Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami
yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang
bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala
apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan
untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini
ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami
dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli
keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru
sahaja. Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan
tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana
pula dengan tuntutan nafkah batin?
Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin
itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan
tidak lebih dari itu. Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah
berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak
pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan
tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar
tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:
“Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana
sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa
tidak
memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama
kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan
ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah
keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa
yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah
menempah jalan ke neraka.
Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:
“Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa
yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli
keluarganya. ”
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami
kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak
isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan
mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman
ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib,
mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman
dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah
menerusi firmannya bermaksud: “Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi
seorang suami
memerintahkan isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut)
dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika
disakiti
oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke
jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu
diketahui
olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat).”
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas
dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai
cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat
bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang
dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat
riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga
bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan
terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada,
rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat. Suami perlu memberitahu
isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala
percakapan dan tindakannya.
Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan
mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka
dengan bahasa
yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika
tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama “Beruk punya anak1″ maka
lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.
Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika
berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih
daripada yang
lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat,
berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan
suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.
Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala
ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan
batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika
pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika
berhadapan dengan lelaki yang
bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh
kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia
akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat
kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan
keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam
menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak
mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari
guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat
daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :
Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka.”
Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran.
Wallahu’alam
Sumber : http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1959
Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang
remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci
kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya
amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci
kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah
ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
Jangan kencing berdiri!
Jangan kencing berdiri!
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan
melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan
wanita yang berbibir-bibir itu.
Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah,
tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini,
Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak
amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas
dari azab api neraka.
Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan,
tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam
kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala
jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri
ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana
aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia
merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya
apabila membuang air kecil.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.
Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN
1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri
supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan
sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya
memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat
atau beristiqfar kepadanya. Diharapkan pertemuan buat kali pertama,
ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat
mengabdikan diri kepada Allah.
Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج
بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا
تَوَكَّلْنَا
Ertinya :
Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan
tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah
kami keluar dan kepada Allah kami berserah.
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3. Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka
sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat,
bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak
tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :
اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ
بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
YA Allah, berkatilah bagiku disisiku ahliku, Dan berkatilah bagi
ahliku disisiku. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu
pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu
sebagai kebaikan. Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku
dan berilah rezeki kepada akud aripada mereka. Dan jadikanlah
kemesraanku dan kasih sayingku bagi mereka. Dan jadikan kami semua
saling cinta mencintai.
Beramah Mesra
Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan
mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi
salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas
umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan
bacalah doa seperti berikut:-
اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير
مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا
وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari
sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu
daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu
ciptakannya.
Adab Melakukan Persetubuhan
a) Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya
selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya
hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya
kedua-duanya melucutkan pakaian.
Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan
persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa
malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia
menutupi kepadanya.
Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang
hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup
di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka
menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.
b) Bercumbu cumbuan
Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan
bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah
berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau
menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan
tingkah laku,
sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang
satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda
berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah
berkata
bahawa seseorang lelaki sayugia menjadi seperti seorang kanak-kanak
ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu
daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis
sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab
al Khazai, bermaksud :
“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”
Di dalam riwayat Abu Daud :
“Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”
Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan
angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan
oleh Jabir :
“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”
Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca
`Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir
“Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :
باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah,
jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar
dari sulbiku”.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti maksudnya ialah:-
“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan
untuk kami. “Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya
tidak diganggu oleh syaitan.
Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan
oleh Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang
berbunyi :
لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak
mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah !
Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu
kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya
seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat
selama-lamanya”.
(Riwayat Al-Bukhari)
Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh
dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka
berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak
yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama
kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi
artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia
telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia
akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula
berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan
berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah
yang ikhlas.
Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia
jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan
kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).
Tuhanmu Maha Berkuasa”
Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak
mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai
menghormati qiblat.
Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu,
hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada
isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si
isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya …….
Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula.
Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan,
sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal
lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin
isteriinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat
tersebut.
Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu
berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri
yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang. Boleh pula dikurangkan
dari kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau
dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui
perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi
kewajipan.
Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam
dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan
malam pertengahan bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah
mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.
Saya menjawab, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak
yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan
kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakkan)
ulama.
Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat
bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil
daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud
“Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).
Ada juga ulamak berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.
Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :
A. Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
2. Mandi dan memakai wangi-wangian.
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki, atau perempuan).
4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main
terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika
memperolehi anak, insyaalah akan cerdik (berakal).
7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.
8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak
dapat dilakukan atas sebab- sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan
mengambil air sembahyang (wuduk).
10. Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman,
bertakwa sebagai idola / ikutan, isyaalah sekiranya dapat anak, akan
mewarisi sifat-sifat tersebut.
B. Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan
1. Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
2. Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.
3. Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.
4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.
5. Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.
C. Perkara yang haram dalam persetubuhan
1. Haram jimak ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika
bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi
hadas besar.
2. Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.
3. Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4. Haram jimak dalam masjid.
5. Haram jimak sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6. Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.
والله أعلم
Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com
p/s : Untuk bacaan yang betul, sila rujuk kepada
yang arif tentang bacaan nahu Arab dan tajwid. Di sini hanya disediakan
bahan rujukan sahaja. Sekian dimaklumkan.
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh
seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan
melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.
* 1 Hukum mandi Wajib
* 2 Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
* 3 Rukun Mandi Wajib
* 4 Niat Mandi Wajib
* 5 Cara Mandi Wajib
* 6 Najis Di Badan
* 7 Keperluan Mengambil Wuduk
* 8 Sunat-Sunat Mandi Wajib
* 9 Perkara Berkaitan
* 10 Melewatkan Mandi Wajib
* 11 Ragu-ragu
* 12 Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)
Hukum mandi Wajib
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
* melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak
keluar air mani.
* jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
* Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
* Mati
* Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk
Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi
no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam
Irwaa’ul Ghalil no. 128)
* Keluar darah haid
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari
Niat Mandi Wajib
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah “Sahaja aku mandi wajib
kerana Allah Taala.” Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke
bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain “nawaitul ghusla liraf’il
hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta’aalaa” (Ertinya: Sahaja aku
mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana
Allah Taala)
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib
adalah “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” manakala
bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada
mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia
telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke
seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib
dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia
hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat
dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.
Cara Mandi Wajib
Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak
iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air
yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau
membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke
tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana
berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan
jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup,
beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu
beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali,
memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke
hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka
disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau
disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul
hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Najis Di Badan
Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi
wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam
Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.
Keperluan Mengambil Wuduk
Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil
wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan
perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika
terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.
Sunat-Sunat Mandi Wajib
Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah,
membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib
dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.
Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan
menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari
bau darahnya.
Melewatkan Mandi Wajib
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu,
pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi
dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh,
tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin
melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan
boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak
membatalkan puasanya.
Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah
masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.
Ragu-ragu
Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada
ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah
dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya
ia harus mandi wajib dahulu.
Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)
Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu’ Fatawa, 21/396) jika
terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau
tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan
wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum
lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air
untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya
tersebut.
Dariapda Imraan ibn Hussain ra. “bahawa Rasulullah
saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat
dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang
kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah,
saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu
hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu…..
di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang
yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini
keatas dirimu.” [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].
This entry was posted in
Uncategorized. Bookmark the
permalink.
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:
seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.
Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau
tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat
atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua
perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat
kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang
(dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab
mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah
thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari,
kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran
matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya
kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari – sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya ,
janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang.
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap.
Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang
tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan
berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan
mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan
air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam,
menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan,
dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya
thiqah)
Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada
waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu
Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat
kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi
di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai
setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila,
sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah
tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4
) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta –
iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah
membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu
berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan
satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan
kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang
demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua
kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara
berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai,
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu
sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di
merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam
‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan
tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada
malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada
malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna
(cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka
sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan
faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu
antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun!
gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi
seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan
syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian
itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang
yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas
loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang
munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat
Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian
itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah :
“Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka
yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak,
tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab
Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik
d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat
nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna
Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala
kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta
dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis,
maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang
bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari
di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang
anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi
seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan
agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa
dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari
Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang
terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu
pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di
harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),
Berhubungan berjimak suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada
waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu yang dilarang untuk
melakukan hubungan jimak suami istri. Hal ini disebabkan karena dalam
Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai pahala.
Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak yaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina.”
5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah
membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu
berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan
satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan
kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang
demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua
kepada berpecah dan talak.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat
anak baginya kecuali sudah tua.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna
(cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka
sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan
faqir sehingga mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu
antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya
jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang
yang menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan
syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian
itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang
yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas
loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang
munafiq, pelampau yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat
Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian
itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih
ms 456, Al- Ilal ms 174.
oleh: Mat Zain Mat Isa
ImageSebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama.
Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan
bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia
mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia
meruntuhkan agamanya.Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis
Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan
diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat
Islam.Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang
memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang
paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu
mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut
29:45).
Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu
berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang
bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan
tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan
kemungkaran.
Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan
zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah
ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah
adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan
solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.
Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat
betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan
tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram
hatinya.
Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya
melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha
Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.
Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan
tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau
berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan
menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan
umat Islam.
Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh
secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan
penyakit yang dihidapi seseorang.
Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan
saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki
dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian
saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya
(UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan
menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap
masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif. Image
Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah
berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan
dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira
gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam,
keperluan itu tidak sukar dipenuhi.
“Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat
rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi
itu,”jelasnya.
Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan
saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada
tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan
positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah
sakit pinggang.
Terapi solat, sembuh penyakit
Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.
�Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan
senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat
diregangkan secara automatik,� akui Dr Fatimah lagi.
Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan
tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan
menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.
Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang
membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, “ini
menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan
minda”.
Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya
mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat
Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh
kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk
menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.
Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat
atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka
orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan
air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian
dosa.
Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada
pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan
bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan
dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota
wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.
Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani
penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan
itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah
membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.
Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang
wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan
hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan
melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya
kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan
membasuh pergelangan tangan.
Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat
Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung
sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis
menyebutkan “kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur”,
dan “hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur”.
Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia
memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi
sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang
menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.
Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak
memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam
sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan
sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa
kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang
tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.
Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita
mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita
buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam
pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya
terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah
pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
2.jika kita mandi wajib dalam sungai adakah sah hanya dengan sekali menyelam sahaja.
sy nak tnya adakah cara mandi wajid leaeki & wanita sama??
syukran. alhamdulillah….
teruskan usaha anda
syukran. alhamdulillah….
Will follow this blog
teruskan usaha anda
a user can understand it. Therefore that’s why this post is outstdanding. Thanks!
Saya pelajar, sya ingin bertanya , apakah mandi wajib hanya dapat menggunakan air shower ..
Makasih ust .
Wassalam .
because i love to gain knowledge of more and more.
for mor info please check قرآن المسلمين
well check things out. I like what I see so i am just following you.
Look forward to checking out your web page again.