Mafhum firman Allah:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian bagi Allah , Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Yang Menguasai (Yang Memerintah) hari pembalasan. Hanya
Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau saja kami mohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau
kurniakan ni`mat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai
dan bukan jalan orang-orang yang sesat. (Surah al-Fatehah 1-7).
Surah al-Fatehah mengandungi tujuh ayat. Ia diturunkan di Mekah dan
dikenali sebagai Fatihah al-Kitab lantaran statusnya berada di awal
surah mengikut susunan al-Quran. Ia dinamakan Umm al-Kitab (Ibu Kitab)
kerana isi dan tujuannya yang luas merangkumi isi al-Quran secara
keseluruhannya. Surah ini juga dinamakan al-Sab`u al-Matsani yang
bermaksud “tujuh yang diulang-ulang” kerana tujuh ayat ini sentiasa
diulang bacaannya setiap rakaat dalam solat. Dalam memperkatakan
tentang keutamaan surah ini, al-Imam al-Bukhari menukilkan sebuah hadis
dalam Shahihnya; Daripada Abu Said al-Mu’alla r.a berkata “Rasulullah
mengatakan kepadaku “Bukankah sudah aku beritahu mu sebesar-besar surah
dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini?”. Lalu beliau
memegang tanganku semasa kami semua ingin keluar. Aku menjawab “Wahai
Rasulullah! Engkau telah nyatakan “Aku akan ajarmu sebesar-besar surah
dalam al-Quran” lalu menyebutnya “Alhamdulillahirabbil ‘alamin”.
Berkaitan ayat 1hingga ayat 5, kebanyakkan para ahli tafsir
sependapat mengenai huraiannya. Namun bagi ayat 6 hingga ayat 7, huraian
(syarah) tentangnya boleh dikatakan terbahagi kepada dua pendapat,
iaitu sepertimana yang dinyatakan dalam;
i) Tafsir al-Jalalain: Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan
yang Engkau telah berikan ni’mat kepada mereka dan bukannya jalan mereka
yang dimurkai (iaitu golongan Yahudi) dan bukan juga jalan mereka yang
sesat (iaitu golongan Nasrani). Dengan kata lain, Golongan yang
mendapat hidayah itu bukanlah golongan Yahudi dan juga golongan Nasrani.
ii) Al-Tafsir al-Wajiz ala Hamish al-Quran al-‘Azim: Tunjukkanlah
kami di jalan yang lurus lagi jelas serta tidak bengkok, iaitu Islam dan
Iman. Iaitu jalan yang Engkau telah kurnikan ni’mat kepada mereka
daripada kalangan para malaikat, para anbiya, siddiqin, golongan
syuhada’, orang-orang solehin dan bukan daripada kalangan mereka yang
Engkau murkai; iaitu mereka yang angkuh dan tergelincir daripada
kebenaran, golongan yang jauh dserta dalam keadaan jahil daripada
kebenaran yang terdiri daripada para pengikut mazhab-mazhab sesat yang
menyalahi ajaran Islam serta orang-orang jahat dan munafiqin.
Sementara bagi kalimah “Amin” yang bermaksud “Perkenankanlah doa kami
wahai Tuhan” merupakan satu ungkapan doa dan disepakati secara ijma’,
ia bukan ayat al-Quran. Al-Syahid Sayyid Qutb mengupas tentang surah ini
dalam Tafsir al-Zilal: “ Seseorang muslim mengulangi menyebut surah
pendek ini yang mengandungi 7 ayat sebanyak 17 kali sekurang-kurangnya
sehari semalam dan lebih daripada jumlah itu apabila dia mengerjakan
solat-solat sunat”.
Dalam pada itu, para ulama’ juga berselisih pendapat tentang
al-Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) بسم الله الرحمن الرحيم adakah
ia ayat al-Quran atau hanya sekadar doa sahaja?. Namun para ulama’
bersepakat bahawa perkataan Bismillah yang termaktub dalam surah al-Naml
(Semut) adalah sebahagian daripada ayat al-Quran. ( انه من سليمان و انه
بسم الله الرحمن الرحيم ). Berkaitan dengan perkataan
Bismillahhirahmanirrahim pada permulaan surah al-Fatehah, ringkasnya ada
tiga pendapat, iaitu;
i) Mazhab Syafie: Bismillah pada awal surah itu adalah sebahagian
daripada surah al-Fatehah. Antara dalil yang dipegang oleh mazhab ini
ialah (1)hadis Nabi daripada Ibn Abbas r.a “Rasulullah pernah memulakan
bacaan dalam solat dengan bismillahirahmanirrahim”.
ii) Mazhab Maliki: Perkataan bismillah pada awal surah al-Fatehah
bukan ayat al-Quran dan bukan sebahagian daripada surah al-Fatehah.
Begitu juga pada awal surah-surah lain, al-Basmalah bukanlah ayat
al-Quran. Mazhab ini berpegang dengan dalil hadis daripada Aisyah r.a;
“Rasulullah memulakan solat dengan takbiratul-Ihram dan bacaan
Alhamdulillahi rabbil alamin”.
iii) Mazhab Hanafi: Perkataan bismillah itu merupakan pelengkap bagi
al-Quran. Ia diturunkan sebagai pemisah antara setiap surah dan ia
bukan ayat al-Quran. Mazhab ketiga pula berpegang dengan dalil hadis
al-Qudsi yang dinyatakan oleh Abu Hurairah r.a “Aku dengar Rasulullah
berkata Allah Azza wa Jalla berfirman “ Aku bahagikan antara Aku dan
hambaKu kepada dua dan kepada hambaKu segala apa yang dipinta”. Apabila
seorang hamba berkata “Alhamdulillahi rabbil alamin”. Allah Taala
berfirman “HambaKu memujiKu”. Apabila seorang hamba berkata “Al-Rahman
al-Rahim” Allah Taala berfirman “HambaKu menyanjungKu”. Apabila seorang
hamba berkata “Maliki yaumiddin, Allah Taala berfirman “HambaKu
memuliakan Aku”. Dan Apabila seorang hamba berkata “Iyyaka na’budu wa
Iyyaka nasta’in hingga ke akhir surah ini, Allah Taala berfirman “Ini
adalah antara Antara dan hambaKu dan bagi hambaKu segala apa yang
dipinta”.
Sehubungan ini, para fuqaha’ Islam juga berselisih pendapat mengenai bacaan al-Basmalah (bismillahirahmanirahim) dalam solat;
i) Al-Imam Maliki menegah bacaan al-Basmalah dalam semua solat
fardhu sama ada secara nyaring ataupun secara perlahan, semasa
pendahuluan surah al-Fatehah dan juga semasa memulakan bacaan
surah-surah lain. Al-Imam Malik berpendapat bacaan al-Basmalah hanya
harus dalam solat sunat (Nawafil).
ii) Al-Imam Abu Hanifah menggalakkan seseorang yang mengerjakan
solat agar membaca al-Basmalah secara perlahan (sembunyi suara)
bersekali dengan surah al-Fatehah pada setiap rakaat solat. Adalah lebih
baik jika ia dibaca setiap kali sebelum dibaca surah-surah lain.
iii) Al-Imam Syafie: Membaca al-Basmalah adalah WAJIB dalam setiap solat.
iv) Al-Imam Ahmad bin Hanbal al-Basmalah hanya perlu dibaca secara
perlahan (tidak dengan suara nyaring) dan tidak disunatkan membacanya
dengan suara nyaring.
Sementara itu, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal sependapat
mengatakan bahawa bacaan surah al-Fatehah adalah syarat sah solat.
Sesiapa yang berkemampuan membacanya tetapi meninggalkannya maka
solatnya tidak sah. Manakala al-Imam al-Tsauri dan Abu Hanifah
berpendapat sah solat tanpa bacaan al-Fatehah tetapi amat tercela
(makruh) dan sekurang-kurangnya perlu diganti dengan 3 ayat pendek yang
lain ataupun ayat panjang. Para fuqaha’ bersepakat bahawa seseorang
makmum yang mendapati imam sedang rukuk, maka dia tidak wajib membaca
al-fatehah (memadailah dengan bacaan imam). Namun jika seseorang makmum
mendapati imam sedang berdiri (belum rukuk), maka dalam masalah ini
para fuqaha berselisih pendapat;
1) Al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal mengatakan bacaan al-Fatehah di
belakang imam adalah wajib sama ada dalam solat secara sirriyyah
(secara sembunyi bacaannya) ataupun solat jahriyyah (secara nyaring
bacaan).
2) Al-Imam Malik berpendapat makmum hanya perlu membaca al-Fatehah di
belakang imam semasa dalam solat sirriyyah sahaja dan bukan dalam solat
jahriyyah.
3) Al-Imam Abu Hanifah; Seseorang makmum tidak wajib
membaca al-Fatehah di belakang imam sama ada dalam solat sirriyyah
ataupun solat jahriyyah.
Setiap rasul yang diutus kepada umatnya memiliki mukjizat masing-masing.
Ketika ilmu sihir digandrungi masyarakat pada masa Nabi Musa, maka
Allah menganugrahkan mukjizat kepada nabi Musa berupa kemampuan untuk
membelah lautan dan mengubah tongkat menjadi ular besar.
Ketika ilmu kedokteran memiliki derajat tinggi pada masa Nabi Isa,
maka Allah menganugrahkan mukjizat kepada Nabi Isa berupa kemampuan
untuk menghidupkan kembali orang mati dan menyembuhkan orang buta.
Ketika ilmu sastra dan syair menjadi idola di kalangan bangsa Arab pada
masa Nabi Muhammad, maka Allah memberikan mukjizat kepada Nabi Muhammad
saw yaitu dengan menurunkan kitab suci Al-Qur`an.
Al-Qur`an merupkan mukjizat terbesar yang dianugrahkan kepada Nabi
Muhammad, karena keberadaannya yang tidak lenyap meskipun Rasulullah
sudah wafat.
Adapun sisi kemukjizatan Al-Qur`an antara lain:
1. Redaksi Al-Qur`an mencakup keindahan bahasa (fashahah) dan retorika (balaghah)
2. Al-Qur`an memiliki redaksi berbeda antara gaya bahasa bertutur dengan rima-rima dalam syair
3. Memuat kisah-kisah umat terdahulu dan sejarah perjalanan hidup
para nabi yang dikenal luas oleh kalangan Ahli Kitab. Padahal pembawa
Al-Qur`an adalah Rasulullah saw yang ummi (buta huruf), tidak bisa
menulis dan membaca.
4. Al-Qur`an menginformasikan hal-hal yang ghaib dan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa datang.
5. Keshahihan (otentitas) Al-Qur`an senantiasa terjaga dan
terpelihara sepanjang masa. Allah swt berfirman, “Sesungguhnya Aku
(Allah) yang menurunkan Al-Qur`an, dan sesungguhnya Aku pula yang
benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)
Setelah mengetahui bahwa Al-Qur`an adalah mukjizat sepanjang masa,
maka kewajiban kita sebagai seorang muslim terhadap Al-Qur`an adalah
membacanya, mentadabburinya, dan mengamalkannya. Adapun keutamaan dari
membaca dan mentadabburi Al-Qur`an sangat banyak sekali, antara lain:
1- Memperoleh Pahala Berlipat Ganda
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu
kebaikan. Sedangkan kebaikan dibalas dengan sepuluh kali kelipatannya.
Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf. Akan tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR At-Tirmidzi)
2- Bersanding dengan Malaikat yang Mulia
Aisyah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Orang yang mahir
dalam Al-Qur’an bersama-sama dengan Malaikat yang mulia lagi baik.
Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan dia kesulitan
dalam membacanya, dia mendapat dua pahala.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
3- Memperoleh Syafaat dari Al-Qur`an
Abu Umamah Al-Bahili berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
‘Bacalah Al-Qur`an. Karena pada Hari Kiamat ia akan datang memberi
syafaat bagi pembacanya.” (HR. Muslim)
4- Al-Qur`an adalah Hidangan Allah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa
Sallam bersabda, “Sesungguhnya Al-Qur`an adalah hidangan Allah. Maka
terimalah hidangan-Nya semampu kalian. Sesungguhnya Al-Qur’an adalah
tali Allah yang kuat, cahaya yang menerangi, obat yang bermanfa’at,
menjaga orang yang berpegang kepadanya dan menyelamatkan orang yang
mengikutinya. Ia (al-Qur’an) tidak melenceng sehingga di caci maki,
tidak bengkok sehingga diluruskan, tidak akan pernah habis keajaibannya,
tidak rusak dikarenakan oleh banyaknya bantahan—bacalah, sesungguhnya
Allah—akan mengganjar kalian karena telah membacanya. Setiap huruf
adalah sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim adalah satu
huruf, akan tetapi (masing-masing) Alif, Lam, dan Mim (adalah satu
huruf).” (HR Al-Hakim)
5- Menuntun Jalan Menuju Surga
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Al-Qur`an akan
menjadi sesuatu yang memberi syafaat dan syafaatnya diterima. Menjadi
pejalan dan membenarkan. Barangsiapa yang meletakkan Al-Qur`an di
hadapannya, maka Al-Qur`an akan menuntunnya ke surga; Dan barangsiapa
yang meletakkan Al-Qur`an di belakang punggungnya, maka Al-Qur`an akan
menggiringnya ke dalam neraka.” (HR. Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)
6- Menjadi Tombo Ati
Seorang ulama mengatakan bahwa tombo ati (obat
penyakit hati) ada lima: yaitu membaca Al-Qur`an sekaligus
mentadabburinya, shalat tahajjud, dzikir di malam hari, perut yang
lapar, dan bersahabat dengan orang-orang saleh.
Selain keutamaan di atas, dengan mentradisikan membaca dan mentadabburi
Al-Qur`an akan membentuk kepribadian yang sesuai dengan nilai-nilai
Al-Qur`an. Hal tersebut merupakan salah satu cara agar kita bisa
menteladani Rasulullah saw, karena akhlak beliau—sebagaimana dikatakan
oleh Sayyidah Aisyah—adalah Al-Qur`an.
Bermulanya usul ma’rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan
kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala
rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita
memulakan segala amalan.Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :”Bermula
sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :
1. Sembahyang orang-orang Mubtadi
Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar
mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan
mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka
amalan ini syirik semata-mata.
2. Sembahyang orang Mutawasit
Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah.
Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah.
Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu,
tidaklah ia terkena syirik.
3. Sembahyang orang Mumtahi
Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana
ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan
lemah.Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan
kehendaknya melainkan Kehendak Allah.
La’ maujud bila’ hakikat ilallah: “Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ haiyyun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ ‘alimun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ qadirun bila’ hakikat ialallah: “Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ iradatun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ sami’un bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ basirun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
Wa la’ mutakallimun bila’ hakikat ilallah:”Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a.:
“Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :
Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir. Qiyamlah kamu seperti
Rasulullah SAW qiyam.Ruku’lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku’.
Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud. Tahiyyatlah kamu seperti
Rasulullah SAW tahiyyat. Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam.
“Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita
buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata
pepatah “Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai
jua”.Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita
mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu
bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu
ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.Mana yang
dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh
didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di
atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi.Seperti
sabda Rasulullah SAW :
“ Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi ” Ertinya : “
Menyehaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan. ” Dan satu
lagi Hadis mengatakan : ” An niatu bilqalbi bila’ sautin wala’ harfin ”
Ertinya : “ Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada
berhuruf. ” Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala
mengata “ Allahu Akbar ” : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar
umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan dia niat
‘arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas
mereka baru menuntut ilmu. Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia
kepada tiga :
1 – Qasad : Menyatakan pada “usalli fardhu” menandakan ada waktu pada hamba yang taat.
2 – Ta’rad : Menyatakan pada “arba’a raka’at” menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan.
3 – Ta’yin : menyatakan pada “Lillah Ta’ala” menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati.
Maka sesudah nyata Qasad, Ta’rad, Ta’yin bererti telah nyatalahkiblat
dada kepada Baitullah.Kiblat hati kepada nyawazat memandang zat.Sifat
memandang sifat.Baharulah kita mengatakan “Allahu Akbar”.Serta hadir
mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta’ala semata-mata. Maka inilah
dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam al-Gahazali
r.a. katanya,”Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta’ala,
Allahu Akbar.” ialah seperti berikut;
1. Usalli – maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba,
maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah
kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.
2. Rakaat – menyatakan hal kelakuanNya. Maka
hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe’el mu di
dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.
3. Lillahi ta’ala – Menyatakan sirNya (rahsia). Maka
fana’lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah.
Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.
4. Allahu Akbar – menyatakan kaya Tuhan terhadap
hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta’ala kerananya Allah
Ta’ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti
akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan
Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu
mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara
mu’minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka
bersahut-sahut akan roh-roh Anbia’ dan Aulia’ serta Malaikat dengan
katanya, “Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!”.5. Fardhu – sah dan
nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba
mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada
yang berhak.
Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya
diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah
dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja.
Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada
sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan
fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan
di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya
mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.Jalan
sudah ada. Kepada saudara ku maka sayugialah mencari maksud pengajaran
ini.Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum
fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana
terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari
kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.
Penerangan lanjut kepada perkara yang berkaitan dengan Fardu.Seperti
yang sudah diketahui, “Fardhu” membawa maksud kepada “sah dan nyata”.Dan
fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Seperti yang diketahui
pula, sifat Wahdaniah itu ertinya Esa zat Allah Ta’ala, mustahil
berbilang-bilang.Inilah yang wajib kita fahami mengapa sesuatu perbuatan
yang wajib itu difardhukan.MAKSUD “Umpamanya kita mesti mengetahui mana
dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dikatakan fardhu
di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu diakhir fardhu?”Aku
sebenarnya ingin mengajak saudara berdua kepada teori dan praktikal di
dalam sesutau amal perbuatan itu mesti disahkan dan nyata ilmu tersebut
oleh guru dan ada kebenarannya di sisi Allah Ta’ala.
Sebagai satu contoh. Umpamanya di dalam solat, rata-rata kita
mengetahui hukum-hakamnya daripada berdiri betul sehingga diakhiri
dengan memberi salam. Semua orang yang beragama Islam pasti tahu
aturannya, hatta budak-budak sekolah tadika pun tahu bagaimana melakukan
solat.Sebelum solat pula, adalah terlebih dahulu kita wajib berwudhu’.
Bagaimana pula dengan kifiat berwudhu’??? Timbul lagi persoalan!TETAPI
apa yang aku maksudkan, sudahkah kita dapat petua-petua yang sebenar di
dalam fardhu-fardhu tersebut??? Bagimana yang dikatakan berdiri betul,
bagaimana yang dikatakan niat, seterusnya sehingga memberi salam. Ini
yang aku nak saudara-saudara ku fahami.Perbuatan solat tersebutlah yang
wajib disahkan dan nyata! Aku sering menekankan persoalan berilmu dan
beramal, yakni ilmu yang wajib disertakan dengan amal perbuatan. Kalau
tidak amalan kita akan menjadi sia-sia.Bagi ku persoalan solat itu
adalah begitu penting. Dengan sebab itu, mendirikan solat itu dikatakan
sebagai tiang agama. Tapi bagi aku mendirikan solat itu sebagai “Tiang
Arash”!Sebab apa aku berkata demikian, kerana seperti yang sudah aku
perkatakan pada saudara Habib bahawa “di dalam solatlah kita boleh
di-ISRA’ dan di-MI’RAJ-kan.
Kita boleh merasai pengalaman-pengalaman tersebut. Inilah yang
dikatakan hakikat di dalam perbuatan solat.Pengalaman yang bagaimana???
Hanya diri saudara-saudara ku sendiri yang boleh menjawabnya. Bukan diri
aku, aku hanya sekadar “MERIWAYATKAN” amanah Allah SWT!Sabda Rasulullah
SAW :LA TASIHHU’L-SALATU ILLA BI’L-MA’RIFAHBermaksud : “Tiada sah solat
melainkan dengan ma’rifat.”AL-MA’RIFATU SIRRIBermaksud : “Yang ma’rifat
itu rahsiaku.”Sebagai “Talib” yakni orang yang menuntut ilmu itu, kita
akan melalui dua kategori iaitu :
1. SALIK-salik. SALIK MAJZUB Dengan sebab itu aku mengatakan, “setiap
individu itu mempunyai satu Tuhan”.Membawa maksud ” ma’rifat di antara
kita (setiap individu) di dalam meng-ESA-kan Allah Ta’ala itu adalah
berbeza.”Perkara ini aku berpegang kepada pertanyaan yang diajukan oleh
Saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah SAW semasa baginda turun
daripada Mi’raj bertemu Allah Ta’ala.Tanya Saidina Abu Bakar kepada
Rasulullah SAW, “Bagaimana engkau melihat dan kenal Allah Ta’ala, ya
Muhammad???Jawab Rasulullah SAW, “‘Araftu rabbi bi rabbi!” yakni “Aku
kenal Tuhan ku dengan Tuhan ku!”Sungguh simbolik, tetapi itulah jawapan
yang paling mampu Rasulullah SAW gambarkan.Apabila lain daripada Allah
tiada dilihatnya, maka fana’ hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini
terlalu mushkil. Oleh itu saudara-saudaraku hendaklah benar-benar tahkik
mengetahuinya.Saudara Suluk dan Habib sendiri aku pasti sedia maklum
apa yang dikatakan atau bagaimana yang dikatakan “Kalam Allah” – “Tiada
berhuruf dan tiada bersuara.” Dengan sebab itulah Rasulullah SAW
ditajallikan sebagai seorang hamba yang “Tiada tahu menulis dan tiada
tahu membaca!”Di dalam konsep penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW
sendiri, baginda “gementar” untuk menerimanya apatah lagi bagaimana
untuk menyampaikan kepada ummat yang lain agar ummat-ummat ketika itu
faham, tahkik dan boleh menerima setiap rahsia dan perkhabaran dari
wahyu yang “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.”Itu ummat Islam generasi
Rasulullah SAW! Berhadapan (berhadap terus) dengan Rasulullah SAW! Tiada
hijab dengan Rasulullah SAW!Bagaimana pula dengan “Ummat Muhammad Akhir
Zaman”??? Bertimpa-timpa hijabnya. Langsung tidak dapat “membayangi”
kelibat Rasulullah SAW!!!Saudara-saudara Ku,Sedikit hendak menambah,
sekadar mencari kesesuaian.Tetakala seseorang itu mengangkat takbir
dengan lafas “Allahu Akbar” maka telah ada 3 ilmu padanya iaitu:
1. Usuluddin
2. Fekah
3. Tasauf
Adapun had ilmu yang tiga itu ialah:Usuludin – mengetahui yang wajib,
mustahil dan harus Fekah – mengetahui segala rukun, syarat dan yang
membatalkan
Tasauf – mengetahui segala yang membatalkan amalan pahala seperti
riak, taksud dll.Manakah yang dinamakan Syariat, Tarikat, Hakikat &
Makrifat di dalam sholat?.Syariat – adalah tubuh iaitu segala gerakan
dan perbuatan yang dilakunkan.Tarikat – adalah hati iaitu mengingatkan
kerja-kerjanya satu persatu.Hakikat – hanya kepada Allah sahaja.Makrifat
– adalah Rahsia seiring dengan Hakikat
Martabat orang sembahyang itu ada tiga.
1. Martabat syariat
2. Martabat sembahyang orang tarikat
3. Sembahyang orang Hakikat
Rupa sembahyang orang syariat dan hukumnya. Adapun sembahyang orang
syariat itu, ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah serta
suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata kerana harap dapat
pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun
serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata.
Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar
bukit. Wallahualam.Rupa sembahyang orang tarikat dan hukumnya.Adapun
sembahyang orang tarikat itu, iktikatnya hadir Allah Taala pada
hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala
bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada
hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada
takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan yang
disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya
daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang.
Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan
tetapi alas (kecil) syiriknya.
Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang
hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya
memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang
ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah
segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang
lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.Jadi
sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh
dan nyawa atau jasad dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan
manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan,
sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal.
Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu
Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya
tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat
bagi Dzat dan yang empunya amal itu adalah Dzat. Oleh kerana itulah
sembahyang orang syariat dihukumkan syirik. Wallahualam.Setelah nyata
kezahiran kalimah tersebut, barulah didatangkan nyawa. Maka bersuaralah
Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Tetakala ini
karamlah aku didalam kebesarannya. Kemudian diikuti dengan tujuh
kesempurnaan Takbir iaitu;La Hayun,La Alimun,La Samiun,La Kadirun,La
Basirun,LaMuridun,La Mutakalimun bilhaqi Ilallah.Maka bersuaralah Ia
dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Mengeletarlah diri
ini, karam didalam kebesarannya. Sungguh cantik dan indah bagi mereka
yang mengetahui rahsia dan perbuatan sholat itu. Segala-galanya tersirat
disebalik firman Allah yang bermaksud:”Jika Engkau mengasihi Allah,
Ikutilah Aku. Nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa mu”.
Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.
Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu
Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan
tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan
bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan
akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf
bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.
Ciuman sebagai sunnah semata-mata
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi
S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab
apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau
berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku
tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan
melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Sejarah Hajarul Aswad
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya
putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan
membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin
Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair
r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa
Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah
bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal
dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari
syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu
al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M),
seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan
informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu
pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam
a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna
putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang
cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa
perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan
sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair
bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu
dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan,
lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang
dilakukan oleh orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna
putih kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan
Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih
tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t
tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup
mamandangnya.
Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah
mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi
Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika
pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan
kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah
itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di
tempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku
Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak
untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama
sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.
Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi
rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar
Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan
kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu.
Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah
anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di
tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah
untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat
serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar
Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di
tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan
yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.
Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di
sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut
Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli
sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang
memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi
kebakaran pada Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar
Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya
dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah
(memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia
memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika
itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad
dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah
Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda
menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad,
sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas
itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul
Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah
Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918),
lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru.
Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit
dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.
SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari
seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan
Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut
tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan
wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.
Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu.
Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan
tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.
Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika
menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi
kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.
Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama
lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia
(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan
(dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)
Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya
mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan
bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:
“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai
masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku
berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya
berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”
Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali,
iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn
Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)
Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara
diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika
mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu
Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.
Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi
Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan)
terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad
(sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.
Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar
al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah
sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku
melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”
Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga
Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang
soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.
Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.
Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah
adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu
berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman
Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping
kepada lapan gugusan batu kecil.
Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada
Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi
yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa’ pada 319 Hijrah,
tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.
Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu
besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi
dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya
batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.
Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang
mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar
diletakkan di satu sudut Kaabah.
Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman
Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas
daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang
diserap tahun ke tahun.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan
dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu
Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila
baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu
keluar dan memberikan kepada baginda.
Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan
bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda
melakukan tawaf.
Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.
Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda
untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu
hitam terbabit kepadanya.
Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah
Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah,
Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan
semula batu terbabit di tempat asalnya.
Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan
Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku
Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di
tempat asalnya.
Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku
terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian
Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya
sendiri.
Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan
selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan
satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan
mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ”
Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan
membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata
untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada
sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan
menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam
(mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca
dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat.
Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:
Fussilat Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka
kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap
kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan
tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat
berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan
kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)
Zalzalah Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama
rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar,
jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak
mengucup hajaraul aswad.
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan
orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar
dosanya.
Manusia dilahirkan di bumi ini dalam keadaan bodoh, tidak mengerti
apa-apa. Lalu Allah mengajarkan kepadanya berbagai macam nama dan
pengetahuan agar ia bersyukur dan mengabdikan dirinya kepada Allah
dengan penuh kesadaran dan pengertian. Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan
tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran,
penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (An-Nahl: 78)Pada
hakikatnya, semua ilmu makhluk adalah “Ilmu Laduni” artinya ilmu yang
berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Para malaikat-Nya pun berkata:
“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang
telah Engkau ajarkan kepada kami.” (Al-Baqarah: 32)
Ilmu laduni dalam pengertian umum ini terbagi menjadi dua bagian.
Pertama, ilmu yang didapat tanpa belajar (wahbiy). Kedua, ilmu yang
didapat karena belajar (kasbiy).
Bagian pertama (didapat tanpa belajar) terbagi menjadi dua macam: Ilmu Syar’iat dan Ilmu Ma’rifat
Ilmu Syar’iat, yaitu ilmu tentang perintah dan larangan Allah yang
harus disampaikan kepada para Nabi dan Rasul melalui jalan wahyu (wahyu
tasyri’), baik yang langsung dari Allah maupun yang menggunakan
perantaraan malaikat Jibril. Jadi semua wahyu yang diterima oleh para
nabi semenjak Nabi Adam alaihissalam hingga nabi kita Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam adalah ilmu laduni termasuk yang diterima
oleh Nabi Musa dari Nabi Khidlir . Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
tentang Khidhir: “Yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi
Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.”
(Al-Kahfi: 65)
Di dalam hadits Imam Al Bukhari, Nabi Khidlir alaihissalam berkata
kepada Nabi Musa alaihissalam: “Sesungguhnya aku berada di atas sebuah
ilmu dari ilmu Allah yang telah Dia ajarkan kepadaku yang engkau tidak
mengetahuinya. Dan engkau (juga) berada di atas ilmu dari ilmu Allah
yang Dia ajarkan kepadamu yang aku tidak mengetahuinya juga.”
Ilmu syari’at ini sifatnya mutlak kebenarannya, wajib dipelajari dan
diamalkan oleh setiap mukallaf (baligh dan mukallaf) sampai datang ajal
kematiannya.
Ilmu Ma’rifat (hakikat), yaitu ilmu tentang sesuatu yang ghaib
melalui jalan kasyf (wahyu ilham/terbukanya tabir ghaib) atau ru’ya
(mimpi) yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang mukmin dan
shalih. Ilmu kasyf inilah yang dimaksud dan dikenal dengan julukan “ilmu
laduni” di kalangan ahli tasawwuf. Sifat ilmu ini tidak boleh diyakini
atau diamalkan manakala menyalahi ilmu syari’at yang sudah termaktub di
dalam mushaf Al-Qur’an maupun kitab-kitab hadits. Menyalahi di sini bisa
berbentuk menentang, menambah atau mengurangi.
Bagian Kedua
Adapun bagian kedua yaitu ilmu Allah yang diberikan kepada semua
makhluk-Nya melalui jalan kasb (usaha) seperti dari hasil membaca,
menulis, mendengar, meneliti, berfikir dan lain sebagainya.
Dari ketiga ilmu ini (syari’at, ma’rifat dan kasb) yang paling utama
adalah ilmu yang bersumber dari wahyu yaitu ilmu syari’at, karena ia
adalah guru. Ilmu kasyf dan ilmu kasb tidak dianggap apabila menyalahi
syari’at. Inilah hakikat pengertian ilmu laduni di dalam Islam.
KHURAFAT SHUFI
Istilah “ilmu laduni” secara khusus tadi telah terkontaminasi
(tercemari) oleh virus khurafat shufiyyah. Sekelompok shufi mengatakan
bahwa:
* “Ilmu laduni” atau kasyf adalah ilmu yang khusus diberikan
oleh Allah kepada para wali shufi. Kelompok selain mereka, lebih-lebih
ahli hadits (sunnah), tidak bisa mendapatkannya.
* “Ilmu laduni” atau ilmu hakikat lebih utama daripada ilmu
wahyu (syari’at). Mereka mendasarkan hal itu kepada kisah Nabi Khidlir
alaihissalam dengan anggapan bahwa ilmu Nabi Musa alaihissalam adalah
ilmu wahyu sedangkan ilmu Nabi Khidhir alaihissalam adalah ilmu kasyf
(hakikat). Sampai-sampai Abu Yazid Al-Busthami (261 H.) mengatakan:
“Seorang yang alim itu bukanlah orang yang menghapal dari kitab, maka
jika ia lupa apa yang ia hapal ia menjadi bodoh, akan tetapi seorang
alim adalah orang yang mengambil ilmunya dari Tuhannya di waktu kapan
saja ia suka tanpa hapalan dan tanpa belajar. Inilah ilmu Rabbany.”
* Ilmu syari’at (Al-Qur’an dan As-Sunnah) itu merupakan
hijab (penghalang) bagi seorang hamba untuk bisa sampai kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
* Dengan ilmu laduni saja sudah cukup, tidak perlu lagi
kepada ilmu wahyu, sehingga mereka menulis banyak kitab dengan metode
kasyf, langsung didikte dan diajari langsung oleh Allah, yang wajib
diyakini kebenarannya. Seperti Abd. Karim Al-Jiliy mengarang kitab
Al-Insanul Kamil fi Ma’rifatil Awakhir wal Awail. Dan Ibnu Arabi (638 H)
menulis kitab Al-Futuhatul Makkiyyah.
* Untuk menafsiri ayat atau untuk mengatakan derajat hadits
tidak perlu melalui metode isnad (riwayat), namun cukup dengan kasyf
sehingga terkenal ungkapan di kalangan mereka “Hatiku memberitahu aku
dari Tuhanku.” Atau “Aku diberitahu oleh Tuhanku dari diri-Nya sendiri,
langsung tanpa perantara apapun.”
Sehingga akibatnya banyak hadits palsu menurut ahli hadits,
dishahihkan oleh ahli kasyf (tasawwuf) atau sebaliknya. Dari sini kita
bisa mengetahui mengapa ahli hadits (sunnah) tidak pernah bertemu dengan
ahli kasyf (tasawwuf).
BANTAHAN SINGKAT TERHADAP KESESATAN DI ATAS
* Kasyf atau ilham tidak hanya milik ahli tasawwuf. Setiap
orang mukmin yang shalih berpotensi untuk dimulyakan oleh Allah dengan
ilham. Abu Bakar radhiallahu anhu diilhami oleh Allah bahwa anak yang
sedang dikandung oleh isterinya (sebelum beliau wafat) adalah wanita.
Dan ternyata ilham beliau (menurut sebuah riwayat berdasarkan mimpi)
menjadi kenyataan. Ibnu Abdus Salam mengatakan bahwa ilham atau ilmu
Ilahi itu termasuk sebagian balasan amal shalih yang diberikan Allah di
dunia ini. Jadi tidak ada dalil pengkhususan dengan kelompok tertentu,
bahkan dalilnya bersifat umum, seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi
wasalam: “Barangsiapa mengamalkan ilmu yang ia ketahui, maka Allah
mewariskan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui.” (Al-Iraqy berkata: HR.
Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah dari Anas radhiallahu anhu, hadits dhaif).
* Yang benar menurut Ahlusunnah wal Jama’ah adalah Nabi
Khidhir alaihissalam memiliki syari’at tersendiri sebagaimana Nabi Musa
alaihissalam. Bahkan Ahlussunnah sepakat kalau Nabi Musa alaihissalam
lebih utama daripada Nabi Khidhir alaihissalam karena Nabi Musa
alaihissalam termasuk Ulul ‘Azmi (lima Nabi yang memiliki keteguhan hati
dan kesabaran yang tinggi, yaitu Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan
Muhammad). Adapun pernyataan Abu Yazid, maka itu adalah suatu kesalahan
yang nyata karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasalam hanya mewariskan
ilmu syari’at (ilmu wahyu), Al-Qur’an dan As-Sunnah. Nabi mengatakan
bahwa para ulama yang memahami Al-Kitab dan As-Sunnah itulah pewarisnya,
sedangkan anggapan ada orang selain Nabi shallallahu ‘alaihi wasalam
yang mengambil ilmu langsung dari Allah kapan saja ia suka, maka ini
adalah khurafat sufiyyah.
* Anggapan bahwa ilmu syari’at itu hijab adalah sebuah
kekufuran, sebuah tipu daya syetan untuk merusak Islam. Karena itu,
tasawwuf adalah gudangnya kegelapan dan kesesatan. Sungguh sebuah sukses
besar bagi iblis dalam memalingkan mereka dari cahaya Islam.
* Anggapan bahwa dengan “ilmu laduni” sudah cukup adalah
kebodohan dan kekufuran. Seluruh ulama Ahlussunnah termasuk Syekh Abdul
Qodir Al-Jailani mengatakan: “Setiap hakikat yang tidak disaksikan
(disahkan) oleh syari’at adalah zindiq (sesat).”
* Inilah penyebab lain bagi kesesatan tasawwuf. Banyak
sekali kesyirikan dan kebid’ahan dalam tasawwuf yang didasarkan kepada
hadits-hadits palsu. Dan ini pula yang menyebabkan orang-orang sufi
dengan mudah dapat mendatangkan dalil dalam setiap masalah karena mereka
menggunakan metode tafsir bathin dan metode kasyf dalam menilai hadits,
dua metode bid’ah yang menyesatkan.
Tiada kebenaran kecuali apa yang diajarkan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda: “Wahai manusia
belajarlah, sesungguhnya ilmu itu hanya dengan belajar dan fiqh (faham
agama) itu hanya dengan bertafaqquh (belajar ilmu agama/ilmu fiqh). Dan
barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia akan difaqihkan
(difahamkan) dalam agama ini.” (HR. Ibnu Abi Ashim, Thabrani, Al-Bazzar
dan Abu Nu’aim, hadits hasan).
Sumber:
Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalaniy (I/141, 167).
Fiqhut Tasawwuf, Ibnu Taimiah (218).
Mawaqif Ahlusunnah, Utsman Ali Hasan (60, 76).
Al-Fathur Rabbaniy, Abdul Qadir Al-Jailani (hal. 159, 143, 232).
Al-Fatawa Al-Haditsiyah, Al-Haitamiy (hal. 128, 285, 311).
Ihya’ Ulumuddin, Al-Ghazali (jilid 3/22-23) dan (jilid 1/71).
At-Tasawwuf, Muhammad Fihr Shaqfah (hal. 26, 125, 186, 227).
Al-Hawi, Suyuthiy (2/197).
TANDA-TANDA WALI ALLAH
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:
“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman:
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku
sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka.”
Dari Said ra, ia berkata:
“Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau
bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat
mengingatkan kita kepada Allah.”
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra,
kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan
engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar
Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah
mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak
ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka
tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah
orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13
Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang
adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali
kepada Allah ketika ditimpa bencana.”
4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
Surah Yunus: 62 – 64
Hadisriwayat. Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada
orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para
syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti
kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah,
siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah
orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak
ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah
mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari
cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw
membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali
Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati.”
5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi
wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah,
wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”
Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti
segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari
kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka
menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para
nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun
mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha
Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka
bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak
tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi
sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika
aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis
kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak
menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan
menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan
mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia
akan mendapati siksa yang berat.”
6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba
yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya,
jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam
syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan
mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak
terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”
Rujukan:-
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini
tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah
dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan
punah dari peredarannya. . Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan
dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang
mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di
sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan
syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka.
Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan,
mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di
dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah
khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agamaNya yang
lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”
9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para
siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu
merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan
memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka
Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka,
maka Aku murka kepadamu. ” Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa
tanda-tanda mereka?” Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi
diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan
penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti
burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur
telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah
bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya.
Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat,
menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk,
ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku
beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati
mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia.
Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan
mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan
wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku
berikan kepada mereka?”
Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal.. 80
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah
saw bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada
di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika
mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis
secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka
suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah
Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka
suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka
selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia,
meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi
dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu
berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka
mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an
dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.
Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka
memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan
mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit.
Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia,
tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan
akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia,
tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau
menyebutkan firman Allah yang artinya: “Kedudukan yang setinggi itu
adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut
kepada ancamanKu.”
11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda: “Berapa banyak
manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia
berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah
seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai
Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’
berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.”
Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku mohon,
berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka
kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.
Rujukan:-
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16
12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum
annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan. Maka
dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw
bertanya kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata
Abdullah: “Aku tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa
khalaqnakum ‘abathan” sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda:
“Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada
suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”
– Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti
penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat
kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut
hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al
Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang
mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan
taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur
Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz
dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti
pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai
darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang
pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang
pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti
pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap
masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco.
Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka
bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan.
Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap
masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu
wilayah di
bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah
dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan
tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang
bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal
yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia
menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan
darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar
beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua
suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas
orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya
tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang
rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu
untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki
seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau
ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat
bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada
seorang waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa
yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana
sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali
tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang
dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali
yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak
lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti
penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap
zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan
di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja
yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda
Nabi:
“Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.
Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak
sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw
berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih
darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang
yang berani dan pandai berhujjah.
Dari dua belas wanita yang Rasulullah saw nikahi, hanya
Khadijah binti Khuwalid dan Mariah Al-Qabtiyya yang memberi beliau
keturunan. Pernikahan Nabi Muhammad saw dengan Khadijah dikaruniai tujuh
ormuhammad 2ang anak, diantaranya tiga putra (Al Qasim, Abdullah, dan
Tayyib) yang meninggal dunia sewaktu masih kecil dan empat putri
(Zainab, Ruqayyah,Ummi Kaltsum, dan Fatimah). Sedangkan dari pernikahan
beliau dengan Mariah Al-Qabtiyya dikarunia seorang anak bernama Ibrahim
yang meninggal sewaktu masih kecil.
Dengan demikian, jumlah anak Nabi Muhammad asaw dalah delapan orang,
empat laki-laki yang kesemuanya meninggal sewakti masih kecil, serta
empat wanita. Putranya yang bernama Ibrahim hanya hidup selama 18 bulan.
Nabi saw menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir
sambil meneteskan air mata, beliau berkata “mata boleh meneteskan air,
hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang
tidak diridhoi Allah”.
Zainab binti Muhammad adalah putrid sulung Rasulullah saw. Zainab
dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’. Dia memeluk agama Islam dan ikut
hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah
sampai dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Nabi Muhammad saw
meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah
dia masuk Islam, Rasulullah saw menikahkan mereka kembali. Zainab binti
Muhammad wafat di tahun 8 H.
Ruqayyah dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah.
Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Binasalah kedua
tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.” (QS. al-Lahab : 1)
dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Dia memeluk
Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan
ikut bersama suaminya hijrah ke Abessina (habasyah), kemudian mereka
kembali dan menetap di Madinah dan seterusnya meninggal di kota itu
pula. Sepeninggal Ruqayyah di tahun 2 H, adiknya yang bernama Ummi
Kaltsum dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut berhijrah ke Madinah.
Ummi Kaltsum wafat di tahun 9 H/639 M.
Putri bungsu Nabi Muhammad saw adalah Fatimah Az-Zahra. Fatimah
adalah putri kesayangan Nabi Muhammad saw. Selain itu, ia juga merupakan
seorang putri Nabi saw yang paling terkenal di dunia Islam. Ia
menghabiskan masa kanak-kanaknya di Mekah sehingga mengalami secara
langsung tekanan dan penyiksaan yang menimpa keluarganya, karena pada
masa itu Nabi Muhammad saw baru memulai perjuangannya mensyiarkan Islam.
Sedangkan masa remaja dan dewasanya, Fatimah tinggal di Madinah.
Fatimah binti Muhammad menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari
pernikahannya itu, dikaruniai lima orang keturunan, tiga putra (Hasan,
Husein, dan Muhassin) dan dua putri (Ummi Kultsum dan Zainab). Fatimah
adalah seorang wanita yang pintar dan ikut pula dalam perjuangan syiar
Islam. Ia meninggal pada tahun 11 H.