06 March 2018

Kisah Zulkarnain menurut tafsiran al Quran


Muqaddimah
Kisah Zulqarnain dalam ayat-ayat 83-98 Surah Al-Kahfi memberikan suatu model Islami tentang suatu Kuasa Besar Dunia Qurani. Kisah yang ringkas dan umum itu seharusnya kita sarikan pengajaran dan teladan untuk panduan dan pedoman kita.
Asbabun Nuzul
Ibnu ‘Abbas menjelaskan bahawa beberapa ayat ini diturunkan berkenaan orang-orang Quraisy yang suatu waktu bertanyakan Rasulullah SAW mengenai seorang pemuda yang mengadakan perjalanan hingga ke masyriq dan maghrib dan peristiwa yang terjadi atas pemuda itu. [HR. Ibnu Jabir]
Golongan Ahli Kitab ingin membuktikan bahawa Al-Qur’an berasal dari Allah yang diturunkan kepada Muhammad SAW. Maka, sebahagian orang yang mendalami kitab mereka bertanya kepada Mumammad SAW tentang kisah umat terdahulu, di antaranya kisah Zulqarnain sebagai mana yang tertera dalam ktab mereka, Taurat dan Injil. Kemudian Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW untuk menjelaskan kisah itu. Zulqarnain adalah utusan Allah yang diutus kepada kaumnya agar mengajak kepada tauhid. Lalu Zulqarnain mendapat tentangan daripada Ya’jj dan Ma’juj, iaitu dua kaum yang membuat kerosakan.
RINGKASAN KISAH
Intro (ayat 83-84)
Zulqarnain diberikan Allah:
1.kekuasaan untuk memerintah bumi (kuasa besar);
2.ilmu, sarana dan prasarana untuk menjayakan misinya; dan
3.ilham jalan untuk menyempurnakan misinya.
Misi 1 (ayat 84-88)
Zulqarnain mengembara ke maghrib (paling barat). Beliau menemui suatu kaum yang kufur ingkar. Dalam melaksanakan perintah Allah (yang diberikan Allah kepadanya secara “opsyen”) beliau menghukum mereka yang zalim dan melayani dengan baik mereka yang beriman dan beramal soleh, sambil mengingatkan mereka tentang balasan Allah berupa azab di akhirat kepada yang zalim dan balasan sebaik-baiknya daripada Allah di akhirat kelak untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.
Misi 2 (ayat 89-91)
Zulqarnain mengembara ke masyriq (paling timur).. Beliau menemui suatu kaum yang primitif yang mendiami kawasan geografi yang tidak berbangunan dan tidak berpokok.
Misi 3 (ayat 92-98)
Zulqarnain berpatah balik dan menuju utara. Beliau menemui suatu kaum yang tidak memahami bahasa beliau. Kaum berkenaan menceritakan kepadanya tentang Ya’juj dan Ma’juj yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka memohon khidmat profesional daripada Zulqarnain untuk membina tembok penghalang antara dua gunung daripada bahaya serangan Ya’juj dan Ma’juj. Zulqarnain memberikan khidmat kepakaran yang dimilikinya, dengan memindahkan teknologi kepada kaum berkenaan serta mendapatkan tenaga sumber insan daripada mereka. Segalanya secara percuma sebagai suatu tanggungjawab sosial Zulqarnain sebagai “sebuah kuasa besar”. Tembok penghalang itu telah berjaya didirikan dengan sharing teknologi yang tinggi yang terbina daripada hasil collaborating sumber dan daya. Zulqarnain berjaya memberikan penyelesaian kepada kaum berkenaan yang selama ini buntu menghadapi masalah yang tanpa penyelesaian.
TERJEMAHAN & TAFSIRAN
وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا (٨٣)
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Orang-orang musyrik itu akan bertanya kepadamu – wahai Muhammad – tentang cerita Zulqarnain; seorang raja yang soleh. Katakanlah kepada mereka, “Aku akan mengisahkan ceritanya kepadamu sebagai suatu peringatan supaya kamu ingat dan mengambil pelajaran dengannya.”
إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الأرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا (٨٤)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kekuasaan kepadanya di muka bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya sebab dan jalan untuk mencapai segala sesuatu yang membawanya kepada apa yang dia kehendaki, iaitu menaklukkan berbagai daerah, mengalahkan musuh, dsb.
فَأَتْبَعَ سَبَبًا (٨٥)
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Maka, dia menempuh jalan dengan sungguh-sungguh dan kerja keras.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا (٨٦)
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyiksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenamnya matahari, dia melihat seolah-olah matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam dan di sana dia mendapati segolongan umat. Kami berkata, “Wahai Zulqarnain, kamu boleh menyiksa mereka dengan membunuh atau selainnya jika mereka tidak mengakui keesaan Allah dan kamu boleh berbuat kebaikan terhadap mereka agar mereka mendapat petunjuk.”
قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا (٨٧)
Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):

Zulqarnain berkta, “Adapun orang yang menganiya dirinya sendiri dan kafir kepada Tuhannya maka kami kelak akan mengazabnya di dunia, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabkan dengan azab yang pedih di Neraka Jahanam.”
وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا (٨٨)
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Adapun orang orang-orang yang beriman dengan Tuhannya dan mengesakan dengan mengamalkan dan menaati-Nya maka baginya syurga sebagai pahala dari Allah. Kami akan berbuat baik kepadanya serta kami akan bersikap lemah lembut dalam ucapan serta kami akan memudahkan hubungan baginya.”
ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٨٩)
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Kemudian, Zulqarnain kembali ke tempat matahari terbenam untuk menempuh jalan (yang lain) yang telah Allah berikan kepadanya.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا (٩٠)
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang tidak mempunyai suatu bangunan yang menutupi mereka dan tidak pula pohon yang melindungi mereka dari cahaya matahari itu.
كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا (٩١)
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala yang ada padanya, iaitu kebaikan dan jalan yang dia tempuh.
ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٩٢)
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Kemudian, Zulqarnain menempuh suatu jalan (yang lain lagi) yang telah kami berikan kepadanya.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلا (٩٣)
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Hingga apabila dia telah sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan orang lain.
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الأرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا (٩٤)
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Mereka berkata, “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu (iaitu dua golongan besar dari anak cucu Adam) adalah orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi dengan membinasakan tanaman dan keturunan maka dapatlah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu dan mengumpulkan harta bagimu, supaya kamu membuat dinding pemisah antara kami dan mereka?”
قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (٩٥)
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Zulqarnain berkata, “Kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepadaku adalah lebih baik bagiku daripada hartamu maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat) darimu agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,
آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا (٩٦)
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Berilah aku potongan-potongan besi.” Hingga apabila mereka datang dan meletakkan, lalu membawanya di samping ke dua gunung itu, Zulqarnain berkata, “Nyalakan api itu.” Hingga apabila semua besi itu telah menjadi api semuanya, dia pun berkata, “Berilah aku tembaga yang mendidih agar kutuangkan ke atas besi panas itu.”
. فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا (٩٧)
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Maka Ya’juj dan Ma’juj tidak sanggup naik ke atas dinding tinggi itu, serta mereka tidak sanggup pula melubangi bahagian bawahnya kerana tebal dan kuatnya.
قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا (٩٨)
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”
Tafsir Ringkas (Al-Muyassar):
Zulqarnain berkata, “Inilah yang aku bangun sebagai dinding untuk mencegah kerosakan Ya’juj dan Ma’juj, rahmat dari Tuhanku untuk manusia, apabila janji Tuhanku datang pada hari Kiamat, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan rata dengan tanah; dan janji Tuhanku itu adalah benar.”
BEBERAPA PERSOALAN
1.Siapakah Zulqarnain?
Identiti sebenar Zulqarnain tidak disebutkan dalam Al-Quran. Al-Quran dinamakan sedemikian kerana beliau memiliki kekuasaan yang luas, meliputi timur dan barat. (Tafsir Al-Kahfi).
Zulqarnain BUKAN Alexander the Great:
Alexander berfahaman animisme sedangkan Zulqarnain seorang yang beriman (Tafsir Fi Zilalil Quran); Alexndaer bukan Zulqarnain kerana Alexander dikenali sebagai orang yang tidak taat beragama, tidak mengesakan Allah, menyembah berhala. (Tafsir Al-Mishbah); Memetik pendapat Fakhrurrazi: “Zulqarnain adalah seorang nabi sedangkan Alexander adalah seorang kafir. Guru Alexander adalah Aristotles dan dia mendengar perintahnya, sedangkan Aristotles adalah kafir. Mengenai status Zulqarnain, yakni sama ada dia seorang nabi atau tidak, saya akan menjelaskannya dalam perbahasan akan datang. (Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqalani); Alexander adalah kafir penyembah berhala, dan dengan itu bukan Zulqarnain. (Fakk’asrar Zi Al-Qarnain wa Ya’juj wa Ma’juj, Syaikh Hamdi).
Zulqarnain ADALAH Alexander the Great:
Imam Jalaluddin Al-Mahali dan Imam Jalaluddin As-Sayuti menyebut Zulqarnain dengan nama Iskandar. (Tafsir Jalalain); Ibnu Hisham mengatakan dengan tegas, “Nama betul adalah Iskandar. Dialah yang membina kota Iskandariah. Kota Iskandariah kemudiannya dinamakan bersempena namanya. (Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisham); Imam Al-Alusi menyatakan Dzulkarnain adalah Alexander iaitu anak Raja Philip yang berjaya mengalahkan Raja Parsi, Darius. (Tafsir Ruh Al-Ma’ani); Memetik beberapa pendapat yang mengatakan Zulqarnain mempunyai nama Iskandar bin Filifus Al-Yunani. (Marohul Labid, Imam Nawawi Al-Jawi); Hidup di era Nabi Musa. (Fathul Baari, Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al-Asqalani); Zulqarnain adalah Iskandar Agung, Raja di Al-Maqduni (Macedonia) di negeri Yunani. (At-Tafsir Al-Qur’ani Li Al-Qur’an, Ustaz Abdul Karim Al-Khatib); Imam As-Tsa’labi berkata: “Zulqarnain dalah Iskandar Bin Philips Bin Hermes Bin Hardos Bin Monton Bin Rumi Bin Latin Bin Yunan Bin Yafits. Nasabnya dikatakan berakhir pada Al-‘Aidh Bin Ibrahim Khalil Ar_rahman.” (Qashsah Al-Anbiya’, As-Tsa’labi).
2.Bilakah latar masa kisah itu?
Era Nabi Ibrahim (Fathul Baari, Ibnu Hajar); Era Nabi Isa; tidak dapat dipastikan.
3.Daripada manakah Zulqarnain memulakan pengembarannnya?
Tidak dapat ditentukan dengan pasti.
4.Daripada manakah Zulqarnain berasal dan di manakah beliau akhirnya berada?
Tidak dapat ditentukan dengan pasti.
5.Di manakah daerah matahari terbenam?
Mencapai hujung peradaban di bahagian barat (Al-Qurthubi); Bahagian barat bumi namun mencapai tempat terbenamnya matahari di langit adalah mustahil (Tafsir Ibnu Kathir); Menempuh jalan ke arah barat (Tafsir Jalalain); Negara yang tidak ada lagi negara selepasnya – tempat terbenamnya matahari kerana tiada bangunan, berjalan ke Tunisia dan kemudian Maghribi, selepas itu tiba di laut di mana diperhatikannya keadaan matahari yang seakan terbenam (Tafsir Maraghi); Di pantai Lautan Atlantik yang diberi nama Laut Gelap; atau muara sungai, di mana terdapat banyak padang rumput dan tanah berlumpur hitam (Tafsir Fi Zilalil Quran); Kawasan barat (Tafsir Al-Azhar); Berada di laut (Tafsir Al-Kahfi, Syaikh Uthaimin); Tempat jauh yang sebelumnya tidak terjangkau di bahagian barat bumi (Tafsir Al-Mishbah).
6.Di manakah lokasi tepat daerah di mana kelihatan matahari terbenam dalam mata air yang hitam berlumpur?
Laut panas yang berlumpur hitam (‘ainan hamiyah), ataupun laut yang berlumpur hitam (‘ainin hami’ah) (Tafsir Tabari); Kathirah Al-Ham’ah = lumpur hitam, mungkin juga Hamiyah = laut yang panas dan berlumpur hitam (Al-Qurthubi); Laut – air dan tanah hitam (lumpur) (Tafsir Ibnu Kathir); Laut yang berlumpur hitam (Tafsir Jalalain); Lautan yang gelap, laut yang berwarna biru seakan lumpur dan air (Tafsir Maraghi); Laut Gelap ataupun sungai yang berlumpur hitam yang banyak. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Mata air atau laut yang hitam, iaitu Lautan Atlantik yang juga biasa dikenali sebagai Bahrizh –Zulumat Lautan Gelap (Tafsir Al-Azhar); Mata air iaitu lautan yang berlumpur hitam (Tafsir Al-Mishbah).
7.Siapakah kaum yang ditemui Zulqarnain?
Kaum Nasik (Tafsir At-Tabari); Umat yang besar daripada bani Adam (Tafsir Ibnu Kathir); Kaum Kafir (Tafsir Jalalain; Tafsir Maraghi); Kaum yang berjumlah 12 000 keluarga (Tafsir Al-Azhar); Kaum yang derhaka kepada Allah atau kaum yang tidak mengenal Agama (Tafsir Al-Mishbah).
8.Di manakah daerah matahari terbit (mathli’ as-syams)?
Ke timur, iaitu tempat yang tidak mempunyai gunung-ganang dan pohon, dan banguna tidak dapat dibina di situ, sehingga penduduk di situ tidak mempunyai rumah. (Tafsir At-Tabari); Zulqarnain sampai di tempat suatu kaum yang tiada orang lain antara mereka dan tempat terbitnya matahari, sementara matahari itu terbit di belakang dengan jarak yang sangat jauh. (Tafsir Qurthubi); Ke tempat matahari terbit. Lokasi tidak dijelaskan. (Tafsir Ibnu Kathir); Menuju ke arah timur, tempat matahari terbit. (Tafsir Jalalain); Beliau sampai di daerah bumi terakhir di timur. (Tafsir Maraghi); Pengembaraannya ke arah timur. Sebelah timur. Tempat yang terbuka di mana cahaya matahari tidak terhalang oleh dataran tinggi atau pohon. Padang pasir dan savana yang luas. Terletak di Timur Jauh, dai mana seseorang dapat melihat matahari terbit di dataran yang mendatar dan terbuka, dan lokasinya di sekitar Timur Afrika.(Tafsir Fi Zilalil Quran); Negara di timur itu berlatar belakangkan padang pasir yang luas dan kering, yang sukar ditempuhi manusia. (Tafsir Al-Azhar); Ke arah terbitnya matahari (timur) – lokasinya tidak dinyatakan. (Tafsir Al-Kahfi). Di sebelah timur. (Tafsir Al-Mishbah).
9.Kaum apakah yang ditemui Zulqarnain dan latar geografi yang diduduki (qaumil lam naj’al lahum min duunihaa sitraa)?
Ada yang mengatakan mereka sebagai kaum Negro, sebagaimana yang dinyatakan oleh Qatadah. (Tafsir Tabari); Suatu tempat yang tidak ada kota di kawasan itu. Ada kemungkinan antara mereka ada ayng masuk ke dalam sungai dan ada juga yang masuk ke alam tanah. Qatadah menggelar kaum itu az-Zanj. Al-Kalbi memanggil mereka Taris, Hawil dan Mansak. Ada juga yang menyatakan kaum itu adalah penduduk Jabalq, daripada keturunan kaum ‘Ad yang beriman kepada Nabi Hud. Dalam bahasa Parsi, mereka dipanggil Marqisa.(Tafsir Qurthubi); Kaum yang tidak mempunyai bangunan yang dapat dijadikan tempat tinggal. Selain ditu, tiada pepohon yang dapat menanungi dan melindungi mereka daripada sinaran matahari. Sa’id bin Jubair mengatakan kaum itu berkulit merah dan pendek. Tempat tinggal mereka adalah gua-gua, manakala makanan mereka adalah ikan. Ibnu Jarir mengatakan, “Mereka tidak membina satu bangunan pun. Jika matahari terbit, mereka masuk ke tempat tinggal mereka sehingga matahari lenyap, ataupun masuk ke dalam laut. Ini kerana, tiada gunung di kawasan mereka.”. (Tafsir Ibnu Kathir); Zunuk ataupun orang India yang tidak mempunyai pakaian atau atap. Ini kerana, tanah di kawasan mereka tidak dapat menyokong bangunan. Tempat perlindungan mereka hanya berupa lubang-lubang. Apabila matahari terbit, mereka masuk ke dalam lubang-lubang dan keluar semua apabila matahari sudah meninggi. (Tafsir Jalalain); Kaum yang tidak berpakaian dan tidak mempunyai bangunan. Mereka bertelanjang di tanah terbuka ataup[un di dalam lubang-lubang di bawah tanah. (Tafsir Maraghi); Kaum yang tinggal di tempat yang terbuka, yang mana cahaya matahari tidak terhalang oleh sesuatu apapun, ataupun kaum yang telanjang sehingga cahaya matahari tidak terhalang daripada menyinaari tubuh mereka. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Tiada satu perlindunganpun daripada matahari. Jadi, jelaslah hawa udara negera itu amat panas dan negara itu berlatarbelakangklan padang pasir. Ini kerana apabila matahari naik, tiada suatu perkara pun yang melindungi mereka dariapda chaya matahari, seperti gunung. Mungkin tempat ini terletak di Afrika Timur. Mungkin juga penduduk di situ belum mengenal pakaian sehingga badan mereka tidak terlindung daripada cahaya matahari. (Tafsir Al-Azhar); Kaum ini tidak mempunyai rumah ataupun tidaka da pohon yang menanungi mereka. Bahkan ada sebahagian ulama’ yang mengatakan mereka juga tidak berpakaian hingga matahari menyengat tubuh mereka.(Tafsir Al-Kahfi); Kaum yang hidup dengan fitrah asli mereka, iaitu tidak ada penutup yang melindungi mereka daripada kehangatan matahari. Mereka tidak berpakaian dan tidak ada bangunan di kawasan mereka. (Tafsir Al-Mishbah).
10.Apakah yang dimaksudkan dengan kaum yang tidak memahami perbicaraan?
Kaum yang hampir tidak memahami pembicaraan kecuali bahasanya sendiri. Disebabkan sesuatu perkara, mereka tidak mampu memahamkan orang lain pada pembicaraan mereka, baik secara lisan mahupun akal. (Tafsir Tabari); Kaum yang tidak mehahami pembicaraan orang lain dan orang lain pun tidak memahami pembicaraan kaum itu. Seholongan umat yang soleh. (Tafsir Qurthubi); Bahasa asing yang mereka gunakan dan tempat tinggal mereka terlalu jauh dari paradaban lain. (Tafsir Ibnu Kathir); Mereka tidak dapat memahami pembicaraan, melainkan secara perlahan-lahan. (Tafsir Jalalain); Mereka adalah bangsa manusia yang hampir tidak dapat memahami pembicaraan orang lain, dan IQ yang rendah. Jika mereka memiliki IQ yang mencukupi tentulah mereka dapat memahami berdasarkan isyarat dan keadaan. (Tafsir Maraghi); Kaum yang mundur, “Mereka hampir tidak mengerti perbicaraan.” (Tafsir Fi Zilalil Quran); Mereka mengalami kesukaran memahami bahasa yang digunakan Zulqarnain. Kemungkinan pada waktu itu, jarang sekali penduduk di situ keluar sehingga sukar memahami bahasa asing yang digunakan Zulqarnain dan para penterjemahnya. Sebagai penyelesaian kedua-dua pihak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat (Tafsir Al-Azhar); Kaum yang tinggal di hadapan kedua-dua gunung itu (bukan di belakang atau antara kedua-duanya), ialah kaum Atrak. Mereka adalah bangsa yang dulunya tinggal di Eropah Timur seperti Albania, Bosnia dan beberapa negara Asia Tengah seperti Kazakstan, Uzbekistan, Chechnya dan kawasan sekitarnya (Tafsir Al-Kahfi); Suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan kecuali dengan susah payah. Ini kerana bahasanya terlalu asing atau kerana IQ mereka rendah, kedua-dua pihak akhirnya menggunakan penterjemah dan bahasa isyarat (Tafsir Al-Mishbah).
11.Di manakah lokasi antara dua gunung (baina as-saddaina) berkenaan?
Dua gunung yang menghalang sesuatu antara kedua-duanya. Memetik pandangan al-Qasim iaitu bukit Armenia dan Azerbaijan. (Tafsir Tabari); Dua buah gunung dari arah Armenia dan Azerbaijan. (Tafsir Qurthubi); Di hadapan kedua-dua bukit iaitu, dua buah gunung, yang antara keduanya terdapat satu lubang. Yakjuj dan Makjuj keluar dari lubang itu dan menuju ke Turki. (Tafsir Ibnu Kathir); Antara dua buah ampangan (dibaca saddaini atau suddaini), dan selepas kedua-dua empangan itu terdapat dua buah gunung, di wilayah Turki. (Tafsir Jalalain); Anta kedua-dua gunung di utara di kawasan Samarkhand dan India. (Tafsir Maraghi); Wilayah antara dua buah gunung semula jadi atau buatan yang dipisahkan oleh lorong atau lembah. (Tafsir Fi Zilalil Quran); ‘Atha’ al-Khurasani melaporkan dpd Ibnu Abbas, tempat itu terletak antara Armenia dan Adzerbaijan. (Tafsir Al-Azhar); Dua gunung besar yang membatasi arah timur (dari Asia Timur) dan arah barat. (Tafsir Al-Kahfi); Perjalanan ketiga ini antara dua gunung yang sangat tinggi dan menyukarkan orang yang berada di belakangnya melaluinya. (Tafsir Al-Mishbah).
12.Siapakah Yakjuj & Makjuj dan di manakah lokasi mereka?
Tidak dijelaskan siapa dan di mana lokasi mereka. (Tafsir Tabari); Bangsa Turk daripada golongan Yafits. (Tafsir Qurthubi); Keturunan Yafits Abu Turk. (Tafsir Ibnu Kathir); Nama asing bagi dua kabilah, suka merompak dan membuat kerosakan. (Tafsir Jalalain); Identiti dan lokasi tidak dinyatakan, hanya memetik kembali ungkapan dalam Al-Quran. (Tafsir Maraghi); Tidak dijelaskan. Serangan Mongol ke atas Dinasti Abbasiah dianggap sebagai salah satu petanda keluarnyanya Ya’juj & Ma’juj. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Kata Ya’juj & Ma’juj mungkin boleh ditafsirkan sebagai fikiran jahat, niat buruk dan ideologi sesat. (Tafsir Al-Azhar); Dua bangsa berketurunan Adam, suka melakukan kerosakan, membunuh, merompak dan menyimpang dpd agama serta syirik. (Tafsir Al-Kahfi); Sangat sukar menentukan siapakah mereka dan di mana lokasi mereka, dan bagaimanakah kesudahan dan kedatangan mereka. (Tafsir Al-Mishbah).
13.Di manakah tembok (ar-radm – tembok besi; qithr – cairan tembaga) yang didirikan Zulqarnain & Co?
Besi dan tembaga, lokasi tidak dinyatakan. (Tafsir Tabari); Ar-radm adalah menempatkan sesuatu di atas sesuatu yang lain, yang berupa batuan, tanah dsb. Sehingga menjadi penghalang. (Tafsir Qurthubi); qithr – cairan tembaga, lokasi tidak dinyatakan. (Tafsir Ibnu-Kathir); Potongan besi sebsar bata kecil yang dijadikan bahan bina tembok, memakai kayu dan bata yang dimasukkan di tengah-tengah tembok besi itu. qithr = tembaga. Lokasi tidak dijelaskan.(Tafsir Jalalain); Cairan tembaga (qithr) dituangkan ke atas besi yang membara sehingga sebahagiannya melekat pada bahagian lain, lalu menutupi lubang-lubang ntara besi sehingga campuran itu menjadi struktur yang keras dan licin. Tembok besi itu terletak di jalan yang menghubungkan Samarkhand dengan India dan dinyatakan sebagai Babu ‘l-Hadid. Bukan tempat dekat kota Babu ‘l-Abwab ataupun Durband (Derbend) di Pergunungan Qauqaf (Kaukasus). (Tafsir Maraghi); Potongan yang dicampurkan dengan cairan tembaga (qithr). Lokasi tidak dijelaskan.. (Tafsir Fi Zilalil Quran); Dinding besar dengan besi yang diperkukuhkan dengan batuan dan juga dengan menuangkan tembaga ke dalamnya. (Tafsir Al-Azhar); Zulqarnain ingin membina tembok yang lebih kukuh daripada apa yang diminta, iaitu tembok yang diperbuat daripada besi dan tembaga. (Tafsir Al-Kahfi); Perkataan zubur adalah bentuk jamak bagi perkataan zubrah, iaitu potongan-potongan besi yang besar. Tentu sahaja struktur itu bukan hanay dibina daripada besi dan tembaga, tetapi juga batuan dan bahan lain. Dalam konteks ini, besi disebut secara khusus kerana ia adalah bahan terpenting. Lagipun, ia tidak mudah ditemui berbanding batu. Ia juga disebut secara khusus bagi menggambarkan kekuatannya. Perkataan qithran diambil daripada perkataan qathara iaitu menitis. Menitis merujuk kepada tembaga yang mencair. (Tafsir Al-Mishbah).
5 PROFIL YANG MELATARI KISAH
1.Zulqarnain sebagai kuasa besar yang beriman, soleh dan istiqamah.
2.Kaum yang kufur ingkar
3.Kaum yang tidak bertamadun
4.Kaum yang ditindas
5.Golongan yang menindas (zalim dan melakukan kerosakan)
BEBERAPA PENGAJARAN
1.Islam bersifat menakluk; menguasai dan mempengaruhi (tetapi bukan menjajah).
2.Kuasa besar harus berada di tangan umat Islam.
3.Untuk menjadi kuasa besar yang Islami, umat Islam harus mempunyai keupayaan secara politik, mempunyai ilmu yang melampaui tanda aras yang tinggi, dan sarana dan prasarana yang terbaik.
4.Kuasa besar yang Islami sentiasa melaksanakan hukum-hukum Allah dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan Illahi.
5.Kuasa besar Islami adalah kuasa besar yang prihatin, membela yang tertindas dan menghukum yang zalim serta menjadi penyelamat kepada yang fakir.
6.perkongsian teknologi.
7.Collaborate sumber dan daya.

Netanyahu jenerasi ke 7 Abrahah yang ingin mengulangi menyerangi Kaabah ?



Ada diceritakan oleh Al-Marhum Syeikh Ainullah, tetapi kami ingat-ingat lupa, yaitu fasal pada menyatakan pernikahan Abdullah dengan Aminah. Ada pun Abdul Mutalib itu diriwayatkan ianya dari gulungan Bangsawan Bani Hashim yang amat disegani, lagi sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah.

Hinggakan tatakala Abrahah dengan pasukan tentera bergajahnya mahu menyerang Kaabah, mereka terpaksa berdepan dulu dengan Abdul Mutalib sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah diketika itu. Maka Abdul Mutalib telah memberi amaran keras kepada Raja Abraham, jangan sekali-kali mereka mahu mencuba menggugat Rumah Allah Kaabah itu.
Maka amaran itu telah dilanggar oleh Raja Abrahah, maka akibatnya bala bencana yang mereka terima, itulah seperti sejarahnya apa yang termaktub dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) itu. Kesemuanya telah hancur ranap bagaikan debu diserang oleh tentera-tentera Allah berbentuk burung-burung dari langit yaitulah Malaikat Ababil. Maka sebab itu kelahiran Nabi Muhammad SAW itu ada dikaitkan dengan Tahun Gajah, kerana takwim kalender Islam maseh belum ujud.
Maka disini kami ingin menyingkap sedikit mengenai ada ura-ura peristiwa Tentera Bergajah itu bagaikan akan berulang semula sekali lagi dalam sejarah Islam. Kerana ada difahamkan ada pun Perdana Menteri Yahudi sekarang ini, yaitu Sang Benjamin Netanyahu itu adalah nasabnya dari pecahan generasi ke 7 dari bloodline Abrahah. Maka hati perutnya itu juga agaknya sama macam leluhurnya Abrahah itu juga. Ada kami serta sahabat kami terbaca dalam internet gara-gara Yahudi mahu mengesan Imam Mahdi, namun hasil mereka maseh kabur.
Telah bertahun mereka mencari samada melalui ejen-ejen skuad pembunuh Mosaad dan CIA, atau menyamar sebagai pelancong, namun sehingga kini tiada hasilnya. Maka Netanyahu telah membuat declarasi : Jalan mudah untuk mereka mencari Imam Mahdi adalah menyerang Kaabah dan Kota Mekah pada mana-mana Musim Haji, dengan peralatan senjata moden mereka – “For sure Al-Mahdi will emerge from his hiding place.” Kerana Imam Mahdi itulah satu-satunya Penyelamat bagi Kaabah Rumah Allah itu. Cuba renungkan, apakah niat mereka itu akan berlaku? Wallahu’alam….
Komen oleh Banjoe — Julai 3, 2010

32 rahsia Israel yang mereka sembunyikan perlu diketahui



1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel ?

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir k eluar Palestin ?
3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bansa yahudi dan bukan yahudi ?
4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.
5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu ?
6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel ?
7. AS terus memberikan bantuan tentera kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun ? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika ?
8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.
9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklier pada tahun 1981.
10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklier? Juga menolak Team Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nukliernya ?
11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklier?
12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan ?
13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan melukai 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak melakukan tindakan bals apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam ?
14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS ?
15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu ?
16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua ?
17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel ?
18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan: “peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja”, “dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi” ?
19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah ?
20. Sharon pernah mengajak Partai Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu berideologi radikal dengan persepsi pokok untuk membersihkan Israel dari non ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras Arab dari Israel ?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
Iaitu, “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua ras yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk..”
23. Tahukah anda bahawa pengungsi atau pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristen Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi ?
25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.
26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasara pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.
27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia internasional yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO ?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Genewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.
30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian ?
31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya ?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin ?

40 nasihat Tok Ayah



Lagi 40 nasihat Tok Ayah

Kata‐kata ini dipetik daripada syarahan dan nasihat beliau kepada murid‐muridnya. Kata‐kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata‐kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.
Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan rahmat dan kasih sayang
Allah dapat menangkis tuduhan‐tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawwuf. Semoga petikan
dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk
menjadi hamba Allah yang sehamba‐hambaNya di dunia ini, Insya Allah.
1. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,
sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab
Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.
2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.
3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu.
Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikan lebih pahit daripada hempedu dan lebih
busuk daripada budu.
4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan
banyak dosa), lebih senang, mudah‐mudahan Allah s.w.t. ampun dosa kita.
5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di
kedai.
6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.
7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.
8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan)
kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir
dan baik adab dengan Allah s.w.t., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh‐sungguh dengan
Allah s.w.t., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.
9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi
terhenti kepada Abid tidak (fana’ ‘ul‐fana’).
10. Perkara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat Allah s.w.t semata‐mata, melalui
Rasulullah s.a.w, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah s.w.t. Kalau kenal
(tahu tentang perkara kerohanian) dengan cerita‐cerita orang (perasaan kita itu tidak sah).
11. Kalau tak senang dengan sesuatu, DIAM! Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah
s.w.t. Semoga jadi hamba Allah s.w.t.
12. Kerja dunia boleh tangguh‐tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh‐tangguh.
13. Watak Auliya’: Kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.
14. Kenal Allah s.w.t. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah s.w.t. pakaikan
dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyrikin tidak mengenal Rasulullah s.a.w.
(walhal Rasulullah, Allah s.w.t. pakaikan baginda dengan penuh sifat‐sifat kesempurnaan).
15. Hendak kenal wali tanyalah Allah s.w.t., jangan tanya orang.
16. Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.
17. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. nak jadi hamba Allah s.w.t., bukan nak jadi wali.
18. Buat ibadat nak jadi wali, SYIRIK!
19. Allah s.w.t. tak pilih orang malas jadi wali.
20. Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.
21. Orang yang sebenar cinta Allah s.w.t. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.
22. Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t.
23. Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu
menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah s.w.t. yang bertaqwa.
24. Saya hamba Allah s.w.t. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang ALLAH s.w.t
bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.
25. Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur
Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.
26. Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak.
27. Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, auliya’ atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali
dengan orang soleh, ini cerita kartun.
28. Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk syurga, dengan nabi Musa
a.s. dan Harun a.s. Logik tak?
29. Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.
30. Uwais Al‐Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada
Allah s.w.t.
31. Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu ammarah kemudian (dalam masa
yang sama mereka) berdoa dengan Tuhan (agar dianugerah sama seperti orang yang berjaya
di sisi Allah). Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah s.w.t. jadikan nafsu ammarah
supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.
32. Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci,
barulah ada tauhid.
33. Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu,tetapi ia adalah anugerah Tuhan.
34. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).
35. Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan
Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah
kera.
36. Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar‐besar kezaliman ialah
mengikut hawa nafsu.
37. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya,
banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.
38. Matlamat saya bukannya batu, kayu ( bangunan ) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang
bersungguh mengikuti garisan syariat dan toriq.
39. Saya mengajar ilmu para wali bukannya ilmu tok sami!
40. Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak
fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.
Bersambung…….

Ujian dara gadis




Dewan keagamaan Jordan telah mengeluarkan fatwa yang melarang lelaki untuk meminta melakukan ujian keperawanan terhadap gadis yang direncanakan akan dinikahi, menurut laporan media pada Isnin kelmarin.

Dewan Iftaa Jordania – lembaga yang mengeluarkan fatwa-fatwa kontemporari berkaitan dengan persoalan keagamaan – mengeluarkan larangan perbuatan yang semakin menjadi trend di Jordan terkait dengan adanya permintaan lelaki yang akan menikahi pasangan gadisnya untuk melakukan pemeriksaan ‘ujian selaput dara’ kerana mereka mencurigai calon pengantinnya tersebut sudah tidak perawan lagi.
Setidaknya sekitar 1000 ujian keperawanan telah diminta dilakukan setiap tahunnya, Dr Moema Al-Hadidi – Ketua pusat Forensik Nasional (NFC) mengatakan kepada Al Arabiya bahawa “hal ini bukan jumlah yang besar bila dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh dunia.”
Sebelum ada fatwa larangan tersebut, setiap lelaki Jordan mempunyai hak untuk mengajukan permintaan demi masa depannya kepada gadis yang akan menjadi isterinya untuk melakukan ‘ujian keperawanan’ demi mendapat jaminan bahwa calon isterinya tersebut adalah perawan asli.
Fatwa yang dikeluarkan sekarang telah mengatur persoalan ujian’ tersebut dan menyatakan bahawa ujian keperawanan hanya dapat dilakukan jika diperlukan dan mesti berdasarkan permintaan rasmi dari pihak pengadilan yang berautoriti.
Bagi beberapa warga Jordan permintaan melakukan ujian selaput darah atau ujian keperawanan sebagai penghinaan terhadap wanita dan keluarga mereka sementara pihak lain menyatakan bahwa hal tersebut merupakan hak asasi dari pihak lelaki mengingat semakin meningkatnya budaya liberalisme di masyarakat Jordan.
LSM Hak asasi perempuan mengkritik hal tersebut dengan menyatakan kalau wanita mesti diperiksa keperawanannya maka mereka menuntut supaya juga ada pemeriksaan keterunaan lelaki.
Masalah sosial semakin meningkat di Jordan dalam berbagai kes dan hukuman ke atas pelkunya juga cepat, bahkan seorang gadis boleh dibunuh berdasarkan atas kecurigaan telah melakukan perbuatan maksiat dan biasanya tidak ada bukti yang menyatakan bahwa si gadis yang dibunuh tersebut benar-benar telah melakukan hubungan seks di luar pernikahan.(fq/aby)

Zikrulmaut


Zikrulmaut iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.

Hakikat Muhammad



Dalam bahasa tasawuf/sufi hakikat muhammad berhubungan dengan roh al quddus dengan roh al-muhammadiyah. dibawah ini penulis kemukakan analis hal tsb dalam perspektif wali agung syaikh abdul qodir al-jaelani dan juga dalam perspektif wali di tanah jawa , yang sebagian perjalanan pemahaman tentang tasawufnya banyak di pengaruhi oleh wali agung syaikh al-jaelani.

Anda mungkin pernah bertanya-tanya mengapa wajah rasulullah tidak bisa atau tidak boleh di gambarkan? .. alasan yang muncul kadang karena pada saat itu belum ada fotografi sehingga gambarnya tidak mungkin tepat. kalau hanya itu alasanya .kurang tepat bagi saya, karena pasa masa nabi-nabi yang laen juga belum ada tekhnik foto, dan tidak dipermasalahkan gambar-gambar para nabi dan wali yang ada.
Kalau kita melihat banyak kitab dan buku yang ada, pengambaran Allah dan Nabi Muhammad diilustrasikan dengan dengan cahaya yang terang benderang. inspirasi dari ilustrasi cahaya tsb sebenarnya berasal dari QS:Al-Nur:35 tentang nur illahi.sementara muhammad adalah personalisasi di dunia nur tsb. maka dalam hal sosok muhammad yang harus di perhatikan bukan person historisnya ,akan tetapi essensinya dalam bentuk substansi nur muhammad. cahaya pilihan dalam bentuk manusia yang terpuji (Sempurna). karena justru dengan nur muhammad itulah, maka person historis Nabi Muhammad bermakrifat secara musyahadah dan dengan mata telanjang(Ibn Arabi:26) dan dengan cahaya makrifat Nabi Muhammad maka seluruh makhluk dapat mengenali, dan melalui keutamaannya mengungguli seluruh makhluk, mereka memberi pengakuan. jelas menurut syaikh al-jaelani,Nur Muhammad ciptaan pertama dan utama Allah,yang di cipta dari nur Allah (esensi) sendiri, atau memang cahaya khusus yang di karuniakan Allah sendiri, untuk merujuk pada keutamaan dan kemuliaanya sebagai prototipe al-insan al-kamil(al-jaelani:121).
Dalam kaitan bahwa Nabi Muhammad Hakikatnya bukan sosok historisnya yang harus di rujuk, maka asma’ Muhammad bukanlah nama asal dari rasulullah yang agung ini. muhammad adalah nama dunianya, dimana nama aslinya sejak kecil adalah “Ahmad”, sosok yang penuh dengan keterpujian. sementara secara sepiritualnya,dan dalam posisinya terhadap Allah, Rasulullah mengemukakan dirinya sendiri bahwa:Ana Ahmadun bi-la mim” .Artinya pada dirinya tidak laen penyandang nama “Ahad” dia adalah pengejawentahan dari yang esa. inilah yang juga di sebut Roh Al- Quds, roh suci untuk meneruskan penzahiran yang paling sempurna dalam peringkat alam lahut(Al-jaelani:27) dalam hal ini para wali kuno tanah jawa memberikan penjelasan secara tepat sbb:
‘…. Muhammad itu pada hakikatnya Nur Allah, yang dalam bentuk lahir ialah muhammad “…
persis ungkapan Al ghazali: bahwa muhammad yang seorang nabi/rasul dengan muhammad yang seorang arab mesti kita harus bisa membedakan walaupun memang kenyataanya nabi muhammad lahir di jazirah arab.
Disinilah rahasia dari menyatunya syahadat rasul ke dalam syahadat tauhid, dan inilah jawaban mengapa sejak Nabi Adam AS menghuni surga, digerbangnya sudah terdapat tulisan syahadat rasul ini. ya Nur Muhammada selalu menyertai roh dari semua jiwa yang akan dan pernah ada di alam semesta ini. ini pula kunci rahasia mengapa para nabi yang pernah ada memohon kepada Allah agar di jadikan sebagai umat Nabi Muhammad saw.(Al-jaelani :121).
Nur muhammad dalam perspektih Syaikh Abdul Qodir Al-jaelani di sebut dengan sebutan Roh Muhammad, yang diciptakan dari cahaya ketuhanan (nurun ala nurin) nur Muhammad merupakan realitas gaib yang menjadi inti segala penciptaan. oleh karenannya kadang ia disebut Nur, Roh, Qalam (tercipta dari perkataan kun). ia merupakan realitas yang memiliki banyak nama menurut fungsi dan dari mana sudut mana kita memandang (al-jaelani:7).
Maka realitas batin seperti inilah yang diberikan kepada orang-orang sufi sebagai Hakikat Al-Muhammadiyah. jika disebut dengan nur tau cahaya karena ia memang bebas dan bersih dari segala kegelapan, karena adanya cahaya tsb. realitas dalam fungsinya didunia tampak pada gelarnya sebagai ‘Aql al-kull(Akal semesta) karna pengetahuanya tentang segala sesuatu.ia mendapat gelar Qalam.karena dari pengetahuanya dalam akal semesta ia menyebarkan ilmu dan hikmah dan menzahirkan ilmu dalam bentuk huruf dan perkataan. ia disebut roh karena menjadi esensi kehidupan, dan memunculkan yang hidup.
Maka menurut Al-jaelani ,Muhammad adalah nama insan dalam alam gaib, dimana roh berkumpul, yang menjadi sumber dan asal segala sesuatu. di sinilah letak dari logika bahwa Allah menciptakan alam, karena akan menciptakan person dari muhammad utk keperluan alam ini. dari kelahiran nur muhammad inilah diikuti oleh penciptaan makhluk-makhluk yang lain serta Arsy-nya.
Dalam pengejawentahanya,menurut al jaelani dan para tokoh sufi lainya, Allah kemudian menurunkan nur dari tempat kejadianya, yaitu alam lahut ke alam asma’ Allah, yaitu alam penciptaan sifat-sifat Allah dan alam akal roh semesta. kemudian di turunkan lagi ke alam malaikat utk di pakaikan pakaian kemalaikatan. lalu di turunkan lagi ke alam ajsam yang terjadi unsur api, udara, air dan tanah, disitulah roh diberikan jasmaniah beserta nafsu-nafsunya(al-jaelani:9).
Setelah roh mengalami badanisasi inilah ia mulai mengalami kehilangan nur, dan lupa akan asal serta perjanjian azalinya dengan Allah. namun Allah juga tetap memberikanya bekal utk kembali dalam bentuk mata hati atau bashirah yang menjadi gerbang bagi gerak bebas roh al -idhafi sebagai mursyid setiap jiwa. hanya saja , basirah ini akan berfungsi optimal kalau seseorang selalu berada dalam taqarrubnya kepada Allah.
Dengan bashirahnya inilah ia akan sanggup menembus kabut alam gaib, dan menyingkap segala hijab yang menjadi penghalangnya utk kembali kepada Allah. orang sudah dapat memfungsikan bashirahnya dan mendayagunakan Roh Al-Muhammad-nya sebagai pusat perjalanan sepiritualnya. maka ia akan bisa menembus semesta, karena letak nur muhammad itu sendiri berada di langit tujuh berada dalam arsy-nya yang menyatu dan menyanding dengan Allah itu sendiri. ia akan dapat kembali terserap dalam kesatuan nur essensial. sehingga ia dapat melihat apa yang belum pernah dilihat, dan mengatasi semua penglihatan dan benda yang dapat dilihat..
Menurut Al-jaelani, hal yang di perlukan orang awam utk membuka bashirahnya adalah dengan mencari orang yang bashiraohnya sudah terbuka dan sudah di daya gunakan secara optimal. hanya melalui orang yang sudah mata hatinya sudah di fungsikan secara semestinya, orang awam dapat memasuki dunia sufisme, serta menunggu giliranya utk terbukanya mata bashirohnya kepada Allah.karna hanya dengan terbukanya pintu bashirohnya inilah, maka ia dapat menjalani fungsi utamanya di ciptakan didunia, yakni utk bermakrifatullah. yang harus di ingat adalah bahwa bahwa posisi Roh Al-Muhammadiyah ini hanya dapat bertahan dan berfungsi pada pribadi rasul,nabi,auliya’ dan kekasih-kekasinya. maka tidak ada pilihan lain bagi diri kita masing-masing utk semaksimal mungkin agar dapat menjadi hamba dan kekasih Allah.
Tentu sempat muncul pertanyaaan , mengapa roh suci ini di turunkan kedunia yang fana’ ini ? ia di hantarkan ketempat yang paling terendah supaya ia dapat kembali keasalnya yaitu berpadu dan berdampingan dengan Allah saja atau innal lillahi wa inna ilahi rajiun. seperti ketika ia berada dalam pakaian daging, darah, dan tulang itu. melalui mata hati yang ada di dalam wadag-nya, ia dapat selalu menanam, memelihara dan memupuk benih kesatuan dan ke-esaan, serta berusaha menyuburkan rasa “berpadu” dan berdampingan” dengan Allah. demikian menurut Syaikh Abdul QodirAl-Jaelani (al-jaelani:28).inilah hakikat roh suci.
Adapun ganjaran bagi roh suci, menurut al-jaelani, adalah melihat makhluk yang pertama dilahirkan. ketika itu, ia akan dapat melihat keindahan Allah. kepadanya di perlihatkan rahasia illahiah. penglihatan dan pendengaranya menjadi satu. tidak ada perbandingan, tidak ada persamaan, dengan sesuatu apapun. dilihatnya kesatuan jalal (kegagahan, kemurkaan)dengan sifat jamal(keindahan, kecantikan) Allah. sifat jalal dan jamal menjadi satu dalam pandanganya(al-jaelani:27). inilah kunci kearifan dirinya sebagai buah makrifat dan hakikat yang telah di saksikan dan dialami oleh roh suci. ia mendapat karunia kebeningan dan kesucian batinya berupa shafa’ al-asror (rahasia-rahasia suci). dan pengalaman parawali inilah yang menjadikan benar-benar hidup di sisi tuhanya, walaupun jasad kita kembali kepada zatnya masing. inilah kehidupan sejati yang perlu kita capai hidup penuh dengan kesempurnaan di sisi illahi rabbi………………….
http://jalantrabas.blogspot.com

Cerita seorang ahli kubur di Ma’la Mekah



“Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..

Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia….
Ceritanya begini….
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah….
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. ”

Air yang boleh memadamkan api neraka


Dalam sebuah kitab (Bidayatul-Hidayah), diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat dahsyat gemuruhnya, hingga semua umat menjadi berlutut kerana tak sanggup menahan ketakutannya.
Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?”
Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu.”
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Sungguh telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ada lagi air mata.”situslakalaka

10 pintu syaitan di alam nyata


Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pintu keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Mimpi Rasulullah saw


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Kenapa Rasullullah saw larang minum berdiri


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

10 pintu syaitan di alam nyata


Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pintu keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.