23 June 2009

Syariat.Tariqat . Hakikat. Makrifat .

Islam adalah iman , ilmu dan amal .
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.

Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.

Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.

Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.

AMALAN BATIN

CARA-CARA MENDAPATKAN AMALAN BATIN
SETELAH kita mengetahui erti dan maksud amalan batin (hakikat) maka marilah kita mempelajari cara-cara mendapatkan hakikat. Mudah-mudahan dengan mengetahui hal tersebut kita dapat beramal dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Untuk mendapatkan hakikat kita mesti melatih ruh kita supaya taat pada Allah. Jasad batin (ruh) kita waktu masih berada di alam ruh, yakni sebelum dimasukkan ke dalam sangkarnya (jasad lahir) memang sudah mengenal Allah, seperti dalam firman-Nya :
Terjemahannya : (Allah bertanya pada ruh) "Bukankah Aku Tuhanmu?". Ruh menjawab: Ya, kami akui Engkaulah Tuhan kami. (Al ‘Araaf : 172)
Sebelum masuk ke badan kita ruh sudah mengenal Allah, bahkan sudah menyaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi ketika dilahirkan ke dunia, ruh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan. Tentang nafsu, Allah SWT berfirman :Terjemahannya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(Yusuf: 53)
Dan Nabi pula bersabda:Terjemahannya : Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang terletak di antara dua lambungmu. (Riwayat Al Baihaqi)
Sedangkan tentang syaitan, Allah berfirman :Terjemahannya : Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Yusuf : 5)
Berhadapan dengan dua musuh batin itu, ruh menjadi lemah (rusak atau hilang rasa kehambaan). Walaupun dia sudah mengenal Allah SWT, tahu wujud dan Maha Perkasanya Allah, tetapi ruh tidak bisa mentaati perintah Allah. Bujukan serta tarikan syaitan dan hawa nafsu lebih kuat dan berpengaruh.
Ruh sudah durhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Ruh terbelenggu dalam jasad, dikungkung oleh nafsu dan syaitan itu. Ruh sudah tidak takut dan tidak malu lagi pada Tuhan. Ruh tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina dan rendah diri serta bersifat ketuanan. Ruh sudah sombong, keras, hasad dengki, tamak, pendendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, tukang tidur dan lain-lain, menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Ruh sudah dikuasai oleh jasad lahir yang beku (bersifat seperti tanah karena dicipta dari tanah).
Laksana burung, ruh terkurung dalam sangkar. Karena sangkar itu kuat maka burung terpaksa terkurung di dalam sangkar yang sempit dan menyiksa. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan dapat memecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam. Demikianlah kalau ruh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, ruh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Saat itu bukan jasad lagi yang menguasai ruh tetapi ruh yang menguasai jasad lahir. Ruh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah SWT. Ruh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara-perkara gaib.
Itulah yang terjadi pada ruh para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah. Ruh tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan di bawah kehendaknya. Sudah melihat alam rohani, alam malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak berarti apa-apa lagi karena sudah dikuasai oleh ruh untuk menyembah Allah sepanjang masa.
Lain halnya dengan jasad lahir, ruh bukan dibuat dari tanah tetapi dari nur (cahaya) yang serupa dengan malaikat dan jin. Sebab itu ruh yang sudah bebas dari kungkungan nafsu dan syaitan akan bergerak bebas seperti cahaya, tembus di setiap ruang dan bidang. Pandangan ruh adalah pandangan tembus yang dapat membaca hati dan batin manusia. Karena itu bersabda Rasulullah SAW :Terjemahannya : Takutilah Firasat (pandang tembus) orang Mukmin karena ia memandang dengan cahaya Allah. (Riwayat At Tarmizi)
Itulah rahasia diri kita yang mesti kita sadari. Bila kita sadar hakikat kejadian kita itu, barulah akan terjadi apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :
Terjemahannya : Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya.
Untuk meningkatkan diri mencapai derajat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa saja dapat berhasil kalau memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan yaitu dengan mendidik ruh kita kembali untuk mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya adalah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan. Allah berfirman :Terjemahannya : Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan.(Ali Imran : 200)
Nafsu yang mesti diperangi di antaranya adalah sifat mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudukan dan kehormatan diri. Itu semua adalah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapatkan hakikat (amalan batin), juga sebagai hijab yang menghalang kita untuk mendapat sifat kerohanian sebab kita merasakan diri sebagai tuan.
Supaya kita bertambah yakin, maka ada satu kisah pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami: Satu hari seorang temannya datang pada Yazid Bustami untuk mengadu, "Saya telah berpuasa setiap hari dan melakukan shalat setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperoleh keringanan batin seperti yang engkau ceritakan."
Yazid Bustami pun memotong kata-kata temannya,"Kalaupun engkau melakukan shalat dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya."
"Kenapa?" Tanya temannya.
Jawab Yazid, "Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan serakah menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah."
Teman itu lantas bertanya, "Katakanlah padaku apakah obatnya?"
"Ada obatnya," kata Yazid, "Tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya."
Setelah dipaksa oleh temannya Yazid pun berkata:
"Pergilah ke tukang pangkas rambut yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa diisi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, teriakkanlah seperti ini, "setiap anak-anak yang memukul batang leherku akan mendapat sebiji kenari." Selanjutnya pergilah ke pengadilan, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka,"Selamatkanlah jiwaku."
Teman itu berkata, "Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengobatan yang lain."
Yazid berkata, "Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengobatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengobati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi."
Yazid Bustami seorang wali Alah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahasia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu Beliau perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi bagi Yazid tidak ada jalan lain lagi. Itulah cara majahadatunnafsi yang mesti dilakukan.
Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi untuk siapa saja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu tidak dapat dikalahkan, selama itulah ruh tidak akan suci dan bersih. Kalau ruh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik dan hidayah ke dalam hati. Sebab benda yang berharga akan Allah letakkan di tempat yang mulia.
Ruh seperti wadah. Kalau kotor, maka taufik dan hidayah tidak akan masuk. Kalau tidak ada taufik dan hidayah, ruh akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi. Dan tanpa kerohanian, hati (ruh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah. Firman Allah :Terjemahannya : Hari Qiamat ialah hari dimana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.(Asy-Syu’ara: 88-89)
Amalan lahir seperti shalat, puasa, walaupun dilakukan sepanjang hari dan shalat tahajjud setiap malam (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain, tidak dapat menjamin bahwa hati sudah selamat. Yang menjamin selamatnya hati ialah mujahadatunnafsi. Itulah amalan batin yang wajib kita lakukan.
Suatu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahwa, mempunyai isteri yang banyak itu tidak menolak zuhud. Salah seorang muridnya yang mengetahui bahwa gurunya tidak pernah menikah, lalu bertanya,
"Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak menikah? Bukankah menyalahi sunnah?"
Bisyulhafi pun menjawab, "Aku tidak sempat melakukan sunnah itu karena sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu, yang belum mencapai tujuan yaitu mujahadatunnafsi."
Begitulah pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah berhenti memperhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, sehingga nafsu dan syaitan itu selalu dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT.
Kalau kita ingin berjumpa Allah dengan selamat, jalan itulah yang mesti ditempuh. Tanpa menempuh jalan itu, kita akan dapat juga berjumpa dengan Allah (karena kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah!
Jalan keselamatan itu adalah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah yang setiap saat selalu menyerang kita. Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin.
Penyakit hati saya bagi menjadi dua yaitu:
1. Penyakit hati terhadap Allah.
2. Penyakit hati terhadap manusia.
Penyakit hati terhadap Allah, diantaranya:
1. Tidak khusyuk beribadah
2. Lalai dari mengingat Allah
3. Tidak yakin dengan Allah
4. Tidak ikhlas dengan Allah
5. Tidak takut pada ancaman Allah
6. Tidak harap pada rahmat Allah
7. Tidak redha akan takdir Allah
8. Tidak puas dengan pemberian Allah
9. Tidak sabar atas ujian Allah
10. Tidak syukur atas nikmat Allah
11. Tidak terasa di awasi Allah
12. Tidak terasa kehebatan Allah
13. Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14. Tidak tawakal kepada Allah
15. Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
16. Cinta dunia, membuang waktu dengan sia-sia.
17. Penakut (takut pada selain Allah)
18. Ujub
19. Riya'
20. Gila pujian dan kemasyhuran.
Sedangkan penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia diantaranya:
1. Benci membenci.
2. Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan rasa sedih kalau dia berjaya
3. Mendoakan kejatuhannya
4. Tidak mau meminta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya.
5. Hasad dengki
6. Dendam
7. Bakhil
8. Buruk sangka.
9. Tidak bertenggang rasa.
10. Tidak bertoleransi.
11. Tidak tolong-menolong.
12. Serakah
13. Keras hati
14. Mementingkan diri sendiri.
15. Sombong.
16. Tidak sabar dengan karenah manusia.
17. Memandang hina kepada seseorang
18. Riya'
19. Ujub
20. Merasa diri bersih.
Terhadap semua penyakit itu kita wajib melakukan mujahadatunnafsi. Firman Allah : Terjemahannya : Wahai orang-orang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)
Untuk mujahadah melawan penyakit hati (mazmumah) dengan Allah, langkah-langkahnya ialah : memperbanyak ibadah-ibadah hamblumminallah seperti shalat sunat (dengan faham, khusyuk dan istiqamah), zikrullah, wirid dan tahlil, membaca Al Quran, berdoa, tafakur dan sebagainya yang akan diuraikan sebagai berikut :
1. SOLAT
Hal penting yang perlu diambil perhatian saat menunaikan solat adalah khusyuk. Itu didasarkan pada apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Zar:
"Ya Abu Zar, dua rakaat solat yang dilakukan dengan khusyuk itu lebih baik dari solat sepanjang malam tetapi dengan hati yang lalai."
Solat yang khusyuk dapat diartikan sebagai solat yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasad menghadap Allah, hati juga tunduk menyembah Allah. Ketika mulut menyebut Allahu Akbar, hati juga mengaku Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri, hati juga bersujud menghina diri. Dan ketika mulut memuji mengagungkan Allah dan berdoa pada Allah, hati juga memuja, merintih dan tenggelam dalam penyerahan pada Allah.
Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW :Terjemahannya : Kabarkan padaku apa itu Ihsan? Dijawab oleh Rasulullah, Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahwa Dia senantiasa melihat engkau.
Kalaulah solat itu dapat dihayati, sebagaimana yang dianjurkan di atas, pengaruhnya akan cukup besar pada diri dan jiwa manusia. Iman akan bertambah seiring dengan bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar dan lain-lain sifat mahmudah.
Cukuplah sedikit rakaat shalatnya asalkan khusyuk daripada banyak rakaat shalat tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi tujuan ibadah ialah membuahkan iman dan akhlak.
Walaupun banyak rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan saja iman dan akhlak tidak bertambah, bahkan ibadah akan menjadi sia-sia. Mungkin Allah akan memberikan pahala juga, tetapi apakah kita akan bangga kalau perdagangan yang kita buat hanya mengembalikan modal, tidak mendapat untung sama sekali? Solat yang lalai tidak akan menambah iman dan menguatkan jiwa sebaliknya hanya akan membuat badan menjadi letih.
Di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia yang solat untuk diperiksa solatnya. Waktu itu solat akan dikategorikan pada lima tingkat :
1. Solat orang jahil.
2. Solat orang lalai.
3. Solat orang yang setengah lalai setengah khusyuk.
4. Solat orang khusyuk.
5. Solat Nabi-Nabi dan Rasul.

Solat orang jahil ialah shalat yang dilakukan oleh orang yang tidak memiliki ilmu tentang shalat. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dalam shalat serta shalat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Karena itu sejak awal shalatnya tidak diterima bahkan ia berdosa karena tidak belajar tentang ilmu shalat.
Solat orang lalai ialah shalat yang walaupun sempurna lahirnya tetapi hatinya sama sekali tidak ikut dalam shalat. Bermacam-macam hal yang diingat sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam solat itu. Dari awal hingga akhir solatnya, sedikit pun tidak ingat Allah. Solat seperti itu akan dianggap sebagai dosa bukannya mendapat pahala. Allah berfirman :Terjemahannya : Neraka Wail bagi orang yang solat. Yang mereka itu lalai dalam solatnya.(Al Maa’un : 45)
Shalat yang ketiga ialah solat yang di dalamnya terjadi tarik-menarik dengan syaitan. Artinya orang itu selalu merasakan bila syaitan mulai membuat dirinya lalai dari mengingat Allah. Cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada Allah. Begitulah seterusnya terjadi hingga akhir shalat. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Solat seperti itu tidak berdosa dan tidak juga berpahala, tetapi dimaafkan oleh Allah.
Solat orang khusyuk ialah solat orang yang terus mengingat Allah di sepanjang solatnya serta memahami apa yang dibacanya dalam shalat. Orang itu dapat merasakan bahwa dia sedang menghadap Allah. Perhatiannya hanya kepada Allah. Bagi orang tersebut, solatnya berarti menunaikan janji kepada Allah, memohon ampun kepada Allah, mengharap kepada Allah, menghina diri kepada Allah dan mengagungkan Allah.
Solat seperti itulah yang akan menghapuskan dosa, memperbaharui ikrar (yang pernah diucapkan di alam ruh), menguatkan iman, mendekatkan hati kita kepada Allah, meningkatkan takwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia. Dan di akhirat Allah akan menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan.
Solat yang kelima ialah tingkat tertinggi yaitu solat para Nabi dan Rasul. Mereka itu khusyuknya luar biasa. Mereka benar-benar melihat Allah dengan mata hati. Dalam solat, mereka seakan-akan sedang bercakap-cakap dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu melakukan solat. Sebagaimana indahnya perasaaan hati orang yang dapat bertemu kekasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka itu dalam solat.
Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah shalat. "Shalat penyejuk mataku," sabda Rasulullah. Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mereka adalah syurga tertinggi yang tidak dapat dicapai oleh orang-orang awam seperti kita.
Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki shalat kita sekaligus memperbanyaknya. Untuk itu sekali lagi kita mesti mujahadah. Hanya dengan mujahadah kita dapat meningkatkan iman dan memperbanyak amal soleh. Serta hanya dengan iman dan amal soleh saja kita akan dapat membangun dan menghias rumah kita di akhirat nanti.
2. ZIKRULLAH, WIRID DAN TAHLIL
Semua ibadah zikrullah kalau dikerjakan dengan betul akan meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di hati. Firman Allah Terjemahannya : Ketahuilah bahwa dengan mengingat Allah itu, hati akan tenang.(Ar Ra’d: 28)
Syaratnya ibadah itu mesti dilakukan dengan beradab, memahami dan menghayati maksudnya.
Misalnya kita menyebut Subhanallah, hati mesti diberitahu bahwa Allah Maha Suci dari kekurangan yang disifatkan pada-Nya. Bila menyebut Alhamdulilah, hati mesti merasakan bahwa segala puji hanya bagi Allah. Segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Hati mesti merenungkan segala pemberian Allah pada kita sewaktu menyebut pujian itu supaya terasa hubungan antara kita dengan Allah. Begitu juga ketika menyebut Allahu Akbar, hati mesti sadar bahwa Allah Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Mengatur seluruh langit dan bumi. Rasakan betapa kerdilnya kita di bawah kekuasaan Allah yang hebat itu.
3. MEMBACA AL QURAN
Al Quran adalah Kitabullah yang diturunkan khusus untuk kita manusia. Membacanya adalah ibadah, memahaminya adalah obat, mengikutinya adalah petunjuk dan menghayatinya menambah iman dan takwa. Maka orang yang menganggap remeh dan ringan terhadap Al Quran akan menderita kerugian besar.
Bertanya Allah dalam surah Al Waaqi’ah:
Terjemahannya : Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Terdapat dalam kitab yang terpelihara (lauhul mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al Quran ini? Kamu (mengganti) rezeki (Allah) dengan mendustakan Allah.(Al Waaqi’ah: 77-82)
Begitulah umat Islam pada hari ini. Mereka menyamakan kitab mulia itu dengan buku ciptaan manusia. Kadangkala, Al Quran dipermainkan dengan tujuan duniawi semata-mata. Alangkah sedihnya.
Mari kita kembali menjunjung pusaka mulia, warisan yang betul-betul ditujukan untuk kita. Mari kita agungkan dengan seagung-agungnya dan kita perjuangkan sungguh-sungguh. Tindakan seperti itulah yang sesuai dengan kemuliaan dan kehebatan yang ada pada Al Quran.
Adab-adab yang perlu dilakukan ketika kita membaca Kitab mulia ini diantaranya adalah:
Berwudhu'.
Tempat duduk kita bersih dan suci seperti mesjid, surau dan lain-lain.
Menghadap kiblat.
Membaca ta’awwudz "a'udzubillahi minas syaithon nirrajiim" sebelum memulai membaca Al Quran.
Bacaan dilakukan dengan tertib yakni dengan jelas dan perlahan-lahan.
Memahami dan menghayati bacaan dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh ayat yang dibaca. Misalnya kita membaca ayat tasbih, maka maka kita berdoa dan bertasbih.
Bila membaca ayat doa dan istighfar, maka kita berdoa dan meminta ampun.
Bila membaca ayat yang menceritakan azab Neraka, maka kita berlindung dari Neraka Allah dengan doa "a'udzubillahi min dzalika"
Bila membaca ayat yang menceritakan nikmat syurga, maka kita berdoa "allahumma arzuqna" semoga Allah juga menganugerahkannya kepada kita.
Bila membaca ayat tentang orang kafir yang mensyirikkan Allah, maka kita segera menolak dengan ucapan "Subhanallahi ‘amma yasifuun", dan begitulah seterusnya.
Ucapan-ucapan itu dapat diucapkan di mulut atau di hati tetapi yang penting adalah kesungguhan dan keikhlasan kita dalam menyebutnya (mengucapkannya) .
Bacaan dibuat dengan suara dan nada yang merdu serta enak didengar.
Jangan memutuskan bacaan hanya karena hendak makan atau bercakap-cakap. Berhentilah di tempat-tempat yang telah ditentukan. Sebaiknya diakhiri dengan doa.
Sesungguhnya kalau kandungan Al Quran itu selalu kita perhatikan dengan kefahaman dan keimanan, Insya Allah hati kita akan terdidik, keimanan dan ketakwaan kita akan bertambah.
4. BERDOA
Berdoa adalah ibadah. Selain itu berdoa juga merupakan sumber iman dan tempat menggantungkan diri kepada Allah. Orang-orang yang tidak mau berdoa kepada Allah sebetulnya adalah orang yang sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak keperluan, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah?
Kalau begitu, marilah kita berdoa. Kita ceritakan semua masalah pada Allah dan kita gantungkan harapan yang penuh kepada-Nya. Berdoalah di tempat-tempat dan waktu-waktu yang makbul dengan hati yang penuh khusyuk, harap, yakin serta sabar. Insya Allah doa akan menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan.
Sudah menjadi fitrah manusia, bila berada dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengobati penyakit itu adalah dengan mengadu, mengharap dan menyandarkan diri kepada suatu kuasa yang bisa menolongnya menyelesaikan masalah itu. Karena itu, agama Islam mengajar kita untuk berdoa. Sebab hanya Allahlah kuasa mutlak yang layak dan mampu berbuat begitu.
Faedah berdoa adalah jiwa yang lemah akan menjadi kuat, hati yang susah menjadi senang dan perasaan yang gelisah akan menjadi tenang.
5. TAFAKUR
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :Terjemahannya : Berfikir satu saat itu lebih baik daripada ibadah setahun.
Anjuran untuk berfikir itu bertujuan untuk menyadarkan manusia tentang sifat wujud Allah dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang sebaiknya difikirkan adalah tentang keberadaan diri kita di hadapan Allah. Allah memulai penciptaan kita hanya dari setitik air mani. Harga setitik air mani lebih rendah daripada harga sebiji padi, kalau saja Allah tidak menanamnya di dalam rahim perempuan.
Juga tidak akan berharga kalau Allah tidak memelihara dan menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga berharga sekiranya Allah tidak memudahkan baginya keluar ke atas bumi. Bahkan belum juga berharga kalau Allah tidak membesarkan serta memberi akal fikiran.
Dengan akal yang Allah karuniakan, manusia dapat menjadi raja, menteri, anggota kabinet, tentara, ahli fikir, profesor, dokter, Insinyur, dosen, guru dan lain-lain yang pandai, kuat, kaya dan hidup secara bebas. Dengan akal fikiran, manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan memperkosa bumi sekehendaknya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan bisa selamanya berbuat sekehendaknya atau memperoleh apa yang kita inginkan.
Kita akan mengalami kematian. Bagaimana kita dapat menghalangi datangnya kematian itu? Tidak mungkin. Seperti halnya kita tidak mungkin mendatangkan diri kita ke dunia ini. Firman Allah dalam Al Quran :Terjemahannya : Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menetapkan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa.(Ar Rum : 54)
Sesudah mati, Allah berjanji untuk menghidupkan dan membangkitkan kita kembali di hari Qiamat. Apakah alasan kita untuk tidak percaya pada janji Allah itu? Siapakah diri kita yang berani menolak kedatangannya?
Firman Allah SWT :Terjemahannya : Tidaklah susah menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) melainkan hanya seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa saja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Luqman : 28)
Mari kita fikirkan juga nikmat-nikmat Allah yang kita terima sekarang ini. Mata, telinga, kaki, tangan dan semua anggota tubuh kita sangat penting untuk keperluan hidup. Allah karuniakan kepada kita tanpa meminta bayaran satu rupiah pun dari kita. Padahal harga sepasang kaki palsu sudah berjuta-juta begitu juga dengan gigi palsu. Apalagi mata, telinga, hati, lidah dan akal yang Allah karuniakan, tentu tidak akan ternilai harganya.
Dengan apa kita akan membalas pemberian yang begitu besar? Renungkanlah apakah kita sudah berterimakasih kepada Allah? Sudahkah kita laksanakan suruhan-Nya? Sudahkah kita berhenti melakukan hal-hal yang dilarang-Nya? Sudah cukupkah amal bakti kita sebagai hamba untuk membalas kemurahan dan kasih sayang Allah yang telah memelihara kita?
Pernah diceritakan bahwa telah meninggal seorang abid (ahli ibadah). Lalu Allah memanggilnya untuk diberitahu bahwa dia akan dimasukkan ke syurga karena kemurahan dan rahmat Allah kepadanya. Mendengar hal itu, si abid merasa tidak puas karena ia masuk ke syurga melalui belas kasihan dari Allah sedangkan di dunia dia begitu kuat beribadah. Si abid lalu memohon dimasukkan ke syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak itu.
Allah SWT memerintahkan malaikat menghitung dan menilai ibadah si abid tersebut. Setelah selesai, Allah mengumumkan bahwa ibadah-ibadah yang telah dibuat oleh si abid itu tidak cukup hanya untuk membayar harga sebelah matanya apalagi untuk mendapatkan syurga? Si abid pun tersipu-sipu lalu memohon agar diberi peluang untuk masuk ke syurga.
Demikianlah satu contoh yang menunjukkan bahwa nilai amal bakti kita masih belum sebanding dengan pemberian Allah pada kita. Meskipun setiap detik dari umur kita, kita gunakan untuk menghambakan diri kepada Allah, itu pun belum memadai untuk menandingi nikmat dari Allah. Apalagi kalau kita sombong, ingkar dan durhaka kepada Allah tentu sangat sebanding bila Allah lemparkan kita ke dalam api neraka dan tersiksa untuk selama-lamanya.
Lihat juga kejadian padi yang kita masak menjadi nasi. Dapatkah batang padi itu tumbuh dengan sendirinya kalau Allah tidak menurunkan hujan dan kalau Allah tidak menggemburkan tanah supaya biji yang di dalam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahaya matahari? Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar batang itu dapat menjalar mencari makanan dan minumannya? Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkannya?
Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, sudah selayaknya hati kita terbuka, nampak kewujudan, kemurahan dan kekuasaan Allah SWT. Seharusnya hati akan menyadarkan akal tentang perlunya menyembah Allah. Hati selanjutnya akan memerintahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti dari mengerjakan larangan-Nya. Kalau tidak terjadi seperti itu, maka selayaknya kita menangis, karena hati yang buta lebih parah dari akal yang buta.
Kemudian hadapkan muka kita ke langit. Lihatlah matahari yang terbit dan terbenam, memberi panas, membuat perbedaan waktu dan pergantian musim. Bulan yang kecil dan besar, membuat malam kadang-kadang gelap dan kadang-kadang terang, membuat air laut pasang dan surut. Lihatlah bintang-bintang yang berkerlipan menghiasi langit hingga berseri-seri.
Lihatlah semua itu dan ingatlah Allah. Tanamkan dalam hati betapa besar kuasa-Nya dan pemurah-Nya. Dengan begitu mudah-mudahan hati kita menjadi lembut dan tunduk untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:"Siapa yang memandang ke langit, melihat bulan dan bintang kemudian terasa betapa kuasanya Allah, maka Allah akan mengampunkan dosanya sebanyak jumlah bintang-bintang itu."
Seseorang yang melihat alam kemudian berfikir tentang Allah, lalu terasa kehebatan Allah hingga hatinya lembut dan tunduk menyembah Allah dengan sadar dan khusyuk, itulah manusia yang sempurna.
Dia menyadari bahwa dirinya adalah makhluk ciptaan Allah. Segala sesuatu yang dimilikinya merupakan pemberian Allah. Karena itu ia ingin menyerahkan kembali segala pemberian Allah itu untuk beribadah kepada Allah. Hasilnya dia akan berbahagia di dunia dan akhirat.
Di dalam Al Quran Allah berulang kali menyuruh manusia untuk berfikir serta menggunakan akal yang telah diberikan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya Allah.
Firman-Nya:Terjemahannya : Tidakkah kamu memperhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan (untuk kepentinganmu) apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan sebagian manusia masih ada yang membantah tentang keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan kitab yang memberi penerangan.(Luqman: 20)
Terjemahannya : Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan, bagi kaum yang berfikir.(Ar-Rum : 21)
Terjemahannya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi).(Ar Rum : 20)
Terjemahannya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan begitu juga berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.(Ar-Rum : 22)
Terjemahannya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.(Ar-Rum : 23)
Terjemahannya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.(Ar-Rum : 24)
Terjemahannya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah terbinanya langit dan bumi dengan perintah-Nya. Kemudian apabila Dia memanggilmu dengan sekali panggilan dari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur). (Ar-Rum : 25)
Satu hal lagi yang perlu difikirkan adalah tentang dosa kita kepada Allah dan sesama manusia. Berapa banyak dosa kita kepada Allah dan sesama manusia? Selamatkah kita dari siksaan dan kemurkaan Allah di dunia dan di Akhirat? Mampukah kita berhadapan dengan Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti? Sanggupkah kita menghadapi panasnya api Neraka? Renungkan dan fikirkanlah selalu. Insya Allah renungan itu akan melembutkan hati.
Setelah itu tanamkan keyakinan yang mendalam bahwa kematian itu benar, masuk ke liang kubur itu benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu pun akan kita hadapi. Melintasi Siratal Mustaqim itu benar, pembalasan siksa Neraka dan nikmat Syurga adalah kebenaran yang akan terjadi. Semua itu pasti terjadi tanpa keraguan lagi.
Sekiranya peringatan itu diulang-ulang setiap hari pada hati kita, maka insya-Allah iman yang kuat akan masuk ke dalam hati kita, sehingga tidak mudah digoyangkan walaupun dengan angin topan yang kuat dan dahsyat.
Usaha lain yang sebaiknya dilakukan untuk mendapatkan iman adalah berpuasa sunat, berjuang, berjihad, bersedekah, menziarahi orang sakit atau jenazah dan lain-lain. Kalau amalan-amalan itu dilakukan sesuai dengan adab dan tujuan yang dianjurkan syariat, semuanya akan menambah iman.
Perlu diingatkan pula bahwa setiap dosa baik kecil maupun besar akan meruntuhkan dan membinasakan iman.
Rasulullah SAW bersabda:Terjemahannya : Bukanlah seorang yang berzina ketika berzina seorang mukmin.(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Artinya bila seseorang itu sedang berzina maka imannya akan hilang dan rusak. Jadi bagi mereka yang sangat ingin memelihara dan meningkatkan imannya, janganlah melakukan dosa kecil ataupun besar. Kalau tidak sengaja membuat dosa, maka cepat-cepat istighfar, menyesal dan taubat.
Iman juga bisa turun setelah naik atau bisa naik setelah turun. Itulah sifat iman kita yaitu iman ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan, iman mesti selalu dipupuk dengan cara-cara yang telah diuraikan di atas. Siapa yang rajin, maka ia akan selamat. Sebaliknya siapa yang lalai akan menerima akibatnya.
Saya tegaskan bahwa ibadah-ibadah di atas mesti dilakukan dengan khusyuk dan tawadhuk. Kalau tidak, ibadah itu tidak akan berarti apa-apa. Perbandingannya seperti orang yang lapar kemudian mengambil nasi hanya untuk dipermainkan bukan untuk disuapkan ke mulut. Apakah laparnya akan hilang?
Begitulah ibadah, kalau tidak dihayati, maka jiwa tidak akan memperoleh apa-apa. Lebih baik tidak shalat sunat kalau dilakukan dengan tergopoh-gopoh. Selain tidak beradab dengan Allah, shalat itu tidak akan berkesan pada hati kita.
Dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kita akan membiasakan hati untuk:
Membesarkan Allah,
Mengenal Allah,
Menghina diri dan malu dengan Allah,
Takut ancaman Allah dan harap pada nikmat Allah,
Terasa diawasi Allah,
Terasa gentar dengan kehebatan Allah di samping rasa cinta kepada-Nya,
Bila perasaan-perasaan seperti itu sudah tertanam di dalam hati, dengan sendirinya hati kita akan melakukan amal soleh, diantaranya :Bila kita menerima nasib buruk, kita akan redha sebab kita yakin Allah yang telah mentakdirkannya. Selain itu Allah cukup adil dan pengasih kepada makhluk-Nya. Setiap takdir-Nya akan membawa kebaikan, bukan untuk menganiaya dan menyiksa kita. Lagi pula bila dibandingkan nasib buruk itu hanya sedikit sedangkan nikmat-nikmat lain tidak terhitung banyaknya.
Bila datang ujian, kita akan sabar. Allah menguji kita atas dua maksud:
a. Untuk menghapuskan dosa
Sebagai manusia kita akan selalu berdosa baik disadari atau tidak. Jadi sudah selayaknya kita diuji untuk mengingatkan kita agar kejahatan itu jangan terulang kembali. Renungilah, bahwa balasan di dunia pun rasanya tidak mampu untuk ditanggung apalagi balasan di Neraka. Dengan begitu kita akan menerima balasan (ujian Allah itu) dengan tenang sambil mengharapkan ujian itu akan berakhir. Dengan demikian dosa kita akan terampun dan hati kita akan tenang kembali.
b. Untuk meninggikan derajat kita.
Kita akan merasa senang kalau mendapat kenaikan pangkat. Jadi kalau ada ujian Allah yang bermaksud menguji kesabaran kita untuk mendapat kenaikan pangkat maka sudah sepatutnya kita terima dengan sabar dan senang hati.
Bila datang nikmat dari Allah baik lahir maupun batin, maka kita akan bersyukur. Kita akan merasakan bahwa kesenangan lahir dan ketenangan jiwa kita semuanya adalah pemberian Allah (kuasa Allah dan nikmat dari-Nya). Keberhasilan yang kita capai merupakan izin dan pertolongan Allah. Karena itu kita selalu merasa berterima kasih kepada Allah. Perasaan itu akan menolong kita untuk ingat serta cinta kepada Allah. Kita akan redha kepada kehendak-Nya. Selain itu kita memperbanyak ibadah-ibadah yang disukai-Nya dan mengorbankan kepentingan kita untuk beribadah kepada-Nya sebagai tanda syukur kepada-Nya.
Setiap kali selesai berusaha, berikhtiar dan beribadah kepada Allah, kita akan menyerahkan hasilnya kepada Allah. Allah mempunyai hak mutlak untuk menentukan hasilnya baik atau buruk, berjaya atau gagal. Bahkan diri kita pun berada dalam tangan-Nya. Kita serahkan diri kita kepada-Nya dengan penuh baik sangka kepada-Nya untuk diatur mengikut kehendak-Nya.
Setiap kali kita membuat dosa, kita akan takut pada Allah. Hukuman Allah di dunia dan di Akhirat pasti menimpa kepada siapa yang berdosa. Hendaklah kita bertaubat (menyesal dan berjanji tidak akan membuatnya lagi). Kemudian, kita mengharapkan pengampunan Allah karena Allah adalah Tuhan yang Maha pemaaf, Maha sopan santun dan lemah lembut.
Kita akan selalu beradab dan malu dengan Allah yakni senantiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya. Kita cukup merasa malu untuk sombong kepada-Nya, tidak menghiraukan-Nya dan menjauhi-Nya. Artinya kita senantiasa merendahkan diri terhadap Allah dan khusyuk dalam beribadah. Selain itu kita berhati-hati, bimbang dan cemas, jangan-jangan kita telah membuat kesalahan dengan Allah.
Kita juga akan selalu merenung dan menyesali diri. Apakah kita sudah mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah. Kita yang selalu lalai, lemah serta berdosa, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Waktu untuk beribadah terlalu pendek dibandingkan dengan waktu yang kita gunakan untuk bercakap-cakap kosong, berangan-angan memikirkan bagaimana untuk meluaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut serta bermacam-macam kelalaian lagi.
Layakkah kita masuk ke dalam Syurga? Belum pernah bulu roma kita tercabut karena berjuang di jalan Allah. Sedangkan ahli syurga seperti Nabi dan para sahabat pernah tercabut gigi, pecah muka, remuk tulang dan hilang nyawa karena berjuang mempertahankan agama Allah. Pengorbanan apa yang telah kita buat yang perbandingannya mampu menebus kita dari api neraka?
Jika yang kita inginkan, tidak kita peroleh, kita akan redha sebab kita sadar bukan kita yang menunaikan hajat tetapi Allah. Dialah yang memberi dan menyempitkan rezeki. Sebab itu kita tenang, redha dan sabar, sesuai dengan kehendak dari Allah. Renungilah siapa diri kita. Sepatutnya kita merasa lemah, kita merasa tidak mampu menunaikan keperluan kita sendiri tanpa bantuan Allah. Kita merasa malu pula untuk tidak redha dengan Allah.
Nyawa yang ada pada diri kita itu pun kepunyaan Allah. Kalau Allah matikan kita, tentu akan terasa berat. Semuanya terserah pada Allah. Dengan begitu kita merasa tidak keberatan bila nikmat yang diberi oleh Allah itu sedikit. Kita hanya boleh meminta bukan memaksa. Meminta itu sifat hamba sedangkan memaksa itu sifat tuan.
Kalaulah perasaan-perasaan (amalan-amalan batin) yang telah diuraikan di atas tidak ada dalam jasad batin kita, itu tandanya mujahadah kita tidak kuat dan ibadah kita belum sampai tujuannya (untuk mendidik jiwa).
Usaha kita mesti ditambah. Kalau ibadah kita cukup dan sampai pada tujuan, maka kita akan menjadi orang yang bahagia dan selamat dari sakit jiwa. Sebab hanya orang yang mempunyai tasawuf (kerohanian) yang tinggi saja yang mampu mendapatkan kebahagiaan yang hakiki. Mereka lah yang membangun dan mendapatkan syurga untuk dunia dan Akhirat mereka.
Amalan-amalan mereka lahir dan batin akan menyelamatkan mereka di dunia dan Akhirat. Hati mereka yang selamat di dunia, juga akan selamat di Akhirat. Mereka akan mendapat kemanisan iman, kelezatan beribadah karena hatinya benar-benar cinta Allah dan Rasul serta benci kepada mungkar dan maksiat. Bersabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya : Tiga perkara ini, siapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman:
1. Mencintai Allah dan Rasul lebih daripada lainnya.
2. Mencintai seseorang semata-mata karena Allah.
3. Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dilemparkan ke Neraka.
(Riwayat Ahmad, Al Bukhari dan Muslim, At Tarmizi, An Nasai dan Ibnu Majah)
Bila mendapat kemanisan iman, penderitaan menjadi kecil dan dunia tidak ada lagi dalam ruang hatinya. Hatinya asyik dengan Allah. Itulah yang terjadi pada sahabat-sahabat Rasulullah. Bilal, waktu dijemur di tengah panas serta diazab untuk dipaksa kembali kepada kekufuran, dengan tenang dia menjawab, "Ahad, Ahad." Azab tidak terasa azab lagi.
Peristiwa lain juga terjadi pada seorang sahabat. Untanya dicuri orang di waktu malam ketika sedang shalat. Dia tidak langsung menghentikan shalatnya. Dia merasa kemanisan iman dan ibadah hingga lupa bertindak terhadap pencuri itu.
Cerita lain, ada dua orang sahabat yang Rasulullah lantik untuk mengawal tentara Muslimin di satu peperangan di waktu malam. Seorang tidur sementara seorang lagi berjaga dan melakukan shalat. Tiba-tiba datang mata-mata musuh, dan terlihatlah kedua sahabat tadi. Ia menarik busur panah dan memanah sahabat yang sedang shalat.
Sahabat itu tidak memutuskan shalatnya. Dipanah lagi, sampai tiga kali barulah ia membangunkan sahabatnya dan berkata, "Kalau tidak takut, sesuatu akan menimpa umat Islam niscaya aku tidak berhenti shalat." Begitulah kemanisan iman yang dirasakannya.
Mujahadatunnafsi terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain juga bisa dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu.
Dalam buku saya bertajuk Iman dan Persoalannya, telah dinyatakan tiga contoh bagaimana melakukan mujahadah terhadap sifat bakhil, sombong dan takut.
Di sini akan saya uraikan cara-cara mujahadah terhadap penyakit hasad, dengki, pemarah dan gila dunia.
Sebelum itu akan dijelaskan bahwa dalam berusaha melawan nafsu itu, kita hendaklah menempuh tiga tingkat :
1. Takhalli (Mengosongkan atau membuang atau membersihkan)
2. Tahalli (Mengisi atau menghiasi)
3. Tajalli (Terasa kebesaran dan kehebatan Allah)
1. Takhalli
Di tingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mau membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh dari diri kita, maka nafsu itu akan selalu menguasai dan menghambakan kita.
Sabda Rasulullah SAW :Terjemahannya : Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang terletak di antara dua lambungmu. (Riwayat Al Baihaqi)
Karena kejahatannya itu telah banyak manusia yang ditipu dan diperdaya untuk tunduk, bertuhankan hawa nafsu. Itu diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya :
Terjemahannya : Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah.(Al Jaatsiah: 23)
Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak memiliki tempat. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya tetapi menyembah hawa nafsu.
Oleh itu usaha melawan hawa nafsu jangan dianggap ringan. Itu adalah satu jihad yang sangat besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan : Terjemahannya : Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya, "Peperangan apakah itu?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu."(Riwayat Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesadaran dan kemauan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
Untuk lebih jelas akan saya sebutkan tingkat-tingkat nafsu manusia sebagaimana iman itu pun bertingkat-tingkat. Saya sebutkan dari tingkat yang serendah-rendahnya yaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah.
Kita yang berada pada tingkat iman ilmu, berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah. Paling minimal mencapai nafsu mulhamah dan nafsu mutmainnah, yaitu nafsu yang ada pada diri seseorang beriman ayan.
Di tingkat iman itu saja kita akan dapat menyelamatkan diri dari siksaan Neraka. Itu dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
Terjemahannya : Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr 27-30)
Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum’ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan dan mengumpat.
Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.
Bagaimana pun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah semudah membuang daki di badan. Hal itu memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang terus menerus dan petunjuk yang berkesan dari guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu. Malangnya di akhir zaman ini, kita tidak memiliki guru yang mursyid.
Nasib kita hari ini seperti nasib anak-anak ayam yang kehilangan induk. Tidak ada yang akan menunjukkan jalan kebaikan yang ingin kita tempuh. Meraba-rabalah kita dalam kegelapan.
Tetapi bagi orang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa bila tidak ada orang yang bisa mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri.
2. Tahalli
Tahalli berarti menghias, lawan kata bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat terkeji atau mazmumah, kita mesti segera menghias hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah.
Supaya mudah difahami mari kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.
Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghias hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, bersangka baik, takut pada Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tenggang rasa, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasih sayang sesama mukmin, selalu ingat mati dan tawakal.
Untuk menghias hati dengan sifat mahmudah kita sangat memerlukan mujahadah. Di tegaskan sekali lagi bahwa bila dalam tingkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah, maknanya belum ada ketenangan dan kelezatan yang sebenarnya. Insya Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan akan menyatu dengan hati kita dan akan terasalah lezatnya.
Cara-cara mujahadah dalam tahalli sama seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mau mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita terutama yang kita sukai dan sayangi untuk diberikan kepada yang memerlukan. Awalnya tentu terasa berat dan susah tetapi janganlah menyerah. Kita mesti melawan. Tanamkan dalam hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut untuk mendapat pahala sedekah.
Sayidatina Aisyah r.a. di waktu tidak memiliki apa-apa untuk dimakan, beliau mencoba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu besar keinginan mereka pada pahala dan rindu kepada Syurga. Mereka berlomba-lomba menyahut pertanyaan Allah SWT :Terjemahannya : Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.(Al Hadid : 11)
Setiap kali kita merasa sayang pada harta kita setiap itu pula kita mengeluarkannya. Insya Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlu kita miliki. Untuk itu mesti bermujahadah. Jika tidak, iman akan ikut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.
3. Tajalli
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperoleh tajalli yaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.
Agak sukar untuk ditulis apa arti tajalli sebenarnya, sebab merupakan sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengerti oleh orang-orang yang merasakannya. Seperti manisnya gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasakan sendiri gula tersebut.
Tajalli secara ringkas ialah perasaan tentram, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan terbuka, hidup, melihat dan merasa kehebatan Allah. Hati selalu teringat dan rindu pada Allah. Harapan dan pergantungan tidak pada selain Allah. Seluruh amal bakti adalah karena dan untuk Allah semata-mata. Apa pun masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Kesusahan apa pun tidak terasa dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan sebagai pemberian dari kekasihnya, Allah SWT.
Akhirnya bagi orang-orang yang beriman, dunia ini sudah terasa bagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi yaitu kebahagiaan hati. Firman Allah: Terjemahannya : Hari kiamat yaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.(Asy Syuara : 88-99)
Setelah kita menguraikan tentang proses pembersihan hati, marilah kita melihat cara-cara untuk mujahadah terhadap beberapa penyakit hati.
1. HASAD DENGKI
Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bedanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Bahkan ulama-ulama pun terkena penyakit itu bahkan lebih berat lagi. Hasad dengki membuat jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya merasa tidak selamat di dunia apalagi di akhirat.
Hadits telah menceritakan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam Neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka adalah ulama karena hasadnya.
Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad :Terjemahannya : Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki niscaya Kami tunjukkan mereka padamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu.(Muhammad : 29-30)
Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain mendapat kejayaan, maka kita akan sakit hati dan bila orang lain mendapat bencana kita akan merasa senang. Bahaya hasad dengki adalah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :Terjemahannya : Sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti api memakan ranting kayu kering.
Bila kita saling hasad dengki, kita akan hina-menghina, fitnah-memfitnah, benci-membenci, dendam-mendendam, jahat sangka dan mengadu domba. Kesemuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikkan lainnya.
Seseorang yang membiarkan dirinya berada dalam hasad dengki adalah penjahat dan perusak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia. Dia juga seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sadar atau tidak, dia sebenarnya benci kepada Allah. Walau sebanyak apa pun shalatnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka.
Pernah sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW :Terjemahannya : Sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang harinya dan di malam harinya shalat tahajjud tetapi selalu menyakiti tetangga dengan lidahnya. Jawab baginda Rasulullah : "(Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka."
Orang yang banyak bertahajjud dan berpuasa sunat pun masuk Neraka karena hasad dengki, apalagi kita yang tidak bertahajjud, puasa sunat, masih cinta dengan hasad dengki dan umpat-mengumpat.
Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takut akan Neraka, insaflah akan kejahatan hati kita itu dan marilah kita memperbaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi.
Allah berfirman :Terjemahannya : Hai orang yang beriman, janganlah satu kaum menghina kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain lain) dan barangsiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al Hujurat : 11)
Terjemahannya : Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak prasangka. Sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu mengumpat sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 12)
Begitulah bujukan Allah pada kita supaya kita tidak lagi hasad dengki, mengumpat dan buruk sangka.
Langkah-langkah yang mesti kita lakukan untuk mujahadah terhadap hasad dengki diantaranya ialah :
1. Setiap kali orang yang kita dengki itu memperoleh kejayaan, kita kunjungi dia untuk mengucapkan tahniah (selamat) dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi juga untuk mengucapkan takziah(turut berduka) dan ikut bersedih bersamanya.
2. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahasiakan.
3. Selalu datang dan berilah hadiah kepada orang yang kita dengki itu.
4. Kalau ada orang mencoba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita mesti membelanya. Jangan melayani orang atau syaitan yang hendak merusak mujahadah kita.
5. Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengobati penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu.
Ingatlah selalu firman-Nya :Terjemahannya : Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami niscaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami itu. (Al Ankabut : 69)
Timbulnya hasad dengki kita pada seseorang adalah karena orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang lebih daripada apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlombaan maka datanglah rasa dengki itu. Sebaliknya tidak akan terjadi begitu, kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan merasa dengki lagi.
Firman Allah :Terjemahannya : Janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain. (An Nisa’ : 32)
Allah yang melebihkan dan mengurangkan pemberian-Nya kepada seseorang. Dan Allah Maha adil atas pemberian yang lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sadar bahwa dirinya adalah hamba, ia akan senantiasa bersyukur pada nikmat yang diperoleh, redha dengan takdir dan sabar menghadapi ujian.
Dalam hadits Qudsi Allah berfirman :Terjemahannya : Barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang terjadi dan tidak sabar terhadap bala (cobaan) dari-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku. (Riwayat : At Tabrani)
Dalam Al Quran Allah berfirman :
Terjemahannya : Dialah yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun.(Al Mulk: 2)
Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara.
Firman-Nya lagi :
Terjemahannya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al Insan: 2)
Kalau Allah melebihkan seseorang dari kita, artinya Allah mau menguji apakah kita sabar dan redha dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah melebihkan kita daripada seseorang, artinya Allah mau menguji kita, apakah kita bersyukur terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, congkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.
Kalau begitu mengapa hasad dengki? Kalau kita masih hasad dengki artinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad dengki bukan saja bermusuhan dengan orang lain tetapi juga bermusuhan dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.
2. PEMARAH
Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Semakin besar ego seseorang itu semakin besar pemarahnya. Itu berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.
Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya maka makin tinggi egonya dan pemarahnya makin menjadi-jadi. Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya akan kurang rasa egonya, maka kurang juga sifat pemarahnya.
Lihatlah perbedaan antara seorang ayah dengan anaknya. Jarang kita dengar bahwa anak memarahi ayah. Yang selalu terjadi adalah ayah memarahi anak. Atau antara tuan rumah dengan pembantunya. Tidak pernah pembantu marah pada tuannya tetapi tuan sering marah pada pembantunya. Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah pada gurunya tetapi guru sering marah pada muridnya.
Sebagai contoh yang lain, kepala kantor dengan pegawainya. Jarang pegawai marah pada 'boss'nya tetapi boss sering marah pada anak buahnya. Begitulah seterusnya. Jarang kita temui seorang ayah, guru, kepala kantor, tuan rumah dan seorang pemimpin yang tidak bersifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka.
Pendeknya sifat pemarah itu ada pada setiap diri kita seperti halnya hasad dengki. Pemarah adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji. Pemarah bisa memecah-belahkan hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang yang biadab terhadap Allah SWT.
Kenapa mesti marah? Coba kita renungkan sebuah bait gubahan seorang mujahid:
Takdir Allah sudah putus dan keputusan Allah sudah terjadi. Istirahatkan hati dari kata-kata 'barangkali' dan 'kalau'.
Setiap kesalahan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mau melihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah sambil mengucapkan, "Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun." Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya :
Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang, dengan siapakah beliau belajar berlemah lembut itu?
Ahnaf menjawab : Dengan Qais bin Asim, yaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang beristirahat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit-jerit kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya, "Aku bukan saja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini aku memerdekakan kamu."
"Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim," kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya.
Bukannya Qais tidak sayang pada anaknya tetapi hatinya senantiasa melihat pengaturan Allah dan senantiasa merasakan setiap kejadian adalah takdir dari Allah. Ia senantiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta merasa kehambaan pada Allah. Rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anak yang disebabkan kelalaian hambanya.
Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atas dirinya. Barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat derajatnya di sisi Allah SWT. Karena itu hatinya tenang. Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu ia merasakan mendapat peluang untuk mendekatkan lagi hatinya pada Allah SWT. Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan hambanya.
Bukan saja dia tidak marah bahkan merasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu, memaksa Qais untuk membebaskan hambanya. Dia hanya nampak ketentuan Allah yang wajib diterima tanpa tanya jawab (komentar) dan tanpa 'kalau' lagi. Demikianlah rasa kehambaan yang menghias hati dan ruh Qais, seorang yang cukup berakhlak terhadap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya).
Demikianlah rasa marah itu lahir dari perasaan 'ketuanan' yang ada dalam hati kita. Kita merasa kita yang lebih besar, lebih mulia, lebih hebat dari orang lain. Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita menjadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaafkan kesalahan orang dan bertenggang rasa dengan sesama manusia.
Sesama manusia mempunyai asal yang sama. Kita datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk, amis, bodoh, dungu, tuli, bisu, buta, lemah dan hina sekali.
Firman Allah :
Terjemahannya : Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur. (An Nahl : 78)
Kemudian Allah juga mencantikkan kita dan memberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sebentar saja. Tujuannya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur). Bukan supaya kita merasa lebih mulia, lebih hebat, hingga datang perasaan-perasaan sombong, riya', bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita.
Sebaiknya bila kita merasa mempunyai kelebihan, kita menjadi takut pada Allah. Takut kalau nikmat itu digunakan secara salah sehingga durhaka kepada Allah Taala dan berdosa pada manusia. Takut kalau nikmat itu menjadikan hati kita merasa 'tuan' sehingga timbul sifat ego yang besar, yang akan melahirkan bermacam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah. Firman-Nya :
Terjemahannya : Dalam hati mereka terdapat penyakit kemudian Allah tambahkan penyakit mereka. (Al Baqarah : 10)
Kita mesti mengobati penyakit hati kita. Artinya kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.
1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. Perbandingannya adalah kalau ada orang penting di rumah kita, sanggupkah kita memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Terlebih lagi terhadap Allah, karena Allah senantiasa melihat bahkan senantiasa bersama kita. Kalau kita yakin akan hal itu tentu kita tidak akan menjadi pemarah sebab kita tahu Allah tidak suka kita menjadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuat kita senantiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita.
2. Bila datang rasa hendak marah, maka katakan pada diri kita, "Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisiMu. Tolonglah pelihara diriku dari kejahatan nafsu dan selamatkan aku dari api Neraka."
3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Kalau begitu layakkah kita menjadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?
4. Kita harus insaf bahwa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, memiliki kelemahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahwa satu saat nanti kita akan bersalah dengan orang lain. Kalau kita bersalah kita tidak suka orang lain memarahi kita. Begitulah juga kalau orang lain yang bersalah dengan kita, dia tentu tidak suka kalau dimarahi. Karena itu tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Firman Allah :
Terjemahannya : Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut
(Thaha : 44)
Sebegitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah lembut. Sebab hanya dengan lemah lembut, hati manusia menjadi lembut, insaf dan takut.
Sebaliknya kalau kita kasar bukan saja orang yang lain tidak menerima teguran kita bahkan dia akan benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah kekerasan kita akan tercatat. Dan di sisi Allah kita akan tercatat sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah, padahal Allah memerintahkan kita supaya berhikmah :
Terjemahannya : Serulah (semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berhujjahlah dengan mereka secara yang paling baik.(An Nahl : 125)
3. GILA DUNIA
Gila dunia adalah penyakit hati atau satu mazmumah yang menghalangi kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni menghalang untuk mencapai derajat kerohanian yang tinggi).
Seorang pencinta dunia adalah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluaskan serta memperbanyak ketinggian dan kekayaan di dunia sehingga fikirannya senantiasa bekerja untuk tujuan itu dan secara lahir ia bekerja keras untuk itu.
(Dunia ialah segala sesuatu yang tidak ada manfaatnya untuk Akhirat. Sebaliknya perkara apa saja yang bisa digunakan untuk akhirat maka tidak lagi disebut dunia).
Lawan dari penyakit gila dunia adalah sifat zuhud yaitu hati yang tidak memiliki keinginan kepada sesuatu yang tidak bermanfaat untuk akhirat.
Firman Allah :Terjemahannya : Itulah negara Akhirat (syurga) yang Aku jadikan (syurga itu) untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian dan kerusakan di muka bumi ini.(Al Qashash : 83)
Hati yang tidak memiliki keinginan untuk menjadi 'tuan' dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kerusakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah hati penghuni syurga.
Firman Allah :Hari Qiamat (hari manusia meninggalkan dunia) adalah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara’ : 88-89)
Mungkin kita bertanya, "Bagaimana saya bisa membuang keinginan kepada dunia yang indah?" Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pun sangat cinta padanya?
Pertama, ketahuilah bahwa di dunia ini ada yang diharamkan dan wajib kita jauhi. Selain itu ada yang dihalalkan dan tidak berdosa kalau diambil asalkan tidak berlebih-lebihan atau lebih dari keperluan.
Rasulullah SAW pernah menyatakan benci kepada dunia, karena dua perkara.
Sabda baginda :Terjemahannya : Halalnya akan dihisab dan haramnya disiksa (dalam Neraka).
Satu hari ketika baginda berjalan bersama sahabat-sahabat, terlihat oleh Rasulullah seekor bangkai kambing. Baginda bertanya kepada sahabat, "Mengapa bangkai itu dibuang oleh tuannya?"
Sahabat menjawab, "Karena ia tidak berguna lagi maka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya."
Maka bersabda Rasulullah SAW :"Demi Allah yang menguasai diriku, maka dunia itu lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya."
Seterusnya baginda bersabda:
"Dunia itu terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dalamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah."
Karena itu ketahuilah bahwa mengambil dunia lebih dari keperluan atau bukan untuk mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya. Dunia akan menjadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita dari Allah.
Bagi orang yang menyadari hakikat itu tentu mereka tidak cinta lagi kepada dunia. Dunia yang nampaknya indah itu ternyata buruk sifatnya. Ibarat bunga kembang sepatu, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tidak ada baunya. Atau ibarat perempuan cantik yang jahat tingkah lakunya tentu tidak ada gunanya.
Sebagai orang awam yang tidak kenal sifat dunia ini, tentu kecantikan dunia akan menawan hati kita. Tetapi bagi bijak pandai, yaitu orang-orang arif seperti Nabi dan Rasul, para muqarrobin dan solihin, mereka sangat kenal pada dunia ini, terutama tentang keburukan dan kehinaannya. Sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka mengambil sebagian dari dunia, yaitu yang tidak boleh tidak mesti diambil. Selebihnya adalah seperti najis pada mereka, sebab itu mereka membuangnya.
Tugas kita sekarang adalah mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita kepada Allah dan hari Akhirat akan timbul dan menyala dalam dada kita.
Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya :
Harta, uang, pakaian, makanan, kendaraan, tempat tempat tinggal dan lain-ain kekayaan kita yang halal, yang kita letakkan di bank selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah.
Kedudukan kita, jabatan, pangkat, nama yang masyhur, pengaruh dan ketinggian apa saja yang memungkinkan kita merasa 'tuan' di dunia ini hendaklah digunakan untuk mencari keredhaan Allah, baik untuk menegakkan hukum Allah, menggiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlas dalam mengatur kegiatan dakwah serta membuka peluang-peluang untuk Islam dan umatnya.
Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia hanya karena keindahan duniawi tetapi arahkan usaha itu kepada agama Allah untuk negara Akhirat yang kekal abadi.
Bagikan isi dunia yang datang pada kita untuk hamba-hamba Allah yang lebih memerlukannya.
Kosongkan hati kita dari keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi.
Mohonlah selalu hidayah dan taufik dari Allah agar kita menjadi seorang yang zahid yang berilmu, menolak dunia karena Allah sebagaimana telah yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW.
Sabda baginda :
Dua rakaat shalat seorang alim yang hatinya zuhud lebih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia karena ibadah tanpa ilmu tiada bernilai.
Firman Allah SWT :
Terjemahannya : Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan kepada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (Syurga). Katakanlah, maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu. Untuk orang-orang yang bertakwa terhadap Tuhan mereka ialah Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. Mereka itu selalu berdoa, "Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa Neraka."(Ali Imran : 14-16)
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya :
Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat
Seterusnya ke Tajuk 5

TIPS HILANGKAN BAU KETIAK.

TIPS HILANGKAN BAU KETIAK.
1. Korang kena pergi kedai beli limau nipis (kalau limau purut pun wokey). Yang dah ada pokok kat belakang rumah tu….. lagi bagus 100% jimat.
2. Korang potong dua limau nipis tu guna pisau….. bukan guna gigi.
3. Korang bawak masuk bilik mandi dan bukalah baju. Yang nak bogel tu….. terpulang.
4. Tenyehlar limau tu kat ketiak korang sampai limau tu jadi nipis. Yang tak biasa mungkin rasa tak selesa dan pedih….. tapi kena tahan jer lar sikit.
5. Bahagian yang kena tenyeh tu akan jadi merah-merah dan korang biarkanlah beberapa minit. Paling senang korang gosok gigi lar.
6. Lepas tu korang mandi macam biasa….. dan yang nak pakai sabun shokubutsu tu pakai jer la.
7. Lepas mandi keringkanlah badan korang macam biasa.
8. Korang pergi depan cermin dan luruskan dua-dua tangan ke atas, lepas tu ciumlah ketiak korang. Sure baunya menyelerakan ops menyegarkan.
9. Amalkan seminggu 2 kali wokey, dan bagi yang memang species berbau tu kenalah tiap-tiap hari hingga hilang bau.

10 TIPS KURUSKAN BADAN.

10 TIPS KURUSKAN BADAN.
1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

14 TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI SI MANIS BERTUDUNG.

14 TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI SI MANIS BERTUDUNG.
Tips 1:
Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.

Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!

Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D

Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9:

Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..

Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.

Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.

Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

Make-up!!!

Make-up!!!
Ok... Ikut tips kat bawah ni .... Kalau nak mudah dan Malas

1.
Bedak asas disapukan serata wajah. Kalau guna cecair , seeloknyer guna tangan .Lebih rata. Pastu baru guna bedak compact.
2.
Untuk sapuan mata , kita gunakan warna asas dulu seperti kuning atau emas. Sapu kedua belah kelopak mata.Mulakan sapuan warna yang kita nak di kelopak mata. Saya lebih suka warna cokelat dan warna emas untuk pergi ke pejabat. Malas nak fikir2 warna. warna tu je selalu guna untuk ke pejabat.
3.
Kita nak sapukan pembayang mata , seeloknyer gunakan berus yang lembut supaya senang nak blend warna. Kalu tak nanti warna bertompok.

4.
Pastu guna liquid eyeliner dan oleskan dari penjuru terus kebahagian dalam.Tebalkan sedikit di bahagian ujung. supaya mata kita galak. Bos tengok mata kita pun tak jadi nak marah. Hehehe gurau jer

5.
Pastu ketip kan bulu mata. dan sapukan maskara.

6.
Ratakan kening menggunakan berus kening . Kalau nak tebal gunakan eye shadow berwarna cokelat. Sikat kan kening supaya warna sekata.

7.
Last sekali gunak lip gloss yang berwarna atau yang biasa. tak yah guna lipstik.Janji mata kita menunjukan keserian dan kecerian penampilan pada hari tersebut.

Senang dan mudah kan , tips make up saya. Saya rekomenkan guna barangan elianto. senang dan tak comot seperti brand make up lain.Make up artis pun guna Elianto untuk make up . Baranga elainto harga nye berpatutan.Yang penting tahan lama dan kalis air.

Apa Itu Maruah?

Apa Itu Maruah?
- penjagaan maruah diri (remaja)
Setiap orang sudah pasti mengimpikan kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan. Tetapi untuk berjaya tidak beroleh hanya berpeluk tubuh atau mengharapkan kepada takdir semata-mata.
• Setiap orang yang ingin mencapai kejayaan hidup perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelum mencapai kejayaan. Seperti kata pepatah; jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya.
• Sesungguhnya hanya individu yang cekal, bijak, dan mempunyai cita-cita yang tinggi sahaja mampu melepasi rintangan untuk menuju ke puncak kejayaan.
• Sebenarnya kejayaan dalam bidang apa sekalipun adalah nilai diri atau maruah diri seseorang. Individu yang berjaya, sentiasa mementingkan harga diri agar seiring dengan kejayaan yang dicapai.
• Sebaliknya, individu yang gagal mempertahankan maruah diri akan berdepan dengan pertentangan nilai hidup antara kejayaan yang dicapai, dan maruah yang tercalar yang secara langsung memberi kesan kepada keseluruhan hidupnya.

• Sebab itu kerajaan amat menekankan kepada kecemerlangan yang seimbang dalam semua aspek. Falsafah Pendidikan Negara menetapkan matlamat untuk melahirkan individu-individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi.
• Ketika melalui usia remaja memang terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang, terutama dari segi emosi, seks dan fizikal. Sebenarnya usia remaja adalah permulaan kepada membentuk personaliti.
• Kehidupan dalam usia remaja banyak dipengaruhi persekitaran; di mana tempat tinggal, dengan siapa berkawan, serta pengaruh media juga tidak kurang hebatnya. Penguasaan ibu bapa terhadap anak di peringkat usia remaja semakin berkurangan, melainkan jika sejak usia kanak-kanak lagi ibu bapa telah berjaya menerap amalan hidup berkeluarga yang kuat.
• Remaja perlu mempunyai perancangan yang jelas dalam minda untuk meletakkan diri pada landasan yang betul menuju kehidupan dewasa yang berjaya berbekalkan pendidikan yang baik dan budi pekerti yang luhur.
• Perancangan amat penting untuk menentukan kejayaan hidup. Sesiapa yang tidak menetapkan perancangan seolah berada di sebuah dunia khayalan. Remaja yang tidak mempunyai perancangan hidup mengisi masa remaja dengan aktiviti yang mereka fikirkan memberi kepuasan, tidak perlu bersusah payah, dan ikut apa sahaja kehendak hati.

• Apa yang jelas, ramai remaja yang tidak mementingkan maruah hidup tanpa hal tujuan. Malah, mereka tidak memahami apa itu maruah. Bagi mereka maruah hanya dikaitkan dengan hubungan sesama mereka. Remaja mudah terasa tercabar jika dipermainkan sesama mereka. Pantang sahaja dicabar akan terus disahutnya.
• Sebaliknya, mereka tidak ambil peduli jika yang menegur itu ibu bapa atau orang dewasa. Mereka menganggap orang dewasa tidak memahami perasaan atau jiwa remaja. Kononnya, zaman ketika ibu bapa melalui usia remaja dahalu tidak sama dengan zaman apa yang mereka lalui sekarang.
• Fenomena ini menjadi punca mengapa masalah moral remaja semakin meruncing. Dalam hal ini bukan ibu bapa dan orang dewasa tidak berperanan membentuk moral remaja ke arah kebaikan, tetapi remaja sendiri tidak mahu menerima apa yang difikirkan baik untuk mereka.
• Dalam menilai diri, remaja perlu jujur mengenali diri sendiri. Kesilapan yang biasa berlaku ialah apabila individu tidak mengenali diri sendiri; yakni kelebihan dan kelemahan diri. Sebab inilah menjadi punca mengapa remaja tidak merebut peluang yang baik untuk mereka.
• Ahli falasafah Yunani yang terkenal, Aristotle pernah mengatakan bahawa kita menjadi apa yang selaku kita lakukan. Sekiranya kita ingin mencapai kecemerlangan, maka perlulah selalu melakukan apa yang membolehkan mencapainya. Sesungguhnya kecemerlangan tidak dapat dicapai dengan menggunakan jalan pintas yang mudah tanpa mengikut peraturan.

• Untuk menilai diri, terdapat dua unsur yang perlu dikenal pasti mengenai kencenderungan diri iaitu ekstrovert dan introvert. Nilai-nilai diri ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.
• Sikap ekstrovert ialah orang yang berminat terhadap hal yang berlaku sekitarnya, berfikiran terbuka, dan suka bergaul. Dia menunjukkan sikap ramah, lancar dalam pergaulan, berkeyakinan, mudah mesra, gembira, dan tidak pentingkan diri sendiri.
• Remaja yang tergolong dalam sifat ini memiliki kualiti hidup yang baik dengan sentiasa mengutamakan nilai yang baik dan menghargai diri sendiri. Di dalam diri terdapat semangat ingin melakukan kebaikan tanpa perlu diingatkan berulang kali oleh individu lain.
• Remaja yang bersikap ekstrovert juga mempunyai pemikiran dan daya imaginasi yang baik. Dia meletakan matlamat hidup pada kedudukan yang tinggi sebagai satu motivasi untuk berusaha mencapainya. Cabaran yang dihadapi dianggap sebagai rutin hidup yang menggembirakan.
• Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai sifat berdikari. Dia yakin membawa diri untuk meletakkan dirinya lebih dewasa, dan mampu untuk melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab dalam masyarakat.

• Golongan ini lebih berminat untuk bercampur gaul dengan mereka berusia lebih tua. Melalui pergaulan itu membolehkan mereka mengutip pengalaman yang berguna. Hal ini dapat meningkatkan lagi motovasi dan keyakinan diri.
• Dengan sifat ekstrovert memudahkan seseorang itu menikmati hidup dengan penuh makna. Biarpun ada apa yang diusahakan tidak tercapai, perjuangan tetap diteruskan. Apa yang penting bagi mereka bukan semestinya sampai di destinasi, tetapi apa yang telah dilakukan sepanjang pengalaman menuju destinasi.
• Manakala orang yang memiliki sifat introvert pula lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaannya sendiri. Orang bersifat introvert selalu menunjukkan sifat mementingkan diri sendiri, egois, syok sendiri, terbatas pergaulan, pediam, tiada keyakinan diri, pemarah dan singkat akal.
• Diperhatikan bahawa individu bersifat introvert tidak mementingkan maruah, biarpun mereka mementingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan lebih kepada melayan kehendak sendiri tanpa memikirkan kenyataannya. Dia lebih mementingkan kebebasan untuk memilih menentukan sendiri apa yang ingin dilakukan.
• Dalam hal ini, pandangan orang lain biasanya tidak lagi diperdulikan. Hidup yang dilalui hanya terbatas kepada apa yang sedangkan dilakukan, tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Nasihat ibu bapa dianggap menyekat kebebasan, dan seperti melayan mereka masih budak kecil.

• Mereka yang bersifat introvert tidak ada perancangan hidup. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk hari ini. Sebab itu golongan ini mudah terpengaruh dengan aktiviti bersuka-suka, memuaskan keinginan, membazirkan masa, serta bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir kesannya.
• Kadang-kadang golongan ini sedar kesalahan yang dilakukan, tetapi tidak berusaha untuk berubah. Mereka sentiasa merasa rendah diri dan tidak berkemampuan berbanding orang lain.
• Biasanya mereka menganggap kejayaan hanya menjadi milik orang lain. Sekiranya diberitahu mereka juga dapat berjaya sepertimana orang lain, hal itu dikatakan satu perkara yang mustahil, sedangkan mereka belum berusaha melakukan apa-apa lagi.
• Oleh itu setiap remaja perlu menilai diri sendiri dan menentukan sama ada berada dalam golongan eksrovert atau introvert. Binalah maruah diri yang membawa ke arah kehidupan berjaya cemerlang.

APNEA.

topik har ini ialah APNEA.

apa itu apnea??
apnea adalah sejenis sindrom x bleh tido nyenyak. dan gangguan pernafsan [dengkur..bla bla bla..]
Apnea merupakan dari perkataan Yunani yang membawa maksud "tanpa nafas".

simptom;
Berdengkur dengan kuat mungkin satu petanda bahawa terdapat masalah pernafasan ketika tidur. Berdengkur menunjukkan bahawa saluran udara tidak terbuka dengan sempurna, dan bunyi dengkuran adalah akibat cubaan memaksa udara mengalir melalui aluran yang sempit. Dianggarkan 10% sehingga 30% orang dewasa tidur berdengkur, dan kebanyakan mereka tidak mempunyai masalah perubatan yang serius, sekadar tahap serdahana. Dianggarkan lima dari setiap seratus orang yang berdengkur, biasanya lebih berat badan, berusia separuh abad, berdengkur dengan amat kuat. Ini adalah tanda-tanda awal masalah yang boleh mengancam nyawa: Apnea tidur tersumbat.

ingat..dengkur bukan sahaja melibatkan org gemuk dan yg penat. anda juga mungkin mengalami nya.
ok??

kesan apnea;
Dalam setiap kejadian Apnea, pengidap Apnea akan berhenti bernafas ketika tidur. Otak akan mengejutkan penghidap Apnea seketika untuk mereka terus bernafas, tetapi akibat sampingannya adalah tidur yang terganggu dan tidak berkualiti.
sian....tp dun worry, ade penyelesainnye.

penyelesaian/rawatan;
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang direka khusus untuk merawat pengidap Apnea tidur agar mereka dapat bernafas dengan normal dan menghilangkan masalah tidur mereka. Di antara jenis rawatan yang boleh digunakan untuk merawat Apnea tidur dan memastikan pengidap Apnea tidur dapat tidur dengan nyenyak adalah :-

1. CPAP (continious positive airway pressure.) Tekanan Salur Udara Berterusan. Bekalan udara bertekanan tinggi dipamkan secara berterusan melalui saluran ke dalam hidung melalui topeng pernafasan. Ini akan menghalang saluran udara daripada tersumbat ketika sedang tidur. Paras tekan udara yang bersesuaian dengan seseorang individual untuk memastikan saluran pernafasannya kekal terbuka ditentukan dalam pemerhatian yang dilakukan ketika penghidap Apnea sedang tidur. Apabila aras CPAP telah ditetapkan, pesakit berterusan menggunakan CPAP di rumah, pola tidur kembali normal dan paras oksigen dalam darah bertambah baik, tanda dan simptom mengantuk yang melampau pada siang hari akan hilang. Kajian juga mendapati pertambahan dalam kebolehan berfikir (kognitif), daya ingatan, daya tumpuan, dan fungsi psikologi.
http://www.canpap.org/index.html (Continuous Positive Airway Pressure)

2. Tekanan Positif Laluan Udara Dua Arah (Bilevel positive airway pressure - BiPAP). Rawatan ini juga menggunakan topeng pernafasan yang diletakkan pada hidung yang membolehkan kawalan tekanan udara tinggi ketika menyedut dan tekanan udara tinggi rendah ketika menghembus nafas. Ini juga bertujuan untuk menghalang saluran pernafasan daripada tersumbat (collapse). Tekanan udara ini akan memastikan pengidap Apnea dapat bernafas dengan normal ketika sedang tidur dan tidak lagi menghadapi masalah untuk tidur dengan nyenyak.
Anderson Mask

3. Peranti mulut (mouthguards) Rawatan ini menggunakan penjaga mulut, biasanya diperbuat daripada plastik, untuk mengekang rahang atau lidah ke hadapan, dengan itu memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.

4. Ubat-ubatan untuk menggalakkan pernafasan seperti theophylline, aminophylline, atau caffeine.

5. Mesin pernafasan (Mechanical ventilation). Bagi bayi pra-matang yang menghadapi masalah Apnea tidur yang teruk, mesin pembantu pernafasan mungkin digunakan secara berkala atau apabila bayi mengalami Apnea.

6. Perangsang berkala atau katil bergoyang untuk bayi yang mengidap Apnea tidur.

Rawatan2 lain;
Rawatan lain seperti mengurangkan berat badan, penggunaan oksigen tambahan, dan ubat-ubatan tambahan tidak menunjukkan reaksi yang begitu baik disebabkan yang berikut:-

1. Kehilangan berat badan mengurangkan bilangan dan tahap Apnea tetapi pada kebiasaannya penghidap Apnea juga pada tahap teruk juga mempunyai saluran pernafasan yang tidak normal, yang tidak dapat diatasi dengan mengurangkan berat badan semata-mata.

2. Bekalan oksigen tambahan menunjukkan kejayaan yang tidak menentu. Hanya sebahagian pesakit mencapai kejayaan dengan kaedah rawatan ini. Rawatan oksigen tambahan perlu dilakukan secara percubaan, di bawah penyeliaan doktor.

3. Secara keseluruhannya ujian menggunakan ubat-ubatan untuk mengawal Apnea tidur tersumbat mendapat kejayaan terhad walaupun sesetengah pesakit yang menghadapi Apnea disebabkan hidung tersumbat dapat dibantu dengan penggunaan ubat pelega hidung (nasal decongestants)