Thursday, February 9, 2012

Kini Rakyat Malaysia Dah Boleh Buat Duit Dengan Clickbank

Kini Rakyat Malaysia Dah Boleh Buat Duit Dengan Clickbank

Mungkin saya agak terlewat menulis tentang berita ini. Saya rasa ia adalah berita yang sangat menggembirakan oleh kebanyakan mereka yang terlibat didalam perniagaan internet. Kenapa begitu?

cb_logo.gifIni kerana Clickbank merupakan pasaran produk digital terbesar di dunia. Ia secara tak langsung memberikan peluang untuk membuat duit yang cukup lumayan kepada ahlinya.

Jika dahulu Clickbank telah “ban” rakyat Malaysia dari menyertai kerana banyak kes penipuan berlaku. Ini telah menjadikan usaha kita untuk membuat duit di Clickbank agak sukar.

Memang ada teknik kreatif yang boleh digunakan – seperti yang dicadangkan oleh Gobala Krishanan melalui ebook Chapter-M. Tapi tak semua orang mampu mengaplikasikan teknik tersebut kerana memerlukan kos yang agak tinggi. 3.jpgKini, masalah itu sudah tiada. Sesiapa saja dah boleh buat duit dengan Clickbank.

Saya dah pun berjaya mendaftar akaun Clickbank saya. Langkah seterusnya adalah untukmempelajari rahsia untuk membuat duit dari Clickbank ni. Buat masa sekarang, maklumat dalam Bahasa Malaysia agak terhad, tapi saya pasti selepas ini akan banyak ebook yang akan muncul.

Salah satu ebook Bahasa Malaysia yang berada di pasaran adalah Clickbank Step-By-Step .

Kalau anda tercari-cari video tentang Clickbank, bolehla download Siri 4 Video ni . Saya dapat dari Sukeri.

Selain tu, banyak lagi blog rakyat Malaysia yang bercerita tentang Clickbank ni, kalau rajin, bolehla jenguk-jenguk blog kat bawah. Kredit kepada blog Earncent untuk list dibawah ni

Clickbank untuk malaysia! - Wangcyber.com
clickbank menerima malaysia buat sekian kalinya – Asharudin.com
clickbank is now open – homebiss.blogspot.com
Clickbank now allows Malaysian to open account… – toliveonline.com
clickbank sekali lagi buka pendaftaran – mohdamirol.com
clickbank confirm registration for malaysian – khairulazmi.com
clickbank telah menerima permohonan akaun rakyat malaysia – saifulsham.com
clickbank allows malaysian registration – stevenwongblog.com
clickbank accounts open for malaysian and other countries now – seantanmarketing.com
clickbank open to malaysian – Digitalsbazaar.com
clickbank accounts for malaysia – Internetmillionaires.com.my
Berita Gembira dari ClickBank – Afzaiafandi.com
Clickbank Dah Boleh Guna dah untuk Rakyat Malaysia – Rajaadsense.com
ClickBank Terima Pendaftaran Akaun Dari Malaysia? – Noorizamshah.com

Tags :

Mengapa saya menyertai Perniagaan MLM Revell bersama Team700

Sebenarnya saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa sejak Jun 2004. Sejak berhenti kerja, saya mencari pelbagai peluang yang boleh memberikan pendapatan sampingan kepada saya tanpa memerlukan saya meninggalkan rumah.

Banyak program yang telah saya sertai samaada secara pos mahupun online. Tetapi, semuanya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Semasa membuat pencarian, saya bertemu dengan perniagaan MLM yang dijalankan secara online dengan konsep Autodownline.

Dimana ahli hanya perlu mempromosikan laman web yang diberikan dan perkara lain diuruskan oleh penganjur. Akhirnya saya memilih untuk menyertai Revell bersama Team700kerana pelbagai sebab yang saya kira juga sesuai untuk anda juga. Antara sebab-sebab mengapa saya menyertai program ini ialah;

1) Syarikat Revell Sdn. Bhd yang dipilih oleh pihak Team700 adalah sebuat syarikat yang memang kukuh dan mempunyai rekod yang sangat baik. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1988 (kini sudah 20 tahun) dan ia memberikan saya keyakinan bahawa ia adalah satu syarikat jualan langsung (MLM) yang tulen.

Dengan itu,saya tidak ada risiko akan terlibat dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim piramid yang bertopengkan MLM. Saya pernah membaca satu panduan yang mencadangkan bahawa kita memilih syarikat MLM yang beroperasi melebihi 5 tahun kerana ia telah kukuh dan stabil.

2) Maintain bulanan yang dikenakan adalah sangat rendah (50PV) sahaja. Lagipun, lebih 80% produk mempunyai nilai 1PV=RM1.Ini bermakna saya hanya perlu mengeluarkan modal RM50 sahaja setiap bulan. Ia sebenarnya bukan modal.. kerana barangan yang dibeli sebenarnya ialah barangan yang memang kita akan tetap gunakan walaupun kita tidak sertai perniagaan ini. Apa yang saya lakukan hanya perlu bertukar kedai sebahagian barangan keperluan kepada barangan Revell

3) Rangkaian Produk Revell yang pelbagai pada harga yang sangat berpatutan.

Dengan lebih 300 pilihan produk, memang tidak sukar untuk membuat pilihan apakah produk yang ingin dibeli. Pada saya ia tidak telalu banyak hingga menyukarkan untuk membuat pilihan atau terlalu sedikit sampaikan tak tau apa yang hendak dibeli. Harganya yang berpatutan juga menyebabkan saya rasa berbaloi untuk bertukar jenama produk.

image-revell.gif

3) Saya juga boleh membuat pembelian produk secara online, dan ia memudahkan kerana produk akan dihantar terus ke rumah..tak perlu ke stokis dan caj yang dikenakan adalah berpatutan (sangat berbaloi untuk mereka yang takde masa atau takde kenderaan.. jugak jauh dari stokis)

5) Saya juga boleh semak perkembangan kumpulan saya dan prestasi setiap downline saya secara online melalui Revell Distibutor e-Office yang disediakan oleh pihak syarikat.

6) Walaupun perniagaan ini dijalankan secara online, namun para pemimpin di Team700 turut mengadakan pelbagai perjumpaaan mingguan/bulanan/bengkel secara offline dan ini memudahkan perbincangan sesama ahli.

Walaupun saya sendiri masih belum berkesempatan menyertai mana-mana perjumpaan ini, saya masih tetap boleh mendapatkan bantuan dan maklumat melalui forum, Y!group selain berhubungan dengan para upline yang sememangnya sedia membantu (asalkan kita ingin dibantu)

Selain daripada itu, tools yang disediakan oleh pihak Team700 sangat-sangat membantu didalam membantu saya membuat follow-up dan memberikan keyakinan kepada prospek tentang perniagaan hebat ini. Hanya dengan mempromosikan laman web percuma yang diberikan, saya boleh membina rangkaian perniagaan dari seluruh Malaysia dengan lebih cepat dan mudah!

Beliau juga seorang yang berpengalaman luas didalam bidang pemasaran internet sehinggga telah menghasilkan sebuah ebuku bertajuk “Rahsia Pemasaran Melalui Internet”.

Jika anda berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini, sudikanlah PANDU UJI sistem Team700 yang hebat ini.

Salam sukses!

Tags : , ,

Membina “Senarai Nama”Di Internet Untuk MLM Anda

Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.

Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.

Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?

Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet – lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.


Read the rest of this entry »

Tags : , ,

Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet

Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan komputer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan.

Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat. Tahukah anda bahawa di sebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?

Buat anda yang berkarier sebagai usahawan internet dan banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, telitikan beberapa penyakit di bawah dan lihat samada anda berpotensi untuk mengidapnya atau tidak:

Batu karang

Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.

Gastrik

Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar.

Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit gastrik dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.

Gangguan penglihatan

Tumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda.

Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko kebutaan. Selain itu penumpuan terhadap komputer dalam jangka masa yang lama mungkin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalah sering sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan sebagainya.

Stres atau tekanan

Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi.

Ini sebenarnya petanda anda dalam keadaan stres. Rentetan daripada stres yang dialami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.

Sukar tidur

Ia adalah lanjutan daripada masalah stres yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insomnia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Prestasi kerja anda juga makin menurun kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang.

Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

Senaman

Adakah anda cepat berasa letih? Jika ya, ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walaupun sesibuk mana pun rutin harian anda sebagai usahawan internet, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam.

Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekaligus nampak tidak bermaya. Ini boleh mengurangkan prestasi anda daripada mendapatkan idea yang segar.

Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Antara senaman senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

1. Menaiki tangga – sekiranya rumah anda atau tempat kediaman anda ada tangga, anda boleh lakukan ini secara berulang-ulang kali.

2. Skipping – ‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging.

3. Berkebun atau mencuci kereta – ini adalah salah satu aktiviti riadah yang boleh menyihatkan badan anda. Kalau boleh amalkan aktiviti ini bersama keluarga.

4. Senamrobik – senamrobik adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang telah diamalkan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Mulai sekarang apa kata cuba amalkan aktiviti ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Kesihatan anda adalah aset utama anda. Kekayaan harta benda tidak mempunyai makna sekiranya kesihatan anda terabai. ‘Kesihatan Asas Kehidupan’

================================

Penulis artikel, Mohd Rozmie (JimieRay) adalah pengasas Blog JagaKesihatan.com dihttp://tips.jagakesihatan.com. Dapatkan “tip, nasihat dan panduan kesihatan” secara percuma di blog tersebut setiap minggu. Beliau akan menerbitkan artikel di blog tersebut pada setiap hari Isnin dan Khamis. Dapatkan juga ebook secara percuma (panduan kesihatan) di http://www.jagakesihatan.com.

================================

No comments:

YouTube

Loading...