.
Sama – sama mencari kemantapan rahasia hidup…
Siapakah yang cepat sampai ?
Abad 21 adalah titik klimaks sebuah pencarian manusia terhadap Tuhannya. Di belahan bumi India para maha guru spiritual menganggap abad ini adalah ttitk ordinat peredaran simetris terbaik antara jagad mikrokosmos dengan makrokosmos sehingga orang akan mudah belajar mengenai ketuhanan. Di belahan barat para intelektual kebingungan mencari titik perhentian karir, titik Tuhan, God spot. Para spirilogic mengkotak – kotakkan IQ, EQ dan SQ kemudian menganggapnya sebagai sebuah temuan besar yang harus dipatentkan guna sebuah urusan professional alias imperium perut. Tak ketinggalan para pecinta dunia berusaha meluruskan konsep bisnisnya dengan Spiritual Capital. Psikolog tak kalah anehnya menyederhanakan puluhan teori usang menjadi sebuah teori flow, pasrah mengalir sajalah agar mampu mencapai authentic happiness.
Bagaimana dengan dunia Islam, khususnya di Indonesia ? Tentu tak kalah unik…
Terkadang akhir -akhir ini saya merasa agak geli ketika melihat buku-buku baru atau hot topic di internet kok semua bahasan mengenai kebenaran Allah harus dilegalisasi dulu oleh ilmu pengetahuan moden, entah itu fisika, kimia , biologi, kedokteran dan semacamnya. Seakan-akan walau memperoleh manfaat sebab dari bertaqarub dengan Allah tetapi dilain hal nggak ilmiah, maka kita akan tertolak, sesat. Sebuah pertanyaan ke dalam diri, sejak kapan sih seorang muslim harus menunggu legalisasi logis formal untuk memperoleh spiritual journey sebuah ayat ? Apakah hanya karena sebuah alasan modernitas ilmiah maka kita harus mengalahkan keyakinan akan manfaat sebuah perjalanan ? Padahal sejauh dan secanggih saat ini, kalau sudah sudah membahas sebuah agama, ilmu pengetahuan hanya bisa berputar -putar di wilayah hipotesa, tesis, disertasi dan rumusan-rumusan tanpa bisa lebih jauh masuk menjadikannya sebuah inti perjalanan.
Sebagai contoh seorang Einstein atau Stephen Hawking dan kawan-kawan seprofesi bisa saja merumuskan hukum melipat waktu, konsep black hole, big bang ataupun teori kecepatan cahaya dan semua itu memang relatif berbanding benar dengan ayat Quran. Tetapi tanpa mengurangi rasa hormat, apakah beliau-beliau ini bisa mengalami, mengaktifkan dan menjalankannya ? Apakah beliau seorang pejalan atau masih terhenti sebatas pemikir ? Padahal di kalangan pejalan spiritual muslim yang banyak bertebaran di Malang pinggiran, Jember, Banyuwangi, dan banyak titik lagi di penjuru Nusantara, hal itu sudah menjadi realitas perjalanan. Dan tentu saja Rasulullah Muhammad adalah panglima pelipat waktu, pengajar sejati metode perjalanan kecepatan cahaya ini dengan pembuktian peristiwa Isra Mi’raj. Dalam hal ini Abubakar yang terkenal cerdas dan sidiq langsung mengiyakan tanpa banyak riset.
Inilah yang dinamakan konsep iman. Percaya dan akhirnya harus mengalami sendiri.
Anehnya kalau kejadian semacam ini sebenarnya tetap ada dan saya ungkapkan seperti sekarang, mungkin orang yang terbiasa kritis dan sangat ilmiah malah menarik mundur jam waktu, menyetel mindset seperti pendeta menghadapi Galileo, menyelidiki siapa penulis penyebar berita awu -awu ini.. Ah itu sihir… jin beserta kemampuan tehnologinya … Kita berbalik 180 derajat menjadi penuduh yang tercerabut dari tradisi ilmiah dan keakhlakan.
Pertanyaan dasar, bagaimana mungkin jin bisa secanggih itu, padahal menurut Islam hanya manusia saja mahluk yang berakal. Lalu bagaimana mungkin sihir wong modalnya cuma baca La ilaha ilallah dan La haula walaquwwata ila billah plus puasa sunnah. Sebuah penyerahan full dan berlindung di dalam benteng Allah masak jin bisa masuk sih ? Sebegitu lemahkah benteng Allah untuk ditembus ? masak safety nya kalah sama benteng Pentagon ? Padahal para dukun KGB atau spiritual manapun dengan kekuatan bantuan bolo kurowo jin gendruwo ndhas klunthung saja nggak mampu mencuri data di Pentagon. Belum lagi kalau saya ungkapkan ada banyak orang yang mampu menjalankan proses materialisasi, menciptakan benda dengan perantara partikel udara seperti teori – teori ilmiah hanya bermodal meyakini komposisi ayat kun fayakun dan La haula walaquwwata ila billah yang dihunjamkan sampai akar keyakinan terdalam.
Begitu sederhananya aplikasi teori ayat ini sehingga kita yang hidup di jaman modern menolaknya karena tidak mengandung kemewahan konsep entah itu konsep fisika, biologi ataupun hukum fiqih. Padahal saat ini seorang anak bangsa Professor Johanes Surya dengan pasukan fisikawan muda yang merajai olympiade fisika tingkat dunia malah bercita-cita menggunakan fisika tanpa rumus. Semua rumus digantikan dengan prinsip dasar MESTAKUNG alias semesta mendukung dengan penjelasan sederhana, bahwa ketika sesuatu dalam keadaan terdesak maka seluruh partikel alam raya akan mendukung dan menolongnya. Hebat benar beliau. Bangunan pikiran yang begitu eksak menjadi non eksak sebab sebenarnya non eksak hanyalah sebuah bangunan eksak dengan parameter tak terhingga sehingga orang sulit membuat rumusan pasti. Bagi saya beliau sangat islami sekali walaupun entah KTP nya beragama apa.
Dan, sebenarnya konsep puasa dibarengi berniat kalimat tauhid adalah konsep mestakung sejati yang telah diajarkan Rasul belasan abad yang lalu. Ketika seseorang melakukan puasa, otomatis bangunan konsep material dalam dirinya perlahan mulai tampak melemah. Pertama tenaga fisik yang gemagah mulai berkurang, kemudian otak yang katanya cerdas pun menurun gelombang frekwensinya. Kewaspadaan terhadap dunia luar mulai berkurang namun kewaspadaan ke dalam diri semakin bertambah tingkat kekonsentrasiannya. Lambat laun hanya dengan sebuah proses latihan mengikhlaskan sebuah pengakuan bahwa kita benar -benar nggak punya kekuatan. Blesss…semesta mendukung apa yang kita maui…tiba – tiba kesuperpoweran diri terkuak, semua seperti mimpi yang terkendali penuh dengan kekuatan lintas dimensi, entah dimensi benda, dimensi akal, dimensi ruang ataupun dimensi waktu….semua ada dan dapat kita gunakan…kata pedagang Padang, dipilih… dipilih… dipilih… tinggal pilih… tinggal pilih… tinggal pilih…. Semua adalah imajinasi yang mewujud mengikuti Kehendak. Kun fayakun…
Tapi ini adalah sebuah perjalanan yang masih bersifat Isra’ yang harus diteruskan menuju perjalanan Mi’raj. Sebab banyak sekali orang yang mengalami pembebasan konsep diri melalui ke Isra’ an ini lalu menganggap sebagai puncak pencapaian karena memang di sinilah digelar dengan nyata senyata-nyatanya segala kemampuan sang masterpiece, menungso. Perjalanan Isra adalah konsep perjalanan horizontal yang kita sebut hablumminannas dimana semua pencapaiannya masih bersifat kebutuhan dunia itu sendiri entah yang terwujud dalam ilmu ekonomi, politik, budaya, pengobatan, hukum fiqih, fisika biologi, olah raga bahkan kebatinan yang sering dianggap orang sebagai ilmu kegaiban langit.
Dan pada kenyataannya semua ilmu itu memang hanya berlaku dan berguna selama nafas masih di kandung badan, urusan habluminannas. Sebab setelah kehidupan dunia ini usia yang berlaku hanyalah urusan Mi’raj. Ruh yang kembali, jiwa yang tenang.
Benar adanya bahwa nanti yang dipertimbangkan terlebih dahulu amal seseorang adalah kebenaran sholatnya, bukan modal kapital, keringat atau akal karena ketiganya harus balik maning ke bumi untuk dimanfaatkan generasi selanjutnya. Untuk itulah kemudian diperlukan konsep Mi’raj.
Lalu bagaimana konsep Mi’raj itu sendiri ? Mi’raj adalah kumpulan ingatan kepada Allah yang di rangkum dalam ibadah sholat. Sholat itu Mi’raj nya orang mukmin…begitu kata Rasul. Lebih begitu sederhananya lagi konsep ini sehingga orang yang berada di wilayah Isra’ pun terkadang malah tak percaya, sebab orang sudah terbiasa dengan alam yang aneh-aneh dan menara gading pikiran.
Konsep Mi’raj sangatlah mudah… Ingatlah, ya, cuma mengingat…..mengingat tidak ada rumusannya selain mengurut kejadian ke belakang, bukan malah menebak ke depan…hanya dengan MENGINGAT Allah-lah hati menjadi tenteram ( RA’D :29 ). Jadi parameter orang yang ingat pernah bertemu Allah ya sederhana saja, jiwanya selalu tenang walau menghadapi berbagai persoalan hidup
Tapi bagaimana mau ingat wong ketemu aja nggak pernah ? Contoh semisal, saya ingat kalau putri Diana adalah teman saya waktu kecil, sebab memang dulu pernah bertemu akrab bahkan selalu mengendarai kuda bersama. Lha kalau waktu kecil nggak pernah ketemu, apanya yang harus diingat ? Masak saya harus ngaku-ngaku dan pura -pura ingat bahwa dulu pernah akrab dan selalu bertemu di Istana. Untungnya Allah begitu mahfum bahwa daya ingat otak kita yang pandai ini ternyata masih sangat cekak. Untuk itu dengan murahnya Allah menjelaskan bahwa kita pernah berhadapan langsung.
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengata-kan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” ( Al A’raf 172 ).
Maka ber Mi’raj lah dengan membahas dan memahami Allah dengan cara yang sangat sederhana yaitu mengingat-ingat – merunut kebelakang mencari asal muasal kejadian diri dengan metode berdzikir. Masalah saya dan Anda hanya bisa mengingat sebatas NamaNya, SifatNya, IlmuNya, atau CiptaanNya saja ya nggak masalah. Allah Maha Memahami kok.
Selama berniat untuk yakin bisa berjumpa dengan Allah, nanti lama-lama keyakinan itulah yang membimbing pada tujuan akhir dengan sebuah proses yang unik tak terduga. Pun seandainya kita sudah bisa menyaksikan Dzatnya sebagai konsekuensi kelanjutan ada nama pasti ada yang dinamai, lebih baik disimpan saja sebagai kenangan terindah sebab kalau diomongkan nggak akan pernah ketemu, malah – malah hilang nikmatnya plus berakhir hanya sekedar jadi fitnah dan kehebohan yang tak bermakna.
Biarkan ban luar tetap berada diluar, ban dalam tetap di dalam dengan penuh angin agar roda kehidupan tetap berputar dengan baik.
Wassalam, Semoga bermanfaat
Dody Ide
Proses Isra lebih dari tujuh samudra tinta tertulis
Poses Mi’raj lebih dari tujuh samudra tinta terhapus
Ketika tiada yang tertulis maka tak ada yang terbaca
Maka muncullah sang ummi yang bersyahadat di sudut keheningan….

Roh Jiwa dan Nafs

My Redz:


Roh Jiwa dan Nafs

Saya sering mendapati kata-kata atau kalimat bahasa Malaysia yang tidak mampu mengisi makna atau padanan kata yang sesuai dengan bahasa Arab, Inggeris, dan Perancis.

Sehingga sampai sekarang kita terkadang bingung dengan istilah-istilah asing yang kalau diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia menjadi rancu dan aneh. Seperti pada kata qalb, diterjemahkan menjadi hati, hati kecil, hati nurani dan lain-lain seakan-akan hati itu ada beberapa macam lapisan, sebenarnya qalb itu sifat dari jiwa, sedangkan jiwa itu termasuk An nafs (badan, susuk, wujud / berwujud / berbentuk / berupa). Disini orang kebanyakan keliru, “An nafs” hanya diertikan jiwa, padahal badan fizikal ini pun disebut An nafs (susuk, wujud kasar/ badan kasar).

Roh adalah rahsia Tuhan yang di tiupkan kepada nafs (jiwa atau badan). Roh ini menyebut dirinya AKU, yang disebut bashirah (yang mengetahui atas jiwa, qalb, fizik dan lain-lain. – lihat tafsir Shafwatut Attafaasir surat Al qiayamah: 14 )

Baiklah agar tidak bingung, mari kita bahas satu persatu menurut dalil qoth’i.

Apakah roh itu ??

Mengapa Allah merahsiakan Roh dan mengaitkannya dengan Roh-Nya, dan didalam Alqur’an termasuk kelompok ayat-ayat mutasyabihat (makna yang dirahsiakan), kerana pada ayat tersebut terdapat kalimat Roh manusia adalah Roh yang ditiupkan dari ROH-KU (Min ruuhii) erti harfiahnya adalah Roh milik Allah. Akan tetapi para mufassir menterjemahkan Roh ciptaan Allah. – saya tidak berani menafsirkan kerana dari segi tata bahasa ayat ini termasuk kalimat muatasyabihat, tidak ada menunjukkan bahawa Roh itu ciptaan Allah, kerana itu saya tidak berani menterjemahkan kalimat ini – sebab Allah sendiri melarang meraba-raba atau mereka-reka seperti apa roh itu .Kecuali hanya boleh merasakan bahawa di dalam diri ini ada yang melihat (bashirah) setiap gerak-gerik jiwa dan pikiran serta perasaan kita. Dan bashirah bersifat fitrah (suci) kerana ia selalu bersama dan mengikuti amr-amr (perintah) Tuhannya .

    “Maka apabila telah Aku menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya Ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” (Al Hijr,29)

An Nafs adalah yang memiliki bentuk atau wujud atau susuk yang tergambarkan, yang diciptakan dari unsur alam iaitu min sulaatin min thiin (ekstrak alam), sedangkan Roh bukan tercipta dari unsur alam ataupun dari unsur yang sama dengan Malaikat mahupun Jin, sehingga mereka hingga kini tidak mengetahui dari unsur apa roh manusia diciptakan. Bahkan Allah membiarkan para Malaikat dan Syaitan tak berhenti berfikir penasaran, apakah gerangan yang menyebabkan manusia memiliki kedudukan lebih tinggi dari bangsa malaikat dan Syaitan serta makhluk-makhluk yang lainnya, Allah hanya berkata : “Inni a’lamu maa laa ta’lamuun … Aku lebih mengetahui dari apa-apa yang kalian tidak ketahui.” (QS. Al Baqarah: 30). Para malaikat protes atas kebijaksanaan Allah yang dianggap tidak masuk akal, dengan perasaan ragu mereka akhirnya mengungkapkan rasa penasarannya kepada Allah … ataj’alu fiiha man yufsidu fiiha wayasdikuddimaa’ wanahnu nussabbihu bihamdika wanuqaddisulaka ?? Mengapa Engkau hendak menjadikan ( khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?? Tuhan berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. Al Baqarah: 30 )

Rahsia roh ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al Isra’ :85

    “Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh, katakanlah : Roh itu termasuk urusan-Ku (amr-Tuhanku) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit .”

Seperti apa yang sebutkan diatas saya tidak berani menafsirkan, apakah Roh itu, apalagi menterjemahkan sebagai Roh ciptaan-Ku. Saya akan tetap mengikuti erti lafadz aslinya iaitu Ruuhii (Roh-Ku) kerana disana disebutkan kalian tidak memiliki pengetahuan tentang Roh kecuali hanya sedikit sekali.

Dan roh ini memiliki sifat yang Mengetahui, seperti pada surat :Al qiyamah ayat : 14

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (nafs). Di dalam nafs (diri) man

usia ada yang selalu tahu, iaitu Aku. Iaitu Roh manusia yang menjadi saksi atas segala apa yang dilakukan nafsinya (diri). Ia mengetahui kebohongan dirinya (nafs), kemunafikan, rasa angkuhnya, dan rasa kebencian hatinya. Kerana itu sang roh disebut min Amri rabbi – selalu mendapatkan intruksi-instruksi Tuhan-Ku. Mengapa demikian, – kerana ia tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya dan tidak pernah menyetujuinya tanpa kompromi sedikitpun. Ialah disebut fitrah yang suci, dan fitrah manusia selalu seiring dengan fitrah Allah (QS. Ar Rum:30)

Jadi jika manusia mengikuti fitrahnya, maka ia akan selalu mengikuti kehendak ilahi.

Kemudian Apakah Nafs itu ??

Nafs mempunyai beberapa makna :

Pertama, Nafs yang berkaitan dan tumpuan syahwat atau hawa (hawa berasal dari bahasa Arab yang tercantum dalam Alqur’an, wanaha An nafsa `anil hawa – dan ia menahan dirinya (fiziknya) dari keinginannya (hawanya) ( An Nazi’at :40-41). Iaitu hawanya mata, hawanya telinga, hawanya mulut, hawanya kemaluan, hawanya otak dan lain-lain. Hawa-hawa atau syahwat, selalu berkecenderungan kepada asal kejadiannya iaitu sari pati tanah – dengan demikian An nafs bererti fizik (tanah yang diberi bentuk). Dia akan bergerak secara naluri mencari bahan-bahan unsur asal fiziknya, ketika kekurangan energi atau kekurangan unsur-unsur asalnya maka ia akan segera mencari atau secara naluri ia akan berkata, saya lapar, saya haus !!

    “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ekstrak yang berasal dari tanah.” (QS. Al Mukminun:12)

    “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang berstruktur (berbentuk), maka apabila Aku telah meniupkan kepadanya Roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” (QS. Al Hijir: 28-29)

An nafs erti fizik yang mempunyai bahan dari ekstrak tanah yang mempunyai bentuk .

Kedua, An Nafs bererti : Jiwa , – jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu’ (sentiasa menyuruh berbuat jahat).

    Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)

    Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)

    Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu’ (QS. Yusuf:53)

Sedangkan Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu’

Watak seperti inilah yang dimaksud dengan QALB (berbolak-balik), jadi keliru kalau dikatakan qalb itu adalah wujud kerana dia bukan jiwa, akan tetapi merupakan sifatnya jiwa yang selalu berubah-rubah. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! sedangkan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) – illa man atallaha biqalbin saliim – kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)

An nafs (jiwa ) memiliki alat-alat, Pikiran, Perasaan, Intuisi, Emosi, dan Akal. Sedangkan An Nafs (fizik ) memiliki alat-alat : Penglihatan ( mata ), Pendengaran (telinga), Perasa (lidah), Peraba, Penciuman (hidung).

Selanjutnya saya akan menguraikan kitab Barnabas berikut ini :

    “…kemudian berkata Isa, demi Allah pada hadirat-Nya Rohku berdiri, banyak yang sudah tertipu mengenai kehidupan kita. Kerana demikian saling merapatnya antara Roh dan perasaan telah berhubungan bersama, hingga sebahagian besar manusia mengiakan Roh dan perasaan itu menjadi satu dan hal yang sama, hanya terbaginya dalam penugasan sedangkan tidak dalam wujud, menyebutkannya sensitive (rasa perasaan), vegetative (tubuh yang tumbuh) dan intellectual soul (Roh berfikir, cerdas akal). Tetapi sungguh aku katakan kepadamu, roh itu adalah satu, yang berfikir dan hidup. Orang-orang dungu, dimanakah akan mereka dapatkan roh akal tanpa kehidupan ? tentulah keadaan ketidak sadaran, apabila rasa perasaan meninggalkannya.” Thaddeaus menjawab, “O Guru, apabila rasa perasaan ( sense) meniggalkan kehidupan (life) seorang manusia tidak mempunyai kehidupan.”

Ayat diatas me

njelaskan banyak orang tertipu mengenai kehidupan, sesungguhnya Roh itulah yang menyebabkan orang itu hidup dan berfikir dan memiliki perasaan (sense), tubuh yang bergerak dan tumbuh, berfikir dan berakal. Semuanya itu kerana adanya Roh. Dan Thaddeaus menyimpulkan bahawa jika manusia tidak memiliki Roh maka tidak akan ada kehidupan pada dirinya. Bererti rasa (sense) intellectual soul merupakan intrument roh.

Kemudian pada pasal 123

    Ketika semua duduk, Isa berkata lagi, ALLAH kita untuk memperlihatkan kepada makhluk-makhluk-Nya kasih sayang-Nya dan rahmat serta Maha Kuasa-Nya, dengan Maha pemurah dn Maha Adil-Nya, membuat sesunan dari empat hal berlawanan yang satu dengan yang lain, lalu menyatukannya dalam suatu tujuan ahkir, itulah manusia dan ini adalah tanah, udara, air dan api. Supaya tiap-tiap satu sama lain menenangkan pertentangannya. Dan dari empat benda ini, dia menjadikan sebuah kendi (bejana) itulah tubuh manusia, daging, tulang-tulang, darah, sum-sum dan kulit dengan saraf-saraf dan pembuluh-pembuluh darah, dan dengan semua bagian-bagian dalamnya; dalam tempat itu Allah meletakkan ROH dan rasa perasaan, laksana dua tangan dari hidup ini. Memberikan tempat kepada rasa perasaan pada setiap bagian tubuh untuk itu menebarkan dirinya disana seperti minyak. Dan kepada Roh, dia memberikan untuk tempatnya hati, yang bersatu dengan perasaan, dialah akan menerima seluruh kehidupan itu.

Ayat ini menerangkan penciptaan manusia seperti terdapat di dalam Al qur’an surat Al Hijir 28-29 , sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya Roh-Ku , maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud ,

    Surat Al mukminun: 12 , berasal dari ekstrak tanah

    Surat Al hajj : 5, manusia dari turab (berupa debu)

    Surat Ar Rahman : 14 , dari tanah liat yang kering seperti tembikar.

Pasal 179, dikatakan Roh itu bersifat universal dan besarnya 1000 kali lebih besar dari seluruh bumi.

Sebenarnya pasal ini hampir sama dengan keterangan saya pada bab hakikat manusia, bahawa jiwa adalah bersifat sangat luas dengan identitas dirinya yang dipanggil sebagai feminin kerana sifatnya yang universal – Ya Ayyatun nafsul muthmainnah – wahai jiwa yang tenang. Penggunakan Ya nida'(Ayyatuha) atas jiwa sebenarnya biasa digunakan untuk memanggil wanita, juga untuk panggilan (nida’) sesuatu yang sangat luas berdasarkan dalil kullu jam’in muannatsin – sesuatu yang bersifat universal atau luas disebut muannats (feminin). Misalnya, jannatun (syurga), samawat (langit), Al Ardh (bumi), Al jamiat (universitas / universal).

Hampir jarang orang menyadari akan dirinya sebenarnya sangat luas, akan tetapi kesadaran ini telah lama menyesatkan fikiran kita yang menganggap bahawa diri kita sebatas apa yang tergambar secara kasat mata saja, padahal lebih dari yang ia bayangkan, bahawa manusia baik logam, tumbuhan dan gunung adalah sebetulnya terdiri dari suatu untaian kejadian-kejadian atau proses. Dimana segala alam lahir ini tersusun oleh senyawa-senyawa kimiawi yang dinamai zarrah (atom). Dan atom-atom ini dalam analisa terakhir adalah satu unit tenaga listrik, yang energi positifnya (proton) berjumlah sebanyak energi negatifnya (electron) di dalam atom ini – setiap detik terjadi loncatan dan pancaran (chark and spark) secara terus menerus. itulah semburan-semburan yang tidak ada hentinya dari daya listrik. Manusia tidak mampu melihat semburan atau loncatan yang tidak putus-putus dengan kecepatan yang sangat luar biasa ini dengan kasat mata biasa, kecuali dengan kesadaran ilmu yang cukup – sebagaimana Al qur’an mengungkapkan tentang gunung yang dianggap oleh orang awam seperti diam tak bergerak :

    “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awam.” (QS. An Naml:88)

Secara fizik ,manusia bersifat luas dan rohani meliputi keluasan alam semesta.

Demikian yang saya tahu, mudah-mudahan bahasa Jawa lebih memungkinkan mengisi makna ba

hasa Arab yang tinggi nilai balaghahnya.

Related posts

Rasa (Al Ghazaly)

My Redz:

Rasa (Al Ghazaly)

Seorang pemikir, bagaimanapun, tidak dapat dilepaskan dari konteks sosio-budaya. Hasil-hasil pemikiran, dalam kenyataaannya, tidaklah lahir dengan sendirinya, tetapi sentiasa mempunyai kaitan sejarah dengan pemikiran yang berkembang sebelumnya dan mempunyai hubungan dengan pemikiran yang ada pada zamannya. Tanggapan ini berlaku juga pada Al Ghazaly.

Kaitan sejarah pemikirannya dengan pemikiran cara pendahuluanya dinyatakan sendiri dalam Al Munqidz Min Al Dhalal dan diperoleh melalui isyaratnya didalam Tahafut al Falasifat. Untuk mengetahui hubungan pemikiran Al Ghazaly  dengan pemikiran yang berkembang pada zamannya, perlu diketahui suasana pemikiran waktu itu dan sikapnya terhadap kenyataan tersebut.

Al Ghazaly hidup ketika pemikiran di dunia Islam berada pada tingkat perkembangannya yang tinggi. Pemikiran-pemikiran tidak berhenti sebagai hasil olah budi individual, tetapi berkembang menjadi aliran-aliran dengan metode dan sistemnya masing-masing. Tingkat perkembangan ini memperlihatkan wujudnya dalam tingkat keragaman yang tinggi. Al Syahrani (w.548 H), pemikir yang sejaman dengan Al Ghazaly, menggambar-kan betapa banyaknya aliran pemikiran di dunia Islam pada waktu itu. Setiap aliran, menurut Al Ghazaly, mengklaim kebenaran pada dirinya, yang dengan sendirinya menempatkan aliran yang lain pada kedudukan yang tidak benar.

Opini umum ketika itu tentang kebenaran, kelihatannya cenderung bersifat monolitik, yang sebenarnya mempunyai akar dalam sejarah pemikiran masa lampau. Opini umum ini di topang oleh pernyataan yang diyakini sebagai ucapan yang berasal dari nabi Muhammad Saw, yang menggambarkan bahawa ummat islam akan terpecah ke dalam tujuh puluh tiga golongan, seluruhnya sesat dari kebenaran, kecuali satu golongan. Golongan atau aliran yang satu inilah yang benar, dan akhirnya simbol untuk itu menjadi ranjang rebutan. Setiap pendukung aliran menganggap bahawa alirannyalah yang dimaksud oleh hadis tersebut sebagai aliran yang benar.

Usaha Al Ghazaly dalam hal ini menjelaskan bahawa Al qur’an telah mengandung ukuran-ukuran tentang kebenaran, dan manusia telah dianugerahi alat untuk berfikir, menggunakan ukuran-ukuran tersebut … adalah untuk membuktikan bahawa manusia tidak memerlukan imam-imam yang ma’shum lagi sesudah Nabi, sebagai sumber kebenaran. Kesimpulan tentang batinnya ialah bahawa sistem pemahaman ini tidak memenuhi harapannya, kerana batin  memerlukan daya manusia untuk menemukan kebenaran. Disini taqlid menjadi hal yang sangat penting, namun taqlid membawa kerawanan dan pertentangan.

Pada ilmu kalam, ia melihat kemandulan metodologi, kalau yang hendak dicari adalah hakikat-hakikat, sebab ilmu ini tidak dipersiapkan untuk itu. Pada falsafah, ia melihat ketidaklengkapan metodologi sehingga melahirkan kesilapan, sebab falsafah hanya menggunakan akal semata. Pada batinnya ia melihat kekeliruan, kerana dengan konsep al ta’lim, peran pengalaman, pengamatan, dan akal manusia sebagai alat-alat menemukan sendiri kebenaran dengan kitab suci sebagai pedoman, diabaikan, sehingga pengetahuan tidak diperolehi manusia dengan sendirinya.

Dalam tasawuf, cara yang ditempuh untuk menemukan hakikat, menurut Al Ghazaly, terdiri atas dua tahap, iaitu: ilmu dan amal. Ilmu yang dimaksud disini adalah pengetahuan tentang kosep dan langkah-langkah yang harus ditempuh didalam tasawuf, seperti zuhd, faqr, tawakkul, mahabbat, makrifat, dan sebagainya. Selain itu diharuskan pula mengetahui syariat, ilmu `aqliyyat dan

keimanan yang kuat terhadap tiga dasar keimanan. yang dimaksud dengan amal adalah mengalami secara langsung konsep dan langkah yang harus di lalui tadi. Ilmu dan amal harus menyatu. Kelihatannya ,ia menganggap bahawa pada sistem pemahaman lainnya ada keterpisahan antara ilmu dan amal, khususnya pada falsafah dan ilmu kalam. Kesan ini terlihat pada penyataan Al Ghazaly bahawa para sufi adalah arbab al ahwal (orang-orang yang memilki pengalaman langsung) bukan ash hab al aqwal (orang-orang yang hanya berbicara). Dalam tasawuf pencarian hakikat tidak akan tercapai dengan pengetahuan saja, tetapi selai

n itu, harus dengan pengalaman langsung.

Dalam usahanya memasuki tahap amal, Al ghazaly dihadapkan kepada keharusan memilih salah satu dari dua kemungkinan : memasuki pengalaman tasawuf dengan konsikunsi meninggalkan kedudukan dan segala keperluan kehidupan yang telah dimiliki, atau mempertahankan kedudukan dan keperluan tersebut dengan konsikunsi tidak memasuki pengalaman tasawuf. Menurut

pengakuannya, ia mengalami kesulitan bahkan tidak dapat menentukan pilihan, sehingga ia menderita sakit selama enam bulan. Penyelesaian yang ditempuh dalam hal ini, sama dengan penyelesaian yang dilakukan ketika ia mengalami puncak kesangsian sebelumnya, iaitu pasrah dan mengakui kelemahannya. Jalan keluar datang dengan sedirinya. Tuhan memberi kemudahan

kepadanya untuk memilih kemudahan kepadanya, untuk memilih jalan tasawuf dan meninggalkan kedudukan dan keperluan kehidupan yang dimilikinya. Iapun mengembara dengan cara hidup sufi selama lebih kurang sepuluh tahun, dari tahun 489 H sampai dengan tahun 499 H. Menurut pengakuannya, … dalam pengalaman tasawuf itu, ia memperoleh secara langsung (Al kasyf) ilmu-ilmu yang tidak terhingga, meskipun ia tidak menunjukkan secara tegas ilmu yang diperoleh itu. Kesimpulannya, dengan cara tasawuflah pengalaman secara langsung tentang hakikat itu dapat dicapai. Sufilah yang lebih dekat kepada tuhan, akhlak merekalah yang lebih bersih, cara hidup merekalah yang lebih benar, gerak dan diam mereka lahir dari jiwa yang disinari nur al nubuwat.

Ketika ia menguji tasawuf, pada dasarnya ia tidak menghadapi persoalan tentang kebenaran sumber pengetahuan yang digunakan tasawuf, sebab sebelumnya ia telah yakin adanya intuisi (al zauq) sebagai sumber pengetahuan diatas akal. Yang menjadi persoalan adalah menyelesaikan konflik batin antara memasuki pengalaman tasawuf dan mempertahankan kedudukan dan keperluan kehidupan duniawinya. Yang menarik perhatian dari proses pencariannya adalah bahawa, ia kelihatannya mempunyai sikap dasar yang tetap, iaitu memandang segala sesuatu sentiasa dalam hubungannya dengan tuhan. Ketika ia mengalami puncak kesangsian akibat ketidak mampuannya membuktikan wujud sumber pengetahuan diatas akal, setelah ia meragukan indera dan akal, penyelesaian yang di tempuh nya adalah mengakui kelemahannya dan pasrah kepada Tuhan ….

Situasi ini juga pernah dialami Nabi Yusuf ketika nafsunya sudah mulai goyah oleh rayuan dan kecantikan wajah Siti Zulaiha, beliau mengakui ketidak mampuannya menerima godaan nafsunya ” (‘innan nafsa lammaratun bissu’) dan situasi yang sangat mencekam batinnya itu ditulis dalam QS. Yusuf: 24 ” sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu, andaikata dia tidak melihat burhan dari tuhannya, demikian agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian, sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang ihlash (berserah diri)”

Yusuf terbebas dari konflik batinnya dikeranakan Allah telah mencabut rasa nafsunya yang bergejolak ….dia mengaku tidak kuat melawan nafsunya kemudian ia berserah diri kepada Allah. Saat itulah tuhan memberikan ilmu kasyaf berupa burhan (hidayah) sehingga sifat keji dan mungkar lenyap dalam hatinya. Bukan kerana usaha mencegah dari perbuatan itu … akan tetapi kerana tuntunan dan inayah dari Allah Swt.

Ihya’ `ulumuddin , merupakan rangkaian pengalaman batinnya Al Ghazaly, bukan hasil dari pemikiran dan gagasannya, oleh kerana itu kita tidak bisa melakukan amalan seperti yang di tulis Al Ghazali kecuali turut memasuki jalan rohani secara benar, … apalagi hanya diseminarkan dan menjadi kajian-kajian ditempat-tempat mewah …

Seperti apa yang pernah saya sajikan pada setiap artikel, ialah menempuh jalan spiritual dengan sangat sederhana dan ikhlash. Kalau jalan ini ditempuh dengan rela maka semua yang tercantum dalam ajaran islam sedikit demi sedikit akan memasuki dunia batin kita, … dan tuntunan itu akan terus mengalir, seperti : kesabaran ketawakalan, kekhusyu’an, dan keimanan yang sangat kuat.

Ternyata Al Ghazaly  membuktikan sendiri, baha

wa memang Allah-lah yang mampu mencabut kekejian dan kemungkaran didalam hati manusia (kalian tidak akan pernah bersih selama-lamanya, akan tetapi Allah-lah yang akan membersihkan hatimu dari pebuatan keji dan mungkar. (Lihat QS Maryam; 21)

Konsep Al qur’an ini sebenarnya sangat sederhana … hanya dengan berserah diri kepada Allah maka Allah akan membuka hati kita memberikan kefahaman dengan jalan ilham, iaitu ilham kebaikan, ilham kekhusyu’an, dan ilham keimanan, serta perbuatan-perbuatan yang baik (demi jiwa … dan kesempurnaanya..maka Allah mengilhamkan jalan kejahatan dan jalan kebaikan .. QS.Asy syams 7-8). Sampai kini kita masih mendapat ilham kejahatan kerana ..kejahatan dan kekejian serta ketidak khkusyu’an mengalir dalam batin kita tanpa ada yang mampu menghalaunya termasuk kita … (mudah-mudahan tidak)

Perlu diketahui bahawa Al Ghazaly sebelum menjadi sufi, adalah seorang guru besar di universitas Nizamiyah, pemikir, filosof, ahli kalam, ahli fikih dan ilmu-ilmu yang lainnya, … justru kerana ilmu-ilmu itu tidak memberikan manfaat terhadap batinnya, maka beliau memutuskan mengamalkan dengan jalan meninggalkan seluruh aktivitinya … untuk beribadah kepada Allah … (uzlah ). Setelah berhasil, beliau menulis kitab besar yang di beri nama Ihya’ ulumuddin …… Al Ghazaly, pernah melakukan uzlah selama 120 hari … pada saat itulah beliau mendapatkan ilmu kasyf yang terkenal itu.

Demikian-lah kira-kira cerita Al ghazaly, agar menjadi perhatian, bahawa ilmu yang banyak belum tentu memberikan manfaat jika jiwa belum menggantungkan secara penuh hanya kepada Allah…..

Suatu ketika ada seorang jamaah saya (seorang ustaz yang telah mendalami ilmu agama di eplbagai tempat), menghubungi saya melalui telefon mengabarkan putrinya sakit keras … sekaligus minta tolong untuk di do’akan agar sakitnya menjadi sembuh…kelihatannya ia panik dan cemas …saya hanya berkata singkat : “jauh mana antara jarak anda kerumah saya dengan Allah yang maha dekat lagi maha penyembuh ?” ….dia tampak terkejut dengan jawapan saya … kemudian dia sedar …dan tidak berselang lama sekitar dua jam … dia telefon lagi untuk mengabarkan bahawa anaknya sudah sembuh dari sakitnya … Rupanya ia mengadu kepada Allah atas sakit anaknya tersebut ia berdo’a sendiri dengan serius … dan Allah menjawab do’anya.

Demikianlah contoh bahawa agama itu bukan disandang untuk aksi akan tetapi untuk diamalkan…

Related posts

Beza Hadith Qudsi Dengan Hadith-hadith Lain

Beza Hadith Qudsi Dengan Hadith-hadith Lain

Hadith Qudsi

Ulama’ hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi adalah perkataan Nabi S.A.W yg disebut dgn mengatakan Allah telah berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.iaitu titah Allah yg disampaikan kepada Nabi

melalui jalan ilham atau mimpi,lalu Rasulullah menyampaikannya kepada ummat dgn perkataannya sendiri dan menyandarkannya pada Allah, sedang hadith2 lain tidak.

bahagian nama-nama hadith:

Hadith Mutawatir
hadith mengenai perbuatan atau perkataan atau taqrir Nabi S.A.W yg diketahui oleh beberapa org yg sampai kepada bilangan mutawatir – bilangan yg mustahil pd fikiran kita mereke akan muafakat buat dusta tentang hadith tu.

Hadith Masyhur atau Mustafidh
hadith yand diriwayatkan dari tiga sanad yg berlainan – iaitu hadith yg diriwayatkan kepada 3 org atau lebih,kepada lagi 3 orang atau lebih dan sterusnya sehingga sekurang-kurangnya dapat 3 sanad.[nota : sanad = jalan menyampaikan hadith]

Hadith Sahih
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang-orang yg meriwayatkannya ade sifat-sifat yang berikut :

1-adil– orang Islam yang baligh,beraqal, tidak buat dosa besar, tidak berterusan buat dosa kecil dan tidak buat perkara-perkara yang jatuhkan maruah dan kehormatan diri

2-Dabid– orang yang cukup kuat ingatan untuk ingat apa yang didengar dan mudah mengeluarkannya bila perlu, termasuk menulis hadith yang didengar dan disimpan sampai benar-benar sah diriwayatkan orang daripadanya.

3-Sejahtera dari keganjilan– sejahtera riwayatnya dari perbezaan dengan bertambah atau berkurangan pada sanad atau matan hadith jika dibandingkan dari riwayat orang-orang kepercayaan.

4-Sejahtera dari ‘illat – sejahtera dari sigar-sigar yang dapat meburukkan atau mencacatkan hadith.

hadith sahih boleh dijadi hujjah dalam hukum Islam.

Hadith Hasan

hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang yang meriwayatkannya adil, sejahtera dari keganjilan dan ‘illat, tapi kurang dabidnya

*Hadith Hasan Sahih
hadith yang hasan lagi sahih

Hadith Da’if
hadith yang ada syarat hadith sahih tapi tiada syarat hadith hasan seperti rawinya bukan Islam, belum baligh,tak tahu orang bagaimana sifatnya,pelupa,pernah berdusta dan tak menjauhi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya,ditambah lagi jika menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.

Hadith Marfu
hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W

Hadith Mauquf
fatwa atau kata-kata sahabat yang diriwayatkan kepada kita – iaitu kata-kata itu terhenti pada sahabat bukan pada Nabi. S.A.W

Hadith Mursal
perkataan seorang tabi’in yang sudah tentu tidak bertemu dengan Nabi S.A.W, tetapi riwayatnya langsung pada Nabi dengan tak melalui perantaraan sahabat.

Hadith Muttasil
hadith yang berhubung sanadnya, tiap-tiap yang meriwatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya hingga sampai kepada Nabi S.A.W atau sahabat.

Hadith Mahfuz
hadith yang terpelihara – iaitu rawi itu orang yang dipercayai dan tak menyalahi golongan kepercayaan selain darinya dengan penampahan atau kurang.

Hadith Jayyid
hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli-ahli hadith.

Hadith Mujawwad dan Thabit
hadith yang sahih dan hasan. hadith sahih dan hadith hasan juga dinamakan hadith mujawwad dan hadith thabit

Hadith Maudu’
hadith palsu, yang hadith tersebut perkataan seseorang tetapi dikatakan hadith Nabi S.A.W.



Related posts